Nuffnang Ads

Monday, June 30, 2014

Diari Ramadhan Akmal : 2nd Day Part 1

Assalamualaikum WBT,

Haaa.. hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Seronok tak hari pertama? Macamne? Okay tak? 

Okay, untuk hari kedua ni, saya mengalami sakit perut yang amat sangat pada sebelah pagi tadi. Memang sakit, dalam pukul 7 pagi camtu, berkejar jugak la ke tandas sebab entah, sakit perut, cirit-birit jugak lah... hadoi...

Akak saya pun tadi sakit perut gak, sakit perut dia lagi hebat.. sampai kembung keras perut.. dia makan hape tah.. hahaha.. then anak dia, panggil Wawa, sakit perut sampai terberak tanpa ke tandas kat sekolah dia, kesian dia... sabar eh wawa...

Pagi ni tadi, masa sahur, Adik Wiwi, tak nak bangun sahur, tak tau la kang camne nak boleh ke buka puasa. Mungkin melepek secara berjemaah dengan angah. Angah kalau ke sekolah ni time puasa ni, balik rumah dia akan mandi then tidur dengan tuala basah kat badan dan dikipasi kipas. Tak tau la kali ni camne, mungkin sama je kot... hahahha.. adik Wiwi lak, jarang tido petang dia akan tengok TV sambil masam muka sebab lapar dan haus. hahahaha...

Okay, sekarang, saya pun ada hal sebenarnya, banyak gak on the list untuk hari ni. Menu tak tau lagi nak masak apa, tapi apa-apa pun, maybe hari ni nak pergi Bazaar Ramadhan dengan live udpdate? camne? tengok la kalau internet okay, hihu.. kalau tak okay kang camne kan? saya juga mungkin akan amik gambar makanan yang best-best kat Bazaar Ramadhan terpilih.. *fefeling selebriti pengacara kekonon.. hahahha..

Dah, ni nak amik budak sekolah lak.. angan dengan adik. Daaa...

Assalamualaikum WBT

p/s: masih bertahan... hehehe...

Diari Ramadhan Akmal : 1st Day Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya ada buat satu post fasal 1st day Ramadhan tapi malangnya, takde dipublish mungkin sebab handphone tu hang kot, takpe lah, saya tulis balik lah... hehehe..

Okay, untuk Ramadhan pertama aka Puasa Tua, saya macam orang lain jugak lah, tapi semalam panas tapi sekejap je kan? Petang tu dah hujan, alhamdulillah. Aktiviti untuk semalam rasanya macam takde beza pun dengan hari-hari biasa sebelum ni, biasa je. Cuma takde la cam nak berpeluhan sangat kan, kalau berpeluh, nanti haus lak, bahaya pulak untuk puasa... hehehe... 

Bersempena dengan Ramadhan 1st, semalam, kebetulan ia jatuh pada hari Ahad, Ahad adalah hari cuti, makanya memang ramai lah yang mengambil kesempatan untuk balik ke rumah kampung bagai-bagai, alhamdulillah, at least puasa pertama dengan keluarga, tak gitu? kan? 
 Air Milos Suam

 Ayam Goreng

 Mee Rojak

 Murtabak

Untuk berbuka semalam, saya makan agak sedikit, cuma lepas terawih saya ambil nasik. Untuk berbuka, saya ambil, dua potong murtabak, air milo suam segelas, isi ayam goreng dengan mee rojak. Alhamdulillah, rasanya macam terlebih daripada target, tapi okay lah, at least takde la bloated sangat perut ni...

Korang? Berbuka menu apa semalam? 

Assalamualaikum WBT

p/s: Jom start Diari Ramadhan.

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 2014/1435H Semua!!!

Assalamualaikum WBT,



Sudah masuk Ramadhan dah, iya la kalau ikut bulan Islam, lepas Asar tu dah masuk hari selepasnya walaupun ikut jam masihinya belum lagi, kan? hehe, tapi takpe la, ahlan wasahlan ya Ramadhan, berjumpa lagi kita untuk tahun ku hidup 26 tahun ni, amin, terima kasih Allah sebab bagi pinjam nyawa untuk sampai sekarang ni. Terima kasih.

Baik, esok puasa hari pertama bak kata orang tua-tua, Puasa Tua, maknanya hari pertama lah... hehehe.. kreatif kan? Tapi walaupun puasanya esok, malam ni tadi dah Terawikh, alhamdulillah, saya pun sempat mengerjakan Terawikh.

Jujur cakap lah, tahun-tahun sebelum ni, memang takde lah nak pergi awal-awal ni, sebab, sebab kononnya nak tengok tv, cadbury sangat alasan kan? Tapi setelah meningkat dewasa, hati dan minda seolah sudah seiring, sebab Astro kan boleh ada ulangan, so, tengok je la bebila, lagipun, internet ada, tengok je lah... gitu. kan? 

Okay, datangnya Ramadhan, ia membuka seribu jenis pintu, pintu rahmat, pintu pengampunan, pintu tarbiah, pintu iman, pintu bisnes. Yes, yang pintu-pintu lain tu memang selalu kita dengar kalau dari penceramah mana-mana kan? Tapi pintu last tu memang jarang penceramah cakap, Pintu Bisnes. hehe... ramai usahawan kuih akan memulakan perniagaan, saya dengan akak pun ada buat juga, in shaa Allah. hehehe... 

Tapi kami tak mula esok, gilos? kami akan mula hari Isnin, in shaa Allah, jikalau tiada aral melintang, Isnin kami mula. Menu apa? Tu la, kena tukar-tukar jugak, takley menu sama, rugi. hehehe... Nanti lah bincang balik dengan akak saya. Nanti ada la live update Bazaar Ramadhan, lama sungguh dah saya nak buat, tak dapat-dapat nak buat update bazaar Ramadhan ni. haish!!!... banyak sungguh halangannya.., takpe, kali saya akan cuba buat lagi... cuba dan terus mencubaaa... dan Diari Ramadhan Akmal 2014 pun akan cuba dibuat, in shaa Allah, post apa? Gambar makanan lahhh ke? hahahahha

Jadi, untuk bulan Ramadhan ni, marilah kita penuhkan dengan ibadah, amin. Takyah susah-susah pun, kalau tak nak beria-ria sangat, baca je Yassin sekali selepas solat, kan? hehehe... saya nak cuba amalkan itu, semoga ia berkekalan. Amin. Saya pun bukan baik sangat, dosa berlambak, jadi, at least cuba berubah kan?

Dah lah, pagi kan nak sahur, lauk korang apa? Saya selalunya minum je, tapi entahlah pagi karang, tetiba perut lapar, mana tahu kan? hahahha..

 Salam Ramadhan Dari Sayaaa!!! 

Assalamualaikum WBT

p/s: Selamat Datang Ramadhan!!!

Friday, June 27, 2014

Kes Culik Di Malaysia? Adakah ia benar?

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Sekarang tengah semarak kejadian kes culik kanak-kanak untuk organ untuk dijual di Malaysia. Jika hendak diikutkan, memang ramai dah kanak-kanak di Malaysia ni berstatus HILANG kerana tidak dapat dijumpai oleh mana-mana pihak. 

Ini saya ambil dari Utusan Malaysia, 18/11/2013.
"Daripada 5,445 kanak-kanak yang dilaporkan hilang dalam tempoh tiga tahun ini, hanya 2,366 orang berjaya ditemui semula iaitu 923 orang pada 2011, 896 (2011) dan 547 (Januari hingga September lalu).Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131118/lk_01/Kes-kanak-kanak-hilang-membimbangkan#ixzz35pglfI2l
 Jikalau mengikut statistik ini, memang ramai kanak-kanak lain yang TIDAK DIJUMPAi iaitu seramai 3,079 kanak-kanak masih lagi HILANG. Baik, sebelum itu, jikalau anda ada masa untuk membaca link Utusan yang saya berikan diatas itu, definisi HILANG untuk sendiri adalah luas. 

Mengikut artikel tersebut, kanak-kanak perempuan yang mengikut teman lelakinya juga adalah diklasifikasikan sebagai HILANG, begitu juga kanak-kanak lelaki mahupun perempuan yang tidur dirumah kawan-kawan mereka dan tidak memaklumkan kepada keluarga BOLEH diklasifikasikan sebagai HILANG. Makanya, 

Juga,
Ketua Unit Seksual, Bahagian Jenayah Seksual dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Zaiton Che Lah, menurutnya, statistik PDRM sejak 2011 sehingga September tahun ini mencatatkan 5,445 kes kanak-kanak hilang dan 23 orang lagi diculik.
Ini juga bermakna sehinnga tahun 2011, HANYA 23 orang sahaja kanak-kanak diklasifikasikan sebagai DICULIK. 
 
Dari Kosmo pula,
Menurut Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa), statistik menunjukkan dari 1985 hingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak hilang dilaporkan.Daripada angka itu, hanya 6,944 orang dijumpai semula.Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz35pk1rBaa
Saya cuba dapatkan maklumat daripada Pertubuhan Keselamatan Anak-anak Malaysia (PaMa) mengenai isu ini serta mungkin statistik yang mereka ada, namun, mereka hanya ada Facebook dan saya agak susah sikit nak hubungi mereka, namun, takpe, nanti saya cuba email mereka untuk mendapatkan feedback mereka mengenai hal ini.

Namun, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, keselamatan anak-anak kita adalah sebenarnya tanggungjawab kita sendiri. Ia bermula dirumah dan dikuatkan di sekolah serta dalam masyarakat. Kita juga tidak boleh menyerahkan segala tugasan mendidik anak-anak tentang keselamatan kepada pendidik, kerajaan, serta komuniti. Kita sendiri, seharusnya menerapkan ciri-ciri keselamatan bagi kesedaran anak-anak itu sendiri.

Kita tidak boleh menjadikan negara maju di luar sana sebagai contoh utama, ini kerana untuk menjadikan mereka sebagai contoh, segala aspek perlu dianalisa terlebih dahulu supaya kita tidak menjadikan mereka sebagai contoh yang membabi-buta. Di negara maju macam-macam kesedaran ada, biarpun mereka dikatakan lebih racist *ada dengar-dengar, tapi kita pun kadang-kadang racist gak dengan bangsa sendiri, tak gitu? 

Jadi, lebih bertepatan dengan keadaan sekarang ini, kempen kesedaran adalah amat penting bagi meningkatkan lagi kesedaran para ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat terhadap hal ini. Pihak polis juga perlu menjalankan rondaan secara lebih kerap untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Seperti mana yang dikatakan berita palsu, dimana ada message serta Whatsapp yang mengatakan bahawa ada Van berwarna putih dijadikan sebagai tempat untuk menculik dan memotong badan kanak-kanak untuk diambil organnya. Itu yang saya faham, ia memang kedengaran amat menakutkan dan ada juga orang shared di Facebook mengatakan sedemikian rupa juga, memang amat menakutkan. Saya bergetar hati mendengarnya. Adakah ia benar-benar berlaku? Ada ia hanya satu khabar angin? Adakah ia satu taktik untuk menakut-nakutkan masyarakat? Itu saya tidak tahu, tetapi apa yang saya dapat rumuskan adalah, jikalau ia begini, keselamatan negara seharusnya lebih diperketatkan lagi.

Tetapi, apabila pihak Polis mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa ia adalah berita palsu, saya agak lega tetapi dalam hati berkata,

"Tidak semestinya ia palsu sekarang, ia tetap palsu pada masa hadapan, kita kena berjaga-jaga, mana tahu ada yang betul-betul ingin melakukan perkara ini. Kes culik pun dah banyak sangat berlaku sekarang, bahaya".

Iya, itu yang saya fikir. Jangan sampai berlaku satu kes baru hendak ambil tindakan, itu lagi akan membuatkan kita lebih rasa takut. 

Jadi, kepada mereka yang berwajib, janganlah ambil mudah khabar angin ini, rasa takut sudah ada dalam diri ibu bapa, jagalah keselamatan kami juga. Keselamatan negara semakin terancam, jadi, tolonglah, harmonikanlah ia kembali.

Assalamualaikum WBT

p/s: Always trust the injustice 'cause it's not going away - Lily Allen Hard Out Here

Tuesday, June 24, 2014

Tolonglah awasi anak anda!

Assalamualaikum WBT,

Mesti semua sudah tahu dan hangat memperkatakan isu Adik Firdaus yang tidak dijaga oleh ibunya kan? 

Yes, kami pun sibuk memberi komen terhadap perkara tersebut. Kesian adik Firdaus tu kan? Jadi, sebenarnya, kalau ikut logik akal, siapa yang salah?

Adakah anak OKU yang salah?
Adakah jiran yang salah?
Adakah ibunya yang salah?

Tiga persoalan ini memang menjadi pertanyaan keramat dan rata-rata awam menyalahkan ibunya Lola. Entah lah weh, saya secara jujurnya cuba berfikir positif untuk tidak menyalahkan sesiapa, tetapi apakan daya, hati dan minda tetap ingin menyalahkan ibunya Lola kerana tidak menjaga anaknya dengan sempurna. 

Kenapa jadi macamtu?

Kalau saya hendak tulis benda-benda sinis dan jahat, saya boleh sangat tulis tapi saya tak nak. Tak kuasa nak kejar trafik haram, takde maknanya pun. Buat rugi prestasi je adalah. Dah, malas la nak komen fasal hal ni, cuma apa yang kita rakyat Malaysia boleh buat, berikan derma dan kalau tak boleh sangat pun, doakanlah semoga adik Firdaus tu sihat dan semoga dia dapat menjadi berisi seperti dalam gambarnya tu dahulu. Kesian dia.

Untuk mak dia, berubah lah. Manusia boleh berubah. 

Ni ada isu lagi hangat terhamat ni,isu budak gak, isu yang culik budak-budak tu, kalau tak dapat satu budak, dikerat-keratnya. Memang kita takde lagi bukti di dalam negara ni kot, tapi kalau kat luar negara ada je hal macamni kan? Saya takut wehh.. bukan apa, bayangkan kalau ia terjadi kepada keluarga kita? macam budak-budak yang berpuluh tu kena culik tu? Ya Allah, bahayanya Malaysia sekarang ni, saya takut sungguh. Kepada ibu bapa yang ada anak-anak kecil tu, tolonglahhh... tolonglah jaga anak-anak anda, dah kepada yang tiada anak dan orang-orang muda di Malaysia ni, kalau nampak budak-budak TANPA ibu bapa tapi nampak macam ada IBU BAPA! Tolonglah, tolonglah jadi sedikit lembut untuk remind ibu bapa mereka jangan biarkan anak-anak mereka berjalan tanpa pengawasan.

Kalau kita semua ni jadi sedikit concern, apa salahnya kan???

Umum kita memang tahu, kadang-kadang kalau kita cakap,

"eh, kak, anak akak tu, jauh sangat tu, jaga lah.."

mesti agaknya kena sembur,

"Ehhhh.. budak ni, awak dah kahwin ke? Ada anak? akak tau la dik nak jaga anak akak, lagipun bukan jauh pun... dekat je tu haaa"

Haaa.. lepas tu nak tegur lagi ke orang lain?? rasanya memang tak dah kan?

kalau saya, saya jawab balik...

"Maaflah kah, saya memang tak kawin lagi. Anak tekak ada lah, tapi kalau saya dah kawin dan ada anak, saya akan pastikan isteri saya tak jadi macam akak, biarkan anak macamtu je... bahaya sekarang ni...tapi terima kasihlah akak sebab perangai akak macamni, at least saya sedar untuk lebih berhati-hati".

Gituuwww... hahahaha.. agaknya memang kena lari la lepas tu sebab mungkin akak tu akan tampar or marah secara hebat sekali. hahhaa..

dahh, moral of the story, 

1. Jangan biarkan anak anda bermain TANPA pengawasan.
2. Jangan biarkan anak anda berjalan di SHOPPING MALL tanpa pengawasan!

please, jangan abaikan message ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nampak tak kes budak-budak semua orang Melayu kan? Kan?

Monday, June 23, 2014

KLFW 2014 : Mimpikita Collection.

Assalamualaikum WBT,
As promised, ni saya nak postkan beberapa gambar yang saya suka dari collection Mimpikita di Kuala Lumpur Fashion Week 2014 semalam. Yes, fresh wehh.. suka tengok collection dorang...




tengok!! tengok... cantik kan??? Mimpikita memang modernised everything without letting of the essence of traditional. love it very much!! kalau saya boleh pakai, dah lama beli semua.. hahahha...


Assalamualaikum WBT

p/s: lovely collection from lovely people to lovely people. Lovely!

REVIEW : Bulgogi Brothers, The Best Korean Restaurant!

Assalamualaikum WBT,

Mesti anda selalu sangat tengok cerita Korea then tetiba,

"aigoooo.. sedapnya makanan korea ni, mana nak cari eh???"

Mana nak cari?

Haa.. anda tak perlu risau lagi, sebab apa? Sebab sekarang Bulgogi Brothers ada di Kuala Lumpur. Makanan sedap dan memang Korea habis!!!

Then, dah ada tempat, tertanya-tanya,

"Eh! Halal ke tempat ni???"

Jangan risau! Bulgogi Brothers ni memang hanya menyediakan makanan HALAL bukan apa, kalau sediakan makanan yang tak halal, hello, takde la orang Islam pergi sana kan? gitu... 

Maybe saya antara orang yang baru jumpa restaurant Bulgogi Brothers ni, thanks to my cousin yang bawa! hihu... saya makan aritu kalau tak silap, Kimchi Beef Stew, sedap! memang rasa nau la Korean tu... pedas dan sedap! berpeluh makan tapi sedap! hahahha... seyes!

ni detailsnya...
http://www.bulgogibros.com.my/

http://www.bulgogibros.com.my/

http://www.bulgogibros.com.my/

http://www.bulgogibros.com.my/

http://www.bulgogibros.com.my/

Contoh kalau korang duduk kat PJ ke, boleh pergi ke Paradigm Mall kan? Kalau duk Shah Alam, boleh gak travel sikit ke Paradigm Mall or Mid Valley, mana-mana je wehhh.. nak jauh sikit lagi pergi Pavi... senang je public transport banyak, senang sekarang ni...

Jadi! sebelum apa-apa korang click link ni dulu, sebab kat Bulgogi Brothers website ada menu dan jugak boleh buat reservation, senang kan? Then, makanannya ala-ala makanan segera lain harganya, so, takde la mahal sangat pon... gitu.. rajin-rajin la explore, kan? jom makan Bulgogi Brothers!! dan!!! corn tea dia sedap! lain dari yang lainnn... try2!!!

Jom makan Bulgogi Brothers!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedap wehh...

Kuala Lumpur Fashion Week 2014, Mimpikita Collection Cantik!!!

Assalamualaikum wbt,

Waahhhh.. lamanya tak update blog niiii... 

Haa... hari ni ada kat kampung dah, terasa segar je sebab banyak pokok-pokok.. bukan apa, kalau kat KL tu, cam panasnya melampau-lampau, kena pakai aircond barulah udara sejuk dan segar, kalau tak, macam berjerebu sangat...

Semalam masa otw balik, saya dengan sepupu hantar his wife pergi Kuala Lumpur Fashion Week 2014 untuk show Mimpikita kat Pavilion, Kuala Lumpur. Orang ramai gak tengok fashion show tu, then collection Mimpikita memang cantik!!! Suka tengok..kalaulah saya boleh pakai, dah lama dah pakai... hahahaha...

Walaupun sempat tengok last line up je, meaning closingnya kan, tapi memang cantik. Dress yang Tinie pakai tu pun cantik, its Mimpikita. Memang ada DNA Mimpikita dah in every clothe made, congratulations! love it. 

Sangat suka, of course la kalau time fashion week, kalau pergi Pavi, memang ramai la artis-artis, selebriti-selebriti, fashion buyers, fashion icons, fashion people, fashion designers, singers, actors,actresses and whatnot lah... hihu... when you are in fashion, meaning, these people are important, gituuuwww.. hahaha.. saya biasa-biasa jew...

Dah, nak post gambar tapi tak sempat lah, nantilah lain entry...

Assalamualaikum WBT

p/s; lovely collection indeed.

Tuesday, June 17, 2014

Congratulations Farhana and Anwar Dato Shahiruddin, Wedding at Raub, Pahang.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Semalam dan hari ni, kami pergi buat wedding pelamin untuk anak Dato' Shahiruddin bin Haji Abdul Moin, Khairul Anwar dengan pasangannya, Farhana di Raub, Pahang.

Ramai orang kenamaan datang tadi. Hehe..

Seronok, new concept and really big pelamin i could say. To be honest, this pelamin is my favourite, i mean, dalam banyak-banyak pelamin yang kami pernah buat, ni adalah yang terpaling best cam memang cantik. Suka sangat. Simple, elegant, nice, clean look. Love it so much.

So, nak tengok?

Assalamualaikum wbt..

P/s: ramai wooo orang datangg.. love it.

Tuesday, June 10, 2014

Fynn Jamal, Sedang Terbang Tinggi dan Masih Menunduk.

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Semua mesti dah tahu dan arif sangat dengan dua lagu dari seorang penyanyi ni. Penyanyi ni memang best dan secara jujurnya, saya baru je tahu kewujudan dia selepas lagu Arjuna Beta. Baik, mesti semua sudah dapat tangkapkan siapakah pelantun lagu Terbang Tunduk ni kan? Iyaa.. tidak lain tidak bukan, Fynn Jamal.

Masa saya mula-mula follow IG dia, dalam hati cakap,

"siapa lah perempuan ni, post gambar anak dia je? nama Juna lak tu, fefeling nau".

Itu masa mula-mula saya follow IG dia, masa tu sumpah tak tau dia penyanyi. Follow sebab dia buat #kokping tu yang dia review IG orang lain yang jual-jual barangan tu. Seyes, tapi bila dah lama-lama promosi dari tv dan radio lain, saya mula mendengar lirik ikhlas dari dua lagu ni, Arjuna Beta dan Terbang Tunduk.


Saya paling terkesan mendengar lagu Arjuna Beta. Liriknya sungguh mendalam. Ia seolah-olah membuatkan kita sendiri menjadi Arjuna. Iyaa.. secara jujurnya, kita semua adalah Arjuna. Paling hebat liriknya adalah, 

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Iya.. lirik ini adalah paling epik. Ya, kasih seorang ibu terhadap anaknya memang tidak tolok bandingnya. line "bonda takkan ada sentiasa" memang boleh menitiskan air mata. Seyes, saya dah lama tak mendengar lirik ikhlas dan lagu yang sungguh jujur selepas Adibah Noor Terlalu Istimewa. Sumpah boleh menitiskan air mata. Iya, walaupun lagu Fynn ni dibuat untuk Arjuna, anaknya, tetapi, kita semua boleh relate dengan lagu ini. Lagu ini sejujurnya adalah lagu kehidupan seorang anak dari mata seorang ibu yang lebih merasa ranjau hidup. Sungguh sedih, seperti semua kita. Siapa yang mampu menahan air mata saat kehilangan orang tersayang. Ya Allah...

Lagunya yang kedua adalah sebuah lagu yang lebih kepada menaikkan semangat. Semalam saya tengok Majalah 3 dan Fynn Jamal dan Ag Coco menciptakan lagu ini untuk Captain Dato' Halim Othman. Yup, sungguh menaikkan semangat. Dah lagunya sendiri sungguh seronok. Agak mengharukan. Lirik akhirnya, 

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
 

Verse lagu ni lebih memohon kepada Tuhan supaya kekalkan tunduk walaupun terbang di awan biru. Mengikut penjelasan yang diberikan oleh Fynn Jamal sendiri dalam Majalah 3 semalam, dia cakap, 

"lagu Terbang Tunduk ini sendiri adalah diilhamkan dari kisah hidup Dato Halim sendiri. KIta semua tahu yang Dato' datang dari keluarga yang susah... dapat berjaya seperti ni menjadi sumber inspirasi kepada orang muda macam saya".

Yup, saya setuju sangat.

Dan kepada Fynn Jamal dan keluarga, saya juga pernah baca yang Fynn cakap, your dad cakap, kena cari kerja yang menjamin kehidupan, dan kalau nak main muzik boleh, tapi at least belajar sampai habis dulu. Muzik adalah sebagai part time. Bila dah stabil, baru lah buat full time dan buat bersungguh-sungguh.

Saya salute Fynn Jamal dan semoga dua lagu ini adalah lepas ke Anugerah Juara Lagu! Saya doakan Fynn berjaya dalam kehidupan dan industri seni suara ni. Dan please, tolonglah, tolong sangattt.. keep the ikhlasness dalam lirik, saya suka sangat yang itu. Jarang sangat dah pencipta lirik buat lirik ikhlas seperti ini. Terima kasih Fynn Jamal! 

Assalamualaikum WBT

p/s: biarpun lambat, tapi saya tetap nak update!