Nuffnang Ads

Thursday, July 31, 2014

Selamat hari Raya ke-4 semua!!! lovely!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di Hari Raya Keempat ni, tadi saya sempat pergi beraya ke rumah kawan kepada kakak saya. Well, okay lah, best, makan mee curry then lepas beraya kat situ, kami tinggalkan dorang sebab dorang ada cam reunion bagai-bagai, then saya dan sepupu saya pergi ke bandar Raub untuk OOTD katanyaa... hahaha.. 

First time tangkap gambar tatkala manusia lalu lalang dengan kereta bersama pelbagai reaksi menjadahkan diri mereka sendiri. Mungkin dorang tak pernah tengok kot manusia sebaik dan semulia kami berdua ni, kan? hahaha.. takde takde, cuma iya lah, kalau tengok orang pelik sikit dan mungkin lebih sikit daripada si mata yang melihat, memang mereka akan sentiasa mencemuh dan mengeji, itu sudah biasa dan alhamdulillah, saya sudah lali jugak lah dengan benda-benda macamni, sejak saya belajar kat Uni lagi saya juga pernah dicaci sebab menjadi diri sendiri. Alhamdulillah, kadang-kadang menangis, tapi tangisan itu membuatkan saya menjadi kuat. Amin.

So, apakah entry raya ke empat tanpa gambar bukan? hahaha.. silap lah, apa guna kalau ber-ootd tanpa dipostkan ke sini... so, this is it, the hasil OOTD tadi..



 Haa.. ini dia!! macamne? Okay?

Outfit : Magenta Thobe from Akmall Razlan Atelier
Shades : Nightmarket
Shoe2 (not in the picture) : Timberland Short Boots
Watch : AVON Raya Collection 2013
Location : Bandar Raub near Dewan MCA Raub.

so, camne? sesiapa yang nak tangkap gambar pun, boleh lah.. hahaha. pergi je, banyak tempat cecantik boleh amik pon...

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok gak camni.. tangkap gambar bagai2, tapi kena banyak baju lah.. hahah.. adoyai...

Wednesday, July 30, 2014

Raya Ke-3 Tetap Strong... Selamat Hari Raya Semua!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua di hari Raya ke-3 ni? masihkah anda bertahan atau ada yang sudah berehat-rehat menghabiskan cuti? OR, ada yang sudah bekerja, bersabarlah, kerja ada tu untuk anda juga bukan?

Baik, saya tadi sempat beraya ke rumah-rumah saudara mara dan kawan-kawan, banyak jugak rumah yang kami lawati, makan nasi hujan panas lagi dengan kari ayam, sedap!!! heheh.. thanks kak Nor..


Ni la hasilnya kalau pergi beraya kat rumah orang, perumahan ni, so, ada cam angle cantik nak amik gambar, so, amik je lah, janji adaaa!!! hahahaha... gituwww...

Location : Perumahan AQ5 Jerkoh, Benta.
Outfit: White Linen Jubah with Neck Beading by Akmall Razlan Atelier (ARA).
Sandal : Black and White Sandal from Nightmarket
Shades : Nightmarket

So? ada yang mahal sangat? Takde, biasa-biasa je.. huwahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Cantik je u all kan?

Butter Cake untuk Raya ke-3!! Dap dap!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar anda semua di hari Raya ke-3 ni? Mesti ada yang sudah mula menunaikan tanggungjawab di pejabar-pejabar kan? Takpe weh, kerja. Kan? sabar...sabar..

baik, Projek saya hari ni adalaahhh... baking a cake. Butter cake to be exact. Hehehe.. alhamdulillah, sedap, dapat pujian daripada mak, mak sedara dan jiran sebelah rumah... hahaha.. lama woi saya buat tadi, bukan lama bakar, lama putar sebab kalau ikut petua mak saya, kena beat lama batter untuk mendapatkan kek yang sedap dan fluffy, kalau guna hand mixer tu, letih gak la, tapi hasilnya!! sedap wehhh!!! hahaha.. jom tengok kek tu, dari bahan-bahan ke hasilnya.. hehehe..





 Haaa.. tengok tu, takde la nak bangga cuma lepas beberapa tahun tak membake cake, now I know the secret nak bake cake.. kena asingkan putih dan kuning telur untuk mendapatkan cake yang fluffy gila.. seriously. masukkan putih telur after pukul guna n butter, then baru masuk kuning telur dengan tepung. Baru menjadi fluffy.. best!

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedap! makan panas2.. perghhh...

Tuesday, July 29, 2014

Salaam Raya kedua, photoshoot weh!!! Boom!

Assalamualaikum wbt,

Hari ni Hari Raya kedua, amacam? Masih ada tetamu yang datang ke rumah anda or ada yang sudah bekerja di Raya kedua yang sungguh hening ni. Tempat saya hujan secoet je.. tapi okay lah... hahaha..

Di raya kedua ni, saya sempat jugak beraya dengan anak sepupu, biasa lah... ramai-ramai baru best, nak g umah kengkawan jejauh belaka, camne? kan? hihu...

Okay, tadi ada buat photoshoot jap di hari raya kedua ni, pagi tadi saya dah post gambar untuk hari raya pertama kan? so, ini untuk hari raya kedua pulak, in shaa Allah, mungkin sampai raya lain-lain... hehehe.. So, enjoice!!! boom!


 Terima kasih kepada photographer saya, hehe.. Shamil Nazri, gituww.. kakak ambil gambar cantik! 

Outfit : ARA (Akmall Razlan Atelier) Light Brown Jubah
Shades : Nightmarket *hehe
Lokasi : Kampung Jenud *kampung sendiri je..

Assalamualaikum WBT

p/s: cantik jugak bila dah amik kan? hahaha.. salam raya ke 2...

Fashion Raya dari Akmall Razlan Atelier. Gituww...

Assalamualaikum WBT,

Saya nak buat short entry je ni, memalam semalam letih sikit lah, jadi, saya nak post gambar baju raya sayaa.. mari saya tunjuk.. biasa-biasa je... hehehe...

 As promised my dear readers and followers, ni dia saya!!! hahaha, baju ala kurta yellow mustard designed and sew by me. #akmallrazlanatelier dan dibantu oleh Designer Shamil Nazri, new designer, tapi kalau nak boleh la call, gituwww... search je, mesti ada. hehehe..

Sebenarnya, dulu tak suka warna Yellow Mustard ni, tapi bila tengok, cantik lah, nak-nak atas badan saya yang tak berapa nak kecik ni kan? huhuhuhu... macamne?


Okay tak semua? Tu  gambar yang atas ni, adalah gambar candid, sumpah candid! tengok dorang yang lain tu... hahaha.. semua ala-ala candid belaka... Tu baju Melayu kelabu tu dengan jubah kelabu silver tu, saya jugak yang buat... hehehe.. comel tak? memang suka ada line tu, nampak lain, walaupun ramai designers suka buat line tu kan.. lantaks lah... saya pun suka je... gituwww.. tak mahal pun, in fact, saya buat free je untuk dorang... hahaha...

Dah lah, raya ke dua, tak tau nak pergi rumah sapa sebab feel raya tu dah mengurang.. rasa?

Assalamualaikum WBT

p/s: alhamdulillah, beraya jugak..

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!! Luv u.

Assalamualaikum WBT,

Salam Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca yang sempat membaca lah, kepada yang tidak sempat membaca entry ni hari ni, mungkin hari-hari lain kalian boleh buka kan? 

Baik? Kemana agaknya korang pagi-pagi ni? Rasanya, mesti semua ada pergi ke Masjid dan Surau untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri kan? Bagus lah kalau macamtu, in shaa Allah, eh eh eh? Zakat Fitrah dah bayar ke belum? Kalau belum bayar, ups! terlewat sangat dah.. camne? ke?



Kalau hari raya ni, memang, makan memang tak hengat dunia kadang-kadangnya. Maklumlah, balas dendam katanya untuk bulan Ramadhan, padahal biasa je. Petua yang saya sendiri gunakan untuk pagi Raya adalah, jangan makan banyak dulu, seeloknya, minum air suam or panas. Sebab ia lebih selesa dikemudian harinya, haa.. camtu. Kalau nak minum air sejuk, berais, boleh, minum sikit-sikit, minum pun time tengahari sikit, sebab nanti sakit perut susah. Nanti nak beraya rumah orang lain lagi kan? Kalau kita dah kenyang sangat dekat umah kita je, nanti rumah orang lain macamne? Betul takkkk?

Apa lagi korang buat time hari raya ni? Takde dah? jangan macamtu, ziarahi lah rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai, kalau yang jauh tu, message-message la selamat hari raya, bukan susah pun kan? Senang je, janji ada credit. Gituwww..

Baiklah, saya nak beraya sangat ni... nak pakai baju baru dan bagai-bagai, hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: korang dapat duit raya tak?

Sunday, July 27, 2014

Menangkah kita, sedangkan mereka masih berjuang?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Kalau sihat, alhamdulillah, amin. Baiklah, seperti yang kita semua tahu, Isnin adalah hari Raya, ada beberapa tradisi yang selalu kami lakukan kalau hari raya ni pun. Contohnya, esok, pepagi kami akan berkumpul, makan-makan then akan berangkat ke tanah perkuburan untuk bertahlil arwah dan sedekahkan doa kepada mereka yang telah tiada.

Akhir tahun 2013 dan 2014 ni memang banyak perkara yang menduga hati dan perasaan keluarga kami pun, tapi takpe lah, semua tu adalah dugaan, lagipun, kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain, apalah sangat pun, dorang lagi hebat dugaannya, kan? Anak, isteri, suami, sanak saudara meninggal dunia dalam pesawat, kehilangan pesawat, memang dugaan paling hebat bagi mereka, sumpah saya tidak terbayang apa yang mereka hendak lakukan di hari-hari kebesaran begini.

Jikalau itu di Malaysia, di Palestine, Semenanjung Gaza, dimana mereka di bom, kanak-kanak, orang tua, wanita dibunuh dengan kejam oleh Regim Zionist, apakah mereka ada rasa untuk menyambut kemenangan sedangkan mereka masih berjuang? 

Agama Islam atau tidak, membunuh adalah satu kesalahan sebenarnya, tapi tu lah, manusia kan? Saya pun terasa sedih sebab ada jugak berita orang Kristian yang dirogol, Ya Allah, manusia kan? walaupun berlainan agama, tetap ia benda yang salah. Please, it religion is the problem, then put it aside for a moment, care about the HUMANITY. Okay?

Please, save people. #stopkilling #savegaza #savepalestine 

Assalamualaikum WBT

P/s: hurmmm..cuba untuk bersederhana dalam beraya... 

"Melayu, kenapa kau nak jadi Arab"- Artikel Noor Azam Shairil.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti ada yang rasa macam sakit-sakit kan ? Then buat-buat cam tak larat then berbuka!! makan macam biasa.. huh? please lah...  

Sekarang saya sedang membaca nukilan hangat tahik kerbau wartawan Astro Awani, Noor Azam Shairil yang artikelnya diterbitkan pada Julai 27, 2014. Kalau hendak di tengokkan pada tajuknya, memang agak menyakitkan hati dah, tajuknya, "Melayu, kenapa kau nak jadi Arab".



Baik, jika anda tengok pada tajuk, memang dah dapat dah insight apa yang wartawan MELAYU  ni tulis, mungkin di wartawan Melayu yang pure Melayu, pakai tudung bawal, lepas tu letak cincin pada kain tudung then pakai baju kurung, itu baru pure Melayu, tapi jikalau nak iikutkan, tanpa kedatangan Arab, apakah kita akan dipanggil Melayu Islam? Entah, tu lagi lah, mungkin kita juga akan pakai baju ala-ala orang putih yang datang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Kan?

Yang hebatnya, Noor Azam Shairil ni berkata-kata seolah-olah, orang Melayu tidak lagi ini menjadi orang Melayu sehinggakan terbawak-bawak 'rasa' Arab yang ada pada diri Melayu. wah wah wah... hebat sungguh. Mungkin Noor Azam ni adalah Melayu Asli yang memang berasal dari Yunan *ada pendapat mengatakan, yang mempunyai jati diri Melayu Asli yang kuat, NAMUN, jika dibaca dari segi penulisan Noor Azam ini, jelas terdapat unsur-unsur lewah bahasa dan juga ada bukan bahasa Melayu Asli yang digunakan, adakah dia sudah terpengaruh dengan gaya penulisan masyarakat Melayu Moden? Entah, itu saya kena gali lagi.

Noor Azam menulis lagi tentang penukaran beberapa perkataan MELAYU kepada ARAB, seperti, bebuka puasa kepada Iftar, sedekah (arab) kepada infaq (arab), Aidilfitri kepada Eidul Fitr dan berbagai lagi. Sejujurnya, saya yang sukakan bahasa, tiada masalah dengan perkara ini pun. Sehinggakan Noor Azam mengatakan 

"apakah dosa mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"?

Apakah mencantikkan bahasa itu membuatkan kita lupa asal usul? Saya masih makan tempoyak, budu, jeruk petai, sambal jering, kerdas, yes? Noor Azam tau apa itu kerdas? buah kejijak? Jadi, kalau Noor Azam tak tau, makanya, tak Melayu lah kan? Tak gitu? Kesian. Susah la macamtu.

Ada mengatakan bahawa kita orang Melayu yang betul-betul dulu tak pakai tudung, maka nya tidak kah kita seharusnya bersyukur dengan perubahan yang baik yang dibawa dari Arab itu? kan?

Dan kalau kita belajar Bahasa Inggeris dan kita Melayukan dengan menggunakan beberapa proses apakah kita menjadi orang Inggeris? contoh perkataan yang kita sendiri Melayukan ada banyak, seperti teknologi, telefon, internet, komputer, dan lain-lain. Apakah itu membuatkan kita Inggeris? Dan ada perkataan Melayu yang diambil oleh orang Inggeris seperti Amok, apakah itu membuatkan mereka Melayu? well, Noor Azam, kena come out with beberapa points lagi lah, senang sikit kan? Tak gitu?

Saya Melayu, saya Islam, Saya Akmal bin Razlan, saya suka pakai jubah, saya suka makan nasi Arab, apakah itu membuatkan saya ARAB? Tidak, saya tetap Melayu.




 

Assalamualaikum WBT

p/s: menyampah sangat dengan artikel tulisan beliau dia.

Sehari Sebelum Raya, Ramadhan Terakhir.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti sihat kan? Di pagi hari sebelum hari raya ni, kita sememangnyalah sibuk, semua pakat mencari bahan untuk hari esok kan? Mesti punya lah, ada sesetengah dari kita, semalam dah siap cari bahan untuk sehari sebelum raya kan?

Jadi? Kalau keluarga saya pulak, kami terutamanya mak lah, dia lebih suka mencari bahan-bahan awal, sebab senang, tak payah nak kalut-kalut mencari bahan bila-bila kan? Haa.. camtu lah pun...

Then, segala jenis santan barang bagai, memang kena ada lah, tak boleh bila nak masak, then time tu nak cari, big no no for my mum, gituwww... 

Hari ni kami masak,


Rendang daging,
Lemang,
Kelamai (lemang tepung)
gulai kering.

Ni adalah menu-menu wajib di rumah saya yang akan dimasak oleh mak saya, gituuwww...

Dah lah, tu je lah wehhh... ni nak pergi tolong mana yang patuttt...

Assalamualaikum WBT

p/s: Ones cannot insult ones mother's dishes. Easy as that.

Darah Hidung or Nosebleed.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti sihat kan? Baiklah, kalau sihat takpe, esok dah hari last kita berpuasa, amacam Ramadhan ni? Boleh ke tak? Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah, kepada yang boleh, panjatkan syukur kepada Allah, kepada yang sekat-sekat puasa, takpe, Allah Maha Mengetahui semuanya...

Baik, tadi saya mengalami darah hidung or Nosebleed. Ada sesetengah pendapat, mereka mengatakan bahawa ia ada kaitan dengan cuaca, dan cara pemakanan, tapi saya ada baca satu website ni, mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan, mari saya letakkan sedikit informasi website tu kat sini...

Nosebleed can be caused by:
  • Irritation due to allergies, colds, sneezing or sinus problems
  • Very cold or dry air
  • Blowing the nose very hard, or picking the nose
  • Injury to nose, including a broken nose, or an object stuck in the nose
  • Deviated septum
  • Chemical irritants
  • Overuse of decongestant nasal sprays

Macamne? okay? Okay je kan, so sekarang saya dah takde la berdarah hidung dah.. alhamdulillah... saya rasa kesalahan yang say abuat adalah, blowing the nose very hard.. sebab pagi tadi saya menghembus nafas sebab ada mucus dalam hidung, sebab tu rasa macam tak selesa je.. so saya hembus kuat-kuat, maybe sebab tu  la...

So, kepada yang selalu sangat dapat masalah macamni, jangan lupa jumpa doktor, kot-kot ada masalah lain, bahaya kalau dah teruk. Okay?

Dah,.nak tidur esok last puasa, last Sahur, kena bangun.. wajib!

Assalamualaikum WBT

p/s: sahur! sahur!!!

Saturday, July 26, 2014

Obama Akan Terus Menyokong ISRAEL. Seriously.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Dengar tak kontroversi Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek indoor di Sukan Commonwealth di Glasgow Scotland tu? Saya tengok tadi dalam surat khabar yang di sebenarnya HANYA pakai glove #SAVEGAZA, tolonglah, itu pun nak dijadikan sumber kontroversi. 

Ni takde lain tak bukan semua kerja Israel, sebenarnya Israel ni ada banyak mata-mata yang membuatkan mereka tahu akan semua benda. Kalau dah USA sekali menjadi sekutu paling KUAT Israel, makanya kita semua tahulah apa maksudnya kan?

Tadi saya ada tengok video yang Obama berucap di APIC *kalau tak silap saya, saya ingat-ingat lupa la... maaf. He said,

"... as the President of United States of America, my fellow friend and I will protect Israel from harm, threats and we will support Israel as much as we can. I am supporting Israel because they are building a country for a very long time... they deserve a country".

Lebih kurang macamtu lah, saya pun tak ingat sangat, tapi apa yang dipaparkan dalam video itu sebenarnya adalah lebih dari apa yang saya tulis ni, panjang juga video tu, jadi kepada yang berkemampuan untuk melihat video tu, please, I beg you, open up your eyes and ketahuilah bahawa USA is supporting the killing of Palestinian People, kalau macamtu lah, maksudnya membunuh adalah HALAL?

What if keadaan di Palestine yang Israel amik tanah mereka, diapply di USA? New York di ambil oleh Israel, Texas, Illinois, San Fransisco, Alaska and semua diambil oleh Israel dan penduduk di BOM?? and your feelings?

Enough Said.

Assalamualaikum WBT

p/s: USA = ISRAEL.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Berhati-hati di Jalan Raya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baiklah, sekarang sudah Ramadhan ke 28, esok 29 Ramadhan dan in shaa Allah, kalau mengikut kalendar, Isnin kita semua sudah beraya.

Dengan pelbagai perkara dan ujian yang menimpa kita, marilah kita sama-sama mencuba untuk tidak beraya dengan cara yang melampau-lampau, lagipun, bersederhana kan amatlah digalakkan? Tak begitu?

Iya, mungkin sederhana bagi seseorang adalah sedikit bagi orang lain dan berlebihan pada yang lain mungkin sederhana bagi tuan punya diri. Nampak tak subjektif perkataan sederhana itu sendiri? Jadi, pokok pangkal janganlah kita berlebihan dalam berbelanja dan beraya.

Saya tahun ada buat sedikit kelainan, instead of bagi duit raya, saya tukar, saya bagi gula-gula dan it almost like door git lah, cuma letak dalam beg kecil camtu, plastik kecil lah. Comel kan? hahaha.. tu nasib baik tak bagi kad raya untuk budak-budak tu, kalau tak, haru lah dorang.. hahaha.. nampak tak idea creative melampau kat situ? Nampak tak? nampak tak?

Baik, kepada yang sedang mengharung kesesakkan lalu lintas (JAMMED), sila la bersabar sebab orang lain diuji dengan cara yang lain, dan sesetengah orang lain diuji dengan cara yang lain. Nak balik dari KL jem, nak balik ke KL pun jem jugak kan? Biasalah, bersabarlah, mesti Kerajaan ada jalan penyelesaian mereka yang tersendiri nanti, in shaa Allah, nampak tak baik kat situ? nampak tak?

Sempena bulan Mulai Syawal yang tak lama akan menjelma, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun maaf kepada semua pembaca dan followers saya, maaflah kalau tak dapat menyediakan entry-entry yang boleh relate dengan diri anda, saya insan biasa, tak pandai sangat, setakat biasa-biasa tu boleh lah. Saya juga ingin minta maaf kepada mereka yang mengenali diri ini, semoga anda semua dapat mengampuni dosa saya terhadap diri anda semua. Dan akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nanti saya cuba postkan gambar raya saya dengan keluarga ye? hehe

Tuesday, July 22, 2014

Kad Pengenalan Hilang???

Assalamualaikum WBT,

ya Allah, baru je tadi tersedar yang kad pengenalan saya hilang. Alhamdulillah, saya dah buat kad baru dengan bayaran RM110.00 tapi banyak pertanyaan dalam diri saya pulak.

Tadi dah buat kad pengenalan kat Pejabat Pendaftaran Raub, then saya tanya kepada pegawai yang bertugas.

"kalau hilang, hilanglah ye? Tapi kalau orang jumpa dan guna kad pengenalan tu macamne?"

Pertanyaan saya.

Dia jawab,

"kalau hilang memang tak boleh nak buat apa lah, cuma kita bukan ada cip yang mampu detect kad pengenalan yang hilang tu".

Saya tanya lagi,

"Jadi, kalau ada orang jahat jumpa kat pengenalan saya yang lama tu then guna identiti saya macamne?"

Dia jawab,

"emm.. macamane nak cakap ye... hurm... tu lah, susah jugak la kan macamtu".

Pening jap?

Then buat kad pengenalan, bayar shoot to KL. Lupakan sekejap.

Ni ingat balik. Pening.

Assalamualaikum WBT

p/s: macamne??? nak kena lapor kan KDN ke? Ke camne? 

Sunday, July 20, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Ramadhan ke 22. Cepatnya...

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, kita telah pun masuk ke hari ke 22 Ramadhan, esok dah 23 Ramadhan, sekejap? Rasa baru semalam mendengar pengumuman puasa, tup tup hari ni dah 22 Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu, apakah kita rasa begini masa kita kecil dahulu?

Masa tetap sama, 24 jam 1 hari, tetapi cuma yang berbeza adalah umur. Kalau saya sekarang dah 26 tahun, dulu masa saya 7-8 tahun, rasanya lama sungguh puasa ni. Yes, sebab apa? sebab memang macamtu, masa kita kecil, kita rasa everything is okay, lambat ke cepat ke, tetap sama, sebab kita masih kecil dan mungkin persekitaran masa dahulu amat berbeza dengan waktu sekarang. Dulu takde FB, takde blog, takde Twitter, IG bagai semua, yang ada hanyalah padang, sungai, pokok-pokok, batu yang dijadikan sebagai sumber keseronokkan.

Tapi itu dulu bukan? Mesti ada rinduinya? Iya lah, pergi mandi sungai dengan rakan-rakan lain, main konda kondi, kejar-kejar, sembunyi daun, baling selipar, polis sentry, batu seremban, lompat getah, kejar tiang, baling tin, upih pinang, dan sebagainya. Setiap daripada game ada unsur-unsur yang diterapkan dalam menjadikan kita semua manusia. Iya. Hebat bukan game orang lama dahulu. 

Sekarang takde dah, semua pakai Apps, takde apps kejar-kejar, yang ada main dalam smartphone, kejar-kejar pencuri bagai-bagai, main cari naga, word search dan sebagainya. Tak dinafkan banyak kebaikannya juga, tapi ada juga keburukannya kan? Mungkin lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Bukan?

Tapi tulah, pokok pangkalnya kita sendiri. Buat keputusan dengan bijak, kan?

Assalamualaikum WBT,

p/s: Esok nak ke KL, cari kain.. jom!!

 

Kad Raya Di Zaman Moden? Releven kah?

Assalamualaikum WBT,

Apa pandangan anda terhadap Kad Raya? 



Saya sebenarnya memang suka kad raya, nak-nak kalau menghantar kad raya. Ia seolah-olah saya menghantar hadiah untuk mereka yang saya alamatkan tu. Saya memang almost tiap tahun menghantar kad raya ni, cuma last year memang terlupa sangat, so, saya cover untuk this year.

This year, saya memang hantar banyak kad raya, ni esok, saya ada lagi kat raya yang perlu saya hantar. As I said earlier, ia sebagai satu hadiah kepada mereka  yang alamatkan kad raya tersebut. Takde intention lain selain untuk wish mereka hari raya dengan cara yang traditional. Iya.

Saya faham, dengan zaman serba canggih, ramai yang memilih untuk menggunakan social media, elektronic cards untuk hantar kepada mereka yang tersayang. Kan? Betul tak? saya ada juga terima itu, yup, ia memang menjimatkan kos, tapi saya memang suka guna kad raya, ia lebih tradisional, dan lebih menyeronokkan. Kita seolah-olah tertunggu-tunggu akan kad raya yang kita hantar tu. Seronok tau.

Then kepada sesiapa yang saya hantar kat raya tu, terima lah ye, ikhlas dari saya. hehehe.. dan kepada kak Suria Amanda, in shaa Allah, saya akan balas kad raya kak tu, cuma sekarang saya dalam proses mencari kad raya yang sesuai untuk dijadikan kad raya untuk akak. 

So, ada sesiapa yang masih menyukai kad raya?

Assalamualaikum WBT

p/s: gila kan?

Tanda-tanda 10 Malam Terakhir Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,


Kita sememangnya sudah masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan. Yup, memang dah masuk. Pertamanya, syukur sangat sebab masuk ke Malam 10 terakhir Ramadhan. hehe *pilih ayat mana yang best tu...

Keduanya, masjid dan surau-surau kalau kat Malaysia ni semakin berkuranganlan jemaahnya. Iya, saya pun dah celup-celup pergi terawikh. Tak tau lah kenapa weh... Hajat hati memang nak pergi sangat, tapi tu lah, bila da lelama, hati manusia yang tak seteguh karang kan? hanyalah sehijau warna daun, memang lah...

Ketiganya, bazaar-bazaar Ramadhan pun mula orang berkurangan juga sebab rata-rata ramai bertumpu kepada pasar untuk shopping hari raya. Walaupun begitu, tetap ada yang masih menunggu ke saat-saat akhir untuk shopping. katanya..

"alaa.. buat apa pergi shopping awal-awal, rugi lah tak dapat diskaun. Best woi kalau pergi malam raya, orang ramai, boleh dapat diskaun".

Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah rata-rata contoh rakyat Malaysia yang duduk dekat dengan Bandaraya Kuala Lumpur yang memang suka buat last minute shopping. Baik, ada kebaikan dan ada keburukan shopping last minute ni. Keburukan, tak banyak le colour yang awak pilih tu nanti. Kebaikan, diskaun. Tapi kalau nak comparekanlah kan, Jakel sekarang menawarkan harga baju Melayu yang murah, so? Kenapa tunggu diskaun? Kan? Unless kalau u nak pakai baju yang dekat pasar tu yang menggunakan kain yang keras-keras or kain yang kurang best kualitinya.

Kuih raya? memanglah, 10 Malam terakhir memang memberikan rezeki hebat kepada mereka yang menjalankan perniagaan kuih Raya. Bermacam-macam jenis kuih raya yang dapat dilihat di merata-rata tempat. Syurga kuih raya? Tak, takde syurga dalam dunia ni, penjual kuih raya kadang-kadangnya menggunakan nama pelik-pelik, semata-mata untuk menarik pembeli supaya membeli kuih raya mereka. Waktu ideal untuk membuat belian? DI waktu malam, sebab at least boleh mintak rasa kan? Tau la sedap ke tidak. Kang beli depat 10 jenis kuih, tup tup, rasa sama deknon??? Mau tak meradang... nak gi tukar malu... hahahah..

Bau kuih raya bakar di oven. kalau di kampung-kampung or di bandar sekalipun, mesti ada yang suka bake kuih sendiri kan. 10 Malam terakhir adalah waktu paling hebat untuk bake kuih. Katanya,

"akhir-akhir ni la best buat kuih, lagipun kuih dapat tahan lamaaa".

Kata responden. Gitu... hahaha... tapi  yang sebenarnya, memang tu je la time boleh buat kuih, nak-nak kepada yang memang mood raya dah sampai. Memang tu je la malam nak buat kuih raya. Kadang-kadang takde la nak buat kuih sangat, cumanya... nak dapatkan feel raya tu, rasa raya tu sendiri, rasa tu. Saya dah lama jugak tak buat kuih raya, raya tahun ni entah lah, sebab banyak lagi baju nak dibuat. Mampus! huhu...

Okay, itu adalah interpretasi 10 Malam Terakhir Ramadhan dari pemikiran creative saya. Adakah anda bersetuju? Taipkan... hehehe.. takde... saje je... Lagipun, memang betul pun kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Kalau menurut Islam lain, jauh sangat bezanya.. jauhhhh...

Friday, July 18, 2014

News Update : MH17 Amsterdam - Kuala Lumpur.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anak-anak ku sekalian? takde-takde saje je.

Pada pagi tadi, kita semua digemparkan dengan berita yang sungguh menyayat hati. Seolah-olah MH370 baru sahaja terjadi semalam, namun, berita MH17 pula menjengah. ya Allah, dugaan apakah ini untuk Malaysia.



Pelbagai spekulasi dikeluarkan oleh semua orang. Kembali ramai pakai aviation di Malaysia. Sungguh. MH17, kapal terbang MAS yang dikatakan telah ditembak menggunakan misile dari darat. Siapakah penembak? Siapakah yang benar-benar bertanggungjawab di atas insiden ini? Adakah penembak tersalah tembak? Semua pertanyaan tersebut adalah pertanyaan biasa seorang pemikir. Pemikir yang cuba memikirkan apa yang terjadi.

Dikhabarkan kotak hitam MH17 telah dijumpai. Saya sempat menonton Malaysia Hari Ini pada pagi tadi dan saya menonton sesi temubual bekas kapten *maaf saya tak ingat nama dia, yang ditemubual oleh wartawan Fedtri Yahya. Pelbagai perkara cuba diselongkar oleh mereka, tetapi apa-apa pun, memang kena tunggu pelbagai sumber sebelum mengatakan apa-apa.

To all families who had their sons, daughters, friends, cousins, bestfriends on the MH17, please, be patient. Yes, I might not know your feeling, but what we can really do is, keep praying that their souls will be in peace. Keep praying, no matter what your religion is. 

Yes, we do want someone to be responsible on this incident, but do we have the capacity to actually charge somebody without any investigation? I really don't think so. We really need time on this.  I read this on Daily Mail UK, to quote,

'But Malaysia Airlines, like a number of other carriers, have been continuing to use it because it is a shorter route, which means less fuel and therefore less money.'


And Malaysia, you are tested by many things since you were born, but it does not mean that you are going to surrender to those tests. Please, be strong. Other countries too have been tested like crazy. Palestine is one of those countries. 

Keep praying Malaysia. Keep praying. 

 
Assalamualaikum WBT

p/s: Now is not the time to joke about any incident. Please, earn your respect by respecting others. Be real.

ARA Projects, Wish Me Luck!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaflah, memang saya jarang nau kira Ramadhan ni, bukan apa kalau tak kira, takde la rasa sangat yang kita berpuasa, lagipun, kenapa nak kira-kira kan? sama jugak. hehehe, itu pandangan saya lah pun, korang saya tak tau lah...

Baik, untuk Ramadhan ke 16, 17, 18, 19, saya takde apa sangat rasanya. Tambahan pulak, saya sibuk sekarang ni menjahit baju melayu dengan langsir rumah. Langsir biasa je, takde la cam langsir mahal tu kan, ala-ala vass vogue gitu, kita menjahit biasa-biasa je. hehehe..

lagipun, menjahit untuk keluarga sendiri je dulu, takut-takut ala scary merry lagi nak ambil tempahan. Jahitan tak perfect lagi, kan? hehe.. yang dah siap sekarang.



baju raya camni okay??? hahah

1. baju melayu teluk belanga berpesak ayah saya.
2. baju kurung mak saya.
3. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Nadim)
4. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Angah Akim)
5. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Adik Wiwi)
6. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Kakak)
7. maxi dress kanak-kanak Kakak
8. maxi dress kanak-kanak Wawa (anak sedara saya)

Nak dijahit...

1. baju melayu teluk belanga berpesak anak sedara saya (abang mok)
2. jubah saya
3. baju melayu teluk belanga berpesak abang kembar saya (consider sebab dia nak beli baju siap) haha..
4. Langsir rumah...
5. jubah dewasa akak saya (Ilyana)
6. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Wawa)

Gila kan? Memang gilaaa pon... ni dok duduk kat kedai jahit je la sekarang ni sebab nak menyiapkan segalanya ni.. so memang sangat mengantuk wehhh.. tadi siap tertidur dekat kedai... letih sangat.. bebulan puasa ni memang dugaan kuat sangat... sabar je lah...

dah, nak sambung mana yang perlu..

Assalamualaikum WBT

p/s: wish me luck cause I really need it!

Blog Review : Life and Thoughts of a Bodybuilder.

Assalamualaikum WBT,

Untuk entry kali ni, saya nak buat blog review.

Fefeling nak review blog orang ni memanglah bukan kerja saya, tapi saya rasa, saya kena bagitahu jugak fasal blog yang saya nak bagitahu ni. He is my junior, baru je tulis blog tapi personally, I think that his blog should be known to other people yang menginginkan kehidupan yang sihat dan mengkehendakan motivasi yang datang dari orang yang betul-betul determine.

Dia started gym-ing ni dari universiti lagi, masa dia mula-mula masuk, well, dia kurus, takde la cam kurus kering macam Saiful Apek tu, tu melampaunya pun.. ni kurus yang okay lah, but after that, dia berjinak dengan gym. Main besi, makan ayam kot *sumpah tekaan semata, saya nampak dia jogging, lari, macam-macam, because? dia nak amalkan hidup sihat. As far as I am concerned, dia tak merokok, so, tu tambah faktor kesihatan lagi lah...

Now, dia menulis blog to inspire other people. So? Korang rasa cam nak mencari kehidupan yang sihat, dan to get inspired, feel free to drop to this blog, 


http://lifeandthoughtsofabodybuilder.blogspot.com


So, camne? berminat nak follow dia, follow lah, dia tulis blog dia dalam English language, selain korang dapat tips-tips berguna dari pengalaman dia sendiri, dapat juga kita improve our English kan? Takde masalah lah tu... no hal... Korang pun boleh email dia for tips or questions, jangan malu, tanya je...

Dah la kot, kan? Saya pun takde pernah buat blog review ni, setakat ini sahaja lah, drop la kat blog dia, takde hal lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: good job, keep writing...

Raging on CDM25 and news updates!

Assalamualaikum WBT,

Ramai yang sudah tahu akan kejadian yang menimpa dua rakyat Malaysia ni, Uncle Sim dan Kak Long Kiki. Saya tengok juga video, yes! She was rude.

Tapi Kiki dan minta maaf kat Uncle Sim tu dan Uncle Sim pun memang memaafkan Kiki. Persoalannya, 
apakah Kiki akan diambil tindakan undang-undang, atau? 
dengan budi bicara polis, Kiki akan dilepaskan? 
Dan apakah hukuman yang akan dikenakan terhadap Kiki walaupun Uncle Sim tidak mahu press any charges on her wrongdoings towards him? 
Apakah kiki hanya akan dikenakan sesi kaunseling dan khidmat masyarakat?

Sebenarnya banyak persoalan dari orang ramai, dan ERA FM telah mengambil *di bawah ASTRO, telah menemubual Kiki dan ramai yang menyelar perbuatan ASTRO tersebut. Entah lah weh, saya pun rasa macam pening gak.

Daripada fokus terhadap hal macamni, baik saya :

1. Fokus hal GAZA
2. Fokus hal dengarkata pesawat MAS terhempas di sempadan Russia-Ukraine *janganlah please. MH17???
3. Fokus hal menjahit
4. Fokus memperbaiki diri dan jangan jadi seperti Kiki
5. Fokus hal pengurusan tadika yang cam gampang *dalam FB tersebar
6. Fokus Ramadhan yang tak lama nak habis

banyak kan nak kena fokus? jadi? berdoalah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Dengarkata staff ASTRO tak perlu bayar bil ASTRO eh? eh? eh?

Thursday, July 17, 2014

Keep Praying For GAZA, Palestine!

Assalamualaikum WBT,

Okay, maaf sebab tak posted any entries these last past days. So damn busy with menjahit. Maaf. Baik, ni nak cerita, tadi tempat saya takde bekalan elektrik. Masa berbuka rasa macam candle light dinner dah, well, semua orang pun lah sebab memang ramai juga takde elektrik tadi. Semua pakat cari lilin, so, there you go, candle light dinner berbuka.

Tadi, terfikir jugak, takde elektrik dah rasa macam gelap, mereka yang kat GAZA tu lagi lah, elektrik takde, makanan takde, pakaian takde, tempat tinggal, ya Allah. Tadi masa saya menjahit dengan sepupu saya, Shamil *student UITM Fashion., saya cakap,

"Kalaulah ada orang yang cakap, ada nak perlukan sukarelawan dan segala expenses ditanggung mereka. Saya nak pergi!!, saya nak bawak segala pakaian yang saya ada, supaya mereka tak kesejukkan, supaya mereka boleh hidup selesa dengan warm walaupun tengah berperang dan bantu mana yang boleh untuk mereka terus hidup".

Kesian mereka kan... hurrmmm.. saban hari saya tonton video yang kononnya dunia bersimpati dengan GAZA yang diserang rejim Zionists, tetapi, tetap ia berlaku, for puluhan tahun. Di mana hati kita puluhan tahun dahulu? Di mana rasa kita puluhan tahun dahulu? Di mana minda kita puluhan tahun dahulu?

Anak-anak diserang. Di bom, di tembak. Ibu-ibu dibunuh, dibom, ditembak. Ya Allah.

Tadi masa takde elektrik, saya berbaring kat katil dengan budak-budak tiga orang tu, anak sedara saya. Abang, angah dengan adik. Saya, angah dengan adik makan buah manggis. Bayangkan mereka yang kita sayangi dari kecil, jikalau kita jadi seperti Gaza, anak-anak dibom? ditembak? dibunuh? apa perasaan kita? Kita bukan ditempat mereka, mungkin kita boleh ambil sambil lewa. 

Jikalau kita ditempat mereka? Senakal mana pun anak, anak sedara kita, adik kita, sepupu kita, sudah tentu kita akan berasa amat sedih dan marah jikalau ia berlaku bukan? Sudah tentu.

Namun, GAZA sungguh jauh dari capaian kita.

Apa yang kita boleh buat? Keep boycotting, biarlah apa yang menteri, kerajaan nak cakap, at least kita buat small part yang kita boleh buat dalam membantu mereka. Cuba boycott walaupun kita tak mampu boycott semua. Boycott mana yang boleh. Allah takkan tanya "adakah kita boycott semua?", Allah akan tanya "Sejauh mana kita membantu". Jadi? Do you part, care less about others want to say. Be a helping hand. Be one and keep praying, Because, that matters.

Assalamualaikum WBT

p/s: sedih sangat.

Monday, July 14, 2014

Aaron Aziz kecewa dengan PENCIPLAK BAJU MELAYU nya?

Assalamualaikum WBT,

Ni entry tambahan selepas membaca beberapa blog hiburan hebat di Malaysia ni lah, siapa lagi? *malas nak taip...

Ni sebelum apa-apa, meh kita ramai-ramai tengok gambar artis handsome, badan ketakan ini... jom...


 Handsome kan? Handsome lah.. siapa abang handsome ni? Aaron Aziz lahhh... haa. hero filem ni, *btw ladies, he is taken. Sorry. hahaha..

Takde-takde, saje... hehehe... then untuk entry kat blog tadi tu, Abang Aaron berasa sedikit kecewa sebab baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak telah DICIPLAK!!! haaa kau? Camne tu?? camni la uols semua, baju Melayu kat Jakel tu memang dah MURAH DAN CANTIK!!! saya berpeluang pergi kat Jakel Kuala Lumpur yang sibuk ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur tu last week. Ya ampun deknon!!!! memang lah kau takkan sehandsome Aaron Aziz or semancung hidung Zizan Razak tetapi, AURA tu tetap ada. Ada deknon, memang ada. HIjau yang si Aaron pakai ni memang cantik letops bagai sangat dah... hahahaha... cantik woiii..

Kalau korang lalu kat Jakel Kuala Lumpur tu, dorang tutup dah dengan kain rentang then at least takde laa panas sangat kan, dan di bawah kain rentang tu lah, baju berbillion-billion.. hehe. takde la berbillion, tapi banyak lah nak cakapnya. Dengan harga RM65?? kau nak dapat mana dek baju melayu sepasang RM65??? kat mana??? cuba cakap dengan saya, kalau tailor pun mahal, kat mana-mana pun tak jatuh dari harga RM100 untuk baju Melayu tu.. kau rasa?

Then, janganlah korang beli yang ciplak-ciplak ni, malu wehhh... lagipun RM65 tu dah memang murah sangat dah... tolonglah, kalau kata mahal, takyah la beli jenama yang Aaron Jakel lah... Zizan Jakel lah... JELEK sungguh dengarnya... jadi? kalau korang tetiba nak pergi ke KL or Shah Alam, then singgah la ke Jakel tu, spend la sikit untuk baju Melayu siap tuuu... takdelah mahal sangat deknon...

Jawapan Abang Aaron Aziz memang best, dia cakap "kalau kita nak berkerjasama, cakap, kita boleh berkerjasama,.." Maksudnya, penciplak di luar sana, jangan mengada nak guna nama dia sesuka hati. Memanglah baju melayu tu hak ramai, tapi nama dia Hak dia, kalau dia patenkan nama dia di baju Melayu tu, dengan tambahan ciri-ciri Aaron Aziz, maka paten tu lakuuuu... okay? Boleh?

So, ada sapa-sapa nak tiru baju Melayu artis ni????



eh, yang ni bukan Azwan Ali, ni Dame Edna..

Haaa? ada nak tiru baju Melayu Azwan Ali? kalau ada, kena hati-hati, takut kena selar dan lahar. kalau diri ilmu kebal 7 petala langit, okay lah... kalau setakat biasa-biasa je. jangan guna nama Azwan Ali okay, Tuhan sentiasa bersama dia. Katanyah!!

Assalamualaikum WBT...

p/s: dia blocked saya kat Twitter, so, ini adalah pendapat sendiri saya.. BOOM!

Diari Ramadhan Akmal : Hari 14, 15 dan 15. hehe..

Asalamualaikum WBT,

Mintak maaflah sebab tak update blog, frozen jap... gitu, sibuk sikit, jahit baju itu ini, so, tu lah, internet lak cam buat hal, lagi lahhhh..

then untuk Ramadhan ke 14, saya takde apa-apa juga, cam biasa je...

Ramadhan ke 15, yakni semalam, hari Ahad kan? Bermula la bacaan doa Qunut dalam terawikh,. alhamdulillah, saya pergi semalam.. hehehe..untuk Ramadhan ke 15 ni saya masak satu masakan cendawan. Segala jenis cendawan di masak dengan daging yang diperap menggunakan minyak bijan. Sedap woiiii.. bawang putih banyak, lada sikit, memang terangkat.. terlajak sedap!!!

Ramadhan ke 16, hari ni. Hari saya potong baju jugak, jahit bagai, then tadi pergi Bandar Raub, ayah ajak, katanya nak pergi beli barangan untuk rumah, harus lah ikut, anak ayah dah emak, mestilah kena ikut.. hehehe.. beli banyak juga...

So, itu je lah... 

Dan, kita semua maklum, Palestine yang diserang Rejim Zionists yang sememangnya laknatullah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT hapuskan Askar Rejim Zionists dan semoga Allah SWT menambahkan ketakutkan kepada meraka supaya mereka tidak berasa senang hati. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati pejuang agama Mu, Ya Allah, Engkau selamatkan penduduk Palestine, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Bantulah selagi yang termampu...amin.

Saturday, July 12, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Ramadhan 13.

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, hari semalam dah Ramadhan ke 13, sekejap je masa berlalu kan? Risau tak? 

Semalam saya cam no big thing happened pun sebab Jumaat kan, rehat-rehat je lah, cuma, pagi-pagi Jumaat tu saya dah bangun then bawak angah pergi klinik sebab dia demam dan ada sakit sikit. MA bagi antibiotics dan ubat demam, okay da la tu.. alhamdulillah, sekarang ni okay dah, makan ubat kan...

Baik, tengahari saya tak buat kuih ke hape, after semayang Jumaat, saya take a nap jap.. lama gak la, dalam 30 minit, hehe... ke 1 jam? entah... lebih kurang lah kot... then saya pergi bazaar Ramadhan Dong sebab mak nak taufu fah Pak Cik Jali, kena pergi, wajib pergi, sebab mak nak kan... kena lah.

Then saya menjelajah sampai ke Bazaar Ramadhan Benta, ala... lupa lak nak tangkap outfit pergi ke bazaar tadi, saya pakai baju Melayu weh... tapi takde la berbow tie jadah bagai kan... hahahha... biasa-biasa je, cuma ada labuci sikit lah... gituw... sikit-sikit dah lah, jangan lebih-lebih, nak lebih-lebih kena ada occasion lah kot? gituw? hehehe..

Then, hari ni saya pun tak pergi ke surau sebab kaki rasa sakit, maybe minum air bikarbonat tadi tu kot, tak nak lepas ni, minum air tea o suam je lah, senang, takde sakit... kan?

Berbuka pun hari ni ala kadar je, malas nak hebat-hebat, saya makan cucur udang je... hehe.. iyaaa.. sumpah!

Dah lah, hujan lebat ni, tambah mengantuk.

Assalamualaikum WBT

p/s; niat puasa, jangan lupa bangun sahur esok.. daaa...esok nak start menjahitt...

Friday, July 11, 2014

Baju Melayu Warisan Dunia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti sihat kan? Mesti perut terasa selesa setelah 13 hari Ramadhan, amin.

Baik, terpanggil rasanya saya nak menulis fasal ciplak-menciplak. Kononnya ada artis guna nama buat baju melayu, buat tudung bagai then bila nampak baju di pasar lambak menggunakan nama yang sama, MEREKA MELENTING.

Secara jujurnya, saya dah lama tak beli baju melayu di pasaran sebab bila dah tahu menjahit ni, saya lebih pakai baju sendiri pon, senang, selesa dan macam-macam boleh buat pon... hihu... labuci, manik 3 tan, boleh letak.

Then, berbalik kepada isu Copy Paste Patent, baik, memang ada betulnya mereka boleh melenting sebab itu nama mereka dan itu adalah perniagaan mereka, walaupun mereka berniaga guna nama,iya lah kan, nama mereka produk mereka. Tapi jangan pulak merampas rampasa seperti yang dibuat oleh tokey tudung tu, no no no!! bahaya, pendek rezeki uols... pendek rezeki... kena boikot nanti, baru tahu, saya tak pakai tudung, lagipun, kalau saya pakai tudung, takdenya nak pakai tudung pendek nampak buah dada, buat malu, hina agama terus semua berdosa, termasuk pereka, pembuat tudung tu, Layers banyak, malangnya, tudung pendek. Hurmmm...

Tapi tu lah, kepada peniaga di luar sana, saya menyeru kepada peminat-peminat Aaron Azizi dan Zizan Razak yang jutaan tu, beli je la rekaan original dengan Jakel tu, kalau korang peminat sejati, janganlah beli yang di pasar-pasar lambak tu, rugi la artis kesayangan korang kan? Tak gitu? Tapi jangan pulak Jakel gi rampas rekaan kononnya sama, ingat, baju Melayu bukan hak korang. Baju Melayu memang dah lama da dalam dunia ni, ia sebenarnya ada ciri Islam yang diubah dari jubah arab. Tak percaya? Cuba research sikit then tengok baju yang dikatakan baju kepada Nabi Muhammad dan juga puterinya.. meh tengok sini...



Tengok construction dari dikatakan Pakaian Nabi Muhammad tu, ada pesak bukan? (Pesak adalah kain yang dijahit di tepi badan), Ia seperti jubah lelaki sekarang, leher tu seolah-olah leher teluk belanga begitu juga bentuk leher baju yang dipakai oleh Puterinya. Dan disebabkan Nabi Muhammad menyukai warna putih, lapik dari bahu ke dada diletakkan di dalam supaya ia dapat menutup sedikit kulit badan.

Jadi, sebenarnya, apa yang kita ada sekarang ni seperti baju melayu, baju kurung ada warisan, ia menutup aurat, ia longgar dan ia tidak berlebih-lebihan.

Apa salahnya pakai baju kurung biasa or baju melayu teluk belanga, kan? oh! lupa, ada sapa-sapa patternkan baju ni? Takde kan? so, takyahla nak beria sangat pon...

Assalamualaikum WBT

p/s: Suka-sukakanlah pakai baju melayu or jubah. seronok dan selesa pon.