Nuffnang Ads

Sunday, August 31, 2014

Makan-makan di Asia Cafe, Subang. Boom!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Makan jom? Nak? Tapi mesti fikir,

'Nak makan kat mane eh??'

Then,

'Nak makan apa eh??'

Haaa.. worry no more kalau korang kat KL then tak tau nak makan apa, pergi je terjah Asia Cafe di mana kat sini, makanan memang kaw-kaw banyak then memang sedap!!

Kalau korang menapak kat sini then tetibe,

'Ya Allah, banyaknya makanan, nak makan apa ni???'

Haaa.. itu bukan masalah saya laahhh... hahaha.. itu korang kena cari ar sendiri. Hehehe...

Dah, ni nak makan lagi.. light-light jeww..

Assalamualaikum wbt

P/s: orang subang memang best la...

Fitrah Sebiji Burger.

Assalamualaikum wbt,

Siapa suka makan burger?

Refer balik tajuk headline yang saya tulis tu, hahaha... 'Fitrah Sebiji Burger'. Kenapa macam tu kan?

Baik, idea entry ni datang masa saya borak-borak dengan my cousin. Haha... sambil makam burger beli kat Bangsar ni, then saya cakap,

'I, kalau makan burger selalunya I akan asingkan burger dengan roti ni. Makan asing-asing, senang'.

Then cousin saya cakap,

'Laaa.. kalau macamtu nak makan asing-asing,mintak je la pada penjual burger tu 'bang burger satu, asing-asing''.

Then fikir, takkan nak mintak camtu kan? Giloss.. hahaha... then bila fikir dalam-dalam, kita pun sebenar macam burger gak... eh.. iya ke? Ke bukan? Tapi apa yang penting, tak kisah la sesiapa makan burger asing-asing ke, makan sebijik terus ke, makan daging dulu, janji jangan membazir, okay?

Kalau korang cam tak puashati dengan penjelasan saya tu, korang fikirlah sendiri fitrah sebiji burger tu okay? Hehe..

Assalamuaikum wbt

P/s: Selamat Hari Merdeka!!!

Saturday, August 30, 2014

Arus elektrik amat berbahaya!

Assalamualaikum wbt,

Elektrik. Terima kasih kepada yang menjumpainya. Penting da sekarang ni cuma ia akan menjadi bahaya kalau aliran elektrik tu in faulty. Yes. Kenapa bahaya?

Bahaya sebab kalau aliran terlampau banyak dan ia akan menjadi litar pintas. Itu bahaya, selalunya litar pintas ni akan mengeluarkan api dan ia amatlah berbahaya kepada sesiapa sahaja dan ia mampu untuk caused kebakaran. Takut kan?

Kenapa saya macam tau je? Sebab last night that incident happened kat rumah my cousin ni. In a blink, api keluar dari fuse utama. Ya Allah, nasib baiklah kami tak panik. Kalau panik, entahlah... tak tahu lahh...

Alhamdulillah, sekarang sudah dibaiki dan akan disusuli after merdeka. Then ada dibaiki lagi mana yang perlu, for now, technician guna apa tah...

So, kena guna elektrik secara minimum je la... no air conditioner...

Assalamualaikum wbt

P/s: bahaya woii..

Thursday, August 28, 2014

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Amacam hari ni? Sihat tak?

Baik, semalam saya dapat berita yang menarik. Alhamdulillah, ayah dan mak saya akan mengerjakan umrah. Amin. Pastu mungkin my aunt pun akan ikut sekali sebab my aunt adik mak saya and dorang ada dua beradik je dalam dunia ni. So, mungkin my aunt ikut sekali lah...

Mungkin ada yang cakap,

'Eleh, umrah je pon...'

Meh sini nak cakap, umrah ke haji ke, kalau takde peluang dipanggil, diseru, kau ingat boleh pergi sana ke? Ada kebanyakan orang pergi Mekah, buat haji,buat umrah tapi masih sama. Kenapa? Entah, itu semua ketentuaan Allah kan? Dapat hidayah tu di mana-mana kan? Dapat pergi umrah pun dah cukup bermakna bagi sesetengah orang, kan?

So, takde hal la bagi tak dapat pergi Mekah or Madinah, sebab kalau tunggu Tabung Haji memang lama lah kan? Yang saya paling pelik kan, ada orang tua-tua tu masih menunggu giliran untuk pergi ke Mekah, tapi ada beberapa tahun lepas, dalam surat khabar ada anak-anak muda dapat pergi Mekah, camne? Ke camne?  Untunglaaahh..

Dah la.. saya nak rerehat jap..

Assalamualaikum wbt..

P/s: lovely.

Wednesday, August 27, 2014

Makan2 di Pelita Samudra Bangsar. Yum yum...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Ni cerita semalam.

Nak dijadikan cerita, pada pukul 2.00 pagi camtu... saya lapar... boleh? Hahaha... then menapaklah kami, saya dan sepupu ke Pelita Samudra Bangsar.

Saya makan dua keping roti canai kosong... sedap! Rangup je... Hahahha...

Takde la jejumpa apa pon cuma lepas makan tu balik je la... hahahaha...

Dah la.. jap lagi ada projek besar nak buat. Hahaha..

Assalamualaikum wbt

P/s: nak beli dye fabric. Hehe..

Monday, August 25, 2014

Lunch at Chawan, Bangsar.

Assalamualaikum wbt,

Haaa. Sekarang dah petang kan? But it does not mean that lunch dah takde kan? Hahaha.. meh sini, tadi kami makan lunch kat Chawan, Bangsar.

Saya makan, Nasi Putih dengan Daging Salai Gulai. Sedap daging salai gulai kat Chawan ni... memang sedap. Lemak boom!

Haaaa.. maaflah... takde gambar nak tunjuk sebab malu nak amik gambar sebab tu la... malu. Hahahaha...

So, kalau korang rasa nak makan then nak cari katne... pergi je la makan kat Chawan. Sedap gilosss...

Assalamualaikum wbt,

P/s: camtu lahh.. makan je memana.

Sunday, August 24, 2014

Pasar Malam Bangsar, Best!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabat semuanya? Mesti sihat kan? Baiklah, kalau sihat bagus, saya pun alhamdulillah, sihat jugak. Hehehe...

Sekaranh saya sedang bermalasan sebab tadi baru je lepas dismantle all props for wedding. Hari ni wedding kat Dewan Risda Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Then pada hari sebelumnya, RD Team ada buat wedding kat KGSAAS di Shah Alam selangor. Kahwin kaum kerabat kot... tahniahh..

So, hari ni rasa cam nak tidur je dab mata ni, tapi tu la.. nak mandi jap. Saga pergi pasar malam bangsar tadi, yang ada kat belakang Bangsar Village tu... ada kat situ. Then tadi jalan jam, sek bek tak lelama kan.. sekejap je pon..

So, nak dijadikan cerita, barangan sayur kampung kat situ... sangatlah murah... seronok membeli kat situ... dah rasa macam pasar malam kat area kampung saya je.. hehe.. seronok cuma tadi hujan agak lebat kot sehinggakan ada peniaga yang kemas cecepat, risau hujan kott.. kan? Biasa lah kalau berniaga pasar malam kan? Hehe..

Apa yang saya dapat di pasar malam? Macam-macam weh.. pegaga, petai, nasi ayam bakar, daun kari, macam-macam lagi benda lain. Hahahaha.. masak je kan?

Dah la... nak rehat lak..

P/s: makan sampai kenyang. Hahaba

Friday, August 22, 2014

Aimar Char Kuey Teow, TTDI Jaya Shah Alam. BEST!!!

Assalamualaikum wbt,

Haaa.. sekarang tengah keje. Wedding di KGSAAS (Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah). Anak dato uolss.... hehe..

Wedding anak dato ke, anak orang tak dato ke, masing-masing ada keistimewaan tersendiri sebab pelamin adalah milik memasing kan. Gitueww..

Then tadi kami makan di aimar char kuey teow di TTDI Jaya Shah Alam. Best Char Kuey Teow dia, berpatutan lak tu.. mana nak cari harga camtu kan? Ada macam-macam jenis harga char kuey teow, murah, mahal sikit, mahal special. Hahahahhaa.. saya makan yang mahal sikit. Gitu. Sikit je mahalnya.

Ada gak yang jual sate, reroti camtu, memacam gak lah.. kalau korang terasa nak makan char kuey teow, try la kat aimar TTDI Jaya shah Alam, best gak. Try okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: buat bunga lakkk...

Wednesday, August 20, 2014

MPH The Curve Damansara. Lovely.

Assalamualaikum wbt,

Hi semua... kalau saya dengan kedai buku memang tak boleh hendak dipisahkan. Bukan apa, saya rasa kedai buku memang best. Kalau kat KL memang banyak lah kedai buku yang best macam Popular, MPH, or Kinokuniya kat KLCC. Haha.. tapi kalau kat Kampung Jenud or bandar Raub, takde such bookstores tapi kedai2 biasa pun dah okay bagi saya pon. Haha

So, kalau pergi kedai buku buat apa? Kan? Haaa.. buat apa lagi, duduk2. Baca buku takpun, baca sinopsis buku yang ada... tak kira buku apa pon. Hahaha..

So, korang suka apa? Buku or makanan? Saya pon suka gak makanan pon. Nanti update lain sal makanan. Hahaha..

Daaa..

Assalamualaikum wbt

P/s: seronok oook..

Monday, August 18, 2014

Makan-makan di Kuala Lumpur. Nyum nyum.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuanyaaa? Dah makan semua? Kalau dah makan bagus, ni saya ada satu restoran kat Kuala Lumpur yang nak saya promote. Hew hew hew..

Baik, apakah restorannya? Restoran Selera Malaysia aka RSMY yang terletak di Jalan Medan Tuanku. Katanya best, so, setelah mencuba makanan  kat sini, ternyata memang best pon...

Apa makan? Cheese Nan! Cuba la search bestcheesenanintown korang nak buat hashtag kat Instagram pon... lantak, janji yang Restoran Selera Malaysia punya. Harga tak kisah kalau makan sedapppp!!! :p

So? Korang nak cuba tak? Patutnya korang cuba tau. Kalau pergi Sogo tu, cam tertanya-tanya,

'Nak makan apa eh? Takkan nak makan sushi beli kat bawah sogo tu??'

Haaaa!! Datang la ke Restoran ni! Selain group nan ni, ada je makanan lain ponnn... so? Makan je.. sedap!!

Dah, nak makan lagi ni.

Assalamualaikum wbt

P/s: nyum nyum...

Saturday, August 16, 2014

New Spot : NU Sentral!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Wahhh.. hari ni dah hari Jumaat, esok Sabtu, untuk bulan-bulan yang macamni, memang selalu kesibukan melanda kan? Kenapa? Sebab memang melanda la sibuknya.. orang nak kahwin. Start je after raya, tak after raya pun, ada dah orang kahwin.

Ni saya ulang alik dari Kampung Jenud ke Bangsar *umah cousin untuk siapkan kerja lah. Okay je. takde hal sebab dekat kan. hehehe..



So, banyak gak la job yang ada untuk disudahkan pun, well, dapatlah juga sana sini. gituw?? hahahah Well, siapa pernah pergi Nu Sentral, alaaa.. shopping mall yang baru dibuka di Kuala Lumpur tu lah, so, sesiapa yang kekonon jauh dari Mid valley or KLCC or Pavi, next time, korang singgah je ke Nu Sentral, cantik sangat. Besar nak mampus. H&M ada dalam tu, Parkson ada, food court ada, market ada, macam-macam weh!! malas nak cakap lebih.

Aritu turun situ, kekonon nak makan kat KL Sentral tu je, tetengok!! Ada Nu Sentral, ingatkan tak buka lagi, tetengok!!! Dah bukak, dengan lagak jakunnya, saya dengan sepupu saya pergi makan dulu kat situ, cari foodcourt, fefeling sesat! kau rasa? Then rupa-rupanya, ia diatas sanun haaaa... nun kat belah sana kalau dari KL Sentral, belah Kiri, kalu dari pintu depan, belah kanan, naik lif boleh or naik escalator pun boleh.. mana2 je.

Next time, GSC nak buka kat situ,,, so?? Takke best tu? turun je dari KTM, LRT, letak barang kat tempat letak barang tu, *kalau barang menimbun, then langkah je masuk ke Nu Sentral, Boom! anda berada di shopping mall... takke senang tu kan??? Kan?

Dah, next time kalau nak pergi, ajak saya kay??? hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: whats app je... hehe

Friday, August 15, 2014

Luahan Hati Mak Jemah.

Assalamualaikum WBT,

"wehhh... kemain Astro sekarang kan? Tiap bulan caj naik. Katanya servis perkhidmatan dinaiktaraf tapi time hujan tetap takde siaran".

Itu rungutan dari Mak Jemah yang memang menginginkan perkhimatan dan inginkan stesen tv yang lebih banyak, namun, apakan daya, takde UniFi sampai ke rumah. Takde servis HyppTV sampai ke rumah, so, nak tengok TV 1,2 dan 3 sahaja? Maklumlah, 8TV, NTV7, TV9 takde sampai rumah. Kenapa? Mungkin Mak Jemah duduk di pedalaman yang tidak diambil kira oleh setesen-setesen tv besar nun. Biarlah mereka majukan bandar yang memang sudah ternyata maju kan? Jurang semakin besar. Itu yang mereka hendak, Jemah tetap mengeluh pun.

Dah lah line telefon kat area Jemah ni kejap ada kejap takde. Telefon semakin canggih, malangnya, line takde? Jemah mengeluh, tetap mengeluh. Tapi Jemah memang bersyukur, tapi Jemah hanyalah seorang manusia yang menginginkan kebaikan kepada orang lain juga. Bayangkan kalau kat kampung Jemah ada perkara-pekara yang buruk berlaku. Takde line telefon nak call sana sini? Buatnya line tak elok ke? Takde line langsung ke? Adakah Jemah mampu untuk membantu? mungkin tidak. Jemah masih mengeluh.

Lagipun, evolusi kampung Jemah ni memang hebat. dari Telefon awam pusing-pusing tu, ke telefon awam biasa, then telefon wireless then Kampung Tanpa Wayar, memang perkara yang hebat, namun, apakan daya, ramai rakyat kampung Jemah pakai telefon dan kadang-kadang telefon hanya sebagai aksesori untuk menunjuk, iya lah, takde line. Jemah tetap mengeluh.

Jikalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, memanglah, let say, Vietnam ke, Papua New Guinea ke, TIbet ke? kan? Memang negara kita masih berada dia atas dari mereka. Cuma Jemah terkilan sebab ramai yang kata negara kita hebat dengan itu, ini, itu, ini, Jemah rasa, masih banyak yang boleh diperbaiki sebenarnya, sejak dari Pucuk Pimpinanan ke Akar Umbi. Tapi tu lah, suara rakyat hanyalah kecil jikalau hendak dibandingkan dengan mereka yang 'tahu bersyukur'? Bercakap fasal bersyukur, BERSYUKUR ADALAH KHAS UNTUK ALLAH, BUKAN UNTUK KERAJAAN. ADA YANG CAKAP,

"Bersyukur lah kepada kerajaan sebab kerajaan telah buat itu, ini bagai-bagai".

Jemah rasa meluat sangat sebab term bersyukur tu hanyalah untuk Allah, bukan untuk kerajaan. Kalau Allah nak hancurkan sesebuah kerajaan, dah lama Allah buat. Sebab Dia mampu untuk melakukannya. Tapi janganlah pulak takbur ye? Takut berdosa, itu sahaja.

So, Jemah akhiri dengan pantun ini,

Monyet dikali termakan lada,
Melompat sampai ke Tasik Titiwangsa,
Jikalau mahukan rakyat yang menyokong anda,
Bekerjalah dengan saksama.

Itu lah keluhan dan sungutan Jemah yang saya dengari. Kesian Jemah, sabar ye Jemah.

Assalamualaikum WBT

p/s: macamtulah duduk di pedalaman yang kurang perhatian dari ADUN sendiri. 
 

Kehebatan Rakyat Malaysia. *tak semua.

Assalamualaikum WBT,

Kita selalu camni,


 yang ni, saya cuba bersangka baik, kot-kot lah orang OKU yang punya kan, tapi kalau dia punya, kena dia tak park full je? so?? camne tu?

"Ya Ampun!!! Apahal kereta ni? Kalau tak pandai bawak kereta, jangan bawak kereta!! parking cam hape je... takde otak ke? sesuka hati je parking?"

"Aik, cubalah parking elok-elok sikit, orang lain pun nak parking jugak?"

"Kalau parking macamni, haram weh! rugi lah ada lesen tapi parking macamni"

"bute ke apa? Parking camtu??"

dan macam-macam lagi carutan dan perkataan nista yang boleh anda sendiri fikirkan jikalau bertemu dengan orang yang camni. Bukan apa, kadang-kadang ada sesetengah tu fikir untuk diri sendiri. Orang macamni, Allah bagi hidup lama sebab mereka diharapkan untuk memperbaiki diri dan akhlak, betul kan? 

Bukan apa, ramai sangat orang berperangai camni. Kadang-kadang ada yang parking, then tempat tak boleh nak parking langsung, boom! kena langgar bontot kereta time orang takde dalam kereta. Kalau yang langgar tu Pajero? Jeep? Ada besi kat depan? Mesti best kan? Langgar je. haha.. 

So, jangan parking ikut kepala lutut, bukan apa, rugi Tuhan bagi minda, kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: jarang parking pelik-pelik ni, ada gak, tapi makesure selamat. hahaha

Thursday, August 14, 2014

Hari Yang Teramat Sibuk!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?? mesti semua dalam kesejukkan kan? Melainkan Encik Ben yang di dalam kesejukkan di Paris... wah!! paris.. bestnya!!! tahniah Encik Ben... rezeki anak anak-anak tuh...

Baik, pertamanya, maaflah sebab banyak hari tak update, camtu lah, kalau pergi ke KL memang tak update, padahal boleh je update guna phone, pokok pangkalnya, kemalasan kan? Gituwww.. Baik, tadi pepagi lagi saya dah keluar ke bandar Raub atas sebab bawak mak pergi cabut gigi. Yes, dah dua batang gigi dan mak saya cabut, lain kali nanti dia nak cabut lagi, sebab dia kata sakit, So, takpe lah... hehe..

Then, nak balik tadi, ada pak cik ni kereta dia tak boleh nak start. Pelik jugak, then dia mintak la tolong saya. Saya tolong sedaya yang mungkin kan. Dia nak pergi pinjam motor orang, orang tu tak bagi, then saya tolonglah. Bawa mekanik ke kereta dia, then elok lah. Rupanya??? Cipnya tercabut. Kau rasa? Kereta automatik ada cip kan? Guna untuk keselamatan, tapi dalam hal ni, tak selamat sangat lah kot, lagipun kunci pak cik tu dah tercabut. So susah lah, then bila dah boleh hidup tu, okay lah, dia ucap terima kasih. Saya pun rasa okay je, takde hal la pak cik... haha.. nak cakap bro bro kang, payah lah! hahaha.. 

Jangan ingat muka saya sombong hati pun sombong. hehe.. silap silap.



Then saya pergi juga buat kad BSN yang baru! Cantik sangat! saya sangat menyukainya *ayat Andrew Khng. Sangat best, BSN Debit card yang cantik, nampak sungguh elegant, warna hitam. Cantik! suka! nau nau...

So, tu je la kot... hehhe.. thanks BSN.Tu je lah, malam kang mak ajak makan kat luar... hehe.. jom jom!

Assalamualaikum WBT

p/s:tetolong camtulah...

Monday, August 11, 2014

Back to basic.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat lah belaka ye? Baiklah, kita masih dalam mood raya, tak kisah janji kita gembira lah ye?

Baiklah, sekarang saya resume working lah, wedding pun dah agak banyak for weekend, so kenalah ada kat rumah my cousin ni. Hehe...

So, keje beberapa hari je then rehat, but this week, i need to sew a few things and i really need to help my cousin settling beberapa urusan. Dorang nak mengembangkan lagi perniagaan dorang. Bagus kan? They really are moving forward and trust me, they will be everywhere next season. One to watch she is. Lovely.

Haaa.. next time saya buat entry sal designer okay? Haha.. so, now sekarang saya ada di Bangsar dah pon...

Takdenye saya nak ootd ke apa kat sini, takde banyak baju pun bawa. Saya pon kalau duduk sini cam lost sikit, i am more to television man and not internet man sebab banyak tengok tv rather than internet-ing or newpapers. Hehe..

Dah, lambat sangat dah update kan? Esok la saya update lagi, lagipun, update guna phone je ni.. huhu tu la kalau berjauhan dengan rumah, hahahha..

Dah la mengantuk gila. Dan kepada Encik Ben, tahniah dapat pergi France!! Amik gambo berbanyok neh??

Assalamualaikum wbt,

P/s: bermalasan. Baju takde nak jahet. Hahaha

Wednesday, August 6, 2014

Hijrah Selebriti : Catriona Ross

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya sempat menonton Hijrah Selebriti kat TV la, lupa channel mana dan artis tersebut adalah Catriona Ross yang asal dari Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Iya, pan Asia.

Menarik rancangan tersebut, tapi ada beberapa point yang menarik ingin saya bawakan kepada anda dan ia juga ada terkesan dalam diri saya sendiri. Bukan saya nak berhijab, bukan, no no no, tapi Catriona atau lebih mesra dipanggil Cat adalah seorang yang passionate dalam dunia seni. Dia masuk teater di sekolah, drama di sekolah, dan dia juga sememangnya meminat dunia lakonan.

Namun, dia bukanlah seorang graduan seni lakonan, maaf, saya lupa dia graduan apa, tapi memang berbeza bidang. Dia nyatakan hasrat dia kepada ibunya, pada mulanya ibunya tidak bersetuju sebab dia ada Degree dan pada pandangan ibunya, Cat kena mencairi kerja yang lebih menjamin masa depannya. Berlainan dengan ayahnya, Cat menyatakan bahawa, ayahnya lebih open dan menyokong hasrat Cat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan, dan ayahnya bertanyakan fasal gaji, bayaran, tempat tinggal, macamane kerja dan sebagainya. 

Walaupun telah menjelaskan kepada ibunya, ibunya tetap berasa teragak-agak untuk membiarkan Cat mengambil jalannnya sendiri. Namun, selepas beberapa tahun menggiatkan diri dalam bidang seni lakonan, ibunya mula menerima bakat Cat dan mula mempercayai kebolehan Cat. Ibunya mula menanyakan bila akan lakonan terbaru keluar di television, dan lain-lain. Rakan-rakan ibunya juga mula menanyakan bila akan drama terbaru keluar di television. Sedikit demi sedikit, bakatnya mula menyinar dan restu ibunya adalah yang terpaling penting.

"Alhamdulillah, percaturan saya membuahkan hasil" - Catriona Ross

Well, itu sahaja yang sempat saya tonton, then tentang hijrahnya saya tak sempat pun nak tengok, lagupun, saya mengantuk sangat dah masa tu. Cuma, apa yang saya dapat adalah, cara membuat keputusan dan percaya akan keputusan tersebut dan kuatkan semangat dalam menempuhi segala rintangan dan cabaran SELEPAS memilih untuk PILIHAN sendiri. 

Iyaa.. kuatkan semangat dan do not lose hope. He is always there for you.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terima kasih Cat.

Saham Akhirat : Adik Tuan Nur Batrisyia Perlukan Bantuan Kita.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Baiklah untuk entry kali ini, saya ingin bantuan anda semua yang membaca dan tolong sebarkan ke semua untuk membantu insan yang dalam kesusahan ini.

Pada beberapa minggu lepas, Pertubuhan Gabungan Media Terengganu (GaMET), sebuah badan pertubuhan NGO telah membangunkan satu Tabung Bantuan Kecemasan Khas (TBKK) yang bertujuan untuk membantu sebanyak yang mungkin kepada kes-kes kesusahan. 

Adik Tuan Nur Batrisyia binti Tuan Nasir adalah insan yang pertama yang menerima bantuan daripada GaMET. Bantuan berbentuk barangan keperluan diberikan kepada Adik Batrisyia dan keluarga ketika menunggu Adik Batrisyia di hospital. 

"Media adalah penting kepada masyarakat dan tidak salah jikalau kami mengambil langkah sebegini untuk memberi makluman kepada umum", kata Rozainah Zakaria, Setiausaha GaMET. 

Adik Batrisyia yang menghidap penyakit hydrocephalus iaitu penyakit yang menyebabkan kepala adik Batrisyia membesar 3 kali ganda daripada saiz kepala normal. Ia juga adalah kerana cecair yang berlebihan di dalam kepala dan ia menyebabkan pembesaran kepala. 

Kepada yang ingin menderma bagi meringankan penderitaan Adik Batrisyia, anda bolehlah menghubungi Presiden GaMET iaitu, Encik Nadzarul Amir Zainal Abidin di talian 016-3833929 atau Setiausaha GaMET iaitu, Rozainah Zakaria di talian 019-2219949.

Marilah kita sama-sama meringankan penderitaan Adik Batrisyia ini. Semoga apa yang kita dermakan diterima oleh Allah SWT dan mendapat pahala dari Allah SWT. Amin.

Assalaualaikum WBT

p/s: sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Adik Batrisyia.. Amin.

Monday, August 4, 2014

SKKA 2000 Small Reunion 2014. Suka!!!

Assalamualaikum WBT,

Salaam Raya lagih!! Walaupun dah Syawal ke berapa ni kan? Tetap jugak Salaam Raya, lantaksss!!!

Semalam, saya dan rakan-rakan bekas darjah 6 Sekolah Kebangsaan Kuala Atok, Raub tahun 2000 telah mengadakan small reunion lah, ada beberapa orang je, tapi okay lah, seronok, yang tak dapat hadir tu maybe ada komitmen lain dan jugak ada sesetengah tu kami memang lost contact, memang tak boleh nak buat apa lah, seriously. Jauh nau rasanya, so, kami buat je la mana yang ada. hahaha.. 

Yang pergi semalam adalah, saya, abang saya Saufi, Zeli, Zul, Fizie, Zura dan Yusmani.. okay je, takde hal pun, kami buat bakar Ayam, Kambing, makan mee goreng, nasi putih, daging burger bakar, sosej bakar. Memang sedap dan perapan daging kambing dengan ayam tu memang heaven gila!! Sedap wehhhh... daging kambing tu sebenarnya, rupanya tak payah bakar lelama pun, sekejap pun takpe, sebab panas kan, so, cepat masak. Rupanya!! hahaha.. takpe, next time saya nak beli then buat kat rumah, makan sampai senak. Takpe, sebab daging kambing kan, banyak khasiat. Nabi Muhammad pun suka daging kambing.

 tengok betapa mugilnya bibir saya tu... Yus pun kalah.. hahaha



haaa.. makan apa? Meh sini tengok gambar ni, nampak je sikit, tapi berlebih-lebihan sangat sebab masing-masing on diet.. hahahha.. takde-takde, saje je. But sesiapa yang terlepas BBQ ni, jangan risau, kalau tahun depan murah rezeki dan panjang umur, in shaa Allah, kami cuba aturkan lagi, dan mungkin ada aktiviti sikit ke kan? Mana tahu... main baling belon kat muka masing-masing ke, kan?




So? Camne? best sebenarnya? Mandi pun air sejuk gilaaaa.. 

Lokasi : Pulau Chekas Ulu Dong.

Assalamualaikum WBT,

p/s: seronok wehh!!!

Friday, August 1, 2014

Incident seluruh dunia. Ya Allah...

Assalamualaikum WBT,

Baiklah, sekarang sudah hari raya ke-5 dan kita pun dah menjengah masuk ke bulan 8, jadi, perhatian untuk bulan ini adalah semestinya, Bulan Kemerdekaan, namun, mungkin sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan diminimumkan kerana incident-incident yang berlaku pada beberapa bulan lepas both MH370 dan juga MH17 dan banyak lagi incident yang membabitkan beberapa negara Islam dan ketidakwajaran dunia terhadap beberapa kes lain. 

Banyak pekara yang berlaku pun di dunia ini yang mungkin kurang mendapat liputan untuk makluman umum kan? Fokus yang diberikan adalah kepada Palestine, Israel, MH17, Russia, Ukraine, MH370 dan masalah negara. Bukan saya tidak setuju, saya setuju, cuma kita kena juga baca berita-berita lain, takutlah nanti minda kita hanya tertumpu kepada sesatu berita sahaja.

Semalam saya baca mengenai Banjir lumpur di India yang meragut nyawa. Sungguh menyayat hati dimana mangsa tertimbus dibawah tanah. Saya memang tak tahu nak tumpukan kepada yang mana satu, sebab apabila ia berkaitan dengan nyawa, saya rasa sungguh fragile sebab nyawa kita milik Allah SWT, bila-bila Dia nak amik, Dia amik, kita apalah sangat kan? Sekadar manusia biasa, yang sungguh kerdil dan sungguh lemah. Ya Allah. 

Jadi, takpe la korang, sesamalah kita mendoakan kesejahteraan semua orang Islam dalam dunia ni.Tadi saya pegi masjid, sedap je dengar bunyi ramai orang aminkan surah Al-Fatihah pak imam, berderau darah saya dengar.. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok.

REVIEW : ASUS Zenfone 4!!! Please, be mine!

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya sempat pergi ke Bandar Raub untuk selesaikan beberapa urusan bank dan bagai-bagai. Anak-anak sedara pergi bank in duit, mak sedara bank in duit dan tadi jugak anak sedara saya beli new smartphone. Jenama apa? yup, ini nak cerita ni...


ASUS Zenfone 4 !!! Ya Ampun, memang mencabar iman nau nau, jenama Taiwan yang disebut Ae-suus. Haa.. sebab anak sedara tu baru 11 tahun so, dia amik yang kecil tu, screen 4 inci, memang padan lah dengan tangan dia kan. Harga?? Ni lagi satu yang saya nak menangis kalau cakap.
 Harganya adalah!!!! RM397 + aksesori + memori 8 gb (mind that built in memory ada 8 gig).. apa lagi nak? walaupun rear camera hanya 5MP tapi memang cantik dah weh, letak lak nanti Pics Art, memang la sesantek-santeknya weh!!! kau gila.. sekarang saya rasa macam nak menangis je sebab walaupun saya sekarang pakai Samsung Grand DUOS yang memang saya suka, but looking at the ASUS Zenfone 4, 5 and 6 yang memang cantik, saya rasa nak lebih meraung sekuat-kuatnya, tu lah!!! nak pakai jugaakkkk!!!

Dengan itu, saya berazam untuk mengumpul duit dan beli Zenfone 5 or Zenfone 6!! nak jugak! saya tak kira, kalau ada yang hendak sponsor lagi bagus!! amatlah dialu-alukan... ASUS? Taknak amik saya jadi model ke? spokeperson ke? sebab seriously!! saya amatlah jeles tengok anak sedara saya pakai Zenfone 4 tu!!!! 

Sekian, terima kasih. *rasa nak meraung.

Assalamualaikum WBT

p/s: jeles amat sangat!!