Nuffnang Ads

Tuesday, September 30, 2014

Senarai Lagu Tugasan Akademi Fantasia Minggu Ke-5.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sekarang saya nak update fasal Lagu Tugasan Konsert ke-5 Akademi Fantasia 2014.



Dengan tersingkirnya Muna di minggu lepas, minggu ini menyaksikan 9 orang lagi pelajar Akademi Fantasia 2014 akan membuat persembahan dan cuba memuaskan hati pengundi dengan pilihan lagu-lagu yang memang menguji kebolehan dan kemampuan vokal mereka.

Lagu Tugasan mereka adalah,

1. Azwan - Mimpi Laila
2. Ziha - Cinta Adam dan Hawa
3. Zarif - Aku Yang Berdosa
4. Nina - Ku Mohon
5. Nuha - Jaga Dia Untukku
6. Adel - Jagalah Diri
7. Firman - Meniti Titian Usang
8. Ewal - Ketulusan Hati
9. Aman - PadaMu Ku Bersujud

Banyak lagu yang best-best yang diberikan kepada pelajar pada Minggu ini. Semoga mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan jangan main-main. Belajar-belajar jugak, tapi ingat, awak semua dalam pertandingan. Pertandingan nyanyian, SO! Nyanyi sungguh-sungguh.

Itu sahaja lah kot, takde apa sangat nak dikomen, expectation kena hari sebelum konsert! gituuhhh... hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: Do not flirt Akmal! Do not!

REVIEW Akademi Fantaasia 2014 - Konsert Minggu ke-4.

Assalamualaikum WBT,

Hari Ahad aritu kan, saya sempat menonton Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke-4 yang menyaksikan tersingkirnya Muna dalam mengejar cita-citanya untuk menggapai bintang. Itulah realiti yang perlu dilalui oleh semua pelajar yang akan tersingkir. Ibarat kata, tersingkir itu pasti tetapi kejayaan itu masih samar. Nampak tak kat situ? 

Baik, kita akan review seorang demi seorang pelajar yang telah membuat persembahan di Minggu ke-4 yang lalu. Tetapi perlu diingati, ini adalah pandangan saya yang tersendiri dan pendapat saya sendiri. Janganlah dibaca sebagai seorang yang hebat fasal industri seni tanahair. 

Muna - Kekal (Ziana Zain)

Baik, seperti mana yang kita semua tahu, kebanyakkan lagu Ziana Zain adalah yang bernada tinggi, nada rendah dia pun okay jugak sebenarnya, tetapi ia tidak sesolid nada tinggi yang dilantunkan oleh Ziana Zain. Lagu Kekal ini adalah seperti lagu lain yang dinyanyikan oleh Ziana Zain, susah nak mampus. Dengan vokal Muna yang akan goyah tu, memang Muna ada cara yang tersendiri, tetapi, Muna ada lenggok yang sesuai dengan lagu traditional Melayu dan juga lagu slow ballad yang tak tinggi. Lagu-lagu seperti lagu Erra Fazira mungkin boleh dibawakan oleh Muna. Light-light je macamtu. Tetapi nice try dari Muna tetapi malangnya Muna tersingkir di konsert ini.

Nina - Dondang Dendang (Noraniza Idris)

Maaf, Nina memang tak boleh nak bawak lagu ni. Profile suara Nina memang tak boleh nak bawak lagu tradisional yang macamni. Cuba dengan masa Nina menyanyikan lagu bonus dengan Ewal, sedap bukan vokal yang agak sesuai dengan lagu. Ia seolah-olah kena dengan lagu, dan Nina adalah cara sendiri untuk membawa lagu, jadi! sebenarnya, Nina kena berani cakap dekat cikgu-cikgu yang Nina sendiri nak lagu Nina dibawak dengan cara yang Nina selesa. Bukan apa, rugi lah kalau masuk pertandingan tapi tak pamerkan suara sebenar awak. Rugi.

Ziha - Seandainya Masih Ada Cinta ( Dayang Nurfaizah)

Lagu ni memang tinggi dan sangat memerlukan breath control yang sangat hebat. We are now talking about Dayang okay? Dayang, cara Dayang membawa lagu ni memang best dan lagu ini sendiri adalah best! Melodi, lirik, dan ditambah dengan cara nyanyian Dayang yang kelihat effortless membuatkan ia NAMPAK senang, tapi hakikatnya, ini adalah salah satu lagu yang susah untuk dibawa di Malaysia ni. Dan, maaflah, saya masih tak nampak kebolehan Ziha dalam menyanyikan lagu ini, entah kenapa. Saya cuba menyelami rasa yang cuba disampaikan, tapi susah. Tak sampai. Maaf.

Azwan - Aduh (Ajai) 

Aduh, sayang.
Aduh, kasih.
Entahlah Azwan, saya pun tak tahu nak cakap apa. Kak Ziana cakap, awak biasa-biasa je. Saya rasa, awak ada potensi pon, cuma awak kena let it go kot! Nampak dalam suara awak, awak control sebenarnya, its good to have such control but sometimes, you need to let it go. I mean your voice. Lepaskan! jangan tahan-tahan. Okay? Next time you do better eh?

Aman - Tak Pernah Berjumpa (Forteen)

Haa.. I applaud the transformation done by team for Aman. Good job! Malu dah takde sangat, tapi jangan terkinja-kinja sangat atas pentas dengan lagu yang separuh rancak macamni kay? Tak elok, tak align dengan lagu sangat. Nak terkinja? Nyanyi lagu full rancak, itu pun tak semua boleh dikinjakan, kay? Peminat sedar yang Aman ada lah suara, tapi the main reason why he is on AF2014 is because, he is young, dia ada rupa, cute, comel dan mampu menarik ramai untuk undi Aman. Tapi, I am looking forward to hear him sing next assignment, it should be fun.

Ewal - Lena Diulit Mimpi (Wings)

What to say about Ewal? Jelas dia dilevel yang berbeza dengan pelajar lain. Dia memang dari kecil menyanyi dan dia boleh dikatakan seolah penyanyi profesional yang tidak mendapat tempat di industri music tanahair, Malaysia. Tetapi sekarang, Ewal dah masuk AF, semoga pendedahan yang diberikan dapat melonjakkan nama Ewal sebagai seorang penyanyi yang digemari di Malaysia. Suara awak best, memang apa lagi nak cakap. Takde apa.

Zarif - Gerimis Mengundang (SLAM)

Maaflah, saya masih jugak tak dapat dengar secara berperasaan suara Zarif ni, dan persembahan dia masih lagi tidak memberikan impak kepada pendengar. Saya lah kot, orang lain tak tau lah, tapi saya rasa dia ni ada tulis blog, rasanya lah, tapi entah lah... hurmm...

Nuha - Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)

Okay, Nuha memang original. Takde klon satu pun penyanyi kat Malaysia ni ada suara besar macam dia. Cuma, dia kena berani conduct the musician untuk membentuk dia, suara dia berbeza dengan muzik yang ada kat Malaysia ni, dia kena berani,. Macam yang dicakapkan oleh Dato Ramli MS memang ada benarnya. Dia kena berani je lah. Tu je, sebab dia kena bentuk music yang tepat dengan suara dia. Cara nyanyian memang tersendiri dah. So far she is one of the favourites di Akademi Fantasia 2014.

Adel - Kesetiaan (Siti Sarah)
 
Seperti yang dicakap oleh Ramli MS, lagu ni memang susah. Yes, memang betul, lagu ni susah gila. Dia kena sustain low notes, sustain energy dan memang kena clearkan patah lagu. Siti Sarah memang sorang penyanyi yang bagus dan dia kecil tapi suara dia memang best! everything about her is good, cuma dia kurang hits je, but lagu dia memang beri impak kepada industri hiburan pon. Tapi Adel kena belajar lebih lagi dan lebih-lebih lagi untuk minggu 5 ni, lagu yang dia akan bawa adalah Jagalah Diri dari Jaclyn Victor. Lagi gila! tapi ni memang banyak high notes, dinamik nak mampus lah, tengok je la camne nanti...

Firman - Samrah Mentari

Saya sebenarnya suka cara Firman bawak lagu ni, then last part tu dia suntikkan elemen rock kepada lagu ni, memang best! suka sangat. Stage present tu dah slowly ada, suara kena perbaiki lagi, serak sangat, rock-rock jugak, jangan sampai terkucil dek. okay?

Rasanya tu je lah,

Terbaik : Ewal dan Nuha
Tercorot : Nina dan Ziha.
Tersingkir : Muna

Assalamualaikum WBT

p/s: Pendapat sebagai pendengar je... hehehe..

Nak Diet Ke Tidak Ni???

Assalamualaikum WBT,



Semua tahu, well, at least setiap blogger tahu yang ada banyak benda yang mampu mengalih perhatian daripada membaca blog yang hendak di baca. Banyak benda yang mampu mengalih perhatian ni, kalau saya pulak, saya tak suka blog yang ada music sebab kadang-kadang ia membuatkan lambat nak load. Then, kalau lebih dari 30 saat, alamatnya, saya tutup je tab blog tu, so, takde jadi la baca.. kesian kan?

Then, ada sesetengah blogger letak macam-macam lah, okay fine, saya faham. itu saya tak kisah sangat sebab kadang-kadang boleh je load pon, tapi yang memula buka tu, mula buka 
okay, then lepas beberapa saat keluar iklan!! Ya Allah, rasanya, kenapa ni? kalau sekejap TAKPE weh, ini lama gila! tak semua ada masa nak tengok iklan tu, maaf cakap lah.

Darii saya nak baca blog tu, terus tak jadi! Pangkah tab terus. kau rasa? Memang tak baca lah, followers beribu pun kalau ada benda macamni, saya memang tak baca. Maaf.

Itu pendapat saya lah, tapi tak semua blogger letak benda-benda yang macamtu. Ada yang suka, ada yang tak suka *saya lah tu. Kepada yang suka, teruskan, saya takde masalah, tapi saya susah sikit lah. Kan? Tapi kadang-kadang mengenangkan nak baca juga, saya sanggup tunggu, iya lah, line internet kat kampung saya ni bukan macam pakai broadband yang line mencanak tinggi. Takde, saya pakai internet kerajaan ni je, yang agak slow jugak lah, so, I have to be very picky to read blog. Terpaksa, kalau nak buka pun, lambat sikit lah, but kalau content worth to wait, why not kan?

dah lah, ni nak masak pulak, tak tahu nak masak apa. Tadi breakfast telur je, takde makanan dahhh... hahhaa..

Assalamualaikum WBT

p/s: diet Atkins ke? Hurmmm...

Mak cik-mak cik Jepun dalam LRT.

Assalamualaikum WBT,


Di Kuala Lumpur, kita boleh jumpa macam-macam jenis manusia. yes. Macam-macam. Semuanya okay sebenarnya, just the way we accept things, that what matters the most. Tu je.

Nak dijadikan cerita, saya on the way balik dari Kuala Lumpur, naik LRT Kelana Jaya line dari Masjid Jamek, dan sesampai sahaja di stesen Pasar Seni, naiklah satu kumpulan mak cik-mak cik dari Jepun rasanya. Yes, sangat mak cik-mak cik yang berumur 70-an dan keatas tu. Mereka masih kuat. Berdiri dalam LRT sedangkan ramai lelaki-lelaki gagah *gagah ke? duduk di kerusi.

One thing that you need to know about me is, when saya naik LRT, saya prefer berdiri sebab I like being tall and suka tengok sceneries yang ada kat luar, but not ERL, jauh gila, tak nak saya berdiri. Hahaha...

Berbalik cerita mak cik-mak cik Jepun tadi tu, dorang naik, dan suka saya tengok dorang. Bercakap seolah-olah excited to see places in Kuala Lumpur. Excited, but tak tau la dorang nak pergi mana sebenarnya. hahaha... but, I was smiling the whole time, watching them excited, made me excited to actually talk to them. Entah, tapi seharusnya haru biru serta huru hara lah kan? Dorang susah sikit nak cakap English ni, apatah lagi Bahasa Melayu. Kang hape pula kan, so, saya senyum je lah...

Then kami turun di Stesen LRT Bangsar, meninggalkan mak cik-mak cik yang masih excited dan teguh berdiri dalam LRT dan ditemani lelaki-lelaki gagah yang buat pura-pura buta tatkala melihatkan mak cik-mak cik di situ. Ugh, jijik sangat perangai.

So, tu je lah, nanti saya cerita lagi, saya nak recall dulu semua. then baru cerita.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya memang suka memerhati pon.

Monday, September 29, 2014

Isu Hangat!!! Agent Pengemis?

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabarnya di sana... sayangg...

Macam lagu pulak, lama nau tak berkaraoke nih... last karaoke masa saya belajar dulu kat Uni, itu pun dengan kengkawan, melepaskan stress. Masuk karaoke room terus jerit. Rasakan! lepas tu, esok takde suara. Hahaha.. tapi okay gak la, takde la esok nak present, malam ni melalak bagai. Fikir jugak lah... pon kan?

So, tadi saya janji nak update fasal satu hal ni kan... nak dijadikan cerita, semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman, sementara saya tunggu my cousin mencari sample kain untuk assignment dia, saya pun berdiri di hadapan satu kedai ni, Bunga Reben.

Semua maklum, kepada yang selalu pergi Bunga Reben memang ada beberapa mak cik yang duduk depan premis tu dan mereka memang buat apa yang termampu untuk mendapatkan wang. Saya cuba mencari perkataan yang agak soft untuk digunakan, tapi malangnya, susah sungguh. Hurm, jadi senang cerita, mak cik dan pak cik tu, mengemis di situ. *correct me if I'm wrong, thank you.

Lama juga saya berdiri di situ, memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang jugak. Then dalam pukul lebih kurang 5.00 petang macam tu, ada seorang budak pergi kat mak cik yang jual tisu tu. Then dia bercakap seolah-olah dia kenal mak cik tu. Then mak cik kemas semua dan budak tu pimpim tangan mak cik tu, dan dibawanya ke arah sebuah kereta Naza Citra yang tersedia menunggu di tepi jalan. *jam sekejap kat situ. Lepas tu, kereta tersebut meluncur dan hilang dari pandangan saya.

Then selang beberapa minit, ada sebuah lagi kereta Kenari Putih dengan dua orang lelaki muda mencari mak cik dan pak cik yang menyanyi dan mejual tisu di situ. Yea, kalau korang perhatikan, ada pasangan tua yang menyanyi di situ. Kebetulan, time tu saya ada kat situ, then saya perhatikan, dia seolah-olah mencari pak cik dan mak cik tu. Saya cuba berfikiran positive, dengan berfikiran,

"mungkin anak pak cik tu kot, sebab kot nak bawak balik ke apa kan?"

Lepas tu saya masuk ke dalam kedai Princess bersebelahan tu, keluar je kami, ada lagi orang muda tu, dan pak cik tu ada kat situ. Dan kelihatan orang lelaki muda tu MENGAMBIL DUIT dari  tempat simpanan pak cik tu. Dan berjalan ke parking kereta dan seolah-olah mengira berapa yang pak cik tu dapat.

Dekat situ, saya dah tak boleh nak fikir positive dah. Maaflah. Tapi bila fikir balik, macamane pak cik dan mak cik tu nak mencari duit kalau takde orang hantar dan orang yang hantar tu jugak mesti nak duit. Pening jap. Saya pun jadi tak tau nak fikir macamne.

Saya jadi blurr untuk proses apa yang terjadi. Saya jadi kaku. Saya jadi pening. Difikir sebelah sini salah, difikir sebelah sana pun salah. Tak tau lah. Agen? Entah. Tu je yang bermain dalam fikiran saya pun.

Saya bersyukur sangat keluarga saya duduk di Kampung dan alhamdulillah, mampu mencari sesuap nasi untuk diri sendiri. Alhamdulillah. Amin. Apa pun saya doakan pak cik dan mak cik tu selamat sehingga ke akhir hayat mereka. Amin.

Ini sahaja yang mampu saya lakukan. Sebarkanlah.

Assalamualaikum WBT

p/s: masalah diketahui, penyelesaian masih dalam kesamaran.

Kampung Jenud tercintaaa!!! Best2!!!

Assalamualaikum WBT!!!

Terbanyak pulak tanda seru. hahaha.. sorry-sorry, tak sengaja.

Maaflah, excited ni, sekarang saya dah takde di Bangsar, Kuala Lumpur, sekarang saya berada di satu lagi Bandar Metropolitan yang terkemuka di Malaysia, Bandaraya Kampung Jenud, yang sesungguhnya mempunyai macam-macam kemudahan. *kalau korang baca straight forward, mati lah saya, tapi kalau baca dalam keadaan yang sakastik, so, jom high-five! bam!

Okay, saya baru je lepas makan malam nihhh... saya makan lauk yang my mum masak tadi, nasi putih, ayam masak merah dan gulai lemak ayam dengan timun! sedap!!! memang tak terhingga dapat makan kat rumah. rasa heaven sangat, rasa syurga gitu. Home sweet home dan rumah ku syurga ku! nampak tak kat situ betapa excitednya saya? kan?

Okay, memandangkan saya baru je balik, nak lah juga draf beberapa story yang saya sendiri rasa sepatutnya saya kongsi bersama. Ada beberapa range stories yang memang saya nak kongsi, but for now!!!

saya nak rehat jappp.. bam!

Assalamualaikum WBT

p/s: rasa cam nak pergi ke pasaraya jap, beli vacuum tapi tengok lah... nak kemas rumah.

Sunday, September 28, 2014

Jenjalan di Hari Ahad...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Sihat tak semua? Maaflah sebab lama tak update blog, this week sangat sibuk, yup, sangat sibuk. Maaflah ehh?

Okay, hari ni saya masih berada di Bangsar, cuma esok saya akan balik Kampunggg!!! Yeay!! Lama nau rasanya tak balik Kampung Jenud tercinta tu... kot-kot ada bangunan shopping mall kot... haaa.. mana tau.. tetibe ada? Kan?

So, hari ni hari Ahad dan hari ni kami takde job ponn.. hehehe... so!!! Jenjalan lahhh... jenjalan ke mana? Tadi saya teman my cousin and his friends nak cari sample kain, so, ada la dorang jumpa la kot.. haha.. saya cari kain untuk diri sendiri je..

Macam-macam pengalaman hari ni, stay tune for more, ada cerita best yang hendak diceritakan nanti.. hehehe...

Assalamualaikum wbt

P/s: memakan di Shah Alam, hantar dia baliks..

Thursday, September 25, 2014

Menu makanan 1 Malaysia. Hehe

Assalamualaikum wbt,

Hari ni saya memasak. Masak apa? Haaa... menu tadi adalah...

Nasi putih
Ikan tenggiri asam tempoyak sama keledek
Sambal ikan sepat masin
Sambal telur goreng
Dan ait tea o suam...

Makan sedap! Dah sudah makan, cam menyesal lal sebab kenyang. Hahaha.. malam kang tak yah makan dah la.. kan? Ke camne? Hehe..

Assalamualaikum wbt

P/s: entry pendek sebab kenyang. Hababa

Wednesday, September 24, 2014

Espresso Lab, Taman Melawati.

Assalamualaikum wbt,

Maaflah saya tak dapat nak follow balik kat blog sebab saya takde laptop, saya guna handphone so, payah sikit. But no worries, I will follow your blog, jangan risau kayy?

Baik, sekarang saya nak cerita fasal satu kedai ni kat Melawati, Espresso Lab. Kami pergi sana sebab tunggu someone sending the barangan hantaran for this week.

Espresso Lab, search la kat Mr Google tapi a little bit on Espresso Lab. Ia takde pon kedai cam lab ke hape, cuma nama je tapi sebab kedai ni kedai baru, so ia jarang la orang tau lagi.

Kedai ni best gak dan ia cam jual something like French2 sikit camtu, cam bakery la camtu... ada muffin, pie, quiche dan lelain dan kopi tu sememangnya ada. Nama pon espresso kan? So, kena ada lah.. hahaha..

Dah, ni nak makan jap. So, wait for the next entry...semua fasal makanan. Nyum nyum..

Assalamualaikum wbt

P/s: makan2!! Sedaaaap!!

Tuesday, September 23, 2014

Coffee Bean Bangsar.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Mesti korang hari cam jenjalan ke kan lepas keje? Saya pon lebih kurang camtu lah... walaupun kene weekend je... hihu...

So? Nak tanya ni? Aktiviti korang kalau deduduk bandar ni buat apa? Makan ke? Cari makan ke? Lepak meminum ke? Ke camne? Kan? So... apa-apa pun semua tak jadi masalah sebab apa? Sebab kalau ia tak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara, so, kira berfaedah lah tu walau kadang-kadang makan makanan yang mampu untuk memudaratkan diri sendiri.. eh? Salah-salah, istilahnya adalah menggemukkan... gituhhh.. hahahah..

Then, bila dah gemuk mula lah rasa bersalah. Macam saya, hari ni saya makan nasi separuh je sebab memang tak selera dan bila makan nasi, kepala jadi pening sangat. Memang sumpah tak tau kenapa. Memang pening, macam kena makan panadol lak... huhuhu...

So... saya memang kena kurangkan makan nasi dah kot.. ikut idet Atkins ke? Hahaha.. entah lah... rasanya kalau tak makan nasi pon okay dah kot... kan?
Dah lah, ni nak g shah alam.. daaa..

Assalamualaikum wbt

P/s: lelepak jap kat Coffee Bean tadi... petang tadi..

Cuci mulut dengan Morelli's Gelato..nyum nyum..

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat tak? Kalau sihat bagus..

Siapa suka makan ais krim? Saya suka jugak lah, tapi takde la macam suka sampai hari-hari melantak eskem. Suka tapi berpada jugak la makannya, lagi satu eskem selalunya manis sangat kan?

Saya tadi makan gelato.. Morelli's Gelato kat Bangsar Shopping Centre... ikut my cousin jewww... hehehe..
Tapi kebanyakkan ais krim yang ada kat kedai selalunya manis kan? Tapi ada satu kedai ais krim ni okay la... takde la manis melampau, cuma yang agak melampau adalah harga dia.. hahaha.. tapi biasalah barangan jenama luarnm negara, agak mahal lah sedikit tapi kalau sedap, apa salahnya kan? Hahahha..

Dah, nak tido pulak...

Assalamualaikum wbt

P/s: selesema lakkk...

Monday, September 22, 2014

Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang. Sedap!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Salam Isnin, maaflah sebab tak update anything, ada job sikit, dari Jumaat dah tak update kan? Banyak keje, takde waktu nak update, so, untuk first and more to come ni, saya nak update fasal makanan!!!

Tadi saya pergi makan kat Chee Meng Nasi Ayam kat Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sedap woi!!! Nasi ayam hainan...

Saya makan nasi ayam, tofu, kailan sos tiram... hahaha.. makan lagi kan? Takpe, sekali sehari je... kot. Eh? Hahhahahaha...

Takpe je kan? Hehe... makan-makan je kan? Janji kenyang kan? Huhu...

Dah, ni ada keje nak buat.. maaflah sebab takde gambar, but i will make sure yang next entry akan ada picture.. at least one picture..but for now nah ni tengok gambar budak kecik nii... hahahaha.. *janji je kan?

Assalamualaikum wbt

P/s: kenyang peyut suka hati? Hahaha

Wednesday, September 17, 2014

Anak sedara bercuti ke KL.

Assalamualaikum wbt,

Haaaa.. dah sampai dah KL Sentral... ni budak-budak ni tengah makan lat Quizzin Nu Sentral. Dorang kata nasi ayam kat sini sedap... hahaha.. okay je pada saya..

So...dorang akan bercuti sekejap then hari Ahad nanti dorang balik lah... hahaha..

Dah, saya pulak nak makan..

Assalamualaikum wbt

P/s: dorang nak tengok wayang pulakkkk...

Tuesday, September 16, 2014

Parlimen Belia Malaysia - YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin.

Assalamualaikum WBT,
 
Haa... mesti ada antara Belia-belia Malaysia yang tertanya-tanya, apakah Parlimen Belia Malaysia. 
 
Parlimen Belia Malaysia adalah merupakan satu platform kepada belia Malaysia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu-isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi pengantara belia dengan kerajaan Malaysia. 
 
Baik, ini adalah beberapa info yang sempat saya cari dan lihat mengenai Parlimen Belia Malaysia ini. 
 
www.parlimenbelia.gov.my/
 
Haaaa.. ini adalah Parlimen Belia Malaysia dan ia akan ada Penubuhan 9 Jawatankuasa, meaning, selepas penamaan calon bagai, then menang lepas undi, 9 orang akan dipilih untuk mengetuai 9 Jawatankuasa ini, *kot, ini ikut logik saya je lah... hehe.. jangan marah KJ, saya hanya cuba menjelaskan saya,
 
Baik, 9 jawatankuasa atau Teras itu adalah,
 
1. Sosio-ekonomi
2. Hubungan antarabangsa dan Diplomatik
3. Keselamatan, Undang-undang dan Intergriti
4. Pendidikan dan Kerjaya
5. Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Intergrasi
6. Prasarana, Pembangunan dan Alam Sekitar
7. Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan
8. Tekonologi dan Inovasi
9. Modal Insan
 
Ini adalah jawatankuasa yang akan ditubuhkan oleh Parlimen Belia Malaysia..
 
So, kalau korang berumur 15 tahun hingga 40 tahun *seasoned, korang boleh mendaftar menjadi pemilih dan kalu korang nak calonkan sesiapa yang layak *sila lihat website, then korang boleh calonkan lah,but it has its own regulations, so you'd better click the website and see other information provided. Thank you very much.
 
So, itu je la yang saya nak sampaikan, kepada yang tertanya-tanya apa benda Parlimen Belia Malaysia ni, sila lah baca atau tanya sendiri kat @KhairyKJ di Twitter beliau, atau email lah beliau untuk info lebih, btw, Fit Malaysia tu bawah KBS kan, so, korang jangan malu-malu nak fit sekali dengan beliau. Dia pun orang muda, walaupun umur tak muda sangat dah, tapi okay lah. Dia pun faham orang muda camne.
 
 
Entah la, saya memula takde la faham sangat but then, apa yang saya sendiri faham adalah, Parlimen Belia Malaysia ini ditubuhkan untuk memberikan suara kepada orang muda belia DENGAN CARA YANG BETUL. Maksudnya, takde la melalak melolong di jalanan dan tiadalah demonstrasi yang dibuat dijalanan. No no, tak bagus, kesian orang lain. Kalau nak hormat orang lain, sila hormati diri sendiri dahulu, okay? Kalau tak hormati diri sendiri, camne ornag lain nak hormati diri anda, ada faham?
 
Okay, berbalik kepada Parlimen Belia, pencalonan adalah terbuka tetapi ada syarat, but kepada yang belum jadi ahli, sila lah menjadi ahli sebelum 12 tengahmalam ni haaa deknon!!! hahahha, saya pun baru je jadi ahli tadi. Maaf itu atas dasar sukarela. Memang nak join, takde paksaan sesiapa. Thank you.
 
Dah lah, nak buat kerja dan kemas sikit.
Nah, baca sikit ni, Information.

Assalamualaikum WBT

p/s: ni nak baca PBM-Standing Order jap.. banyak kena study.. semata-mata nak update fasal PBM nihhh!!

Tolonglah tinggalkan URL anda di sini, Biar saya follow. Thanks.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sekarang followers saya telah meningkat ke 300 orang. Terima kasih kepada followers sekalian dan jugak jutaan terima kasih kepada encik Ben membuat segmen-segmen yang memang banyak membantu saya dalam berblogging ni pun. Tanpa segmen-segmen itu, memang saya tak tau lah.

Setelah beberapa tahun berblogging secara aktif, inilah kali followers saya mencecah ke nombor 300, dan kepada follower yang ke 300 itu, shout ini saya buatkan khas untuk anda!!!  

kepada Amie!!! Tahniah, anda adalah followers saya yang ke 300, maaflah, saya takde hadiah, sebab saya takde pun sangka yang saya akan dapat follower sampai ke 300, sebab aritu ada beberapa jew.. apa-apa pun, saya akan letakkan header awak kat blog saya, dan in syaa Allah, semoga awak mendapat followers ramai lagi... hehehe...

Maaflah Amie, saya tak dapat URL blog awak, kalau awak baca ni, minta tolong email saya di akmall_kiut@yahoo.com dan sertakan URL awak. Biarpun followers saya tak ramai, tapi itu niat saya, terima kasih Amie, sila balas ye takpun komen je kat ruangan komen. Tinggalkan URL awak. Thanks luv.

Kepada yang lain follow saya, saya minta tolong sangat sebab kadang-kadang saya lebih suka click kat gambar korang then dia akan keluar kita punya profil kan, maaflah kadang-kadang tak keluar, bagai-bagai, Jadi! saya minta sangat, tolong tinggalkan URL anda ke bawah entry ini dan in shaa Allah, saya akan terus follow. Thanks dear.

Assalamualaikum WBT

p/s: Letak tau! jangan tak letak!! luv you all.

Konsert Akademi Fantasia : Minggu ke-2 Wawa Tersingkir.

Assalamualaikum WBT,

Baik, semalam saya sempat menonton Konsert ke-2 Akademi Fantasia 2014. Vavavah!!! ada yang menarik dan ada yang ala-ala je gitu. *jemah mode on!

Okay uols!! ni jemah nak cakap sikit lah, bukan apa, kalau nak menyanyi dan perform, boleh sangat, jemah suka pertandingan-pertandingan yang mampu menguji kebolehan anak-anak kita ni, sebab in the end, dorang bukan lagi seorang pelajar nanti, dorang akan menjadi seorang penyanyi yang diharapkan mampu untuk menyinar di persada antarabangsa dan mungkin menjadi bintang yang be-ge-mer-lapan *susah nak nak heja!! kau hengat Jemah keje DBP ke? 

Dari persembahan semalam yang Jemah boleh hengat adalah, Ewal, Nuha, Aman, Ziha... ni adalah top 2 and bottom 2. meh sini Jemah terangkan sikit...

Ewal 

Ewal ni memang dari dulu dah menyanyi. Keluar je dari perut mak dia, Jemah rasa dia memang dah menyanyi. Bayangkan kalau dia menangis masa kecil, mesti dia cam hit notes-notes yang banyak dah, gitu!!! hahaha, Jemah suka suara dia sebab suara dia suara jantan dan suara dia clear. Bersih je rasanya tekak dia tu. Ewal mendendangkan lagu Ada dari Datuk M. Nasir. Lagu ni memang best sungguh. Sungguh kreatif gaya tulisan liriknya. Hello, M.Nasir kan, btw, penghayatan lagu ni memang okay lah, takde la cam tak kena ke hape.

Nuha

BUdak ni memang dari mula best. Suara besar jadah, time tak perform jadi kucing, bila atas stage nak perform, in character, jadi Harimau. Gila budak ni! Jemah suka!!! Takde masalah dengan suara dan cara nyanyian dia. Suara asli dan takde tetiru mana-mana penyanyi. Bertepatan pendapat Jemah dengan Ramli M.S. yang Nuha mampu menjadi salah seorang daripda penyanyi wanita Malaysia, jika ada yang menyokongnya. Kalau pandai buat lagu dan menulis lirik, girl!! Jemah harap awak boleh sebab sekarang ni, otak berkembang macam minum dugrow, minum je otak hebat! katanyah. hahaha.. dan, jangan malu sangat! sekali dua boleh macam memalu, lelama orang menyampah dik! okay? keep it up. You are still on top, don't worry.

Yang Bottom two ni. BTW, other than those two contestants, yang lain ala-ala hauk jugak lah. Entah sebab lagu ke hape. Tapi kalau nak diambil siapa yang paling saya ingat, dorang 4 orang ni lah. Dua dah dijelaskan kenapa, dua lagi, meh sini.

Aman

Budak ni malu sangat, sampai jelas dalam suara. Cover sangat. Kau kenapa dik? Jemah dulu masa jadi retis, Jemah langkah je!!! Cemuh sinih, jemah ludah. Kau nak jadi artis, penyanyi, tapi memalu. Kenapa? Jangan malu, ikut kata kak Amy Mastura, *hai Amy! Ingat you masa Asia Bagus. Kalau malu jangan pandang bawah, pandang paras or atas.Body language penting. Suara okay lah, tapi paling saya ingat adalah akustik version ni, Ya ampun, bestnya!!! kalau saya tu memang bangun then interact dengan musicians! seriously. They helped you a lot and bawak lagu tu dengan cara awak, jangan guna falsetto kalau tak confident. Okay? Jemah malas nak cakap banyak, kesian you. 

Ziha

Yang ni, dari awal lagi entah kenapa. Awal lagu tu, shaky lah, tak kuar suara pun ada. Memang tak dinafikan, lagu tu lagu Aisyah yang sememangnya takde orang boleh lawan suara Aisyah. Hello, tapi awak bawak la lagu ni dengan suara awak, kuatkan semangat! Keluarkan suara awak tu. Bak kata Ramli MS kat Nuha, guna suara Alto, suara asli awak. Okay? Jangan cover, sayang!

Yang lain tu, okay je la kot. Entah lah... jemah nampak dua je pelajar yang top tu, yang lain tu kena usaha lagi.. thanks muah!!

Takde English week? baru best!

Assalamualaikum WBT

p/s: Maaflah, Jemah amik colum rini. 

Sunday, September 14, 2014

Memenuhi Jemputan.

Assalamualaikum WBT,

Memenuhi sesuatu jemputan adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi dari segi Syarak. Haaa.... itu yang saya pernah baca di satu akhbar, maaflah, saya tak ingat la apa akhbar tu sebenarnya. Sebab ada kolum bicara agama kat situ. 

Tadi ada jempuntan perkahwinan anak salah seorang jemaah kampung saya ni, saya pergi makan je sebab dijemput makan je. hehe, saya makan biasa-biasa je, Nasi sikit then lauk banyak. Hahahaha... 

Alhamdulillah, kenyang.

Ramai orang pergi perkahwinan tadi tu, ramai ahli-ahli kariah kampung dan kenalan pengantin ahli keluarga pengantin yang datang. Tapi sekarang ni, gayanya nak hujan jew. Btw, pengantin tu datang dari Terengganu, Marang katanya. Mana-mana lah, asal jodoh, Kalau dah jodoh, datang la dari mana pun England ke, USA ke, Itali ke kan?

Sekarang ni saya tengah menonton cerita Kampung Boy dan tajuk episodenya adalah Ibu Mithali. Kenapa saya cakap fasal ni? Sebab dalam cerita tu ada Mak Tom, mak kepada Tak, then Tok Din, atuk kepada Normah. Mak Tom macam terlampau nak menang sehinggakan dia merasuah juri bagai. Then Tok Din dan Mak Tom adalah finalists kepada Pertandingan Ibu Mithali di kampung Boy. 

Jadi, sebenarnya, untuk menjadi ibu mithali tidak perlu pun diadili oleh orang lain seperti juri or apa, sebab setiap ibu adalah calon ibu mithali yang akan diadili Allah SWT. Betul tak?

Dah la, ni nak pergi satu lagi jemputan, btw, tapi kalau ada hal lain yang lebih penting dari jemputan tu, hahaha, kalau tak pergi pun takpe kot. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tok Din memang bagus.

Friday, September 12, 2014

Blogger-block? No, No, No. Jangan.

Assalamualaikum WBT,

Mesti setiap daripada kita blogger or sesiapa lah pernah rasa,

"hurmm.. takde idea la hari ni nak buat kerja.."

or

"laahh.. apa yang saya nak update hari ni yer? Hurrmmmm..."

Minda melayang kononnya mencari idea, tapi yang ada hanya kosong. Kekosongan. Saya pernah berasa sedemikian pun, banyak kali, tapi kena jugak update sebab kadang-kadang kita tak tahu apa yang terjadi kan...

Macam sekarang, saya sebenarnya takde la idea sangat tapi bila dah start menulis, the words tu macam sedang mencurah-curah dari kepala. Ia macam selari dengan idea yang saya hendak tulis. Pada mulanya saya buntu, tapi bila dah menulis, everything goes smoothly. Loveness.

Jadi, kepada semua blogger, janganlah anda risau akan 'mindblank' or 'blogger-block', semua tu cam nonsense je, kalau betul-betul berfikir, then tulis apa idea yang hendak kita kembangkan, takde hal lah sebenarnya. Semuanya akan menjadi baik. Seriously. 

Tapi jangan pulak kalau takde idea kita tulis terang panjang lebar tentang kita takde idea, no. Jangan. Nampak cheesy. hahaha, cuba cari idea tu, jangan tunggu idea datang, keep looking for the idea and I do believe that you will eventually find the idea, trust me.

Baca lah apa pun, buku cerita kanak-kanak kadang-kadang mampu memberikan idea yang menarik untuk saya lah, saya tak tau orang lain, but for me children's books give me a lot to write, dari lessons, jalan cerita, imaginasi, love it. saya suka.

So, kenapa yang selalu takde idea nak update, jangan risau, idea ada di mana-mana je, keep looking my fellow bloggers, keep searching.

Assalamualaikum WBT

p/s; suka menaip dengan kuku panjang, rasa best! hahahaha

Pandangan Calon UPSR 2014.

Assalamualaikum wbt,


Tadi sambil saya lunch ada anak orang sebelah rumah bertandang, darjah 6, then saya tanya,

"korang cuti ke ada kelas nanti sementara tunggu pereksa balik ni?"

"takde pun, cuti, nanti seminggu nak pereksa baru kelas straight seminggu".

Oh, begitu dalam hati saya. 

"Iya lah kan, nanti kalau buat dari sekarang pening, then kalau tak buat langsung, lupa pulak camne nak jawab".

"aah, betul lah tu."

Dia sambung lagi...

"aritu masa soalan bocor tu, semua yang cikgu ajar last minute semua masuk. Yang tak pernah ajar pun pagi tu cikgu ajar sekejap. Then ada budak-budak yang hafal karangan lah, sampai dua muka surat tulis. Tapi iya lah kan, menyusahkan juga lah sebab dah prepare nak jawab, tetiba jadi macamni, sedih juga lah. Terganggu la rancangan semua."

saya jawab,

"oh iya ke? susah la macamtu kan? kesian korang. Macamni, dalam jawab soalan ni, kita tak boleh hafal, kalau hafal memang rugi, tak kreatif. Cuba fahamkan format, tahu isi sana sikit, sini sikit, then baru dapat buat karangan dengan baik. Kalau macam matematik, sains tu semua fakta memang tak boleh nak buat apa lagi, sebab memang macamtu. Tapi kalau macam BM dan BI penulisan tu, senang la nak tunjuk kreativiti sebab pemeriksa tak boleh nak potong markah dari segi IDEA, sebab IDEA adalah IDEA kita. Pemeriksa hanya boleh potong markah dari tatabahasa, ejaan, format. Itu sahaja, tapi idea, tak boleh".

Well, at least itu apa yang saya faham lah kan? hehe, 

Korang? Bagi ibu bapa yang ada anak calon UPSR 2014, apa yang korang bagitahu anak-anak korang? Mesti payah kan nak elakkan dari menyalahkan sesiapa dalam hal ni kan? hehe.. so, apa yang korang bagitahu?

Assalamualaikum WBT

p/s: jelas la saya ni jiwa memberontak sikit.. hahaha

Segmen Ben Ashaari : Aku, Seorang Blogger.

Assalamualaikum wbt,

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html


Haaah, ada satu lagi segmen yang abang BEN buat, semalam bila abang BEN buat segmen yang Impian ku tu, saya ambil sedikit masa untuk melihat apa yang orang lain post, semua 46 link pertama tu saya click, ada yang boleh buka, ada yang tak boleh komen, ada yang boleh komen tu saya komen lah, ada yang boleh follow tu, saya follow, macam-macam. Ada yang berat blognya, saya taktau la nak cakap apa. Rasanya blog saya ni berat jugak kot, tapi takde la seberat blog lain.

Takpe, untuk Segmen Ben Ashaari : Aku, Seorang Blogger. Ini syaratnya,

Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini!

Saya menulis blog ni dari tahun 2010, di mana time tu masih menuntut di UNISZA dan sebenrnya ia hanyalah berasal dari satu assignment yang simple, buat blog dapat markah. Tetapi, lama-kelamaan, minat untuk terus menulis secara santai ini timbul, dan saya teruskan sampai sekarang. Untuk peranan saya sebagai seorang blogger, umum tahu, pandangan terhadap blogger telah berubah sejak pelbagai blogger dari setiap parti politik dalam Malaysia ini menulis fasal benda-benda yang tidak elok kepada ahli masing-masing. Sampai ada yang didakwa di Mahkamah dan disaman berjuta dek tulisan yang dikatakan berbaur fitnah. Ini sebenarnya bergantung kepada diri masing-masing, menulis kerana minat atau menulis kerana terpaksa. Kalau tulisan setiap blogger mampu untuk meningkatkan imej orang sekeliling, masyarakat dan negara, keep writing! Tetapi kalau ia hanya boleh menghancurkan orang lain, masyarakat dan negara dengan tulisan tak berasas, lupakanlah! 

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

Hendak dijadikan cerita, saya masih tak berkerja secara sepenuh masa jadi, jikalau saya dapat pendapatan ribuan ringgit, of course saya akan membuat blogging ini sebagai back up plan saya, namun, jikalau ia sudah over take the main job, saya akan jadikan back up sebagai main. Business yang saya ini ceburi adalah jahitan. Yup, saya yakin saya ada bakat dan saya yakin ada mampu untuk melakukannya, namun sekarang saya masih menabung untuk membeli mesin jahit tepi portable. hehehe.. jangan risau, in Syaa Allah, saya akan lakukannya. 

Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan. Kalau berharap memang susah kan? sebab tak semua orang mampu menunggu harapan tu, namun, harapan saya terhadap dunia blog ini adalah, setiap daripada kita perlu ada rasa tanggungjawab dalam menulis, barulah tulisan kita itu bermaruah. Bukan apa, ada sesetengah, buat blog tapi copy paste sebijik orang lain punya tulisan. Apa benda ni? Itu bukan blogger. Tapi COPIER. Tak boleh macamtu. saya juga berharap agar dunia blog di Malaysia akan berkembang pesat dan boleh menjadi seperti di USA di mana mereka da Bloglovin' Award yang menilai bakat-bakat tulisan dan seterusnya memberikan award kepada blogger berdasarkan tulisan mereka. Hebat bukan?

TU saje lah..

Assalamualaikum WBT

p/s: terfeeling formal lak hari ni... hahaha

Thursday, September 11, 2014

Soalan UPSR 2014 BOCOR!

Assalamualaikum WBT,

Siapa yang tak tau isu hangat boom bang boom bang yang memang meletup pom pang pom pang kan?

Soalan UPSR BOCOR!!!

Yes, bocor. bocor, leaked.

Entah kenapa jadi macamtu, kesian budak-budak calon yang ambil Peperiksaan UPSR di mana rata-rata sebenarnya memang kecewa dengan apa yang terjadi. Kalau saya pun kecewa jugak!! Mungkin ada yang cakap,

"eh, takpe lah, boleh dorang buat ulangkaji lagi.."

Well well well, kepada yang ada gut cakap camni, memang hebat lah anda, tak boleh fikir ke yang anak-anak tu dah buat persediaan dan memang dah eager nak jawab peperiksaan tapi tup tup, kena batal, jawab nanti. Bahaya tau, buatkan kalau dorang dah patah hati nak jawab? Camne????

Bayangkan. Okay contoh lain, korang mungkin kakitangan kerajaan, dibagi projek untuk dilunaskan, korang pun buat research bagai, berlatih tubi bagai, dah memang korang rasa cukup senjata untuk 'berperang' or membuat presentation, tup tup, last minute, korang diberitahu, presentation cancel dan akan diberitahu di satu masa kelak. Bagi yang kurang preparation, memang suka lah sebab dorang ada harapan nak buat, but bagi yang memang dah all out untuk buat, apa perasaan? kecewa kan?

So, kepada yang membocorkan kertas soalan tu, silalah bertanggungjawab. Tak tahu siapa yang buat, tapi mungkin CCTV boleh dapat tangkap kot, itu kalau ia dipusat pendidikan, tapi kalau ditengah jalan ke hape ke, entah lah, saya pun tak tahu nak cakap apa.

Kalau dapat penjenayah ni, sila la postkan muka dia di TV dan suruh di minta maaf kepada semua calon diatas kesalahan jenayah yang dia lakukan... okay?

Dah, nak tengok berita pulak..

Assalamualaikum wbt

p/s; kuku dah panjang rasa macam best lak taip. hahaha.. 

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger.


Asalamualaikum wbt!!!

Apa khabar semuanya? Abang Ben ada buat satu segmen ni, seharusnya saya mewajibkan diri untuk masuk dalam segmen ni, sebab apa? Dah lama saya tak masuk segmen dan, abang Ben pun lama dah tak buat segmen.,..


Baik, ini antara intipati segmen yang perlu dipenuhi, jeng jeng jeng!!!

1. Letak header
2. Citer ringkas fasal diri sendiri
3. Kelebihan blog
4. Impian
5. Submit kt blog Abang Ben.

Jom mula!!! 

Citer ringkas fasal diri sendiri, hurmm.. nama penuh Akmal bin Razlan, tapi saya guna dua-dua nama saya dan ayah sebab saya rasa nama saya pendek, so, better Akmall Razlan dengan tambahan satu lagi huruf 'L' di situ. Umur 26 tahun, seorang yang mempunyai banyak personaliti dan karakter. Mampu untuk senyum walapun pertanyaan orang memakan diri sendiri, hahahaha.. macamne? Asal Raub, Pahang tetapi selalu travel ke Kuala Lumpur untuk kerja event, gituh!! fefeling sangat..  

Kalau kelebihan blog saya ni, saya lebih menggunakan bahasa yang santai, tapi kadang-kadang ada je bahasa yang saya kurang paham yang saya sendiri gunakan sebab, entah lah, mungkin time tu saya terlampau rasa macam bercakap dengan korang kot, rasa macam dah lama kenal je, walaupun kan? hahaha.. Saya dulu nya menulis atas dasar ingin menonjolkan diri di blog ni, jadi terkenal kononnya, tetapi bila dah lelama, minat menulis tu makin mendalam pulak dalam diri. Saya boleh express diri saya dengan tulisan, orang kata, dont judge the book by its cover, well, dalam perihal blog ni, tak semua blogger punyai hati jahat, busuk, kadang-kadang tulisan nampak macam hape je, tapi sebenarnya baik hati, baik jiwa. Haaa.. kan?

Kalau impian pulak, hurmm.. dengan blog ni, saya ingin menyebarluaskan maklumat kepada pembaca dan juga saya ingin berkongsi fasal pengalaman saya seharian, kan? kalau ada yang nak baca lah, eh? impian eh, impian saya, saya nak jadi terkenal macam Abang Ben, Mat Gebu, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Vivy Yusoff, Fatin Liyana, Hanis Zalikha... okay tak? Impian gak tu kan? hehehe..

Ha... tu je la kot, blog saya ni biasa je, blog kampung je.. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: suka segmen ni.

ni list blog lain yang saya dah bawa buat segmen abang Ben ni jugak..


Berjalan-jalan di sekeliling Raub.

Assalamualaikum wbt

Haaa.. ni update pagi. Hari ni saya bangun awal sebab saya drivekan mak dengan ayah saya ke Pejabat Pendaftaran Daerah Raub sebab mak nak buat ic then ayah nak buat pasport.

Nak pergi umrah bulan 12 nanti.. in shaa Allah.. semoga tercapai cita-cita mereka... nak naik Haji memang tak la kot... huhu..usia dah tua..

So, lepas urusan selesai kami pergi ke pasaraya Tunas Manja Raub ni..salah satu sebab adalah... ikan ikan kat sinj sesegar... dan ramai orang pergi Tunas Manja kalau nak cari ayam or ikan pon..

Camtu la.. best je Raub ni... hehe...macam-macam ada lahh..

Da... nak jenjalan lagi...

Assalamualaikum wbt

P/s: cari bahan untuk detox.. hababa

Detox, Infused Water! Jom!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar di tengah malam buta ni? ada lagi ke yang online? ada lagi ke pembaca saya yang bijaksana sini siti situ sana sini.. tetiba kan??? hahaha...


Okay, sekarang saya nak cakap fasal DETOX. Okay, apa yang saya tahu sebenarnya tentang detox adalah satu nama seorang drag queen kat USA, tetapi, bukan itu tujuan saya pun. Detox atau infused water adalah untuk cleansing. A'ah, untuk membersihkan perut, atau mengeluarkan pelbagai jenis entah hape-hape yang ada dalam perut itu untuk dibersihkan. Paham tak? Saya pun macam lost juga.. hahahha...

Ada saya baru baca ni, watermelon dengan mint atau timun dengan lemon. hahaha.. saya buat, epal hijau dengan cuka delima. Kau rasa? menjadi ke? hahahha... entah, esok nak minum lagi, pepagi buta camtu, in shaa Allah, saya akan bangun pagi sikit esok, then minum air infused tu lah, then esok nak pergi pasar, nak belu buah tembikai, cucumber, lemon dan mint leaf kalau ada... kalau takde saya buat je tanpa mint tu... kan? 

sebab dalam tembikai ada benda tah yang mampu untuk membuatkan kita bersih, haaa.. gitu. lemon of course lah, timun sama gak, ia mampu untuk membuatkan kita clean from the inside. Lagipun, this infused water ni bukan susah pun. Plain water dengan those things je lah. Kan? senang dan enak kooooo!!! *tiru abang Ben.. hahaha..

So, in shaa Allah, after detox baru la boleh buat segalanya dan kena jugak eat clean, lagi cepat berkesan.. hihu.. berkesan untuk apa? kuwusss!! hahahaha.. tapi kena gak exercise kan? kalau tak memang takde ler... hihu.. nasi kena buang sejauhnya kalau nak kurus, malangnya itu lah sumber tenaga beta, camne? takkan nak ganti nasi dengan pisang? roti? mana best makan gulai asam tempoyak dengan pisang.. huwaaa!!!!

dah mengarut, nak tido lak,

Assalamualaikum WBT

p/s: boom boom pow!

Wednesday, September 10, 2014

Suami Artis Wanita Mengamuk Di Twitter?

Assalamualaikum wbt,
 
Suami artis wanita marah isterinya diganasi dalam lakonan???
 
Hahaha.. ini adalah salah satu daripada banyak perkara yang agak bangang yang pernah saya baca dalam dunia hiburan ni. Ya ampun, isteri kau berlakon, BERLAKON tapi kau marah sebab tengok isteri kau diperlakukan sebegitu rupa...
 
Saya nak pause sekejap.
 
Kalau seseorang berlakon jadi jahat sampai dibenci, itu maknanya lakonannya membuahkan hasil, tetapi, kalau pelakon berlakon sampai membuatkan orang rasa simpati, takke itu juga satu lakonan yang hebat? kan? 
 
Pada mulanya artis wanita ni cakap dia takde hal, of course la kan, memula sebelum apa-apa, mestilah okay, tup tup, dah jadi camtu, macam-macam lah. Kepada Iqram Dinzly dan Farid Kamil, hahaha.. jejaga la, takut kena saman lak nanti.. mana la tau kan.., kita tak tau orang macamne, cakap depan lain, cakap belakang lain, cakap tepi lain... tu lah... nak sangat jadi pelakon, tapi tak tahan. Untuk mendapatkan scene dan emosi yang sebenarnya, mesti lah kena real kan? tapi takde la sampai mati kot. Sampai cakap tak bernyawa bagai... hahaha.. kelakar la u,, patut masuk Maharaja Lawak Mega, mana tau menang tempat pertama.. kan? 
 
 
Saya ingat lagi lakonan Iqram Dinzly dengan Izreen Azminda dalam drama apa tu, lupa dah, then Iqram dengan Nabila Huda, lagi lahhhh.. ganazan yang gilos.. tapi takde la Izreen dengan Nabila berbunyi ke hape, mungkin suami Izreen (masa tu lah, sekarang dah bekas) memahami lumrah seorang pelakon macamne. Lagi ganas masa lakonan aritu tapi tu lah, masalah-masalah emosi ni memang lumrah lah, sayang bini katanya kan? kena la dibelai-belai, lepas ni, mintak tapislah watak, amik watak mak cik-mak cik jual tudung, jual karipap, watak tukang sapu, sebab konfirm watak-watak camni, memang takde aksi-aksi ganaz, tapi tak tau lah, kot-kot ada perang mak cik tukang sapu.. who knows kan? hahahha...
 
dah lah, btw, saya tak minat sangat pun lakonan dan pelakon wanita ni, entah, tak minat je. sebab dia tak pandai belakon kot.. entah la.. lakonan dia takde kesan pun bagi saya...
 
Assalamualaikum wbt
 
p/s: Iqram Dinzly, keep up the good work!

Lampu Putih Kereta Menyakitkan MATA!!!

Assalamualaikum wbt,

Semalam saya keluar, aah, keluar memalam sebab nak pergi pasar malam. Then balik dari pasar malam, ada la sebuah kereta ni, eh! no no, bukan kereta, Toyota Hilux, korang tau kan macamne tinggi Toyota Hilux tu punya lampu kan? Haa.. tak pakai high beam pun dah macam high beam, ya Allah, rasa nak menyumpah je sebab, okay fine, kalau lampu tu lampu kuning macam biasa takpe, boleh dimaafkan, ini tidak!!!

gambar dari blog chegu zubir

Dah la lampu putih berkilauan macam lampu kat rumah tu, then pasang pulak spot light kat bawah tu!!! Kau rasa? saya rasa nak berhenti kereta then tumbuk je orang yang bawak hilux bodoh tu! sakit mata tau tak... ini ada sedar JPJ nak buat roadblock dan saman mereka yang pasang lampu jadah putih bangang ni! yup! kalau macamtu, saya setuju sangat lah!!! lampu putih ni annoying tau tak? menyampah! sebab menyakitkan mata mereka yang pandu kereta di hadapan.

Bayangkan kalau yang bawak kereta kat depan tu, KANCIL??? takke jadah rasanya kancil tu? kan? So, dan kepada pihak JPJ pulak, jangan pulak makan rasuah sebab yang kena tu tak nak bayar saman okay? Jaga etika awak, kalau saya nampak awak makan rasuah, pergi belakang sana sini, belakang kenderaan lah, belakang semak lah, ingat, kalau orang tak nampak, Allah ada. Kebanyakkan pegawai JPJ ni Melayu Islam kan? So, jaga-jaga, kat sana ada lagi. Kalau awak nak buat lebih dengan cara Rasuah, tolong berhenti kerja, ramai lagi yang hendakkan kerja awak tu, mungkin they would do better daripada awak okay?

So, janganlah pasang lampu putih tu, menyakitkan mata tau. Kalau kena kat korang baru korang tahu, kalau tak kena memang boleh cakap lah... huhuh...

Assalamualaikum wbt

p/s: biar lantak..

KEMPEN :Mari Membaca Buku

Assalamualaikum wbt,

Hi semua,aritu saya pergi ke Sunway Pyramid and I bought a few books dan say rasa lah, ia memang sesuatu yang saya suka. Book, buku.. yes.

ada tiga buku yang saya beli,

1. Sejarah 25 Rasul.
2. Provinces of Night
3. The Twitter Diaries

Saya sekarang sedang baca Sejarah 25 Rasul. Buku Sejarah 25 Rasul ini adalah cetakan semula rasanya, sebab dulu saya pernah baca buku macamni tapi dalam banyak naskhah lah, dia tak buat sekali but bila saya nampak buku ni saya terus nak beli. Then saya pegang sambil jalan pun. hahaha,, sebab I want to relive that moment. yes. I love this book. Love it.

Then Provinces of Night, entah fasal apa, tak baca lagi, then the Twitter Diaries. Love the layout. Macam macam Twitter lah, Kepada yang suka Twitter like me, please, murah je kat Popular, please beli dan baca, loooovvveeee ittt... so much!!!

So, korang baca buku apa? jom baca buku, kata ada kempen 10 minit sehari baca buku kan? hahahha.. so, apa salah nya, bace je la apa pnu.. janji tambah ilmu.. tak gitu?

Asalamualaikum wbt

p/s: Kempen membaca.

Caller tanya fasal kucing... thanks you..

Assalamualaikum wbt,

Tadi saya nak buat 20 facts about me on Instagram tapi malangnya, ada problem then tak boleh nak upload, then saya pangkah. Lepastu saya fikir nak buat kat blog ni je, hahaha.. then boleh senang lah kan, korang baca je facts about me tu, then fikir balik, rugi lah kan, dedah camtu je fasal kita sedangka orang boleh tanya kita untuk dijadikan bahan bercakap-cakap kan? 

Then takpe la, nenanti kalau ada orang nak kenal, whatsapp me je kay girl? hahaha.. no lah, aritu, sabtu last week kalau tak silap saya, ada orang call saya fasal kucing. yes, saya ada buat entry fasal satu vet kat Batu Buruk, Terengganu and it was a big hit too, alhamdulillah. Ramai yang bertanya, then last week my phone rang...


Mr A : Helo, ni Akmal ke?

saya : iya, siapa ni ye? Boleh saya bantu...

Mr A : Okay, macam ni, awak ada tulis fasal vet kat Batu Buruk kan? Awak masih di Terengganu ke?

Saya : Oh, maaf, saya sudah habis belajar di Terengganu dan iya saya ada tulis fasal vet di Terengganu... kenapa ye?

Mr A : Oh tak macamni, saya ada dua ekor anak kucing tapi anak kucing saya ni tak nak minum susu, apa agaknya penyelesaiannya? awak tau tak?

Saya : *pause yang lama sebab tak tau nak cakap apa... Okay macamni, saya aritu ada bawak anak kucing juga dengan kawan saya, sama masalah then kami bawa ke vet yang saya cakapkan tu, then it turned out ada cacing dalam perut kucing tu, so, bawak ke vet, vet bagi ubat..

Mr A : Berapa ye kosnya?

Saya : Maaflah cik, saya tak tanya pulak kosnye berapa sebab yang bayar tu pun kawan saya... maaflah ye..

Mr A : Oh, iya ke? kalau macamtu, terima kasih la ye..

Saya : Encik boleh call dulu no yang ada tu, tanya dulu sebelum pergi..

*dua-dua letak telefon sambil mengucapkan babai...

Okay!!! ini adalah kejadian sebenarnya... pertamanya saya ucapkan terima kasih sebab jadikan blog saya sebagai rujukan, cuma, maafkan saya, saya hanya dapat membantu dengan apa yang saya tulis, saya beri no vet tu, dan maafkan saya, saya bukan veterinar. Saya dah lama tak pelihara kucing, so I do not know how to cure cats... sorry.

Keduanya, saya mintak tolong sangat, try call the vet dulu sebelum reach me, kadang-kadang saya pun tak tahu nak cakap apa,, sebab saya takde pengalaman dalam bidang veterinar ni... maaf ye..

Ketiganya, saya terkejut juga kalau orang call sebab kadang-kadang saya pun tak tau yang my writings ni ada orang baca dan terharu sangat.. heheh..

thanks..

Assalamualaikum wbt

p/s: gembira dapat bantu anda sekalian yang membaca..