Nuffnang Ads

Sunday, October 26, 2014

Akmall Razlan Atelier.

Assalamualaikum wbt,

Apakah khabarnya anda semua? Mesti anda sihat kan? Alhamdulillah, kalau sihat bagusnya...

Ni maaflah sebab takde banyak update these days, sibuk sangat lah.. so, ni nak post a few gambar untuk pengenalan. Gituhhh...

Kalau berminat, boleh lah email eh.. thank you. Btw, saya selalunya jahit memang one of a kind. Jarang jahit mass production.. but who knows one day kan?

Yang dalam gambar tu semua fluffy sleeves. Lovely.

That is all, terima kasih.

Assalamualaikum wbt

P/s: menjengah kehidupan.. ;)

Monday, October 20, 2014

Republish: Entry Lama.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Sihat tak? Kalau sihat, alhamdulillah, amin, syukur kepada Allah sebab diberikan kesihatan. Sekarang ni dah azan Maghrib dah, awal kan sekarang ni? Ini lah masanya untuk kita semua berpuasa, in shaa Allah, kalau takde aral melintang, saya pun nak berpuasa, iya la, mana tau kan ada mana-mana puasa wajib yang kita sendiri tak sedar masa kita kecil-kecil dulu. Memang tak wajib berpuasa, tapi apasalah kalau kita sendiri nak ganti, moga-moga ibadat kita diterima Allah, bukan? Amin...

Baiklah, tadi saya ke GiatMARA Raub, ada benda nak refresh sikit. Bukan apa, kadang-kadang bila kita lupa, kita kena rajin mencari mereka yang ada ilmu fasal perkara yang kita tak tahu, kalau kita tahu sekali pun, kalau semata-mata untuk menyegarkan balik minda kita, apasalahnya, bukan? saya pun tak ibarat kata belajar semula untuk membuat skirt. bukan tak yakin deknon, cuma, bila kita pergi belajar balik, in shaa Allah, ilmu itu akan datang semula dan ia membuatkan kita lebih yakin dengan apa yang kita telah pelajari, kan? 

Tadi saya buat skrit, Taffeta Codroy Semi Fluffy Skirt. Saiz M, siapa nak? hahaha.. nak bagi free nih, pinggang saiz 27, hips saiz 36 saiz standard (M) lah... tadi ada kawan saya cakap...

"rajin eh kau menjahit... "

saya jawab,

"biasalah, cari makan. hehe.. kalau lah aku boleh pakai apa yang aku buat, dah lama aku menjadi lebih cantik..."

Hahahaha... tu jawapan sesaja jew... iya la, baju lelaki susah nak buat, tambahan pulak kain untuk baju lelaki amat terhad dan mahal. tu jadi sakit hati tu, kita comel, so, kepayahan lah sikit... hahahha.. bila tah nak koros!!!

Dah, nanti, esok, bila dah siap, saya update dengan gambar sekali. kay???

Assalamualaikum WBT

p/s: sumpah, I would wear what I created tapi malangnya... hahaha

Saturday, October 18, 2014

Nasi Ayam Sedap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum wbt,

Penat berfikir dan tak tau nak makan apa bila time lunch?

Korang penat makan masakan mamak? Duduk area Bangsar takde gerai makanan yang menjual nasi ayam yang berpatutan? Sepinggan RM5.00.

Jangan risau! Saya ada penyelesaiannya... haha.. tadi, saya dengan sepupu serta anak sedara pergi mencari gerai makanan. Cari punya cari, jumpa lah!!! Gerai ni gerai baru. Terletak di dalam kawasan masjid. So, yang tak bertudung kenalah bertudung bagi menghormati masjid kan.. gitu...

So! Tadi kami makan nasi ayam. Dan gerai tu juga ada jual air tea o ais.. tapi tu je la ada. Lain-lain air kena beli kat gerai yang ada kat situ jugak. Selang beberapa langkah je..

Then, risau juga mula-mula, takut tak sedap! Then bila dah rasa, alhamdulillah, sedapnyaaa... rasa sedap lah!! Saya suka.

Gerai ni betul-betul dalam kawasan masjid dan sebelah Bangsar Village.. yang kat jalan masuk parking tu... best!!

Nama gerai tu adalah seperti yang tertera di dalam gambar...

Tu je la kot... makanan sedap, tempat bersih, mana orang tak suka kan?

Assalamualaikum wbt

P/s: mengantokkk..

Thursday, October 16, 2014

Apa nak jadi dengan Malaysia ni???

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya baca surat khabar kan, terdetik dalam hati,

"Ya Allah, apa nak jadi dengan manusia sekarang ni. Ambil nyawa orang macam Tuhan pula... gila sungguh".

Iyaa.. menakutkan bukan? Memang menakutkan, bukan apa, mana lah tahu kan, kot-kot terjadi kepada kita. Memang tak nak terjadi, tapi kalau nak buat accident, tetiba ada orang tertikam ke apa ke, 

Ya Allah, mintak jauh dan mintak tolong lindungilah diri saya dan keluarga serta kaum kerabatku dari bala bencana dan perkara-perkara yang tidak diingini. Amin ya Allah..

Semalam terbaca kat IG, ada yang tulis fasal kes bunuh siswi di apartmen di UITM, entah betul entah tidak. Maaf, surat khabar hari ni saya tak baca pun, padahal tadi keluar je kejap ke bandar,* eh jap.. bukan kejap, lama nak mampus.

Tapi mungkin sebab saya ni demam selesema dan batuk bagai buat diri lemah dan rasa nak jauhkan diri dari orang je.. iya la sebab takut berjangkit. Tadi pergi pejabat UMNO Daerah, ayah dan abang saya bersalaman lah dengan orang lain. Saya tak sebab takut dorang berjangkit. Maaf ye, bukan sombong tapi memang saya demam, then tekak tak sihat then cam ada luka la kat tekak bagai. Tambah dengan selesema, ya Ampunn.. seksa wehhh...



Tapi tadi saya pergi ke Giat Mara Raub then ada berita gembira untuk saya untuk tahun depan. Yeay!!! apakah??? nanti lah bagitahu, mana ley bagitau sekarang. hahahha.. tapi memang sesuatu yang saya sungguh tak jangka sebab encik Nazari masih ingat saya. hahaha.. mungkin sebab saya blogger sejati yang tidak putus-putus menyokong Giat Mara kot... but not everyone sees that. sampaikan my cousin cakap saya ni Duta GiatMARA dah.. rasa? takke havoc tu? hahaha...

Dah lah, tunggu je la nanti, but for now, I need to gather myself and ready for a new beginning. Jalan yang saya sendiri pilih dan I have to be tough! Yes! I will!

Assalamualaikum WBT

p/s: I hold on to a distant star...

White Phalaenopsis! A True Beauty Indeed.

Assalamualaikum WBT,

Saya suka sangat satu bunga ni!!!

Dia bunga orchid, takde bau langsung, tapi sebab dia putih dan cantik, so saya suka sangat!!! Kalau letak atas meja, then ruangan putih, then table clothe warna light coklat camtu, mesti cantik kan? 

Nama orchid ni adalah, White Phalaenopsis atau juga dikenali sebagai Moth Orchid sebab ia putih dan besar. Cantik. Takde la cam moth tu, berbulu-bulu, ni white dan besar je. Such beauty wehh...

 Tapi kalau nak pelihara yang hidup, orchid senang jaga tapi tu lah, kalau tak cukup cahaya matahari, ia mati, kalau lebih, pun mati. so, kena rajin lah. orang kata kalau bercakap dengan orchid ni ia akan hidup secara kembang dan cantik. Haaa.. camtu lah...

So, dengan rendah dirinyaaaa.. saya hidangkan anda dengan pelbagai phalaenopsis yang cantik! tada!!!






Cantek kan?? cantekkk!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: kalau letak atas meja satu, then mesti comel.



 

Restoran Seri Bahtera Raub. Sedap!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua...
Dah makan? Kalau dah makan bagus. Saya baru makan..makan apa? Haruslah makan makanan yang biasa-biasa je... hahaha..

Menu. Roti telur bawang dan roti kosong, banjir, kuah campur. Makan kat mana? Haaaa.. kalau anda berada di Raub, seharusnya anda singgah di Restoran Seri Bahtera, Raub.

Bersebelah dengan Pejabat UMNO Raub, restoran ini menawarkan berbagai resepi mamak yang memang sedap. Saya paling suka makan roti telur bawang dan kuah dal mereka sedap sungguh.

Ada banyak lagi menu yang boleh korang order, harga menu mereka pun amat berpatutan. So, takde masalah lah bagi yang ingin berjimat...

So! Apa tunggu lagi.. jom makan.

Assalamualaikum wbt

P/s: meh makan meh...

Wednesday, October 15, 2014

"Nak berharta, kena berani berhutang".

Assalamualaikum WBT,
 
Disaat termanggu-manggu,
Disaat ternanti-nanti,
Mengetuk satu peluang.
Peluang yang memang dinantikan.
Hari ini mereka datang atas dasar kerja.
Esok aku kesana atas dasar kehidupan.
Tunggu esok.



Yes! Esok saya akan ke Giat Mara Raub dan amik borang itu. Mak cakap,

"Kalau nak berharta, kena berhutang".

So! sekarang ilmu dah ada, jadi, kita teruskan perjuangan kita. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nantikan kedatangan saya...

Berhati-hati di Mana-mana Sahaja.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua!! Selamat pagi.

Malaysia kita ni kan sebenarnya selamat, tetapi climate change telah menjadi terlampau drastik. Tak tau kenapa, mungkin ini adalah balasan Allah SWT terhadap kita makhluknya yang membinasakan bumiNya dengan tanpa ada rasa belas kasihan. Lagipun, bumi Allah ini adalah hidup kalau tidak masakan kita dalam hidup di atasnya.

Semalam saya sampai kat Kampung saya, dan sepanjang perjalanan balik ke kampung, sana sini ada accident. Di Bentong, yang melibatkan 2 kereta Myvi dan kalau tak silap, satu Toyota Hilux, dan di Raub, yang melibatkan 2 Toyota Hilux dan 1 Toyota Camry or Honda.. maaf saya tak nak jadi rude pergi tangkap gambar kat sana kan? That's rude walaupun niat untuk berkongsi. Maaf, itu bukan cara saya.

Dan sehari sebelum saya balik ke Kampung, macam-macam orang bawak kereta. Okay, hari hujan dan hujan di Kuala Lumpur adalah paling hebat. Kalau tak percaya, cuba bandingkan, kalau ada masa untuk bandingkan. Hujan selalunya start pada petang, pukul 3-4 camtu, then sampai malam lah. Ya Allah, hujannya sampai ada satu dua tempat dinaiki air. Iya! Memang dinaiki air. Sungguh menyeramkan.

Ada satu masa aritu, saya dan cousin pergi ke Pavillion dan masuk takde masalah, hari masih lagi terang, keluar je, pukul 6.09 petang camtu, terus! gelap! macam pukul 8.00 malam. Seram je rasa hati masa tu, then berdoalah kepada Allah semoga takde apa-apa yang terjadi. Alhamdulillah, takde apa yang terjadi. Semuanya selamat belaka.

Dan semalam juga kita dikejutkan dengan puting beliung di Alor Star, Kedah. Apa nak jadi ni....? aritu perubahan suhu, yang sampai ada mengatakan kita bakal menjadi London sebab sejuk. Huurmmmm.. sekarang puting beliung? Nak jadi USA pulak ke? Sungguh menakutkan... hurrmmm...

Dah lah, semoga puting beliung yang diperkatakan itu adalah pertemuan angin sahaja. Semoga tidak menjadi seperti di USA sana... amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semalam hujan lebat.

Tuesday, October 14, 2014

Minat dan Keputusan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baiklah, untuk entry kali ni, saya nak cakap fasal minat dan keputusan. Yes, Minat dan Keputusan. 

Setiap orang ada minat mereka sendiri kan? Betul tak? ada yang buat Keputusan untuk pursue their minat buat ada yang cuba untuk menafikan minat mereka dengan membuat keputusan untuk bekerja selain daripada minat mereka.

Mungkin ada yang suka melukis, or menjahit, or buat event, semua tu adalah minat yang mampu menjana pendapatan, jikalau betul dengan cara dan sokongannya. Dan membuat keputusan untuk meneruskan minat adalah sesuatu yang amat besar. Saya maklum, mungkin ada yang kurang setuju dengan minat masing-masing sebab kadang-kadang katanya, kalau nak meneruskan minat yang menjana pendapatan ni, kenalah bersungguh-sungguh. 

Hello, kerja lain pun kena bersungguh-sungguh tau. Kerja sendiri mungkin pada mulanya agak payah sebab nama masih tidak dikenali dan mungkin tiada siapa yang tahu fasal apa yang anda buat kan? Jadi, itu mungkin kepayahan disaat mula, tetapi, jikalau kesungguhan ada, in shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan. Banyakkan berdoa kepada Allah, nescaya Dia akan kabulkan pemintaan anda.

Jangan bezakan diri kita dengan orang lain, kita mungkin boleh berjaya dengan cara yang berbeza. Yang lain mungkin berjaya dengan cara yang lain. Jangan menidakkan keiinginan orang lain untuk berjaya dan jangan pula bila tidak berjaya dicakapkan,

"haaa.. tu lah, dah cakap dah dulu".

Jangan macamtu, keep give supports. Saya pun ada kawan-kawan yang memang tak putus-putus menyokong apa yang saya buat sekarang. Takde pun antara mereka yang menyatakan,

"eh, apa benda kau buat ni, tak baguslah. Baik kau cari kerja lain".

Maaf, takde sorang pun. Yang ada hanyalah mereka yang menyokong saya secara berterusan. Dan keputusan saya? I will tell you later on in entry yang mendatang. Boleh?

Assalamualaikum WBT

p/s: Baru lepas tengok Maleficient dengan How To Train Your Dragon 2. Best dua-duanya. haha
 

Monday, October 13, 2014

Ke Johor Kita...!

Assalamualaikum wbt,

Maaflah sibuk sikit, a few days back we went to Johor sebab ada wedding. Jaohh woiii... tapi seronok sebab dapat tengok tempat orang...

Apa yang saya nampak, layout johor sangat cantik, kami buat wedding kat Pasir Gudang, dekat sangat lah kan dengan Johor Bharu kan? Dan... taman-taman kat situ semua cantik-cantik. Layoutnya cantik sungguh. Suka tengok... hahaha...

So, sempat la pergi sana sini kat Johor tu.. JPO, makan kacang Pool, makan seafood. Sedap! Semua best!! Then jumpa lak Wak Doyok kat Seafood Senibong.. hahahha

Okay la.. tu je for now.. :)

P/s: cantik Johor!!

Wednesday, October 8, 2014

Batik Kimono Top With Flare Sleeves.

Assalamualaikum WBT,

Haa.. ni gambar Batik Kimono Top With Flare Sleeves. 



Kita buat kat rumah je dik. hahahha... dibuka untuk tempahan... email me... Eh? hahaha...
Yang berani je boleh pakai ni dik...

Assalamualaikum WBT

p/s: rasakan... dream tetap dream. jangan risau.

Tuesday, October 7, 2014

Kimonot Top With Flare Sleeves.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kenyang sudah perut saya. hahaha.. tadi kan makan sup kaki, sedap nak mampooouuusss... hehe..

So, sekarang saya tak tau nak buat apa... nak tulis apa pun tak tahu... hehehe...okay2!!! tadi saya ada buat dua baju, satu cam jejakat camtu, tapi tak cantik sangat.. hahaha.. entah kenapa apa yang jadi pada baju tu...

second, saya buat kimono with flare sleeves. hahaha.. entah lah kot yang auntie tak suka, but hell! cantik je i rasa.. hehehe..


entah lah aunty suka ke tak, but hahaha.. pakai je la auntie.. hahaha..

So, tu je la today, need to do some research on something. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyanggg...

Sup Kaki Lembu, Sup Terssssedap~~!

Assalamualaikum WBT,

Maaafff sesangat sebab memang tak dapat nak update any entry sebab line takdeee... entah kenapa KTW ni dia ada masalah all day semalam, rasa macam pening jap tanpa update entry. hahaha..

So, ni sekarang saya nak makan sup kaki lembu, haruslah kan sebab this month kan ada raya haji, so! alhamdulillah, sedap makan kaki lembu, kalau nak dibeli dikedai-kedai sup, mau RM10 kot, satu kaki. Ni akak saya buat ada 4 kaki! kau rasa? memang sedap! hahahaha..

now, saya sambil update entry ni, sambil makan sup. Hirup sup, sedap kemahen. Sup biasa je, tapi disebabkan kaki, so, lagi pekat la sup tu. memang kesedapan. kepada yang pernah makan sup kaki, memang akan cakap,

"iyaa sedap!".

Iyaaaa.. memang sedap! malas nak amik gambar sebab takut nanti orang kata kita riak dan takbur. hahha.. padahal ada je yang selfie dengan lembu kena semelih lah, apa lah, selfie sambil semayang lah... kejadah? hahaha.. 

dah lah, ni nak hirup pompang pompang.. 

Assalamualaikum WBT

p/s: salam aidil adha...

Monday, October 6, 2014

Kita Adalah Brand Kita Sendiri.

Assalamualaikum wbt,

Setiap daripada kita adalah brand kita sendiri. Tak percaya? Saya pun ada brand saya sendiri, Akmall Razlan, tu adalah nama saya,well, Razlan adalah nama ayah saya but itu adalah saya, Nama saya adalah brand saya, saya sendiri adalah sebuah brand.

Kita semua adalah brand. Nak-nak kalau korang ada barangan sendiri or ada blog or apa-apa lah. Ada tak pun produk, nama kita, kita sendiri adalah sebuah brand. Jangan lupa itu. 

Baik, saya ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh 1Klassifieds Team dan tajuknya adalah 6 ways to build your brand. Of course you need to have money start on something kan? Tu memang penting lah, build ni maksudnya membina not starting, so, consider this, you already have your own brand so, you nak build up supaya orang kenal your brand, kay??

Membina sebuah jenama adalah satu perkara yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ia agak susah jika hendak dibina dalam jangan masa yang singkat boleh, tapi agak susah.  Ada 6 cara untuk membina jenama anda.

1. Tingkatkan kebolehpasaran produk atau perkhidmatan anda.

Now, dengan pelbagai social media sekarang, mungkin ada yang berfikiran bahawa traditional ways adalah tidak relevan. No, semua adalah relevan sebab semua ada pembaca mereka sendiri. Surat khabar, surat, newsletter, tv, radio dianggap sebagai cara lama dalam pengiklanan, namun, ia adalah sebenarnya cara yang berkesan dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan anda. Kita boleh tingkatkan pendedahan produk dan perkhidmatan dengan pelbagai cara, social media seperti Instagram, Twitter, Facebook dan lain-lain social media mampu untuk memberikan exposure atau pendedahan yang banyak jikalau ia betul dengan caranya. Jadi, it is up to your company to give great amount of exposure. Let your company be heard. 

2. Susun pelan komunikasi yang berkesan untuk meningkatkan produk atau perkhidmatan anda.

Ini adalah sambungan daripada yang atas tadi, ini kerana, pelan komunikasi adalah penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan anda be heard. Itu sahaja. Tetapi, your company needs to choose the perfect communication plan supaya saluran komunikasi itu adalah berpadanan dengan produk atau perkhidmatan yang anda sendiri tawarkan. Penulisan mesej yang senang untuk difahami adalah penting, ini kerana ia mampu memberikan pelanggan, potential customers, apa yang mereka inginkan dan it juga memberikan tindakbalas terhadap perniagaan anda. 

3. Jadikan produk atau perkhidmatan anda satu kebiasaan.

1.tahu siapa pembeli (target) anda.
2. apa yang mereka inginkan.

Jikalau ada tahu dua perkara ini, pastinya ada akan berjaya dalam membiasakan produk atau perkhidmatan anda. Jangan jadikan ia satu perkara yang menyusahkan bakal pelanggan anda dengan memberikan apa yang mereka sendiri tahu untuk menggunakannya. Semakin ramai orang biasa dengan produk atau perkhidmatan anda, semakin ramai yang akan tahu akan produk atau perkhidmatan anda, but make sure that your ways of handling your business is good sampaikan orang akan sebut-sebut. Disebut sebab positive not sebab negativity, okay?

4. Fikirkan message yang clear and consistent

So, apakah message yang ingin anda sampaikan? Message akan sampai kepada target audience JIKALAU anda buat research. But makesure that research yang anda buat ada hujung pangkalnya, jika tidak, rugi sahaja. A clear understanding of what moves your audience will make your advertising much more efficient.

5. Letakkan produk atau perkhidmatan anda sesuatu yang digemari.

Baik, apakah maksudnya? Seperti mana yang kita semua tahu, sesetiap produk dan perkhidmatan akan ada persaingan dan persaingan adalah penting bagi menentukan tahap ketakatan sesebuah produk atau perkhidmatan.  Ia boleh dilakukan dengan perletakan harga, label, office atau apa sahaja yang mampu untuk dijadikan penentu-unik kepada produk atau perkhidmatan anda. Itu sahaja.

6. Tingkatkan pasaran message produk atau perkhidmatan anda melalui kerjasama.

INi adalah apa yang orang perniagaan lakukan sekarang. Kerjasama, atau pernajaan. Ini mampu untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan yang ada sendiri tawarkan. Ingat tu. Tapi make sure yang produk atau perkhidmatan anda mempunyai 'matching key values' untuk diketengahkan supaya dapat dijadikan rakan kerjasama. JIkalau tidak, rugilah jalinkan kerjasama dengan produk atau perkhidmatan lain kan?

So, camne? okay? dan lagi satu, one last important thing, jikalau menginginkan keberkesanan dalam your branding, kita kenalah menjalankan survey untuk menentukan tahap message yang disampaikan kepada pengguna, bakal pengguna, pembeli dan bakal pembeli. Macam-macam boleh buat pun, blogs, mailings, surveys, in-store countertop techniques. Senang bukan? Result akan mampu untuk menentukan di mana anda berada. Then korang boleh boost up more or take a little bit to actually see the message, sampai ke tidak kepada audience kan?

Salah satu produk yang berjaya adalah D'Herbs dari Dato' Ariff Syukri yang memang meletup pom pang pom pang sekarang ni. Pemasaran dan pengiklanan yang bagus dan duit yang banyak, kita sebenarnya mampu untuk membina brand kita sendiri, tapi apa pun kena berani lah, macam Ariff Syukri ni, dia berani menjadi diri dia sendiri dan lihat dimana dia sekarang? D'Herbs menjadi rakan penaja Akademi Fantasia kayyy.. hebat tak? Hebat kan?

So, itu sahajalah untuk entry kali ni, tunggu next entry kayy?

Assalamualaikum WBT

p/s: boom boom pang!!

"Let go of the past" - This is my qurban.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Hari Isnin, Raya Aidil Adha yang ke-2, masih sihat ke? Ke ada yang sakit-sakit ke?

Now, I have to make a very big decision. Where, there are two major offers in my life. After a big thinking, saya memang pening pon. Pening. Pening, and yes, pening.

But whatever it is, I have to go with my guts, where, I need to think more than just what is best for me, also, what is best for my family. That's it. Okay?

I am so sorry, I really could not afford to just go away, bukan apa, orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan, but ayah saya kata, mana yang disuruh datang dulu, so, itu la yang pergi and mana senang sikit. 

Sebab my parents pun nak ke Makkah and they really need money, so, pergi jejauh, banyak pakai duit. Maaflah. I will tell him later this evening. Yes but I have to wait from Along to say something. 

Assalamualaikum WBT,

p/s: to get to future, I need to let go of the past. Yes.

Aidil Adha : Jaga Diet, Nanti Gout Menyerang.

Assalamualaikum WBT,

Haa.. korang banyak mana makan daging kali ni? Saya? hurmm.. saya makan agak banyak jugak tapi ayah saya semalam cakap,

"jangan makan banyak sangat, kang gout kan? *sambil buat terjengket-jengket"

Hellooo... kalau sepupu-sepupu buat camtu, memang tampar dah... hahaha.. takde-takde, saya sepupu yang baik pon, takdenya nak menampar bagai. Alkisahnya, saya ada bapa saudara yang ada gout juga, then, kesian gak dia, dia lagi teruk gout. Saya? Alhamdulillah, selepas banyak minum air masak, dan kurangkan makan sotong bagai-bagai aritu, gout saya dah hilang. Sekarang ni, saya kurangkan jugak, well, at least cuba kurangkan makan benda-benda yang mampu untuk menyumbang kepada kedatangan gout itu kembali. Haa.. camtulah.... 

Saya masih ingat lagi masa saya kena gout tu. Ya Allah, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya gout. Urat-urat tu rasa macam nak pecah tau! sakitnyaaaa!! then after 2 months kot sakit gout ni, saya makan satu ubat ni, entah camne, nak rasi *sesuai, agaknya, terus hilang sakit, tapi takde la macam makan satu biji terus hilang ke, tak! saya banyak jugak benda yang elakkan daripada makan. Dalam tempoh tu saya tak makan sotong, udang, kobis, ikan bilis, budu, limau, benda-benda masam, jeruk, air gas, air yang manis sangat,  nasi dikurangkan, jambu dan lain-lain yang mampu menyakitkan kaki tu. Masatu kurang jugak berat badan... tapi sekarang dah takde sakit, saya mula makan la sikit-sikit, nasi pun memang makan lahhh.. hehe.. tak boleh woiii... lapar... hehe..

Dah la ini nak kemas rumah, nak vacuum bagai sebab ni dah habis kenduri, lagipun, in shaa Allah, kalau ada jawapan, maybe next week boleh start dah. Amin, doakan saya ye...

New days, new life, new future, In shaa Allah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Letting go of my past without letting go the people in it. 

Friday, October 3, 2014

Arbonymus Gonionotus Goreng Kunyit dan Leptobarbus Hoevenii Asam Tempoyak. Sedap!!!

Assalamualaikum WBT,

Tadi dalam kol 8 lebih camtu terfikir,

"lahhh.. nak masak apa ni?"

Ayah saya tanya,

"adik, nak masak apa tu?"

"Entah la ayah, tak tahu nak masak apa..." *sambil berfikir nak masak apa...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Jelawat

Then tengok kat dapur ada ikan jelawat dan ikan lampam jawa yang telah disiap disiang dan hanya tunggu untuk dimasak. Then otak mula berfikir. Dapat idea!!!

Ikan Lampam Jawa digoreng dan ikan jelawat tu, dibuat gulai asam tempoyak.

Balik-balik je mak dari beli barang kat pekan dengan my brother dan anak sedara saya, tanya,

"masak dah?"

Dalam hati, 'amboihh.. hahaha..' tapi biasa je lah, takkan nak cakap apa lak kan? hahaha... saya biasa je pon. tahu dah mak memang camtu... suka je..

Then ikan goreng dah siap masak, cuma tunggu gulai je,.. mak saya rasa gulai tu, then tambah sikit ajinomoto... bam!! mak kata sedap! hahaha.. gumbira rasa hati... hehe..

then, kami makan malam dan kenyang, ni sekarang ni, mak dah tido, ayah pun dah tido. So, tinggal saya...update blog.. nampak tak? nampak tak? anak solehah..eh! soleh.. masak untuk keluarga...

Korang, bila last masak untuk keluarga, mak ayah? bila?

Assalamualaikum WBT

p/s; bukan bangga deknon, cuma kongsi, hehe..

Nuffnang Bermurah Hati.

Assalamualaikum WBT,

Baik, saya mengaku, selepas beberapa tahun berblogging ni, saya tak pernah cash duit Nuffnang sebab hello, memang tak banyak pon. hahaha.. nak cash buat malu je kat orang keje Nuffnang tu...

Lain la orang lain, Redmummy, berjuta sebulan pendapatan dari Nuffnang, Kak Red memang hebat! Dari Nuffnang je dapat puluhan ribu, itu job dari Nuffnang, kalau job sendiri lak? review sendiri orang approach? lagi hebat! Tahniah Kak Red! You memang menjadi salah sorang dari sumber inspirasi saya dalam berblogging ni. 



Ada ramai yang pakai Nuffnang, ada yang pakai Advertles.. camne nak eja tah, ada yang pakai Google Sense lah, saya sumpah tak pandai. Kalau bab camtu, saya memang dah daftar dengan Nuffnang so, malas dah saya nak ubah. Satu, sebab memang tak pandai macamne nak buat pun. Biar dorang manage duit tu sudah, dengar kata kalau nak pakai adverlet or Google sense tu, traffic kena puluhan ribu sehari, dan memang kena followers hebat lah, kalau macam saya ni? Nak pakai dorang, followers 300, then traffik 400 sehari. Itu paling hebat dah, kalau tak hebat, mau berapa kerat je... hahahha.. tak kisah lah, janji menulis kan?

So, dek sebab entah kenapa, saya nak paparkan apa yang saya dapat dari Nuffnang, takde bag Chanel ke, YSL, takde! ada BE je, aka Buffer Earning. Okay lah, dapat 5, gila kan? Tak pernah saya dapat sebanyak tu... syukur alhamdulillah, amin. walaupun.. kan?

Dah lah, ni nak siap-siap pergi masjid, doa banyak-banyak semoga semuanya dipermudahkan... hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s; siap-siap g Masjid...salammm

Terima Kasih Allah dan terima kasih awak.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur dipanjat kepada Ilahi kerana memberi satu lagi hari untuk bertaubat dan membesarkan segalanya tentang Mu, Ya Allah.

Kepada si dia, saya ucapkan jutaan terima kasih dan in shaa Allah, saya sudah bersedia untuk ke sana. Jangan risau, I will figure out things later but for now, I am going to make a few preparation to carry out that 'thing'. Apa? apa thing kan? Jangan risau, nanti saya akan cakapkan. Bila saya dah berada di sana, saya akan update, tapi mungkin guna phone je la kot. hahaha...

So, buat sekarang, beberapa hari nak raya, mari kita raya dulu, then tell my cousin about that news and segalanya akan menjadi baik. 

Nasib baik ada si dia yang memang tak pernah putus asa on me. Terima kasih sangat-sangat! I would never thought that would be line of what I should have been doing. As you also said, "Allah keeps things away because He has something better for you". Thank you, you.

Assalamualaikum WBT

p/s: terima kasih. Kena belajar banyak nihhh!!

Thursday, October 2, 2014

LUNCH : Gulai Lemak Ikan Masin. Dap dap!

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabarnya ditengah hari ni? Kenyang dah?

Saya? of course kenyang!

*Tetibe

"ya Allah, gemoknya kau sekarang, kenapa eh?"

"Eh, Assalamualaikum Kiah, wah!! cantik kau kan? tapi sayang, mulut bau longkang, kalau cuci dengan clorox pon belum tentu bersih Kiah, minum asid je lah.."

Bam!! pernah terjadi camni? Of course korang pernah kan? Sebab apa, kekonon lama tak jumpa then jumpa nenanti, dia pun akan gemok macam kau, hahaha... takde la pernah terjadi pada saya lagi, tapi kalau jadi, itulah pun jawapan saya! hahahaha..

Korang? Pernah terfikir camni? Mesti kalau kena pertanyaan macamni rasa macam nak bagi kaki or flying kick je kan. Bagi kata-kata nista je, sebab kalau kita pukul or tepuk tampar, nanti kita boleh dicharge sebagai physical abuse, so! jangan kayyy? Guna kata-kata nista je... lebih Afdhol katanyah!!!

Tapi, kalau rerakan baik cakap camni, memang kena pukul lah! sebab dorang pun kena tahan telinga lah, sebab kalau saya badan besar, korang pun sama. gituh! tapi jangan risau, kadang-kadang bestfriends ni hati kental, sama macam kita jugak, hati kena kental sebab kalau bestfriends ni, percakapan memang tanpa batasan. hahaha. main cakap je. Sindiran of kos. mampus belaka. hahaha...
Dah, saya baru lepas lunch tadi. Makan apa? Makan favourite saya!! mak saya masak hari ni, Gulai Lemak Nanas dengan Ikan Masin, Sambal Petai Lada Hijau dan Sayur Kangkung. Nasib baik amik nasi sikit je... hahha.. makan lauk banyak sebab pagi tadi dah makan telur dengan salad. Feeling!!! mak saya pun makan sekali sebab tengok bawah tudung saji takde apa-apa, so, makan je la telur dengan salad. Kenyang setengah jam. hahahha.. *mampus.

Dah, ni nak pergi Bandar lak, ayah saya ajak. Nampak tak jadual penuh kalau balik kampung. Haaa.. jangan ingat duduk kampung jadual tak penuh, ni tadi baru lepas sapu rumah, jap lagi nak mop lantai, malam kang nak vacuum. Gila kan? memang pack. Bangun lak pepagi, tido seawalnya...well, kol 1 pagi gak lah tido. tapi no hal, sebab seronok balik rumah. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s; ada ke yang menyampah baca blog saya ni? meh nak tau...hehe..

Letak Mereka Di Gaji Minimum. RM900?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di pagi Khamis ni? Mesti rasa macam segar bugar kan? Iya la, peristiwa semalam masih bermain di fikiran, kan? 

Mungkin kita kena ada mekanisme untuk membuat para menteri kita faham akan kesengsaraan yang dialami oleh ramai rakyat Malaysia. Tadi saya tengok FB, terpandang satu ungkapan ni yang dipost di FB, tak tau dari siapa, tapi sangat bermakna.


Okay tak cadangan ni? Ke camne? sebab kebanyakkan menteri kita jarang tahu erti kepayahan. Kebanyakkan rakyat dah tahu, apa kata mereka pulak? okay?

saya masih sokong kerajaan, tapi dengan perkara begini, payah lah nak keep supporting or voting. Hurmmm.. ke camne?

Assalamualaikum WBT

p/s: Ingat nak buat Speechless Thursday, tapi tak jadi. hahaha...

Wednesday, October 1, 2014

Rasionalisasi Subsidi : 20 sen Dikurangkan. Barang Naik!

Assalamualaikum WBT,


Vavah!!! heboh dah tadi harga minyak RON95 diturunkan subsidi 20 sen begitu juga dengan Diesel yang subsidinya diturunkan sebanyak 20sen.

Ada yang memahamkan bahawa, bila subsidi diturunkan makanya harga mintak tak naik. Walaweh, deknon belajar kat mana? Ni benda simple, kalau subsidi turun, harga naik. Nampak tak? nampak tak? Senang kan? Jangan pening-peningkan kepala.

Esok adalah tu berita pergaduhan ke hape fasal nak isi minyak. Limited lah, apa lah. Stesen minyak tutup lah, itu la, ini lah. Mesti ada punya. Entah-entah sekarang ni orang duk tengah beratur nak isi miyak. Mesti punyaaa.. confirm!

baik, tadi saya cakap kat mak saya.

"Harga minyak naik lagi... petrol, 20 sen".

Mak saya jawab,

"Harga minyak naik, tapi harga getah tak naik-naik. Dulu kalau harga bahan bakar naik, harga getah pun naik. Sekarang ni, takde dah. Apalah Najib fikir agaknya?"

Iya! Sekarang harga getah sekilo RM2.00, minyak RM2.30 seliter, lepas tak? harga beras sekilo? Harga bawang besar RM3.00 sekilo, bawang putih RM6.00 sekilo, bawang merah kecil RM6.00 sekilo, Bil air, bil elektrik, topup telefon, itu nasib baik udara tak kena bayar, kalau kena bayar? Takke kaya kerajaan.. kan?

So, jangan cakap masa nak bagi pembentangan nanti korang nak kurangkan harga minyak sebab permainan ini korang memang dah lama mainkan, bukan? Saya ada perkara yang saya sokong, tapi TIDAK SEMUA. Maaf. Kemudahan diberikan, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah atas rezeki yang diberikan melalui kerajaan yang ada sekarang, NAMUN, ada banyak jugak perkara yang menjadi tanda tanya dan ia menjadi satu perkara yang mampu untuk menidakkan segala yang diberikan.

Malas nak cakap contoh, letih. Banyak sangat contoh. Fikir lah sendiri.

Dah, semua pakat jalan kaki je lah. BTW, kepada yang booking Perodua Axia tu, masih nak teruskan dengan booking ke?

Assalamualaikum WBT

p/s: pening jap. kena tido awal nih.
SUMBER 

Style : Simple yet Appropriate. Lovely.

Assalamualaikum wbt,

Hari raya haji memang tak lama dah akan menjelma. Makanya, saya pun berkenan untuk membuat satu baju or sepasang baju untuk raya haji tahun ini. Tak tau bila lagi nak saya potong kain tu sebab gunting takde. Rasa camne? hahahah.. mampus betul.

Kali ni warna yang saya beli ada 2 jenis. Kononnya saya nak buat jacket (soft linen dan kain keras sikit *tak tau kain apa) then ada lagi satu, rasanya nak buat baju melayu, tapi kain dia keras sikit. warna? Royal Blue. Memang main royal-royal ke sekarang ni.. kerabat katakan... kerabat apa? Raja Kapurr!! hahahha.. *kecil-kecil telan air kapur, haa. rasakan!

Baik, ni jap lagi nak research sikit fasal nak buat cutting tu, sama ada biasa-biasa je or cutting unik sikit. Entah lah tu macamne. hahaha... jap lagi la tetengok kat mana-mana kan? Lagipun, apalah sangat baju melayu, yang unik hanyalah hiasan dan cara jahitan dan design, takkan nak buat baju melayu ala-ala dress pulak kan? Kena lahar nanti!!! hahahaha.. lagipun, jubah dah ada 5 sekarang ni, nak pakai ke mana pun tak tau, mungkin potong je jadi ala-ala baju melayu.. kan? Then letak poket, boom! jadi baju melayu..

Bayangkan kala orang tanya,

"apa style awak eh?"

Korang nak jawab apa? mesti rasa macam, agak ting tong jugak nak jawab kan? kalau saya, saya jawab

"Style saya lebih kepada keselesaaan tapi appropriate". Haaa.. tu je lah, kalau lebih-lebih, nampak sangat menipu sebab walaupun diri fefeling fashionable tapi takdenye deknon! saya ni biasa-biasa je, sebab tu kena camtu. Mana boleh menipu kan? Saya kalau personal style, ada lah, saya ada juga taste kat baju-baju tapi tu lah, Mr Tummy ni cam chubby sikit. hahahha.. mana tak chubby kan? asyik makan jewww...

So, that is why, saya lebih suka buat baju sendiri then saya kadang-kadang jarang nak pakai baju sendiri sebab fefeling sangat!!! ahahah.. diri fefeling, then tak berani nak pakai baju fefeling, mampus lah kan? So, sekarang, saya lebih buat baju melayu cam modern je, tak kuasa nak buat baju pepelik. To me simplicity is the best. Too crowded makes people annoyed. Tu je sebenarnya. 

Lagi simple lagi bagus, so that kita boleh accessorise kan baju kita. Style sana sikit, style sini sikit, mesti jadi. Confirm! So that our baju could shine without any doubt, gituh!!!


Saya suka style baju camni, tapi more to menswear la kan? Tapi sekarang ni who cares wehhh.. janji cantik. hahahha.. tapi takde ler saya nak pakai lacey-lacey sangat kan... tak sesuaiiii.. sangat! kalau korang suka style yang macamni, kalau ada IG tu sila follow dorang, cecantik gak, cuma kena suai padankan dengan style korang lah...okay?

Dah la, kalau orang tanya korang, korang nak jawab camne?

Assalamualaikum WBT

p/s: fefeling!!!

Semua Salah Mak!

Assalamualaikum WBT,

Haaa.. cuba cakap, camne nak diet kalau mak saya masak benda yang sedap-sedap? Gila kan?

Tadi, mak saya masak Jantung Pisang Sambal Berkuah dengan Budu. Gila kentang sedapnya!!! hahahha.. saya makan ala kadar je sebab risaukan kaki ni, takut ia menyerang kembali. hehe.. makan dalam kadar yang moderate je lah...

Then tadi saya sempat masak Shitake dan Enoki Masak Sos Tiram Sama Kobis Bulat. Ya Amponn.. biarpun campuran masakan tak bertema, tapi perut tetap kekenyangan. Apa lagi menu?

Ikan Sepat Masin Goreng
Sayur Kicap Taugeh Kasar
Budu
Sambal Ikan Bilis Mentah

Dan nasi, of course. Gilaaa... berlayar lah diet ku pagi tadi... hahaha.. pagi tadi je, kekonon tak nak makan nasi dah tengahari sebab memang nak diet, malangnya, takde! tak boleh sebab semua salah mak, masak sedap2!!! mak salah! mak salah.. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde nak salahkan pon, salah sendiri padahal. kan?
p/s/s: Suspen tak tajuk? hahaha

Komik Bukan Sekadar Hiburan!

Assalamualaikum wbt,

Mungkin ramai jugak yang tahu fasal apa yang hendak saya kemukakan ini. Kita semua tahu yang Komik/Cartoon dengan kanak-kanak memang tak dapatlah dipisahkan, kan?

Baik,sebenarnya, komik tu adalah satu genre, tetapi kalau di Malaysia ni, majalah kanak-kanak dan remaja juga dikenali sebagai komik, buku Doraemon juga dipanggil komik. Baik, apa sebenarnya istilah komik? 

Kalau mengikut kamus En. Google, comic adalah causing or meant to cause laughter (adj.) or n. a comedian, especially the professional one. Maksudnya disini sesuatu yang boleh menyebabkan ketawa. Baik, Genre komik ni boleh dibawa ke dalam banyak medium, contohnya seperti filem, drama, telemovie, tulisan, kartun, feature film dan lain-lain. Jadi, ia tidaklah terbatas kepada hanya satu medium iaitu komik strips yang banyak kita jumpa di dalam buku-buku.



Jadi, terbaca saya Berita Harian Edisi Selasa, 30 September 2014 di Minda Berita Harian yang ditulis oleh Nas Norziela Nasbah dengan tajuk "Komik bukan sekadar hiburan".  Memang betul, saya sangat bersetuju dengan tulisan Nas ini, dulu mungkin kartun hanyalah sekarang pelepas lelah, tetapi tidak sekarang. Zaman ini, ramai sudah yang mampu melihat kelebihan kartun itu sendiri, jikalau ada berpeluang untuk menonton kartun di saluran di Astro, anda sendiri akan terkejut dengan alihan bahasa yang rata-rata menggunakan bahasa yang tidak melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa?

Rata-rata penggunaan bahasa Malaysia adalah tidak kena dengan bahasa yang sepatutnya ditontonkan kepada kanak-kanak. Saya jujurnya menonton jugak kartun, seperti Ninja Nintama yang saya sendiri rasa, bahasa yang digunakan agak okay dan sopan. Tetapi tidak kartun seperti Adventure of Fin and Jake dan juga kartun yang ada nenek dan seekor anjing tu. Memang bahasanya sungguh agak kasar. Adakah ini yang kita hendak untuk anak-anak kita tonton? Tidak bukan?

Dalam artikel yang ditulis oleh Nas, dia ada memaparkan dua orang penulis dan pelukis komik kartun bebas yang bernama Encik Mohammad Nazry Abdul Salam dan adiknya Mohammad Afiq. Mereka berkarya dengan menghasilkan himpunan buku komik kartun yang berunsurkan nasihat atau pendidikan.

Ini bagusnya jikalau ada anak tempatan yang berani untuk keluar dan stand for themselves and cuba untuk mendidik anak-anak watan sendiri dengan warkah yang dihasilkan sendiri. Tidak hanya dengan mengambil bulat-bulat dari luar dan diterjemah mengikut apa yang telah ditulis. 

Dengan adanya komik kartun ini, sedikit sebanyak ia mampu untuk membina cara anak-anak kita menulis dan mungkin mereka juga ada bakat terpendam untuk menjadi seorang pelukis dan penulis? Semua itu boleh diasah sejak mereka kecil supaya mereka ada cara lain untuk mencari wang selain berkerja 9-5 seperti orang lain. Betul tak? Kemahiran masa kini adalah amat penting.

Jadi, tahniah saya ucapkan kepada Nazry dan Afiq kerana berani untuk menulis dan menerbitkan komik kartun yang sebegini. Tahniah! Teruskan usaha anda dan apa yang anda buat itu sebenarnya adalah bagus.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya dulu pun selalu beli ASUH, KUNTUM, ini adalah majalah yang menggunakan kartun sebagai medium untuk menarik kanak-kanak. Bagus! 

Makan pagi di Teh Halia Raub.

Assalamualaikum wbt..

Haaa.. pepagi dah bangun sebab mak ajak pergi klinik hari ni, dah seminggu tak makan ubat. Gituh... pergi kliniknya di Poliklinik Benta. Lama jugak tunggu nak checknya.. hahaa..

Tapi sekarang kami di Bandar Raub sebab mak nak pergi bank. Saya teman je... but first, disebabkan mak saya check up dan tak makan dipagi hari ni, so dia teramat lapar katanya... nampak tak penipuan kat situ.. kalau tak makan dari pagi so secara tak langsung, kalau check darah untuk kencing manis turun secara mendadak. Nampak tak? Nampak tak? Hahaha..bijak kan?

Dan sekarang kami tengah makan di Gerai Makanan dan Minuman Teh Halia Raub. Berdepan dengan Dataran Raub dan di hadapan pintu masjid. Memang sedap pon kat sini, selalu je makan pon.

Kalau korang ada kat Raub, try la beakfast kat sini, memacam ada..kalau pepagi tu, lagi macam-macam ada. Penuh makanan. Hahaha..

Dah la, nak makan lak.

Assalamualaikum wbt

P/s: tengok diet aku... gila kan?
P/p/s: saya promote je...free je.. takde bebayar.. hahaha...terasa?