Nuffnang Ads

Wednesday, November 26, 2014

Breakfast at Restoran Rokiah Sate, Raub.

Assalamualaikum wbt!!

Apa khabar? Hari ni saya pergi menghantar mak, ayah dan auntie saya pergk krusus untuk umrah. Iya.  Kena krusus wehh.. kalau tak camne kan?

Baiklah, selain tu saya pon ada hal lain... hehehe... apakah? Rahsia.. hanya yang tahu, tahu apa halnya.. hahaha...

Nanti la saya bagitau pown...

Baik, ni nak makan dlu...

Assalmualaikum wbt

P/s: makan di Restoran Rokiah Sate. Femes dekat Raub nehhh..

Lawatan Rasmi ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Sihat tak? Kalau sihat bagus. Alhamdulillah...

Okay, ni nak cerita fasal kejadian this last Sunday. Haaa.. takde la kejadian hebat sangat, cuma aritu kami pergi ke Islamic Art Museum Malaysia yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Memang fefeling tourist sangat lah... hujan pulak.. lagi mampus...

Memang time hujan pon pergi, so, hadap je lah... lagipun nak cakap apa kan? Hahahaha...

Mulanya, saya memang tak pernah menjejakkan kaki ke Museum Islam, kalau National Museum tu biasa sangat lah.. itu pun sekali je... hahaha.. vongoks tak? Museum kan? Sapa nak pergi, lain lah kalau ada kajian lapangan ke, nak tahu sejarah ke, nak tengok artifak ke, gigihlah menapak ke museum2 di Malaysia ni...

Entrance Fee untuk ke Museum ni adalah RM14 for adults tapi kalau ada student card, so, separuh harga, sama dengan children, separuh harga gak. So, agak berpatutan lah untuk melihat macam-macam artifak-artifak hebat zaman Islam di sini. Bagus tau.

Sebab kami ada hal, tak sempat sangat nak melihat dengan lebih dekat artifak di sana, tapi ada artifak yang memang saya ingat sampai sekarang adalah Ivory Chair dari Zaman Islam di India. Yes! Cantik? Sangat cantik okay!!! Dalam tu talley amik gambar tapi kalau tak guna flash, boleh je kot.. hahaha.. saya amik je, but not all la, just a few... takut jugak. Tetiba kang kena tangkap ke.. kan?

Then kami pergi masuk ke kedai cenderahati yang menjual bermacam jenis cenderahati yang mampu membuat mata anda jadi juling. Hahaha.. hati-hati, jangan amik banyak sangatt.. hahaha...

Dah la, nak makan nihhh...

Assalamualaikum wbt

P/s: laparrr...

Saturday, November 22, 2014

Restoran Nasi Ayam Kampung Haji A'Hassan Shah Alam


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Sihat kan? Baik, kalau sihat bagus, ni nak cakap sikit... hahaha... saya tadi pergi makan kat Seksyen 13 Shah Alam, sedap woi! Makanan ala kampung di Shah Alam. Sedap pom pang pom pang... tadi bukan main ramai orang makan kat situ.

Ni nak cakap je la...tapi sorry la sebab takde gambar sebab memang malu nak amik sebab ramai sangat orang...

Nanti kalau berkesempatan saya amik gambar eh?

Assalamualaikum wbt

P/s: kenyang aaahhh... hahaha

Wednesday, November 19, 2014

Spageti dengan kuah hati ayam.

Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan semalam, saya ada masak spaghetti dan saya buat kuah yang agak berbeza. Apa resepinya? Meh saya tulis.. baca tau sebab ia boleh dikatakan sebagai satu resepi yang mudah dan memang jimat. Yasss, zaman sekarang ni nak jimat je kan?

Baik, mula-mula, kalau korang pergi grocer ke or market je, pergi cari tomato, kalau malas beli tomato biji-biji tu, sila beli yang dalam tin, tapi makesure bukan puree kay? Sila cari yang ada diced punya,baru sedap!

Then, cari pulak, kuah tradisional yang dah dimasakkan yang dalam jar tu, sebab sebagai campuran dan perasa bagi lagi sedap. Then, carilah, hati ayam. Ini adalah rahsianya, hati ayam. Kalau korang beli timbang kilo tu, takyah la beli sampai 4 kilo, bukan nak buka restaurant, kan?

Then bawang besar, bawang putih, lada hitam sikit, dan Italian Herbs. Ni sedap! Italian herbs akan membuatkan masakan kita rasa Italy. Gituhh..

Then of course, spaghetti lah.. macamne nak masak spaghetti kalau takde spaghetti kan?

Now, chop bawang besar, bawang putih halus, then masukkan kedalam minyak dalam kuali or periuk. Tunggu sehingga sedikit layu, masukkan chopped hati ayam *ikut korang lah nak letak banyak mana.. kan? Agak2 je la... 4 or 5 okay dah kot... then biarkan ia seketika untuk agak masak. 

Bila dah dalam 3-4 minit, masukkan canned diced tomato dan kuah spaghetti yang dibeli tadi tu untuk perasa. Kacau dengan api sederhana all the way. Masukkan garam, lada hitam halus, italian herbs ke dalam.

Then tunggu sehingga hati ayam agak-agak masak. Sambil menunggu hati ayam, sila lah ambil periuk dan masukkan air dan panaskan di atas dapur. Ini adalah untuk memasak spaghetti kita. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam 2 sudu makan, dan sedikit garam. Biarkan sehingga ia mendidih. Setelah mendidih barulah kita masukkan spaghetti yang kita beli tadi. Masak sehingga 8-9 minit.

Then bila semua sudah masak, sedia untuk dihidang! Okay kan? Mungkin ada yang bertanya,

'Eh? Tak hanyir ke hati ayam tu?'

Jawapannya, tak, sebab kita ada tomato yang agak masam yer dan ia akan me-neutralise-kan bau hanyir hati ayam tu... okay?

Okay, itu sahajalah untuk resepi kita kali ini, nenanti saya update lagi resepi bujang trang tang tang, ok?

Assalamualaikum wbt

P/s: kenyang perut saya. Tapi ratio untuk semua tu, agak-agak je la eh.. janganlah banyak sangat... kay?

Monday, November 17, 2014

Kuah Yong Tau Foo sedap!

Assalamualaikum wbt.

Ada ke yang teringin nak makan yong tau fu tapi rasa macam,

'Macamne aku nak buat kuah dia?'

Or,

'Gilakah? Kuah dia complicated lah nak buat...'

Or

'Alaaa.. aah la sedap jugak kalau buat sendiri, tapi..kuah dia camneee?'

Haaaa....worry no more, all you need it love. Eh? Takde2... need love juga la sebab nak buat tu kena ada love, kalau takde love, camne nak makan kan?

Therefore, tadi saya pergi post office ada hal kat Bangsar ni then menapak saya ke Bangsar Village Grocer dannn.. saya nampak kuah yong tau fu yg coklat gelap dan merah tu. Sedap wehh.. saya beli those kuah pastu all the isi-isi untuk direbus. Saya panaskan periuk dan saya rebuskan sendiri all those isi-isi tu.

Then kangkung lah.. bagai-bagai lah. Cuma takde sotong je, kalau ada sotong.. fuhhhh... sedap2!!!

Korang? Saya jap lagi nak masak lak... tak tau nak masak apakah... hahaha.. but for now, jamulah mata anda dengan yong tau fu buatan rumah.

Okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: murah je kuah dia rm1.90 dalam bekas kecik tu...

Wednesday, November 12, 2014

KCS : Kopie Original Coconut Shake, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Rasanya kalau hari panas-panas macamni, adalah elok kalau kita minum minuman yang mampu membasahkan tekak sambil itu sedap diminum.

Haaa.. kalau saya kat Raub ni, ada sati kiosk ni, jual air kelapa dan coconut shake. Sedap? Sedap wehhhhhhh.... hahaha.. memang sedap.

Kepada yang balik ke Kelantan tu nanti, ramai-ramai lah berhenti di kiosk KCS yang terletak berhadapan dengan Bangunan UMNO. Rasa sedap memang hendak lagi. Sekali rasa, nak rasa berkali-kali.

Tengok sedap tak?

Assalamualaikum wbt

P/s: rajin saya minum air kelapa nih...

Simply Sewn Cardigan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Kalau sihat ucaplah Alhamdulillah dan kalau sakit, ucap juga alhamdulillah, sebab apa? sebab semua itu ujian Allah kepada kita hambanya. 

Baiklah, saya ada benda nak share nih... satu benda yang I do best, sewing. haha.. Yes.

Saya ada buat satu alternative kardigan, baju ni memang senang nak buat, need no cutting or whatever, cutting biasa cuma yang bestnya, kalau kena dengan colournya, kita boleh pakai dengan apa sahaja. nak tengok? Maaflah kalau model dia agak gemok,. ahaks! saya tak dapat model lain, tadah je la mata ehhh?? hahaha... 

ini dia...

Tadaaa.... inilah dia... hehehe...

nanti dah ada model, saya bagi korang post lain eh?

Assalamualaikum WBT

p/s: dibuka tempahann... hehe...

JJCM : Nasi Ayam Saudara Baru Lipis.

Assalamualaikum wbt,

Haaa.. hari ni rasa nak makan cake pastu nampak lak kedai baru kat Kuala Lipis nih...

Dekat dengan Secret Recipe.. nama kedai? Nasi Ayam Saudara Baru. Kedai nasi ayam chinese muslim. Terliur lak tengoknya... hahaha...

Kepada sesiapa yang ada di Kuala Lipis or nanti otw balik KL or Kelantan, jangan malu2 singgah sini. Harga pon okay...

Daahh..

Assalamualaikum wbt

P/s : sedapp..yum yumm..

Friday, November 7, 2014

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014. Siapa menang?

Assalamaulaikum WBT,

Apa khabar semua? Akademia Fantasia 2014 sudah berada di penghujungnya. Saya sempat buat 2 episode je kot, sorry lah, takde masa sungguh, lagipun jarang sungguh saya tonton AF 2014 sepenuhnya, kadang-kadang ada keje, so susah la sikit nak concentrate dengan AF, maaflah ye.

Tetapi saya tahu jugak lah siapa yang dapat pergi ke pentas akhir. Mereka adalah :

Nuha, Ewal, Aman, Firman dan Adele (pelajar Serap, tersingkir dan diserap kembali)

Kalau nak ikutkan, saya memang suka Nuha. Dia memang lain lah dari pelajar yang pernah dikeluarkan oleh AF, lagipun, dia memang fresh. Suka perwatakan dia dan suara dia memang best! budak ni memang gila best suara dia, masa dia nyanyikan lagi Datuk Khadijah Ibrahim, makaigh!!! memang gila lahhh.. hebat macamne tah! gila nau-nau... suka! Mungkin dia akan menjadi juara seperti Mila dan Stacy? mungkin...

Ewal pulak, stage presence dia memang hebat, lagipun dia memang ada banyak pengalaman dah. Dia menyanyi sejak kecil lagi, plus, suara dia memang best. Kedengaran sungguh profesional. Suka jugak dia. Adakah kelebihannya akan dijadikan taruhan? Adakah Ewal akan menjadi juara? Mungkin... kita nantikan...

Aman. Hmmm.. budak ni memang menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan. Kalau nak ikutkan kemampuan vokal, jauh lebih rendah lah jika dibandingkan ke lima-lima pelajar, tetapi dek kerana wajahnya yang keanak-anakan itu, ramai yang jatuh hati dan mengundinya. Adakah dia juara? kita nantikan nanti.

Firman mempunyai suara yang serak-serak basah ala-ala Tam Spider. Tapi kita ada Tam Spider dah, kita nak Firman. *nampak macam pengkritik hebat tak? haha.. Tapi memang tak dapat dinafikan, suara Firman memang best. Saban minggu dia membawakan lagu yang diberikan dan dipilih mengikut nalurinya sendiri. Kadang tepat, kadang missed tetapi sudah sampai ke minggu akhir, adakah dia akan menjadi juara? hmmm...

Adel. Terkeluar pada minggu ke-7 dan diserapkan semula oleh para tenaga pengajar dan memberikannya peluang kedua dalam Akademi Fantasia. Sebenarnya, Muna juga disebut-sebut oleh tenaga pengajar untuk diserapmasuk, namun, apakan daya, rezeki lebih berpihak kepada Adel. Sebenarnya, suara Adel ni masih lagi di tahap kena polish banyak. Kena ada banyak sebab ia kedengaran raw dan agak keras. Entah kenapa, mungkin telinga saya ni lain macam sikit kot, tapi itu la kalau ikut telinga saya pon. Memang dia ada suara yang bagus, cuma, penghayatan dan lenggok tu kena padanlah... kalau straight je.. baik nyanyi karaoke ye dak? Tapi adakah undian akan menyebelahi Adel? Kita nantikan di malam kemuncak segalanya...

Okay lah, itu sahaja ingin saya kongsikan, kepada peminat, sila la tengok nanti yer, kepada yang bukan peminat *sejurus selepas Azwan terkeluar, jangan la macamtu, tengok je la kay? komen tetap komen, kritik tetap kritik...

Assalamualaikum WBT

p/s: nak tahu tak lagu terbaru dorang ni?

Thursday, November 6, 2014

Tanah Runtuh Di Cameron Highland dan Tiada Signal Komunikasi!!!

Assalamualaikum WBT,

Lama sungguh tak menaip guna keyboard laptop ni, rasa kekok sungguh lah... haha.. takpe-takpe, lama main ngan laptop ni, cuma tu la, kadang-kadang update guna phone kan? Jadi! ni nak cerita la fasal apa yang saya dapat ulas sedikit mengenai tanah runtuh di Cameron Highland. Sudah dua tahun kan perkara seteruk ini berlaku.

Tadi saya sempat menonton laporan yang disediakan oleh RTM 1 dan mengulas mengenai tanah runtuh ini. Dikatakan, jalan masuk untuk ke Lembah Bertam di CH ini telah terputus dan jambatan dikawasan itu juga telah terputus. Dan menambah kepada masalah, TIADA SIGNAL ALATAN TELEKOMUNIKASI apabila wartawan dan pasukan menyelamat berada di situ. SEE? TIADA SIGNAL ALATAN TELEKOMUNIKASI. Tau tak betapa pentingnya ia sekarang kan? Saya bukan nak menempelak pihak-pihak yang ada, tetapi, signal alatan telekomunikasi ini adalah penting untuk berkomunikasi. 

Ini yang saya tulis sekian kalinya di blog saya sendiri. Ada juga saya tweets, IG, Facebook namun, suara saya hanyalah suara kecil. Saya juga ada tulis fasal dikatakan 1000 signal towers akan dibangunkan diseluruh Malaysia, apakah ini? Ini kalau tak silap saya diuar-uarkan pada akhir tahun 2013 dan pertengahan tahun 2014. Apa benda ni? Janji ke apa sebenarnya? Saya malas nak linkkan article, cuma kalau anda nak tahu, search je la 1000 signal telekomunikasi di Google, nescaya akan keluar, nak-nak daripada Sinar Harian.

Sekarang, bila jadi benda macamni, barulah ke sana, ke sini. Salah sana, salah sini. Macam ada dalam laporan tadi yang ditemubual oleh wartawan tersebut. Orang itu berbangsa Tiong Hua dan dia adalah pengusaha pelancongan di CH. Dia ada mengatakan bahawa kawasan tanah runtuh itu adalah jauh dari tempat perlancongan dan dia mengatakan bahawa salah satu daripada punca tanah runtuh itu adalah daripada sampah sarap yang dibuang oleh orang terutamanya pekerja-pekerja asing di situ dan dia meminta daripada pihak kerajaan mengadakan latihan kepada pekerja asing ini untuk bekerja disitu. 

Ini saya tak tau la nak komen apa. Pening jugak. Tapi apa-apa pun, esok akan ada satu helikopter dari KETTHA dan ada timbalan menteri sekali untuk meninjau keadaan tanah runtuh di CH. Memintak menteri tu pakai baju biasa-biasa je la sebab takut nak tolong ke nanti kan, at least bersama rakyat, tak gitu?

Apa-apa pun, tolonglah adakan satu signal tower di Kampung Jenud ni, yang kecil pun takpe, susah sungguh nak berkomunikasi. Sekolah menengah tak lama nak ada, signal telekomunikasi masih ditahap rendah. Macamne nak kearah negara maju 2020? jawab?

Assalamualaikum WBT

p/s; please, susah sangat nak berkomunikasi. Ke mana lagi harus saya channelkan my worriness ni? huh?

Tuesday, November 4, 2014

Sakit Lama Kembali!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, saya baru je balik kat rumah kat kampung nih... haaa.. camne? Seronok wehh.. tapi malangnya saya ada sakit sikit... sakit lama menyerang kembali... camne tuh?

Makan tak hengat kot. Tapi iya la.. nak buat camne kan.. rasa diri dah sihat.. tapi malangnya masih lagi tak sihat.. takpe la.. in shaa Allah, saya kena berpantang semula untuk menurunkan kembali kadar asid uric dalam badan. Wajib berpantang...huhuhuuuu...

Jadi, berehat-rehat sahaja di rumah dan in shaa Allah, esok akan mula menjahit beberapa tempahan. Hehehe....

Ni ada benda nak tunjuk, tak tau cantik ke tidak...

Assalamualaikum wbt

P/s: rumah takde line.. Kampung Tanpa wayar tak berfungsiiii... nyampah!!!

Monday, November 3, 2014

MPH boothbook at Nu Sentral. Crazy Discount!!!

Assalamualaikum wbt,

Sekarang saya berada di KLCC, baru je tadi lepas beli barangan kat Nu Sentral. Haaa.. ni nak bagk tau, Nu Sentral ada bula booth kat centre court Nu Sentral. Dorang ada buat sale untuk buku-buku terpilih. Banyak sangat dan ada sesetengah buku tu harga memang belum sale. Ada up to 50% percent off tau!!!

Mula-mula saya sampai tu, I was like.. this is taman buku!! Best gila kottt.. selected buku banyak, suit all ages memang best..kalau korang berkesempatan korang pergi lah..

Buku untuk kanak-kanak ada up to 45% discount. Jangan tak beli pulak kayyhh?? Best... bacalah buku..

Assalamualaikum wbt

P/s: nak balik kampung nihhhh...

Sunday, November 2, 2014

Akmall Razlan Atelier : Research Stage.

Assalamualaikum wbt,

Sihat tak semua di petang ahad ni? Mesti ada yang masih bergembira dengan kemenangan Pasukan Bolasepak Pahang semalam kan? Boleh sambut, tapi jangan gembira sangat kayy?

Baiklah, sekarang saya berada di KL, and inshaa Allah, kalau takde apa-apa esok saya balik kampung. Cuti sebab takde job... but i have things to make kat rumah.. ada beberapa tempahan yang perlu saya siapkan... hehe.. its on baby!!! Yes!!

Sekarang pun sebenarnya saya masih dalam stage researching sebab iya laa kan... nak buat sesuatu kena research dulu. Lagipun kalau tak research payah lak.. sebab kita kena tahu market kita kan? Kan? Hehe...

So... stage research masih lagi... then baru la kita buat stage test market.. gituhhh... heeee...

Dah la.. nanti saya update more eh.. lagipun kalau guna phone idea limited sikit.. entah kenapa...

Assalamualaikum wbt

P/s: laparr..

Keje sibuk. Tahniah Pahang.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Maaflah sebab lama tak update. Sibuk sangatlahhh wehhh... so, ni time nak update after selepas sibukkan diri dengan kerja di minggu akhir ni...sibuk lah.. keje wedding kan? Hehe...

So!!! Apa-apa pun, pertamanya saya nak ucapkan sejuta tahniah kepada pasukan Pahang diatas kemenang Treble.. kan? Grand slam of Malaysian Football! Bamm!

Saya esok akan update a few more entries.. jangan risau... hahaha..

Assalamualaikum wbt...

P/s: ni nak rehattt..