Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

Stay Strong AirAsia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Saya sebenarnya amat bersimpati dengan keluarga mangsa-mangsa penumpang-penumpang dan crew-crew AirAsia Indonesia yang baru ini terhempas di Belitung. Sesungguhnya memang tiada apa yang dapat diungkapkan selain, Stay Strong.

Setiap daripada kita diuji dengan pelbagai jenis ujian. Ada yang hebat, ada yang biasa-biasa dan sesungguhnya ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan hati kita semua. Yang ringan di mata kita, tidak semestinya ringan di bahu yang memikulnya.

Kita hanya mampu mengucapkan kata-kata yang mungkin dianggap sebagai penyejuk hati bagi mereka yang menerima dugaan tersebut namun, apalah yang dapat dikatakan lagi? Mungkin ada pihak cuba mengecilkan apa yang berlaku, namun, apa yang berlaku memang berlaku. Mungkin juga ada pihak yang cuba menyamakan apa yang berlaku dengan kejadian MH370. Please, don't! Things are not the same. Kedalaman lautan dan ketepatan ukuran kejadian adalah berbeza. Biarpun cuaca dikatakan sama, namun, ada banyak aspek lain yang boleh diketengahkan untuk menyangkal apa yang berlaku. 

Kejadian yang berlaku sebenarnya adalah perkara yang memang tidak dirancang. Who would want to plan something like this, right? No one. If so, to me it can be charged for murder. And saya masih lagi menunggu keputusan isi kotak hitam MH17 yang dikatakan di bawa ke satu tempat untuk dianalisis. Bilakah akan dikeluarkan keputusan analisis tersebut?

Mungkin siapalah yang akan membaca tulisan saya ini, tapi mungkin kepada yang membaca, bolehlah share dan panjangkan kepada mereka yang lebih bertanggungjawab.

Assalamualaikum WBT

p/s: I am wish you AirAsia.

Monday, December 29, 2014

Bagaikan duyong ditepi pantai...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Saya ni dah macam duyong terdampar di tepi laut china selatan dahhh.. iya la.. menunggu flight AirAsia dari Jeddah, delay. Sepatutnya sampai pukul 8.20 tadi, then delay kol 1.20pm ni delay lagi... pukul 2.30pm. Saya memang keletihan dah ni...hahaha..walaupun kan.

Saya pergi amik ayah, mak dan wande saya dengan abang kembar, anak sedara 2 orang dengan sepupu sorang... kami semua menunggu diruangan menunggu nih.

Dengan hujan on the way ke KLIA2 tadi...kami keluar pukul 6.30 pagi dan sampai dalam pukul 10 pagi di KLIA2... lama kan? Bukan apa, hari hujan.. mana boleh bawa lelaju. Bahaya .... itu pun tadi ada kereta masuk ke lane saya masa memandu di satu selekoh berdekatan dengan area kampung saya.. bahaya woi memandu waktu pagi sebab kita tak cukup tido kan..so..bahaya la..

Ni...as i said before, macam duyong kan... hahahaha... duyong uols... ni dah macam2 gaya buat untuk menyelesakan diri... kalau ikutkan ada 15 minit lagi.. tapi tak tau lah..

Moga mereka selamat sampai... ameen..

Assalamualaikum wbt...

P/s: lapaarrrr.. hahahaha

Friday, December 26, 2014

Hey!!! Merry Xmas.

Hi dear,



Apa khabar anda semua? Baiklah, saya nak ucapkan, Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian dan semoga this season of greetings would brings great joy and sweetness. 

Walaupun kita sekarang diberikan ujian, namun, dikhabarkan sambutan disesetengah tempat adalah bersederhana. Terima kasih kerana memahami.

Apa-apa pun, ditelevision memang memaparkan pelbagai jenis cerita yang berkaitan Krismas. Saya suka tengok cartoon, hehehe... semalam saya sempat menonton cerita Barbie dan cerita Barbie memang selalu ditayangkan bila datangnya krismas kan? 

Semua cerita yang disiarkan mempunyai unsur-unsur tradisi yang tidak pernah dilupakan. Mereka sangat bangga dengan tradisi mereka. They sing, they dance, they eat, they drink and they praise their God. That is their tradition and to be honest, we have our own tradition too right? better not be discussed here. hehe... to much conflict later on.

Anyway, I wish you Merry Christmas and Happy New Year! May this season of greeting brings you joy and luck! and prosperity and get ready to Shop on the Day After Xmas, they keep saying that the price is ridiculous!!!

Toodles!

p/s: nak sambung tengok cartoon.

#PrayForMalaysia #PrayForPantaiTimur

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT, dalam keadaan seperti ini, adalah baik kita muhasabah diri kita sendiri kan? 

Baiklah, hati saya agak tersentuh apabila melihat Berita Awani 7.45 semalam, sebab pembaca berita tersebut bertanyakan satu soalan yang sungguh pada saya, menyayat hati. Dikatakan ada beberapa jenazah orang tua yang tidak dapat disemadikan disebabkan banjir yang semakin teruk di Kelantan. Ya Allah... 

Ditempat saya ni pun hujan semakin lebat, dari semalam tak berhenti dan di area Lipis, kebanyakkan tempat dinaiki air banjir. Ujian tegas dari Allah untuk mereka yang Dia sayangi. 

Kepada yang terkesan dengan banjir, yes, kebanyakkan dari kita mungkin tidak pernah diduga dengan musibah tersebut, tetapi percayalah, doa sentiasa dititipkan kepada mereka yang terkesan. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum WBT

p/s: stay away from the water and current, bahaya!

Majlis Keselamatan Negara : Pengisytiharan Darurat Bencana.

Assalamualaikum WBT,

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, baiklah, pada 2 hari lepas kita telah dikejutkan dengan cubaan untuk mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru Ambank 2014 namun, atas dasar hormat dan kritikan daripada pelbagai pihak, Konsert tersebut telah pun dibatalkan dan ia memberikan seribu makna kepada mereka yang terkesan dengan banjir.

Bukan apa, apa guna bersuka ria jikalau orang lain bertarung nyawa untuk hidup mereka bukan? Jadi, ini adalah satu perkara yang cukup bagus dan diberitakan semalam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang yang dikhabarkan kini berada di Hawaii atas dasar kerja telah meluluskan Bantuan Banjir sebanyak RM500juta untuk setiap negeri yang terkesan. Alhamdulillah...

Saya juga ada sempat terbaca post FB dari Abang Ben, photo sebenarnya, dia mengepost satu gambar Majlis Keselamatan Negara, ia berbunyi,

BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

PERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

42.(i). Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

(ii). Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

Apa-apa pun, bak kata TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 

tak perlu isytihar darurat, sebab apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita hendak selamatkan rakyat kita yang dalam kesusahan ini. Tak apalah belanja lebih sedikit sebab yang penting adalah nyawa rakyat kita sendiri.

Jadi, apa-apa pun, kita perlu banyak berdoa kepada Allah SWT supaya segala dugaan ini di berikan hikmahnya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: sharing is caring. Yes, It is.

Mari Bantu Mangsa Banjir.

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari ni saya takde entry langsung kan? Bukan apa, saya juga ada hal yang perlu saya fikirkan, lagipun, saya sekarang sedang memilih baju-baju lama yang saya sendiri tak pakai, semua sudah mengecil, tak tau kenapa... *LOL, so, saya nak pilih dan saya hendak dermakan kepada pusat-pusat derma banjir or apa-apa lah,...

Saya pun tak pakai dah baju-baju tu sebab tanda-tanda kurus tu memang takde, so, better bagi ke orang lain yang lebih memerlukan. Interesting fact pasal baju-baju saya ni, most of them memang jarang dipakai, kalau dipakai pun, mungkin dalam 2 atau 3 kali sahaja sepanjang ada, then disimpan... ada sesetengah orang, pakai sekali je, then simpan. Hampeh! buat penuh almari... hehe... ni pun almari saya dah penuh. 

ni saya nak pilih-pilih yang elok-elok lah, maksudnya yang mempunyai nilai lagi lah, yang tak elok sangat tu, takyah bagi takpe, siapa nak bagi kan? Barang buruk, baik buat kain buruk je... hehujan ni... elok.

So, saya pun ada sesuatu nak cakap ni, I have officially started doing tops and whatnot. Newest, Black Simple Top and Stones on it.... I will post the picture later on and I really like to have your opinions on the given pictures. Thank you love.

hehe... tetiba terpromote brand sendiri lak kan? hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: dermalah... mungkin itu cara untuk anda membersihkan diri... kan? 

Monday, December 22, 2014

Astro Potong Line Perkhidmatan TANPA Pengetahuan.

Assalamualaikum WBT,

Haaaa.. ni baru je lepas call Astro, sebab apa? Sebab Astro kena potong sebab katanya, *customer service dorang cakap,ada orang call untuk terminate acc Astro kat rumah saya. Well, memang perkhidmatan dorang takde la bagus sangat, tapi kalau dorang dah berhutang dengan saya RM80+, kena lah ada siaran gak kan, ni kalau nak mintak bayaran cepat je potong sebab nak suruh bayaran, tapi bila dah bayar, dan berlebihan pulak tu, walaupun RM80+ kan? cepat je dorang potong sebab hanya ada panggilan dari entah sape-sape suruh terminate acc Astro, kebengongan apakah itu???

Iya, kami tak bayar these past months dan kami tak tengok pun Astro, iya la nak tengok camne, takde siaran kan? so! kena nak bayar kalau nak tengok, dijadikan cerita, saya bayar last week, then tup tup, hari ni kena potong sebab katanya ada gangguan siaran perkhidmatan. Saya called Astro, tanya permasalahan. Dia cakap apa yang saya cerita tu lah...

Hamboih-hamboih, kemahen kau Astro, kami tahu, bukan kami yang guna perkhidmatan Astro, ada orang lain lagi yang guna... Yes, we know, but since we have paid the bill, clear the bill, you should not have done this terminating thing just because someone called you and tell you to terminate my Astro account. Its not fair at all. And when I asked the customer service person to check the calling, he did not find it and as we usually know, at the beginning of the calling session, they would mention that,

"this call will be recorded for upgrading purposes or perbualan ini akan dirakamkan untuk tujuan penaiktarafan, harap maklum, terima kasih".

Tapi bila suruh check the calling, takde! Takde langsung sapa yang tahu. Plus, ada last week, 18hb 12, ada orang called my brother by telling that suruh bayar bill Astro cepat sedangkan saya dah bayar bill tu, then dia cakap lagi kalau bayar dalam masa cepat, dorang akan bagi free 3 bulan Astro sebab bayar cepat. Hell kami nak percaya, memang tak lah.

Then I gave the number that called my brother to Astro and I hope they going to take some action on that. Apa-apa pun, I need to wait for 48 hours just to reconnect the line. Lama kan? kalau dorang potong line, dalam 1 saat dah potong line. cam celaks kan???

No worry, I will wait... for it.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ada ke orang buat police report on Astro services????

Banjir di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu).

Assalamualaikum WBT,
Apa khabar agaknya semua? Salam Tazkiah kepada semua yang ditimpa musibah, semoga ujian Allah ini ditempuhi dengan tenang. Amin.

Kepada yang berada di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, saya tahu, banjir di sana memang teruk. 4 years there memang memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Kalau time banjir, memang kaw-kaw lah.. air everywhere. Semua air. Ada la jugak darat tapi mostly air lah... huhu... Tapi ada dalam Twitter cakap, "Balasan Allah..." Ya Allah, Engkau ampunkanlah orang-orang yang macamni. Sejujurnya, kalau Allah nak bagi balasan, 1 Malaysia or 1 dunia ni Allah bagi balasan tau, bukan Kelantan or Terengganu sahaja. Ini bukan balasan, tetapi ia adalah satu Ujian untuk melihat hambanya. Itu sahaja. Setiap orang ada ujian masing-masing, so! Stop talking rubbish. Kay?

Banjir-banjir macamni, arus air kadang kala berubah-ubah. Kadang-kadang laju, kadang-kadang slow. Macam-macamlah... so, kita kenalah berjaga-jaga akan keadaan ini. Jangan minum air yang tidak di masak, takut kang ada bakteria bawaan air yang mampu membuatkan kita sakit perut and what not, kay?

Apa-apa pun, kita hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan yang serious dan ikutilah arahan pihak berwajib dalam permasalahan ini. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT, amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: berhati-hati kawan-kawan ku di Kelantan dan Terengganu, khususnya.

I Am Home, Darling.

Assalamualaikum WBT,

Its really good to be back home. No other place more home than home. Mark that. Yes.

Sekarang saya berada di kampung, plus, I have a few tempahan that I need to sew and dalam pada itu, ada lah sikit hal yang perlu saya sudahkan..

Assalamualaikum WBT

p/s: maaflah sebab entry pendek. 

Friday, December 19, 2014

Selamat Mengerjakan Umrah Mak, Ayah dan Wande.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Lama sungguh tak onlin and update entries... hehehe... biasalah sibuk sikit katanya. Khen?

Okay.. semalam kami (18hb 12 2015) sekeluarga pergi ke KLIA 2 untuk hantar my parents and mak cik saya (Makde) dan mereka telah berangkat untuk mengerjakan umrah. Semoga umrah dan ibadah mereka diterima Allah SWT.

Sedih jugak lah tapi pujuk lah hatikan sebab mereka pergi sana bukan nak melancong ke hape.. dorang nak pergi beribadah kan?

Then rombongan umrah yang terdiri daripada 40 orang itu dianjurkan oleh Al-balad Travel yang berpusat di Selayang dan turut serta dalam umrah tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Mat Kiram serta Datin. Alhamdulillah, tadi abang saya dah call mereka, mereka sudah selamat sampai di Madinah selepas lebih kurang 14 jam perjalanan, (8jam menaiki kapal terbang dan 6 jam menaiki bas).

Alhamdulillah, semoga mereka diberkati Allah SWT. Amin.

Assalamualaikum wbt

P/s: mak! Ayah! Wande.. doakan adik yeer..

Wednesday, December 10, 2014

Good Luck All, Pegawai Belia dan Sukan! BAM!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? *ayat klise blogger akmall razlan. Hahaha... overr kan?

Pastu, ni baru dapat update fasal event tadi. Tadi majlis penyerahan anak angkat kursus kepegawaian belia dan sukan 2014 di Kompleks Rakan Muda Dong.

Lama deknon kitaorang tunggu  tapi okay la...event berjalan dengan jayanya... seronok..macam-macam jenis bakal pegawai belia ni sebenarnya, yang gila-gila kentang, semua ada. Yang skema, yang tak gila, yang malu-malu, yang havoc.. semua ada uolsss... hahaha..

So! Lepas ni korang jangan lupa Kampung Jenud kami ni yea? Good luck and buat kerja dengan baiknya!! Okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: Azreen, good luck kay?

Majlis Penutup dan Penyerahan Kembali Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan 2014.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Sihat tak?

Baik, hari ni adalah hari Majlis Penutup dan Penyerahan Kembali Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan 2014.

Ia berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Raub, Pahang.

Ia akan dihadiri oleh YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Nanti time event saya update pulak eh?

Assalamualaikum wbt

P/s: nantikanzz...

"...selagi mereka masih ada."

Assalamualaikum WBT,

Kadang-kadang kita rasa keputusan kita telah buat itu adalah keputusan yang paling betul sekali, namun, bila kita fikirankan orang lain, sebagai contoh, mak ayah kita, lambat laun kita akan sedar. 

"Bukan ni yang aku mahukan..."

Takpun,

"Bukan ini yang mampu menggembirakan mereka..."

Tetapi itu la hakikat, jangan sampai terlalu jauh sampai tak mampu untuk kembali. Kadang-kadang biarpun kita berada di tengah jalan, masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dan pilih jalan yang dikehendakan, kan?

Biarpun terpaksa menyimpan impian diri, menghidupkan impian mereka, kenapa apa?

Kerana,

"selagi mereka masih ada.."

Assalamualaikum WBT

p/s: sorry, it took me a total stranger to make me realise.

Program Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan (KKBS) 2014 di Kampung Jenud. Informasi.

Assalamualaikum WBT,

Haa.. ni nak ada selingan sedikit, masih berkisar tentang Program Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan (KKBS) 2014. Sebenarnya, mereka *anak angkat adalah pegawai-pegawai Belia dan Sukan yang akan ditempatkan di seluruh Malaysia. Haa.. camtu lah,..
http://www.kbs.gov.my/index.php/en/berita-fix/10501-majlis-perasmian-dan-penyerahan-anak-angkat-kursus-kepegawaian-belia-dan-sukan-2014

Sebenarnya mereka ini telah diserahkan kepada keluarga angkat sejak 6 Disember 2014 lagi, tetapi ini bukanlah modul mereka yang pertama, mereka da bermacam jenis modul yang dilaksanakan bagi memahami pentadbiran dan kaedah perlaksanaan program. Difahamkan mereka telah bermula sejak 3 bulan yang lalu.

Dirumah saya pun ada juga ank angkat, tetapi dia muda lah dari saya, so, adik angkatlah kan, gituh... orang Kajang dan Azrin namanya, so, lepas ni kena panggil Tuan Azrin lah kan? Difahamkan, mereka telah dipadatkan dengan program-program yang mencabar mereka dan selepas program Anak Angkat ini mereka akan ditempatkan di merata tempat dan institusi bagi menjalankan tugasan mereka.

Saya tak sempat sangat kenal dengan semua mereka, tetapi saya sempat kenal Azrin, KA, Aftal, pegawai-pegawai wanita, sebab tahu nama je lah, camtulah, sebab saya pun tidaklah terlibat secara langsung dalam program mereka ni, setakat tahu camtulah, tapi itu sudah cukup untuk saya melihat bagaimana cara kerja mereka. 

Sedikit sebanyak saya belajar juga daripada mereka dan ini adalah perkongsian yang sihat dan mampu menjadikan program ini salah satu daripada perkara yang mampu menyumbang kepada komuniti setempat.

Saya juga bangga kerana kampung kami dipilih menjadi lokasi untuk anak-anak angkat pegawai ini menimba pengalaman. Sungguh bermakna bagi kami sekampung. 

Pada esok pagi, semua keluarga angkat akan menyerahkan kembali anak-anak angkat pegawai kepada urusetia yang mana ia akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Dong. Selepas daripada itu, mereka akan ada satu lagi modul, iaitu modul Sahsiah dan selepas itu mereka akan di-postingkan, maka bermula lah satu lagi lembaran kehidupan...

Awal tahniah saya ucapkan. :)

Assalamualaikum WBT

p/s: one day you'll search this blog and you'll know, its Me who wrote this. haha.. :) good luck and have great lives Pegawai sekalian. Peace luv.

Tuesday, December 9, 2014

Program Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan di Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

As mentioned on last night entry, semalam di Kampung Jenud, kami ada program Anak Angkat yang datangnya dari Program Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan kan?

Jadi, semalam jugaklah ada program Suara Bintang Emas, pertandingan karaoke yang dijurikan oleh Arip Kilauan Emas dan Lee Gitaris Meditasi, * maaf, kalau salah nama, saya kurang kenal.. hehehe...

Apa-apa pun, ramai bakat2 yang mempunyai suara-suara yang best belaka. Anak-anak kecil pun ada, then ada jugak kaum-kaum ibu serta bapa yang membuat persembahan dengan bagusnya.

Majlis juga dihadiri oleh YB Dato' Aziz bin Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, beliau juga adalah Timbalan Ketua UMNO Raub. Beliau melahirkan rasa bangga dan puashati terhadap program anak angkat ini dan seterusnya berterima kasih kepada YB Dato' Khairy Jamaludin #dkj yang tidak putus-putus menambahbaik serta menaikkan nama pemuda-pemuda di persada Malaysia dan dunia dan yang juga bakal menjadi pemimpin pelapis kelak. Tahniah KJ.

Majlis diakhiri dengan persembahan Arip Kilauan Emas yang mendendangkan 2 buah lagu, iaitu Ibu dan Hakikat Sebuah Percintaan.

Assalamualaikum wbt

P/s : best suara Arip tu... clear betul!
P/s: yang pakai kain pelikat tu Ayah saya.. sempoi? Gahahaha...

Monday, December 8, 2014

Program Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2014 di Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa post yang saya nak post, tapi malangnya tak dapat publish. But I will publish it later on, tomorrow maybe. Sorry for the time elapse whatsoever kan.. haha..

But for now, i will write without pictures, sekarang ni ada pertandingan karaoke Bintang Suara Emas 2014. Best, biasalah, karaoke kan? No hal.. hehe...

Best belaka, apa-apa pun, sekarang ni tengok cabutan bertuah. Siapakah yang akan bertuah... bam!!!

Assalamualaikum wbt

P/s: bayang-bayangkan je lahhh..

Program Anak Angkat KBS di Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt

Apa khabar? Semua sihat kan? Kalau sihat bagus, alhamdulillah, tapi sekarang ni mesti cam sakit hati sikit kan? Iya la.. Malaysia kalah but heyy!! Jangan mengalah sebab nanti ada timbal balik.. kan?

Sekarang ni kami di Kampung Jenud adanya program anak angkat yang datang dari KBS *Kementerian Belia dan Sukan. Iaitu mereka akan menjadi Pegawai Belia dan Sukan yang akan ditempatkan di serata Malaysia. Macam-macam umur deknon, semua ada, ada yang muda dan ada yang berumur sedikit.

Dan program di Kampung Jenud ni adalah program terakhir untuk mereka selama 3 bulan sebelum dipostingkan ke tempat-tempat diseluruh Malaysia. I told you before kan? Hehe..

Ni selepas perlawanan bola sepak Malaysia lawan Vietnam. Ada acara Timbang Bola Sepak. Bam!! Dan ada Trivia untuk malam ni.

So.. ni saya nak balik plak. Hehehe...

Assalamualaikum wbt...

P/s: baru je lepas makan ayam bakar.. sedap-sedap!!

Sunday, December 7, 2014

Terima Kasih Lulu!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar? Di hari Ahad yang sungguh seronok ini. Esok saya ada interview, wish me all the luck in the world okay?

Haaa.. ni nak cerita, I have been sleeping and living my so called life for this past 2 years and neglecting my parents advices. Yes, how bad I am right? But the sleep tu terjaga a few days back.

I do not know what happened but it surely gives me something to ponder on my own. Nothing much to let me realise that all this while is just something that to make myself happy and not my parents.

A simple comment from my fellow blogger, Lulu Caldina, she gave me this one sentence, which was,

'Apa salahnya menggembirakan mereka selagi mereka masih ada'.

That comment strikes me light a big lightning. Yes, I realised that no one in this world wants their parents sad. So! By this sentence, I will at least listen to my mum and dad.

And that interview tomorrow, I will do my very best! My very damm best to get the job. I am ready to simpan my impian and live their dreams.

And terima kasih Lulu! ;)

Assalamualaikum wbt

P/s: i am not giving up my dream but i want to live their dream first!

Friday, December 5, 2014

Shopping at Lazada Brother 3034D

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat, sila lah makan ubat...

Haaa.. beberapa hari lepas saya ada order something dari... Lazada!! The biggest online shopping mall in Malaysia. Bam!! *tengok? Kita promote kayh... *pasni Lazada kena bagi hadiah lah... bahahaha.. ;)

Apa yang saya order? Saya order mesin jahit tepk Brother 3034D Lock... cantik dan memang puashati wehhhh... sangat puashati... semalam je siap satu baju... camne? Takke senang keje saya tu...

Haaa... sebab saya dah ada mesin jahit biasa portable jugak and mesin jahit tepi pun portable... so, walaupun portable, tetap okay, ok?

Nah... sila tatap gambar yang mesin saya beli nih... okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: lovely.

Wednesday, December 3, 2014

Movie Review : Big Hero 6

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuanya? Mesti anda semua sihat kan? Kalau sihat, alhamdulillah, syukur kepada Allah. Baiklah, tadi saya dan anak-anak sedara saya, 3 orang, Fahim, Akim dan Wiwi sempat pergi menonton wayang.

Cerita apakah? Mestilah cerita  Big Hero 6! Yang menceritakan kehebatan ilmu sains dan robotic. Kalau betul-betul la ada camtu, memang best lah kan??? Hahaha.. Baymax, robot 'nurse' yang berwarna putih dan gebu. Robot ini dicipta khas oleh abang Hiro iaitu Tadashi *kot... untuk digunakan bagi menjaga orang sakit. Little did they know, Tadashi terlibat dalam kemalangan kebakaran menyebabkan Takashi hilang nyawa.

Namun, ada sesuatu yang terjadi selepas Hiro berjumpa dengan Baymax. Bermulalah misi untuk mencari keadilan terhadap kematian abangnya serta rakan-rakan karib abangnya, iaitu Go Go, Wasabi, Honey dan Fred. Masing-masing diupgrade oleh Hiro dan membuatkan ciptaan mereka menjadi senjata mereka yang mampu melindungi mereka. Seronok dengarnya bukan?

Iyaaaaa!!! Memang seronok! Pelbagai aksi-aksi menarik yang dipaparkan dalam movie ini. Sungguh kelakar dan sungguh mengharukan. Seronok!!! Panggung penuh dengan gelak ketawa anak-anak kecil dan juga adults yang rata-rata berpuashati dengan movie ini.

Best woii..kepada yang tak sempat nak tengok, cepatlah tengok
..best!!!

Assalamualaikum wbt

P/s: saya bagi, 5/5 bintang!!!

Monday, December 1, 2014

Boat Noodle, Empire Damansara.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar kalian semua? Sihat kan??? Kalau sihat bagus lah..

Ni ada cerita sikit, tadi saya sempat ke Empire Damansara dengan my cousin and also my nephews, baru sampai dari kampung. Kampung dekat je... Raub. Hehe..

Makan apa? Makan glass mee Boat Noodle. Sebab apa dipanggil Boat Noodle? Sebab di Thailand, originallynya this mee diserve di atas boat. Ada di Thailand yang dorang jual makanan atas boat tu kan? Haaa.. kat situ lah...

Lepas tu, mee ni bukan macam mee biasa tu... mee yang digunakan adalah glass mee yang lutsinar tu, macam sohun tapi sedikit besar. Mungkin bahan yang sama buatannya.

Portion yang kecil dan diletakkan di dalam mangkuk membuatkan kita rasa terbuai dek harga yang agak murah. RM1.90 tapi kalu makan 10 mangkuk? Takke agak banyak RM-nya? Kan?

Tapi takde la makan sampai banyak sangat kan? Sebenarnya konsep makan sikit2 dan sederhana ni memang boleh diketengahkan di mana-mana sebab apa? Sebab kalau harga murah kan? Tapi orang makan banyak, harga tetap sama kan? Hahaha..

Tapi apa-apa pun, kepada yang ingin makan Boat Noodle yang tengah hangat sekarang ni, datanglah ke Empire Damansara or search je la Boat Noodle at KL, mesti korang jumpa. Kalau setakat nak rasa je, makanlah dua or tiga kayyy?

Assalamualaikum wbt

P/s: sedap gak la.. light-light je rasa dia..