Nuffnang Ads

Saturday, January 31, 2015

Kafarah Dosa.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Ya Allah... letihnya sayaaa... tadi saya dengan keluarga pergi 'berikan', maksudnya, menangkap ikan.

Keletihan hamatttt.. mengharung air kolam tu, walaupun tak dalam tapi sebab tanah lumpur selut yang ada, membuatkan saya mengerah keseluruhan tenaga badan untuk mencari dan menangkap ikan... gila wehhh!!! hahaha...

Ni hari ni, badan sakit-sakit sebab mengharung air bukannya satu perkara yang senang. Kalau takde proper latihan, memang lebih sakit daripada apa yang saya alami... hihu...  tapi no problem juga la sebab sakitnya sekejap je.. ni pun dah okay sikit dah.. alhamdulillah...

Saya dengar Allah bayar kafarah kita dengan sakit.  Kalau kita sakit maksudnya, Allah bayar kafarah atas apa salah yang kita lakukan dahulu... hmmm... 

In syaa Allah, sakit kita adalah kafarah atas dosa-dosa yang kita telah lakukan.. semoga kita diterima oleh Allah.. amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: :)

Friday, January 30, 2015

Angie Top in Black by Akmall Razlan Atelier (A.R.A.)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua blogger kitaa? Malaysia... gituh.. hari ni hari Jumaat, maka saya ada satu gambar nak dikongsikan, hehehe.. ini adalah salah satu daripada saya punya creation.

Angie Top in Black (beaded)



 Ada sesiapa berminat tak? Boleh kawtim harga.. jahit sendiri nihhhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: hehe..new to come..

Kita Berdoa kat Dia...

Assalamualaikum WBT,

Bila kita berada dalam great depression, sometimes we immediately berfikiran seperti orang yang tidak waras. Banyak bermain dalam kepala, kadang-kadang, permainan tersebut menjadi terlalu hebat, terlalu real and sampaikan minda berkata-kata, 

"itulah satu-satunya jalan penyelesaiaan yang terbaik".

Macam-macam fikiran sebab permasalahan yang ada. Kan? Memang. Memang macam-macam, menakutkan.

Takpe, kita ada Allah SWT, kita minta kat Dia.. kita cakap kat Dia... kita doa kat Dia... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: hmmm..

Monday, January 26, 2015

Rotan Anak Satu Jenayah? Hadap!

Assalamualaikum WBT,

How do you do you allss!!! *broken English di situ. Takpe, heheh.. apa-apa pun, I am glad to be back!!! Boomm!!! bukan apa, lama sangat dah rasanya tak update blog, maklumlah, internet takdeee.. makanya... terpaksa la mendiamkan diri, duduknya di Kampung yang bukan macam Kampung Baru, maka, hadap lah!!

So, dua tiga hari ni, heboh media Malaysia, all of them dengan pendirian Malaysia dalam cubaan untuk menguatkuasakan hukuman lebih berat bagi kesalahan merotan. Baiklah, ramai ibu bapa yang merasakan menjatuhkan kategori rotan dalam Jenayah adalah satu kesalahan. Pagi tadi, saya makan pagi di kedai, biasa-biasa je makannya dan ada beberapa bapa cakap,

"ni nak kuatkuasakan hukuman berat terhadap rotan, kita niat nak mendidik".

"Iya lah, dulu kita rotan sebab nak mendidik, lepas ni, deme pulak pijak kepala kita.. nak salahkan siapa???"

Haaa... nampak tak betapa pentingnya didikan dalam anak-anak? Mungkin sesetengah ibu bapa menggunakan jalan asuhan yang berbeza, tetapi di kampung-kampung, kampung saya ni lah, kami masih menggunakan asuhan begini, kadang-kadang, it is better that why. Dont ask the rational, because sometimes, techniques were used differently by parents. It is not the same. Tapi tu lah, di Sweden mungkin cara mereka begitu, mungkin mereka menggunakan cara pampering to asuh anak-anak mereka. Itu cara mereka, we need to respect that and for that particular thing, you, other people who think that what we do here in Malaysia in not aligned with your thoughts on how to educate your children, well, too bad then. We here believe in that matter. Sometimes, hard reinforcement needed in order to make the record straight, but we love our children. It does not mean that when we use rattan, we have our children, NO! we use rattan because we love them. That's all. 

Perhaps those people who have the gut to disagree with what we are using here, need to see it for themselves. We are not beating your children to death. No! We educate them but in slightly different from yours. That's all.

Apa-apa pun, saya dengar yang this issues will be discussed more just to agree on what they called RIGHTS by those sick humans. Banyak lagi rights yang ada yang boleh diketengahkan, ikut sangat agenda Yahudi laknat tu... haa... hadaplah!

Assalamualaikum WBT

p/s: I do have nephews and nieces. I know how difficult things are.

Saturday, January 24, 2015

Janganlah buat jubah berhud bagai..

Assalamualaikum WBT,

Tergerak lagi hati tadi nak buat BH Online... yes, saya click, lepas tu saya baca ini. Ya.. fashion lelaki memang agak boring, tapi kalau berani pakai, macam-macam kita boleh buat. Tapi sekarang ni. trend BERJUBAH diagung-agungkan. Anda tau tak jubah adalah BUDAYA orang Arab. 

Sebenarnya, kita ni boleh je buat banyak pakaian dengan cuaca kita ni, kita tak digalakkan pakai pakaian yang tebal-tebal sebab kita bukan sejuk punnn... kalau nak pakai boleh, tapi bergambar kat Pavillion, KLCC, Bangsar, macam Wak Doyok, takde masalah. disebabkan cuaca kita ni panas disiang hari, pada pendapat saya, adalah dinasihatkan memakai pakaian yang berlengan panjang, tetapi tidak terlalu tebal or layered. Kalau nak layered boleh, tapi at least 1 layer je with thin fabric. Kalau fabric tebal... hmm..payah sikit...

Kita ni sebenarnya terlalu memandang dan merujuk mereka yang berada di iklim-iklim sejuk seperti Russia, China, Jepun, USA, Europe, jadi, pakaian mereka adalah mengikut cuaca. Kalau kita? siapa yang kita nak pandang kan? Now, kalau kita tak boleh nak create garments yang tebal, pergi cari fabric yang anda suka, then come out with your own idea, then play with colours. hahah.. senang kan? I have a few too pakaian yang saya sendiri selesa pakai with my owh twist. Lantak lah kan? hahaha...

Dah, pakai la apa yang korang sendiri nak kan? bukan hape2 pun... but at least we know who we are, dah la kan?


Assalamualaikum WBT

p/s: So??? camne? setuju?

Apa beza Escort Girl dengan Working Girl?

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya terbaca satu artikel dari Rotikaya, "Jadi Escort Girl, Polis Pantau 10 Artis Tempatan". Saya baca tengah minum kan, then sampai tersemburlah air saya dari dalam mulut tuhhh... hahaha... over tak?

Baca punya baca, hmmmm... apa nak jadi lah? Jadi nak salahkan siapa? Diri sendiri yang inginkan kemewahan atau mana-mana pihak lain? Pening jugak tu kan? 

Sebenarnya duduk di bandar seperti KUala Lumpur ni tanpa steady big income, memang payah lah, tapi at least kita bukan New York yang at least sewa rumahnya adalah USD3900... takke gila tuh??? Tapi, tu lah, macam-macam kerja boleh buat untuk diri sendiri kan? Kalaupun nak... hehehe.. tapi tu lah, jadi Escort Girl? kalau lelaki apa? Gigolo? jadi, apa beza Escort Girl dengan Pelacur? Mesti la kemewahan kan? Escort Girl orang kata dapat duit dan kemewahan dari sugar daddy mereka sendiri. Katanyah lah, kalau tengok cerita dalam TV tu... sejauh mana kebenaran tersebut, sumpah tak tau! saya mana pernah jadi Escort Girl... hahahahhahaha....

Jadi apa-apa pun, kita masing-masing ada agama kan? Ingat tuh... nak lagi mengingat, kita ada hari pengadilan, ingat tu je lah.... hmmm...

Tnegok daripada maklumat yang dipaparkan, RM3,000 - RM10,000 SEMALAMAN. Yes, semalaman, takke dorang tak payah kerja untuk like, 1 month for that money. Nampak tak duit sebagai satu motivasi untuk menjalan kerja-kerja tersebut dengan sepenuh hati.. as if its like, full time Escort Girl, kan?... nak jadi juga lah... takde la nak jadi escort girl... tapi entah lah... cepat sikit dapat duit kan? hahaha...

Just kidding.

Banyak sangat dosa lain wehhh... hmmmm...

Apa-apa pun, yang jadi Escort Girl tu bolehlah bawa diri anda ke balai polis berdekatan untuk mengaku, kan? hmmmm.. but please let the media know, at least dapat glamour sikit... gituhhh... muah!

Assalamualaikum WBT...

p/s: makan apa la agaknya escort girl ni? mahal sangat nihh...

Thursday, January 22, 2015

Mossip-Mossip Mak Jemah : Balik Hawaii.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua uolssss!!! Alhamdulillah, Jemah dah balik dari USA Hawaii, aritu dah baliknya, sebelum AJL ke 29 lagi tapi sebab jetlagged, Jemah amik keputusan untuk menggunakan masa after AJL tu sampai semalam untuk tido. 


Sakit badan-badan ni main golf uols, dilantak pulak si Michelle tu mengajak Jemah senokeling, kau rasa??? Takke letih nak senokeling keliling Hawaii tu.. patutlah  badan Michelle tu cantik... Jemah menyelam je, terus Jemah cakap kat M tu,

"Sorry dear, I cannot go already, this is too tiring, U go first lah".

Jemah pun balik ke Hotel, takkk koser uolsss... then after semua-semua tu habis, Jemah amik keputusan untuk balik ke Malaysia ni haaaa... malas duduk lelama kat negara orang.. katanyah!!! Then Jemah pun prepare untuk Anugerah Juara Lagu ke 29...

Jemah excited ni untuk tengok AJL 29 iya lah sebab AJL ke 28 memberikan impak yang hebat dalam diri Jemah sendiri, menyaksikan Hafiz serta Komposer LY dan Baiduri dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Jemah amat terpaku dan sangat dapat relate dengan lagu tu... Perjalanan AJL ke 28 jugak sungguh hebat...

Pasang je TV, jemah tunggu dengan penuh sabar. Memulanya, dihidangkan dengan drumming dari drummer Malaysia dan muncul Dato M. Nasir yang handsome gila tu, Jemah suka!!!

Then, bila nak iklan, tetiba ada DS Vida, Jemah kawan baik nau-nau dengan DS Vida tu, sebab tu Jemah putih.. hmmm.. then bila nak start show ada jugak DS Vida, memula Jemah rasa, takde ni, sebab sponsor kan? Then kena la airing camni, then A.G. and Scha mula mengucapkan tagline tu.. Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh. Jemah rasa!! Wtheck.. this is not WHI. Kau rasa? WHI lagi bagus dari ni...

Jemah rasa, kalau rancangan terbaik lagu yang selalu AJL menang, kuat hari Jemah mengatakan mungkin AJL 29 TAKKAN menang sebab terlalu... hmmm... banyak iklan. Fokus berubah dan Jemah tak dapat jugak nak fokus dengan apa yang terjadi, kadang-kadang jemah terpaku sebab siapakah yang bertanding ni... Jemah sendiri penah dengar DS Vida menyanyi dalam rancangan tajaan beliau juga, Gegarvaganza... maaflah, nasihat Jemah, terus keluarkan produk-produk kecantikan... love...

Jadi, produk placement adalah penting, tetapi marketing style yang digunakan oleh AJL dan Qu Puteh bukanlah marketing yang berkesan. Mungkin berkesan dari segi produk awareness tapi bukan produk effectiveness, sebab kalaupun people aware of the product tapi tak beli, ada guna tak marketing tu? Haa.. itu Jemah panggil, Ineffective marketing.

ada banyak marketing tools and styles dalam dunia ni, and dia pilih ni? Siapa yang propose benda-benda macamni? Annoying tau tak? jemah pangkah nau nau...

Sepanjang jemah tengok AJL kat TV tu, jemah nampak ramai artis lama-lama, veteran, senior yang keluar untuk menyaksikan AJL dan mereka juga membawa diri mereka sendiri dalam strategi mempromosi diri. Jemah rasa lah... disebabkan Gegarvaganzalah, mereka mempunyai keyakinan diri untuk keluar dan compete in the industri, Jemah bangga sangat...

Jemah ni, kalu boleh nyanyi, jemah dah nyanyi dah, tapi Jemah ingat pesan mak jemah,

"Mah, kalau setakat nyanyi buat sakit telinga mak, lupakanlah. Ni mak kau, berdosa menyakiti mak sendiri".

Sentap!!!! mak sendiri tu... Jemah pun amik keputusan untuk menjadi blogger separuh masa... memandangkan Jemah pun sibuk jadi penggali kubur di kampung Tok Adi.

Tu jelah.. Jemah akan fikirkan untuk ada blog Jemah sendiri... bubye...

Assalamualaikum WBT

p/s; ni blog pinjam jeww...

Someone need to be SLAMMED - Zamani's drug possession case.

Assalamualaikum WBT,

Heboh sejak semalam berkenaan video yang menampilkan vokalis SLAM, Zamani yang ditahan atas drug possession dan adalah 'peminat' yang TAK MUNGKIN dari kalanngan orang awam kan... Memang tak langsung lah, siapa pulak orang awam boleh masuk ke dalam tempat tahanan kan? Logically. Tapi entah lah...

Tapi ini lah antara keburukan internet dan bila disalahgunakan oleh orang yang terlampau 'bijak' maka ia menjadi permasalahan yang agak 'bijak' terhadap orang lain. Oleh sebab itu, Ketua Polis Negara Malaysia kita ni, telah mengambil langkah untuk menyiasat dan mungkin go further dengan menangkap pelaku kesalahan ini.

Kalau dilihat dari segi peminat, mungkin tiada kesalahan, tetap socially, respect, memang lah salah. Bayangkanlah, kalau adik beradik anda masuk dalam jail, then disuruh menyanyi or menari, cuba bayangkan? Mungkin pelaku tidak tau, but yang melihat yang mempunyai simpati memang pelaku tu memang hancur la reputasinya. Kesian kan? Now, "kesian" pulak si pelaku tu... hahaha...

Tapi, once you go viral, anyone lah, pastinya ada bermacam reaksi, nak-nak video-video yang melibatkan mereka yang mungkin dikenali or perbuatan dalam video Zamani SLAM tu.. memang tak dapat dimaafkan sebab ia amat memalukan. Yes, drug possession is salah, but dengan merakam Zamani sambil menyanyi sedang tangannya digari.. itu lebih menyakitkan  hati mereka yang melihat video tersebut. Mungkin pelaku yang melihat peluang itu, *bagus optimistic, tapi tak kena tempat, dan merakam nyanyian Zamani untuk dendangan semasa nak tidur, Mungkin, Mungkin pelaku adalah peminat no. 1 Zamani SLAM. I can't blame u for that, but! the one who posted the video itu sepatutnya mendapat balasan. Tidak hanya yang merakam. Jadi!

Kita sama nantikan perkembangan case ini, btw, kes polis ini telah menjadi kes polis. Weird kan?

Assalamualaikum WBT...

p/s: Kesian Zamani, hmmm.. pening lah...

Wednesday, January 21, 2015

Entry Merapu Tahun Ini!!!

Assalamualaikum WBT,

Lama sungguh rasanya tak update entry, 2-3 hari mungkin, maaf lah, agak kesibukan, lagippun, saya update bukan ikut trend. Orang update macam-macam fasal isu semasa, nak ikut tapi ada kerja lain lah... susah nau nak curi masa update entries. Kadang-kadang, ada masa takde internet, ada internet takde rasa, ada rasa takde isu, ada isu takde masa. Macam-macam berkaitan dengan apa-apa lah kan... hmmm...

My fellow blogger macamane nak keep up with things like this? Maksudnya, macamne korang tulis sesuatu isu tu dengan jayanya. Or korang ikut trend jugak? 

Bukan apa saya bertanya macamtu, sebab ada blogger ikut isu semasa dan mereka bagus at that, saya ni, nak follow isu semasa kena lah follow 24/7 any news kan... nak bukan news tu kadang-kadang hagak jugak lah... sebab tu tanya, 

Saya ni jarang juga sebenarnya tengok news ni, bukan apa, takde masa sungguh, saya kadang-kadang sempat baca surat khabar je, lain daripada tu, online news ke... agak lambat lah... hehehe... buat once I know, I know lah kan...

Tapi takpe la kan... hehe... saya bukan nak fulltime blogger, at least not this one la.. saya ada satu lagi blog yang memang saya khusus for learning. Takpe lah kan... hehehe...

Entry ni sebenarnya agak merapu, Entah lah... lots going on now on my mind... hihu... need refocus indeed.

Assalamualaikum WBT

p/s: See you soon dear readers... muah!

Monday, January 19, 2015

Too Phat- Joe Flizzow + Sona One = Apa Khabar.

Assalamualaikum WBT,


Kadang-kala kita mempunyai berbagai jenis medium untuk kita meluahkan rasa yang ada dalam diri kita. Ada daripada kita meluahkan dari segi cerita, cerita pendek mungkin, di Facebook, di Twitter, di Instagram dengan memaparkan gambar-gambar yang mungkin menjelaskan rasa pada ketika itu. 

Jadi, sesetengah kita meluahkan dalam bentuk lirik. Iya, lirik lagu yang rata-rata menjadi satu trending di masa kini. Dan apabila diisikan lagu pada lirik tersebut, terus boleh dinyanyikan. 

Pada mulanya, saya sendiri agak teragak-agak untuk mendengar lagu ini, tetapi bila semalam dengar di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan diperform live oleh dua anak muda ini, Joe Flizzow and Sona One, well, I think to myself... this is a very touching song actually. The meaning of that Apa Khabar song is very deep. Ia seolah memberi gambaran yang sebenarnya Joe rindukan sahabatnya, Malique yang pada saya sudah menghilang dari arena muzik tanah air. Mungkin dia ada masalah, atau apa, tapi gabungan mereka berdua menerusi Too Phat suatu ketika dahulu, memang mencetuskan satu fenomena. Everyone remembers Too Phat, well, at least I do, kan?

Siapa boleh lupa lagu Anak Ayam yang diberi nafas baru, lagu Dua Dunia featuring Dato Siti Nurhaliza dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang berentak hip hop yang menjadi kegilaan anak muda dahulu dan ia masih digilai sampai sekarang.

Dan ini adalah lirik penuh dari lagu Apa Khabar yang menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 29 semalam.

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu


Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Seronok bukan lirik ini. Sedih and yet, it shows that someone need someone in their lives to get thorough things that might come in their lives. Yes, decision making is bad, but at least, there is someone to listen too when in deep sadness. A shoulder to cry on.


So! that is all, luv ya, takde la nak analys lirik sebab obviously senang kan lirik ni, takde la berbunga-bunga... straight forward lirik. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Sona one... hmmm...

Prestij AJL 'tercemar'?

Assalamualaikum WBT,

Ke-prestij-an Anugerah Juara Lagu mungkin, pada saya telah 'di-cemar-kan' oleh taglina 'hebat' dari satu produk kecantikan/kesihatan. Pada saya lah, sebab apa, disebabkan iklan yang banyak tu, pengumuman keputusan Anugerah Juara Lagu ke-29 telah macam dipercepatkan untuk mengelakkan 'over run'. Kesian kan? 

Tadi saya baca nukilan dari Kak Jee, ada betulnya jugak two cents from Kak Jee tu... kesian mereka sebabkan sponsor dengan duit yang banyak, terpaksa menyenyapkan diri untuk tidak berkata apa-apa.

Pada saya, ia seperti marketing yang ada di mana-mana, seperti D'Herbs pun, cuma, mungkin sebab DS Vida tu macam, hm.. comel sikitkan, so, acting comel is nothing close to being comel. Haha, miracle does not happen when you push it. Same thing goes with Qu Puteh, adakah berbaloi sponsoring AJL dengan apa yang didapat oleh Qu Puteh, dari sales melonjak tinggi, jatuh merundum sebab marketing yang mungkin boleh dikalsifikasikan sebagai annoying. 

Ramai yang berbunyi sebab iklan yang 'bodoh' tu. Makin ditonton, makin bodoh. Ditambah dengan bagai-bagai temubual back stage. Kejadahanya kan? Macam-macam lahhh.. pening oiii...

Apa yang saya nampak, mungkin Scha tak diberikan part dalam promoting Qu Puteh sebab di tak buat pun apa yang dibuat oleh A.G. tu... hahaha.. bijak kau Scha.. lovely...
 
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada AJL 29, team produksi, walaupun iklan tu keep playing sampai mampus, tapi good show indeed. Tahniah! Tahniah kepada Apa Khabar dari Joe Flizzow dan Sona One (handsome), Shila Amzah Masih Ada Cinta dari Malaysia kepada kamu dear, dan Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga yang meraih tempat ke-3 dan juga Vokal Terbaik. U deserve it girl! Rudy and Tam... amazingness!!! Persembahan terbaik diberikan kepada MOJO dengan lagu Romancinta yang dilantunkan SUNGGUH baik oleh vokalist Esa and yes, he is Blind but hell! his voice!! suara dia tinggi gila..and dia tak guna head voice okay... Full VOICE!! susah tau nak achieve that langsung!!! takde orang pun dapat use that setinggi tu....and standing ovation??? keep coming. Lagu tu patut direcord balik tau.. guna vocal Esa. Yes...Please KRU.. make that song back!

Now, itu sahaja lah.... untuk edisi AJL kali ni.. ada blogger yang tak suka, ada yang suka.. biasalah manusia. ada yang tak suka tapi ikut trending sebab nak naik traffik. hahaha.. geli deknon..

Assalamualaikum WBT

p/s: well, im talking about me obviously. huahuahua...

Friday, January 16, 2015

Kenaikan Harga Tambang Bas, Apa Kata SPAD?

Assalamualaikum WBT,

Sehari lepas saya ada terbaca satu artikel di The Star Thursday 15 January 2015, fasal Harga Tambang Bas dengan tajuk, "Hike in schoolbus fares".

Just for you information la kan, bas memang menjadi salah satu daripada public transport yang saya sendiri suka guna dan even masa dulu masa saya sekolah menengah, bas memang satu-satunya transport yang kami ada.

Seawal 6.30 pagi menunggu bas dan sampai di sekolah pada pukul 7.20 -7.30 pagi setiap pagi waktu persekolahan. Kalau hari Sabtu, mungkin lambat sikit sebab kena ke luar untuk ambil bus. Kampung tidak seperti bandar.

Dahulunya, tambang murah, dan saya masih ingat, kami menggunakan Pas Bulanan dan pada masa itu jumlah Pas Bulanan hanyalah sekitar RM30-RM40 sebulan. Alhamdulillah, namun, zaman makin berubah, macam-macam perubahan ada, *walaupun kan. Dan sekarang, pada tahun 2015 ini, Pas Bulanan telah meningkat sehingga RM90 sebulan. Bayangkan jikalau seseorang itu ada anak mungkin lebih daripada DUA orang untuk ke sekolah?

RM90 x 2 orang = RM180 x 9 *at least full months = RM 1620.00 untuk at least 9 bulan full.

Banyak kan? Bagaimana ia boleh naik sedangkan diesel turun? Itu yang paling memeningkan.

Now, dalam artikel dari R.S.N. Murali, dia mengatakan bas mengenakan RM27.43 bagi kilometer yang pertama dan RM2.05 bagi kilometer yang seterusnya dan ini di kawasan Bandar dan mereka terikat dengan Commercial Vehicle Licensing Board. Bagi mereka yang berada di kawasan kampung, rural area, parents membayar lebih murah iaitu RM 20.62 bagi kilometer yang pertama dan RM2.02 bagi kilometer yang seterusnya.

Oleh sebab harga meningkat dan sebagainya, ada keluarga menggunakan kereta sendiri untuk menjimatkan duit dan masa. Seperti anak sedara saya dan juga sepupu serta jiran saya, mereka bergilir-gilir untuk menghantar dan mengambil mereka yang bersekolah. Ini lebih menjimatkan dan kos untuk mingguan boleh dikongsi bersama.

Jarak dari Kampung Jenud ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dong lebih kurang 20 - 25 kilometer dan ini memang dapat menjimatkan wang. Jadi, ramai keluarga yang mempunyai kereta berkongsi untuk menghantar dan mengambil anak mereka. Itu lebih baik bukan? 

So, mungkin ini salah satu daripada penyelesaian yang boleh digunakan, or mungkin ini adalah satu-satunya penyelesaian yang ada. Di tempat kami ni, perkhidmatan bas yang diusahakan oleh syarikat bas Pahang Lin Siong adalah satu-satunya di sini. Tetapi, di Raub ada Bas MARA yang diusahakan sendiri oleh MARA untuk mengambil dan menghantar pelajar, namun, saya kurang arif fasal tambang yang dikenakan. Seingat saya, MARA diusahakan oleh orang Melayu dan saya rasa tambang mereka mungkin lebih murah daripada Pahang Lin Siong...

Tapi apa-apa pun, diharapkan dapatlah SPAD mengambil tindakan apa-apa untuk mengurangkan beban kedua-dua belah pihak. Mungkin dengan mengurangkan tambang ini dapat memikat semula ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Tu lah, mahal kan? Sekarang minyak okay, kalau harga minyak hiking jugak Takke parah? mampus.. takde sorang pun nanti pergi sekolah... hahahha.. tak tercapailah Wawasan 2020... ummm... 5 tahun je laggiiihhh deknonn...

Assalamualaikum WBT

p/s : Mungkin ada nanti mereka yang mengusahakan perkhidmatan angkut-angkut ni secara illegal... kan? hihu...

Thursday, January 15, 2015

Bukan Muslim Tak Boleh Pakai Baju Kurung???

Assalamualaikum WBT,

Tadi terbaca fasal baju kurung.

Sebenarnya, memang cantik tau kalau bukan Muslim pakai baju kurung. To be honest lah kan, yes, it is a little almost see through sebenarnya sebab baju kita white kan, so memang la see through. Tak caye? Cuba yang ada anak ni check baju tu. Mostly, baju dibuat dari kain cotton putih biasa yang memang lah murah dan almost see through. Tak caya? cuba tengok...

Ada tadi saya terbaca di FB yang ada larangan pemakaian baju kurung oleh bukan Muslim. Urmmmmm.. btw, kalau kita nak tengok dari sudut positive perkembangan budaya tu, takyah larang sebenarnya, BUT! kalau nak tengok dari segi... ummm.. keseksian... hahaha... memang agak seksi lah... iya wehhh.. kalau dress yang pelajar-pelajar bukan Muslim contohnya, pelajar berbangsa Tiong Hua, mereka pakai dress yang kain warna biru gelap tu kan??? ia menutup lah juga part-part yang hmmm.. ummmm... apa eh... cam... di situ. Mungkin bawah agak terbuka, tapi bawah lutut kan? haaa.. takde masalah pada saya...

but, dari segi, sebab kain tu putih.. tu je.. baju putih kan? Iya lah.. kalau pakai baju kurung.. warna putih tu... then pakai umm.. Bra ala-ala Victoria's Secret... macamane kan??? takke 'menjolok' mata? takke bermotivasi pelajar lelaki nak datang sekolah belajar? tak gitu?

Itu pandangan saya je lah... pandangan orang lain.. saya tak tau... entah lah... hahaha.. :) dan ini pulak komen seorang guru di sekolah yang berbeza. 


Assalamualaikum WBT

p/s: cuba anda tengok sendiri... 

Wednesday, January 14, 2015

Macam-macam jenis isu!!! Pening.

Assalamualaikum WBT,



Minggu lepas serta minggu ni, banyak sungguh isu-isu kontroversi yang mampu menggugat keamanan manusia sebenarnya.

Macam-macam jenis perangai manusia yang kadang-kadang berteraskan pelbagai jenis teras yang cuba dikembangkan. Ada yang berasaskan politik, ada yang berasaskan keinginan sendiri, ada yang berteraskan keagamaan, ada yang berteraskan kepentingan sendiri. Macam-macam. 

Tapi iya la, kita sebagai manusia memang tak pernah lari daripada masalah or kontroversi. Saya sendiri pun sering ada masalah. Hehe... tapi kita sebagai orang Islam, kepada siapa kita mengadu? Kepada Allah SWT kan? Mungkin pandangan orang yang luar daripada agama kita, anutan mereka berbeza, TETAPI, jikalau nak difikirkan ikut berlawanan, payah lah. Agama ni ada sesuatu yang lebih daripada kepercayaan. Kalau dalam bahasa Inggeris tu dipanggil Faith atau Iman. Iman tu dia abstrak, bukan boleh ditulis dengan apa-apa. Mungkin boleh dipaparkan dengan perbuatan, percakapan, sifat, tetapi, ia sebenarnya lebih hebat daripada itu.

Iman ni indah. Cantik, terletak. Mungkin apa yang berlaku di seluruh dunia sekarang membuatkan Islam sebagai satu agama yang radikal, ganas, atau mereka panggil the religion of terrorists. Kenapa? Ini adalah mainan mereka. Mereka menyalahkan sesuatu pihak untuk menutup perlakuan mereka. Hebat kan? Tetapi, malas la ulas panjang fasal tu. Cuma sekarang ni, nak cakap fasal Iman.

Saya mungkin bukan seorang ustaz yang mampu membawa dakwah seperti yang dipaparkan di dalam TV, tidak. Saya tak pandai. Mungkin saya hanya berdakwah kepada diri saya sendiri dalam memperbaiki diri. Bagaimana kita hendak mengubah orang lain sedangkan diri sendiri masih dalam frasa pembaikan? Kan? Ini penting sebab di zaman sekarang ni, macam-macam orang boleh buat.

Nak pulak zaman sosial media, kita cakap baik kat sini, kat sana kita cakap itu ini. Ini semua sebenarnya ada pros and cons. Apa pun, it is the best for us to keep things to ourselves and to self betterment where its the best thing ever to yourself. Teruskan kearah perubahan kebaikan. Siapa cakap kita tak mampu berubah? kan?

Itu je la kot, mungkin tak banyak, tapi kukuhkan iman, kurangkan kontroversi.

Assalamualaikum WBT

p/s: be kind to one another.

Bila Jarum Penimbang Hancurkan Impian Anda.

Assalamualaikum WBT,

Haaa... bila kita rasa kita kurus, tapi kenonnya dengan efforts yang kita buat sudah memadai untuk kita rasa diri kita kurus, namun, segalanya berkecai, dream crashed oleh jarum penimbang yang lebih kecil dari kelingking kita sendiri.

Itu adalah introduction kepada tajuk entry hari ni. well, at least, kali ini la kan...

Malas nak cerita bagai-bagai fasal details berat badan bagai, cukup lah saya katakan yang berat saya adalah lebih daripada normal. hahaha.. like 30-40 kilos from normal weight. Apa normal weights saya? Haaa.. kalau korang tau details, ni habis lah saya wehh.. tak nak..keep guessing. hahaha...

Apa-apa pun, kadang-kadang kita memang tak puas hati kan? Maklum kita manusia, mana pernah berpuashati dengan macam-macam yang ada walaupun kita ada macam-macam. Nampak tak betapa kemas simpulan ayat tuh... nampak takkkk? haha... 

Yang tinggi nak rendah sikit, yang rendah nak tinggi sikit, yang kurus nak gemuk sikit, yang gemuk nak kurus BANYAK! hahahah... macam saya, yang gemuk nak kurus banyak. Saya ada dapat tips yang kalau nak have flat tummy kena buat sit ups sampai 1000 kali. 500 kali pagi, 500 kali petang or malam. 

Takke kematut hotak jhap? 1000 kot... 1000. SERIBU. Dorang kata, takpe la, cukup setahun buat sit ups, mesti dapat six packs... macam saya cakap tadi la... bukan tak boleh nak buat 1000 tu... cuma, aritu saya buat 100 kali pun tak rasa tercramped perut. hahaha.... 

Cramped sungguh tau... bukan main-main tau!!! Sakit perut.. tapi bila dah sakit tu, stop lah.... sebab malam kan.... malas la nak beria-ria.... then esoknya..bersin pun sakit perut..hihu... 

tapi apa-apa pun, saya dah start cam jog sikit-sikit. gitu ar.. takde la nak kuat2.. kaki masih dalam keadaan gitu2 kan.. tak nak arh... huhu...

Assalamualaikum WBT,

p/s: camne nak kurus cepat.. ahhahaha...

Tuesday, January 13, 2015

Keluarga Harmoni. LOLNESS.

Assalamualaikum WBT,

Okay lah, semua dah tahu kot, viral dah pun... hahaha...

Salah satu kesalahan yang amat entah hape-hape dalam dunia penerbitan, entah dari mana buku ni, tapi memang agak bungoks..hahaha... 

Ada satu buku latihan ni yang menunjukkan salasilah keluarga harmoni. Dalam pada mengecam, boleh pulakkkkkk diluluskan buku-buku begini, kan kita ni sensitive, kan?

Kepada yang ada Facebook or any media social, konfem korang dah tau kan? pada pendapat saya, mereka tu tak berkahwin, cuma, mereka tinggal bersama sebab mereka kawan dan mereka amik anak angkat sebagai penyeri keluarga dan tup tup , sebenarnya, mereka mengusahakan rumah anak angkat dan sebagai permulaan, mereka ada 4 orang anak angkat.

Nampak tak betapa positivenya saya? hahahahahahahaa... 


Positive...positive... ni semua kesalahan teknikal, tetapi, apa-apa pun, mesti ada pihak yang akan membetulkan kesilapan ini... stay positive people!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Lawak LOL dipandang Serious vs Serious to the MAX dipandang Lawak LOL.

Penulis Jemputan : Mossip-mossip Mak Jemah!!!

Assalamualaikum WBT,

Hola-hola cikebum cikebum... haaa.. ni jemah sempat curi-curi masa amik lektok si pemilik blog ni haaa.. susah nau uols jemah nak amik, bukan ap, dia asyik je berblog, jemah nak pinjam sekejap nak update pengisian-pengisian jemah pun tak sempat... voley?

Now... sekarang jemah dok perati kan, kemahen ramai lagi manusia yang macam tak sedar diri lah boleh cakap kan... jemah bukan apa, ada kawan jemah cakap, Kalau Allah nak turunkan bala, bukan kena kat sorang dua je... satu Malaysia ni boleh kena... ni kawan jemah la cakappp.. kay?

Siapa suka artis K-Pop? Baik lelaki, tak berapa nak lelaki, wanita, tak berapa nak wanita.. helok sikit! jemah bukan cakap fasal peminat, jemah cakap fasal artis tu sendiri... Nak dijadikan cerita, adalah satu event ni haaaa... artis Kpop tu hajak la, budak-budak perempuan baru nak up naik pentas then dipeluk cium la katanyah!!! kau? Jemah memula, hmmm... siapa jemah nak salahkan la eh, artis Kpop tu ke, budak-budak perempuan baru nak up tu ke, event manager ke, or pihak berwajib yang luluskan program tu, tapi bila jemah fikir balik, hmmmm.. jemah bukan ada apa-apa pon, suara jemah ala-ala semut merah halus tu je, tak nampak, lagi tak kedengaran.. kau rasa? haktuih kan?

Jemah bukan apa, sebagai seorang artis populer yang sudah suam-suam kuku kaki ni, Jemah nak nasihatkan semua, jangan taksub sangat... kalau nak taksub, meh taksub kat tulisan jemah ni... bukan apa, kalau kau fikirkan fasal agama, mak ayah, keluarga, kau takkan buat camtu... lagi hebat jemah tengok, akhbar Malaysia guna perkataan "dicabul", kau rasa? Takke tercabut jantung baca? hahaha... dah lepas ni, takyah la buat perkara-perkara camni kayh?

Jemah pun perasan tau, dalam tb kita sekarang ni, agenda-agenda peluk cium memang dijadikan satu hidangan lazat di mata-mata mereka yang suka... nasib baik lah jemah suka tengok AFC or channel makanan tu,.. lazat mata memandang, lazat perut mengenyang kau? nak-nak kalau Kembara Chef Wan... melampau tau! makanan sedap2! takyah tengok cerita lain... kau rasa? Chef Wan lambang idola Jemah!!!

Jemah nak tengok la sejauh mana perkembangan kesan rantaian hal ini dan apakah kesan terhadap industri hiburan tanah air... bukan apa, jemah kesal jugak lah kan.. jemah ingat jemah dijemput ke konsert tu.. malangnya... takde uols! jemah mengadap program masakan je lahhh... better terliurkan makanan dari poen-poen fefeling jantan tu.. eh? hahahha....

Ada jugak orang tanya jemah, email jemah, 


"Ni Jemah abang Johan Era FM tu ke?"

Dek!!! ni jemah nak cakap sikit... haah... Jemah Johan tu lain! tu Kembar jemah okay... jemah selalu panggil dia JJ, jemah Johan, nama penuh jemah lak... JH, Jemah Hepburn.. sebab kami ada keturunan Audrey Hepburn sikit.. kadang-kadang ada je jemah guna nama JMA.. JMA.. sedap kan? Ala Jemah Mat Aris.. kadang-kadang kalau jemah nak rasa-rasa fefeling penyanyi.. jemah tambah la sikit lagi.... Jemah Mat Aris Ariwatan. Sedap kan???? hahaha... kelas kau! now jemah dah clearkan kecelaruan tu... so, everything is okay khen? Kelassss...

Eh? dah lah, jemah ada hal ni, tadi Obama called Jemah, dia ajak main golf, sebenarnya khen, Jemah malas tau main-main golf ni, tapi sebab dia cakap,

Obama : Hello Jemah, I would love for you to come to Hawaii and have a fair match with me and later on you can have a cooking session with Michelle. Is that okay with you? 

Jemah : Well, O, *jemah panggil dia O je, I would that, but this time, I will have the say on the field okay? And tell M *panggil M je, to prepare the chicken and ask her to buy tempoyak and tempe.. I want to cook Sambal Tempe and BBQ Chicken Tempoyak...

Obama : Oh, okay then, I will ask her to prepare those things.

Jemah : ...And O, what about the transportation? 

Obama : I will have someone to pick u up okay?

Jemah : okay then, have a nice day.

Tu lah, tengok! ni yang Jemah malas ni, terpaksa la Jemah ikut, kalau tak ikutkan payah pulak kan? Terpaksa la jemah tinggalkan Section ni untuk seketika.. nanti  kalau jemah balik dari Hawaii, jemah tulis balik kay?? luv yaaa.... muah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Hmmm... camne ye? nak pergi ke tak? hahahaha....

Kanser atau Barah. Sejauh mana kita ambil tahu?

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya sempat menonton satu temubual di Bella NTV7 yang menceritakan fasal Cervical Cancer yang dihidapi oleh ramai wanita dan tadi sebagai tetamu survivor adalah Puan Faridah Muhammad yang pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya mendapat cervical cancer, namun, selepas beberapa tahun, dia mendapat tahu yang dia menghidap cervical cancer. 

Baik, mungkin ramai yang tidak tahu, cervical cancer adalah satu jenis cancer yang amat berbahaya kepada wanita, ia berlainan dengan breast cancer. Pada permulaannya, sebenarnya, cervical cancer ini tidak mempunyai simptom. Namun, kita boleh melihat kepada kitaran haid atau mungkin mempunyai kitaran haid yang agak lama, itu boleh dijadikan sebab untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan rujuk kepada doktor untuk membuat check-up. Tidak salah untuk ambil langkah awal pencegahan atau rawatan. Ia diri kita, kita kena sendiri jaga diri kita.

Mengikut Livescience.com terdapat 10 cancer yang amat berbahaya dan mampu membawa kepada kematian dan mereka adalah,

1. Lung and Bronchial Cancer
2. Colon and Rectal Cancer
4. Pancreatic Cancer
6. Leukemia
7. Non-Hodgkin lymphoma
8. Liver and Intrahepatic bile duct Cancer
9. Ovarian Cancer
10. Esophageal Cancer

Tapi ini adalah jenis-jenis cancer yang di ambil yang berlaku di United States of America, di Malaysia, kesedaran terhadap cancer ini amatlah kurang sebenarnya, kalau di kampung-kampung, masih ada yang tidak tahu apa itu barah serta simptom. Sebenarnya, ada jenis-jenis cancer mampu diubati tetapi, di Malaysia, apabila kita dengar sahaja doktor cakap kita dapat barah or cancer, yes, it is almost like a death sentence tetapi itu tidak bermakna kerja harian or kita akan mati esok. Tidak! Jangan fikir camtu, tapi puan Faridah tu cakap, kita kena kuat. No matter what, yes, kita ada sakit tapi kalau kita tak kuat, siapa lagi yang akan sokong kita. No one wants to be like, weak or something.

Dan sebenarnya, ayah saya sendiri ada cancer. Prostate cancer, tahap 2 kalau tak silap saya. Pada mulanya kami semua terkejut, tapi apabila pergi ke doktor pakar dan ayah sendiri bagitau yang peluang untuk baik itu ada selepas makan ubat dan semua, rasa lega itu ada. Namun, ada banyak lagi perkara yang perlu diimprove untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Pengurangan dari segi rokok juga adalah penting dan pemakanan adalah juga penting untuk pencegahan. Tapi iya la.. orang tua kan, nak buat camne...

Dikatakan Prostate Cancer adalah berkaitan dengan gene, darah, genetic and whatnot, I do not know but surely, one day, saya sendiri akan mengambil langkah untuk check up for this kind of sickness. Yes. Why not kan?

Itu je lah, tapi kita semua patut mengambil langkah berjaga-jaga kan? Sakit datang sebagai ujian, tetapi itu lah, jangan tunggu sampai teruk baru nak tahu... macam saya, ada gout. Tunggu sakit sangat baru nak control makan...no! jangan.. bahaya...

Dahla.. itu jela kot...

Assalamualaikum WBT

p/s: penimbang rosak!!! malas nak check timbang.. hahaha

Monday, January 12, 2015

The Golden Girls!

Assalamualaikum WBT,

Saya excited sangat nak bagitahu ni... tadi saya tonton cerita The Golden Girls well, kepada siapa yang minat sitkom omputis, suka lah, tapi kepada yang tak suka... nak buat camne kan?

Now, ada banyak sitkom yang dibuat di Hollywood antaranya, The Cosby Show, The Nanny, The Golden Girls dan sekarang ada banyak jugak, Cristela, Hot In Cleveland, Melissa and Joey dan banyak lagilah... but, The Golden Girls ni adalah sitkom yang memang lama, best!

Kenapa best? sebab ada Betty White and the level of sarcasm is waaaayyy to the max. hahaha.. seronok sebab entah, maybe sebab my jiwa is there so, nothing to lose watching it kan?

BTW< I am so sorry sebab tak update entry, ada masalah dengan internet. 

Dan hari tu saya ada buat aduan dekat Maxis fasal tempat saya ni takde line dan cakap punya cakap, dia cakap camni,

Hi, pls note that Kg. Jenud located at poor network area, regrettably we do not have an immediate improvement plan. Your feedback will be useful for future reviews.

Yes, ini datangnya dari Maxis Listens di twitter acc mereka. Lantak lah kan... dorang punya duit... tapi takpe, I will issue this issue to siapa-siapa lah yang boleh kan? Cuba la SKMM ke.. mana-mana lah, sebab tempat kami ni memang payah. For those yang memang reader saya, memang tahu kan, ada je kadang-kadang saya tulis on this blog as entry.

Mana lah agaknya 100 pencawang telekomunikasi yang dijanjikan tu... hmmm...

Assalamualaikum WBT

p/s: hmmm.. macamtu la Malaysia.

Thursday, January 8, 2015

Lipis Masih Hujan. Hmmmm...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, 2 3 hari lepas hari semakin panas dan ada mentari menyinar namun hari semalam dan hari ni... takde mentari pon... tetap bersyukur sebab kita masih diberikan nyawa.. amin..

Baik, sekarang saya berada di Bandar Kuala Lipis dan saya tanya ayah saya...

'Ayah.. kalau ada Kuala Lipis.. kalau ada kuala mesti ada hulu kan? Macam Hulu Terenggganu, Kuala Terengganu, kan?'

'Ada Hulu Lipis kat area tempat kita duduk la.. kat Raub tu...kat situ2 lah'.

Sumpah jawapan tak meyakinkan hati... hahaha..tapi haha..biar je la kan...

Now, say tengah makan di salah satu kedai yang ada di Bandar Baru Lipis ni... Alief Maju.. nampak tak..kedai mamak kan? Korang nampak kan kalau kedai mamak..mesti ada maju kat belakang nama dorang... iya la ..kalau takde orang makan pon..tetap maju.. gitueww..

Btw... kat Lipis ni..hujan masih ada tapi entah la.. memintak takde la banjir... kan? Seksa sangat tengok... tadi sempat pandang ke luar.. yg kesan banjir tu... tinggi nau airnya... habis mati pokok2 yang ditenggelami air tu...

Tapi apa2 pun.. kita berdoa kepada Allah semoga takde banjir dah la kali ni... amin..

Assalamualaikum wbt

P/s: dengar kata Malaysia nak sejuk? Dan berkemungkinan turun salji... betul ke.. takyah ke Paris la...hahahahahaha!!!

Wednesday, January 7, 2015

Gossip Mossip Sama Mak Jemahhhh...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

Ramai heboh kan Keknis kena lamar di Pentas Akhir Gegarvaganza oleh siapa lagi kalau tidak bukan... Hairul Azreen... ni fefeling wartawan hiburan skettt.. ha.. cuba baca dalam nada lah kalau boleh, bukan apa.. ada fefeling sikit lah...

Cakap fasal fefeling ni ha deknon, ni nak cerita sikit, jemah memang tak suka nau dengan ada satu juri tetap kat satu rancangan realiti tb kat satu stesen tb swasta tu... eiii.. tak suka nau!! bukan apa, kalau yang juri tu ada pengalaman menyanyi tak kisah lah, entah la kan, jemah tak pernah plak nampak dia menang anugerah ke hape, cuma dia banyak la berlakon cerita-cerita komedi tu, tapi entah lah.. jemah memang tak suka dia... jemah bagi sikit hint ye.. Parutku sebelah tapak tangan dahulu.

Then ada pulak kisah jemah dengar fasal artis buat persembahan di satu lagi stesen berbayar tu katanya tak setuju dengan komen juri. Deknon, ni jemah nak bagitau sikit lah, kalau nak dibandingan semua peserta tu, takde sorang pun menang, sebab apa? Sebab Dato Jamal stole the show. Korang ingat korang boleh jadi sehebat Dato Jamal, jemah tengok dia macam naik seyh je.. hebat nau!!! jemah ralit tengok Johan dengan Ozlyn tu... kamera asyik tayang dorang je,,, jemah? jemah nak jugak!!! khen??

Sebenarnya jemah ni dahh ngantuk dah... ni pun curi-curi update dari pemilik blog ni haaaa.. over dia ni, bagi jemah tulis sekali je dalam setahun, bagi jemah tulis bebanyak katanya over.. nanti overshadow dia... siknes.

Dah lah..jemah out dulu ye....

Assalamualaikum WBT

p/s: jumpa lagiii tauuu..muah!!!

Monday, January 5, 2015

Kurma Mampu Mengurangkan Risiko Kanser.

Assalamualaikum WBT,

Dua hari lepas, saya ada baca satu artikel di DailyMail UK yang memang selalunya saya jadikan rujukan saya untuk isi-isi kandungan di blog saya ni, *rahsia terbongkar.

Baiklah, ada satu artikel yang menarik perhatian saya, no! ada banyak sebenarnya, tapi satu artikel ni memang menarik perhatian lebih daripada saya, iaitu ia mengenai kurma.
Dr Arshad H Rahmani, of Qassim University, Saudi Arabia ada menulis fasal kurma dan Dr Arshad mengatakan kurma mempunyai pelbagai khasiat yang mampu mengelakkan kanser.

Jap eh!!

Have a date, it might just help keep cancer at bay: Christmas favourite should be eaten all year round, say scientists

  • Dates boost immune system and curb high blood pressure, scientists say
  • Research shows they contain antioxidants which prevent damage to cells
  • Dr Arshad Rahmani showed dates could help in the fight against cancer
  • Nutrients help metabolise high sugar content so it's not turned into fat 
Ni adalah dari DailyMail UK Health dan mari saya translate sikit...hehehe...

1. Kurma mampu menjauhi kanser
2. Kurma meningkatkan sistem imun dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi
3. Nutrient dalam kurma membantu menukar kandungan gula dalam kurma untuk tidak menjadi lemak.

haaaa!!! apa lagi? dalam Al-Quran dah lama cakap kurma baik untuk kita, so? nak kena pengumuman manusia jugak? lantak korang, apa yang penting, kita orang Melayu dan Malaysia memang terbiasa dengan kurma ni, lagipun kurma ni sedap apa! selain pisang untuk instant energy, kurma juga boleh dijadikan makan instant energy sebab ia memang membantu kita dalam mengekalkan tenaga. Kan? sebab tu kita digalakkan makan sebijik kurma ketika sahur, kan?

 So! lepas ni takyah diet over-over, makan je kurma setiap kali makan, then mesti kurus! hahahaha.. 

Assalamualaikum WBT...

p/s: Dulu kemain tak suka rasa air zam zam, kononnya payau, sekarang!!! suka je..sejuk jee.. time budak-budak kot.