Nuffnang Ads

Saturday, February 28, 2015

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaf la sangat-sangat sebab tak sempat nak update entry, not much la last week, in fact, takde langsung kan?

Apa-apa pun, saya nak bagitahu ni, alhamdulillah, tak lama lagi kampung saya akan dapatlah line telefon sebab tak lama lagi mengikut sumber-sumber sahih, kampung saya ni akan dilengkapi dengan satu menara telekomunikasi. Alhamdulillah, baru ingat nak hantar surat ke MP and also ADUN, tapi memandangkan ia sudah ada kata putus dan hitam putih, saya amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan di atas pembangunan ini. *nampak tak?

Berita ni beritahu oleh sumber pertama yer, hehe.. jadi, insyaaAllah, nanti senanglah apa-apa kan? Takde la masalah takde line telefon pulak. Janganlah pulak nanti ada menara tapi takde syarikat telekomunikasi nak letak piring signal tu, sia-sia je la kan? hihu...

Baik, then sekarang ni, internet pun alhamdulillah, dah okey sebab beberapa hari lepas saya ada message sebab dah dekat 2 minggu takde internet KTW ni, so, alhamdulillah jugak.

So, saya nak gather myself up and start composing a few entries. Iya lah, kot-kot nanti payah pulak kan? hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s; ideas ideas ideas..please.

Alfa Maradina Niqab! Mari-mari!

Assalamualaikum WBT,

Salaam Jumaat kepada semua. Jap lagi kita akan ke masjid untuk mengerjakan ibadah Solat Jumaat kan? Alhamdulillah...

Baiklah, saya bangun pagi as usual hari ni, plus, ada perkara yang saya sering fikirkan. Yes, kita semua tahu kan ramai wanita selepas berkahwin sekarang masih bekerja sebab iya lah, mungkin mereka ingin membantu suami mereka dalam mencari nafkah keluarga kan? Tapi sebenarnya, duit isteri adalah duit isteri dan duit suami adalah duit keluarga. Nampak tak kat situ?

Memang ramai isteri yang bekerjaya dan memang ia sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia sekarang khususnya Melayu. Melayu moden katanya... hehe.. Tapi ada juga isteri yang mengambil langkah lebih proaktif dalam hidup bekeluarga di mana mereka menggunakan kebolehan mereka yang telah mereka pelajari di mana mereka belajar dahulu dan started doing their own business. Menjalankan perniagaan adalah salah satu daripada jalan yang baik dalam hidup berkeluarga. Iya lah, suami cari nafkah, dan isteri mungkin ingin meluangkan masa membesarkan anak-anak dan mengambil keputusan untuk bekerja di rumah.

Ini keputusan yang bijak, disamping dalam menguruskan rumah setiap hati, seperti menyapu, mop lantai, kemas rumah, bermain dengan anak-anak, mengajar anak-anak, mereka yang berkemampuan untuk membuat sesuatu boleh memulaka perniagaan, kan?

Saya ada beberapa kawan yang memang giat menjalakan perniagaan dirumah tanpa mengabaikan pengurusan rumah tangga. Mereka cukup kental hatinnya. 

Kawan saya, Alfa Maradina yang menjalankan perniagaan menjual kain, niqab dan juga shawl online, kepada yang membeli online, bolehlah berurusan dengannya. Kepada yang berminat untuk melihat hasil niqab yang dijahitnya sendiri. Iya, dia jahit SENDIRI, okay, takde orang yang tolong jahitkan untuk dia dan untuk pengetahuan,hasil jahitan dia memang cantik. I have worked with her before, masa kat GIATMARA Raub, memang dia menjahit cantik. Kain-kain pasang yang dijualnya juga mempunyai kualiti yang baik dan terdapat pelbagai jenis corak kain. Mostly high quality cotton.

Kepada yang mempunyai Instagram, bolehlah search ALFAMARADINA atau hashtag #niqabis dan inshaaAllah, ia akan di-direct ke instagramnya, Okay? Support local sewers dan korang boleh amik number ni dan Whatsapp je terus, 019-2390467 - Alfa.

Good luck Alfa dan kepada yang berminat, tengok IG okay? Kalau tak nak beli pun, tengok-tengok je dulu takpe, who knows kan? Berminat nanti... hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: Good luck Alfa dan keep up.  
p/s: Entry last week.

Friday, February 27, 2015

Destined.

Assalamualaikum wbt,

Maaf entry pendek.

Takde line and memang nothing much to update. Guessed some love to torture me.

Thank you.

Assalamualaikum wbt

P/s: feeling ugh.

Thursday, February 19, 2015

Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan SJK (C) Jerkoh.

Assalamualaikum WBT,

Mula sekali saya nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang berbangsa Tiong Hua yang berada di Malaysia dan juga serata dunia.

Tadi saya pagi-pagi lagi dah sampai ke Dewan SJK (C) Jerkoh untuk turut serta menyambut sambutan Lunar Year peringkat Kampung Sri Jerkoh.

Ramai yang hadir, Cina, Melayu, India turut sama-sama memeriahkan majlis ini. 
\

Turut hadir di sambutan tersebut adalah beberapa VVIP yang memang setiap tahun memberikan sumbangan kepada rakyat seperti YB Dato Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, YB Datuk IR. Mohd Soffi, Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, YB Datuk Seri Shahiruddin bin Hj Abdul Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri Dong, Tan Sri Dato' Lam Kam Sang. Ada ramai lagi yang hadir tapi iya la, takde la saya nak ingat nama sorang-sorang kan? Cukup mana yang saya ingat.. hehe...




 VVIP ini juga ada memberikan bantuan kepada orang tua, murid-murid cemerlang dan juga mereka yang kurang bernasib baik.

Saya juga sudah beberapa tahun menghadiri sambutan Chinese New Year ini dan memang ia sesuatu yang istimewa, selain dapat makan kami juga beramah mesra dengan masyarakat setempat. 

Semoga ia mampu menjadi medium untuk mengeratkan tali silaturahim dalam masyarakat. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Makan-makan hehe...



Berjambang? No, thanks.

Assalamualaikum WBT,

Ada pernah kawan saya tanya,

"Eh... kenapa tak simpan jambang? Baik kan simpan jambang, sunnah tu".

Kata si polan bin si polan.

Sumpah takde apa yang saya jawab yang mampu menjadikan saya seorang yang sombong atau ...hmmm.. kan? cuma saya jawab,

"entah la tak suka lah ada jambang, lagipun, susah nak jaga".

Itu lah jawapan saya, tapi sebenarnya, memang saya tak suka pun, sebab ada sesetengah muka, memang padan berjambang or janggut sejemput, tapi sebab muka saya ala-ala belon udara panas kan, besar, so, berjambang akan membuatkan muka saya nampak lebih besar sebab its like ada lebihan kan... hahah.. *iover

tapi tu lah, kadang-kadang malas nak cukur, ada je keluar jambang.. I mean, bulu muka... hahah.. sebab malas cukur, then bila cukur, muka nampak flawless... *I woke up like...

so, tu je la untuk entry ni, mengarut gila kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak update entry sambutan tahun baru cina jap...

Mentor Legend : Separuh Akhir ke 2. Tahniah Sarah, Azmil dan Aina.

Assalamualaikum WBT,

Baik, untuk entry kali ini saya akan update untuk Mentor Legend : Separuh Akhir ke 2 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 15 February 2015, Ahad.

Baik, pada pendapat saya yang lebih kepada seorang pendengar dan juga peminat industri seni tanah air khususnya dalam bidang nyanyian, saya merasakan persembahan protege-protege pada malam itu adalah bagus dan mampu membuatkan ramai yang terpegun dengan kehebatan vokal masing-masing, CUMA!, kemampuan vokal bukan diukur dan dinilai dengan ketinggian capaian notes sahaja. Ada banyak lagi yang boleh dinilai, emosi, low notes, overall presentation, melody, singing, semualah... 

Tapi, untuk kali saya akan jugak berikan pendapat untuk setiap Mentor dan Protege. Untuk pengetahuan, Protege mempersembahan lagu Medley untuk 5 minit setiap persembahan.

Persembahan dimulakan oleh :

Protege : Fahmie, Mentor : Ajai
Lagu : I Believe I Can Fly dan Lelaki Ini

Fahmie adalah seorang penyanyi yang bagus dan mempunyai vokal composition yang baik, pada pendapat saya lah dan dia juga mempunyai kualiti vokal yang baik. Cuma, pada lagu yang pertama, dia seperti tidak menggunakan keseluruhan vokalnya dalam penyampain lagu tersebut. Maklum tahu, Fahmie mempunyai pitch yang tinggi dalam nyanyiannya. Mostly, even melody suaranya sendiri adalah tinggi, dan dia mencabar suaranya untuk menyanyikan lagu Lelaki Ini dari Anuar Zain. Lagu Lelaki Ini mempunyai low notes yang memang mencabar dan note yang tinggi juga mencabar. Tapi apa-apa pun, Fahmie kena betul-betul pilih lagu yang sesuai dengannya, kalau nak lagi marketable, pilih genre RNB sebab you can go banyak cabang sebab with your voice tu, you can experiment pon lagipun, RNB memang okay untuk suara you tu Fahmie. Good luck kay?

Protege : Aina, Mentor : Ella
Lagu : Stay, If I Were A Boy dan Cinta

Baik, umum tahu Aina pernah membuat persembahan di WCOPA di Los Angeles pada tahun 2014, kan? Tapi takpe, ada je artis-artis yang pernah membuat persembahan di WCOPA tidak mendapat tempat di tanahair. Kan? Now, Lagu Stay dan If I Were A Boy memang makanan Aina sebab ia mempunyai melody yang meluas compared dengan lagu kita, kebanyakkan music memang dibuat untuk certain singers dan its is up to the cover singer to change the key and what not. Tetapi, kadang-kadang penukaran key ni menukar lagu kepada lagu yang best kepada yang tak best. Pernah dengar lagu Wide Awake dari Katy Perry tak? Sebenarnya lagu tu mempunyai melody yang rancak tetapi bila ditukar kepada ballad, ia langsung tak menjejaskan lagu tersebut, malah ia menjadi lebih indah. Lagu-lagu sebegini amat sesuai dengan vokal Aina. I caught something yang menyakitkan semasa dia menyanyikan lagu Cinta. Iya lagu Cinta adalah tinggi dan not everyone can sing that song, but I think Aina did okay lah kot dengan apa yang dia ada. She has great pipes indeed. Apa-apa pun, later on, cuba collaborate dengan DCT ke untuk lagu, or maybe, if you can create your own songs, itu lebih baik! okay? Good luck Aina dan congratulations.

Protege : Azmil, Mentor : Dayang Nurfaizah
Lagu : Inikah Cinta dan ?

Memula saya dengar lagu Inikah Cinta yang dinyanyikan oleh Azmil, well, sebab lagu tu familar, boleh lah relate kan, but then dia nyanyi the second song, well, I am guessing the song. And I can't recall any musical knowledge on that song. Memang tak boleh sungguh. Haha... tapi takpe la kan, Azmil made it to the Finale of Mentor Legend, so! Keep up the good work and good luck!

Protege : Nadeera, Mentor : Zainal Abidin
Lagu : Fatwa Pujanggan dan Wrecking Ball

Nyanyian Nadeera untuk lagu yang pertama had mix feeling to my ears. Entah, its between keroncong/traditional ke RNB/catchy song. Dalam hati saya, apakah???? Hahaha, macamtu lah pon, pening saya. Haha... tapi Nadeera punya vokal ability memang bagus, cuma kadang-kadang too many high notes membuatkan saya pening! too much. But maybe after the competition ni, Nadeera mampu mencari lagu yang mampu membuatkan dia terkenal dan boleh dikenali dalam industri seni nyanyian tanah air, kan? Good luck Nadeera.

Protege : Tuah, Mentor : Mas Idayu
Lagu : Nuri, PPP, Kemelut Di Muara Tasek dan Panas

Lagu-lagu yang dipilih oleh Tuah adalah lagu-lagu yang sesuai untuk dirinya. Mas Idayu cakap bukan favourite Tuah dan bukan juga favourite Mas Idayu, tapi apa yang dapat saya dengar, lagu-lagu tersebut amatlah sesuai dengan vokal Tuah. Tapi, apa-apa pun, saya rasa Tuah mampu mendapatkan lagu yang sesuai untuk dirinya. Good luck Tuah!

Protege : Sarah, Mentor : Amy Search
Lagu : Single Ladies, Love On Top dan Tunggu Sekejap

Hmmm... setiap orang ada favourite mereka masing-masing kan? But, I am here to bagi pendapat, ketepikan rasa tak suka tu demi menjalankan tugasan *feling. hahaha... To be honest, suara Sarah ni pada saya ada keistimewaannya yang tersendiri. Not the voice yang ada weight yang berat cuma, kadang-kadang disebabkan kenyaringannya, terasa sakit hati pulak. Haha.. tapi apa-apa pun, Sarah sudah menempatkan dirinya di Finale dan of course she is going to perform very well to prove to people yang Sarah mampu menapakkan diri dalam industri seni tanahair. Cuma kena gigih lah kan? hehe.. good luck Sarah dan congratulations.

So, tahniah diucapkan kepada Azmil, Sarah dan Aina kerana melayakkan diri ke Finale Mentor Legend. Do your best dan choice good songs, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Letih lah...huhuhu....baru dapat update!!! sengal..

Sunday, February 15, 2015

Fashion Blogger to Luxury Goods Workshop. Gila Sungguh.

Assalamualaikum WBT,

Saya suka sangat tengok programme tv Fashion Blogger yang kat E! Channel tu. Fashion bloggers itu adalah dari Australia dan rata-rata mereka mempunyai nilai-nilai mereka yang tersendiri. Iya lah, mereka kan fashion bloggers mestilah pakai cecantik dan mostly apa yang mereka buat adalah berkaitan dengan dunia fashion dan sekitarnya. Produk kecantikan, photo shoots, editorials, product endorsement dan macam-macam lagi yang mereka buat. 

Rata-rata mereka adalah dalam kalangan mereka yang memang famous dah, kalau tak famous pun, lepas je being seen in the industry with many things yang Australian readers can get from them, mereka akan famous and famous comes with great responsibility.

Kenapa?
 
Coco Chanel with her Iconic 2.55 Bag.
Yup, kerana, they need to jaga penampilan mereka. Kalau keluar je, they need to look polished and well dressed kalau tak, haha.. tak padanlah dengan apa yang they preached kan? *nasib baik la saya bukan blogger fofuler or fashion blogger, kalau tak! hahaha.. mampus.

Saya pun ada ambil beberapa tips daripada mereka dan sekarang saya cuba untuk apply a few techniques untuk upgrade my blog pun. hehehe...itu pun kalau menjadi lah, kalau tak menjadi, saya akan cuba je lagi and find something that works for my blog and my writing essence, kan?


Apa-apa pun, mencari sesuatu yang untuk memperbaiki sesuatu adalah baik, tapi kena buatlah sesuatu tu, janganlah pulak menjadi biasa-biasa je kan? Half hearted does not work now. hehehe....

Hari ni saya tengok Luxury Good Workshop. I am super dang impressed with the tv programme. Gila sungguh. hahaha.. from Hermes scarf, Chanel 2.55 handbag, Weston shoes to Lien jewelry. Gila sungguh, sungguh gila.

I get excited for these people. Hehe, muda-muda lagi dorang dah jadi apprentice di big company and they even have great course in their conuntry *Perancis, Itali to appreciate their heritage. Gila sungguh. Kita? hehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: saya nak menangis tengok Chanel 2.55 GILA!!!!

Saturday, February 14, 2015

Jogging Berlebihan Mampu 'membunuh'?

Assalamualaikum WBT,

Saya baru je baca fasal berjogging secara sederhana mampu memanjangkan kadar hayat manusia di "Jogging lightly to longer lifespan". Lifestyle, theSun on Tuesday, February 10,2015, Page 30.

Dalam artikel tersebut, ia bukan calang-calanglah, kajian dijalankan oleh pengkaji di Denmark dan ia dirakamkan di dalam Journal of the American College of Cardiology dan kajian telah dijalankan selama 12 tahun. 


Dapatan kajian daripada kajian mereka mengatakan bahawa,

mereka (joggers) yang berjogging secara sederhana iaitu dari satu - 2.4 jam setiap minggu akan mendapati mereka lebih mempunyai kurang untuk mati mengejut. Kajian melibatkan 1,098 penjogging sihat dan 413 mereka yang sedentary non-joggers di kawasan Copenhagen City Heart Study.

Kajian juga menunjukan bahawa, joggers yang mempunyai 'pace' yang sederhana perlahan (light-to-moderate) exercise akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang melakukan senaman yang keras dan memenatkan. Mungkin ia tidak ditunjukkan pada jangka masa yang singkat tetapi mereka akan merasakan pada jangka masa yang panjang dengan masalah sistem kardiovaskular.

Peter Schnohr, salah seorang daripada pengkaji di Copenhagen City Heart Study, Frederiksberg Hospital mengatakan bahawa, jikalau kita mempunyai gol untuk mengurangkan risiko kematian dan meningkatkan jangka hayat, jogging untuk beberapa kali seminggu di tahap sederhana adalah amat digalakkan.

Jadi!! tapi takde plak di cakap yang tak boleh nak buat hard workout, takde, cuma, tak boleh nak buat sampai terberak kan? hahaha...

Selang-selang lah exercises tu, jangan pulak sampai hari-hari hard workout plak, gila? Kita bukan nak jadi body builder, jadi biasa-biasa je dah lah kan?

Itu je lah info hari ni!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: laparrrr...

Maggi Kari : Curry Feastival : Murtabak Maggi Kari Sedap Gila!

Assalamualaikum WBT,

Pernah tak korang?

"Ya Allah... nak masak apa ni? Tak lah nak masak apa untuk lunch ni... hari-hari masak pun bosan jugak kan?... *then stressed"

Tak pun,

"Apa benda la aku nak buat sekarang ni, nak makan apa pun tak tau. Takkan nak makan kat mamak je tiap hari... bosan kot!"

Haaa!!! worry no more! Mari saya tunjuk resepi yang memang senang hamat nak dibuat.. bahan utama? apakah?

http://www.maggi.com.my/Pages/landing.aspx


Maggi Curry!!! Boom meletop pom pang pom pang! * panjang tak mana tuh??

Baik, ini resepi untuk Murtabak Maggi Curry Tersedap Ala-ala Mamak Di Bazaar Ramadhan Punya Resepi. *panjang kan nama resepi tuh? hahaha...

2 bungkus Maggi Curry
2 biji telur gred A
2 ulas bawang merah
Daun Sup
Daun Bawang

Cara-cara :

Resepi ni mudah dan senang dan cepat!

Masak air dalam periuk kecil dan rendam mee sehingga kembang *exact 2 minit okay?
Pecahkan telur dalam mangkuk, letakkan bawang dihiris dan chopped daun bawang dan daun sup. 
Toskan mee tadi dan letakkan ke dalam telur tadi.

Panaskan kuali dan minyak. *kesahlah dek kau nak kuali apa, kalau saya, saya guna kuali biasa tu je, yang melengkuk tu kan, senang. Senang nak terbalik kan. Hahaha...

Then, letakkan mee yang dicampurkan campuran telur tadi, dan masak sehingga masak. At least masak sehingga telur tadi tu masak okay?

Setelah masak, tolonglah berkongsi dengan orang lain, janganlah kau masak then kau makan seorang diri. Maggi Mee Curry ni adalah sebenarnya untuk dikongsi dengan orang lain supaya kita dalam bersama bergembira dengan apa yang kita ada!

Barulah Happiness is Homemade, kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: kalau korang nak tau lagi, sila klik di gambar Maggi Curry yang besar dabak tu!!!

Friday, February 13, 2015

Suka Berkaraoke?

Assalamualaikum WBT,

Saya ni kalau bab menyanyi, saya memang suka sebenarnya tapi cuma kadang-kadang saya tak suka dengar suara saya, recorded. Haha... 

My first singing competition adalah masa tahun bila tah, 2009 kot, fefeling sangat! sebab kat kampung saya ni ada pertandingan nyanyian masa tu, Karaoke Informasi kejadah hape.. hahaha.. saya fefeling suara sedap lantak nyanyi lagu Anuar Zain masa tu, *felinggg... hahaha... 

Daftar pun free, makanya tayah bayar lah kan... daftar, then daftar lagu bagai, lagu Anuar Zain, Keabadian Cinta kauuuu... *felinggg... hahaha.. masa tu memang nyanyi kat dalam bilik je, tetiba dapat semangat konon nak nyanyi depan khalayak ramai... walaupun orang kampung je kan, #villagepeople tetap malu. 

Saya ni memang pemalu pun. Memang pemalu uolsss... luls.

Then, start je lagu, terus pandang atas, amik mood then nyanyi! Tup tup, lagu dah habis. hahaha...ke-over-an sangat kan? Then turun, ada la orang tepuk bagai. Then orang cakap sedap. Saya ni jenis memang tak confident pun kalau ada yang cakap saya nyanyi best, rasa nak tampar2 manje je... hahaha.. over kan? 

Saya ada je nyanyi acapella camtu, recorded dalam tepon. Kedengaran okay lah jugak, takde la sesedap DCT, Ziana Zain ke.. or paling worse, Yana Samsudin, tapi takde masalah lah... hahaha...

Then tadi saya pergi lagi berkaraoke kat satu tempat kat kampung saya ni. Fefeling lagi, nasib baik tak nyanyi lagu Zeton Semeon dek... saya nyanyi lagu yang dorang pasang je, lagipun, nenanti esok, kalau takde apa-apa mungkin pergi lagi lah kot.. kan? hehe...

Tadi nyanyi lagu Dua Insan... saya ni kalau ada music macam payah sikit sebab certain music made with the singer's key kan... saya ni sebenarnya memiliki suara yang rendah kalau tak silap lah, then kalau nak tinggi pun guna falsetto. Ahaha.. mungkin nanti nak try bawak lagu Amy Search lah.. takpun Ziana Zain...kau raseee?

Tapi apa-apa pun, exploring your talents is good. hehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: cantik je Ziana Zain... luvv...

Salam Takziah.

Assalamualaikum WBT,

Salam Takziah kepada keluarga Datuk Haji Hasbullah Awang dan jugak keluarga Datuk Tok Guru Nik Aziz. Mereka adalah permata negara. Mereka membentuk dan mengubah negara dalam cara mereka sendiri.

Sungguh terasa kehilangan mereka.

Ya Allah, letakkanlah mereka dalam kalangan mereka yang beriman.

Amin, Ya Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Entry pendek.
p/p/s: maaf, nanti saya tulis lagi.

Thursday, February 12, 2015

Mentor Legend : Review Persembahan Separuh Akhir Pertama.

Assalamualaikum WBT,

Seperti  yang dijanjikan, saya nak review lah sikit nyanyian Protege-protege Mentor Legend dari segi pendengar tegar. 

Iya, saya sebenarnya, juga peminat Mentor, saya tengok dari dulu lagipun, now, dah Mentor Legend kan, tapi concept masih ditempat yang sama. Bagus lah itu, banyak sangat improvement yang dilakukan dari masa ke semasa oleh TV3 dalam menarik peminat untuk menyaksikan program tersebut. Sungguh luarbiasa. 

Baik, untuk persembahan Mentor Legend Separuh Akhir, agaknya memang diminta oleh produksi untuk menyanyikan lagu Medley yang tersediri daripada campuran bahasa Melayu dan Inggeris kerana setiap nyanyian dimasukkan kedua-dua unsur.


Pentas Mentor Legend Separuh Akhir 1 dimulakan dengan nyanyian:

Protege : Nadeera (Mentor : Zainal Abidin)

Lagu : Sempurna dan Bring Me To Life

Kedua-dua lagu memberikan vibe yang berbeza. Kalau tak silap saya, arrangement lagu Sempurna adalah dari Gita Gutawa yang memang menonjolkan kemampuan vokal pelantunnya. Tidak dinafikan, lagu Sempurna memang satu lagu yang mempunyai melodi yang best dan susunan lagunya amat kompleks. Seronok dengar. Satu lagi lagu adalah, Bring Me To Life dari Evanescence. Dinamik lagu ini amat tinggi. Mempunyai note rendah yang rendah dan mempunyai note tinggi yang tinggi. Namun, kemampuan vokal Nadeera adalah hebat kerana dia mampu membawa kedua-dua lagu dengan baik sekali. 

Protege : Aina (Mentor : Ella)

Lagu : Berhenti Berharap, We Will Rock You dan Fighter

Ramai yang tahu yang Aina mempunyai vokal yang best, weight yang dimiliki oleh Aina dalam suaranya adalah best. Bagi lagu Berhenti Berharap memang kena sangat, ia memaparkan vokal Aina tetapi bagi dua lagi lagu tu, the colour of Aina's voice memang agak dull. Nak-nak lagu Fighter, penyanyi asal lagu ni adalah Christina Aguilera dan Christina mempunyai suara yang hebat and her voice is the best voice of her generation. No one could beat her amazing voice now. Tetapi bagi saya, lagu Fighter tu terlalu besar untuk Aina, takde masalah mencabar diri sendiri dalam sesebuah pertandingan tetapi jangan sampai menyesakkan diri. Okay? Tapi apa-apa pun, you really have nice pipes girl! You are. 

Protege : Tuah (Mentor : Mas Idayu)

Lagu : Romancinta dan Rock You Like A Hurricane

Memilih lagu Romancinta dari MOJO dan memang persembahan Tuah akan immediately dicompared dengan persembahan vokalis Caliph Buskers. Yes. And to me, no one beats vokalis Caliph Buskers tu, not even Aweera. No, no one! Takde sapa okay. Caliph Buskers tu performed lagu Romancinta tu with pure emotion and memang hebat! no one can beat that, and sorry Tuah, you did you best, dan lagu Rock You Like A Hurricane, well, nothing wrong with that song. Bagus, you did quite well too, tapi entah lah, saya tak dapat ingat lah persembahan awak except for you performed with guitar kan? Apa-apa pun suara awa best. Saya suka.

Protege : Sarah (Mentor : Amy Search)

Lagu : I'm Telling You I'm Not Going, I Have Nothing dan Asmaradana

Sarah. Sarah mempunyai suara yang baik. Tinggi, nyaring, bagus. Cuma, diction dalam English songs memang kena jaga. Pada saya lah, there were a few words yang agak janggal bunyinya. She needs to listen more to English songs kalau dia nak menyanyikan lagi lagu-lagu Inggeris. Sarah adalah seorang penari yang bagus, dan menari dan menyanyi adalah satu perkara yang susah. Tanpa proper training, memang gagal but not Sarah. She did well. Amazing!! Cuma feel dalam dua lagu pertama, memang susah nak dapat, maybe awkward diction made things worse kot. But keep it up.

Protege : Fahmie (Mentor : Ajai)

Lagu : I Surrender dan Tiada Lagi

Baik, vokal Fahmie ni unik. High pitch untuk seseorang penyanyi lelaki, which is fresh and good. No comment on that. Pilihan lagu I Surrender memang agak kena sebenarnya dengan Fahmie bagi menonjolkan vokal yang dimilikinya tetapi, bila arrangement Tiada Lagi tu ditukar dan di-up-beat-kan, maka the transition emotion dan rasa kagum itu faded sebab, bayangkan eh, kita dan kagum dengan I Surrender tetapi masuk lagu up tempo dan agak tak kena dengan 'rasa' tu. HILANG TERUS. TAKDE TINGGAL. Macam saya, maybe saya je kot rasa, kagum dengan I Surrender sebab saya sendiri tahu lagu tu memang susah hendak dinyanyikan, tetapi masuk lagu Up Beat-ed Tiada Lagi, well, memang tiada lagi lah, terus down. Rugi. But, Fahmie tolong jangan terikut-ikut dengan cara Mentor awak menyanyi. I could see that tau, sebelum ni Ajai ada jugak Mentor dan protege dia pun terikut-ikut dengan cara nyanyian Ajai. Please, we have Ajai, we do not want another Ajai, well at least, another singer sings like Ajai. No, thank you.

Protege : Azmil (Mentor : Dayang Nurfaizah)

Lagu : Pupus dan Sephia

Pada mula pertandingan, saya memang tak pandang pun Azmil ni, jujur saya cakap, dia entah. Did not catch my eyes langsung, but once I heard his voice, memang best. Teringat Rem dulu. Rem pun orang Sarawak, maybe saudara mara Rem kot. hahaha.. tapi now, selepas tengok the struggles and hardwork Azmil lakukan untuk memenangi hati pengundi dan juga juri tetap. Lagu yang dipersembahkan oleh Azmil, Pupus adalah bagus, dengan suara huskynya tu, dengan melodi lagu yang best, memang best. It shows that song choice brings something to the table, good song choice. Teringat masa Azmil nyanyi dengan Dayang lagu Happy tu, rasanya nak hentak je TV ke lantai sebab memang langsung tak kena kay? Tak kena. Langsung! hahaha... but now, with good song choice memang best la,.. tetapi! untuk Sephia, saya tak enjoy. Maybe, lagu tu tak kena untuk di-up-beat-kan. Sorry Dayang. I know where you are going kan, but no. Sorry. Tapi Azmil bagus, dan memang di Separuh Pertama adalah satu perkara yang bagus untuk Finale. Good job.

Now, itu je la rasanya untuk komen. Ke cam over sangat plak? Tapi rasanya, dari segi pendengaran saya, itu je la yang saya nak cakapkan pon. Hehe.. lovely.

Tapi apa-apa pun, to the Proteges, keep up your good works and work very hard to achieve your dreams and rujuk Mentor anda kalau ada nak buat improvisation, cakap je, kalau good with the performances, why not kan?

Good luck.

Assalamualaikum WBT

p/s: Fefeling budiey plak saya ni... hahaha...

"Jangan Rasa Diri Famous" - Ben Ashaari

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sekarang semua blogger kat Malaysia ni, semua hebat! saya kagum. Sungguh. Saya memang salah seorang pembaca tegar tiga blog utama, Ben Ashaari, Mat Gebu dengan Lulu Caldina. Abang Ben selalunya menulis santai dan ia tidak tertakluk kepada spesifik tajuk, tidak seperti Abang Mat dan Lulu, Abang Mat spesifik kepada masakan dan makanan *jeles sebab dia makan sedap!!! dan Lulu pulak mostly on news, cuma semenjak dua menjak ni, dia aktif kat FB dan tulis about motivation quotes. Dia nak spread the market kot... tahniah Lulu.

 Macam abang Ben cakap, kalau nak buat duit guna blog ni, dia sendiri pun tak tau kalau ada orang tanya, itu followers ribuan tu, merendah diri. Walaupun saya tak pernah jumpa Abang Ben, Abang Mat dan Lulu, saya dapat rasakan dorang ni memang orang yang best belaka!
www.tiffinbiru.com


Kalau tengok dalam blog tu, pergh!! memang humble gila. Cuma it is up to people interpretation je la kan. Some people might see other people as arrogant and ignorance just because they being knowledgeable. *betul ke ayat saya ni. Maksud saya, pendapat setiap orang adalah berbeza. Mungkin pandangan orang lain berbeza dengan pandangan yang lain kan?

Tapi apa-apa pun, bak kata abang Ben, jangan rasa diri kita ni popular. Kalau rasa diri tu popular, payah lah. Fefeling diva kau? Haha.. kan abang Ben? kena humble je, baru masyuk... katanyah...abang Ben pun dah ada kelab sendiri, hebat tau!!! ni link dia, saya je baru tahu, ingatkan kat FB je, sebab aritu abang Ben cakap, kalau dah ada link kat FB, automatik jadi ahli kelab... heheh... Kelab Blogger Ben Ashaari

Ingat niat masing-masing berblog. Kalau rasa nak famous, kenalah buat sampai famous kan? kalau nak cari duit, buatlah sampai boleh dapat duit. Kan? Ini tak, usaha ciput, fefeling famous. Harap semua rakyat Malaysia kenal... adoyai!! camno? Haha...

Dah la weh, saya ada something nak draft then insyaaAllah, saya akan publish after tulis nya kay?

Assalamualaikum WBT

p/s:alhamdulillah,

Monday, February 9, 2015

Mentor Legend : Separuh Akhir Pertama. Azmil Hebat!

Assalamualaikum WBT,

Mungkin sedikit terlewat untuk update fasal Mentor Legend yang dipersembahkan setiap hari Ahad. Mentor Legend adalah seperti juga Mentor biasa cuma, kali ini, mentor-mentor adalah legend-legend yang pernah mendidik protege-protege menjadi somebody in the past la. Macam Mas Idayu dengan anak didiknya Black, Amy Search dengan Fiq dan berbagai lagilah pencapaian mereka.

Mentor yang terdiri daripada Amy Search, Ajai, Dayang Nurfaizah, Ella, Mas Idayu dan Zainal Abidin berentap dengan menyiapsiagakan protege-protege pilihan mereka untuk berkilau dalam arena seni suara tanah air.

Sarah, Fahmie, Azmil, Aina, Tuah dan Nadeera adalah protege-protege kepada semua mentor yang disebutkan diatas. Berbekalkan vokal yang mantap dan persembahan saban minggu yang menjadi sebutan, peluang mereka adalah sama. Namun, pada dua minggu lepas, Aina dan Tuah tersingkir daripada merebut tempat ke finale.

Namun, pihak produksi memutuskan untuk menyerap kembali Aina dan Tuah dan sekali lagi mereka berpeluang untuk merebut peluang ke Finale Mentor Legend.

Jadi, semalam, 8 Februari menyaksikan mereka berentap untuk Separuh Akhir Pertama dan ia telah dijuarai oleh Azmil dengan Mentornya Dayang Nurfaizah. Berikut adalah senarai lagu medley yang dipersembahkan oleh mereka,

Azmil : Pupus dan Sephia
Sarah : I Am Telling You I'm Not Going, I Have Nothing dan Asmaradana
Aina :  Berhenti Berharap, We Will Rock You dan Fighter
Fahmie : I Surrender dan Tiada Lagi
Tuah : Romancinta dan Rock Like A Hurricane
Nadeera : Sempurna dan Bring Me To Life

Masing-masing membawakan lagu dengan baik. Maaf, saya tak dapat full list lagu untuk dipaparkan di sini. Later on, saya akan update kembali list-list lagu serta pendapat saya sebagai seorang pendengar lagu sebab mentor-mentor dan protege-protege kena dengar pendapat seperti saya selaku pendengar, kan?

Okay la semua... nantikan entry pendapat saya tentang persembahan protege-protege Mentor Legend tak lama lagiiii... :)

Assalamualaikum WBT

p/s:Updated!

Mossip-mossip Mak Jemah : Isu Kutip-kutip.

Assalamualaikum WBT,

Hi semuaaaa... bersama Jemah lagi dalam section Mossip-mossip Ber-jemah! Gituh... Jemah nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi sangat baca halaman Jemah ni walaupun Jemah menulis atas dasar suka-sama-suka! ehhh? apa ni... hahaha..

Apa-apa pun, Jemah baru je balik dari Los Angeles, katanyah!!! Kalau Pak Nil pergi ke studio E! jumpa G.Rancic, Seacrest dan ramai lagi, jemah lagi lah uols.. Jemah jumpa segala kerabat manusia kat Los Angeles tu. Jemah hadiri Grammy Award yang ke 57... haaa kau? dah 57 tahun dah Grammy ni, rasanya ada lebih kurang merdeka negara kita kan? gituhhh... lama deknon...

Jemah suka nau dengan Sam Smith tu ha... tak ke gila dek, kau menang bagai-bagai. Best New Artist, Record of The Year, Song of The Year, Best Pop Vocal Album... kauuu sapu semua kan? Jemah nak ucapkan, from the bottom of my humble heart, congratulations and hope will make great music and keep soaring dear Sam. *Jemah duduk sekejap ke LA, tapi ha kau!!! English licin!!! hebat tak???

Tu citer luar negara, ni Jemah nak cerita, cerita dalam negara ni... Jemah ada la dengar yang orang kata pre wedding tu bukan budaya Islam kita, takde pon dalam islam pre wedding bagai-bagai kan. Tapi iya lah, negara kita ni sedikit demi sedikit, jemah tengok dah macam negara omputis dah, ada ala-ala sekular elemen pun ada. Hadap la uols... tema Islam Hadhari kan dah lepas.. new leader, new ideologi *itu Jemah belajat kat U dulu...

Semalam Jemah terdengar dari TV3, Melodi *sumpah dengar je, tak tengok pown... yang mengatakan bahawa, Tasha Shila adalah antara yang diburu sebab dikatakan/dituduh/digelar/difitnah/dicakapkan/digembar-gemburkan/dihamburkan sebagai salah seorang daripada 'escort girl' yang kecoh beberapa minggu lepas.

Now, Jemah nak ucapkan selamat bermalam isnin, korang the best okayyy?

Assalamualaikum WBT

p/s: Diet is killing meee!!!! hahahha...

Sunday, February 8, 2015

"Gemok!!! 125kg"!!!!

Assalamualaikum WBT,

Korang tau tak berapa susahnya orang gemuk nak kurangkan berat badan kalau takde inspirasi? Sesetengah orang suka ada inspirasi untuk menjalankan sesuatu perkara. Antara inspirasi yang sering menjadi pilihan adalah, duit, glamour, pakaian dan pasangan.

Saya pun ada inspirasi saya sendiri, nak tau inspirasi saya apa? Pakaian. hahaha.. Pakaian sebab, kalau kurus, boleh pakai banyak pakaian dan pakaian orang kecil-kecil ni kebanyakkannya murah dan affordable. Sebab kurang guna kain!!! hahahha... boleh?

Okay la semua, saya alhamdulillah, bulan lepas, saya hilang sebanyak 2.5kg dengan on off diet yang bongok tu, dan untuk bulan Februari ni, saya berazam untuk go further dengan melancarkan diet yang agak extreme supaya saya dapat hilang berat dengan lebih lagi. 

Ini kerana, memandangkan berat saya dan mencecah 125 kg di usia 27 tahun, saya memang kena menjalankan kehidupan yang sihat lah kan? Kalau makin tua, camne kan? Huhuhu... 

So, oleh sebab itu, kurus sikit demi sedikit, aim saya kalau dapat kurangkan berat badan sampai 100kg pun okay la untuk permulaan.. but now, aim awal nak pecahkan tanda 100 kg tu, maksudnya nak dekatkan dengan 100 kg dulu, then baru lah work on other things. yess!!!

Memula dulu, saya tak sedar saya gemuk. *boleh? Serious, saya rasa berat saya okay lah... tapi bila dan sekarang ni, seluar banyak la muat, saya mulai sedar...

"Saya gemok!!!!"

Now, i personally think that it is not too late to have some weights shed, in order for me to get healthy. kan?

Oleh itu, marilah kembali semua makan sayur. Like I did before, in January. Mampus la nak makan sayur sokmo? dek... nak kurus kenalah berkorban...hahahha.... lagipun, sayur it not a bad thing... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: lovely.

Wednesday, February 4, 2015

Bangau oh Bangau Edisi Harga Barangan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? Untuk entry ini, saya nak tulis fasal isu sekarang yang semakin menjadi-jadi.

"Bangau oh bangau".

Baik, semua tahu kan lagu 'bangau oh bangau' tu kan? 

Kalau anda semua tahu bagus. Senario kita sekarang di Malaysia fasal harga barang naik turun ni adalah sama dengan situasi bangau oh bangau. Salah menyalah menjadi suatu perkara besar dan tiada siapa yang ingin mengaku salah.

So, sebenarnya... salah siapa harga barang ni naik?

Mari saya bagi beberapa pihak yang bertanggungjawab,

Kerajaan?
Pemborong?
Peniaga?
Pembangkang?
Pembeli?

Baik, setiap daripada ini ada pros dan cons mereka sendiri. Sejujurnya, kalau bercakap terlalu jujur ni, banyak masalah sebab kita duduk di dalam kawasan yang sensitif, so, payah sikit kan? But anyways, mari kita kaji sedikit, sebagai contoh, saya nak makan sayur kangkung masak belacan.

Penanam Kangkung (Pengeluar pertama)

Ali mengusahakan tanaman kangkung sejak 5 tahun dahulu. Beliau mempunyai pelanggan yang ramai dan beliau mampu untuk bertahan lebih lama. Alhamdulillah katanya. Ali mendapat bantuan dan pinjaman daripada kerajaan. Setiap bulan di akan membayar sejumlah untuk membiayai pinjaman beliau dalam proses pembayaran balik. Ali menjual kepada pemborong/pembeli mengikut kilo. Ali menjual kangkungnya berharga RM5.00 per kilo (contoh).

Pengusaha Belacan (Pengeluar pertama)

Sarifah mengusahakan perniagaan IKS (industri kecil sederhana) beliau dalam kadar yang sederhana. Sarifah sudah berniaga selama 4 tahun dan seperti Ali, dia juga mendapat bantuan daripada kerajaan dalam memulakan perniagaannya. Sarifah menjual belacannya dengan kilo juga, ia RM 10.00 (contoh) per kilo dan  Sarifah terpaksa membeli udang geragau daripada nelayan dengan harga RM 4.00 (contoh) per kilo, setelah mengira kos pengangkutan, buruh dan masa, Sarifah menjual belacannya dengan harga RM 10.00 (contoh) per kilo.

Peniaga Sayuran. (Pengeluar kedua)

Ah Lek adalah seorang pemborong sayuran daripada seluruh Malaysia. Ah Lek juga ada menanam sayuran sendiri namun, bila untuk dijadikan jualan, Ah Lek akan memborong sayuran seperti dari Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Kuantan dan lain-lain tempat untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga kecil. Ah Lek ada membeli sayuran seperti kangkung untuk dijual, Ah Lek membeli kangkung pada harga RM 5.00 (contoh) per kilo dan selepas menambah kos buruh, air, elektrik, dan pengangkutan, Ah Lek terpaksa menjual semula dengan harga RM 8.00 (contoh) per kilo.*untung RM 3.00

Peniaga sayuran kecil-kecilan ( Pengeluar ketiga)

Siti mengusahakan perniagaan sayuran kecil-kecilan di kampungnya. Beliau mengambil bekalan sayuran daripada Ah Lek dan dijualnya semula di kampung. Kangkung adalah salah satu daripada sayuran yang sering diambil dari Ah Lek. Siti membeli daripada Ah Lek dengan harga RM 8.00 per kilo dan setelah mengambil kira kos buruh, air, elektrik dan pengangkutan Siti mengambil keputusan untuk menjual dengan harga RM10.00 (contoh) per kilo. *untung RM 2.00

Pengusaha gerai makan (Pengeluar keempat dan pertama (servis makanan))

Fatimah mengusahakan gerai makan di sebuah bandar di sebuah negeri di Pahang. Setiap hari Fatimah akan membeli barangan segar untuk bekalan di kedainya. Kangkung adalah salah satu daripada bahan yang Fatimah akan beli kerana kebanyakan pelanggannya sukakan Kangkung goreng belacan daripada kedai makannya. Fatimah selalu mengambil bekalan sayurannya daripada Siti, ini kerana, Siti menjual sayuran yang segar. Oleh kerana, Fatimah mementingkan kesegaran sayuran, dia memilih sayuran jualan Siti untuk dibelinya. Fatimah membeli dengan harga RM 10.00 (contoh) per kilo. Fatimah pula akan mengira kos yang perlu ditanggung untuk membuat Kangkung Goreng Belacan. Fatimah juga membeli seketul belacan dengan harga RM 2.00 (contoh). Oleh kerana resepi untuk menghasilkan kangkung goreng belacan adalah agak mudah dan sedikit,

Bawang besar, bawang putih, minyak, belacan, gula, cili,

Fatimah juga perlu mengambil kira beberapa faktor dalam penghasilan kangkung goreng belacan seperti gas, tenaga buruh, air dan elektrik.

Oleh itu, kemungkinan Fatimah akan mengenakan RM 4.00 - RM 5.00 sepinggan untuk Kangkung Goreng Belacannya.

So! nampak tak kat situ macamane sesuatu produk mengalami beberapa stage untuk menghasilkan produk akhir?

Semudah sayur kangkung, dialirkan kepada beberapa tahap dan bayangkan kalau bahan lain? Maybe, Sardin Tin? kan? pernah terfikir akan itu? Pernah?

Mungkin contoh saya panjang untuk dijelaskan, mungkin boleh dimudahfahamkan dengan ini, "Kesan Rantaian" or mungkin "Added value"/ Nilai Tambahan. 

Pokok pangkalnya, kalau nak makan sesuatu tetapi memikirkan fasal kos, sila la makan masakan sendiri, beli sendiri kangkung yang murah-murah daripada mak cik-mak cik or wan-wan yang jual kangkung di pasar-pasar tani, at least kita membantu ekonomi kita sendiri kan? 

So! kalau tak faham, memintak email saya kay? saya baru lepas baca artikel Kesan Rantaian. hahaha... :) terasa cerah sikit diri ini. Amin.

Dah! itu sahaja. Saya guna sayura kangkung sebab saya sendiri suka makan sayur kangkung. sayuran kampung yang sedap! kang guna jering kang, ramai pulak tak suka, khen?

Assalamualaikum WBT

p/s: letih tulis woii!!!