Nuffnang Ads

Tuesday, March 31, 2015

Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Bengkel dan Penyediaan Perniagaan (RP) 2015.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua, maaflah sebab lama tak update entry, saya sekarang sedang menghadiri Kursus Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK), Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Bengkel dan Penyediaan Perniagaan (RP) 2015. 

Sekarang sudah di hari ke-9 dan esok adalah hari terakhir kami berkursus. Alhamdulillah, kami seramai 30 orang sudah menjalani kursus dengan baik sekali. Kami memang suka akan kursus ini, semua daripada kami menjalani kursus dengan baik sekali dan walaupun datangnya daripada pelbagai latar belakang, tetapi kami tidak malu untuk menjadi kawan dengan satu sama lain.

Mari saya senaraikan mereka yang berkursus bersama saya, Kak Zila, Kak Liza, Abang Rusli, Abang Rosni, Edie, Encik Zali, Iena, Haslina, Sarimah, Wani, Shu, Faten, Nani, Din, Zaini, Atek, Mirul, Amirul Ganu, Mierol, Fika, Zamri, Yasser, Maliki, Ayo, Koi, Wan, Mastura, Ismail. 

Seronok ni!!

Nanti saya updatekan gambar mana yang ada lah.. eh? thanks semua.. lovely.

Assalamualaikum WBT

p/s: Malam ni malam perpisahan PUTEK 2015.. nantikan gambar-gambar menarik daripada saya... hehehe...

Thursday, March 19, 2015

Sesat Jalan Kalau Tak Bertanya.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Masih warm kan hari ni? Walaupun, dah pukul 6.30 petang kan? Takpe, kita duduk dalam rumah. Kalau macam tempat saya, kat kampung ni, alhamdulillah, walaupun tak banyak pokok, tapi alhamdulillah, memang agak redup lah.... hahaha..

Okay, banyak sungguh perkara yang akan memeningkan kan? Saya baru je lepas baca fasal Teksi Malaysia naik harga dan macam-macam lagi pembacaan menerusi Facebook yang kadang-kadang memberikan kita banyak buah fikiran, kan? Kepada yang kurang nak berfikir tu payah la sikit..hahha..

Tapi sebenarnya, saya ada juga baca fasal, jangan syak wasangka sebab ia adalah penyakit hati. Dah dalam artikel tu tulis, kita seharusnya tidak syak wasangka dalam diri kita. Dan trust me, i am working on that. Hahaa...

So, kita ni walaupun banyak membaca tetap kita kena mencari sumber yang mampu memberikan kita sesuatu info yang berguna. Then kalau kita tak tau akan sesuatu, bertanya kepada mereka yang kita percaya dan mampu memberikan jawapan yang mampu memuaskan hati kepada yang bertanyaaa... okay?

Maaflah weh.. ni entry lama.. saya publish je.. hahaha...

Assalamualaikum wbt

P/s: macam-macam kan?

UMNO RAUB: Bengkel Lepasan Pelajaran dan Cakna Masa Depan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Pada hari Selasa lepas, 17 hb March 2015, saya telah dijemput ke Bengkel Lepas SPM, KEMAHIRAN, DIP, IJAZAH, MASTER. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian UMNO Raub yang memfokuskan kepada lepasan-lepasan pelbagai tahap pelajaran ini dalam mencari hala tuju.

Saya turut serta sebagai peserta dan walaupun kan, saya tetap join sebab saya mempunyai matlamat saya sendiri. Saya joined program tersebut adalah untuk membiasakan diri dengan persekitaran. Saya sedia maklum dengan diri saya yang akan kurang mesra dengan Bahagian UMNO Raub ni, jadi, ayah saya sendiri mengsyorkan saya untuk pergi ke sebanyak mungkin aktiviti yang berkaitan dengan UMNO dan biasakan diri dengan kepimpinan tempatan.

Makanya, saya pergi. Saya juga dapat beberapa tips yang amat membantu diri sendiri dan penceramah Encik Jeem Azmy mengatakan bahawa saya kurang Facial Expression. Okay, i take that as something that i could work on and inshaaAllah, i will work on that surely, thank Mr Jeem. Your talk actually help me a lot.

Lepas tu, after rehat, pihak penganjur mengadakan Sesi Dialog dengan Professional yang mana, sesi dialog ini menampilkan ramai ahli-ahli professional di Daerah Raub. Antara mereka adalah, Yang Berhormat Dato' Seri Shahiruddin bin Haji Abdul Moin (Ketua UMNO Raub merangkap Exco Negeri Pahang), Dato' Ir. Azinuddin ( Timbalan Ketua UMNO Raub merangkap Ahli Korporat), Puan Fadhilah (Ketua MARA Raub), Encik Zaidi (Pengurus GIATMAR Raub) dan ramai lagi.

Ahli-ahli professional ini menggalakkan para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan menjadi seorang peniaga.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini amat bagus dan sememangnya satu aktiviti yang amat patut dijalankan bagai menerangkan keperluan yang ada kepada para lepasan.

Jadi, mungkin selepas ini Bahagian UMNO Raub dapat menjalankan aktiviti yang berasaskan perniagaan or Enterpreneur Based Programme yang mungkin boleh explore bagaimana untuk menggunakan micro blogging or social media dengan lebih berkesan dalam memasarkan produk keluaran penduduk tempatan. Cadangan saya la and i did write this on my borang maklumbalas.

So, that is all.

Assalamualaikum wbt

P/s: i love covering such activity.

Tuesday, March 17, 2015

Trip ke Melaka Part 2

Assalamualaikum wbt,

Saya nak sambung balik entry Trip ke Melaka tadi, selepas kami pergi ke Zoo Melaka, kami pergi ke Nilai sebab ada yang nak sangat ke Nilai.

Saya bukan apa la eh, dari pergi ke Nilai, better pergi cari makan ke RNR je.. senang dan mudah amat. Kalau ke Nilai, apalah sangat yang ada untuk kanak-kanak kan? Kedai makan ada, tapi tak banyak lah, therefore, better ke RNR rather than ke Nilai tu.

So, selepas ke Nilai, kami pun balikkkk... yeay! Dengan semua tidur belaka, kami balik dengan senang hati. Then, untuk persinggahan yang last, kami singgah di selepas Tol Gombak untuk buang air segalanya.

Then dalam pukul 10 malam macamtu, kami pun sampai di rumah. Seronok lah jugak...

That is all.

Assalamualaikum wbt

P/s: ni dah habis letih dah lah.. hahahah

Trip to Melaka.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Saya aritu ada update fasal going to Melaka, tapi malangnya, the post was not able to publish sebab ada masalah line plak. Pening jap.

So, on that note, saya akan write a new entry dan hope boleh lah baca eh... hehe..

Macamni, last Saturday and Sunday, saya, mak saya dan 5 orang anak sedara telah pergi ke Melaka dengan rombongan KEMAS dan saya dengan mak saya telah menggantikan kak saya dengan husbandnya. Sebab anak yang tadika tu demam. Oleh itu, saya dengan mak saya la yang menggantikan mereka pergi ke Melaka. Haaa.. macamtu la ceritanya..

Kami bertolak pada Sabtu, 10 malam dan sampai di Melaka pada pukul 6 pagi. Biasalab jalan malam kan, dengan budak-budak pulak tu, makanya, tido je laaa.. hahaha..

Sesampai kami di Melaka, kami terus menuju ke Masjid Selat Melaka yang mana ia sungguh cantik dan kami sempat bersolat di situ. Masjid tersebut seolah-olah berada di atas air laut. Dan kami juga sempat menghirup udara segar dari bayu laut selat melaka. Cantik dan menyegarkan.

Selepas itu, kami bertolak ke Menara Taming Sari dan kami bersarapan di salah sebuah kedai makan yang ada di situ. Okay laaa.. not bad, tapi disebabkan kami sampai di situ terlalu awal, maka, banyaklah kedai yang tidak buka lagi. Kami ended up makan dikedai yang sama. Bayangkan betapa havocnya kedai tu dengan kami 1 bas. Hahahaha.. gila kan..

Selesai makan, kami pergi ke tempat yang boleh dilawati disekitar kawasan Menara Taming Sari. Disini, kami berpecah dan menjalankan aktiviti masing-masing. Saya dengan 5 orang anak sedara saya pergi melawat pelbagai tempat lain. Selain taman yang ada di kawasan tersebut, kami melawat ke Muzium Samudera yang bentuknya seperti bahtera. Agak berpatutan dan di dalamnya, kita dapat lihat pelbagai jenis artifak hasil peninggalan penjajah Melaka dahulu.

Sebelum itu, kami melawat Gereja Stadhyus *betulkan kalau salah ye...dan juga Malacca Fort. Kami ada juga bergambar di sini. Ia juga agak menyeronokkan. Kami dapat melihat kubu peninggalan penjajah Melaka dahulu.

Selepas tu kami bertolak ke Perigi Hang Tuah, di mana ia dipercayai dibuat oleh Hang Tuah menggunakan kakinya. Mengikut ceritanyaa lahh.. saya rasa Hang Tuah tu gali je kot... entah la.. kan..

Then kami pergi ke Zoo Melaka. Ya Ampunn.. ramainya manusiaa!!!! Saya beratur untuk tiket lebih kurang 30-40 minit jugak lah... pergh, memang lama. Saya pun rasa macam nak putus asa, tapi memandangkan anak-anak sedara nak pergi tengok animals, saya gagahkan jugak. Dah la panass... hahahaha.. pening jap.

Masuk ke Zoo Melaka tidak la semahal yang disangka tetapi dengan keadaan Zoo yang masih dalam renovation, saya amat berharap mereka adakan diskaun untuk kemasukan pelawat local. Sebab ada banyak kurungan yang tidak dipamerkan. Mungkin disebabkan penambahbaikan yang dilakukan, maka mereka patut memberikan diskaun kepada pelawat local. Itu pendapat saya.

Itu sahajalah untuk trip kami ni, nanti ada masa saya cerita lagi.

Assalamualaikum wbt

P/s: letih...tapi seronok.
P/p/s: gambar dorang di Malacca Fort.

Sunday, March 15, 2015

Isu Semasa : Harga Rumah Mahal?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Untuk entry hari ni, saya ingin cerita fasal perumahan yang ada di bandar-bandar besar, khususnya, Kuala Lumpur.

Aritu ada Parlimen Titiwangsa, maaflah, saya tak tahu la dari Parti politik mana, tapi dia membawakan satu isu yang menarik. Penjualan dan pemilikan rumah di Kuala Lumpur. Baik! ini, sangat menarik. 

Maaf, baru je Google, namanya adalah YB Datuk Johari bin Abdul Ghani dan dia merupakan ahli Parlimen dari Parti Barisan Nasional. Dia membawa isu penjualan dan pemilikan rumah di Kuala Lumpur, kenapa saya kata ia menarik, sebab ia adalah itu yang pada saya memang sepatutnya dari dahulu lagi dibawa. Saya tak pasti lah samaada isu ini dibawa dari dahulu tetapi ia tidak mendapat perhatian hanya kerana BN memerintah Selangor dahulu, or kawasan bandar, tetapi memandangkan ia sudah mendapat perhatian, ternyata ia perlu diberikan perhatian yang amat khusus.


 Kenapa? Bayangkan, sekarang dengan kejatuhan harga Ringgit, *moga tidak terus jatuh...amin... memang peratusan pemilikan rumah dibandar mungkin ada kuota mereka masing-masing, *i need to read more on that. Rumah cantik-cantik, apartment besar-besar, kawasan bandar pesat, rasanya berapa harga yang mereka tawarkan untuk sebuah apartment? Mungkin RM 2 juta? or RM 3 juta mengikut keluasan premis? Kan? 

Jadi, memang Malaysia bukanlah satu pilihan tempat persaran or penetapan ramai rakyat asing yang kaya pada dahulunya, tetapi, sekarang dengan 'pengiklanan' free yang dibuat oleh ramai pihak dengan review Malaysia sebagai satu tempat persaraan yang terbaik, well, tidak mustahil ramai yang akan membeli premis di Malaysia dan menetap di Malaysia. Satu perkara baik? Mungkin, dengan boosting Malaysian economy, tetapi adalah ia yang terbaik bagi Malaysia? entah, Itu kena betul-betul dikaji dengan lebih mendalam.

Tetapi dalam perkara ini, Tanah dan Perumahan, kuasanya terletak di Kerajaan Tempatan, bermaksud, ia terletak pada tangan mereka yang memerintah sesebuah negeri. Oleh sebab itu. Jadi mungkin sesetiap kerajaan tempatan mempunyai pandangan masing-masing terhadap yang mereka buat. Dari segi kewangan, mungkin ia juga memainkan peranan penting dalam kelulusan sesebuah projek. Jadi! apa yang kita sebagai rakyat boleh lakukan? Well, itu memang kena tanya diri sendiri kerana saya sendiri takde jawapannya.. 

Itu sahaja untuk pencerahan hari ni...

Assalamualaikum WBT

p/s: moga kita dapat berfikir dengan lebih baik.

Saturday, March 14, 2015

Isu Semasa : Ringgit.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? sihat tak? Kalau anda semua sihat, alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kerana menjaga kesihatan anda dengan baik sekali...

Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak update entry for these past two days, takde line weh... susah sikit. Ada problem, so, saya decided untuk take a short rest dari update entry. Jadi untuk hari ini, insyaa Allah, saya akan update entry. *tengah update ni, tengah menulis ni.

Jadi, apa isu yang saya nak bawak hari ni. "Kejatuhan Ringgit".

Baik, ini yang saya baca dalam Sinar Harian haritu tapi dalam artikel tu kenyataan mereka lebih menggembirakan sebab ia membantu industri pelancongan Malaysia. Well, well, boleh eh camtu? Iya lah, mungkin ada sesetengah orang bila pelancongan asing ramai, ia lebih menampakkan tentang pemesatan industri pelancongan di Malaysia ni berkembang baik, tapi hakikatnya?

Dengan kejatuhan Ringgit, dan ada yang berpendapat bahawa Ringgi akan lebih jatuh. Wow, bayangkan kalau 1 US Dollar dah RM 3.70, kalau Pound Sterling? Takke lagi mahal,.. sebenarnya, korang tau tak implikasi kejatuhan Ringgit ni? ke korang suka Ringgi kita ni jatuh ke camne?

Tapi apa-apa pun, saya merasakan Kerajaan komited dalam cuba untuk mengelakkan daripada Ringgit terus jatuh menjunam. Dan dalam artikel tersebut, mereka memberi contoh, Indonesia. Walaupun industry pelancongan mereka berkembang pesat, namun, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada keseluruhan rakyatnya kerana dengan apa yang dalam kita lihat, ia hanya akan memberi faedah kepada mereka yang menceburi bidang pelancongan sahaja. 

Tapi itu mungkin pendapat saya sahaja, tapi saya betul-betul percaya yang Kerajaan Malaysia akan mengubah senario ini kepada yang lebih baik! Saya percaya.

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya akan cuba bawakan isu-isu menarik setiap pagi untuk bacaan ramai.

Wednesday, March 11, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah : Kumbang Bukan Seekor.

Assalamualaikum WBT,



Haaa... hari ni Jemah kembali lagi dengan entry yang boom! cerita-cerita yang menarik hati serta mengugat hati-hati mereka yang membacanya!!! Kau rasa? Deknon rasa Jemah nak biarkan hadek-hadek pembaca blog NIM ni tercungap-cungap mencari berita-berita sensasi? No no no..*sambil tunjuk jadi telunjuk tercucuk kat hidung!

Jemah akan sentiasa mencari dan mengulas berita-berita sensai dunia hiburan tanahair serta dunia hiburan seantero dunia, waima Zimbabwe sekalipun!!! Jemah sanggup berjemur berpanas di Zimbabwe semata-semata nak mencari berita sensasi dunia retis. *letih taip intro!

Jemah memang jarang tengok rancangan-rancangan TV berunsurkan gossip-gossipan, entah kenapa! Jemah memang tak suka. So! Ada orang tanya, Esah Kemenyan bagitahu Jemah, berbunyi macamni,

"Jemah! aku dengar ada orang soh seh soh seh cakap kau buat-buat cerita kat blog NIM tu? Iya ke? lagi satu.. dorang cakap kau saje je cuba melaga-lagakan orang kat blog tu".

Jemah pun jawab lah dengan penuh tawaduk.

"Ya Allah Esah!!! mana ada! Akak tak buat camtu lah... akak membaca okay? Selain kau, akak ada sumber-sumber lain yang boleh dipercayai, lagipun, kat dalam blog NIM tu, akak tulis sendiri okay, takde penulis dua tiga orang, akak tak mengupah macam blogger hiburan lain. Lagipun, akak kat sini nak cari sumber halal. Lagipun, nak mengharapakan kau bagi akak berita? haram!! takde sangat okay? Berita kau bawak, takde nilai!"

"Amboi kau Jemah, mementang pemes, kau cakap aku tak berguna? sampai hati kau Jemah!".

"Eh, bukan tak berguna sepenuhnya... sikit je, tacing sangat lah kau Esah!, over".
Itu antara perbualan Jemah dengan Esah Kemenyan lah!!! Korang jangan main-main tau, Jemah dengan Esah Kemenyan ni dah lama kawan, ala-ala best friend gituh... hahaha.. ibarat kata, kalau cubit peha kiri Jemah, peha kanan Esah terasa lah... *tapi Esah Kemenyan ala... hmmm... lemak lebat, camne? lantaks.. kesah lah Jemah... hahaha...

Now, Jemah ada lah terbaca sikit fasal seorang artis tu, haaa... nak kata muda, takde la muda sangat. Nak kata tua, takde la tua. Masih muda lah, senang kan dengan drama lovey-lovey dorang. Bukan yang wanita tu, yang lelaki nya. 

Macamni lah, senang Jemah cakap eh, dalam bercinta ni, rasa tu memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Jemah bagi contoh awak makan Mee Kari. Kalau mee kari tu nak kena ada mee, kuah, sawi celur, taugeh halus, daun sup, daun bawang, bawang goreng, taufu kering, kerang, ayam, semua kena ada. Kenapa? Sebab ia membuatkan mee kari tu lebih sedap dan lebih berperisa.

Tapi sesetengah orang cuba juga makan mee kari walaupun dia suka kuey teow. Jangan paksa dek, tak elok sebab alih-alih sisa-sisa awak juga kena kutip buang, kan? So! order yang lain, biarlah mee tu amik segala jenis perisa yang telah awak order. Begitu juga mee tu, janganlah awak paksa dia makan juga sedangkan dia memang tak suka mee. Paham tak?

Jadi! Jemah nak cakap sikit, dalam dunia ni, cinta tak boleh paksa. Kalau paksa-paksa, jadilah macam Jemah! Jemah dah cakap dengan Channing Tatum yang Jemah tak boleh terima dia sebagai husband sebab Jemah... hmmm... tak nak bermadu dengan Jenna... lagipun Jemah dengan Jenna tu adik-beradik angkat!! Jemah tak sanggup. Sebab tu lah, kalau Jenna tu ajak Jemah pergi rumah dia, tido situ, Jemah malas. Iya lah kan..mana lah tau!!! hahahha... Jemah tak kuaddd...

Then, sementara Jemah menghadam cerita pelawak tadi tu.. eh? Jemah ada terdengar dari sumber Jemah, kali ni memang Esah Kemenyan, dia cakap yang ada seorang penyanyi wanita Malaysia ni buat PC sebab ada kata-kata nista. Nasib baik dia cakap dalam telefon sebab kalau dia cakap depan-depan, memang Jemah dah lempang dia, Jemah cakap kat dia..

"hoih Esah! aku dah tulis cerita ni aritu!!!"

Terus dia hang up kat Jemah, kuangajo kau Esah! Bungok.

Tu je lah untuk cerita minggu ni. 

Thanked God cerita Sotong Kurita tu dah habis. Pening dan menyampah tengok wehhh... Menghina sungguh. Itu pendapat Jemah lah... orang lain Jemah tak kisah lak lah kan... hehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: Jemah suka membaca uolss...

Tuesday, March 10, 2015

Saya Seorang Acrophobia!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Setiap orang mesti ada rasa takut kan? Sesetengah rasa takut kat benda bergerak. Macam mak saya, dia takut kat ular, ulat-ulat. Dia geli+takut. Haha... entah kenapa.

Kalau saya? Saya takut+geli Cicak, Katak. Ya Allah.. memang geli geleman kalau jumpa dorang-dorang ni!! Lembik, sejuk. *ni tengah meremang bulu roma dok bayang!! yikess!!! geli!!!


Then kalau kita cam rasa takut lagi, saya takutkan ketinggian. Afraid of Heights (acrophobia) lah. Tak kisah la setinggi 2 tingkat pun, saya tetap takut. Usahlah yang tinggi gila tu kan... macam jambatan KLCC ke.. tak koser hakak dek nak naik benda tu!! pernah naik sekali dulu, tapi iya la. tak pandang bawah, pandang depan je. Lembik lutut.

Takut kepada ketinggian ni macam, kalau saya berada di tempat yang tinggi, kaki saya akan sweating dan saya sendiri rasa macam nak cepat je menapak kaki ke tanah. Memang rasa macamtu. Sumpah!!!

Ni sambil menulis ni saya rasa macam geli je tapak kaki. Tadi baru je lepas tengok Amazing Race USA Season 24, dorang jalan atas tadi kat Marina Bay Sands, Singapore. Benda tu la tinggi, then jalan plak atas 1 lembar tali! 1 LEMBAR TALI!! with nothing bawah dia, hanyalah bergantung kepada ikatan yang ada kat badan tu, harness eh benda tu.. entah.. tapi memang menakutkan. Peserta dalam Amazing Race tu boleh seronok-seronok! vongoks tau!!! 

Saya yang tengok ni rasa macam... whattt!!! nowwaaayyyy....

So! korang ada rasa takut-takut or phobia or afraid of something ke kan? yang mampu dijadikan bahan bicara? Kongsikan dengan saya di ruangan komen dan mungkin cara untuk mengatasinya. Kalau macam saya ni, entah lah, setiap kali saya naik bangunan-bangunan tinggi pun rasa geli kaki. uhhhhh...

Kongsikan eh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Cicak tu lagi menggelikan. memang tak boleh. no way... no..
p.p/s: Dua hari ni tengok Ruby dok post gambar 3D tempat tinggi kat KLMUC.. gila scary!!!

Sakit Gigi Memang Menyakitkan!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Hari ni hari Selasa, hari kedua bagi negeri yang tidak cuti pada hari Ahad dan ia hari ketiga bagi mereka yang kerja pada hari Ahad. Baiklah, saya bukan nak menulis fasal cuti, tetapi, nak cerita fasal Gigi!

Kenapa gigi? Dalam iklan Dr. Say tu cakap, 'Kenapa arang?'

So! tadi nak dijadikan cerita, kami bercerita fasal sakit gigi. Lokasinya dengan kedai kat depan rumah saya ni. Biasalah, kalau hari hujan, ramai yang ke kedai makan-makan kat kedai je... mostly, baru je lepas hantar anak dari sekolah kan... hehe.. 

Cerita dimulakan oleh salah seorang daripada kami yang cakap harga satu klinik kat Bandar Raub yang kat depan Tunas Manja tu mahal. RM40.00 bagi sebatang gigi susu. Kakak saya cakap, anak sedara saya cabut gigi kat situ, anak dia lah. 2 batang gigi susu. So, totalnya RM80.00. Jikalau hendak dibandingkan dengan harga di Klinik Perdana yang dekat Bandar Raub lama, dekat deretan kedai makan Hanis Husna tu, ia jauh lebih murah!! Satu batang gigi susu RM10.00. Murah gila kan? Murah gilaaaa... untuk kanak-kanak lah, untuk dewasa, tak silap RM25.00 sebatang.

Then, masuk pulak bab sakit gigi. Ramai yang respon sebab sakit gigi ni bukan macam sakit lain. Ada jiran saya cakap, masa tu dia ada kat situ jugak,

"sakit gigi ni sakitt... kalau saya biar sakit beranak dari sakit gigi".



Betapa menunjukkan sakitnya sakit gigi. Haaa.. kau rasa. Sebenarnya, saya memang bersyukur kepada Allah SWT, saya tak pernah lah sakit gigi ke apa. Cuma aritu nak tumbuh geraham bongsu, sakit jugak lah but sekejap je...

Sebenarnya saya mempunyai gigi yang kecil-kecil. Orang cakap gigi saya tak padan dengan badan yang comel saya miliki. *ayat tak tahan kan?

Pernah tak korang sakit gigi yang terhamat sangattt.. sampai buat sesuatu yang tak masuk akal sebab terlampau sakit. Sakit gigi ni memang sakit kan? perghhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: alhamdulillah, saya tak pernah lagi sakit gigi... hehe..

Harga Caj Doktor Murah!!!

Assalamualaikum WBT,

Semasa kita kecil, kita selalu berangan-angan kan? kadang-kadang ada angan-angan itu menjadi kenyataan dan ada juga yang menjadi hanya angan-angan. 

Jadi, hendak dijadikan cerita, semalam, anak-anak sedara saya bermain doktor-doktor. Maksudnya, seorang jadi doktor dan dua lagi jadi pesakit. Jujuk ??? entah hapeee!!! hahaha... 


Haaa.. mana nak cari harga macamni sekarang ni wehhh... hahahah...

Iya la kan, masa kekecik ni masih tak nampak lagi betapa costlynya segala costs yang ada di hospital or klinik kan? nanti dah besar, tau lah sendiri... gituhhh...

Cute sangatt!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Paling murah 1.00 = sakit ketiak okay!!!
Sakit tangan 10.90... kat mana datang 90 sen tu sumpah tak tau!!! hahahaha...

Monday, March 9, 2015

Menunggu Penantian.

Assalamualaikum WBT,

Ni ada lagi satu gambar yang saya suka.

Gambar ini adalah gambar anak sedara saya, Muhammad Fitri Haqiem yang sekarang ni tengah demam. Semalam panas gila badan dia, siap meracau-racau lagi. Sebenarnya, anak-anak sedara saya yang anak akak cik saya ni, semuanya kalau demam or sakit memang meracau-racau, kenan arwah ayah dorang agaknya...


Saya namakan gambar ini, Menunggu Penantian. Entah, saya rasa 'rasa' menunggu penantian tu rasa betul dengan gambar ni.

So! ini lah...

Model : Muhammad Fitri Haqiem
Lokasi : Stesen Keretapi Kuala Lipis
Pakaian : Koleksi Sendiri
Kamera : Handphone Samsung Galaxy Grand DUOS

Assalamualaikum WBT

p/s: Feeling lagihhh... hahaha
 

Mem-feelingkan diri kita!

Assalamualaikum WBT,

Semasa saya pergi melawat Taman Haiwan dan Muzium Warisan Sejarah Lipis, saya sempat ke Stesen Keretapi Kuala Lipis yang bertempat di tengah-tengah bandar lama Kuala Lipis.

Then sesampai di situ, saya sempatlah berposing sana-sini dan ini adalah hasilnya selepas ditangkap dan diedit. Haha... saksikanlahhhhh~~~ *feling...



Kalau rasa macam nak tengok gambar tu dengan lebih jelas... makanya, tolonglah click! hahahaha.. nak save pun saya takde masalah... hahaha.. *felingg...

Tu je lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: feling kan?

Bandar Kuala Lipis, Bandar Bersejarah.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Bandar Kuala Lipis dan Bandar Raub adalah bandar-bandar lama yang ada di negeri Pahang.

Kedua-dua gambar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bandar Raub terkenal dengan kandungan sejarah emasnya dan Bandar Kuala Lipis terkenal dengan sejara di mana ia pernah menjadi ibu negeri Pahang. Disekitar Bandar Kuala Lipis mempunyai pelbagai jenis bangunan lama yang mampu menjadi bahan sejarah yang hebat.

Antaranya adalah Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1888. Dan ia juga pelbagai jenis bangunan lain yang memang mempunyai usia yang lebih daripada 100 tahun.

Zero milestone juga terkenal di Bandar Kuala Lipis. Ia kerap kali menjadi tatapan dan 'tembakan' kamera para jurugambar.

Jadi, kepada yang ingin melawat Bandar Bersejarah Kuala Lipis, boleh lawati tempat-tempat lain yang sungguh menarik. Ia mesti menjadi pengalaman yang terbaik buat anda dalam menyaksikan tinggalan lama.

Selamat Melawat!!

Assalamulaikum wbt

P/s: nanti nak melawat lagi...

GIATMARA : Bukan lagi institusi kelas ke-3!!

Assalamualaikum WBT,

http://www.giatmara.edu.my/


Dahulunya dipandang sebagai institusi kelas ketiga namun, pandangan itu telah berubah dan sekarang ia sudah menjadi  institusi yang unggul dan telah melahirkan lebih 300,000 belia dengan pelbagai kemahiran di seluruh Malaysia. 

Sejak 1986, GIATMARA telah komited untuk melatih anak Bumiputera dalam memperbaiki kehidupan. Bermula dengan hanya 60 pelatih di GiatMARA Jitra, Kedah, GIATMARA terus menjadikan agenda untuk memperbaiki kehidupan anak Bumiputera sebagai agenda utamanya. Bermula hanya dengan 3 kursus utama iaitu, Elektrik Domestik, Menerap Bata  Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. 

Bermula hanya dengan 3 kursus, sekarang GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus dibawah 12 Kluster. 12 Kluster tersebut adalah Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & Teknologi Maklumat, Fabrik, Elektronik & Mekatronik, Kulinari, Kosmetik dan Hospitaliti. Dimaklumkan bahawa sebanyak enam (6) lagi kursus akan ditambah iaitu, Peranti Aplikasi Mudah Alih, Pelancongan, Operasi Hotel, Penyiaran, Penyelenggaraan Mesin Berat dan Kimpalan Dalam Air.

Sehingga sekarang, GIATMARA telah ditubuhkan sebanyak 231 diseluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, GIATMARA menggunakan konsep 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori. Ini membolehkan para pelatih GIATMARA untuk merasai bagaimana cara kerja yang betul. Amalan praktikal ini juga membuatkan para pelatih membiasakan diri untuk rasa bekerja dalam bidang yang mereka pelajari. Perkara seperti ini memang memupuk rasa minat kepada para pelatih untuk lebih tekun belajar kerana ia adalah "hands-on" experience yang memang bernilai.

Bersempena tahun ke-29 penubuhan GIATMARA, saya juga adalah salah seorang daripada pelatih GIATMARA dalam bidang Fashion and Dressmaking ingin mengucapkan tahniah dan teruskan usaha yang dilakukan dalam menaiktaraf tahap kehidupan anak Bumiputera.

Jasa yang telah dilakukan kepada lebih 300,000 belia Bumiputera memang tidak ternilai. Ia sungguh mahal dan usaha yang kalian lakukan adalah hebat dan sungguh bernilai. Tahniah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ia bukan lagi institusi kelas ke-3!

Sunday, March 8, 2015

Dari Mana Idea Anda?

Assalamualaikum WBT,

Bila kita berblog walking kan, kita *saya mesti tertanya-tanya...

"Dari mana la dorang ni dapat isu best-best yang dorang tulis dalam blog ni?"

Kadang-kadang saya jeles tapi bila dah lama-lama, I now have my own sumber too. Kadang-kadang saya amik dari luar negara then adapt dengan situasi kat dalam negara. Kadang-kadang yang dalam negara pun amik, tapi sekarang ni saya dah jarang sangat dan mentioned specific names dalam tulisan saya. Iya lah, kang apa plak kan? mana lah tau... bukan takut, cuma ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang mampu menghancurkan diri sendiri. Gituhhh... kan?

Then, saya suka juga baca surat khabar, tapi certain surat khabar lah, tapi kadang-kadang bosan jugak asyik baca Sinar Harian je, beli jugaklah Berita Harian tu, nak-nak sekarangkan borang ABPBH tu kan... makin rancak la saya membeli, kononnya nak hantar. Hehe... last-last takde, sebab tu lah kot ramai artis tak memang, sebab saya tak hantar. Vote online pun boleh kan? ke? *jap check.

Lepas tu saya pun ada juga kadang-kadang tengok berita dalam TV dan cerita-cerita dalam tv yang mampu untuk provoke pemikiran marhaen, kan. Gituh. Hahaha...

Korang? Apa sumber korang sebagai blogger? share la dengan saya...

Terima kasih,

Assalamualaikum WBT

p/s: pembacaan pelbagai mampu menajamkan fikiran. 

Jangan Gaduh K?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Memintak semua sihat lah ye...


Baik, untuk entry ini saya cakap sikit mengenai perbalahan. Iya.. perbalahan yang mampu menguntungkan adalah sesuatu yang baik, seperti win-win situation usually used in negotiation to get something, but! perbalahan yang merugikan adalah seperti peperangan yang memang memberikan kerugian kepada kedua-dua belah pihak. 

Jenis-jenis perbalahan ni ada banyak sebenarnya, ayam-itik, ayam-ayam, itik-itik dan paling ganas singa-singa, or badak air-badak air.

Kenapa semua dinamakan haiwan, sebab haiwan bergaduh sebab itu nature mereka. Nature kita sebagai seorang manusia bukan bergaduh. Nature seorang manusia adalah berbaik-baik, tapi kalau tak berbaik-baik pun, boleh acting profesional lah gitu kan? Haiwan tak boleh act pro, dorang kalau jumpa memang terus akan bergaduhan. Itu haiwan, tapi kita manusia.

Kita manusia ni panjang akal, kadang-kadang yang tinggi belajarnya lebih mempunyai akal yang panjang. Itu je lah. Tapi kita manusia ni kalau bergaduh, fikir nak saman lah, apa lah. Nak buat press conference lah, apa lah kan? 

Hebat kan? Kita manusia. Sebagai contoh, yang menggegarkan Malaysia, *gegar ke? Gegarvaganza jugak lah khen? Maklum lah, dua orang agama dalam negara kita ni ada sedikit perselisihan pendapat. 

Sejujurnya, sebagai seorang Melayu, Islam, saya agak malu juga dengan perkara sebegini digembar-gemburkan. Seorang Mufti dan seorang pendakwah berselisih pendapat. Korang tau tak yang bila kita ni belajar tinggi, semakin besar dan berat tanggungjawab dan semakin besar dugaan. Apakah dugaan paling tinggi kepada orang yang berilmu ini? SANJUNGAN RAMAI. Berapa ramai orang yang berilmu rasa diri dia tinggi imunya? 

Menegur boleh, tapi kalau sampai menempelak, bukan teguran namanya. Yang ditegur pun sepatutnya boleh ditegur, bukan terus hendak melatah.

Saya bukan seorang ahli agama, tapi melihatkan keadaan ini. Ya Allah, kenapa jadi macamni? saya bertanya. Masuk surat khabat okay, national newspaper yang lebih seronok mengambil peluang untuk menjual iklan dan berita. Gila? Memang.

Sorang cakap dia akan call dia, then sorang lagi cakap si dia akan call. Sudahnya? Entah lah, mungkin mereka sudah ada jalan penyelesaian. Marilah kita doakan mereka supaya berbaik-baik dan mecari jalan penyelesaian untuk permasalahan ini. Amin. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Janganlah bergaduh, awak berdua orang agama. 

MH370 : Kami Masih Berharap.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Hari ni hadi Ahad jadinya... memang sunny lah.. memang tak dapat dinafikan langsung. 

Hari ini adalah hari yang ke 1 tahun incident kehilangan MH370... 



Semoga segala kekusutan ini menemui jalannya. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Dunia masih bersedih.
 

YB Dato Aziz bin Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya pergi ke Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan SJKC Jerkoh, then terfikir, saya nak buat entry la fasal Ahli Dewan Undangan Negeri tempat saya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, YB Dato Aziz bin Haji Mat Kiram. 



Pada pendapat sayalah, YB Dato ini adalah seorang yang agak reserved dan seorang workaholic. Yes, saya sering juga pergi ke majlis-majlis formal sebab saya drive ayah saya pergi ke majlis-majlis tersebut. Then, what I can see adalah when it comes to something like entertain the VVIPs, YB Dato akan pergi but then setakat tu je lah. Saya rasa YB Dato ni everything is work, more than that, kurang la sikit. Bagus la macamtu kan?

Pada tahun lepas, Ayah, Mak dan Mak Cik saya berpeluang untuk mengerjakan umrah bersama-sama YB Dato Aziz dan Datin. Apa yang boleh saya katakan menerusi pengalaman Ayah dan Mak saya adalah, YB Dato dan Datin adalah orang yang mudah mesra dan memang mempunyai perwatakan yang menyenangkan. Kebetulan pula Mak saya menginap sekali dengan Datin dan Ayah saya menginap sekali dengan YB Dato. Mereka memang orang yang mudah mesra.

Dari politiknya, YB Dato Aziz bin Mat Kiram adalah Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Batu Talam. Pada tahun 2007, selepas kematian wakil rakyat Dato' Tengku Faris bin Tengku Razlan pada tahun 2006 akibat barah, pencalonan nama dalam UMNO dibuat dan ia menyaksikan beberapa nama besar dalam UMNO Raub dicalonkan. Mereka adalah, Datuk Mustafa Kamal (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub), Datuk Ir. Azinuddin Abdul Rahim (Naib Ketua Bahagian), Tengku Abdul Rahman bin Tengku Perang ( Ketua Pergerakan Pemuda), serta Datuk Abdullah bin Abu Bakar ( Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Presiden Majlis Belia Felda Pahang). Namun, rezeki berpihak kepada YB Dato Aziz bin Mat Kiram.



Oleh itu, YB Dato Aziz bin Mat Kiram telah bertanding di DUN Batu Talam dan menentang calon Bebas Ng Chee Pang. Pilihanraya kecil ini telah diboikot oleh PAS dan PKR. YB Dato menang dan majoriti 5,857 undi ke atas Ng Chee Pang. 

YB Dato Aziz juga mengekalkan kemenangan kerusinya di kedua-dua pilihanraya umum (PRU) 2008 dan 2013. Ini membuktikan bahawa kerjanya diiktiraf dan beliau telah membantu ramai penduduk tempatan DUN-nya. Beliau juga tidak putus-putus membantu rakyat dan penduduk tempatannya dalam pelbagai permasalahan. Sebagai salah seorang daripada penduduk kampung yang berada di dalam DUN Batu Talam dan juga anak kepada seorang ketua kampung, iaitu Ketua Kampung Jenud, ayah saya sering berhubungan dengan YB Dato dalam menyelesaikan permasalahan dan YB Dato juga adalah seorang yang senang dibawa berbincanng jikalau ada sebarang permasalahan.



Jikalau berjumpa di kedai kopi, di kedai kopilah pejabatnya, jikalau berjumpa di pejabat, pejabatlah pejabatnya dan jikalau berjumpa di majlis-majlis rasmi, majlis rasmilah pejabatnya. Nampak? Betapa senangnya untuk dibawa berbincang dengan YB Dato. YB Dato juga adalah seorang yang mesra rakyat. Seriously.

Hebat bukan? Keep the good work YB Dato, kami sentiasa menyokong anda.

Assalamualaikum WBT

p/s: #sayatetapsokong 

Saturday, March 7, 2015

Sambutan Tahun Baru Cina di SJKC Jerkoh.

Assalamualaikum wbt,

Haaa.. sekarang buat apa korang? Tempat saya ni hujan yang amat lebat. Tak tau kumpul selama mana gamaknya.

Mintak-mintak la lepas ni takde masalah air lagi. Mintak-mintak hujan ini mampu menambah air di empangan yang ada di Malaysia, yang bermasalah lah... yang tak kritikal pun mintak-mintak masih penuh la... kan?

Now, saya berada di Dewan SJKC Jerkoh sebab ada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Tadika Perpaduan Daerah Lipis yang dirasmikan oleh Dato' Seri Ir Soffi bin Haji Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benta.

Beliau mengajak kita rakyat Malaysia sama-sama mengekalkan dan menyuburkan perpaduan yang selama ini dikecapi.

Beliau juga menegaskan bahawa perpaduan yang kita kecapi sekarang ini adalah berkat dari pengorbanan mereka yang terdahulu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada KRT yang ada di Daerah Lipis.

Assalamualaikum wbt

P/s: kenyang weh...

Santai Ben Ashaari pentingkan kejujuran.

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar semua? Tadi saya ada beli Berita Harian, tau sebab apa saya beli BH untuk edisi Sabtu ni?? Tau kenapa??? Sebab saya tau yang Abang Ben Ashaari ada masuk BH... dia adalah seorang blogger otai dah kot, gila tak baca fasal dia, walaupun selalu tengok kat dalam blog cuma, kalau dalam akhbar ni, rasa lebih rasa pembacaannya tu... kan. haha...

So! saya pun tengah baca sekarang ni, mana tahu, ambil persis-persis kehebatan Abang Ben kan? 

Abang Ben cakap,

"menulis perlukan kejujuran. Ia lebih bernilai dari wang ringgi."

Itu saya paraphrase sikit lah... gitu... hehehe... 

Tapi apa yang Abang Ben cakap, dalam berblogging ni kena jujur dan janganlah ikut trend sangat. Ramai blogger yang menggunakan nama-nama dan kontroversi artis dalah menaikkan rating. Saya ada terbaca yang Abang Ben tulis, tentang rating, dia baru dapat tengok selepas 6 bulan berblog. 

Haha, saya? Sampai sekarang tak pandai nak tengok rating weh. Tapi apa-apa pun, Abang Ben cakap, dalam penulisan blog ni, kita kena jujur dan kita perlu lah mencari sumber yang sahih untuk ditulis. Jangan main tulis je. Tak baik. kay?

Itu sahaja lah...

Assalamualaikum WBT,

p/s: eh, baru perasan yang background blog saya lebih kurang background blog Abang Ben, maaf. Saya tak sengaja abang Ben, nanti saya tukar.
p/p/s: Jangan lupa contest ni!!! FVXTLN

Friday, March 6, 2015

FashionValet x The Luxe Nomad Contest!! Join join!!!


Assalamualaikum WBT,

OMG! OMG! OMG! Fashion Valet ada buat contest for bloggers. Any blogger pun, kalau korang nak cuba, boleh lah!!! Hadiahnya lumayan wehhh... ini detailsnya...


How to Getaway in Style : Phuket
Win a head-to-toe ensemble from FashionValet and a 3 days & 2 nights stay at Paresa Phuket by The Luxe Nomad, by joining our blogger contest with the steps below:

1) Create one (or more) blog post on why you'd like to stay in Paresa Phuket and what you will wear from FashionValet while you're there
2) Share with us the link to your post via Instagram. Post a picture of anything related (up to creativity) to your blog post on your personal Instagram account and tag @fashionvaletcom & @theluxenomad
3) Include hashtag #fvtlngetaway & tag 3 friends

Two (2) winners will be chosen at the end of the contest, based on writing creativity and the content of your posts.
Contest ends 2 April 2015

Note: Must include anywhere in blog post: "I'd like to win a stay at Paresa Phuket on The Luxe Nomad..." & link to villa. 

Terms & Conditions: 
1. International entrants and entries are welcomed
2. The winner will be selected at random by FashionValet
3. The winner will receive a voucher for a 3D2N stay at Paresa Phuket (flights not included)
4. Advance reservation is required and subject to availability upon reservation
5. Booking is to be made directly with the resort, details will be given to the winner

Nahhh.. korang okay je kan? kepada yang hendak masuk or mencari pengalaman dalam join contest, boleh lah... okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: mesti seronok kalau menang kan?

Blogger Fitnah Artis?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Semalam saya da baca fasal satu nukilan blogger hiburan ni yang men-carut-i fasal seorang artis berhijab yang mencari makan halal di luar negara. Perlu ke saya sebut nama-nama mereka? Tak payah lah kot, sebab rata-rata tahu siapa yang saya maksudkan.

Macamni, kalau dalam ekonomi, gossip ini macam spekulasi yang memberikan keuntungan kepada mereka yang pandai mengambil keuntungan daripada perkara seperti itu.

Mari, sebelum saya ulas ikut minda dan hati saya, saya bagi satu contoh mudah.

Salmah seorang wanita cantik yang mempunyai budi bicara yang terbaik dalam kampungnya. Tetapi, Salmah tidak pandai memasak, namun, dia sering cuba untuk memperbaiki dirinya. Pada satu hari, dia dicakap-cakap oleh seorang penduduk yang mungkin mempunyai perasaan cemburu dengan budi bicaranya yang baik itu. Dia mengatakan bahawa, Salmah tidak pandai memasak dan mencabar Salmah untuk memasak sesuatu kepadanya dan ia akan diadili oleh orang kampung. Salmah risau dan mula berfikiran macam-macam, namun, Salmah dinasihati oleh rakannya untuk tidak risau dan cuba membuat apa yang disuruh dan yakin kepada diri sendiri. Sampai pada saatnya, Salmah tidak memasak makanan untuk orang yang memfitnahnya itu, tetapi Salmah akan memasak dihadapan orang kampung bagi membuktikan Salmah telah berubah kepada seorang yang pandai memasak. Ternyata, cakap-cakap kosong itu adalah cakap-cakap kosong. Orang kampung memuji masakan Salmah dan ditambah dengan budi bicara yang Salmah ada, dia masih tetap menjadi anak emas kampung, biarpun dia berulang alik ke luar negara untuk mencari rezeki, *Salmah adalah seorang ahli perniagaan.

Nampak tak? Walaupun cerita pendek agak melalu, tetapi, apa yang cuba disampaikan adalah, budi bicara yang baik tetap menang walaupun orang cuba fitnah kita. Jadi lah macam Salmah, seorang yang berbudi bicara baik dan walaupun dicabar tetap tenang dan cuba untuk membuktikan dirinya yang dia adalah seorang yang baik dan mampu menangani tekanan dengan sebaik mungkin.

Apa yang terjadi kepada orang yang memfitnahnya itu? Adalah orang akan hormat dia selepas apa yang dia lakukan? Awak fikir sendirilah, pembaca boleh membaca sendiri.

Kita ni hidup atas muka bumi bukan guna rules kita sendiri. Okay?

Apa-apa pun, tulis la ikut apa yang anda rasa boleh meningkatkan orang lain, bukan menjatuhkan. Saya pun mungkin ada menulis benda yang mungkin tidak betul, tapi please, email me okay for suggestion. Saya boleh menerima.

Assalamualaikum WBT

p/s: taknak lah buat PC hanya sebab bodoh. 
p/p/s: kena pantau lah tulisan Mak Jemah dan Esah Kemenyan lepas ni...