Nuffnang Ads

Thursday, April 30, 2015

Novel : Mencari Sumayyah.

Assalamualaikum WBT,

Pernah anda terfikir untuk menjadi seorang penulis? Maksudnya, tetiba menaip dalam Words then idea mencurah-curah bak hujan lebat? Pernah terfikir dan jadi macamtu?

Saya pernah! Dalam beberapa hari ni saya ada menulis sebuah cerita, tapi I will not publish that cerita dalam any kind of material, cukuplah saya sendiri baca.. hahaha... tapi sekarang saya ada idea baru yang saya hendak tulis.



Saya dah ada tajuk dan ia adalah Mencari Sumayyah. Saya nak menulis ni macam cerita yang berunsur keislaman dan ia mengisahkan *dalam fikiran saya lah, but ia akan ditambah lagi nanti semasa menulis, seorang lelaki yang mencari seorang wanita untuk dibuat Isteri, tetapi wanita ini adalah seorang yang stranger, maksudnya stranger dengan stranger lah tetapi in the end,.. jeng jeng jeng, mana boleh bagitau kan? Hahaha... adalah kepayahan dan kesusahan hidup yang akan dilalui oleh mereka, si lelaki bersusah payah meninggalkan harta untuk mencari pasangan hidupnya dan setelah berkahwin akan ditimpa dugaan Allah yang besar dan berat. Well, ini semua masih dalam perangkaan. Saya akan tulis but, it will take time to imagine such event. Hahaha... insyaaAllah, saya akan publishkan kat sini, maybe saya akan buat macam chapter ke apa ke, kan?

So, wish me luck dan moga-moga takdelah writer's block ke apa. hahaha... over kan? Baru tulis sikit dah writer's block konon.. 

 Assalamualaikum WBT

p/s: lantak lahai..fefeling Penulis Novel pulakkkk... hahaha...

Wednesday, April 29, 2015

Gym or Not To Gym? *nak jadi macam Zul Ariffin?

Assalamualaikum WBT,

Saya ada kawan nasihatkan kan, dia cakap,

"awak tu tak boleh kurus dengan jogging je, awak kena shape your body. Sebab badan macam awak ni, memang kena angkat berat or camtu lah..."

Mula-mula, okay. Maybe la kot sebab saya pernah jugak cuba berjogging, takde jadinya wehh... tapi stamina memang best lah, but berat tu memang tak turun lah. Setakat 1-2 kg tu, apalah sangat kan? Bukan tak bersyukur, cuma, when we know we word hard but the result is not as we expected. So, payahlah sikit nak continue the programme tu kan, unless saya masuk the Biggest Loser, mungkin saya akan jadi seorang model.. over lagi!!!



Ni pulak ada gym dekat pekan berdekatan dengan kampung saya ni. Saya nak pergi, tapi malu. hahahah.. maklumlah, gemok. Bila kita tau kita gemok, tapi kita tak dapat terima hakikat yang kita ni gemok, makanya, terjadilah terbitlah perasaan MALU. Iya lah, bila kita fefeling badan macam Saiful Apek, *kurus kan? Tapi hakikatnya, badan kita macam Abam *comel kan? Gemok is awesome katanyah!!!, so, ini lah, CONFIDENT tu memang terus kurang. Immediately. Memang tak dapat disangkal lagi. Boom! 

Entah, dulu masa duduk U dulu pernah la pergi gym, dengan Dean, Pizi dan Fauzan, kami pergi ramai-ramai, tapi bila sekarang ni dah sensorang, everyone is takde, so, rasa macam entah lah, macam malu pulak nak pergi tu! hahahah..

Memang ada orang cakap,

"Pergi je la, nak malu apa. Duit bayar lain-lain kan."

Memang la macamtu, tapi kalau saya sampai sana. Apa yang perlu saya buat dulu? Nak bayar trainer, memang tak kuasa lah saya. Membazir. Agaknya, pergi tengok-tengok dulu, then baru tanya macamane kan? hahaha.. *jalan selamat.



Tetiba masuk gym terus dapat badan macam Zul Ariffin... hahaha.. *over tak? saya kalau pergi gym, saya tak nak sado-sadorina ni, saya nak perut saya kempis pun dah cukup. Itu sahaja. Hahaha.. ke takyah pergi gym untuk hilangkan buncit perut ni? Ke camne? Adoiyai...

Tapi sebenarnyakan, saya paling rasa yang paling sangat-sangat menjadi sebab saya gemok ni adalah NASI! hahaha.. saya makan nasi je kot. Takpe la, nanti kurangkan makan nasi, makan buah betik dan pisang je. Bantai!

Assalamualaikum WBT

p/s: Masalah berat badan ni macam politik, janji nak kurus, tapi takde! hahaha...

 

Kemana Askar Selepas Bersara???

Assalamualaikum WBT,

Saya kerap membaca beberapa artikel dan juga ada mendengar beberapa pandangan daripada orang yang lebih tua daripada saya.

Contohnya, mengenai isu Pesara Tentera, di manakah mereka? iya mereka akan dapat pencen daripada kerajaan kerana jasa mereka berkhidmat kepada pihak pertahanan negara. Then, apa yang akan jadi SELEPAS mereka berkhidmat selama 20 tahun? Bayangkan jikalau mereka masuk umur 20 tahun then selepas 20 tahun, umur mereka mencecah 40 tahun. 

Mengikut perancangan pihak kerajaan, selain mendapat pencen, mereka akan diserap ke dalam beberapa tempat latihan untuk mendapat kemahiran seperti GiatMara. Mereka akan diserapmasuk ke dalam GiatMARA dengan latihan yang mereka setujui dan daripada situ, kemahiran yang mereka dapat akan digunapakai dalam meneruskan kehidupan mereka.

Well, itu sebenarnya adalah salah satu daripada jalan yang dilaksanakan supaya pesara tentera ini mendapat perhatian dan kemahiran yang mencukupi. Ada juga yang balik ke kampung dan meneruskan kehidupan di kampung seperti menjadi penoreh getah, nelayan dan sebagainya. Itu juga adalah perkara yang digalakkan oleh kerajaan. 

Tetapi di luar negara, ada pihak dari NGO serta Swasta mengambil pesara tentera ini untuk bekerja dengan mereka. Ini juga adalah salah satu daripada jalan penyelesaian yang terbaik dalam menjaga kebajikan pesara tentera. Mungkin perkerjaan yang dilakukan tidaklah sesusah mana cuma ia semua berkaitan dengan penggunaan tenaga yang banyak. Seperti dalam artikel ini Lulu Pages . Dalam artikel ini, Futch diminta pendapat mengenai penglibatan pesara tentera dalam bidang tenaga solar. Dan dia membalas ianya adalah bidang yang stabil untuk pesara tentera.

Tetapi dengan apa yang ada sekarang dan sekarang pihak kerajaan sangat menitikberatkan semangat keusahawan dalam diri setiap rakyat Malaysia khususnya Bumiputera. Oleh itu, dengan adanya pusat latihan seperti GiatMARA, para pesara tentera ini dapat menceburi bidang keusahawanan dengan mungkin mendapat bantuan daripada pihak GIATMARA or MARA sendiri. 

Ini kerana, selagi ada keinginan dalam meneruskan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing pihak MARA dan GiatMARA akan cuba membantu lepasan untuk menapak dalam bidang yang diceburi. 

Oleh itu, ada yang bertanya menerusi WhatsApp kepada saya mengenai pengalaman saya di GIATMARA dan alhamdulillah, saya dapat menjawab dan juga saya menceritakan beberapa cerita yang dapat dijadikan sumber inspirasi kepada beliau.

Apa-apa pun, bidang keusahawanan ini adalah satu bidang yang amat susah, iya! Tetapi, dengan apa yang dibekalkan dan apa yang boleh ditolongbantu oleh pihak MARA dan GiatMARA, kita sama-sama usaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Tidak semestinya apa yang kita jalankan ini tidak ada cabaran, setiap apa yang kita lakukan ada cabaran masing-masing, jadi! tabahkan hati, cekalkan jiwa serta kuatkan semangat! Terus berusaha dalam mencapai cita-cita dalam bidang keusahawanan.

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok boleh bantu..

Tuesday, April 28, 2015

Mengajar di GIATMARA Raub.

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar semua? It has been a while kan since last update! Adoiyai.. memang takde masa dan memang takde isi nak ditaip. But, I have one thing to share with you.

I am now a teacher. Well, takde la fulltime teacher macam teacher-teacher kat sekolah kerajaan tu, buat I am an English teacher, ajar tuition english subject. I do not know how to put things into words. haaha, but saya suka sangat mengajar these students.

I applied for this position about last month and teaching English subject starting 3 weeks ago. Saya mengajar hanya dua jam for 1 week, Monday. Saya dibagi modul untuk mengajar these students but after had a great look the modules given, I sorted out a few things and i too added English grammar in the teaching periods.

Like on the 2nd week, I taught them about English grammar, and it was Noun. To be honest, dorang ni bukan la tak pandai. Dorang pandai sebenarnya, cuma, they a little bit hmm.. out of place. Macam sedikit malas la, but dorang nak sangat belajar, I know. I am willing to help them kalau dorang willing to learn. I do not mind at all. For the sake of English language, I would say, I am willing to help them. Yes.

Yesterday, saya ajar dorang through movie. We watched Maleficient. Maleficient kan dalam bahasa English UK, dan all the intonation and stresses dalam tu adalah bagus. So, We watched the movie and at the end of the session, we comment a little bit on the movie. I I made it like in the Literature Components tapi based on movie. Say ada cakap, bila dorang read something, dorang kena bayangkan dalam minda dorang about what they have read.

Bayangkan tentang tempat, background, fikirkan tentang tema sesebuah cerita itu apa. Jangan main baca je, jot down the important details. So, I taught them through movie. And I believed, it worked on certain students, but it did not work on certain others. I will work hard to it. 

I need those students to be able to obtain good grades dalam SPM dorang. 

Dear students, 

I will try my best to look for other sources that might be able to help you in the long term. So! Wish me luck.

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok tapi memang kena banyak membaca untuk improve. Seriously. 

Monday, April 13, 2015

Mak : The Most Powerful Woman in The World!

Assalamualaikum WBT,

Korang tau tak yang Mak/Mummy/Mama/Emak/Mother/Ummi/Amma/Maa dan sewaktu dengannya ada superpower? Korang tak tau? Ke korang buat-buat tak tau? Ke camne?

Macamni, sebab saya tau yang emak ni ada superpower adalah bila kita sakit, bila dia urut-urut or picit-picit kepala kita or badan kita, kita akan rasa lega dan sakit tu sedikit hilang. Takde la terus hilang, menipu sangat la kan, tapi kita akan berasa lega lah...

Then, bila kita demam, siapa yang jaga kita? Emak juga kan? Saya tak tau la bagi mereka yang ada pembantu rumah, maaf la, saya takde pengalaman tu.

Then, kalau kita balik-balik je dari jenjalan ke, apa yang mula-mula kita tanya?

"Mak mana?"

Kan? Haaa.. kan dah cakap emak ni memang ada superpower. Superpower yang membuatkan kita rasa kehilangan kalau kita tak nampak dia, kita akan rasa tak sihat kalau tak dengar suara dia, then rasa macam lapar kalau mak tak masak. Hahaha... bukan tak boleh masak, tapi kadang-kadang nak juga rasa masakan mak kan? Kan? kan? Hebat kan kuasa mak ni!

Sebenarnya, tiada istilah SuperMak macam dalam tv tu yang kejadahnya menyelamatkan orang ramai dalam kesusahan, yang ada SuperMak yang lagi hebat dari Supermak yang kat TV3 tu. Cuba tengok profession mak ni apa sebenarnya? Dia adalah :

1. Doktor
2. Chef
3. Engineer
4. Fashion Designer
5. Makeup Artist
6. Pengkritik
7. Foreman
8. Gardener
9. Tukang Rumah
10.Tukang tanam sayur
11.Penternak ayam

dan lain-lain lagi. Memang korang takkan terfikir kalau korang tak berfikir kan? Dan Super power yang paling hebat adalah dirangkumkan dalam satu nama, Emak! Ia merangkumi semua. Seriously!

So! sayangi Mak korang dan jangan lupa sayangi Ayah korang juga kan? serta ahli keluarga yang lain...

Assalamualaikum WBT,

p/s: Adik sayaaaaannngggg mak! 

Sunday, April 12, 2015

Salam Ahad!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Pembaca-pembaca bijaksana yang mampu mentafsir segala tulisan walaupun dengan makna tersirat. *gituuuu.. fefeling A Samad Said kejap....

Baiklah, hari ni adalah hari Ahad, esok pulak hari Isnin. Apa aktiviti korang pada hari ni? Saya tak boleh nak beraktiviti sangat, sakit tulang belakang lah... salah tido gamaknya, tapi insyaAllah, segalanya akan jadi baik, kan?

Lagi satu, saya demam jugak semalam, ini penangan pergi menolong memasak kenduri gamaknya. Lama tak main dengan asap bagai-bagai, makanya, semalam asyik kena asap jeee.. makanya macamtu lah... demam terus! Rasa macam nak sesak nafas pun ada. Terusan juga semalam, saya makan agak banyak daging kambing. 

Orang kata, daging kambing ni panas then orang cakap lagi, kalau makan daging kambing ni. kita akan rasa pening sebab kepanasan daging kambing tu mencairkan lemak-lemak yang ada di dalam pembuluh darah. Entah la sejauh mana kebenaran itu, saya pun tak tau... hehe...

Tapi apa-apa pun, daging kambing semalam tu memang sedap! Sebab tu makan banyak gamaknyaaa.. kan?

Hari ni baru dapat update entry sebab alhamdulillah, baru je elok KTW ni selepas beberapa kali call and email. *walaupun kan...

Alhamdulillah, esok juga saya akan start mengajar kat Giat MARA Raub, wish me luck okay?

Assalamualaikum WBT

p/s; I will be teaching them English Communication. I am quite confident that I could tackle them tomorrow. 

Thursday, April 9, 2015

Terkuburkah Mossip-mossip Mak Jemah???

Assalamualaikum WBT,

Haaa... alhamdulillah, Encik Hafiz dari CCM dah baiki kot KTW ni, amin, moga-moga bertahan sampai bebila.

Ni, saya ada email Jemah fasal dia takde bagi artikel kat saya, ni dia jawab,

Kehadapan kebelakang ketepi dan ketengah Akmall Razlan yang fefeling blogger hebat,

Saya, Jemah binti *rahsia, I takut uols tau nama ayah I, nanti uols cari lak keluarga I, dengan ini mengisytiharkan bahawa, Jemah tidak lagi akan menjadi penulis jemputan kerana publisiti yang New Interer....*macamane tah aku nak eja... Blog kau terima amatlah tinggi dan kerana itu, Jemah telah membuat keputusan untuk membuka blog lain yang dipanggil, Bang Diva  or Jemah Diva, di mana ia akan berkisar macam blog Si Nara tu ha... tapi takde la sumbangan pelbagai tulisan dari latar belakang yang tak tahu asal usul.

Oleh itu, Jemah harap, dalam beberapa hari ini, Jemah akan menulis beberapa entries perpisahan bagi menandakan pemergian Jemah dari NIM ni, Jemah tetap akan update, tapi takde la Jemah nak update kat kau tiap Minggu, koser la jemah deknon!!!!

Oleh yang demikian, Jemah berharap, Akmall faham dengan keadaan Jemah, lagipun,... Jemah dah berkahwin. Hahaha.. kau jangan nak gossip eh! Nanti jemah umum sendiri, lagipun sekarang Jemah berbadan dua. Ups! gituh!! Jemah nak rahsia je.. tapi takpe nanti jemah cerita lagi kayh??? Muah!

Choi choi choi!!!

Salam mesra,

Syarifah Jemah Al-Fofulerinas Fefelinganis. *takyah binti aku cakap!

Tengok la betapa felingnya Jemah ni, takpe, dia ingat masa memula dulu takde kontrak, nanti saya post kontrak tu, biar lantak.

Dah la wehh... ni nak selesai hal dengan Jemah ni... pepayah sangat saya minta je PA dia tu, apa nama, Esah Kemenyan kan? Biar kena caras!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Jemah!!! kau tunggu...

Tuesday, April 7, 2015

962 Menara Telekomunikasi Telah Dibina dan Berfungsi! Tahniah Kerajaan!

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari lepas saya ada hantar email kat SKMM berkenaan dengan Kampung Tanpa Wayar sebab beberapa hari lepas juga saya ada called Creative Century Management berkenaan dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan berkenaan dengan KTW Jenud tu...

Bukan apa, sayanglah kan kalau perkhidmatan kurang memuaskan untuk RAKYAT tetapi aliran wang keluar tetap ada. Bayaran yang dibuat kepada pihak pengurusan bukan sikit rasanya, sebab umum tahu pun kalau projek-projek yang melibatkan kerajaan, kosnya memang hebat woi!!!

Then, tu la, saya sering tengok, telco ini hebat, telco tu hebat tapi saya masih keliru sebab masih ada tempat dalam Malaysia ni yang kekurangan line telefon. Ni kepada yang suka search dalam internet ni, tengok SKMM punya website.. nah!



Tengok gambar tu, 962 dah dipasang dan aktif, dan 1000 tolak 962 tinggal? 38 lagi menara telekomunikasi untuk di bina, 1 akan dibina di kampung saya, jadi tinggal lagi 37 buah. Memintak semua ni dapat lah dilancar dengan cepat dan semoga apa yang dilakukan kerajaan boleh dinampak oleh semua orang... okay?

Sebab bukan apa, kadang-kadang payah woi... ni saya terpaksa ke CC untuk update blog serta jawab soalan SPA ni... gituh...kan? hehehe.. *bagitau jugak...

Dah lah... itu cerita lama, mintak la semua akan menjadi baik!

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok dengar berita Menara Telekomunikasi ni...

Monday, April 6, 2015

Izreen Azminda Sudah Berhijab... Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? memintak semua sihat lah...

Alhamdulillah, ramai sudah artis Malaysia yang wanita slow-slow menjinakkan diri kepada Islam dan masing-masing sudah berhijrah dengan memakai hijab. Terbaharu, Izreen Azminda yang sudah membiasakan diri dengan hijab.

Alhamdulillah, ramai lagi yang lain macam Elfira Loy yang membuat keputusan untuk mengenakan hijab.. alhamdulillah..



Cantik Izreen.. dan siapakah jejaka handsome disebelahnya itu?

Assalamualaikum WBT

p/s: Bag tu... hmmm... hahahha... ori ke?

Saturday, April 4, 2015

Sam Bunkface Kahwini Pilihan Hati, Tahniah!

Assalamualaikum WBT,

Haaa... alhamdulillah, seorang demi seorang artis-artis kita akan menjalani hidup baru, salah sorang daripadanya adalah Sam Bunkface. Aida Azira menjadi pilihan hati Sam, insyaaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

http://beautifulnara.com/sam-bunkface-debar-menanti-detik-bergelar-suami-25-april-ini/


 Click kat gambar tu untuk berita lebih lanjutt!! boom!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Tahniah Sam!!!

Jejaka Bertakhta Di Hati Dynas Mokhtar!

Assalamualaikum WBT,

Amboi-amboi Dynas... nampaknya Dynas sudah ada pengganti, alhamdulillah, jikalau nak diikutkan, dua-duanya sama cantik sama padan. Nah!! saya amik dari RotiKaya dan Nara.. ini bukan fitnah rasanya, ini betul-betul, lagipun, dalam Ye ke? TV3, Dynas pun mengaku yang di ada seeing someone kan... masih mengenal hati budi... so? hehe.. eh! ke Erra Fazira... konfius jap!!!

Makan hati berulam jantung belaka... Dynas Cantik, yang lelaki tu Handsome nak mampus... sekian...

Jemah mesti makan hati!!! bio lantak...

Assalamualaikum WBT

p/s; lama takde edisi Jemah.. nak contact jemah lah nanti...

Friday, April 3, 2015

GST - Sejauh Mana Penjelasannya?

Assalamualaikum WBT,

Bila cakap Bab GST ni memang macam-macam yang keluar, ada yang cakap bila kita keluar duit 6% dari duit keluaran tu akan di ambil... kalau kita beli barangan asas akan dikenakan 6% GST...

Well, sebenarnya, maklumat masih tidak jelas sebenarnya. Mungkin tergesa-gesa perlaksanaan GST ni, nak pulak di zaman ekonomi Malaysia yang agak merundum. Ada yang kata GST tu Getah Sawit Turun, wehhh....macam-macam lah...

Tapi mungkinkah ada yang mendengar? well, entah lah...

Sebab tu bila orang cakap,

"kalau ada kepincangan dalam GST ni, report ke kat KPDNKK"


Masalahnya!!! bila lepas report, adakah mereka mendengar? kalau mereka baca tapi tak amik tindakan, CAMNE? siapa nak disalahkan, rakyat prihatin report tentang perkara yang hak mereka dipergunakan atau mata dibutakan sebab ingin meneruskan dasar kerajaan? Dilemma kan? Dilemma sebagai sorang rakyat Malaysia.

Ini la yang sering menjadi masalah, macam kita jugak lah, bila orang komen kat kita, kita buat tak dengar, walaupun hakikat sebenarnya, kita dengar tapi kita malas nak amik pusing sebab apa? sebab benda dah buat, takkan nak dibaiki kembali kan? Camtu? Individu boleh la buat camtu, but kalau sebesar kerajaan, kena amik peduli dan amik pusing sebab ia ikut penggal, kan?

Kalau asyik guna TV dan Radio, yes, theoretically ia memang hebat dan dapat menjalankan tugasan menyebarluaskan maklumat dengan cepat, tetapi pada zaman sekarang, face-to-face communication adalah penting sebab each and every single MPs in Malaysia ni di-undi oleh rakyat dan penjelasan daripada MPs sendiri adalah penting, ikut parti lah, kan? Kalau sekarang Kerajaan BN, so! all the MPs and ADUN kena main peranan dalam menjelaskan kefahaman mereka terhadap GST, ini, mungkin ada MPs and ADUNs yang juga kurang jelas dengan GST, maybe! who knows kan? so.. adalah penting bagi setiap MPs and ADUNs menjelaskan GST kepada dorang punya pengundi, tapi malangnya, aftermath dah berlaku, tapi inilah masanya untuk GOV bertindak dalam menangani aftermath sebab kadang-kadang soalan-soalan yang agak menyakitkan hati boleh dipatahkan dengan jawapan yang simple, kan? Buat event setiap kampung, takyah besar-besar, cukup sekadar berkumpul dan tak payah nak bermakan mewah bagai... rugi je... 

Assalamualaikum WBT

p/s: penjelasan penuh perlu dengan GST ni.... takpun, jangan putus asa dalam explaining GST... kan?

Blog Lulu Caldina Secantik Orangnya!

Assalamualaikum WBT,



cantik kan blog lulu!! lulu! aritu tak sempat buka blog lulu.. now!! wah!! dah secantiknyaaaa..

suka-suka!!!

Tahniah lulu...even after problems happened but you stay strong. Luv it! You go girl!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Cantik blog lulu... cantik sungguh..

Jadual Kehidupan Yang Padat Amat!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Hari ni baru dapat update ni pun update dari Cyber Cafe yang ada kat Benta ni, kalau nak mengharapkan line tepon? alamatnya menangis lahhh...

ni saya sedang menunggu untuk menjawab peperiksaan online dan banyak sungguh perkara yang berlaku dalam minggu ni. Raub lepas saya baru je balik dari Kuantan, ada kursus 10 hari kat De Rhu Beach Resort, then malam ni ada jawab peperiksaan lak, tadi alter baju anak jiran, esok ada karnival kerja then Ahad ada perjumpaan dengan Datuk Seri Shahiruddin bin Haji Abdul Moin di Rest House Raub, perghh!! orang biasa-biasa je, tapi jadual fefeling kan? hahahha.. takpe lah...

http://nazrulakram.blogspot.com/2013/01/de-rhu-beach-resort-pantai-balok-kuantan.html

http://nazrulakram.blogspot.com/2013/01/de-rhu-beach-resort-pantai-balok-kuantan.html

saya ni sebenarnya jenis bukanlah suka ke CC sebab nanti banyak kena bayar tapi disebabkan takde line internet, makanya terpaksa lahhh.. nak buat camne kan? 

Ni saya belum cerita fasal study untuk teach English subject to GM students.Haha, malas nak citer, malu... hehehe.. tapi apa pun saya dah dapat segala yang diperlukan untuk mengajar dorang dan i have transferred all the items that I need to teach in the powerpoint. InsyaaAllah, segalanya akan berjalan dengan baik, kan? hehehe...

Ni after berkursus, saya insyaaAllah akan mencari pasaran kecil-kecilan di sekitar daerah saya ni lah, both Kuala Lipis dan Raub, in syaa Allah, segalanya akan baik. Apa pun, katanya jangan jadi MALU sebab kalau nak jadi Usahawan sepenuh masa or Usahawan Separuh masa ni jangan ada rasa malu, sebab apa sangat kan... hahaha.. nak berniaga tak boleh malu! please girlll... hehe..

Then, cuma nak cakap la, sepanjang saya berkursus di De Rhu Beach Resort, Kuantan ni, memang best lah, semua peserta mempunyai kemahiran dan kehebatan masing-masing, di mana ia insyaaAllah akan digunakan dengan sebaik mungkin kan? Amin...

Rata-rata saya tengok, masing-masing dah ada kedai okay!! hebat! saya kagum, dorang memang hebat, macam Maliki, Kak Zila, Fatin, Abang Azli, Zaini, hebat dorang ni.. Yasser, Din, Mirul, Nani masih bekerja dengan orang tapi, hey!!! menimba ilmu perniagaan tu bagus, keep it up! saya pun pernah berkerja dengan syarikat hebat juga, Ratio Design dan Arared, dua syarikat yang memang best bekerja! saya suka kerja dengan dorang but well, what to do kan.. kita merancang, Allah menentukan...

All the best people...

Assalamualaikum WBT

p/s: menunggu... 

 

Wednesday, April 1, 2015

Majlis Penutup Program Pembentukan Usahawan Teknikal PUTEK S1 2015.

Assalamualaikum wbt,
Tadi dalam pukul 11 pagi, kami peserta kursus Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2015 telah mengadakan majlis penutup di Dewan Melati, De Rhu Beach Resort, Kuantan. 
Dif jemputan terdiri daripada Encik Zulbahri bin Hamzah, Timbalan Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Sallehoddin bin Abu Bakar, Pengarah GiatMARA Negeri Pahang, Encik Sabizi Shaari, Pegawai Perhubungan Usahawan GiatMARA Pahang selaku Pengerusi Jawatankuasa Penutup kursus, Encik Muhamad bin Mad Nor, Penceramah serta Presiden Audit Koperasi Malaysia.
Majlis penutup tersebut adalah majlis yang simple dan ia diacarakan oleh... saya! Akmal bin Razlan dan ia adalah satu tugas bidan terjun sebab saya sudah lama tidak mengacarakan sesebuah majlis. Agak kelam kabut but alhamdulillah, ia mampu dihandle jugak la. Seronok jugak.
Then kepada semua peserta PUTEK 2015 mungkin korang akan terbaca ke tulisan saya ni, saya nak mintak korang manfaatkanlah segala ilmu yang diberikan oleh penceramah serta sama-samalah kita berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan taraf hidup serta memperbaiki kehidupan masing-masing, okay?
Assalamualaikum wbt
P/s: kursus yang seronok!!!

Jamuan Perpisahan Program Pembangunan Usahawan Teknikal 2015 di De Rhu Resort, Kuantan.

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Tadi saya ada post fasal Program yang saga sertai iaitu Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau lebih dikenali sebagai PUTEK.
Program ini adalah Fasa 1, ia adalah satu penilaian berterusan untuk para peserta dalam memastikan kelancaran sesebuah perniagaan itu. Ia ada beberapa fasa yang perlu dilalui supaya apa yag dirancangankan berjaya.
Di PUTEK ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan perniagaan, pengurusan bengkel serta kewangan sesebuah syarikat. Kami diajar untuk membuat rancangan perniagaan yang sempurna di mana ia boleh dijadikan rancangan perniagaan yang terima oleh pihak pembiayaan seperti pihak MARA.
10 hari kelihatan satu tempoh yang lama tetapi setiap permulaan mempunyai pengakhiran, namun bukanlah satu penamat bagi sesuatu pertemuan. Setelah 10 hari, kami, para peserta mengenali antara satu sama lain, boleh usik mengusik serta bergurau senda dan mungkin juga sudahbada yang bertemu jodoh. InsyaaAllah, mungkin lepas ni boleh join venture sesama kan?
Alhamdulilah, selepas ni masing-masing akan mengambil jalan hidup masing. Berusahalah untuk diri kita sendiri dan buktikan kepada orang lain bahawa kita juga boleh berjaya. Kita buktikan kita juga mampu. Mampu menjadi yang terbaik dalam industri keusahawanan.
Semoga kita semua 30 orang peserta kursus PUTEK 2015 mampu menjadi dalam kalangan yang terbaik dan berjaya. Amin.
Itu je kot... ni la agaknya nanti isi ucapan esok. Bahahahaha..
Assalamuaikum wbt
P/s: tak sabar nak balik.. hehe