Nuffnang Ads

Monday, May 25, 2015

Laksa Utara Tersedap di Kuala Lumpur! Boom!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar?  Sihat naaa? Awat plak tak sihat na? Sihat la kan?..

Kenapa saya cakap Penang? Ni...nak habaq mai nih!! Saya sekarang ada Kuala Lumpur and to be exact, ada di Jalan Cenderasari sebab ada temuduga SPA.

Mengharap jugak tapi tak boleh tinggi sangat, bahaya. The higher you dream, the fall would be far more greater, kan? Tapi jangan la sampai jatuh eh?

Ni saya berada di kedai Penjaja yang berhadapan dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Kedai ni ke dalam sikit dari jalan besar, so, kalau korang nak masuk, masuk je ikut jalan yang nak masuk parking tu.

Then kat sini ada macam-macam jenis makanan, nasi putih, laksa utara! Saya makan laksa utara yang memang sedap. Sekali rasa sesudu, terus rasa nak telan semangkuk. *tagline kau! Kemahen. Hahaha..

Jom la makan kat sini. Sedap woi!! Harga? Hawloo!! Harga patut orang ramai mesti la berpatutan!! Mana ada tetinggi kan?

Jom makan!!

Assalamualaikum wbt

P/s: makan-makan 1 Malaysia..

Friday, May 22, 2015

Kecekalan Untuk Hidup.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Busy weekk!! Walaupun kerja biasa-biasa je deknon...tapi abang *abang tuh!! Saya tetap sibuk dengan aktiviti harian.

Kalau nak ikutkan.. memang malam je la waktu rehat... tapi kalau menjahit malam, memang takde waktu rehat. Macam tulah nak idup kan?

Agaknya kalau duduk bandar lagi lah... ada orang duduk bandar buat kerja 2 3 kerja sebab nak tampung kehidupan masing-masing.

Kalau kat kampung ni boleh lagi fefeling macam takde masalah tapi hakikatnya..? Hahaha.. sama je sebenarnya cuma kat kampung ni takde la nak berjalan guna minyak sangat. Kalau duk KL keluar je duit. Kalau kat kampung, boleh gak jalan kaki ke rumah sedara mara cari makanan. Hahaha.. *sumpah bukan saya.

Tapi apa-apa pun, kecekalan untuk hidup adalah perkara yang penting. Dalam diri kita semua ada perkara tu, cuma kuat dan tak kuat je. Hehe...

Assalamualaikum wbt

P/s: saya pun ada tapi...hehe..macamtulah..

Saturday, May 16, 2015

Shooting dengan Al-Hijrah TV, Bukan Sekadar Resepi.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, sihat kan?

Baik sekarang saya berada di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis, Lipis. Ada shooting dengan Al Hijrah TV dengan krew produksi Bukan Sekadar Resepi.

Haaaa.. saya takde la terlibat secara langsung dengan mereka tapi disebabkan blog saya tulis ni mereka tahu fasal resepi ni. Hahahha...

Apa agaknya yea? Haha.. nantikan entry saya esok. Ni baru rakaman je...

Assalamualaikum wbt

P/s: dapat pengalaman jugak la konon. Hahah..

Wednesday, May 13, 2015

Politik Kopi.

Assalamualaikum WBT,

Saya memang jarang sangat suka politik tapi nak buat macamne kan? Kat Malaysia ni senario dia berbeza, kita hanya boleh bercakap bebas dalam politik di kedai kopi, tidak di media massa. Kebebasan tu kurang. Kot. Ke?

Tapi kalau kami kat rumah, kat bercakap je fasal politik, walaupun saya ni tidak la die hard fan kerajaan, but kritikan saya tu agak membina lah... hahaha... mak saya pun kadang-kadang tidak menyokong melulu. Di usia tua ni, mak saya seolah-olah agak sedar dengan keadaan menghimpit. Even ayah saya pun terfikir, "jikalau kita kat sini macamni, kalau kat bandar lagi lah kan?"

Bercakap mengenai kenaikan harga minyak serta gaji para MP di Malaysia, saya tanya ayah saya yang mempunyai pengalaman menjadi ketua kampung selama lebih 30 tahun,

"ayah, kalau duduk kat bandar, contoh KL, dengan gred gaji 17, agaknya cukup ke?"

Iya, itu pertanyaan saya.

Ayah saya jawab,

"Ayah rasa tak cukup, tapi nak buat macamne,  terpaksa cukupkan jugak lah, agaknya sebab tu ada menteri suruh tanam sayur, tapi nak tanam kat mana, kalau macam kita kat kampung ni boleh lah... tanah banyak". tambah ayah saya.

Now... nampak tak? kadang-kadang, orang tua pun penat dengar benda-benda yang dikeluarkan sesetengah stesen TV di Malaysia ni. Manakan tidak, rata-rata mengeluarkan 1 berita disebelah pihak sahaja.

Macam mak saya cakap,

"kita nakkan kebenaran dan kesahihan, takkan itu pun tak boleh?"

Komen yang datangnya dari mak saya yang tidak mampu bersekolah sehingga darjah 6 sebab dahulu hidupnya miskin, kematian ayahnya ketika usia masih kecil.

Tapi tidaklah mak dan ayah saya terus tidak menyokong kerajaan, tidak, cuma, ada beberapa perkara yang membuatkan mereka berfikir. Seperti GST, ayah saya agak menolak tetapi disokong dengan cadangan dari ada seorang yang memberi cadangan mengenai cukai seperti zakat, tidak 6% tetapi 2.5% sahaja.Ayah saya setuju dengan itu. Lebih.

Tapi apalah pandangan orang tua kan? Kan? Even dulu ayah saya pernah dipanggil BODOH oleh seseorang. Masih aku ingat siapa. Mungkin aku nampak professional, tapi dalam hati, ikutkan hati, nak je aku tumbuk. *ini akan aku cerita dalam entry lain. akan aku namakan entry tersebut Entry Sakit Hati.

Ingat eh, kepincangan UMNO adalah dari akar umbi. Yes, di pucuk nampak cantik, konon, di akar? Macam sakit pokok getah jugak lah... di akarnya sudah sakit tapi pucuk masih nampak segar. Bila akar mula mati, maka, pucuk turut layu dan menyembah ke bumi.

Bagaimana hendak menyuburkan akar? bukan dengan duit sebab duit hanya akan menghancurkan lagi kepincangan sedia ada. Rasuah? bukan, tetapi dengan cuba menjadi seseorang yang ingin membantu bukan mengharapkan balasan. Itu sahaja, jika ikhlas itu ikhlas, maka ikhlas juga mereka yang lain membalas.

Assalamualaikum WBT

p/s: masih percaya, namun, mula terhakis.

Tuesday, May 12, 2015

Kampung Jenud Ku Terchenta.

Assalamualaikum WBT,

"Akmall, kampung sangat ke kampung awak tu? awak kata takde line telefon betul ke? ke awak saje je ni?"

Haaa... tak pernah saya nak menipu dan tak kuasa saya nak menipu. Ada tempat-tempat line telefon ni, dan nak dikatakan kampung saya ni takde kemudahan, ada la jugak. But, its developing jugak lah... hahaha *feeling bandaraya metropolitan.

Jadi, bagi yang tak pernah tengok kampung saya ni macamane, nah! serba sedikit...

Ni kat tengah-tengah kampung, tu surau (kuning biru) dengan balairaya (oren)

Ni pandangan dari bukit tadi tu... ha tu jalan lah...

Ni peta Kampung Jenud.

Ni pun sama la tapi ni lebih details. Ada lot-lot tanah bagai...haha..

 Haaa... ini la kampung saya, rumah ayah saya memang nampak la kalau dari Balairaya tu... dekat amat. Kepada yang tak tau kampung jenud ni apa, haaa.. i hope ini dapat membantu uols... kot-kot nak datang ke kedai jahit saya kan? hahahha.. *overness... *cita-cita tinggi

Assalamualaikum WBT

p/s: Famous? eh...tak lah...hahahaha..
 

Monday, May 11, 2015

Hari-hari Hari Ibu!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Walaupun cuaca tak menentu tapi mintak-mintaklah semua minum air masak dengan banyak dan bersenam untuk menyihatkan diri masing-masing.

Semalam heboh hari ibu, saya pun wish jugak kat Facebook, tapi tu la... sebenarnya Hari Ibu ni tak wajib pun sambut semalam, yang wajib adalah sambut hari2 dan setiap masa.

Semalam, saya post kt Fb then saya memasak, saya urut mak saya, untung ada mak ni! Seronok, biarpun kadang-kadang mak selalu membebel, tapi, itu adalah satu nasihat. Bayangkan kalau mak tak membebel? Mesti rasa macam tak cukup untuk sehari kan?

Kita ni sebagai anak kena terima je, tapi kalau mak jahat macam dalam cerita Samarinda TV3.. itu amat bolehla.. di.. hmmm... di... hahaha.. cari la sendiri..

Tapi alhamdulillah, mak saya tak macam dalam cerita samarinda ot lestary or mega movie tv3 tu... koser!! Hahahaha..

So! Saya hari-hari saya sambut hari ibu. Hari-hari saya cakap dengan ibu saya, hari-hari saya masak untuk ibu saya sebab saya tinggal dengan ibu saya.

Kepada yang berjauhan dengan ibu masing-masing, jangan sayang kredit, jangan sayang bill telefon, telefon ibu anda. Kepada yang sudah tiada ibu, ada nombor telefon yang kita orang Islam boleh telefon, 24434. Tapi melalui Allah lah. Mesti boleh, anta doa melaluiNya, okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: jangan lupa Ayah k?

A.R.A. : Current Obessions.

Assalamualaikum WBT,

Kalau dalam Fashion mutakhir ni, ramai orang inspired dari zaman lama-lama dulu, from cutting to print. Back to basic, mostly dalam RTW lah, but not in high end la gamaknya... hahaha...





Tapi bila kita di bandar market lain, but di kampung market lain. Kita tak boleh tiru kuasa beli di KL, mereka berbeza dengan kampung. Di kampung, kuasa beli dan minat tu berbeza. Pandangan fashion to tak se-advanced yang berada di bandar-bandar besar.

Kalau di KL, mentaliti dan how people perceived people wearing apa pun, berbeza. Kadang-kadang dorang tak kisah pun, both parties lah. Yang memakai dan yang melihat pemakaian. Yup, dorang tak kisah, but di kampung, kalau kau pakai yang agak berbeza dari alur jalanan seharian, samada kau dikutuk dan dikeji atau dipuji melambung tinggi.

I have tasted both. Hahaha...

Dua-dua dah faham sangat, but sometimes, it datang dari diri kita sendiri dalam menangani 'masalah' mereka. Bukan apa, we know the level of thinking is not the same, janganlah kita rendahkan pemikiran kita hanya kerana kita ingin mereka faham. Cuba tinggikan pemikiran mereka supaya pemikiran mereka sama level dengan pemikiran kita dan supaya mereka lebih 'terfaham' dengan apa yang kita cuba sampaikan. Interpretasi seni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terfeling pulak....hahaha...

Sunday, May 10, 2015

Membina Confident Bukan Mudah Wehh...

Assalamualaikum WBT,

Beberapa bulan lepas, saya ada jugak mendapat beberapa helai baju gown kanak-kanak yang ditempah oleh saudara saya jugak lah...

Dah ini adalah hasilnya...



Talent : Rayhan Sofiya
Umur : 4 tahun
Dress : Akmall Razlan Atelier.

Mengada tak? Takde la, nak build confident ni bukan mudah...hahaha... kan?

Rasanya saya dah ada post gambar ni dulu, ke? ke dalam IG, ke? entah la, tak ingat but now, its here. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Suka jahit baju budak2 sebab market dia luas dan limited. Meaning, masa dorang sekejap je, cepat membesar, so, kenalah buat baju lain.. nampakkk?

Saturday, May 9, 2015

Eh, Awak Pandai Jahit eh?

Assalamualaikum WBT<

Ada yang tanya, 
 
Ni anak sedara saya eh, Dia masih ada ibu bapa,
harap maklum. hahaha...


"Eh, akmal, awak pandai jahit baju ke?"

Nak kata pandai sangat tu, menipu sangat! saya masih muda, hijau lagi dalam bidang ni, tapi alhamdulillah, saya dikurniakan bakat oleh Allah SWT dan insyaaAllah, saya akan gunakan bakat menjahit dan beberapa lagi bakat yang ada untuk digunakan supaya dapat membantu orang ramai.

Iya, berniaga tetap berniaga, cuma, bila kita berniaga ni, kita ada sikitlah fikirkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tak semua mampu beli baju mahal-mahal, oleh itu, pada mula saya membuka SSM aritu, ada saya pasang niat untuk membantu golongan kurang bernasib baik macam anak-anak yatim, tak kisah la takde mak or ayah pun, tetap mereka takde kan?

Saya ada juga terfikir, kita pandai buat baju, tak salah rasanya kita bagi sedikit kepada mereka yang memerlukan.

Jadi, insyaaAllah, kalau takde aral melintang, saya nak cuba plan something untuk saham akhirat. insyaaAllah, sekurang-kurangnya, tak kaya di sini, kaya di sana kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: moga diizin-Nya
p/p/s: Tu baju melayu tu, saya jahitkan..

Friday, May 8, 2015

Bermulanya A.R.A.

Assalamualaikum WBT,

Ada seorang ni cakap kat saya,

"Dek, try la buat baju, then jual lah kat mana-mana. Janganlah malu, awakkan dah pandai buat baju, takpe yakin je, k?"

Hahaha... dalam hati. Saya bukan tak yakin but I do not know where to begin. So! start 1 May 2015 ni, saya telah berpindah ke kedai mak cik saya yang juga terletak dalam kampung saya ni. Seronok bila dah pindah, walaupun dah dikemaskan but I need to make something jugak lah. 
 
Salah satu jubah dress yang saya buat untuk anak sedara saya,
Wawa, dia memang selalu jadi model untuk saya... hahaha...

So, ada juga a few orang cakap suruh start buat baju-baju supaya bila ada orang datang, dorang boleh beli baju yang dah siap dijahit. Niat sokmo ada, modal kurang sikit. Hahaha... so, insyaaAllah, putra menanti. Kalau takde aral melintang, saya akan cuba dapatkan pinjaman bawah MARA. Aritu terbantut kan? But tidak lagi.

Tak kisah lah berapa pun, tetap saya nak mencuba. Alhamdulillah, bila bakat dikurniakan Allah dipercaya oleh rakan manusia, kita akan rasa lebih dihargai, biarpun hanya menjadi tukang jahit.

Assalamualaikum WBT

p/s: I need to refresh a few things. Hehehe..

Thursday, May 7, 2015

Payah Nak Mula Lahhh...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di pagi Khamis ni?

Saya takde la benda sangat nak update pagi ni, cuma, bila kita bercakap fasal kehidupan, apa yang terlintas dalam fikiran kita? Kalau saya, saya akan terus terfikirkan tentang "kematian". Entah kenapa.

Kadang-kadang, kita ni banyak buat dosa dalam dunia Allah ni, tapi, time tu jugaklah kita rasa insaf sekejap, then esok lusa buat balik. Kan? Penah tak rasa macamtu? Jujur saya cakap, saya pernah.

Tipu kalau tak penah buat dosa, cuma macamane kita cuba untuk memperbaiki diri kita daripada terus menerus melakukan dosa. 

Cakap fasal dosa, pernah kah anda terfikir dosa kita sesama manusia? Kalau dengan Allah, kita boleh minta maaf dalam solat dan bertaubat nasuha, tapi kalau manusia? Kita kena minta maaf depan-depan dia, kalau dia dah takde dalam dunia ni? Hmmm.. minta jauh lah...

So, apa pun, sebelum tidur, cuma minta maaf dengan kawan sekeliling, keluarga, di sosial media pun, biarlah orang nak cakap buat tebiat pun, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. 

Payah nak mula, tapi dah mula takde payahnya dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: pesanan untuk semua dan diri saya sendiri.

Wednesday, May 6, 2015

4th Week of Teaching English Subject. Yes!

Assalamualaikum WBT,
 
Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah...

Baiklah, saya sebenarnya agak jarang tak update blog ni, so, ini sekarang nak update, ni pun sebab ada line, *tak habis citer line internet ni.. takkan habis.

Baik, saya nak bercakap mengenai "Cikgu". Iya, kita orang Malaysia panggil cikgu, tak kira la tua ke, muda ke, ONCE you jadi cikgu, you akan jadi cikgu all the way. Tak kisah la cikgu kat sekolah kerajaan, sekolah swasta, or even kolej or universiti. Saya masih ingat masa saya belajar dulu, most of the senior lecturers menggunakan nama panggil Cikgu dihadapan sebelum nama mereka. Saya pernah terdengar dorang panggil cikgu.. then nama dorang. 

Yes, even korang jadi cikgu tusyen pun, selagi budak tu jumpa korang kat mana-mana, dorang akan panggil korang cikgu no matter what.

Okay, saya pun sebenarnya masih kekok dengan panggilan cikgu yang dipanggil oleh my students. Walaupun saya masih baru dan kekok, but it does not mean saya tak boleh nak adapt dengan situasi kan? hahaha.. *bab fefeling bagi je kat saya...

Saya pun agak seronok dengan panggilan tersebut, sebenarnya, panggilan itu sendiri membawa seribu jenis macam disiplin tau. Kalau dalam yang rancangan pendidikan Kerajaan Malaysia tu, apa nama dia eh, lupa lak.. ada intergreti nasional, kemahiran komunikasi dan lain-lain, so, begitu jugak la cikgu. You have to have the urge to proof that you are THAT good to your students and also the society. kalau tidak, well, jadilah macam cikgu biasa-biasa yang diingati sebab being biasa-biasa. Itu pun kalau student ingat, kan?

Takde la nak fefeling bagai-bagai, takde. Saya pun masuk kelas bukannya nak fefeling ke hape, cuma bila time mengajar tu, i encourage student to being free and broaden their minds to accept the possibilities in English language. 

Community English language itself, tak sama dengan Malay community. Tak sama. They have different set of mind and also how they perceived things. Berbeza. But, in my class, i tried my very best to incorporate creative thinking by giving examples yang related dengan kelas dorang amik di giatmara Raub.

Tadi, I taught 6 students out of 12. Okay lah, 50 per cent kan? But when it comes to English, most of them are okay dan takde la macam over sangat tak boleh. Semua boleh, we even have a session where everyone had to read an article about Steve Jobs. Short article because I want to see how they pronounce English words and how they use stresses, intonation, expresssions. Yes, saya ajar itu sekali. Hahaha... macam berlakon jugak lah kiranya...

So! no matter what you are doing, you will have something to proof, if not to others, to yourself. Proof to yourself that you can too. Okay?

Bak kata Steve Jobs, "stay hungy, stay foolish".

Assalamualaikum WBT

p/s: Bam!  

Tuesday, May 5, 2015

Memulihlan imej Perodua Myvi.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat eh? Kalau sihat bagus.

Beberapa menjak ni, well, sejak kemalangan yang melibat 3 mangsa yang disebabkan oleh dikatakan perlumbaan diantara myvi telah sedikit sebanyak mencalarkan imej MyVi Perodua itu sendiri.

Kalau di luar negara masalah ini telah dipandang tinggi dan walaupun MyVi tidak terlibat secara mendalam dengan masalah ini kerana ia adalah individu kelab *dikatakan, tetapi ia melibatkan imej Myvi itu sendiri.

Lihat apa yang dibuat oleh Cadbury Malaysia dalam menangani masalah imej dan reputasi mereka yang tercemar dek masalah yang terjadi satu ketika dahulu.

Jadi, bukanlah satu masalah bagi saha untuk Perodua khususnya Myvi department dalam usaha memulihkan pandangan orang terhadap kereta myvi. I have beberapa ideas juga but perhaps they dah mencari jalan dalam memulihkan imej mereka sendiri.

They have to do it sebab ia berkaitan dengan persepsi dan imej. Bahaya woi kalau imej tercalar. Sayang.

Assalamualaikum wbt

P/s: kena buat sebenarnya.

Monday, May 4, 2015

Musim bunga.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Time panas-panas ni semua bunga kelihatan cantik.

tengok ni.

assalamualaikum wbt

P/s: enjoice.