Nuffnang Ads

Monday, June 29, 2015

Salam Ramadhan 10 kedua. Boom!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Apa khabar anda sekaliannn... yes. Harap-harap semua sihatlahh yea..

Baik, setelah hampir 10 hari kita berpuasa, ni baru saya dapat update. Days very panas. Memang panas, kadang-kadang tu rasa macam nak menangis je sebab panas sangat woiii... yes. Memang tapi nak buat camne kan? Kita sebagai yang berpuasa seharusnya kuatkan diri menghadapi segala dugaan. Amin.

Apa-apa, saya nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan Diari Ramadhan, takde line kat rumah dan i have tonnes of works need to be done before raya.

Banyak lagi baju kena jahit. InsyaaAllah sempat tu cuma kena fokus. Hari ni saya mengajar lagi, alhamdulillah, berkat Ramadhan, mereka seolah-olah dapat tangkap apa yang saya cakapkan. Moga mereka berkekalan dapat apa yang saya ajar. Amin.

InsyaaAllah, this week saya nak siapkan beberapa helai baju. Takley malas. Kalau malas kesian orang yang tempah baju. Dorang nak pakai raya..kan?

InsyaaAllah.

Assalamualaikum wbt

P/s: panas but sabar.

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1 : Marilah Kita Bersederhana.

Assalamualaikum WBT,

Hari Pertama Ramadhan.

Macamne kita?
Macamne puasa?
Macamane puasa anak-anak?
Macamane puasa anda?

Kalau bagus alhamdulillah, kalau rasa macam letih tu, duduk dan tarik nafas dengan sedalamnya. Hehe, dan lepaskan perlahan-lahan. InsyaAllah, anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga. *bukan untuk rasa kenyang eh.. hahaha...

Selalunya, Puasa Pertama orang panggil Puasa Tua. Kenapa puasa tua? sebab ia mula-mula puasa. So, ia adalah yang paling tua dalam 30 hari tu.

Puasa pertama ini adalah penting bagi set the tone for the rest of the month, sebab kita akan rasa, kita melepasi dugaan besar di hari pertama. Iyaaa.. bila kita lepas hari pertama dengan jayanya, maka hari-hari lepas daripada itu adalah mudah. Sebab perut dah biasa.

Tetapi, selalunya, selepas 5 hari, perut kita akan terasa berkeroncong, sebab apa? Sebab makanan yang ada selama 11 bulan dalam perut kita tu seolah-olah sudah dicuci dan kosong. Itu istimewanya puasa.

Orang kata, puasa ni kita perlu bersederhana. Yes, konsep bersederhana itu adalah universal. Sebenarnya, Islam sendiri mengajak kita bersederhana dalam pelbagai benda, kan? Jadi, Ramadhan adalah the perfect month where kita boleh mempraktikkan bersederhana ni.

Bayangkan kalau kita bangun sahur, kita makan apa? Ada setengah orang makan nasi macam makan nasi tengahari. Banyak woiii... jadi untuk mengamalkan dan mempraktikkan konsep bersederhana ni, kita makan sikit or kita tak makan langsung, kita makan sebijik kurma dengan maybe, air susu. kan?

Then berbuka, kita minum air yang manis-manis, or buah-buahan dan atau kurma, tapi kalau nak makan jugak, boleh, makanlah, tapi jangan sampai tak ingat dunia. Hahaha.. ini tidak, makan, perghh!! meja yang boleh muat 9 orang tu kan, penuh dengan makanan sebab kita ikut selera tong dram. Punoh... hahaha...

Then kalau nak beli baju raya, beli yang biasa-biasa je lah, jangan la extravargant sangat.. ini kemahen... hahaha....penuh 1 lemari untuk 30 Syawal. Gila.. rumah terbuka lah, apa lah.. hebat nau kan...perghhh...

Beli kuih raya, beli langsir raya, beli macam-macam lagi, ingat bersederhana.

So, marilah kita cuba untuk tahun ni, kalau tak jalan jugak, stay la with whatever you have, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: ada mengaji la puasa ni, parents suruh pergi.. hehehe...

Salam Ketuk-ketuk Ramadhan!!! Salam Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Apa satu rancangan yang kita PALING ingat kalau menjelangnya bulan Ramadhan???? Rancangan apa? Rancanganapa???? Apakah? Rancangan apa??? Baiklah!!! Kalau semua macam tak tahu...rancangan yang paling kita ingat adalah!!!

EAKETUK-KETUK RAMADHOOONN!!! *saya eja ikut bunyi sebutan...

https://www.facebook.com/KetukKetukRamadan2015


Iyaaa!! Kewtuk-kewtuk Ramadhonnnn... Alhamdulillah.. *itu tagline Sis Sheila Rusly.

Haaa.. mesti ada yang tak sabar nak tunggu artis jemputan mana yang diterjah oleh Sis kan?

Saya dulu pernah tengok Sis terjah Anzalna ke Memey, tak ingat, tapi 1 episode yang kita tak boleh nak lupakan masa Kila Fairy yang 'merasa' makanan tu kan. Lepas tu yang paling habat sekali adalah media Mesia cakap Kila tak puasa... hey! apakah... kenapa centu.. rakaman kan? Kalau buat show life, kau ingat masa ayam 1 minit? kan? puhleaseee...

Tapi apa-apa pun, Sis! saya akan menantikan Sis dikaca tv saya, saya akan jot down recepi sis dan artis undangan sis! Sis hebat, sis versetail *saje eja centu!


http://www.resepisheilarusly.com/2015/04/ketuk-ketuk-ramadhan-rancangan-memasak.html


Saksikan Ketuk-ketuk Ramadhan di TV1 bermula Ramadhan 2015 ini! Jangan lupa yeaaaa... sesambil kita memasak, kita saksikan Sis Sheila Rusly bertanyakan perkembangan terbaharu artis-artis Malaysia. *yang popular je uolsss.. yang suam-suam tak masuk.. *katanyah!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Selalu buat rancangan Ketuk-ketuk SEBELUM Ramadhan dengan anak-anak sedara! hahaha.. kita bahasakan diri kita, Sis Sheila, itu dalam tulah... hahaha...konon...

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan, semoga iman kita teguh.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Camne terawikh pertama malam ni tadi? Ke ada yang masih belum habis terawikh? Alhamdulillah, kalau camtu, bagus! sucikan diri, sucikan minda.

Kami tadi buat 8 terawikh, 3 witr. Cukup, insyaaAllah, moga diterima lah kan... amin.

Kalau nak ikutkan azam Ramadhan. Memang banyak, tapi malas lah nak cerita bagai-bagai, baru jap tadi saya terbaca FB Status fasal RIAK DI RAMADHAN. Setepek-setepek kena muka. huuuuuu...

Tapi tu lah, kadang-kadang kita niat ikhlas nak berkongsi perubahan baik, tapi tu lah, niat tidak menghalalkan cara orang memandang niat kita. Kan?

So, berhati-hati nak post kat FB, IG or Twitter, kadang-kadang ada yang berselfie dengan pak imam lah, jangan pergi tangkap gambar time pak imam tengah imam sudah. Kalau ada, tolong diharamkan daripada menggunakan telefon. Haha,

Ini tidak, tak mudah kan... haha, semoga kita terus dicurahi dengan Rahmat Allah yang tidak pernah memilih untuk hamba-Nya. Pada Nya, setiap Muslim adalah HAMBA, tidak kita pangkat atau darah keturunan. Tak kira anda Raja, PM, Menteri, Putera Mahkota, pada-Nya, kita bersujud kepada Qiblat yang satu. Tiada tahap Qiblat untuk pangkat manusia. No.

So, itu sahaja, nantikan Diari Ramadhan saya, insyaaAllah, kalau ada line, saya akan cuba update Diari Ramadhan Akmall Razlan ( DRAR ) tu, saya akan cuba.. ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: Salam Ramadhaaann.

Mossip-mossip Mak Jemah : Salam Puasa 1 Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar kawan-kawan pembaca semua? Waaahhhh... ni Jemah ni.. Jemah macam biasa lah, take over bila-bila je. Janji Jemah ada benda nak menulis, Jemah tulis, lagipun Jemah dah tak terikat sangat dengan Akmall, Jemah ala-ala freelance je gituh...

Btw, ni Jemah baru je balik dari Krabi, Thailand. Seronok tau berjalan tempat orang ni rupanya. Dapat tengok suasana bukan Malaysia, macamne Jemah nak explain eh, hmmm.. iya la, suasana bukan Malaysia lah, tapi disebabkan masa Jemah pergi aritu, ala-ala cuti sekolah kat Mesia ni kan, ramailah orang Mesia juga pergi Krabi.

Jemah bukan taknak tegur orang Malaysia, tapi, kadang-kadang bila Jemah tegur, dorang cakap English dengan Jemah. Jemah mula la macam menyampah pulak kan, dalam hati,

"Kau ingat kau hebat cakap English dengan aku? Kau ingat aku tak pandai cakap Melayu?"

Tapi itu semua dalam hati Jemah je lah, takde la Jemah nak sembur kan kat dorang kan, Jemah tetap vogue dan kadang-kadan Jemah jawab,

"Sawadeekap", sambil buat tangan tu cam orang Thailand selalu buat tu. hahaha...

Jemah kan macam fefeling Ku Putih, so! sekali cakap sawadeekap je, terus orang kagum. 

"Lahh...orang Thailand ke, ingatkan orang Mesia".

Eeeehhh!! Please, Jemah kat luar, Jemah fefeling lah. Aritu masa Jemah duduk Hawaii sekejap yang ikut Najib tu, Obama ingat Jemah sedara dia! Iya lah, masa tu Jemah tak makan Ku Putih lagi, now dah makan Ku Putih, Jemah dah putih lah! Sekali tengok macam awek Jepun, dua kali tengok macam awek Korea. Please, tolong tengok sampai dua kali je eh.. please... hahaha...

Ni semalam Jemah ada baca satu artikel hiburan dekat internet ni lah, yang fasal penyanyi Siti Nordiana yang anak dia tak bagi kahwin dah tu. Sebenarnya, itu semua jodoh, tapi disebabkan itu lah anaknya yang satu-satunya, ikut lah gamaknya, tapi nasihat Jemah, awak besarkan anak tu dulu, then, Kalau jodoh menjenguk awak dalam keadaan TERBAIK, maksudnya anak awak bersetuju dan calon juga adalah yang cukup sifatnya, apa salahnya kan? Untuk kebaikan awak juga Siti Nordiana. Jangan putus asa ok? Jangan kahwin kat Thailand sudah!!! No no no!!!

Ada yang cakap kat Jemah,

"Jemah, kenapa Jemah macam ala-ala insaf ni? Maksudnya penggunaan ayat yang mild je, takde kata-kata Nista?"

Iyaaa.. ada yang tanya Jemah camtu, Jemah jawab apa?

"Celaka kau! Ni kan tak lama nak puasa, kita kena la beradab. Lagipun, buat apa aku nak berkata-kata Nista dalam penulisan aku... tak baik! dosa".

Haaaaa... nak sangat kata Nista kan? Jemah bagi terus! Takde kona-kona dah!!! hahahaha... rasakan, then yang kawan Jemah yang gatal mulut menanya tu, terus ala-ala sentap mengkarung kau! lantak lah... Jemah pedulik apa, nenanti dia borak dengan Jemah jugak. Hahaha...

So uols, sempena bulan Puasa ni, Jemah nak susun 10 jari, mohon maaflah kepada artis-artis dan selebriti-selebriti yang maybe terkesan dengan kata-kata Jemah. Kita nak puasa, then nanti nak nengok Ketuk-ketuk Ramadhon dengan Sis Sheila Rusly. Tak jemput Jemah langsung Sis ni... haish lah... takpe, nanti Jemah jadi penyanyi cam Azlina Aziz, baru kena jemput gamaknya.. 

Okay lah... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tazzabar nak tengok Ketuk-ketuk Ramadhonn!!!

 

Malaysia Kalah 0-6 Kepada Palestine.

Assalamualaikum WBT,

Macam-macam dugaan dan cabaran mutakhir ni.

Now, tadi saya baru je tengok pasukan bola sepak Malaysia kena belasah dengan Palestine, 0 - 6.

Yes, 0 - 6! I am not kidding around, no. Nope.

Kita mengharapkan kemenangan sebenarnya sebab dalam hati kita, kita melawan Palestine yang kita sendiri tahu, negara mereka bergolak dan di mana-mana peperangan dengan Israel. Itu persepsi kita. Itu apa yang kita cuba yakinkan diri kita yang mereka adalah LEMAH.

Namun, apa yang ditonjolkan Palestine dengan membelasah Malaysia 6 - 0 bukanlah satu kelemahan. Ia adalah satu semangat ingin berjuang yang ditonjolkan pasukan mereka. Kerjasama mereka amatlah hebat.

Jadi, apakah pengajaran yang mampu kita ambil dari kekalahan ini?

Oh, lupa satu fakta lagi, aritu kemain peminat bola sepak berhebat-hebatan dengan kemenangan ke atas Timor Leste.

So, berbalik kepada soalan tadi, jawapannya ialah,

Carilah pemain-pemain muda dan ketengahkanlah mereka, berilah mereka peluang untuk beraksi di pentas antarabangsa. Kalah itu dugaan, namun, kemenangan itu yang dicari. Bila dah tua, siapa jadi pengganti? yang muda tidak ada pengalaman, mengharap yang tua? mereka dah tua. Tengok? Timbul permasalahan lain, kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Majulah sukan untuk negara.

Berbulan Madu Di Mekah????

Assalamualaikum WBT, 

Tadi saya ada baca satu blog ni, takut ya Ampun.. terkejut jugak... ni ha...

BULAN MADU DI MEKAH.

Malas nak  komen lelebih. 


Assalamualaikum WBT

p/s: ke camne? Ke lulus? 

Tuesday, June 16, 2015

Pitch Perfect 3! One last sing-off Pitches!!! Mereka kembali!!

Assalamualaikum WBT,
http://variety.com/2015/film/news/pitch-perfect-3-release-date-anna-kendrick-1201520141/
Kepada penggemar movie, movie yang paling hit this year adalah Pitch Perfect 2 and in two years time, dorang akan KEMBALI!!!!!! Yes, movie itu dijangka akan ditayangkan pada July, 2017!!! Hows that Pitches!!!
Takpe, kita ada masa lagi dua tahun untuk berangan jadi Barden Bellas.
Watak Beca dan Fat Amy by Anna Kendrick and Rebel Wilson telah diconfirmkan. So! Siapa lagi yang akan sertai dorang? Apakah jalan cerita mereka? Adakah mereka akan ditayangkan sebagai after college? Adakah dorang akan masuk ke dalam tempat kerja or dorang lanjutkan pelajaran mereka dalam bidang muzik atau bekerja di company muzik?
Persoalan yang mungkin perlu dijawab oleh Elizabeth Banks sebagai producer,
Will Fat Amy be married with Bumper?
Will Beca be a singer or composer? Or will she be able to work with the music produser?
Will Chloe be able to move on with her life?
or,
Will the newbies be able to maintain the Barden Bella's huge achievements?
All these questions should be answered in the next movie. Yes.
Dorang kena jawab soalan-soalan ni, or, Will Beca be married with Jesse?
So, nantikan movie ni nanti eh.. 
ni link untuk bacaan Pitch Perfect 3
Assalamualaikum WBT
p/s: tetiba sal movie lak...

Jadilah Muslim yang berilmu...

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, beberapa hari je lagi kita akan berjumpa dengan Ramadhan. Alhamdulillah, tapi perjalanan kita masih jauh. InsyaaAllah, kalau Allah izinkan kita untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini, kita panjatkan kesyukuran kepadaNya, tetapi jikalau kita dipinjamkan sehingga beberapa hari sebelum Ramadhan tahun ini, apakan daya, kita sebagai Hamba-Nya kenalah redha dengan ketentuan-Nya.

Baiklah, apakah persediaan anda untuk menghadapi Ramadhan?

Kepada yang ada anak kecil? tahu dah macamne? yang mengandung? yang sakit? sakit kronik? *yang buat-buat sakit tu, payah sikit lah, kena buat-buat kena tampar lah untuk menghilangkan buat-buat sakit tu kan?

Yang gastrik? yang ada pembedahan? pelbagai lah, ini semua kena tanya ustaz. Setahu saya kalau tanya ustaz, ustaz akan jawab,

"Selagi mana boleh berpuasa dan selagi mana ia tidak memudaratkan awak seberatnya, teruskna berpuasa". Haaa.. ada gaya ustaz tak? hehe... tadelah kan?

Bukan apa, kalau daya berpuasa, berpuasa lah. Tapi yang diatas tu ada rukhsah, maksudnya keringanan untuk meninggalkan puasa tetapi nanti mereka kena ganti puasa tu balik. Bukan main bayar je, memang duit senang cari sekarang, tapi apa tujuan berpuasa sebenarnya? Berbalik pulak kita ke situ...

Jadi, jadilah Islam yang berilmu okay? Saya pun masih jugak mencari ilmu, ilmu dunia dan akhirat. Tak salah weh...

Assalamualaikum WBT

p/s: sedap ayat tu.. hehe...

Sunday, June 14, 2015

Che Mat Gebu - Blogger Agung.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Wahhh... dipagi Ahad yang hening ini... sungguh mengheningkan. Biarpun rakan-rakan kita di Sabah diuji dengan pelbagai ujian, tabahlah. 

Baiklah, sekarang ni, segala jenis barang lama-lama yang elok mahupun yang kurang elok ada harga. Yes, seperti apa? Seperti pinggan mangkuk motif bunga kangkung. 

Iya, pinggan mangkuk motif bunga kangkung ni memang famous dari dulu lagi. Dia ada banyak jenis, yang arwah wan saya ada dulu adalah bunga kangkung, bunga ros hitam putih dan bunga ros colour. Kalau nak diikutkan  daripada pemerhatian, bunga kangkung paling famous, bunga ros ni dia masih baru lagi so, agak tak season lah.. gituhhh....hahaha

Selaluanya, blogger agung yang selalu menggunakan pinggan mangkuk motif bunga kangkung ni adalah Che Mat Gebu! Dia memang selalu sangat laaaahhh guna motif ni, dia memang mempunyai motif kuat dalam pengumpulan barangan antik terutamanya set pinggang mangkuk ni. Dia memang suka, lagipun, tak salah la kan sebab Che Mat adalah blogger agung yang mempamerkan masakan-masakan, so! eat your heart out pitches! hahaha... gituhhh..

Ha? apa? Tak tau siapa Che Mat Gebu? adoiyai.. kepada blogger yang tak tau Che Mat Gebu ni siapa, mintak tolong logout blog tu, then terus deactivate! hahaha... dia ni blogger otai tau, walaupun saya tak pernah jumpa dia sebab saya duduk luar negara negeri, saya yakin yang Che Mat Gebu adalah seorang yang baik dan baik hati. *ini bukan entry kipasusahnakmati yea...



Nah ini link blog dia!!


selain memasak, dia juga mengumpul pinggan,*Dah bagitau tadi kan? hahaha, so! macamtu larrrr... 

Dah, apa-apa korang follow Che Mat kat mana-mana media sosial yang adalah dalam dunia ni, dia mesti ada. Che Mat sayangkan peminat-peminatnya. 

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Kalau che mat tu, dah setaraf Dato Siti Nurhaliza dah... punya hebat!!!
p/p/s: Tajuk tak mudah!!!! hahahaha

Ketuk-ketuk Sebelum Ramadhan. Boom!

Assalamualaikum WBT,
Apa khabar semua? Hari ni hari Ahad, korang buat apa?
Ramadhan dah tak lama. Sebenarnya, apa yang dapat saya tengoklah, semakin kita dekat Ramadhan, semakin kerap kita makan. Hahaha, agaknya minda tu cakap,
"makan lah nak, nanti tak lama, rehat makan siang, makan la puas-puas nak". 
Haha, katanyah!!! kan?
Apa-apa pun, di hati yang tak lama dah ni, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga kita dapat memperbaiki diri kita sebagai seorang hambanya. Azam Ramadhan? Tak nak makan banyak sangat dan cuba sehabis mungkin untuk mengerjakan Solat Sunat Terawikh yang tak penah nak tercapai tu.. haish!!! pening kepala hakak.
Tu je kot, lagi lagi, nenati saya update kot-kot tetiba diri ini jadi jual kuih, hahah.. bulan Ramadhan, bulan mulia ni, kita umat Melayu Islam ni memang tak lepas daripada menjadi peniaga. Tapi bulan tu je la, bulan lain, kita jadi benda lain. hahaha... katanyah...
Assalamualaikum WBT
p/s: salam ramadhan, jangan lupa tonton Ketuk-ketuk Ramadhan bersama Sis Shiela Rusly, saya MEMANG takde dalam rancangan tu. haha..hampeh.

Hujan Lebat, Air Takde. PAIP RAUB, TOLONGLAH RESPOND!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sihat ke? Hari ni tempat saya di Raub ni hujan. Bumi sekali lagi dibasahi oleh hujan, alhamdulillah.

Baik, ini saya nak cakap sikit tentang perkhidmatan Jabatan Bekalan Air Pahang yang semakin hari semakin tenat. Kerapkali beberapa rumah di kawasan kampung saya ini meminta tong air besar yang hitam tu sebab ketiadaan air.

Iya, saya tahu, sebab air tu takde adalah tekanan rendah. Even sekarang ni pun takde air. Jadi, untuk mengelakkan daripada ketiadaan air, tong diminta. Even saya pergi ke JBA Raub untuk meminta tong, kalau bayar deposit, kitaorang nak bayar, tetapi dorang cakap, 

"Selalunya kalau tempat takde air ni, tong memang kita bagi percuma selagi mana air takde".

Now! Saya dah pergi 2 minggu lepas dan saya telah tinggalkan number telefon saya dan kakak saya *sebab rumah kakak saya yang ketiadaan air, untuk rujukan dorang, kalau-kalau dorang call, tetapi malangnya, takde. Langsung takde. Mungkin salah kami sebab tak call dorang balik, but nevermind, on Monday, I will go there and try again sebab ni tak lama dah nak Ramadhan. 

Menyambut Ramadhan dalam ketiadaan air? Bukanlah satu perkara yang boleh disyukurkan.

Ada orang cakap, bersyukurlah Malaysia masih aman. Katanya.

Kadang-kadang ini adalah antara sebab kenapa masyarakat pandang RENDAH kepada kakitangan kerajaan, kerana benda-benda macamni lah. Kalau pun, katakanlah, takde tong untuk dibekalkan kepada penduduk yang ketiadaan air, call, cakap, jangan buat kami ternanti-nanti.

Takkan nak panggil BersamaMu datang ke rumah or TV3 untuk buat liputan or Sinar Harian untuk mencari berita? Please lah, please. Jangan ingat benda-benda TV ni boleh meng-glamor-kan anda dan boleh membuatkan anda NAMPAK seperti buat kerja. Please, its useless.
Dapat sijil weh!!! hebat kan?

You have your job, kalau tak nak kerja, stop! jangan kerja, bagi orang lain. Senang kan? Jangan sampai orang cakap kamu makan gaji buta, please. 

Bila orang buat aduan dan cakap, disuruhnya masukkan segala aduan dalam peti aduan dan dorang akan ambil tindakan. Tindakan apa yang diambil? 

Masa saya pergi ke JBA Raub, saya masuk ke kaunter dan I asked one indian lady inside, I asked about if I want to get the black tong untuk letak air sebab rumah tak sampai air, SEBAB TEKANAN RENDAH.

Okay, she cakap, selalunya pengguna akan terus berurusan dengan mereka yang ada di bangunan pink (Bangunan penyelarasan ke hape tah namanya), fine, saya pergi kat situ, but no officers were there, yang ada hanya seorang pekerja biasa yang dia juga tak tau apa prosedurnya.

Now, dia cakap suruh tinggalkan number telefon, but NOTHING!

Now, saya nak buat aduan ke JBA Pahang je lah, entry ni pun kiranya dah kira satu aduan, satu lagi aduan yang email lah. Akan disertakanlah segala kata-kata hikmat. Gituh... buat aduan la katanya, ke nak buat report polis sekali ke camne? Haha...

Buatlah kerja weh, tak lama nak puasa, susah la kalau takde air.

Assalamualaikum WBT

p/s: Air bukan murah. Sigh.

Saturday, June 13, 2015

Kempen Jom Makan Ikan 1 Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Haaaa.. hari ni saya makan sedap. *eh sedap ke? Hehe.. sedap woiii.. Lauk apa?

Gulai Asam Tempoyak Ikan Tenggiri dengan rebung Betung jeruk.
Ikan dory masak cara butter fried.
Sambal Ikan bilik (guna lada kering tumbuk)
Nasi.

Makan? makan camne? Makan tak hengat dunia uolss!!! tahu-tahu nasi habis. hahaha.. mampus lah, camne nak diet. Ni panas-panas ni, lagi lah... makan jeee.. sebab jadi cam lapar then minum air banyak then makan lagi, then minum air... macamtu je lah...

Agaknya minda kita ni tak terfikir yang kita nak berpuasa bagai tak lama lagi.. adoi lah... 

https://en.wikipedia.org/wiki/Rastrelliger


Tapi takpe lah, hari ni dapat ilmu baru, lepas makan baru cari resepi. Nanti nak cuba satu resepi yang nampak sedap tu. hahaha, ikan dory masak rangup. Tadi cari resepi, jumpa kat satu blog ni, alamak! lupa pulak nak copy link, kalau tak silap saya, Aimee's Kitchen ke hape... lupa lak.. cari je, korang taip Ikan Dory Masak Rangup, ada keluar, berlambakan... 

Saya ni, baru tahu yang ikan dory ni ada jual cam fillet camtu, baru tahu MINGGU LEPAS. hahah, bongok kan? So, insyaaAllah, time Ramadhan ni, makan ikan tu je lah. Orang kata, ayam dah tak boleh makan, ada virus apatah lah, tapi tu lah, memang kalau boleh nak elakkan makan ayam. Sebab kita semua tahu kan yang ayam disuntik dengan cecair kimia untuk menggalakkan tumbesaran ayam tu sendiri kan? Now you know kenapa kita gemok ! hahahaha... 

So, adalah digalakakan makan ikan sebab dalam ikan ada banyak nutrients dan vitamin yang kita perlukan. Bukan tak boleh makan daging or ayam, tapi sekali sekala je lah. Kalau dalam seminggu tu, makan sekali je, maybe hari Sabtu or Ahad sebab ada pasar malam, beli ayam goreng ke apa ke kan?

Lagipun, harga ikan bukannya mahal sangat. kalau kembung tu, baru RM10-RM13 sekilo, jangan lah asyik makan salmon je, sebab mengikut kajian, vitamin yang ada dalam ikan kembung lebih banyak dan lebih hebat daripada ikan salmon. Kandungan omeganya lebih tinggi, sama juga dalam ikan selayang or sardin yang kita dok cakap-cakap tu. Memang ikan tu murah, sebab tu dia tinggi Omeganya, senang orang-orang sederhana macam kita boleh beli dan makan. 

Jangan ingat Salmon je tinggi dengan Omega 3 eh... hehe..

Tu je lah, tetiba citer fasal ikan.

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Tahu yang Kembung dan Selayang tinggi Omega sebab aritu ada sertai Menu Sihat anjuran Klinik Jeruas, Raub. hehe...
p/p/s: Tajuk saya tak mudah!!! hahaha

Kita Pun Ada Sejarah Lah... Jangan Cakap Orang.

Assalamualaikum WBT,

Kecoh media Malaysia serta dunia yang 2 penerjun Filipina yang dapat markah kosong di SEA Games di Singapura baru-baru ini.



Agaknya mereka lupa yang Ahmad Amsyar pernah diberikan markah kosong sebab kesalahan yang hampir sama di satu temasya sukan ?

Cepat kan kita lupa? Betul kata Mahathir,

"Melayu mudah lupa"

Hmm... Mahathir pun seakan-akan lupa dengan keadaan sekeliling, ke camne? haha...

Bukan nak cakap apa, cuma janganlah kita menghebahkan sangat, kesian lah dorang. Tapi la, kalau dah sesuatu tu ada nilai berita, heboh lah kan??? kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: suka tengok atlet terjun, sebab bila jurugambar ambil gambar dorang, nampak terapung dilangit dengan lenggok lentok, mengalahkan ahli gymnast lagi... haha...

Digimon Adventure Tri!! Anime terbest!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Kawan saya ada cakap,

"Biarpun kita menginjak dewasa, kenangan di zaman kanak-kanak tidak bole terus dibuang kerana kadang-kadang ia mengajak kita menjadi diri kita sendiri."

Yes, itu lah.. sapa eh cakap dulu, tak ingat pulak, tapi memang ada la kawan cakap cemtu... hahaha.. *padahal sendiri cakap.


Tak, kepada yang sezaman dengan saya, umur antara 23-30 tahun, mesti korang tau kehebatan zaman Digimon dahulu kan? Agumon, Gabumon, Patamon, Palmon, Tentomon, Salamon or Tailmon, Bukamon, dan Biyomon kan? The Eight Chosen Children. Ingat tak?

Masih ingat tak korang dengan Digivice yang menjadi kegilaan ramai anak-anak masa tu. Saya ingat lagi, saya beli Digi Terminal dan letakkan dalam bag bila sampai kat rumah sebab takut mak marah. hahaha!!! seriously! memang mak marah, but tu tak lama la marahnya, takkan dia nak marah anak dia yang comel lagi kiut ni kan? hahaha...



Tapi saya beli dengan duit yang saya simpan sendiri tapi malangnya, bila meningkat dewasa ni aritu *hahaha, terus lupa, kononnya nak lupakan zaman kanak-kanak lah, tapi bila macam sekarang yang betul-betul fefeling dewasa, mula lah mencari item zaman kanak-kanak. 

Harga sekarang digivice tu, Ya Tuhan.. mahalnya lahai!!! hahaha.. ni Digimon ada keluar Digivice baru sempena 15 tahun dorang, i mean tahun lepas, but tahun ni ada juga lagi lah, harga dengan separuh ribu kot.. dekatlah RM500, tapi tu lah, dia upgrade bagai. 

Siapa kata kartun hanya untuk kanak-kanak? Kalau Barbie yang memahal siap ada rumah tu takpe je kan? Tu Johnny Depp dengan Ruzaini yang Fashion Designer tu kumpul. Takde masalah, tetap lelaki. Ini kan pulak permainan elektronik yang memang ala-ala lelaki. Hahaha..

Saya memang suka digimon, even now, I have my own folder untuk digimon dan dalam telefon saya ada apps V-Pet... kau rasa? Daripada saya menghabiskan duit kepada benda yang lain yang takde guna, baik saya beli benda-benda macamtu kan? hahaha... *cover.

Okay lah... Digimon Adventure Tri akan keluar tak lama lagi, dikatakan ia seperti format movie or entah lah, episode ke hape, tapi apa-apa pun, saya tak sabar nak tengok how Japanese tackles big things as Digimon original cast. Everyone remembers them, Tai, Sora, TK, Joe, Izzy, Mimi, Kari dan Matt. Trailer dah keluar. Hai... tak sabarrrr...

Kepada peminat Digimon, jangan lupa bagitahu anak-anak anda, let them know how wonderful our lives were. Hahaha... kita main juga panjat-panjat pokok dan kita juga adalah golongan pertama diperkenalkan dengan internet dan gadgets. We are the cool ones. Yes.

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Seronok wehhh!!! tak sabarrrr...

Friday, June 12, 2015

Pitch Perfect 2, movie yang ke-3 akan ada????

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Semua tahu kan, I mean kepada yang mereka suka tengok movies je lah, tapi kepada yang tak suka, susah lah nak tau pun...

Flashlight dari Jessie J? Tau tak? Lagu yang sekarang tengah hot sebab Pitch Perfect 2. Yes, saya juga adalah salah sorang daripada pengikut Pitch Perfect, from aritu lagi. Yang first lagi bermakna tapi yang kedua pun tak kurang hebatnya.

Tapi jalan cerita dia takde la bermasalah sangat but its more like too many distractions, tu je lah... 

Apa-apa pun, lagi Flashlight which originally written by Sia, Sam Smith and a few other composers and musicians. Hebat tak? Pitch Perfect memang tempah dorang suruh buat lagu ni untuk this movie. Gila kan? pergh...and it turned out very well. Lagu tu memang builds, lagu tu memang best.

So, kepada yang tak tengok Pitch Perfect 2, sorry la kot sebab maybe kat cinema dah habis sebab setahu saya setiap movie international dimainkan dalam masa 1 bulan, so, takde dah kot...tapi who knows kan, kot ada lagi. Korang check la nanti.

So, that is all lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: tak lama nak pose da...
p/p/s: Katanya ada nak buat yang number 3 lakk...hohaaa..

Thursday, June 11, 2015

Alihbahasa adalah merugikan!

Assalamualaikum WBT,

Orang kata kadang-kadang tengok kartun tidak memberikan apa-apa maksud, tapi sebenarnya, itu adalah tempat kita belajar.

Masa zaman saya dulu, kebanyakkan kartun dalam bahasa Inggeris dan Jepun, dan alhamdulillah, sebab saya sendiri minat dengan kartun, saya pick up my English lesson from there. Saya ajuk dorang dan sekarang saya okay dengan English language. Jepun? Not so much, maybe sebab kartun Jepun sikit je agaknya.

Berbeza dengan keadaan sekarang ni, disebabkan dasar kerajaan yang melebihkan Bahasa Melayu/Malaysia, bahasa Inggeris dikurangkan penggunaannya di TV TETAPI bila dalam peperiksaan diutamakan Bahasa Inggeris.

Ibarat kata, Jangan Makan Ayam sebab ada penyakit, tapi lantak makan KFC. Mampus. Hahaha...

So, berbalik kepada kartun tadi, jikalau ia betul caranya, ia mampu menjadi satu medium untuk belajar bahasa Inggeris, tapi malangnya, macam ASTRO ia ada alih bahasa yang amat menyakitkan hati. Okay, dari satu sudut, ia membuatkan mereka tak paham bahasa, faham apa yang diperkatakan, but on the other side, ia amatlah merugikan. Merugikan siapa? Ia merugikan kanak-kanak. Yes dan juga orang dewasa, sebab apa? Sebab tak dapat nak memahami bahasa Inggeris. Sayang woi.


Macam zaman saya dahulu, kami ada Power Rangers, Digimon, Pokemon, X-Men serta pelbagai lagi cartoons yang mempunyai English language based, sekarang? ada jugak, tapi malangnya ia boleh dialihbahasa. Kesian anak-anak, buat je lah kartun takley alih bahasa. Senang. 

Memanglah sekarang banyak program-program yang mampu dijalankan tetapi apabila ia berkaitan dengan PNP, tiada sorang budak pun excited weh. Seyes. I know, I once a kid. Yes.

So, macam saya cakap tadi lah, buat je subtitle, takyah alih suara, rugi!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: tengok, I still watch Digimon. hahaha...

Wednesday, June 10, 2015

Jangan Mudah Percaya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sekarang ni saya update entry di salah satu CC dekat pekan Benta ni. Okay lah, Indian yang punya, maybe la,, saya tak tau sangat but apa-apa pun, janji ada internet, takde masalah lah kan.

Now, saya sekarang pun tengah updatekan diri sendiri dengan pelbagai benda-benda yang berlaku di Malaysia dan luar Malaysia. Dasar-dasar dan pelbagai lagi lah. Bukan apa, kalau bergantung kepada FB dan IG serta Twitter, mampus saya. Hahaha,.. dorang ni boleh dibaca, but percaya? kena cari sumber lain baru boleh percaya.

Saya selalu juga baca-baca beberapa website parti-parti politik sebab ia kadang-kadang membantu jugak, but most of the time, biasa-biasa je lah. hahaha, not much juga sebab masing-masing lebih kepada menaikkan nama sendiri serta menaikkan propaganda yang dicreate sendiri. So? takde sangat lah kan. sama jugak, boleh baca but percaya? Please... 

Oleh itu, kita tidak boleh la mempercayai sesuatu perkara sebelum usul periksa, betul tak? Kadang-kadang ia hanya menyakitkan diri kita sebab buatnya benda yang kita percaya tu tidak betul? Kan? Betul tak? Bahaya kan?

Tu lah weh kan? 

Tu je la kot, bukan banyak isi ni pun tengah cari bahan nak update. hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: seronok-seronok. 

Tuesday, June 9, 2015

SEA Games, Tahniah Singapura!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabat semua?

Baik, sekarang ni kan, saya terlupa nak update fasal Sukan SEA yang sekarang ini sedang berlangsung di Singapore. Yes! Singapore telah menjadi Tuan Rumah untuk SEA Games, kaww rasa?

Okay la kan, they have something to prove pun, walaupun negara yang kecil, but they have great gut to prove that they can do it too. So! They proved it, they dah jadi tuan rumah kayy...boom!

Hebat kan? Malaysia dah jadi tuan rumah kepada banyak sukan-sukan besar, Olimpik je belum lagi sebab kita buat apa kan? Jadi tuan rumah untuk orang lain menang? Kan? Hahaha.. boom!

Okay lah...tahniah kepada Perenang Singpura dalam 4x100 lelaki menang pingat emas dan perak. Tahniah.

Assalamualaikum wbt

P/s: dinner.

Trip To Krabi Part 1

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar kawan-kawan, aritu saya ada pergi Krabi, Thailand. Trip saya ditaja. Siapa taja? Adalah, mana boleh bagitau sebab ia melibatkan orang yang saya sayang, so takley nak gitau. Hahaha...

Baik, pergi ke Krabi, pengalaman yang saya dapat banyak, saya snorkel, saya island hopping, tengok bermacam jenis manusia, kenal duit Baht camne, hahaha... macam-macam dan yang paling memorable sampai sekarang adalah SUNBURNT. Habis terbakar kulit lengan ni ha... tapi iya lah, kang orang tak percaya lak pergi ke Krabi kan? hahaha.. nanti saya update bagai, but for now, saya letak gambar dulu eh.... enjoice.








Okay tak gambar-gambar ni? Okay je kan? nenanti saya kongsi lagi eh..

Assalamualaikum WBT

p/s: nak cari content nak update blog lagi satu tu... adoi...pening...


Mengajar bukanlah satu perkara yang mudah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti anda semua sihat kan? Kalau sihat baguslah, tapi kalau tak sihat, mohon cari makanan untuk mengembalikan kesihatan anda. 

Anda semua maklumkan yang sekarang ni saya mengajar tuition di GIATMARA Raub, saya mengajar English subject, but last week, it was very intense class. Students were ignoring me, they were doing their own things. I have never done during my many classes in secondary, Form 6, uni, no! I respect my lecturers and teachers. I am. Even now I still keep in touch with them and ask them about how to teach and whatnot.

But, last week, wow! I even said this,

"Saya sangat menyampah dan geram sekarang ni!".

Reason? Because dorang main-main dan tak bagi full attention in the class. Yes, i know, English language is not our mother tongue, but please, respect me as your teacher. Tapi tu lah, budak-budak sekarang ni, memang agak payah. Bila di marah-marah, kononnya mereka betul, bila dibiarkan sahaja, katanya tidak dipeduli. Mana satu? cuba cakap apa yang mereka nak? Ke dorang nak jawab English dalam bahasa Melayu? Camtu? Payahlah..

Saya ada cakap,

"saya sebenarnya, tak suka marah-marah dan  rise my voice for no reason, tapi kalau macamni lah, you disrespect me, saya boleh marah"

Then ada seorang student ni cakap,

"Cuba cikgu marah, kami nak tengok", dia cakap sambil senyum.

Saya pun apa lagi, saya cakap,

"Betul awak nak tengok saya marah? I am so mad right now, takut korang je tak boleh nak handle".

Then the class terus senyap.

Sebenarnya, saya suka dapat gig mengajar ni. Suka sangat, but dorang tak faham betapa pentingnya SPM dan English. Mungkin dorang ingat, pelajaran tak penting, tapi! ia amat penting. Sangat penting. Nak pulak waktu sekarang ni. 

Saya mengajar sebab saya memang nak mengajar, nak-nak pulak dorang yang kurang bernasib baik ni. Tu je but kalau macamni lah, saya boleh minta tolong GIATMARA hantar balik dorang ke sekolah and face their own fate and reality.

Di GIATMARA mungkin cikgu-cikgu boleh bersabar sebab ia mempunyai situasi yang berbeza, tapi di sekolah , students ramai, perhatian dibahagikan mengikut student, tapi kalau student pandai, mestilah dapat perhatian lebih kan?

Di GIATMARA, kami cuba untuk membantu sebanyak mungkin student-student yang memang kurang bernasib baik. Memang, janji ADA MINAT UNTUK BELAJAR, itu sudah bagus, tapi kena ada MINAT! Minat amat penting.

Kalau dalam kelas saya, saya sudah cuba sebaik mungkin untuk bagi dorang faham how English works, but tu lah, kadang-kadang saya buntu untuk cuba memahamkan mereka. I just lost sebab dorang macam pergi kelas dan dapat elaun dari GIATMARA, then balik. Point? Pointless.

Saya tahu ada beberapa orang amat berminat dengan apa yang dijalankan, tetapi, ada juga yang mempunyai sifat acuh tak acuh dengan apa yang terjadi. Being a teacher is no easy task. Yes. You need to have mountain of patient and you need to smile like all the time. Given the fact that you have to teach the unfortunate, you need to double or triple that up. Yes, you have too, if not, don't even try to be in this field.

Assalamualaikum WBT

p/s: Teaching is a passion and patient is needed. 

Monday, June 8, 2015

Masih Menjadi Cikgu.. hehe..

Assalamualaikum WBT,
 
Hari ni adalah hari Isnin dan hari ini adalah hari Isnin last sebelum kita masuk ke bulan Ramadhan. yeay!!!
 
Dan saya masih mengajar yea, jangan tak ingat pulak. Jangan lupaaaa... hehehe... 
 
Saya pulak akan plan beberapa plan untuk hari puasa, mungkin menggunakan silibus lain untuk menarik minat dorang ni dalam memanfaatkan masa Ramadhan tu. Lagipun, menuntut ilmu dalam bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda. 
 
Kalau pahala tu nampak dek mata, nescaya kita  semua rasa takut dengan apa yang ditunjukkan, iya lah, dosa lagi banyak dari pahala. Hihu...
 
Tu je la untuk hari Isnin ni. InsyaaAllah, saya akan cuba buat kembali Diari Ramadhan Akmal yang tahun lepas tak berapa nak menjadi tu... hehe...
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: diari ramadhan..hehe.. tak sabar nak tengok Ketuk-ketuk Ramadhan bersama Sis Sheila Rusly... 

Program Keluarga Angkat Peserta Program Transformasi Minda Induksi Khusus Gred 27 dan 41, 3 - 5 Jun 2015. Majlis Penyerahan dan Penutupan.

Assalamualaikum WBT,

Haaa.. Jumaat hari tu adalah hari terakhir anak-anak angkat di dua kampung iaitu Kampung Jenud dan Kampung Ulu Atok dalam Program Keluarga Angkat Peserta Program Transformasi Minda Induksi Khusus Gred 27 dan 41.

Seronok dan sedih lah. Seronok sebab acara dah habis, sedih sebab dorang dah nak balik dah. So sebab tu sedih tu. 

Ni adik beradik angkat saya lah, yang pakai baju merah je eh.
Yang pakai cermin mata tu, Arizz dari PRD Besut, yang tengah,
Zul Syahmi dari PRD Selama dan Haris dari PRD N.Sembilan Barat.



Ni masa anak-anak angkat menaiki bas untuk balik ke Maran.

Ni selepas daripada Majlis. Ni la Banner nya...
Tu je la, seronok dapat kenal dorang ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: keep in touch k?

Sunday, June 7, 2015

Gempa Bumi Di Sabah. #prayforsabah

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Baik eh semua?


Saya nak ucapakan takziah kepada semua warga Sabah diatas ujian yang diberikan.

Pada Jumaat, 5 Jun 2015, gempa bumi berskala 6.0 ritcher telah mengegarkan Sabah dan telah menyebabkan banyak kawasan di Sabah terjejas teruk. 

Banyak mangsa yang maut ekoran gegaran kuat iaitu 54 kilometer di bawah tanah. 

Memang sekarang ni banyak khabar angin, itu ini yang mengatakan beberapa individu dalam kerajaan tidak mengambil berat kepada apa yang berlaku. Kadang-kadang, ada betulnya jugak khabar angin ni, apabila kita perlukan pembesar negara, mereka perlulah ada di tempat kita. Kadang-kadang kena jugak fikir, which is more important, the national meeting or whatever atau your Rakyat.

Kalau Rakyat is not important, then, sorry to say, whatever your are doing after this, WILL REFLECT every single result in the next General Elections. You just have to be ready, sebab tu Tun M risau sebab every single rahsia negara akan terbongkar kalau kerajaan bertukar tangan, itu sahaja. Sebab tu Tun M marah-marah dan Nothing to hide tu.

Maaf cakap lah, everything is politics. Yes, everything. Sometimes, you just need to sacrifice whatever your are doing, biarlah orang nak cakap awak turun padang sebab saja-saja nak tengok, bla bla bla... jangan risau lah benda tu, in the end, its your name. Yes, your name. Tak turun orang mengata, turun pun boleh mengata, that is why, better turun, at least, people can see your efforts.

Tapi jangan bawa your wife, most people tak suka your wife. Pergi separate, kalau tak people will talk. Some are okay with you, PM, but sesetengah tak suka your wife. Tu je, itu apa yang saya dengar dan lihat melalui pemerhatian. 

Tapi yang PALING PENTING sekarang ini adalah penduduk Sabah yang terjejas teruk itu. Seperti juga di Kelantan, mereka perlukan bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka. Segala jenis keperluan dan juga tempat tinggal amatlah diperlukan. Bayangkan jikala rumah mereka rosak dan mereka tidak tempat untuk tidur semua, ya Allah... dan setahu saya ada sesetengah tempat cuacanya agak sejuk. Mereka juga memerlukan blanket dan selimut.

#prayforSabah

Assalamualaikum WBT

p/s: Dugaan yang sungguh hebat, semoga orang di Sabah tetap tabah dan dont lose hope.
Su gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280

Usana scam???

Assalamualaikum WBT,

Apa itu USANA? 

Baik, sebelum saya cerita fasal Usana ni, saya nak cakap sikit tanggapan orang fasal sistem MLM. Orang kata,

"hmm.. itu MLM lah tu, orang berak kat atas, yang bawa kena taik. Itupun lepas kita bagi duit kat orang atas",

Itu adalah salah satu daripada pandangan manusia. Saya disini tidaklah ingin memenangkan sistem MLM cuma, orang yang join sistem ni dan memang dah berjiwakan benda ni akan cakap,

"eh, kitaorang bukan mengamalkan sistem MLM, kitaorang memang jual barang je. Cuma, kitaorang akan dapat komisen. Banyak usaha jual barang, banyak lah dapat duit".

Nampak takss? nampak?

USANA ni, memang jelas-jelas mengamalkan sistem MLM sebab apa? Sebab bila daftar jadi ahli, *wajib daftar kalau tidak kita takkan dapat komisen kita kena jual AT LEAST 5 botol supplement USANA. Yes! WAJIB! Then, Usana akan suruh promote kepada mereka yang menggunakan produk USANA untuk jual kepada mereka-mereka yang lain, so? camne? Contoh, A menjadi seorang yang membawa Usana kepada satu group 5 orang, B,C,D,E dan F. A akan selalu cakap fasal kebaikan produk-produk USANA dan sehingga mereka menjadi ahli dan A akan suruh 5 orang ni untuk mencari ahli lain supaya produk mereka usahakan terjual. Disini A akan memainkan peranan, A akan memantau B,C,D,E dan F dalam pembelian barangan. Dorang akan ambil dengan A, so? A akan untung atas angin? Buat duit tak? buat kan? Tapi, A kena rajin lah, *disinilah mereka menidakkan sistem MLM sebab A kononnya RAJIN. B,C,D,E dan F akan mencari mereka-mereka yang lain, buatkan setiap 1 orang dapat 5 orang, then menjadi ahli bawah A? Takke 25 orang tu kan? betul tak?

Memanglah kita dengar, 

"ini, tengok, dia dapat luit bulanan RM 100 ribu maaa... mana boleh kita sudah tua-tua nanti mau kelija bawa itu matahali. Panas wo...".

Itu yang saya dengar tadi. Memang setiap peluang adalah berharga, tapi apa guna berharga kalau ia tidak disukai. Banyak sekarang ni perniagaan yang nampak cantik, halal, tapi sebenarnya, tidak. Ia ibarat memakan daging saudara sendiri.

Pernah dengan Spirulina? Apa benda tah dulu produk tu, memang gampang, yes, Luxor. Ramai gila masa dulu penduduk-penduduk KG saya pergi tengok dan menjadi ahli. Last-last? nothing is proven. Orang yang jual Luxor pun hilang tah kemana, takde update. Mampus camtu. Apa tah nama mak cik yang bawak tu, harap-harap dia sihat lah, kalau tak sihat, memintak la dia sakit, boleh makan produk dia kan? Betul tak?

Tadi cina tu cakap, 

"haiya, sikalang ar, orang kampung pun ramai sakit-sakit wo".

Bangang. Ko ingat orang kampung je lah? Saya paling menyampah, kalau orang yang cakap tu, masih membuat kerja-kerja berat, walaupun after kena stroke? Cina tu kena stroke dan dia masih bawak lori. Kalau Usana ni bagus dan mampu dijadikan kerjaya menjamin masa depan kehidupan cina tadi tu, kenapa dia tak buat fulltime? Tu saya pening sikit tu tadi. Then bila saya tanya cina tu, 

"ni anak-anak u, masuk Usana juga la?"

Dia macam seolah-olah berdalih-dalih? babi apa? 

Jadi, untuk pengetahuan semua, kalau mereka yang suka bercakap, suka buat PR dan sukakan pandangan orang terhadap kita yang kononnya tinggi menggunung serta sukakan perhatian dan most of all, SUKA BERCAKAP dan pujuk orang, biarpun kita tau orang tu takde duit. Silakan. Silakan. Saya tak paksa, tapi kalau saya, biarlah saya menjahit baju, menoreh getah, menyapu sampah, membersih tandas daripada terang-terangan menipu orang. Itu sahaja.

Kepada yang telah masih menjiwai MLM ni, teruskan sebab ia terbukti ia adalah jalan terbaik untuk anda. No kidding. Kan? Tapi kalau anda guna untuk diri sendiri dan takde teringin nak buat perniagaan ke apa, go ahead. That's better, wayy better.

Itu sahaja. Luahan hati terbuku tersirat.

Assalamualaikum WBT

p/s: Usana? U sana!

Untuk bacaan anda.

Mossip-mossip Mak Jemah : Tahniah Pasangan Berkahwin.

Assalamualaikum WBT,

Apa habaq naaaa semua.. ni Jemah ni...Jemah baru ja balik dari perkahwinan dua artis Malaysia, ka tiga? *awat cakap lagu ni ni... ni mesti termasuk isi-isi Che Ta dalam diri Jemah ni..

Apa-apa pun, Jemah takdak la letih sangat cuma, iya la, perkahwinan Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha tu agak makan masa, Jemah pun apa lagi, makan dulu la dari makan hati tengok jemputan kalah pengantin kan? apa lagi, Jemah pun keluarkan roti yang Jemah bakar dari rumah. Hahaha... kenyang uols...

Jemah suka sangat tengok dorang, putih suci je, comel je dua-dua. Tahniah Keknis *blogger yang dah lama tak update blog dan Hairul Azreen, Jemah panggil dia Boy je, iya la masa jadi stuntman dulu, Jemah dah nampak dah potensi dia tu. Hahaha.. konon kan...


Lepas tu, Jemah nak ajak korang semua ke satu lagi perkahwinan yang katanya simple. Simple lah gamaknya kot. Haha, Raisyyah Rania Yeap dengan jejaka pilihan hatinya, *wah! fefeling pulak Jemah, Dr. Rezal Khairi Ahmad, seorang Pegawai Eksekutif. Jemah ada juga jenguk facebook lah, then group itu, group ini, ramai lelaki patah hati sebab tengok Keknis dan Esah kawin dah, *jemah panggil dia Esah je, senang. Nasihat Jemah la sebagai seorang yang sudah berumur, jangan risau dek. Jodoh korang insyaaAllah ada, kalau kita ada duit, jodoh tu ada. kalau ada duit tapi jodoh takde, cube tengok cermin. Jemah syorkan, ada duit lebih tu, buat pembedahan muka. Ganti kulit muka ke? kan? hahaha...

lagi satu, Jemah nak ketawa pun ada. Kenal tak pelantun lagu Knock knock, Elizabeth Tan? Kenal kan? Haaa... peminat KPOP kecam dia sebab nama kelab peminat sama dengan sebuah kumpulan di Korea, Super Junior, iaitu ELF. Jemah heran nau dengan kedua-dua belah pihak, pihak Elizabeth Tan tu camne bagi nama. Jemah rasa macam tak kena je, then lagi satu, peminat KPOP tu. Amboi korang, marah kemain lagi eh. Korang ingat artis KPOP tu, apa? pemberi nyawa korang? heloks sikit lah woi... hahaha...  

Ni, nenanti kalau Jemah nak buat Fan Club Jemah sendiri, jemah nak namakan, Jemah Agung Loyal Fan Club, haaa. rasakan! singkatan JALFC. Takde sama langsung dengan group KPOP kat Korea tu. Boom! hahaha... rasakan.

Dah la, Jemah esok nak keluar awal pulak, ada hal. Nak jumpa seseorang ni. Moga dipermudahkan. *felingggg

Assalamualaikum WBT

p/s: nak jumpa Tuan Tanah ni haaaa.. kita dok menumpang kan... haha...