Nuffnang Ads

Tuesday, August 25, 2015

Selamat Mengerjakan Ibadah Haji. Amin.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa?

Saya sekarang berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebab saya menghantar ayah saya untuk pergi mengerjakan ibadah Haji.

So, sekarang kami sedang menunggu giliran ayah saya untuk masuk ke dalam kompleks.

InsyaaAllah...segalanya akan selamat. Amin.

Doakan kesejahteraan ayah saya eh.

Assalamualaikum wbt,

P/s: sedih tapi bertabahlah.

Wednesday, August 19, 2015

Taufu Bakar Special Sedap di Kuala Lumpur. Sedappp..

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Semalam saya melangkah jauh woii.. ke KL, lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kampung Jenud tercinta ni. Hehehe... Ke KL sebab nak cari kain serta benda-benda bagai-bagai. Hahaha... rasakan. Ke KL wehhh...

Then saya pergi makan di NU Sentral, Kuala Lumpur. Makan apa? Haaaaa.. appetiser makan Taufu Bakar Special. Saya makan di Quizzin, NU Sentral. Sedaaapppp... amat sedap.

Saya dah makan di sebuah restoran di pinggir bandar Raub. Sedapp jugak. Sedappp woiii... memang sedap cuma.. sos tu banyak sikit. Hoho...

So.. bagi yang suka makan makanan-makanan yang ala-ala tradisional ke apa ke... saya rekemen Taufu Bakar Special di Quizzin. Sedappp!! Bagi yang ada di Kuala Lumpur, g la eh... Sedap.

Enjou tau... mesti sedapppp

Assalamualaikum wbt

P/s: makan-makannnn...

Sunday, August 16, 2015

Kenapa saya pilih menjahit?

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua di pagi Ahad ni, semalam kat tempat anda semua, hujan tak?  Tempat saya hujannn... sejuk sungguh semalam,,rasa cam duk dalam aircond, hoho..

Now, ada orang tanya saya, 'kenapa menjahit? Awak kan ada degree, sia-sia la'.

Baik, after a while, saya dah malas nak marah-marah, do you know why saya masuk bidang menjahit ni?

1. I minat menjahit and my minat tu dah dari dulu, but English language is also one of my favourites. I developed that passion during my 1 semester in uni. Why? Because I had to, but then forceness became passion so, there you go. And i am english teacher at one skill institution. Hows that? Not bad ah?

2. Saya kesian dengan mereka yang badan besar. Sebab mereka nak berpakaian seperti orang lain, but they do not have the gut to ask the sewers to do what they want. Kadang-kadang ada je sewers yang cakap, 'eh! U badan besar la.. susah sikit la.. u try camni laaa'.. takke jejek jawapan tu. Saya penah kena sebab yes, saya juga berbadan besar, susah cari baju and i ended up jahit baju sendiri. Now, saya sudah pandai buat baju and menjahit, I am able even to tailor for someone else. Love it. Tapi tu la, masih lagi dalam tempoh belajar but slowly amik tempahan lah... hahaha.. orang yang badan besar pun ada tempah kat saya, so, mission achieved lah kan?

3. Memang suka tengok baju-baju wanita yang cecantik tu. Kita nak pakai kang, apa lak kan? So, better saya buat dan jual kat orang lain... hahaha...

So, itu la serba sedikit tentang kenapa saya memilih bidang jahitan dan saya tidak professionally belajar, saya hanya belajar di Giat MARA sahaja. Hihu.. 6 bulan je belajar... tapi alhamdulillah, sampai sekarang masih berkait rapat dengan GIATMARA Raub. Hehe.. dorang orang best2.

Assalamualaikum wbt

P/s: love it.... so saya ni usahawan la..camne? Hahaha..

Friday, August 14, 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri GiatMARA Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Haaaa. Kita orang Melayu ni, kalau bab raya-raya ni, kita antara kaum yang menang. Sebab apa? Sebab kita berpuasa selama 1 bulan.. maka rayanya 1 bulan jugak lah.... hahahaha...

So.. sekarang saya berada di GiatMARA Raub sebab apa? Sebab kami ada jamuan raya. Raya ke berapa? Ke dah habis raya? Haahaha... ke camne?

Kisah laaaa...janji dapat makannn... hahaha..

So, nothing much nak post but memang sedap makanan semua. Ada makanan Thailand, makan tradisional Melayu, makanan itali, kek..macam-macam ada. Sedap-sedap semua.

Dah...enjoy!

P/s: makan!!!!

Wednesday, August 12, 2015

Taman Tasik Raub. Cantik lagi Nyaman.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Waaahhhh... sekain lama *tengok perks of being a tukang jahit. Hahaha.. sekian eja salah.. sepatutnya sekian. SEKIAN ok!!! Hahaha..

Now, tadi saya jenjalan di Taman Tasik, Daerah Raub yang sungguh nyaman ni. Memang nyaman ok!! Seronok.. sejukk je...

Ni saya masih ada di taman ni, sesambil tunggu ayah saya berkursus Masjid Daerah Raub yang kat atas bukit tu... hihu... saya jenjalan kat sini la...seronok, sejuk.

So.. sila enjoy beberapa keping gambar yang saya ambil di Taman Tasik  Raub ni.

Assalamualaikum wbt

P/s: Thanks Nuffnang.. dah dapat checm 20 billion tu.. muahciked.

Thursday, August 6, 2015

11 tahun sudah beranak. What???

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Sihat tak? Lama nau saya menunggu cek dari Nuffnang ni... ke kita kena update dia ke camne? Kang takut dikata kita ni over nak duit tak seberapa tu... tapi tu la.. duit tetap duit kan... huhuuui...

Now, saya baru je lepas baca satu artikel dari Fb yang mengatakan seorang budak perempuan umur 11 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki cukup sihat.
I was like...wait. what???? Nasib baik bukan tengah makan, kalau tengah makan maybe la tersedak bagai nasi-nasi tu. Huwaaaa..

Katanya polis telah mengenalpasti teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan. Iya la.. buat ujian dna, bukan apa,takut bukan dia. Kalau bukan dia.. payah lak kan? Gituhhh..

Tak tau la nak cakap apa. Pening jap. Nak baring.

Assalamualaikum wbt

P/s: adoiii...

Monday, August 3, 2015

HUJAN.

Assalamualaikum wbt,

Sejuknya Ya Allah malam ni. Sejuk sungguh, hujan turun membasahi kampung kami. Sejuknyaaaaaa menjadi-jadi.

Ni karang rasanya tidur memang tak hengat lahhh...tak payah pakai kipas pun takpeee... hahaha... sejuk lampau-lampau.

Now, maaflah sebab tak banyak update, lagipun kita bukan melancong cam abang Ben. Abang Ben!! Kita nak postcard dari Koreaaaaaa... nak eh?

*fefeling abang Ben baca blog kitaaaa...hahaha..

Dah la.. itu je la.. nak tido lak..gantuk.

Assalamualaikum wbt

P/s: lost nak update apa sebab lama tak update blog. Huhu..