Nuffnang Ads

Wednesday, September 30, 2015

Quote.

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar semua? Sihat ke tidak? Baiklah, pernah tak rasa badan terlampau letih? Penah? Kalau pernah, ubatnya, tidak lain dan tidak bukan adalah, TIDUR.

Oleh itu, saya nak tidur sekarang ni, badan terlampau letih. Huuuu...

Assalamualaikum WBT

p/s : Letih amat...

Takpe lah, dia kan sakit.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Kalau tak silap saya, minggu lepas kecoh satu Malaysia, khususnya yang beragama Islam serta Melayu. Kenapa? Ia mengenai komen/pernyataan personality/blogger/usahawan/pemikir logik terkenal, Saiful Nang.

Sebenarnya Saiful Nang ni nak ikutkan seorang yang bijak, tapi tu lah, maybe sebab dia dyslexia tu, pemikiran dia lebih kepada logik akal. Tapi siapalah saya kan? Tak kenal langsung pun dia siapa melaikan Warga Prihatin tu, saya selalu dok nampak dalam FB yang dia komen fasal almost everything, then dia kaitkan dengan pendapat logik dia. Okay lah, logik akal campur teras agama Islam, insyaaAllah, menjadi.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dia sekarang adalah seorang yang dikagumi, sebab? Banyak sebab yang boleh membuatkan dia dikagumi oleh ramai orang. Now, apa komen dia minggu lepas yang menyebabkan pemahaman logik akal dia, pada saya, sedikit, tercalar?

Tapi apa-apa pun, pemuda ini ada menjawab pernyataan SN, Click Sini. Dia ada menjawab dengan panjang lebar, namun, pada pendapat saya yang ikhlas, tidaklah saya sefamous Encik Saiful Nang yang juga seorang manusia biasa, malah dia boleh dikira sebagai istimewa, sebab dia da dislexia. Saya pernah melakukan pemerhatian keatas orang dislexia ni, mereka memang istimewa. Ibarat seperti syndrome down juga lah, susah sikit nak terima pendapat orang lain. Dia ingat dia sahaja yang betul.

Oleh itu, bagi kita yang dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran yang sedikit lebih dari mereka ini, maka cubalah kita fikir dengan sewarasnya. Janganlah cepat melatah, we can do better than that. Ok? 

Banyakkan membaca, teruskan menuntutu ilmu dan luaskan fikiran dengan agama Islam. Allah pasti akan membantu kita sebagai hamba-Nya. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kat Malaysia pun banyak tempat pelacuran, cuma Malaysia bukan tempat Istimewa maka, teruskanlah. 

Monday, September 28, 2015

Masterchef Asia : Westernising Asian Food?

Assalamualaikum WBT,


Siapa suka tengok rancangan Masterchef? 

Saya suka tengok rancangan Masterchef Australia dengan US. Both ada pros and cons, tapi lately, Masterchef US dah tone down a bit the hatred among contestants and focus more on food rather than dramas, which what US is famous for in any programme, nak-nak rancangan Keeping Up with the Kardashian. Haha...

Now, sekarang Asia sendiri sudah ada Masterchef Asia yang mana contestants adalah datangnya dari seluruh pelusok Asia. *ayatt... hahaha... Takdelah menyeluruh sebab Asia ni luas gilaa... tau tak? Okay, now, dalam promo tu kata nak elevate lah Asia Food, tau tak based Asia Food ni macamane?

Pernah dengar One Pot Food? yang lebih kurang sama dengan makanan yang ada di Afrika? Meaning surroundings play important roles in shaping the food. Kalau kata nak Westernise the Asian Food, then... hmmmm.. I could that, sebab most of the people think that Asian food ni ala-ala simple, nak-nak Chinese food yang kalau orang tak tau, selain balance in flavour, cara memasaknya juga memainkan peranan yang amat penting, ok? Chinese food adalah makanan yang cepat, sedap dan balance, most of it la.. kalau ada melibatkan protein seperti daging, makan masa sikit lah...

Then, kalau Indian food, memang mostly ia berkenaan dengan spices. Yes, memang. Coconut milk and whatnot, dan, cara masaknya adalah agak lama. Kalau masak kari, tumisan tu, kena lama, buat keluar minyak semua bagai. And mostly, due to faith and belief, makanan Indian tidak ada beef, itu je lah... 

Then Malay food, tau tak Malay food adalah consist of two MAJOR influences which are India and Chinese with Malay twist dan ada juga pengaruh Arab. Haaa... makanan orang Melayu ni agak sedikit berbeza dengan makanan India dan ciri-ciri makanan Cina ada dimasukkan dalam makanan orang Melayu. Sebagai contoh, orang Melayu buat rendang *which kononnya dicipta oleh Indonesian, hahah.. you just want to claim everything, right? F.U. Rendang adalah makanan yang consist of spices, coconut milk, chilies, protein dan ia dimasak agak lama hanya untuk membina rasa tersebut.  Susah? Tak susah, cuma makan masa untuk masak. 

Lagi satu adalah, Mee kari. Mee Kari adalah asalnya daripada masyarakat Tiong Hua, tetapi kari yang mereka buat adalah kurang lemak, dan dek kerana masyarakt Melayu suka memasak menggunakan coconut milk, tambahan santan digunakan dalam kuah mee curry untuk mendapatkan rasa lemak yang lebih, jadilah, another version or Mee Kari. Hebat bukan? Lagipun, kita kan ada banyak pokok kelapa, jadi! Ok lah... hahaha...

Dan saya dapat saksikan kalau dalam rancangan Masterchef Asia ni, all the judges was macam cuba untuk menaikkan masakan Asia supaya ia lebih menjadi restaurant quality. Now, let say, kalau saya masak kari. To have restaurant quality food, I need to cook my dish according to time given kan? So, what if, I was given a very difficult protein and I have to cook my protein in the pressure cooker? Mesti all the juices tu hilang kan? Now, itu what the judges and all people yang ada Western cooking background would say. Sebab apa? Sebab the westerners love to eat 'just cooked' food . Tau tak Masakan Asia ni agak berbeza. Malay, Indian, Chinese have different way of cooking in terms of timing, taste profile, and presentation. To Westernise these dishes is difficult but it can be done. 

Tapi apa-apa pun, in my opinion, do not Westernise the dishes, try to elevate it to another level, ok? Hahaha...lagipun, masakan orang Melayu ni takde garnishing weh... hehe... letak je dalam mangkuk then sudu sikit sorang. Takde istilah fine dining, but kalau nak buat boleh je kot... haha..

That all my two cents,

Assalamualaikum WBT

p/s: makan nasi, telur mata dengan kicap pun sedap.

Sunday, September 27, 2015

Resepi : Ikan Bakar Kunyit dengan Daun Kunyit.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran saya, well, salah satu daripada resepi kegemaran saya, antara yang banyak-banyak tu kan... kalau banyak kegemaran, makanya, banyak lah makan, kalau kurang kegemaran tu, sikitlah makannya. hahaha, so, macamni lah saya... hahaha....  



Ikan bakar kunyit dengan daun kunyit.

Haaaa... kecur ke tak? Haruzzz.. ni makanan yang sedap yang boleh dimakan hanya dengan nasi putih panas sahaja sebab apa? Sebab ia memang sedap. Untuk tadi, saya memilih ikan tilapia untuk dijadikan sebagai protein. Ikan dengan kunyit memang satu kombinasi yang amat menyeronokkan dan segar.

Jadi, saya bersihkan ikan, *ikan dipotong lebih kurang 3-4 inci untuk memudahkan memasaknya. Bersihkan kunyit dan ditumbuk dengan sedikit garam. Kuantiti kunyit lebih kurang 5-6 inci bergantung kepada anda sendiri, sebab setengah orang suka makan kunyit. Saya suka makan kunyit. hehehe.. takdela mentah, but kalau bakar camni, saya suka. Then, tumbuk kunyit dengan garam, jangan terlalu hancur sebab ia akan mengurangkan rasa manis kunyit. Setelah ditumbuk, lumurkan kepada ikan tadi, then ambil 4-5 helai daun kunyit yang agak tua, dan balutkan ikan tadi. Panggang di atas api sederhana. Kalau nak balut dengan aluminium foil pun boleh. Jangan risau, pun boleh.

Masak diatas api selamat 4-5 minit sebelah, masak kedua-dua belah, buka dan tengok ikan, kalau masak, boleh angkat. Makan dengan nasi putih panas, sedap gilaaa wehhh!!! Saya suka makan kunyit bertumbuk yang dibakar sama ikan tu, sedap. Isi ikan pun rasa lebih enhanced sebab ia dilumur dengan kunyit.

Sebenarnya, lauk ini adalah selalunya untuk ibu-ibu yang berpantang, tetapi mak saya tak boleh makan ayam,daging,telur sebagainya, sebab mak saya terkena kayap, kenalah makan benda-benda yang macamni sahaja. Nasib baik anak dia pandai masak *saya lettew. hehehe... so, okay lah, saya masak jugak sayur sawi berbunga dengan cili besar sebab mak nak sayur air tu tadi. So, saya masakkan jugak.

Jadi, kepada yang ingin mencuba resespi ikan bakar kunyit dengan daun kunyit tu, tak payah tunggu berpantang, korang boleh beli ikan dan masak sendiri. Kalau boleh cuba jangan guna periuk ajaib ke apa, kang rasa dia kurang, kalau ada dapur kayu, lagi bagus, guna dapur kayu, ok?

Kalau korang nak guna ikan seperti ikan tenggiri, bawal, or ikan selar ke, pon boleh! Saya pilih ikan tilapia ni sebab nak saya nak makan ikan tilapia, kalau tak saya pilih ikan bawal. Jangan guna ikan seperti ikan patin, keli sebab rasa dia akan jadi pelik sikit. entah, saya tak suka ikan tu, ikan-ikan seperti itu ada resepi lain yang lebih menaikkan rasa manis ikan tersebut.

So, jangan lupa mencuba!!! ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: tak tau nak masak apa lagi... adoi... *dilemma abang mat. hehehe...

"Artis pun berhutang lah"- Awal Ashaari.

Assalamualaikum WBT,


Amboi-amboi, artis Malaysia sekarang, kalah hartis Hollywood, ok? Kelasss... sekarang Semah sedang dengar satu program gossip paling lama di Malaysia, apakah? Me. Lo. Di! Gituhhh... haaaa... program yang dekat TV3 tu.... 

Semah suka nau tengok Amyra Rosli yang incoperate elemen lakonan dalam pengacaraan tuh, dan Awal, stick to your pengacaraan, ok? Hahaha.... Sebenarnya, Semah agak malas nak tulis fasal cerita artis Malaysia ni sebab Semah rasa, nothing is fresh about it, lagipun, siapa nak baca tulisan fasal artis Malaysia ni kan? Tapi tu lah, atas dasar kerja, Semah kumpul semangat dan cuba mencari isu-isu yang seronok dan boleh diketengahkan sebagai isu yang boleh dikupas secara waras. 

Tadi Semah tengok artikel dari Melodi yang bercerita fasal hutang. Hutang ni sebenarnya seronok time dapat duit, tapi! Time nak bayar, mula lah tak seronok. Yang mengulasnya tadi adalah Eja atau nama sebenarnya, Siti Shariza. Seorang artis senior yang memang lama dan memang mempunyai reputasi yang baik dalam bidang industri hiburan tanah air. Memang artis yang kurang kontroversi pun, cuma, pada pendapat Semah, ia bukanlah satu kontroversi, cuma satu peringatan/teguran dari Eja kepada mereka yang meminjam duit daripadanya serta daripada rakan artis yang lain.

Artis ni manusia biasa jugak, bak kata Awal tu, "Artis ni nampak je kaya dan artis pun ada banyak hutang jugak", gituhhh!!! nampak? Artis sendiri mengaku, korang ingat Artis ni, jejak je kaki ke set terus dapat 1 juta? Camtu? Tak lah, dorang pun kena kerja jugak, siapkan scenes bagai, datang set, petang sampai malam, pagi sampai malam, malam sampai pagi. Lagilah tak tau masa untuk berlakon ni, tapi itu kerja dorang, jadi, fikirlah sebelum berhutang dengan sesiapa, kan? hehe...

Semah bukan apa, Semah sakit hati dengan Oprah tu dok call Semah sebab dia kata nak pinjam duit, katanyahhh nak buat sekolah kat Zimbabwe. Kisah lah Semahhh... baik Semah buat kat kampung Semah sendiri, please...

Macam-macam la cerita Artis Malaysia ni, ada yang memotivasikan kita untuk maju macam Siti Sarah dengan Shamsul YUsof tu, bukan kedai as Vendor kepada pelbagai jenama. Tolonglah orang, then dia orang tolong dia dalam memasarkan barangan orang lain, lebih kurang camtu lah, populariti tu adalah sebagai marketing tools jugak, Khen? Elok la macamtu, at least boleh tolong orang lain, kan?

Then, Semah tengok Sis Sheila Rusly dalam Melodi gak tadi, kebetulan Semah dah tengok siri Ye ke? di TV3 aritu, dan di situ Sis dah selesaikan beberapa isu dalam pemilihan pelakon. Tau tak, biarpun pengarah dna penerbit mempunyai pelakon pilihan mereka sendiri, mereka tetap kena propose all things pada syarikat yang mereka hendak jual cerita mereka. Contoh, ni Semah dengar sendiri dalam Ye ke? eh... Sheila Rusly nak amik, let say, Noor Khiriah untuk berlakon dalam telefilem nya, tetapi TV ada nama lain, so, kalau pembuat cerita nak juga nama yang disebut dan tolak nama yang TV nak, maka, mungkin TV tak beli cerita dia, kan? Sebab apa? Sebab MAYBE! Noor Khiriah dah suam-suam Milo, Milo tetap sedap, tapi setengah orang suka minum Milo PANAS, macamtu lah etika dalam dunia penerbitan yang diceritakan dalam Ye Ke? di TV3. Noor Khiriah pun ada sekali, banyak yang di cuba utarakan dan banyak jugak idea yang bernas yang Semah boleh ekstrak. 

So, tu je lah Semah boleh bawakan kepada Anda. Semoga kita dapat pengajaran daripada apa yang ditulis pada kali ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terus cuba semarakkan industri hiburan tanah air dengan isi-isi serta cerita-cerita yang seronok dan mampu membuatkan orang berfikir. Ok?

Saturday, September 26, 2015

Salam Aidiladha!!

Assalamualaikum wbt,

Salam Aidiladha semua, maaflah tak dapat update apa-apa time raya. Kami beraya sangat sederhana tahun ni, takde baju baru, hanya ada makanan je. Tak nak la membazir sebab baru je lepas raya Aidilfitri kan aritu, so, better takyah spend banyak sangat on things yang tak necessary. Tak koser.

Okay, di musim haji ni kita dikejutkan dengan bermacam insiden. Kren jatuh di Makkah, rempuhan orang jemaah dan bermacam lagi. Kepada yang ada ahli keluarga di sana, sudah semestinya mereka berasa risau. Iya, saya pun risau sebab ayah saya ada di Makkah, mengerjakan ibadah haji.

Jadi, kepada yang so ignorance, dan takde langsung simpati, I just want to say that, 

"Please, do not create bullshits in other peoples' lives, just because your lives are full of shits, it does not mean that we need to fill ours with the same shit. Do not create stories that could bring others in a deep worry. Thank you".

So, macamtu lah.

Be kind to one another - Ellen 

Assalamualaikum WBT

p/s: Nanti saya update a few things, I'll save it to draft dah...

Tuesday, September 22, 2015

KFC! SEDIAKAN SATU ROOM FOR UR WORKER!!!

Assalamualaikum wbt,

Aritu saya ada up post fasal KFC baru di bandar Raub kan? Now... apa yang saya sering dapat perhatikan adalah bila dibandingkan dengan beberapa restaurant fast food lain, KFC ni ada vibe family sikit, which is no different from the others kan.

Tetapi, malangnya, SELALUNYA staff mereka adalah memang kadang-kadang TOO DAMN LOUD. Saya cukup tak kisah kalau korang nak bercakap ke apa, tetapi, please.. awak sebagai pekerja, u need to behave like pekerja. U bawak imej syarikat you. Kalau u macam, kacau-kacau budak yang makan kat restaurant u then u ketawa-ketawa like crazy people. Do really think that people enjoy tengok korang?

Bullshit? Bullshit. Bullshit. Memang menyampah. I dont care la u sapa pon. Stress, yes, I know but patut tau benda tu, kerja fast food restaurant memang stress. U know better.

Apa-apa pun, korang pekerja, kot iya pun, jaga la batas pergaulan korang. Kerja tetap kerja but kalau korang nak kerja buat cara nak kerja. Kalau setakat nak bising-bising, i personally think that KFC holdings need to buat satu room untuk pekerja korang..please. Jangan biarkan dorang berlonggok kat satu tempat, WALAUPUN dorang tengah rehat. Ok?

Biarpun orang kampung kan, but please, baguskan mentaliti dan pemikiran. Ok?

Assalamualaikum wbt

P/s: nak makan pon takde mood.

Sunday, September 20, 2015

Soh Seh Si Semah : Semarakkan Industri Hiburan Tanahair.

Assalamualaikum WBT,

Haaaaa... Semah datang lagi dengan Berita-berita Hiburan Industri Tanahair yang disayangi, iaitu, Malaysia.

Semah dapatlah satu berita ni dari sumber Semah yang Semah percayai. Ada satu suami artis ni yang berpangkat Datuk ditahan polis. Atas sebab apakah dia ditahan? entah lah, tapi dia juga adalah BEKAS kepada ahli satu parti politik nih. Amboiii...habis madu sepah dibuang kan? Siap-siap dah berkhidmat dengan satu parti tu, habis khidmat, kena tangkap, lahhhh.. kenapa camtu? Tak boleh sentuh langsung ke parti tu wehhh? Parah camni...

Then, semalam Semah dapat berita lagi yang seorang artis muda remaja yang mempunyai lakonan yang agak umpphhh.. telah pulang dari perantauan mencari ilmu keagamaan. Alhamdulillah, Semah ucapkan tahniah, tak ramai manusia mampu berbuat demikian. Kadang-kadang ada yang buat sebab trend katanyaaa... lahhh.. kenapa camtu? hahaha... Then dia ada juga cakap kat satu blog terkemuka ni yang dia juga sudah berubah kepada tidak boleh ditegur dan ego kepada lebih menghormati dan boleh ditegur. Jadi, segala gosip-gosip sebelum ni tentang dirinya adalah betul la? hmmm.. takpe la dik, buang yang keruh, ambil yang jernih. Kan? Baru la indah peribadi... gituhhh.... jangan gosip-gosip liar lagi eh.... tak elok gitu...

Baiklah, sebenarnya, Semah ni takde la ramai sangat informers yang bekerja dengan Semah. Hahaha, sebab tu berita Semah ala-ala second sources dah, tak fresh sangat, tapi Semah tabahkan hati untuk menulis. Hahah, biarlah apa orang nak kata...

"katakan saja katakan lah...." bak kata Nabila. Hahaha...

Semah ni sebenarnya ada seorang yang amat menyokong industri tanahair, tau tak kedai kasut BATA? bukan Batu Bata, tapi BATA. Dorang kat lining kasut yang digunakan adalah diperbuat dari kulit BABI!! Ya ampon deknon, berat sungguh tuduhan tu... tersedak Semah sambil Semah tengok kasut Semah. Terus buka tengok kot-kot betul. Nasib baik tidak, kepada yang membuat fitnah dan kepada yang menyebarkan tu, agak-agak lah, kalau pun ko tak mampu nak beli kasut kulit lining kulit babi yang ada kat Zaara or Mark N Spencer, takyah lah nak fitnah BATA. Hahaha... Gituh, tak elok tau... tak elok. Semah pun suka pakai Bata ok, kasut yang sempurna dan selesa. Giiitttuhhhh!! Rasakan.

Jadi, apa pengajaran kita dapat pada entry kali ini?

1. Jangan buat fitnah
2. Tulisan Semah tak sehebat Jemah.
3. Adakah Semah dan Jemah adik beradik?

Assalamualaikum WBT

p/s: Semarakkan Industri Hiburan Tanahair.

Friday, September 18, 2015

UMNO dan Perasaan Saya.

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Beberapa hari lepas saya duduk di kedai dan mak saya, mak cik-mak cik saya, ada kenalan lain bercakap fasal politik di kampung.

Funny tau, walaupun di kampung tapi politik masih bangang. Kenapa bangang? Meh sini nak cerita, politik kotor start dari pengenalan pucuk pimpinan dan disuburkan oleh ahli akar umbi. Kenapa saya berkata begitu? Kerana ia terjadi kepada ayah saya.

Pada tahun 2008 kalau tak silap saya, ke tahun lain, but the thing is, my dad adalah seorang ketua kampung dan pengerusi JKKK dan disebabkan kononnya nak menaikkan seorang lagi penduduk yang HANYA beralamat diri di Kampung Jenud ni, tetapi langsung takde di sini at MOST of the time, dia dicalonkan untuk dijadikan ketua cawangan. Makanya, ketika di dalam mesyuarat, ayah saya adalah tukang catit minit mesyuarat rasanya sebab dia jadi apa tah, saya tidak lagi boleh mengundi pada masa itu rasanya, dan still I am not interested in politics, but saya sahaja nak menceritakan bagaimana bangang dan bodohnya politik itu secara umum. Kalau dikhususkan, lagi lah bangang serta bodoh lembu!

Now, suara pemuda dikatakan adalah suara yang paling lantang. Pada pendapat saya, suara lantang yang bodoh serta bangang adalah suara yang PALING LANTANG. Kenapa? sebab most of the time, these morons bukan ada isi pun. I am using hasty generalisation towards several people lah and their gangs. Whatever. Lepas tu, ada satu insiden tu, ayah saya di panggil dengan nama 'bodoh' hanya kerana tidak mencatiti minit dengan betul. Saya pun tahu orang tu, rapat? Not in a million years. Respect? Not, I would say Fuck you to the your death. Thank you very much. Hatred? Yes, of course. Who doesnt? Bila cakap my dad macamtu, then u think I need to respect you? Nak dijadikan cerita, kebetulan, sebenarnya, most of their siblings memang macamtu. Mulut lancang, kurang hajar. Should I add more? I think thats enough kot. 

Then ada pulak mesyuarat UMNO untuk apatah! Haha, dah la dorang ni menipu dalam meletakkan orang dalam UMNO cawangan, bodoh! Agaknya orang Bahagian tak tau gamaknya. Jejeks belaka perangai. Then, berbalik kepada mesyuarat, disebabkan ramai kononnya nak menaikkan saudara yang KONONNYA mampu membawa UMNO Cawangan ke MATA DUNIA, alih-alih, janjian 10 PC untuk anak Jenud pun habuk pun takde. Hahaha, siapa percaya macamtu? Saya? Tepuk tangan tanda tempelak. Hahaha... Then mesyuarat tu tak cukup orang, MENGGAGAU MENCARI ORANG UNTUK MENCUKUPKAN ORANG UNTUK MESYUARAT. Hahaha, ayah saya? Tetap ada sebab ayah saya SAYANGKAN PARTI UMNO. 

Masa ayah saya menjadi ketua cawangan, segala duit pilihanraya, duit-duit yang dibagi oleh beberapa orang VVIP UMNO, diletakkan kepada tangan Bendahari dan ia digunakan untuk simpanan, dan ia digunakan secara menyeluruh. Tetapi, selepas ayah saya tidak lagi memegang ketua cawangan UMNO, segala duit serta apa yang diberikan, senyap begitu sahaja. Nampak tak? Politik adalah sumber pendapatan pelbagai individu, sampai ada yang boleh dicaj pecah amanah. Gila kaawww!!! hahaha, hebat tak politik kampung. Itu kampung je, kalau luar, tak tau lah... 

Then, sekarang, bila ada aktiviti UMNO, ramai yang malas nak amik tahu sebab UMNO Cawangan TELAH DICEMARI dengan pelbagai benda-benda yang tidak sepatutnya. Malu? Of course sebab UMNO Bahagian tau yang sebenarnya, sah ke barisan lantikannya tu? entah lah... hahaha...

Now, saya ada cuba mendaftar la dalam UMNO sebab my dad and my mum suruh, but sampai sekarang takde, sama gak dengan kakak saya. Nak menyokong tapi sokongan tidak diperlukan. Hahaha, so, now, I am free lah, nak masuk PKR ke, PAS ke, Parti Amanah ke, Harapan Rakyat ke apa ke... hahahah.. bantai. 

Tapi saya amat professional, saya tahu bila nak bercakap politik dan bila nak diam buat dunno. hahaa.. mostly, I love to read what happening to politik di Malaysia. BR1M nak keluar dah tak lama... hidup!!! Takbir!!!

Assalamualaikum WBT

P/s: Mencari  yang tak pasti. Dicari tak berjumpa, mencari tetap tidak berjumpa. Allah? Mesti jumpa.

KFC Baru di Bandar Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua...

Saya sekarang berada di Bandar Raub dan kepada yang mungkin hendak balik ke kampung di sebelah Kuala Lipis dan Kelantan seperti Gua Musang, anda boleh singgah di cawangan KFC yang baru yang terletak di bangunan bersebelahan Pejabat Polis Daerah Raub.

KFC baru ini juga adalah sebuah KFC yang agak besar dan mempunyai ruang yan selesa untuk menikmati hidangan yang ada.

Jadi, kepada semua, jangan segan-segan untuk makan di KFC baru Raub. Menu yang sama tetapi suasana yang berbeza. Baru dan segar.

Assalamualaikum wbt...

P/s: baru je beli Wrap... sedap agaknya.. nak cubaaa...

Wednesday, September 16, 2015

Sepanjang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Raub.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Hari ini tadi saya pergi ke Bandar Raub dalam sambutan Hari Malaysia dan Raub telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang bawah pimpinan Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob dan juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Bentong.

Saya sampai di tapak pada pukul 9.00 pagi dan terus saya menuju ke Booth GiatMARA Raub, kerana cikgu saya meminta beberapa produk hasilan saya sendiri untuk diletak di situ. Biarpun masa yang diperuntukkan adalah agak sedikit, tetapi saya mampu menghasilkan beberapa helai baju yang cantik. Ada beberapa orang minat dengan baju yang saya jahit tu, alhamdulillah. Biarpun tidak ada jualan tetapi saya bangga sebab dapat menunjukkan hasil jahitan saya, its a start dan apa yang saya buat adalah untuk memupuk rasa yakin dan kurang malu untuk berhadapan dengan bakal pelanggan. Itu lah..

Then tepat pukul 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian, ucapan dari YB Shahniza, YB Datuk Seri Shahiruddin dan akhirnya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob. Dalam ucapan mereka, mereka menegaskan untuk memelihara keamanan yang dikecapi dan semoga kita tahu asal usul kita.

Selepas itu, mereka melawat booth seperti PDRM, BOMBA, LPPKN, AADK, UMNO, Tabung Haji, GiatMARA Raub, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi. Ada banyak lagi aktiviti yang dijalankan seperti derma darah oleh Pejabat Kesihatan Raub, dan permainan untuk kanak-kanak.

To me, it was a successful event but in term of people came to the event compared to like 10 years ago? 10 years ago was waaaayy better. Saya rasa maybe sebab political climate yang agak tenat. Ramai yang sesak nafas dengan political climate ni, plus, the haze ni, lagi lahhhh... sesak nafas woiii.. pening.

So, itu sahaja lah yang boleh saya bawakan dari apa yang saya dapat tadi.

Assalamualaikum WBT

p/s: Keep you heels high but keep your head even higher! Bam!

Booth GiatMARA sambutan Hari Malaysia Raub 2015.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa...

Haaaa.. sekarang saya berada di booth GiatMARA Raub yang sungguh.. hmmm.. cantik. Hahaha.. simple and the best. Mesti lah kan? Bukannya nak over-over sangat... takyah la crowded sangat kan?

So, saya pun ada letak beberapa helai baju untuk display bagi saya lepasan pelatih GiatMARA Raub. Haaaa... gituwwww... hahaha..

Ni jap lagi saya nak ke booth lain jugak... tengok ada apa yang seronok dan saya sendiri berminat dengan aktiviti booth-booth lain ke kan...

Assalamualaikum wbt

P/s: baru lepas makan kek...

Bas AADK di Hari Malaysia Raub 2015.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Haaaaa... tadi saya tunjuk fasal majlis sambutan kan? Ni sekarang saya berada di dalam Bas Agensi AntiDadah Kebangsaan.

Apa ada dalam bas ni?

Macam-macam weh, semua sebab musabab sakit dadah ni memang ada dalam ni.

Kepada anak-anak muda memang sepatutnya masuk melawat dalam bas AADK ni. Memang wajib bagi melihat betapa bahayanya dadah durjana ni.

Jadi, kepada yang masih ada di Dataran Raub untuk Hari Malaysia 2015 ni, datang dan masuk ke dalam bas AADK ni, ok?

Jemput semuaaaa...

Assalamualaikum wbt

P/s: update satu persatuuu...

Sambutan Hari Malaysia 2015 di Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? As all aware kan hari adalah Hari Malaysia.

So.. saya sekarang berada di Dataran Raub bagi menyambut Hari Malaysia Peringkat Negeri. Iya, kali ini Hari Malayasia di sambut di Bandar Raub.

Nanti saya akan bawakan sedikit sebanyak perkembangan sambutan Hari Malaysia di Bandar Raub ni.

Kehadiran beberapa VVIP seperti Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob serta ADUN Dong, Batu Talam dan lain-lain.

Assalamualaikum wbt

P/s: nantikan yeaaa..

Monday, September 14, 2015

Nak Jadi Fashion/Beauty Blogger Pulak????

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Seronok tengok Kelab Blogger Ben Ashaari berhari keluarga. Seronok gilaa wehhh... jeles gila tengok... hmmm...takpe la... kuatkan usaha jadi macam mereka, mesti menjadi! Boom! Lewtop...

Ni tajuk lain plak, bila saya tengok ramai blogger seluruh dunia ni buat fasal beauty products la, apa lah, rasa macam,

"hmmm.. nak cuba jugak lah... tapi... ada ke orang nak tengok saya berbedak bergintu bagai",

Pertanyaan berani mati kepada diri sendiri. Hahaha..

Then, fikir-fikir balik, diri sendiri menjawab,

"kau nak mampus? Kang tak fasal-fasal orang report blog kau sebagai inappropriate, mampus!"

Melihat kepada jawapan, nampak sangat insecure kan? hahah, tapi tu lah, betul jugak.

So, better stick to what I know best, which is, merepek. Hahaha... patutnya blog ni ditajukan sebagai Merepek.Com or KemalMerepek. better kan? Sebab most of the tulisan, memang merepek betul. Hahaha... *crying laughing.

Assalamualaikum WBT

p/s: ada je entry tak merepek. hihu...

Sunday, September 13, 2015

Semangat Assabiyah Tertinggi.

Assalamualaikum WBT,


Kita rakyat Malaysia ni kan sebenarnya mempunyai semangat assabiyah yang sangat tinggi. Kenapa? Baik, apabila sesuatu insiden berlaku yang melibatkan rakyat Malaysia, kita terus ambil cakna, sebab? Sebab kita rasa dekat dengan mereka. Which is very good, alhamdulillah.

But, when we talk about Muslim, kita juga rasa dekat but as dekat as Malaysia. Tetapi, bila ada perkara yang dilarang Allah sebagai seorang Muslim dilakukan oleh orang Melayu, sesetengah daripada kita melenting. Mana semangat assabiyah tu?

Pernah tengok orang Kelantan tak? baik, orang kata, orang Kelantan mempunyai semangat assabiyah yang paling tinggi. Tidak dinafikan, dari segi sudut, ramai yang melihat semangat assabiyah itu adalah satu perkara yang agak buruk. Saya pun berpandangan begitu dahulu. Sebab saya pernah belajar di sebuah universiti di pantai timur dan saya melihat perkara itu. Mereka kalau dengan rakan Kelantan mereka, kenal atau tidak, mereka akan menjadi kawan, seolah-olah sudah kenal lama. Kenapa? Sebab mereka memang macam itu. Mudah mesra dengan kawan se-Kelantan. Bagusnya, bila ada masalah, mereka backup. Bila ada perlawanan bola, mereka ada. Ada ceramah-ceramah, mereka ada. Tetapi pandangan orang lain mengatakan mereka ini assabiyah. Hahaha, kelakar.

Baiklah, berbalik kepada perbincangan tadi. Kalaulah kita semua mempunyai semangat Assabiyah dalam kenegaraan dan Agama, mesti kita sendiri tidak dapat diusik oleh Barat atau mana-mana pihak. Ini tidak, perpecahan dalam negara serta agama adalah ibarat perkara biasa, dan pemimpin? Pemimpin seharusnya CUBA SEDAYA UPAYA untuk menjadikan negara kita ini sebuah negara yang dihormati dan disayangi oleh SEMUA Penduduknya, tidak kira pendatang atau permastautin. 

Ini kadang-kadang, yang permastautin dikenakan hukuman seolah-olah pendatang, sedangkan pendatang bermaharajalela di sana-sini. Cuba pergi ke Chow Kit serta beberapa area lain di Bandaraya Kuala Lumpur. Cuba check permit or Passport mereka? Ada? Tak pernah tengok dan dengar pun. Yang ada dibiarkan berjalan mendongak ke langit ibarat itu tempat mereka. 

Jadi, semangat Assabiyah ini adalah penting dari satu sudut dalam dunia sekarang ini. Semangat Assabiyah dari Agama dan Kenegaraan. Bersihkan rasuah dalam pemerintahan dan merahkan semangat kenegaraan dalam membentu sebuah negara yang dihormati dan disayangi oleh semua penduduk Malaysia.

Assalamualaikum WBT

p/s: kena ke tidak dengan contoh tu...hehe..
p/p/s: Ini bukan hasutan cuma buah fikiran untuk kita berfikir.

Saturday, September 12, 2015

REVIEW : ViVO Y15. Telefon yang cantik dan amat berpatutan!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Well, semalam saya telah membeli sebuah telefon pintar yang baru, but as you all know lah, telefon ni takdela baru sangat, jenama ViVO. Haaa.. katanyah!! hahaha... 

Sebenarnya, saya dah lama nakkan second phone cuma baru sekarang saya dapat beli, maklumlah, ekonomi meleset. hehehe... takde la meleset sangat, cuma banyak benda yang hendak dibayar. Baiklah, bila saya tengok telefon ni dalam pamphlet, harga telefon ni murah, RM400. Berbaloi lah untuk second phone. Now, saya survey lagi, ada lagi satu jenama tu yang saya agak terpikat, but then saya cuba telefon ViVO ni, huaaaa!!! I like it.
 
 
 
Saya terus jatuh hati dengan telefon ni, biarpun Y15 ni bersegi, tapi biarlah. Hahaha, disebabkan dia adalah dalam bajet saya. Saya memang tight bajet. Hahaha... nampak tak tu? Nampak tak?

Now, bila saya tengok telefon ni, orang yang jual tu cakap, it can take pictures with audio mark, take pictures with watermark, sort photos intelligently, quad-core 1.3GHz processor and last but not least, 4.5 FWVGA display. Maksudnya, screen dia lah, 4.5 je, but entah, dulu saya rasa macam nak telefon besar untuk senang nak menulis sebab saya rasa insecure with my jari yang ala-ala anak gergasri ni kan, but! sebenarnya... sama je, kecil ke besar pun, kalau taip elok-elok mesti ok. Hahaha... so, i take it lah.. I beli dan saya amat suka.

Tapi suka takde la macam nak melompat ke hape, cuma, seronok lah,.. saya sekarang asyik berkepit je dengan ViVO Y15 tu. So! ViVO Malaysia, this is my tribute to you for good phone. So, ada nak belanja saya dengan produk ViVO yang lain, I don't mind, this my email akmall_kiut@yahoo.com.

And lagi satu, sebenarnya, telefon ViVO ni memang best sebab biarpun ia kecil, ia tetap mampu menyaingi pelbagai jenama di luar sana, speaker? Hebat. Camera untuk harga yang sepatut ini? Hebat! Screen? Hebat... apa lagi nak? So, kalau korang macam, kesempitan tapi telefon lama dah buat hal dah, dont worry! Change to ViVO, or ViVO Y15, ada macam-macam kelebihan lah, tapi kalau korang ada budget below RM1k, then lagi lah, amik Y27 or X5 ke.. tambah sikit... tetap murah kan? Dah lah nampak macam iPhone. Hahahaha... iphone mahal uolsss.. kau rasa?

Ingat okay? ViVO!! ViVO! ViVO!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: macam-macam products wehhh...

Berdarah Hidung Secara Tiba-tiba. PUNCANYA?

Assalamualaikum WBT,

Salam Sehati Sejiwa. *nampak?

Baiklah, untuk entry kali ini saya nak cakap fasal apa yang berlaku semalam, yup. Semalam saya berdarah hidung secara tiba-tiba. Yes, tiba-tiba. Saya sendiri pun tak tau kenapa, but rasanya ia berkaitan dengan mukus yang berada dalam rongga hidung saya kot sebab mukus ni, saya rasa sangat berat dan it almost membuatkan saya susah nak bernafas.

Jadinya, bagi mengeluarkan mukus tu, saya pun hembuslah, tapi mungkin dengan agak kuat dan itu sebabnya hidung saya berdarah. Mengikut apa yang saya baca, berdarah hidung adalah bukan tanda untuk penyakit yang berat tetapi jikalau ia selalu sangat berlaku, kita kena take cautions jugak. 

Then,dalam artikel tu cakap, berdarah hidung ni akibat daripada hentakan dan tekanan terhadap lapisan nipis tisu yang berada di dalam rongga hidung. *saya tak tau kat mana. Then, bila hentakan itu berlaku, jadi tisu itu koyak dan sebab itu darah keluar. Untuk menghentikan pendarahan, pesakit disarankan untuk tidak berbaring tetapi hanya duduk menghala sedikit ke hadapan dan picit hidung untuk beberapa lama. Pesakit dikehendaki bernafas menggunakan mulut. Lepas tu, pesakit disarankan meletakkan ais ke dahi dan mengemam ais untuk mengecutkan tisu tersebut.

Macamtu la lebih kurang, saya tak faham sangat, banyak sangat 'iklan' *jual produk dan medical terms yang membuatkan saya kurang faham. hahaha... yang biasa-biasa tu boleh la, but yang tak biasa tu payah sikit nak faham.

So, kepada yang selalu sangat berdarah hidung, disarankan pergi berjumpa doktor dan bertanyakan hal kenapa ia terjadi, ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga selamat di Mekah.

Friday, September 11, 2015

Sakit Itu Nikmat.

Assalamualaikum WBT,

Benarlah orang kata, 

"Sickness changed people forever".

Bukanlah saya cakap saya ada penyakit ke apa, cuma melalui pemerhatian lah sebab bila ada orang yang sudah tua, penyakit ni sebenarnya adalah salah satu daripada contributing factors samaada kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita sendiri melemahkan diri kita sendiri.

Bukan apa, ramai yang berkempen untuk kesedaran itu, kesedaran ini, tapi sedarkah anda yang ia sebenarnya adalah duniawi. Bukanlah saya cakap yang salah untuk menyertai pertubuhan itu, pertubuhan ini, no tapi betterlah balance-kan antara dua. Rugi lah kan kalau dapat satu je, but better dapatkan yang akhirat tu lebih, tak gitu?

Tapi sebenarnya, sakit ini adalah satu petunjuk yang Allah sayang kita, sebagai seorang Muslim yang taat dengan ajaran-Nya, kita wajib percaya yang sakit itu adalah satu nikmat. Sebab apa? Sebab, time tu la kita tahu siapa keluarga, siapa kawan dan siapa pencipta kita. Ok?

Maaflah untuk entry kali ini ia agak berat, but tak salah sekali sekala untuk minda kita berfikir untuk kepentingan kita bersama. Gitu... tak salah nak enjoy life, tapi tanya diri sendiri, Sampai Bila? *bak tajuk entry Abang Ben Ashaari.

Tapi tu lah, kita ni manusia, mudah lupa. Bukan Melayu mudah lupa eh, itu duniawi, tapi lebih ukhrawi adalah Manusia Mudah Lupa. Lebih universal.. kan?

Itu sahajalah untuk entry malam ni, semakin tua semakin kita matang, insyaaAllah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Berfikir tak salah sebenarnya.

Thursday, September 10, 2015

Gerai Burger dan Ayam Goreng Sedap.

Assalamualaikum wbt,

Ni saya nak bawakan satu gerai jual burger dan ayam goreng yang sedap. Pelanggan sanggup tunggu untuk beli burger dan ayam goreng dorang.

Dah saya?.of course la wehhh!!

Ni duk tengah tunggu burger.

Sekeluarga makan burger! Hahaha.. rasakan.

Lokasi : pekan Benta. Gerai ada van berhadapan dengan mini market Ah Lek. Ada la kalau kat depan-depan tu, tepi jalan.

Assalamualaikum wbt

P/s: kalau sedap orang sanggup tunggu uols...

Wednesday, September 9, 2015

Soh Seh Si Semah : Salam Perkenalan.

Assalamualaikum WBT,


 Haaa... uols! Saya lah yang menggantikan Jemah untuk segmen hiburan di blog ni. Upah? okay lah... not bad, boleh la kalau setakat nak makan salmon 1 ekor setiap hari. Gituhhh... hahaha.. over taks? 

Baiklah, salam perkenalan semua, nama saya Siti Sematulailatunnajah. Umur? haaa.. umur, umur saya 23 tahun, saya tinggal di Paris, kau rasa?? Hahaha... takdelah, saya ada je kat Malaysia ni. Nama Siti Semahtulailatunnajah diberikan oleh seseorang.. tapi saya nak korang panggil saya Semah, okay? nampak kampung sikit, ala-ala suci gituhhwww!!! auwww... Baiklah, nama penuh Semah tu diberikan oleh seseorang tapi takkanlah Semah nak bagitahu kan? NO no no!!!

Baiklah, bek to bisnes. Tuan Blog ni suruh Semah tulis fasal hiburan tanahair, dia cakap tulis lah dalam frame 1 minggu camtu, kalau ada cerita panas-panas tu tulis je lah, lagi panas, lagi mendidih, lagi bagus. Dalam hati Semah, mesti dia nak naikkan traffic dia, takpe, janji gaji Semah masyukk!!! katanyah kau. Then Semah tanya, macamane dengan bahasa? Dia cakap,  Bahasa tu kalau guna bahasa yang hiburan takde masalah, cuma jangan lah kurang hajar sangat, takut yang membaca rasa menyampah. Haaaa.. camtu lah bila Semah tanya dia. Maka bermulalah cerita hiburan Semah di Malaysia ni.... segmen ini Semah namakan, Soh Seh Si Semah.

Baiklah, tapi Semah ada baca satu blog hiburan terkenal kauuu... hebat nau-nau. Tup tup, Semah baca, ada seorang artis ni katanyah, Tak nak menghadiri apa-apa majlis hiburan. Mula-mula Semah baca tajuk dia, alhamdulillah lah, sebab ramai artis sekarang ni kalau pergi ke majlis hiburan macam tak ingat mati berpakaian. Koyak sana, koyak sini, dedah sana, dedah sini. Tua Muda sama naik. Pening jap, yang muda tu mungkin la boleh dinasihati, tapi yang tua ni? Mati menanti kak oi... rope-ropenyeee... dia rasa terkilan serta mengkelan sebab kalau dijemput ke sesebuah anugerah yang menjadi tetamu, bak kata, mengramaikan majlis je lah. So, artis ni rasa macam..

"bagaikan melukut ditepi gantang, dibuang tidak mengurang, ditambah tidak memenuh"

Laahhhh... kekdahnya begitu? Takpe la mak hayam, nak buat camne. Semah tengok perniagaan makanan tradisional Melayu hen tu kemahen lagi! Boom meleTOP-leTOP!!!! Boom! Berbilliunz order dari hen. Makanya, Semah ingat mengucapkan jutaan tahniah kepada artis ini diatas kejayaan yang dikecapi sejak beberapa puluhan dalam industri hiburan tanahair ini. Tahniah okay?

Ni, ada satu lagi cerita yang Semah terlupa nak cakap, dok tunggu si Jemah tulah... bongok. Kenal tak satu lagi artis muda yang selalu kontroversi. Semah maklum ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang cakap isu Semah ni dah basi, HEllooo!! *sambil tunjuk jari telunjuk then pusing-pusing... Takde yang basi dalam industri hiburan tanahair okay? Melainkan artis tu memang dah suam kuku, or sejuk siap, ok? Memula Semah tengok tweet kengkawan ni, okay, siapa lah artis ni. Tup tup! Semah tengok, laaahhh.. pakaian kau deknon. Mengalahkan Anjoulie lagi... *tu lagi satu artis Melayu Malaysia feeling mat saleh pakai baju tak cukup kain then feeling berlakon hebat, tapi? hadooo!!! Artis muda tu pakai baju bersilang tu, maybe lah tu designer's creation kan.. tapi memandangkan dia pergi tu ala-ala private party tapi disebabkan ramai yang ada IG dan Twitter makanya, lepas tangkap terus update di social media. Lain kali???? Organiser, tolonglah amik telefon these artists cam ala-ala tak faham kan? Amik telefon dorng letak dalam box then bila dah habis event bagi balik, update untuk tu biar korang yang decide, bagi je gambar yang cecantik. Camtu... hahaha... habis citer. Tapi apa-apa pun, pakailah senonoh sikit, perut tu Semah tau flat tapi.. tu lah...

Semalam dok Semah baring-baring di atas katil sambil melihat bintang yang Semah lukis di atas siling bilik Semah, tup tup, ada orang mentioned Semah fasal perceraian sepasang pasangan artis ni. Tup tup, pasangan tu dah lama kahwin tapi dikatakan si laki melafazkan cerai terhadap si bini. Lahhh... ikut pembelajaran Semah dulu, satu benda halal yang Allah SWT paling tak suka adalah CERAI. Sebab apa? Masa nak kawin kita bina masjid kan? Bila cerai? Maka masjid  tu runtuh, takde dah makmum, takde dah imam. So, Semah harap korang dapat berbaik semula sebab Semah tengok dalam Astro tu, kemahen korang mesra semasa menjadi suami isteri. No-no ok? Rujuk ke? kan? fikir anak-anak.

Now.. itu je lah untuk segmen pertama Semah ni!!! Semah serono sangat, lepas je balik dari Paris, Semah terus dapat segmen ni. Bukan apa, Semah selalu sangat dah tulis untuk artis antarabangsa, jadi Semah pun, hmmm.. peluang untuk asah penulisan bahasa Melayu Semah. Semah pun tanpa segan silu amik job ni. Peluang kan? Semah amik lah.... lagipun, dengar kata tuan blog ni pandai buat baju, Semah nak tempat lah satu hari nanti, buat pergi event hiburan... ganti Azwan Ali. Kau rasa??? Takke kena carutzz? Rasakan?? hahaha...

Tu je lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Lantaks...

Mossip-mossip Mak Jemah sudah ditamatkan.

Assalamulaikum WBT,
Apa khabar semua? Ingat lagi tak Mak Jemah yang saya upah untuk tulis segmen hiburan dalam blog saya ni. Maaflah weh, malangnya, setelah gagal dihubungi, Mak Jemah menghantar satu mesej. Of course lah kan, mungkin dia dah tahu yang diri dia tu ala-ala bersalah kan? So, dia hantar satu mesej yang berbunyi..

"holaaaaaa... hai Qemall, kehadap Qemall yang disayangi, Jemah nak mintak maaf sangat sebab Jemah tak dapat nak update blog Qemall untuk segmen hiburan. Makanya, Jemah mengundur diri dari menjadi informer Qemall. Malangnya, Jemah telah berkahwin dengan seorang jejaka Mat Saleh yang berstatus Doktor di New York. Kenal tak Doctor Mike yang bukan main famous di mana-mana. U jangan risau lah, nanti Jemah carikan pengganti untuk segmen hiburan tu, okay?

yang benar,
Jemah Mike *jemah guna nama suami jemah uolss!!!"
 Haaaaaaaa.. tengok mesej dihantarnya, ini dihantar melalui khidmat burung hantu. Gilakan terbang dari New York ke Mesia. Takke patah sayap burung hantu tu? hahaha... Lantak kau la Jemah oi... janji kau bahagia.

Jadi, untuk tidak melengahkan masa, saya terus menjemput kawan saya lagi sorang dan dia juga amat mengenali Jemah. Nama dia apa? nanti saya bagitau lah, insyaaAllah, malam ni dia ada segmen hiburan. Saya sudah kawtim dengan dia untuk hiburan. Nantikan, apakah entry pertama daripada beliau? Adakah lebih hauk dan hebat dari Jemah? atau hanya melukut ditepi gantang? nantikaaannn zass!!

Itu sahaja lah, saya nak masak ni, lapar. 

Assalamualaikum WBT

p/s: jemah, aku harap kau tak dapat anak dengan Doc Mike tu then kau kena cerai. hahaha....

Semangat Memasak Membuak-buak.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Haaa.. baru je lepas mengupdate blog lagi satu yang setelah sekian lama tak update. Adoiii.. kesian betul. Hahaha..

Now, sekarang ni saya memang obses tengok makanan yang manis-manis. Tadi baru je lepas beli satu buku ini, tajuknya Sedap. Dessert dalam tu ya ampunnn.. semuanya sedap-sedap belakaaaa!!! I'm like, what the heck? saya tengah diet, tapi tengok benda-benda 'haram' macamtu! hahaha.. mana tahan bro.

Okay, sebenarnya, saya ni bukanlah seorang penggemar makanan manis ni, dessert-dessert macam cakes, macaron, apa-apa lah yang manis yang berasaskan gula yang banyak ni, memang bukan kegemaran. Tapi kalau dessert tradisional Melayu, saya okay je. Hahaha.. *nampak tak perut Melayu? Nampak?

Saya selalu suka mencuba dessert omputih sebab diri ini memang selalu tengok rancangan memasan dessert. Pelik kan? Tak suka makan, tapi saya suka masak. Haha, ada aritu tengok Anna Olson masak beignet. Makanan ala donut dari New Orleans dan dalam rancangan tu, Anna letak coklat kau!!! then bila Anna goreng, tengok-tengok, coklat tu melted! Kau rasa???? takke rasa yang hebatt... saya tengok tu kemain kecur air liur... hihu..



Then saya tengok movie Chef lakonan sapa tah, tapi dalam dia ada Sofia Vergara. Bekas suami Sofia tu *watak utama, hendak memulakan perniagaan, then dia buat Cuban Sandwich. Sekali lagi saya kecur air liur tengok dorang makan... padahal sandwich je kan... tapi tu lah, kalau dah palate ni kekonon mengada, maka tetap boleh kecur air liur.

Then kalau rancangan masak ulimate tu tak yah cakap lah, Masterchef Australia dan Masterchef U.S.A. Memang mencabar diri betul tengok, dorang okay lah, semua applications ada, mixer, spatula, oven dan lain-lain lagi woiii... *jeles.

last but not least adalah Abang Mat. Ni pun adoii jugak, saya follow abang mat di mana-mana, FB, Twitter, IG dan blog ni, memang mencabar iman sungguh. Masakan dia nampak effortless tapi of course la nampak sedap! Jeles? OF KOSSS!!!! dihidang pulak dalam pinggan motif bunga kangkung,... lagi dabel-dabel jeles...

So, akhirnya, saya selalu lah masak, pernah buat tart chocolate mousse, tapi tak jadi! jadi apa? Jadi saya buang ke longkanggggg... haaaa.. hahahaha... terus frust... tapi insyaaAllah, lepas ni nak cuba buat cupcake lak.... pernah cuba buat muffin tapi tak menjadi sangat... hihu... tapi ni nak buat nanti... hehehe.. wish me luck!! muahciked.

dah lah... malas nak cakap banyak fasal makanan, nanti saya semakin 'kurus'. Hmmm.. tu payah tu.. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: tolong... tak nak makan banyakkk... haha

Keep Working Guys!

Assalamualaikum WBT,


Selamat pagi semuaa... hari ni saya bangun awal sebab saya sakit perut. Awal daripada biasa lah... hahaha... kalau perut dah memulas, so, better bangun je dari mendamparkan diri di atas tilam yang tak berapa nak empuk tuh.

Okay, majoriti semua tahu yang saya ni sekarang sudah menjadi seorang tukang jahit. Yes, tukang jahit. Saya mostly jahit baju wanita, bukan tak nak jahit baju lelaki, cuma, its quite taking time lah. Cam, kalau baju wanita ni, seronok jahit. Well, kita kena jahit apa yang kita seronok jahit kan, kalau tak suka nanti tak jadi pulak. Hihu...

Lately, saya memang tak dapat nak fokus kepada bidang jahitan ni sebab saya agak sibuk menggantikan ayah saya kerja di ladang. Ayah saya kan pergi ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji. Makanya, saya menggantikan ayah saya kerja ladang. Kerja tak susah cuma, kena selalu masuk ladang, because of that, saya takde masa untuk menjahit. Kalau ada pun, sejam dua sebelum pukul 7 petang. Yes, memang takde masa, I tried to make up time, tapi, adoiyai... susah nau.

Ni ada beberapa baju yang kena jahit, nak menjahit malam, letih dah kerja siang tu, but apa pun, saya akan cuba jugak lah menjahit malam. Kot nak menjadi ke kan.... yes, it seems a lot tapi kita akan lebih berpuas hati sebab itu kerja kita. Kita yang usahakan kerja kita tu tanpa meminta-minta kepada orang lain, that's way better kan?

Tapi tu lah, kadang-kadang orang ingat kita ni over the top sebab konon boleh berjaya dengan hanya menjahit. Sebenarnya, boleh berjaya, jangan risau cuma kita kenalah berusaha lebih. Kalau tido sampai lewat malam pun takpe, janji kita siapkan tempahan. Saya ni tertangguh kerja sebab terpaksa, tapi sebelum ni, saya memang spent time di kedai sahaja, dari pagi sampai tengahari, then balik amik anak-anak sedara dari sekolah, then sambung balik ke kedai, sebab tu sempat buat baju, at least 1 baju 1 hari. Now? payah sikit. Kadang-kadang, sempat potong then esok lusa baru siap. huhu...

Itu je la sahaja untuk kali ni, haaaa... harap kita sama-sama bekerja keras untuk diri kita serta keluarga kita.

Assalamualaikum WBT

p/s: Keep working guys...

Tuesday, September 8, 2015

Keep Fighting Team Harimau Malaya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Selamat malam wehhh... apa cita Malaysia lawan U.A.E.? *tetiba masuk bab sukan kan? *nampak sangat...

Bukan apa, kita ni nak kena tahu juga fasal cerita-cerita seantero dunia ni, kekalahan 10-0 keatas U.A.E. ibarat menempah record dunia, entah-entah negara Malaysia telah dikenali oleh ramai rakyat dunia sekarang.

Tapi sekarang, kita cuba untuk mengubah nasib dengan cuba untuk at least tidak kalah teruk dan maximum effort to actually CUBA UNTUK MENANG keatas U.A.E. di Stadium Shah Alam yang mana sedang berlangsung pun sekarang ni ha...

Tapi mengikutkan ulasan pengulas, kemahen weh! U.A.E. amat kuat, sebuah pasukan yang kuat ada ada cakap-cakap tadi saya dengan yang ketinggian pemain menjadi salah satu faktor penolak pemain Malaysia. Entah lah.... dulu boleh menang? Ke kita ni semakin lama semakin kecil ke camne? ke?

Apa-apa pun, menang ke kalah, pasukan Malaysia adalah tetap pasukan Malaysia. Kita nak cakap apa kan? kan? Good luck because you really need that.

Assalamualaikum WBT

p/s: keep fighting, ok?

Monday, September 7, 2015

Menulis sambil berangan.. it WORKS!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar kawan-kawan pembaca semua? Saya memang maklum, ramai pembaca adalah terdiri dari rakan blogger kan? Terima kasih semua...

Baik, saya ni bukanlah seorang blogger yang mampu dijadikan contoh agaknya sebab saya bukan seorang blogger sepenuh masa. Saya amat kagum dengan rakan blogger hebat yang menjadikan blogging ini sebagai satu perkerjaan. Iya, apa-apa pun, jikalau ada matlamat dan tujuan serta daya tahan yang kuat mampu dijadikan pekerjaan. 

Saya suka tengok mereka yang sungguh-sungguh dalam membuktikan, pekerjaan bukan hanya tertakluk kepada 9-5 job, but its more than that. Saya juga ingin membuktikan bahawa, dengan determination, everything can be achieved. Yes. 

Jadi, saya tidaklah menulis apa yang terlampu berat, cuma, kadang-kadang ingin juga mengupas sisi-sisi berat dalam mencabar diri sendiri dalam penulisan. Gituh... tapi kadang-kadang, I cannot write too heavy kan? haha.. kata santai. hahahaha...

So, kepada semua pembaca, keep supporting my blog and my writings, just because I want you all to read my writings. Tu je lah.. takdenye saya nak buat GA bagai... apalah sangat... hahaha... kan? Malu kita nak buat GA bagai, kita biasa-biasa je... hihu... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Jangan lupa follow IG saya, taip qemall-luzon or cari #akmallrazlan hehe... mesti jumpa... kalau posing ala-ala itik terlekat dedak tu.. haaa... saya lah... hahaha.. happy finding..

Saturday, September 5, 2015

Penyumbang Negara.

Assalamualaikum wbt...

Ada sesetengah orang cakap, pekerjaan seperti eksekutif dan mereka yang hanya bekerja dalam bidang yang 'diiktiraf' jenis yang menyumbang kepada kelangsungan negara.

Tetapi sebenarnya, ada banyak lagi sumber dan kategori pekerjaan yang menyumbang kepada kelangsungan sesebuah negara.

Bak kata TPM pekerjaan 3D. Tapi ada ramai je yang sebenarnya bekerja dalam bidang ni, bagi mereka yang tak mahu duduk di bandar-bandar besar. Tapi tu la pandangan orang Melayu kita ni, kalau seseorang tidak bekerja sebagai eksekutif or bekerja pakai cecantik, selain daripada itu, itu bukan pekerjaan. Usahawan adalah bukan pekerjaan, bekerja sebagai petani bukan pekerjaan, itu adalah pandangan but now, actually, ia adalah pekerjaan. Hehe..

Tapi apa-apa pun, apa-apa pun, it pays the bill quite amazingly. Haha...

So..itu sahaja untuk pagi ini.

Assalamualaikum wbt

P/s: vivo..come to papa...

Wednesday, September 2, 2015

Mana Idea Ni????

Assalamualaikum wbt,

Haaaaa.. apa khabar? Sihat?

Maaflah...saya ni jadi cam chipsmore dah, sekejap ada, sekejap takde. Memang takde idea nak menulis blog ni. Tak tau la... kadang-kadang nak post gambar pun, takde gambar yang menarik. So..alih-alih, takde. Hagham.. kan?

Now, korang, camne kalau takde idea? Nak-nak kalau blogger on off cam saya ni... hahaha.. korang pun mesti ada 1 hari tu rasa macam malas nak menulis kan? Kan? Kan?

So, apa yang korang buat eh? Bagitau la sikit...  apa rahsiaaa...k?

Assalamualaikum wbt

P/s: proses mencari idea.