Nuffnang Ads

Saturday, October 31, 2015

Nasihat Mendengar Nasihat.

Assalamualaikum WBT,

Mari kita cakap fasal DEGIL.

Yes, DEGIL. Apa itu degil dari segi pemahaman kita sendiri? Kalau daripada pemahaman saya, DEGIL adalah memilih untuk tidak mendengar kata nasihat.

Baik, setiap daripada manusia ni memang ada sifat degil, sikit atau banyak, itu bergantung kepada seseorang individu. 

Tetapi, DEGIL SEORANG BUDAK dan DEGIL SEORANG DEWASA adalah dua perkara yang amat berbeza. DEGIL SEORANG BUDAK boleh lagi diterima sebab itu adalah nature dalam pembelajaran mereka, NAMUN, DEGIL SEORANG DEWASA adalah boleh dikatakan kepada penyebab sakitnya hati serta menyampahnya diri kita terhadap sesuatu.

Saya sendiri adalah seorang yang DEGIL tetapi alhamdulillah, ada perkara-perkara yang dinasihatkan oleh orang ramai, saya dengari. Alhamdulillah, tetapi, kita sekarang bercakap fasal manusia yang langsung tidak mahu mendengari nasihat orang lain selain diri dia sendiri. Bayangkan, dia menasihati diri dia sendiri hanya kerana nasihat orang lain tidak boleh digunapakai. *pening kejap.

Saya tidak lah hendak berkata lebih tetapi, kadang-kadang kita ni perlu jugak dengar kata-kata orang lain, tapi, kita tidak boleh juga mendengar bulat-bulat, apa yang selalu saya buat,

DENGAR, AMATI, SESUAIKAN dengan situasi kita sendiri.

Sesuatu nasihat mungkin boleh digunapakai tetapi tidak dengan situasi yang sama, mungkin situasi pemberi nasihat adalah berbeza serta berbeza dengan situasi penerima nasihat. Nasihat saya? Berfikirlah untuk masa hadapan.

Bukan apa, kadang-kadang nasihat mendengar nasihat ni mampu mengubah cara hidup serta kehidupan seseorang. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tercetusnya entry ini dek kerana ayah saya yang agak sukar mendengar nasihat mak. hahaha...

Friday, October 30, 2015

Sofy Compact Products 2015 Campaign.

Advertorial.

Adakah anda seorang wanita? 

Masih mencari-cari pad yang terbaik untuk diri anda.

Sofy Compact ada jawapannya.


Dengan pelbagai rangkaian produk hanya untuk kepuasan pengguna, Sofy Compact memang mementingkan kebersihan dalam pembuatan pad keluaran mereka.


Dan mereka telah mencipat satu innovasi yang menarik. Ia boleh diletakkan di dalam poket, kecil tetapi amat berkuasa menyerap cecair.

Jadi apa tunggu lagi, jangan tangguh-tangguh untuk membeli perkara yang mampu memberikan anda perkara yang lebih selesa.

Be brave and take action to be comfortable.

p/s: Take ittt..
 


Wednesday, October 28, 2015

Ministry of Health Malaysia : Kempen Penyusuan Badan.

Advertorial.
 
Assalamualaikum WBT,

Korang tau tak yang susu ibu adalah susu yang paling khasiat dalam dunia ni?

Now, kepada ibu-ibu dan bakal ibu yang maybe akan menyusukan anak, the first susu adalah yang paling penting. Kalau orang tua-tua dulu cakap, yang susu kuning tu kena buang sebab kotor, the answer is NO! Jangan buang sebab itu adalah bahagian susu yang paling sihat.



Sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuat program online supaya ibu-ibu, bakal-bakal ibu tahu betapa pentingnya penyusuan bayi. Saya malaslah nak tulis banyak-banyak sebab saya tidak menyusukan sesapa. hahahaha.. *bongok tak ayat,

Tapi!! korang boleh pergi ke sini untuk more info,


 Okay, korang click link yang saya bagi ni, dan mesti korang akan terpegun dengan maklumat-maklumat yang dipaparkan. 

Takpun, kalau korang nak pergi terus ke laman web Ministry of Health Malaysia pun boleh... 

Click ini... MOH 

Click jangan tak click pulak.. sama-sama membaca untuk menambah ilmuuuu... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Takdenya nak mnenyusukan sesapa kannn.. *pening.

Kesibukan Kerja Mencari Rezeki.

Assalamualaikum WBT,

Wahhhh... alhamdulillah, semalam saya berniaga, alhamdulillah, dapat jugak lah menampung kehidupan. Gituhhhh...

Now, hidup saya sekarang ni agak sibuk dengan pelbagai perkara. Yup, memang sibuk sebab saya pepagi dah bangun bancuh mixture kuih, then menjahit, then balik memasak, then buat kuih, then menjahit then balik persiapan diri bagai, then memasak, then blogging, then baru tido.

Yes, penat but I think orang lain pun macamtu jugak kot, kan?

Sibuk dari pagi sampai malam.

Ada saya dengar tu sampai ke lewat malam sebab buat kerja yang tak pernah nak habis.

Jadi attendant klinik, senang, boleh lelap mata sambil buat kerja. *pengalaman pagi semalam. Hahaha...lulz.

Assalamualaikum WBT

p/s: Gantuk sudah.

Tuesday, October 27, 2015

F&N Meadow Gold Ice-Cream.

Advertorial.

Assalamualaikum WBT semuaaaa...

Tau tak apa F&N Meadow Gold.

Ha? Tak tau... deknon, orang dah kemain sibuk-sibuk dengan makanan ni!! sedapp katanyahhh... siap ada hashtag lagi #meadowgold untuk mereka yang makan benda tu.

Haaa.. benda apa kan? Masih tertanya-tanya kan?

Ia adalahhhh...


produk terbaru dari F&N, Meadow Gold.


Haaaahhh... nampakkk???

Takke tergoda tu tengok. Simple je tapi tu lah..kalau namanya ice cream. Mesti sedap kan? Huwaaa... nak!

Assalamualaikum WBT

p/s: cari di pasaraya terdekat denga anda.


Pos Laju TAK LAJU?

Assalamualaikum WBT,



Siapa disini suka beli barang Online dan penghantaran dibuat dari Pos Laju yang kononnya DIJAMIN SAMPAI ESOK?

Ada tak?

Now, ni pengalaman saya sendiri lah. Sebenarnya, tidak lah esok sangat sampainya. Ada jugak beberapa hari... kenapa? Entahlah, Pos Laju ni agaknya entah lah, nak cakap macamne. Tak konsisten.

Last week, saya hantar 1 parcel kepada kawan saya yang berada di Kuala Terengganu dan dalam tempoh 1 minggu ni, masih tidak sampai lagi parcel tersebut. I was like, what? Okay, kalau takde orang di alamat yang dihantar tu, sebenarnya, Pos Laju boleh menelefon nombor yang tertera pada slip penghantaran dan selalunya, Pos Laju akan meninggalkan satu lagi slip yang panjang untuk penebusanan barangan. Maksudnya, memandangkan kita takde di rumah, Pos Laju sepatutnya meninggalkan kad tersebut dan ia adalah sebagai 1 petunjuk bahawa, penerima seharusnya mengambil barangan di pejabat pos yang dialamatkan.

Namun, yang terjadi, dorang tak call pun and when I rang them pagi tadi, dorang cakap, MAYBE posmen dah hantar tapi MAYBE takde orang di pejabat. I was like, seriously! Apa maybe, maybe ni? Dalam hati je lah, I was in a good mood just now lah... hahaha...then, dorang cakap, hari ni dorang akan pergi hantar lagi and gladly the penerima adalah my friend and I asked her to call them and ask them about the parcel. 

Malas la nak guna perkhidmatan lain but, kalau masih jugak berterusan, saya malas la guna Pos Laju dah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Buat lah lagi macamni, I will write more on the suck services. 

Monday, October 26, 2015

Be A Good Person.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua?


Saya ni masih lagi membaca Bajet 2016 dan surat khabar Utusan Malaysia ni masih lagi ada atas meja saya ni haaa... tak tau kenapa, but I really want to read it over and over again. *padahal tak habis lagi pun... hahaha...

Now,korang pernah tak macam bila keluar dari rumah, its like, you time to be the help of other people. Macam a few days ago, saya pergi ke Bandar Raub, it was wonderful morning. Then, saya pergi ke BSN Raub, then ada aunty ni dia macam bermasalah sebab dia baru je buat kad bank then dia kena masukkan dia dalam atm mesin kan, cam biasa. Unfortunately, no one help her. Hehe... guessed who was trying to help her, Me.

Yes, saya called that aunty yang dia kena ingat number pin sebab nanti nak masukkan kad dalam atm mesin and to be honest, aunty tu tak tau pun guna atm mesin. Pening jap, then after cakap, aunty tu cakap nanti dia datang balik bawak number pin senang dia ingat. Problem solved lah... kot.

Then saya pergi ke market TF di pinggir bandar Raub tu jugak lah, then, bila saya keluar, ada sorang aunty ni dia nak keluar kereta, pakai kancil je, but tu lah.. disebabkan kereta belakangnya dekat, so, dia teragak-agak nak keluar. Who helped her? ME jugak. hahaha, macam ambassador lah saya ni. Saya bagi isyarat tangan untuk bantu dia keluar dari petak parking. Senang je, tak payah sangat pun. Dia angkat tangan tanda terima kasih. Again, solved.

Then, beberapa hari lepas jugak, saya pergi ke pasaraya Tunas Manja Raub, sedang saya merayau-rayau mencari ikan laut nampak segar tu, saya nak amik plastik, then ada achi ni, dia nak amik plastik jugak. Tak dapat, tengok-tengok, tangan dia luka, siapa tolong? Hahaha... Saya jugak. Saya koyakkan 1 plastik untuk dia. Dia cakap terima kasih, senyum dan berlalu pergi mencari ikan air batu. hahaha...

Senang nak buat baik, tapi tu lah, kadang-kadang ujian Allah datang dalam pelbagai cara.

Kita saja nak buka mata ke tidak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah, business kuih muih berjalan lancar. 

Sunday, October 25, 2015

Be Youself !

Assalamualaikum WBT,

Saya selalu check Nuffnang saya, kot lah maybe bertambah dari beberapa sen ke puluhan ribu dollars US kan... malangnyaaaa... hahaha... sekian. 

Now, saya masih lagi pening dengan Bajet 2016 ni sebab semalam saya membaca fulltext. Pening jugak lah, saya tak tau la macamane PM Najib baca kejadah panjang tu. Hahaha, pening woi...

Masih lagi cuba habiskan, malas nak baca sinopsis dari most websites sebab kadang-kadang lagi bertambah pening.

Tadi saya sempat baca satu blog post dari new blogger of the month di Nuffnang. Dia cakap, kalau kita nak jadi unik, we have be ourselves, kalau tidak, we are being someone else. Lebih kurang lah...

Kepada yang nak tengok the new blogger of the month, head to Nuffnang for more infos, ok?

That is ll for now,

Assalamualaikum WBT

p/s: Gamtuk jap,...

 

Berniagalah, InsyaaAllah.

Assalamualaikum WBT,

Orang kata, kalau kita tidak bekerja, jadi, kita kena berniaga.

Yes, berniaga, tetapi nak berniaga pada zaman sekarang ni, kena berhati-hati sebab kita kena ada kelengkapan dari segi ILMU, KEMAHIRAN DALAM BIDANG YANG ANDA CEBURI.

Sebagai contoh, saya sekarang sedang menjalankan beberapa perniagaan seperti makanan serta jahitan. Dua perkara yang berbeza, tetapi alhamdulillah, saya mampu mendapat banyak jugaklah hasil daripada perniagaan itu, janji, kita rajin.

Kalau bidang makanan, kita kena pandai masak lah. Saya berniaga cucur sayur boleh dikatakan setiap petang, selalunya modal saya untuk 1 hari adalah lebih kurang RM5.00 dan pulangan saya? RM15.00 bergantung kepada hasil lah. Jadi untung saya? RM10 kalau saya berniaga 6 hari seminggu, saya dapat RM60.00 dan darab 1 bulan? kiralah sendiri, cuma nak cakapnya, berniaga ini elok, dan market saya hanya di kampung saya sahaja, tidak keluar pun. Macamtu... ha... hahaha...

Alhamdulillah lah, okay lah jugak saya berniaga, seronok jugak, tapi I feel that I need more. I need to market my product, gituuu... sama macam jahitan jugak, I need to reconsider my Strategic Planning sebab I need to boost up my sales. Saya tak nak hanya dalam 1 group of people je. Nope.

So, I need to spend more on Promotion, memang pun kan sebab promotion really gonna boost up the sales. Hmmm.. I need to plan more and then take action. heyyy... yes.

Itu je la untuk sekarang ni, berniagalah kalau ada masa, then kalau berkeja, cuba cari jalan untuk berniaga jugak, jangan putus asa.

Assalamualaikum WBT

p/s: banyak keje ni kejap...

Saturday, October 24, 2015

Bajet 2016. Sejahterakah Kehidupan Rakyat?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak lepas dengar Bajet 2016 semalam? hahaha.... kalau tak sihat, mohonlah minum air banyak-banyak dan banyakkan berehat sebab takut jugak, kot strok ke apa ke kan... hihu...

Now, apa yang korang faham dari title Bajet 2016? 

"Mensejahtera Kehidupan Rakyat"?????

Dikatakan Bajet 2016 ini adalah 5 teras utama iaitu :

1. Memperteguh ketahanan ekonomi negara
2. Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
3. Mempersiaga modal insan
4. Memperkasa agenda Bumiputera
5. Meringankan kos sara hidup rakyat

Dan,

Perlaksaan GST jadi penyelamat dan tambah hasil menerusi REJIM percukaian lebih cekap daripada kira-kira 400,000 syarikat, mewakili 90 peratus pematuhan GST.

Tersedak jap baca, tu saya baru baca muka depan, ni jap lagi nak baca FULL TEXT ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam atikel yang ditulis dalam surat khabar kerajaan ini, Utusan Malaysia.* jarang beli, beli pun sebab nak baca full text. huhuh..

Then, nak fahamkan Bajet 2016 dan nak cari jawapan pertanyaan semua,

"Apakah PM Malaysia dengari keluh kesah Rakyat Malaysia?"

Ingat tak aritu dia ada cakap untuk rakyat menolong beliau dalam Bajet 2016 ni dan dia cuba dengar masalah dan keluh kesah Rakyat? hahahaha.. ingat tak?

Malangnya, Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat JATUH KE NOMBOR 5!! kau rasa. Tapi biarlah kan, kita hidup ni, tidak menongkat langit, nanti kalau mengundi, tolong-tolonglah ingat Manisfesto Barisan Nasional aritu...kan? 

Bukan nak provoke, cuma kadang-kadang mereka akan berkerja lebih keras bila mereka tahu yang kepercayaan daripada Rakyat sudah berkurangan. Nanti, kita sama-sama undi Pas, okay?!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak baca full text jap...

Wednesday, October 7, 2015

DOVE Hair Campaign. Jom Mintak Sample!!!

Advertorial
 
Assalamualaikum WBT,

Ini adalah hebahan iklan yang diberikan oleh Nuffnang kepada saya. hehe... banyak jugak iklan yang kena saya iklankan. Now, untuk entry ini, saya iklankan fasal DOVE Hair Campaign.



Apa tu? Now, kita tau apa itu DOVE kan? DOVE adalah sebuah jenama yang memfokuskan kepada wanita dalam penjagaan kesihatan seluruh badan. Mereka ada produk untuk rambut, badan,  muka dan bermacam lagi.

Jadi, ramai-ramai kita pergi ke page DOVE [KLIK SINI] dan kita mintak SAMPLE dari dorang untuk membolehkan mencuba produk dari DOVE ni, okay? 

Saya dah mintak dengan mengisi segala maklumat untuk dihantar. Hehehe, moga dapatlah sampai cepat. Tak sabar nak guna, lepas guna, baru saya update fasal keberkesanannya, okay?

So, cepat-cepat mintak sample dorangggg...

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak sabar nak cuba produk niiii...

Tuesday, October 6, 2015

Bahayanya Beruk.

Assalamualaikum WBT,

Bagi sesetengah mereka yang tidak pernah duduk di kampung, maybe tidak tahu yang keluarga Beruk adalah boleh dikatakan sebagai omnivor. Kenapa?

Dalam DailyMail UK terjumpa seekor orangutan matang yang memakan bangkai tupai diatas pokok. Now, memandangkan ia adalah dalam keluarga Ape yang sama, rasanya, tidak hairanlah ini terjadi.

Saya seringkali ternampak beruk dan kera (ramai sering tertukar dengan monyet), now, these two adalah mempunyai sifat yang berbeza. Kera lebih kecil dan kurang agresif, tetapi tidak dengan beruk. Beruk mempunyai badan yang besar, jikalau ia matang, ia boleh mencapai tumbesaran sehingga kanak-kanak 5-6 tahun, dan kekuatan yang agak kuat. Beruk juga lebih agresif berbanding kera. 

Kenapa saya mencerita perihal sebegini, kerana? ramai yang beranggapan kera dan beruk hanya makan buah-buahan dan daun-daun kayu. Anda silap, mereka juga makan ternakan seperti ayam, itik, telur ayam. Ini cerita benar.

Kalau tidak, masakan ada kes, kanak-kanak cedera dibaham beruk? Berbahaya bukan? Jadi, kepada yang tinggal di kampung-kampung dan terdedah kepada situasi sebegini, tolonglah berjaga-jaga, kadang-kadang kita leka buat kerja rumah seperti membasuh, menjemur kain baju, menyapu, kita tidak sedar yang haiwan-haiwan liar ini ada berdekatan dengan rumah kita.

Seperti keadaan rumah mak cik saya yang diceroboh haiwan kera ini dan mereka mengeledah dapurnya sehingga kotor. Mereka mencari makanan. Habis rumah kotor dek haiwan ini. 

Jadi, jangan pandang rendah kepada haiwan liar ini. Ada satu kisah aritu saya tengok, kononnya ramai yang bersimpati dengan kemain seekor kera yang pecah tangannya sebab mercun. Ketahuilah, sekali korang tau betapa bahayanya kera atau beruk, time tu jugaklah korang wish korang ada senapang or apa-apa senjata untuk membunuh haiwan liar ini. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Pernah nampak beruk bergaduh sesama sendiri, serammmm...
Sumber perbincangan : Daily Mail UK

Monday, October 5, 2015

Bigorexia dalam kalangan LELAKI SADO.

Assalamualaikum WBT,

Haaaa... kepada yang anak muda lelaki sekarang yang makin ramai teringin nak jadi SADO, maka, ketahuilah anda mungkin mendapat satu penyakit, iaitu, BIGOREXIA. 

Apa itu BIGOREXIA?

BIGOREXIA adalah lawan kepada anorexia. Mereka yang menghidap penyakit bigorexia ini adalah mereka yang merasakan diri mereka selalu tidak cukup besar, tidak cukup muscles, selalu tidak puashati dengan keadaan badan sendiri biarpun sudah cantik sangat dah di mata orang lain.

Penyakit ini berlaku kepada Zilinas Nacaz dari Peterborough. Ini yang dikatakan,

'When I look in the mirror, I see my waist looking thick, upper body out of proportion, arms looking small with no shape, a flat chest, back with no dimensions, pigeon legs and a bulging stomach'

 Maksudnya,

"Setiap kali saya melihat diri saya di dalam cermin, semuanya tidak kena, pinggang nampak besar, lengan tiada bentuk menarik, dada yang leper, perut buncit".

Itu yang Zilinas cakapkan. Jap, saya bagi tengok dia punya badan dulu.

 Takkde makan hati belaka? Hahaha... macamni dia kata badan dia tak cantik dan takde muslce. Perghhh..pening.


Dia bangun seawal 6 pagi dan menghabiskan 10 biji putih telur SETIAP PAGI sebelum extreme exercise. Pening lagi... jap lagi saya pengsan lah...hahaha...

Kalau saya tu, dah puas hati dah.... hahaha.. tapi tu lah. itu bukan saya, jadi, kalau nak ikutkan badan sekarang ni dan bandingkan dengan Zilinas ni, memang bagai langit dan bumi woiiii... hahahaha...

Dah lah, malas nak cakap banyak, pastikan anda tidak mendapat penyakit bigorexia ni yer.. kalau dapat, tolong pergi jumpa pakar psikologi di mana-mana hospital, mana tau boleh bantu sebab anorexia ke, bigorexia ke,,, semua penyakit psikologi, sakit mental lah...sejenis gila juga lah kira... gituh.. pergi jumpa ok? kalau ada, kot-kot.

Sumber dari DailyMail UK.

Assalamualaikum WBT

p/s: tak sanggup baca habis, *sakit hati.

Sunday, October 4, 2015

Personal Blogger VS Fashion Blogger.

Assalamualaikum WBT,

Apa perbezaan personal blogger dengan fashion blogger?

Now, pada pendapat saya, personal blogger menulis dengan range topic yang agak luas. It could be anything, family, fashion, environment, gadgets, relationships, food, drinks, hotels, cars, it could be anything. Yes, banyak. 

But, fashion blogger would akan tulis fasal fashion meaning, facial, beauty, fashion, cloths, many things, tapi ia tetap di dalam tajuk FASHION, dan selepas pemerhatian saya, fashion blogger ni, well, foreign fashion blogger lah, dorang punya kualiti gambar amatlah hebattt... tak tau macamne tah! Pening jap. Macam Margaret Zhang yang juga seorang fashion blogger dari Australia dan dia juga adalah seorang photographer yang amat berbakat. Sangat berbakat. Hebat sungguh.

Cantik kan?

Lagi satu, saya amat suka layout fashion blogger ni, dorang punya layout blog amat clean and simpe, well, not all, but mostly. White adalah background dorang. Background yang selalu dorang guna, maybe sebab better that way kot, iya lah, dorang nak amik gambar outfit dorang kan, so, layout putih adalah paling mujarab untuk digunakan. 

Saya juga suka apabila, pemilihan widget dititikberatkan. Ini kerana, disebabkan blog mereka simple, mereka jugak tidak menggunakan banyak widget-widget yang boleh membuatkan blog mereka kelihatan semak. 

Jadi, oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk membuatkan blog saya jadi simple. saya juga menggunakan background putih dan header yang simple. Saya suka macamtu, Cantik with effortless. hahaha.. *over kan.

Now, enjoy lah layout putih tu eh, not much but sure personal, informative and opinionated. Hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: Fashion Blogger ni pun banyak main gambar, words sikit je... hebat sungguh.

Kucing Kena Rasuk Setan!!! Larikkk

Assalamualaikum WBT,

Saya selalu sangat melayari internet kalau di waktu malam, kadang-kadang baca junks, kadang-kadang baca fakta dan kadang-kadang terjumpa benda kelakar yang macamni... jap,

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3258603/Scary-cat-compared-devil-disguise-frightful-feline-just-frolicking-flour.html

TAKKE SERAM DEKNON???

Haaaa.. itu lah... ni sebenarnya, seekor kucing yang dikatakan telah terkena tepung. Kalau kucing saya masuk rumah macamni, tak kuasa, suruh keluar je. hahahhaa.. dah la hitam, kena pulak putih tu, then mata centu... tak nak!!!! hahahha... serammm...

Ia tidak dapat dipastikan dari mana ia berasal dan siapa tuannya, tapi, it was scary of course. 

Sumber : DailyMail UK

Assalamualaikum WBT

p/s: Kucing ni termasuk dalam bekas abu rokok kottt....

 

Saturday, October 3, 2015

Akmall Razlan Atelier, Kembali Fokus.

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, esok dah 4hb Oktober 2015, rasanya baru semalam ayah saya pergi mengerjakan ibadah haji. Alhamdulillah, esok ayah saya akan berangkat dari Arab Saudi ke Malaysia, dijangka penerbangan akan sampai di Malaysia pada pukul 12 tengah malam. 

InsyaAllah, segalanya akan selamat. Amin ya Rabb.

Dan begitu juga kerja saya menggantikan ayah, tamat jugaklah nanti, hihuuu...

Iya lah, selama 1 bulan lebih saya menggantikan ayah berkerja sebagai mandur FELCRA, thing I would never expect before. Hahaha, I have hard times too yals.


Jadi, dapatlah saya memfokuskan kepada perniagaan saya, jahitan tu, Akmall Razlan Atelier yang agak tergantung sebab 1 bulan takde masa nak fokus langsung. I cannot langsung fokus, too many things at hands need to be done and yet, I have to replace my dad's work. Lagi pening.

But, insyaaAllah, tak lama lagi akan saya fokuskan kembali. Banyak tu pakaian yang ada perlu dipotong dan dijahit. InsyaAllah, next week, saya akan kembali mengdiami kedai yang dipart-timekan, but next week, it will be fulltime terus. yeay!!!

Tempahan perlu dilaksanakan, biarpun lambat and tidak on time sebab I have to jugle things, but nevermind, I need to gain back the momentum and keep walking. Yes.

Assalamualaikum WBT

p/s: Pernah tak bila kita jenjalan ke bandar ke apa ke, orang pandang pelik kat kita? Famos amos sangat ke kita ni? Blogger? hahaha.. overness..

Friday, October 2, 2015

Top 10 Food trucks in Malaysia.

Assalamualaikum WBT,


Selepas menonton satu programme yang berkaitan dengan FoodTruck semalam, terus rasa macam nak beli satu Foodtruck then berniaga seluruh Mesia! hahaha... takdelah terhad kat satu tempat je kan... gituhh...

Tau tak kat Malaysia ni pun ada foodtruck tapi takde la sefamous yang kat USA tu. Dorang famous nau, everything boleh difoodtruckkan. *nampak ayat? Cam bangang kan?

Beberapa bulan lepas, saya ada menonton cerita Chef yang dilakonkan oleh Sofia Vergara dengan sorang lelaki gemok ni, tah apa nama dia. Dorang buka foodtruck business jugak, Cuban Food. Amazing. Memang nampak sedap sungguh. Perghhh... 

Tapi di Malaysia ni, foodtruck pun ada pelbagai. I was once eat dekat Damansara yang ada foodtruck tu jual spageti tu... sedap jugak lah for RM5 kan? hahaha... I can do better but saja nak merasa their food. Ada soh seh soh seh cakap dorang punya food kemain sedap. Now, Click Sini untuk melihat pilihan foodtruck di Malaysia...


Ni adalah daripada gambar-gambar food trucks yang ada di Malaysia. Comel kan? To those yang ada di Kuala Lumpur sebab mostly food trucks berada di Lembah Klang... hihuuu... kejar-kejarrr dorang okay??? and MAKAN!!! boom! Mesti sedap...

Ni adalah nama Food Trucks dorang... *secara rawak

1. Oh My Fruit Juice
2. Dr Mak Rony
3. La Famiglia
4. SpagMe
5. The Royal Post
6. Cowboys Food Truck
7. Wheeloaf
8. Babarittos
9. Curbside Cantina
10. Little Fat Duck

These are the names for the food trucks in Malaysiaaa... kejar ok, kejarrrr..

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak senang, follow IG dorang, mesti ada! Search then kalau jumpa, terus like sebab selalunya dorang akan update tempat berniaga dorang kat IG, senang dan mudah!!

akmallrazlan.com???

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar semua? Saya ada beberapa kawan blogger *Yang betul-betul saya kenal sejak dari belajar lagi... Dorang rata-rata sudah bertukar kepada .com, mereka menulis jugak lah sebenarnya.. but then, I cannot look for their blog sebab maybe most of them dah tak aktif kot. lagipun its not easy to maintain a blog. Susah lah... many things need to be done in order for a blog to be maintained.

Penulisan adalah perkara yang paling penting. Kenapa? Sebab tak kisahlah santai ke formal ke, apa ke, janji tulis. Kalau tak bertulis tu yang akan terbiar dan terus dilupakan.... tup tup, kena tutup, tapi kalau blogspot, dia tak akan ditutup but if .com, once tak bayar annually, makanya, ditutuplahhhh.... gituhhh...

Its a risk juga lah, but kalau selalu ingat to pay annually, then its not going to be a big problem lah... hahaha... Yang selalu lupa tu akan dapat "your searched link is not available", bayangkan, tiba-tiba tak bayar then bila blog tu hebat gilaaa... orang amik web address tu, takke stress... hahahaha...

Now, saya pernah consider nak amik .com sebagai penghijrahan dari blogspot, but when I think back, I have quite a mild knowledge in blogging world and also websiting. Tak banyak pengetahuan, kalau baca-baca, takde fahamnya, jadi, bila jadi macamtu, saya rasa, dan fikir balik apa yang saya rasa tu, terus buat keputusan untuk TIDAK menjadikan blog saya ni as .com, susah lah, tak pandai. Hahaha...

So, now its not a issue lah kan? Hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: dah masuk bulan 10...

Wall's Fruttare Fruit Smoothie Ice Cream. Sedapppp!!!

Advertorial *kunun.
 
Assalamualaikum WBT,

Well, kepada yang mengenai diri saya, saya bukanlah seorang yang suka makan ice-cream. Nope, memang tak suka, tetapi!!!! Bila ada ice-cream ni... ni haaaa.. korang tengok ni...

http://www.walls.com.my/fruttare/

Haaaa... terliur tak? I am salivating right nowwww... terus rasa macam nak cari je benda nii hoiiii... kalau korang klik dekat gambar tu, korang boleh terus pergi ke dorang punya website. Cuba click kalau tak percaya... click lah... clickkk... hehehe...

Wall's ni sebenarnya telah berada dalam Malaysia selama 48 tahun. Jadi, korang tak perlu bimbang, mereka amat tahu pallet orang Malaysia ni. Tapi tu lah, kalau ice-cream memang nak yang manis tapi nak yang boleh membantu kesihatan kita jugak kan?

Makaaa..terjadi lah Fruttare (Banana dan Strawberry). Pisang dan strawberi adalah buah yang mampu membuatkan kita sihat bukan? dan perisanya juga adalah perisa yang sedap woi... 

Dah! jom cari ice-cream Wall's Fruttare ni... makan puas-puas then tido! hahaha.. baru rasa enak sampai ke hari esok.. gituhhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Serious, Wall's selalu berjaya buat saya makan ice-cream. 

Thursday, October 1, 2015

Pengalaman seharian Akmall Razlan selama 1 bulan.

Assalamualaikum WBT,

Siapa cakap jadi blogger ni senang? Dan siapa cakap jadi seorang yang menguruskan rumahtangga adalah senang? Siapa cakap?

Saya bukan bercakap fasal Abang Ben, tetapi diri saya sendiri. Now, saya tidak berkahwin lagi, but since ayah saya pergi mengerjakan Haji, saya mengganti kerja ayah saya, which ayah saya bekerja dengan FELCRA sebagai Mandur ladang Sawit FELCRA. Then, saya juga mengajar English class di GiatMARA Raub setiap Isnin, petang pukul 1.05 dan 1.35 petang (Isnin sampai Khamis) saya mengambil anak sedara saya dari sekolah, petang? Saya kena masak untuk makan tengahari sebab mak saya tak sihat, dia sakit.


Petang, pukul 4.30 petang saya akan ke kedai saya untuk menjahit, then pukul 6.00 petang saya akan masuk ke ladang untuk melihat perkembangan pekerja ladang, *yes, I have to take care of them too, kena jaga, itu adalah sebahagian daripada kerja. Kerja mandur ladang tu adalah kerja hari-hari sebab buah sawit kena potong hari-hari. 

Then, dalam pukul 6.30 tu paling lewat la saya di kedai, then ke ladang then saya balik ke rumah. Mandi-mandi then bersedia untuk masak makan malam. Then selepas makan malam, saya akan menonton tv sampai pukul 12 tengahmalam. Then malam, I have to blog. Ada dua blog yang perlu saya jaga dan tulis. I have too sebab its a responsibility.

Iya, saya ganti ayah saya hanya untuk sebulan, tetapi I cannot focus on one thing, I feel lost. Kenapa? Iya lah, when you have too many things to be done, you cannot finish them all, tengok-tengok ada yang tergantung lah, ada yang tertangguh lah... macam-macam.

But, one important thing that this experience taught me is that, pembahagian masa secara effective adalah paling utama. U really need to bahagikan masa untuk buat semua secara effective, kalau tidak, you'll end up with nothing. Alhamdulillah, I managed to get things according to my own time. Alhamdulillah. 

Now, tak lama ayah saya akan pulang dari Makkah, flight 5hb sampai di KLIA. InsyaaAllah, semuanya akan selamat. Amin. Saya doakan keselamatan Ayah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Pengalaman dikutip untuk memperbaiki diri, biarpun kurang, lain kali kita lebihkan... kan?

UMobile P70!!! Plan Hero Anda!!!

Advertisement.
 
Assalamualaikum WBT,

Haaaa... siapa pengguna UMobile, sila angkat tangan!!!



Sayaaa!!! saya pengguna UMobile. Yes, saya. Saya pengguna UMobile plan P28, maksudnya, saya hanya bayar RM28 setiap bulan, but memandangkan ada P70 Hero ni!!! teringin jugak nak tukar, hehehe...


Kepada semua pengguna Team Biru, Team Merah, Team Kuning, Team Hijau ke apa-apa team lah... mari lah bertukar kepada Team Oren!! Yeayyyy... P70 Hero yang mampu membuat anda tersenyum kerana, anda akan berasa lebih selamat dan of couse, P70 adalah HERO anda semuaaaaa!!!

Lagi satu, pakai UMobile ni sebenarnya SIHAT tau, kenapa? Kalau macam provider lain, mereka akan issued BILL then kena bayar time tu terus, kalau tak bayar, terus kena sekat! Now, UMobile ni hebat, kalau time-time tengah bulan pon boleh bayar. Camne? Tak perlu ke pejabat post or mana-mana tempat bayar bill, hanya topup dengan credit topup, TERUS!!! tolak bill. Hebat? Memang, saya tak pernah jumpa mana-mana servis provider yang sebegini bijak. Senang dan tidak menyusahkan... thanks UMobile!!

P70! Here i comeee!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Lama gak dengan UMobile ni.. sejak 2013 juga lah... lamaa.. nak tengok ada offer apa... hehehe... tukar tauuu,,,jangan tak tukarrrr....

 

SAKIT : GOUT.

Assalamualaikum WBT,



Apabila seseorang terkena GOUT, secara tidak langsung, kehidupannya berubah. Terus berubah. Then ada orang tanya,

"Apa yang berubah, maybe you tak kuat kot?"

Now, yang tak kena boleh cakap macam-macam, bulan bintang boleh janji kan? Tapi once kena, you akan menyesal. GOUT ni ibarat HIV la, sekali terkena, memang takde ubat. Hahaha *ke over sangat perumpamaan saya tuh? hahaha...

Sekali kena, macam-macam tak boleh makan , dan! Saya ada gout. Memang. Memang sangat menyakitkan hati. Sakit hati betul, macam-macam saya tak boleh makan. Ikut pengalaman, saya start kena gout masa tahun 2014. Perghhh!!! sengsara betul.. masa mula-mula kena tu, Ya Allah, my foot swelling gila. Nampak macam hape je, macam nak pecah je kaki saya tu... sampai menangis la dikerjakan oleh gout ni...

Then, sampai sekarang, dah dekat setahun lebih jugak lah. Selepas beberapa experiment, saya betul-betul tak boleh sentuh,

1. Kobis *any kobis
2. Pati Ikan Bilis esp. budu.
3. Hati ayam *tapi makan je sesikit
4. Bunga kobis *makan sikit-sikit


Okay, sebenarnya, Gout ni ikut jenis darah dan imunisasi badan. Now, benda-benda yang saya boleh makan tu, ada sesetenga penghidap penyakit gout, boleh makan. Ada orang tak boleh makan kacang, kacang panjang, kacang buncis dan segala jenis kacang. Saya? Boleh. Pelik kan?

Ada orang langsung tak boleh sentuh, makanan laut macam sotong, udang, kerang, tapi saya? Boleh, tapi takde la kau nak saya makan 1 kg sekali makan, hahaha, itu menempah. Macam semalam, saya menggatal makan budu, makanya, dua hari la menderita sakit kaki. Mungkin ada pembentukkan kristal di joint kaki. Sakit? Takyah cerita, semalam tu macam light-light je,*itu pun dah sakit, kalau heavy, fikirlah sendiri.



Gout ni sebenarnya macam ada orang cucuk-cucuk joint kita dengan sekecil alam jarum yang banyak. Bayangkan!! Sakit? huuawaaaa... sakit weh.

Jadi, apa saya punya penyelesaian semalam? Saya makan epal hijau dan diletakkan sedikit cuka. Mengikut apa yang saya baca, asid sitrik mampu mengurangkan uric acid dalam badan. Trust me. Saya cuba dan alhamdulillah, ia menjadi. Moga ia mampu menjadi petunjuk kepada penghidap Gout yang lain. Kena ada jemaah ni... hahaha.. jom buat Whatsapp group. hahaha...

baiklah, btw, gout juga dipanggil sebagai King's sickness *lebih kurang macamtu lah... maksudnya, sakit orang yang makan banyak dan banyak makan. Hahah, macam saya, but now, I cannot eat as much as I could. I can't. It painful. Very much. 

So, kepada yang ada gout, pembaca ke sesapa ke, kengkawan ke, ahli keluarga ke, kalau nak share pengalaman boleh la Whatsapp saya di 018-9807556, or message ke, tak kisah la mana-mana. Mana tahu pengalaman anda dapat membantu saya or rakan-rakan pembaca dalam memperbaiki diri kita dan menghindarkan diri dari GOUT.

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit woi dan kena...

Beragaklah di Sosial Media.

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar? Mesti sihat kan? Kalau sihat bagus.

Saya baru je dapat tahu berita ni. Baik, saya nak cakap fasal Social Media. Ada yang pandai guna social media dan ada juga yang ala-ala cetek pemikiran bila guna social media. Apa rules guna social media? Takde specific rules tetapi we have our own common sense yang kita sendiri boleh fikir.

1. Guna bahasa yang elok
2. Jangan cuba provoke orang lain
3. Jangan cuba post gambar-gambar yang menyakitkan hati orang lain
4. Try to think about others too
5. Please, respect others

Ini perkara biasa. 

Okay, baik, saya bagi contoh situasi yang membuatkan kita bermusuhan di social media, which is very stupid indeed. Ali adalah seorang penjual makanan yang menggunakan Instagram sebagai medium untuk berkomunikasi dengan potential customernya. Ali sering menggunakan perkataan-perkataan yang elok, namun, sejak dua menjak dek kerana perniagaannya mendapat sambutan ramai, Ali kelihatan seperti sedikit bongkak. Siti adalah seorang potential customer Ali, namun, Siti dimaki kerana Ali salah faham dalam membaca komen yang ditinggalkan oleh Siti di salah satu gambar Ali di Ig. Jadi, salah siapa? Of course, ia adalah SALAH ALI.

Mungkin Ali terlalu ghairah dalam perniagaannya dan kabur mata dek sambutan yang dia dapat daripada pelanggannya di IG. Ali sepatutnya membaca dengan elok, namun, mungkin salah satu faktor lagi ialah usia. Usia Ali yang sudah tua membuatkan pengelihatannya tidak lagi sebaik dahulu. Kesian. 

Spekulasi boleh dijadikan satu perkara untuk menaikkan dan menjatuhkan sesebuah perniagaan. Dalam isu Ali, mungkin ramai yang suka, namun, ramai yang tidak suka. Itu pendapat masing-masing. Lagi satu, Disebabkan ramai yang ingin melihat dia terus hanyut, maka, comment 'supportive' diberikan dan Ali beranggapan bahawa komen-komen ini dijadikan sebagai azimat untuk terus menjadi dirinya.

Kesian.

Sekian.

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Ehh.. tak nak jadi camni lah... kesian potential buyers.