Nuffnang Ads

Sunday, November 15, 2015

Risau Runsing.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak?

Hmmm.. hari ni ayah saya masuk emergency Hospital Lipis sebab dia pening kepala. Then, after a few hours, ayah saya dibenarkan balik. Doktor tu cakap, takde apa-apa cuma pening sebab diusia tua sahaja.

Saya cakap terima kasih kat doktor tu...

Terima kasih Doktor, Hospital Kuala Lipis.

Maaflah, entry pendek je sebab memang risau, takde dapat nak think straight pun. Nantilah saya update lagi eh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Thanks Doktor.

Saturday, November 14, 2015

Sudden Sadness.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Pernah tak korang rasa emosi terganggu? Macam, u need to cry, just because you had too.

Pernah?

Saya sekarang mengalaminya, it was triggered by satu episode of Heroes Reborn tadi tengok kat TV.

the year, 7395.

Tujuh ribu tahun, which I know we will never get to live as long kan.. hmmm..

dah la... malas nak tulis. Sedih. I cannot even think about how time will go as we grow older. People said, Make the best of it. Hmmm.

Assalamualaikum WBT

p/s: I cannot think about it. No. 

Wednesday, November 11, 2015

Jadualkan Hari Anda!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Bila kita rasa kita ada banyak kerja yang hendak dilakukan, kita akan rasa tak cukup masa dalam dunia ni dan 24 jam adalah 1 tempoh masa yang amat pendek. Now, apa kata, kita duduk sebentar dan cuba bahagikan perkerjaan yang hendak dilakukan setiap hari dengan masa yang secukupnya.

Lagipun, masa 24 jam itu adalah mencukupi untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Jangan kita bentuk masa untuk kerja kita, tapi bentuk kerja untuk masa yang diperuntukkan. Kalau kita perlukan 1 jam untuk membuat sesuatu, peruntukkan 1 jam dan jangan lebih daripada apa yang diperuntukkan, ok?

Jadi, jadual amat penting untuk memastikan segala ini berjalan dengan lancar. Saya pun sebenarnya mempunyai pelbagai jenis pekerjaan yang perlu dilakukan, talking about multi-tasking, memang banyak but I have to do it, memang kena buat. Tak boleh tidak, but buatlah dengan cepat, sebab bila kita used to work yang kita pandai buat, takde masalah lah. Kita dah tau kerja tu dan kerja yang kita lakukan tu, memang kerja kita. No hal lah.

Oleh itu, apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah, cuba jadikan jadual yang kita buat itu sebagai rakan karib kita. Ok? Mesti boleh punya lahhh.. mesti jadi! Bila kita ikut jadual, maka segala kerja kita akan jadi tersusun dan menjadi lebih efektif dan efisien.

Jom! Mulakan sekarang!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Berpesan-pesan.

Monday, November 9, 2015

Old Town White Coffee - Raub!!!

Assalamualaikum WBT,

Siapa suka makan kat satu restaurant ni??

Old Town White Coffee?



Siapa suka? Saya suka makan mee hoon goreng dia!! Terangkat sedappp... hahahaha... ada kan mee hoon goreng? 

Kat tempat saya Raub ni, ada satu Old Town White Coffee baru buka, ramai yang was-was dengan resepi mereka gunakan. Pada saya, hey, rokok pun haram, but still ramai hisap. Ke sebab rokok tu asap je, ke camne? hahaha.. saya nak touch isu vape lah... sebab lebih kurang but I see vape tu cam sihat sikit lah... hahahha...


Tapi, bila Old Town White Coffee ni dah ada sijil Halal dari JAKIM, so! apa yang korang nak lagi? Ha? Please lah... stop tutup periuk nasi orang, dosa tau! Now, kepada Old Town White Coffee RAUB, invite la I untuk lunch or makan kat sana eh... hahaha.. see you there! Muah ciked...



Banyak tau resepi menarik di Old Town White Coffee ni, jangan korang tak tau pulak... sedap-sedap lak tu...nanti bila saya dapat invitation ke Old Town White Coffee, saya post gambar ehhh... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak tipu...sedap2!!!

Happy Deepavali all Malaysians!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Esok dah Deepavali. haaa... siapa suka makan maruku.

Beberapa hari lepas saya ada tengok resepi buat Maruku, tapi nampak macam susah je, tapi tu lah, kena try jugak, kalau tak jadi, saya buang dalam longkang, pegi pasar, beli! hahahaha... nampak tak? Idea yang amat menarik sekali.

Now, hari ni budak sekolah cuti kan, esok pun, lusa pun, hari Khamis baru sekolah... huwaaaa... rasakan. 

Hari ni saya cuti berniaga kuih, esok resume buat kuih... hahaha, sebab hari ni agak banyak kerja lahhh... nak print sana sini, nak isi itu ini, then nak menjahit bagai... haha... banyak sikit kerja...sooo.. saya ambil keputusan untuk cuti buat kuih hari ni...hihu...

Jadi, maka hari ni adalah hari bercutiii... takde la cuti sangat kan? hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: mencari rezeki di mana-mana, kemana kita pergi, jika ia halal, insyaaAllah, milik kita.

Sunday, November 8, 2015

IKEA Cheras, The Biggest IKEA in Malaysia!!!!

Assalamualaikum WBT,

Bila kita ingat things are not getting bigger and better, well, anda salah!



Tau tak yang IKEA akan dibuka di Cheras pada akhir tahun ini, in fact!!! Ia dah tak lama dahhhhh!!! kepada yang rasa macam, 

"Eiii.. jauhnya nak pergi Mutiara Damansara semata-mata nak beli rak kasut.."

atau,

"Alaaaa... jauhnya nak pergi IKEA Damansara semata-mata nak pergi makan meatball!!"

Now!!!!!!



Korang jangan sedih-sedih dan rasa macam tersisih, korang boleh pergi ke Housewarming Party di IKEA Cheras pada 19 November 2015... 

ni kalau korang tak tau addressnya kat mana... nah!


 Then, kalau korang rasa,

"Apalahhh yang Akmall ni mencarut niiii!! Mana da IKEA nak bukaaaa kat Cheras..."

SILA BACA INI IKEA CHERAS  

 TERBESAR DI MALAYSIA dan 20% besar dari IKEA Mutiara Damansara. Kalau IKEA Mutiara Damansara tu dah meletihkan korang nak berjalan, now! tambah lagi energy 20% untuk jelajah dalam IKEA Cheras nanti, ok?

happy exercising..

Assalamualaikum WBT

p/s: nak pergi jugaaakkkk...

Saturday, November 7, 2015

Laptop Rosak!!! huwa...

Assalamualaikum WBT,

Huwaaa... laptop lama saya yang saya gunakan masa masuk U dulu, ROSAK!!!! haaaa.. tak tau camne nak buat.

Nanti nak bawak kedai sebab dalam tu banyak gila memori lama-lama kawan-kawan.

Sedih betul, ni rasa macam nak tidur je then fokus kepada tidur je. hahaha.. biar lantak, esok lusa baru kumpul tenaga untuk bersedih dengan laptop tu... menyampah nau.

Dia macam, caj tak masuk tau. Saya tak tau nak buat macamane. Okay, laptop tu dibeli masa tahun 2009 kalau tak silap saya, then now adalah 2015, baru 6 tahun kot.. hmmm..; lama gak tu... tapi takkan la boleh rosak terus camtu... taknak!!!

Nak baiki lah... tak tau berapa ratus pulak...adoi..  pening jap..

dah la... daripada pening-pening ni... biar saya cuba tidur.

Assalamualaikum WBT

p/s: adoi..pening...pening sungguh ni... camne nak berbloging ni...adoi...

Tuesday, November 3, 2015

Ika Nabella dipukul pengarah?

Assalamualaikum WBT<

Apa khabar semua?

http://beautifulnara.com/kes-ditumbuk-pengarah-ika-nabella-sudah-buat-laporan-polis/




Tadi saya terkejut betul baca satu artikel hiburan ni, tau tak pelakon muda Ika Nabella, ala, yang pernah berlakon dalam beberapa drama rantaian di stesen tv Malaysia ni, termasuk Rindu Awak 200% tu, lupa? Mesti ingat kan?

Now, tadi baca fasal benda tu jugak lah, then dikatakan dia dipukul oleh pengarah sebab pengarah tak dapat apa yang dia nak. Masalahnya, kau nak apa pengarah oi? Hahaha, ke ko nak Ika Nabella tu? Budak tu nak belakon cari duit kot, nak hidup, ni kau pukul lak muka dia, dia dah la cari duit guna muka dan bakat. Kalau saya tu, dah saman dah, habis kot muka kena tumbuk. *tak la saya tengok tetapi mengikutkan maklumat, pengarah tu pukul muka dia. Perghhh.. kalau gua, gua tumbuk lu balik sampai lembik BRO!


Eh, tak tau la pengarah ni lelaki ke pompuan, rasanya lelaki sebab emosi lebih. Cam pondan. Geli.

Hahaha, kata nak bawak kualiti lakonan ke Hollywood, kalau kualiti pengarahan macam pukul-pukul cam gangster, JANGAN HARAP NAK BAWAK filem ke Hollywood or Cannes. Geli bro gua dengar.

Apa-apa pun, nasihat saya kepada pelakon di Malaysia ni, kalau ada kes macamni lagi, TOLONG jangan biarkan sahaja, terus laporkan kepada Polis dan Seniman. Sebab tu orang suruh daftar diri dengan Seniman, biarlah Seniman ni ala-ala parti Politik ke apa ke, daftar je selagi boleh, kalau artis tu sendiri daftar dan push dorng ni sampai dorang terasa bahanganya, jadi! itu lah kesan kebenaran, jangan risau, you do your part and the Seniman will do theirs. Dan pengarah bongok tu, makan buku lima ar lepas ni... hahaha.. memintak ar takde orang nak amik dia jadi pengarah dah lepas ni, dan tolong offer dia kerja dalam kadang harimau or badan air.

Sekian, 

Assalamualaikum WBT

p/s: berbakat jugak Ika Nabella ni sebenarnya, tengok jugak dia berlakon, jadi bitch, menjadi bro. 

BEAUTY : NIVEA Creme work its wonders!

Assalamualaikum WBT,

Masalah kulit kering dengan masyarakat Asia memang selalu sangat didengari. Sebenarnya, kulit orang Asia ni, khususnya orang Malaysia mempunyai cuaca yang amat sukar untuk ditafsirkan.

Ada sesetengah orang telah mencuba pelbagai jenis krim untuk melembapkan kulit muka. Now, sekarang *well, sejak dulu lagi, NIVEA Creme menjadi penyelesaian terbaik bagi 
masalah ini.

Terbukti dalam article ini. NIVEA CREME vs CREAM DE LA MER

Jadi, for those who are still looking for the best moisturiser that is going to work wonder to your skin. Worry no more, with just under RM10, you can get a 60ml NIVEA creme that really bring your skin to glow.



Lagipun, kalau baca dalam link yang saya bagi tu, takde masalah untuk pakai pun, murah pun murah dan kalau berkesan, lagilah berbaloi kan? hahaha...

Ada tanya, Lelaki boleh pakai jugak ke?

Jawab saya, "apa salahnya, pakai je la pun.... haha"

Saya pun pakai. So, pakai je laaaaaa...hehe...

Lelaki pun nak cantik, tapi cantik kita tidak la sampai nak masuk beauty pageant, cuma cantik kita untuk looking good and kurangkan parut jerawat di muka, camtuuu..ha.

Itu je la ...

Assalamualaikum WBT

p/s: Go get urs!