Nuffnang Ads

Sunday, December 13, 2015

Lunch at Authentic Penang Cuisine, Lorong Seratus Tahun, Sunway Putra Mall.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? haaaaa..

hari ni saya berada di Kuala Lumpur and to be exact, saya sekarang berada di Street Selera, Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Saya makan di Aunthentic Penang Cuisine, Lorong Seratus Tahun. Dan saya makan, Curry Mee dan Cuttlefish Kangkong. Sedap? Sedap gilaaaaaa.... rasa cam nak makan banyak-banyak je...hahahaha..

kalau korang macam nak pergi menjamu selera, boleh makan kat sini, Authentic Penang Cuisine, Lorong Seratus Tahun. Menu tak banyak tapi signature food dorang adalah TERBAIKKK!!!

Assalamualaikum wbt

p/s: makan2.

Friday, December 11, 2015

Program Warga Emas 2015,KK Jeruas dan Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa?  Salaam jumaat dan salam sehati sejiwa, salam 1 Malaysia..

haaaa..nampak? banyak tak salam kita? hahahaha..

baik, saya berasa gembira sebab di Kampung Jenud sekarang ni ada event. Event apa? Program Klinik Kesihatan Jeruas dari Kelab Warga Emas KK Jeruas.

Alhamdulillah, program mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.

Kami adakan beberapa acara seperti 10,000 langkah, ceramah kesihatan, ceramah pergigian, ceramah wargaemas dan lain-lain. Alhamdulillah, kehadiran amat memberangsangkan. Kami amat bersyukur.

Pada saya, program seperti ini amat diperlukan dan insyaaAllah, sebagai SU JKKK saya akan cuba memperbaiki pentadbiran kampung serta memperindahkan lagi kampung dan, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti di dalam kampung.

Semoga mendapat perhatian lah... takde la nak cam over sangat kan...tapi sekadar menaikkan kembali nama kampung Jenud yang suatu ketika dahulu menjadi nama yang hebat.

Nampak tak visi dan misi saya tu?

Menjadi seseorang dalam pentadbiran kampung ni, seseorang perlu AMAT proaktif dan sedia untuk berkorban bagi pembangunan kampung. Seriously, jadi AJK selain Pengerusi, takde gaji dan elaun dan ia hanyalah rela hati semata. I tell u.

insyaaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin.

Assalamualaikum wbt

p/s: seronok event2 ni.

Monday, December 7, 2015

Raub dan UiTM Raub dihatiku.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar anda sekalian?

Sihat? Kalau sihat.... alhamdulillah... baik, tempat saya ni kemain nak hujan bagai. sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Datang kepada SEMUA pelajar UiTM Raub yang baru mendaftar masuk.

Ada saya dengar para pelajar UiTM Raub sekarang ni ada yang merungut sebab Raub ni tak best. Kononnya. Tapi lepas mendengar penjelasan student tu, dia bukan apa, dia cuma culture shocked dan iya la...lama duk tempat lama then kena tukar, so, dia rasa cam terganggu bagai.

Takpe dik, kalau kat tempat baru ni, semua baru. tempat belaje baru, air cond baru, 'rasa' baru, betul tak?

takpe, fikir cam u will be the one who will help starts everything. u will be considered as the pioneer.  u will.

takde masalah lah, we here in Raub, welcomes you and dont worry everything will be fine. ok?

goos luck and do your very best.

Assalamualaikum wbt

p/s: Raub dan UiTM Dihatiku.

Thursday, December 3, 2015

YAB PM bersama JKKK/P 2015 -Event

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak?

Saya masih lagi berada di Dewan Tun Razak di PWTC ini. Dewan yang seberang sungai tu..lupa lak number berapa.

Now, as you know right, saya berada di sini adalah menghadiri satu program iaitu Perhimpunan JKKK dan JKKP Malaysoa 2015 bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak serta Menteri KKLW dan VVIP yang lain.

Now, macam-macam boleh saya tulis tentang event ni. macam-macam. but I choose not to sebab better that way, ok?

okay la.. nanti saya update lagi eh..

Assalamualaikum wbt

p/s: cantik tak lampu juntai2 tu... hahahaha

Karnival Produk OKU 2015.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? haaaaa... ni update saya sepanjang berada di PWTC nihh... haaaa.. rasakan.

btw, di PWTC ni, disamping ada persidangan bagai-bagai, mereka turut mengadakan satu mini karnival, iaitu Karnival Produk OKU bersempena Sambutan Hari OKU 2015.

Pelbagai jenis produk yang ditampilkan dari PDK seluruh Malaysia. Walaupun pelbagai produk, tetapi saya lebih interestes dengan penghasilan produk-produk kraftangan dari mereka yang OKU itu sendiri.

seperti penghasilan rantai tasbih dari PDK Melaka, lukisan dari PDK Johor, penghasilan pengesat kaki dari PDK W.P. Kuala Lumpur.

Jadi, kepada yang dekat dengan kawasan Kuala Lumpur, boleh lah datang ke PWTC untuk menyokong PDK-PDK yang ada di Malaysia ini.

Sekian dulu.

Assalamualaikum wbt

p/s: (takde p/s).

PM Najib bersama JKKK/P seluruh Malaysia 2015.

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi warga Malaysia yang disayangi semuaaaa... apa khabar?

nampak? feeling deejay... payah lah kan? hahahaha...

sekarang saya berada di Putra World Trade Centre atau PWTC bagi menghadiri satu persidangan. gituhhh... nampak tak lagi? baru je bergiat aktif dengan JKKK ni... but tu la.... sekejap kot... hehe...sebab? adalaaaaahhh.

Apa-apa pun, persidangan ini akan dihadiri oleh YAB Dato' Seri Najib sendiri juga YB Dato' Ismail Sabri sebagai Menteri KKLW.

Semoga persidangan ini membawa seribu hikmah dan tauladan.

#penuhpengharapan

nampak tak tu? hahaha..

Assalamualaikum wbt

p/s: mencari-cari jati diri.

Wednesday, December 2, 2015

Bulan Baru, Semangat Baru.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak? Tadi saya tengok entry saya yang paling last pada 15 November 2015... ni dah 2 Disember 2015... lama tak?

Lama gilaaaaaaaaaaaaa...

Now..maaflah..line cam menyakitjan hati sikit.... then macam-macam la yang terjadi... itu ini, itu ini..pom pang pom pang... alasan kan?

tak gitu???

apa2 pun, memang amat busy...dengan business menjahit, buat kuih, hal keluarga, hal kampung, kenduri kahwin, hal kematian... macam-macam... and tak semua la saya nak update kat blog kan..?

dan satu lagi, telefon aritu rosak... and terpaksa di format kembali...taknak beli new phone.. membazir.. khen?

insyaaAllah...boleh la update blog kembali.. biarpun hanya sekadar menyapa dikala kesunyian.. kan?

Assalamualaikum wbt

p/s: Bulan Baru, Semangat Baru.