Nuffnang Ads

Thursday, March 17, 2016

Pusat Terapi Bekam HaNa, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar warga blogger sekalian serta pembaca blog saya yang ala-ala kosong bersawangan ni haaaa....? sihat ke?

Alhamdulillah, semalam saya buat bekam di kedua-dua belah kaki dan disebabkan kali pertama dahulu, pada awal bulan 1 or 2 aritu, saya telah berbekam dan kesannya amat memberangsangkan, jadi, saya memutuskan untuk berbekam buat kali ke dua. yeah!!

memula saya mencari-cari juga, sapa yang buat perkhidmatan berbekam ni, cari punya cari, terjumpalah satu perkhidmatan bekam yang dibuat oleh seorang anak muda dari daerah Raub juga.

Perkhidmatan tersebut diberi nama, Pusat Terapi Bekam HaNa. well, HaNa tu gabungan nama dia dengan isteri dia gamaknya...well, tapi kalau dalam bahasa Jepun, Hana tu maksudnya bunga.

Jadi, kepada yang berada di area Raub, Lipis, Bentong yang hendak mencuba khidmat bekam HaNa ni, like di FB dengan nama Pusat Terapi Bekam HaNa dan nama yang sama di akaun Instagram, ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: nanti nak buat lagi...untuk rawat resdung pulak..

Wednesday, March 16, 2016

Sekolah Menengah Kebangsaan Sega, Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar anda semua? Baiklah... ni nak cerita sikit fasal infrastruktur baru yang sedang di bina di Tapak Rizab Haiwan Kampung Jenud dan sekarang ia telah digunakan bagi mendirikan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sega.

Iya, tapak tersebut adalah dalam kawasan Kampung Jenud. well, bagi yang ingorant sangat kan..hehehe...

Tapi iya la...

Nak dijadikan cerita, ayah saya sebagai ketua Kampung Jenud ada memaklumkan kepada saya bahawa rancangan untuk membuat sekolab tersebut telah dimaklumkan oleh seorang yang berpangkat jugak la kepadanya.

tapi apa-apa pun, sebenarnya ayah saya ingin mencari pemaju untuk membuat tapak perumahan untuk kawasan tersebut. tapi tu la.. takde rezeki, dapat la sekolah menengah.

so.. kepada yang mungkin tidak tahu, sekali lagi ditegaskan bahawa, Sekolah Menengah Kebangsaan Sega adalah dibina di dalam kawasan Kampung Jenud. sekian, harap maklum.

Assalamualaikum wbt

p/s: seronok?

Sunday, March 13, 2016

Minumlah Air Masak Untuk Kekal Sihat.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Semua mesti rasa kurang sihat kan? iya la sebab sekarang ni kan musim El Nino...yang memang panas.

Petang semalam saya rasa adalah cuaca yang paling panas sekali. Saya rasa macam nak pengsan. Terlampau panas.

Kalau nak diingatkan semalam, saya minum air lebih daripada 2 liter rasanya. Memang panasss dan saya hingga rasa nak muntah sebab minum air.

Memang la minum air masak tapi bila kita minum sekali banyak terus memang rasa nak muntah. hahaha.. tapi lepasni tak dah la.. saya akan minum sikit-sikit supaya rasa nak muntah tu takde. hahaha... boleh camtu? boleh je kan?

Tapi apa-apa pun, air memang penting untuk mengekalkan hidrasi badan kita, kalau badan kita kurang air, maka, badan kita akan rasa lemah dan kurang bertenaga dan kita akan menjadi lesu. Oleh itu, minumlah air untuk memastikan badan kita dalam keadaan terbaik dan kekal hidrasi. Ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: Minumlah air masak untuk kesihatan diri dan kuwusss... hehe

Thursday, March 10, 2016

Happy Sunday..

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa orang sering mengajukan soalan kepada saya,

'Eh...awak buat apa sekarang ni? Tak kerja ke? Kawan-kawan mesti ramai yang berkerja besar kan?'

Kalau dulu-dulu soalan ni diajukan kepada saya, saya ada juga rasa sedih, iya la...rezeki Allag atur adalah berbeza.

Tapi sekarang ni, maybe sebab they were tired of asking the same stupid question, maybe la..hahaha.. saya pun kadang-kadang senyum je. Nak buat camne kan? Saya tetap ada sumber saya, tapi tidaklah masuk tiap bulan macam orang lain. :)

Tapi apa-apa pun, pesanan saya untuk bakal lepasan ijazah dan sewaktu dengannya, carilah ilmu dan selepas cari ilmu, carilah jalan untuk praktikkan ilmu yang awak ada. Bukan apa, boleh awak nak mencari kerja tapi kalau rezeki Allah aturkan kepada awak cepat dan awak dapat kerja, pergi lah... seperti saya cakap tadi, rezeki Allah kepada hambaNya, berbeza-beza.

Jadi, apa-apa pun, jadikan setiap cerita dalam apa-apa media sosial sebagai cabaran dan pengajaran. Cerita saya ni pon boleh awak ambil iktibar, kan? hehehe...

So, best of luck everyone. We need it in these times.

Assalamualaikum wbt

p/s: kalau belajar, teruskan dan kalau nak kerja, teruskan. ok?

Educating People.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat ke tidak? Baru last entry fasal bekalan Air. Tadi ada dah berita di TV fasal kekurangan bekalan air mentah di empangan-empangan serta tempat tadahan air. Apakah ini?

Can't we not consider about the solution such as pembenihan awan? Tahun lepas dah nak ujung-ujung baru buat pembenihan awan. Hmmm...

Dengan pelbagai jenis permasalah yang ada sekarang ini, macam-macam masalah ditambah bagi menduga manusia. kenapa? sebab yang buat rosak pun manusia, so, manusialah juga yang akan selesaikan. Padan muka manusia, kesian manusia.

Now, untuk entry kali ini, saya taknak tulis much tapi apa-apa pun, semua tahu yang saya ada 1 lagi blog yang memang saya nak sangat sambung menulis tapi malangnya, saya memang kena ada internet connection yang cukup, dan ia kena ada perancangan khusus sebab ia berkaitan dengan pembelajaran.

the other blog tu saya tulis fasal English language as a whole dan saya fokuskan kepada pembelajaran bahasa inggeris sekolah menengah and also literature components. seronok menulis fasal tu, tapi really need proper writing, sebab tu payah sikit tu...huuu...

so, saya akan cuba cari masa untuk buatnya sebab the responses saya dapat from readers memang overwhelming.

Jadi, nantikannya k?

tu je la kottt...hehe..

Assalamualaikum wbt

p/s: makan jooommm

Jimatlah Air!

Assalamualaikum wbt,

Tatkala kita dilanda fenomena El Nino ini? setiap tahun kita diberikan cabaran seperti ini dan ada sesetengah daripada kita masih berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku. Mungkin pada mereka ia adalah biasa.

Saya duduk di kawasan Raub tapi kampung saya berada di hujung sempadan Daerah Raub dan Daerah Lipis. Area kami agak pedalaman, agaklah. Dan ada sesetengah daripada kawasan kampung kami yang tidak mendapat bekalan air dari PAIP.

Ada sesetengah orang kata yang saya ni over sebab cakap hal ini di sana sini. Meh nak bagitau, tau tak yang kenapa keperluan asas dipanggil keperluan asas. Keperluan Asas dipanggil keperluan asas adalah kerana ia adalah satu keperluan. Perkara yang wajib ada dalam kehidupan seharian sekarang ini.

Ada yang menentang bila saya letak perkara-perkara seperti ini di dalam blog PERIBADI tulisan saya. Hmmm...saya bukan memburuk-burukkan sesiapa cuma saya menyatakan benda yang semua orang tahu. Kenapa? Banyak komplen yang saya dengar, rata-rata mengatakan bila JBA ditukarkan ke PAIP, perkhidmatan mereka semakin kurang effisien. Rata-rata melihat yang mereka memang melebihkan keuntungan daripada kebajikan. Well, kita semua tahu yang apabila sesebuah organisasi diswastakan, its either menjadi lebih baik atau lebih teruk.

In this matter, PAIP bukanlah terlampau teruk, tetapi penambahbaikan amatlah perlu bagi memperbaiki imej mereka sebagai sebuah institusi swasta yang membekalkan perkhidmatan air kepada rakyat. Kenapa? Sebab sekarang ini, kami adalah pelanggan dan adat membeli, kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kami dan keluarga. Don't you think so?

Jadi, apa-apa pun jangan cuba memfitnah saya dengan apa yang awak dengar, bukan apa, kadang-kadang, takut backfire you je. haha..

Assalamualaikum wbt

p/s: gunakan kepentingan untuk kepentingan bersama. peace.

Tuesday, March 8, 2016

GOUT? Berbekamlah.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua pembaca blog sekalian? Semoga semuanya dalam keadaan sihat belaka.

Baiklah, saya amat ingin berkongsi satu keajaiban yang saya sendiri amat syukuri. Apakah ia?

Lebih kurang 1 tahun kebelakangan ini, saya mendapat satu ujian daripada Allag swt yang berat. Sampaikan saya tidak boleh nak melakukan kerja-kerja berat dan makan pun saya kena berpantang. Apakah ia? GOUT. Iya, gout. Saya dapat gout yang memang amat menyakitkan, sehinggakan saya nak berjalan pun susah.

Namun, dua bulan kebelakang ini, saya diberikan satu penyelesaian oleh Allah SWT. Baik, ceritanya begini, sejak bulan 11 2015 lepas, saya berpantang makan dan saya mula tidak mengambil beberapa jenis pantangan bagi mereka yang menghidap gout. Ikan bilis, budu, belacan, semua itu memang saya tidak makan, namun, selepas 1 bulan lepas, saya makan semula. Kenapa?

Ia kerana, seolah-olah gout saya sudah hilang. Apakah rawatan yan menyebabkan gout saya seolah-olah hilang? Ini adalah satu rawatan tradisional yang dimodenkan. Ia adalah Berbekam.

Saya amat bersyukur kepada Allag SWT kerana diberanikan diri dan dicukupkan duit untuk berbekam. Ia amatlah perancangan Allah yang amat sempurna. Subhanallah. Jika diingatkan hari tersebut, saya ada RM100 cash dan orang yang datang tu memang agak mahal rawatannya. Tapi takpe lah yang tu kan...

Ketika itu saya berada di GM Raub sebab ia adalah hari yang saya mengajar tuition di situ. Selepas itu, sejurus sahaja saya berbekam, keesokkan harinya, saya rasa kaki saya, bengkaknya sudah surut. Selalunya, kaki saya sebelah kanan, memang tak hilang bengkaknya. Ia selalu sahaja membengkak. Tak sakit pun bengkak, kalau sakit apatah lagi.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari, saya dapat membengkokkan kaki saya untuk tahiyyat akhir. bayangkanlah, selepas lebih kurang 2 tahun saya tidak dapat membengkokkan kaki untuk tahiyyat. Subhanallah. Saya amat bersyukur pada Mu Ya Allah.

Oleh itu, inilah nasihat saya, kepada ahli keluarga, sahabat handai, orang tersayang atau sesiapa sahaja yang menghidap gout, tolonglah. tolonglah cuba rawatan berbekam. pergilah cari tempat berbekam. carilah, semoga ia mampu menyedut bisa yang ada terbentuk di dalam sendi-sendi kita. Gout ini selalunya menyerang golongan lelaki.

Tolonglah, carilah tempat berbekam supaya kita sama-sama boleh hidup dengan sejahtera. Cubalah.

Assalamualaikum wbt

p/s: saya sudah mencuba, dan berbekam bukan hanya untuk gout, ia mampu pelbagai jenis penyakit.

Sunday, March 6, 2016

Penghidupan yang Masih Belum Sempurna.

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh tak update tulisan pepanjang kan? Tu la..kadang ada idea, takde masa. Ada masa takde internet, ada internet, takde idea. macamtu la selalunya.

tapi untuk kali ini, saya nak tulis lepas tu save draft, biar, bila ada masa baru publishkan.

sapa pernah rasa down yang amat sangat sampaikan nak buat apa-apa pun, rasa macam tak boleh. langsung. hmmmm...saya pernah. kadang-kadang bila kita rasa kehidupan kita tidak mencukupi sebab diri kita sendiri yang compare-kan dengan kehidupan orang lain, itu menjadi satu masalah yang amat kompleks.

baiklah, kehidupan adalah satu perkara yang amat ajaib, kenapa? sebab ia dilalui oleh individu itu sendiri. setiap orang ada kehidupan mereka sendiri. biarpun sudah berkahwin, perjalanan itu tetap sendiri sebab walaupun berkongsi hidup, tidak semua perkara mampu diselesaikan bersama. tapi itu adalah pandangan saya.

kehidupan juga adalah satu yang kadang-kadang adil, kadang-kadang kejam, kadang-kadang ia menyesakkan. kenapa adil? kenapa kejam? dan kenapa menyesakkan? itu la kehidupan. simpulan bahasa Bahasa Melayu ada menyebut tentang kehidupan adalah Asam Garam Kehidupan, Pahit Manis Kehidupan. Nampak tak?

Kehidupan ni ibarat gulai, kari, masakan. Tanpa asam,  tanpa garam, masakan kita jadi tak sedap. ia juga seperti kopi, macam dalam ceria Ahmad Albab.

Kopi takde gula. Roti takde garam.

Sedap? tak kan?

jadi...apa-apa pun, kehidupan adalah tugas setiap manusia untuk dilalui dan dihayati. jangan risau jikalau kehidupan kita tidak sesempurna orang lain. teruskan usaha dan berdoa untuk memperbaiki kehidupan kita. insyaaAllah, Allah Maha Mendengar. Usaha, Doa dan Tawakal, jangan lupa berdoa kepada Allah. bagitau Dia yang kita perlukanNya dalam hidup kita. insyaaAllah, Dia selalu mendengar keluhan hambaNya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: carilah Dia dikala gembira,sedih, sunyi, dan sebagainya. Dia mampu mengubat kedukaan.