Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2016

Majlis Graduasi GIATMARA Negeri Pahang 2016.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua di pagi Isnin ini..

Hari ini saya berada di Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka. Saya sedang menghadiri Majlis Graduasi Pelatih GIATMARA Pahang.

Acara akan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krau merangkap Ketua Bahagian Umno Kuala Krau.

More to come untuk updates.

Assalamualaikum wbt

p/s: menantikan Jemputan Kehormat.

Saturday, May 28, 2016

Selamat Datang Ke Raub!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar?

Saya nak ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar UiTM Raub yang telah mendaftar di UiTM Raub.


Kepada adik-adik pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh, nak main boleh, tapi please, fokuskan lebih kepada pelajaran, I know, there will be students who trying to be 'university students' but please, do not be culture shock with the new environment. If you were coming from schools, the differences with university are system, clothes, and you have to wear matrix card all the way.

Now, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Trust me, i know and some might know it as well.

Jadi, good luck and do not be culture shock with your new surroundings.

and!

Welcome to Raub!

Assalamualaikum WBT

p/s: kalau jejumpa, say Hi k?

Friday, May 27, 2016

Tolong Ikut Peraturan Jalanraya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Haaaaaa.. ni baru haa rasa dapat update guna komputer. Rasa nyaman sekali... hahaha...

Baiklah, sekarang ini, ramai pemandu yang bermasalah berada di atas jalan raya. Yang memintas di double line, beruk-beruk menggunakan lorong kecemasan, bongok apa?

Now, sebagai seorang yang memang mengikut peraturan jalan raya, saya amat mengutuk keras perilaku mereka yang memandu secara bongok ni. Ibarat kata, mereka tidak tau apa itu peraturan jalan raya.

Nak kata, dorang nak cepat ke destinasi tetap sama, cuma hanya dapat melambatkan perjalanan orang lain. Bukanlah nak kata saya tidak pernah melanggar peraturan, cuma, takde lah pernah sampai menyebabkan kemalangan kan. Please lah...

DAN!!!

Lagi satu, bagi mereka yang susah sangat nak bagi SIGNAL bila masuk or keluar simpang, please lah. Ubahlah perangai tersebut, bukannya susah pun. DAN!! kalau dah nampak jelas terpampang orang nak masuk, tugas kita sebagai orang yang berada di belakang kereta yang memberi signal nak masuk ke kanan, KITA ni kena bagi signal ke KIRI untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Kita semua kan dah amik lesen, so, bertindaklah sebagai orang yang ada lesen dan pandai memandu kereta. SUSAH SANGAT KE?

tu je la bebelan di petang ini...

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantukkkk...

Saturday, May 21, 2016

Malulah Weiii!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? Salam Sabtu...eh? semua orang muda mudi sekarang sibuk ke sana sini untuk enjoy kan...

Janganlah enjoy sangat adik-adik dan abang-abang, maklumlah, ekonomi sekarang ni bukanlah ditahap yang paling bagus, simpan sikit. Dont be too hasty, Ok?

Baik, tadi saya pergi ke Pasar Malam Benta dan amat terkejut apabila ada dua ekor mak cik dan seekor remaja wanita bergaduh, bercakaran dan berkelahi ibarat dapat drama. Ya Allahh, nak ikutkan hati nak je tolak kedua-duanya macam dalam ragbi tu... tapi tu la... nasib baik ada abang yang jual burger ke apa, entah, tapi dia lah yan meleraikan pergaduhan dua ekor mak cik tu... malunyaaaaa.. dua-dua dah tua... bergaduh pulak time ramai orang ke pasar... katanya bergaduh sebab hal keluarga. Siap bertarik rambut, ya Allahhh...

entah kenapa but not a good spot to bergaduh. Haha.. but it was their choice kan... kalau tak takde la nak bergaduh, bertikam mulut bagai. Btw, yang bergaduh tu kedua-duanya orang kelantan. Saje nak bagi tau... kot la sapa yang bertanya dalam hati kan?

but anyways, be good and be kind. kalau cannot be one, dont stop people from being one, okay?

Assalamualaikum wbt

p/s: nak tengok Anugerah Seri Angkasa 2016 jap lagiii...

Tuesday, May 17, 2016

Berkatalah yang elok.

Assalamualaikum wbt,

Okay... semua orang ada sosial media... tak kisah la FB ke, IG ke.. twitter ke.. atau semuanyaaaa...

baik, dalam bersosial media, memang orang kata,

'ala.. biarlah aku nak cakap apa pun, freedom of speech'.

hahaha... so called kan.. pada saya in terms of the way u comment well, it really depends on you... tapi takde la macam mengeji dan mengutuk adalah 'halal', u know.

NO. Pada saya, kita semua dibesarkan dalam keadaan yang baik, insyaaAllah. Kalau jahat macamne pun, kita tetap akan ada sedikit kebaikan.

Dan, kita kena tahu diri kita sendiri. Yes, kita boleh komen dengan menggunakan sarcasm, tetapi not everyone can understand sarcasm kan... so better comment yg baik2 je...but kalau nak komen menegur, better guna perkataan yang neutral. dan takde la nampak cam too negative.

jadi, be kind to others. Please. Kalau kita nak komen yang jahat, ingat! kalau kita yang dapat komen tu.. huuuu...  taknak kan?

sooo... ingat k?

Assalamualaikum wbt

p/s: Everybody say Love!

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? Sihat tak?

Baik, hari ini adalah hari guru. Siapa guru anda? Ucapkanlah selamat hari guru kepada mereka dan let them know that we love them.

Guru adalah mereka yang mengajar kita. mereka tidak semestinya berada di sekolah tetapi mereka adalah individu yang bertanggungjawab membentuk kita untuk menjadi lebih baik.

Yes, ibu bapa ada guru, guru sekolah adalah guru, rakan adalah guru, mak cik kantin adalah guru, tukang sapu adalah guru, supervisor, boss, tukang kebun, adik-beradik dan ramai lagi, selagi mana kita belajar sesuatu mereka. Yes, do not discriminate, ok?

Now, being a teacher is not easy. It is not. I have been once, well, not once, its like quite a number of times actually. Haha, once a teacher, always a teacher. The panggilan sticks to you forever. Yes, trust.

tapi apa-apa pun, guru adalah mereka yang berkorban untuk gaji dan pelajar-pelajarnya. Susah oiii...ingat senang. korang ingat gaji dorang cukup ke? hehe..JK...tapi, takpe, insyaaAllah, segala kebaikan akan dibalas Allah, amin.

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum wbt.

p/s: laparrrrr

Saturday, May 7, 2016

Cerita Ayah dan Mak.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? hari ni hari Ahad yang sungguh indah dan syukur kepada Allah, sudah dua hari kawasan kami ni hujan lebat. Alhamdulillah.

Empangan pun sudah mula menunjukkan peningkatan dalam paras air. Di tempat saya ni ada empangan yang orang dulu-dulu buat untuk mengairi kawasan paya yang ada semasa musim padi, tapi sekarang sudah takde. Takde orang yang hendak mengusahakannya. Kalau tidak boleh makan padi huma. Sedap berasnya.

Baiklah, aritu saya ada duduk-duduk dengan mak dan ayah saya dan dorang menceritakan fasal kali pertama mereka makan ikan laut (bawal). Their faces memang priceless sebab it showed their sincerity in telling me their stories.

Ikan bawal tersebut dibawa oleh seorang bapa saudara ayah saya yang bekerja di Kuantan sebagai askar. saya tak pasti berapa ekor tapi mak dan ayah saya cakap, ikan tu memang sedap. Iya la... first time makan ikan laut kan... no kidding la.

so, nak cakapnya, we are all have out first time, its either good or bad. That's all.

Seronok dengar cerita my dad and mum. From others? no so much maybe sebab respect kot. I respect my dad and my mum more than anyone else. trust me. i am that kibd of person. haha...

Assalamualaikum wbt.

p/s: nanti saya cerita cerita lain pulak yea.