Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2016

Rosmeh : Si Wanita Rajin.

Assalamualaikum wbt,

Selamat Pagi Ahad semuaaa... alhamdulillah, masih bernafas.

Saya ada satu cerita yang hendak di ceritakan.

Rosmeh (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang biasa sahaja, tiada yang istimewa cuma dia adalah seorang wanita yang cukup sifat. Rosmeh adalah seorang yang sangat rajin, dia juga seorang anak yang taat kepada ibu dan bapanya.

Namun, apabila dia meningkat dewasa, mula bercampur gaul dengan orang ramai, perangainya mula berubah. Kerajinannya semakin menjadi-jadi, bukan kerana ikhlas, tetapi kerana nama.

Nama Rosmeh semakin dikenali dek sifatnya yang teramat rajin.

Dek kerana sayang, ibu Rosmeh, Mawar menegur sikapnya itu, 'Meh, janganlah begitu, kamu rajin kerana nama....berubah lah Meh'.

'Mak, Meh rajin salah, kalau Meh malas lagi terok mak, mak, dulu Meh takde kawan pun, sekarang kerana Meh rajin, ramai yang suka dengan Meh, Meh pandai masak, semua suka Meh', bentak Rosmeh.

Mawar terus senyap dan tidak mampu berkata apa-apa.

Semakin hari Rosmeh semakin rajin dan semakin terkenal. Apakah dugaan Rosmeh mendatang? Nantikan sambungannya.

Assalamualaikum wbt

p/s: Rajin membawa padah?

Sunday, July 24, 2016

Membuat Cream Puff/ Choux Pastry di GM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Hari ini kursus diteruskan lagi dengan belajar membuat cream puff ataupun, Choux Pastry.

Takde susah sangat nak buat pastry tu, cuma yang susah adalah untuk mendapatkan custard filling yang sedap sebab kadang-kadang custard boleh jadi tak menjadi. Faham tak di situ???

Best betul berkursus dengan Cikgu Julita binti Munab dari GIATMARA RAUB. Mempunyai potensi yang tinggi dan pengalaman yang pelbagai dalam bidang pastry and bakery. Jadi, amat beruntung pelatih-pelatih GIATMARA Raub sekarang ni mempunyai cikgu yang berdedikasi seperti ini. tahniah GM Raub.

Jadi, saya dah belajar buat Pizza dan Cream Puff, insyaaAllah, nanti saya akan cuba buat di rumah... yeay!!!!

Assalamualaikum wbt,

p/s: sementara tu, tengok gambar kkk?

Saturday, July 23, 2016

Miss J menggegar dunia.

Assalamualaikum wbt,

Haaaa... extension dari FB status saya fasal JANDA. Now, bak kata pepatah Zimbabwe,

Jangan dijolok sarang tebuan,
Kelak merana satu badan.

Haaaaa... begini, ye, memang ramai wanita mendapat status J sebab ramai lelaki yang mempunyai nafsu lebih dan wanita tidak ingin bermadu. Ada juga yang kehilangan suami disebabkan kematian. Pada pendapat saya, mereka dipanggil BALU.

Now, ada kawan saya tanya, kenapa ko cakap Ramai Balu Jadi Janda? Iyaaa.... berdasarkan kepada pengalaman sekeliling, ramai Balu jadi Janda dan saya lupa nak tambah, ramai juga Janda jadi Balu. Tetapi, disebabkan segelintir mereka ini yang berbuat perkara-perkara seperti menggedik dengan laki orang, minta duit dengan laki orang, dan ada juga yang cuba menduga dengan ingin berkahwin dengan laki orang. Sapa akan dapat payung Emas tu??? Kan?

Seperti yang saya cakap, tak semua mempunyai perangai macamtu, tak semua, ok, Tak Semua.

Dan ada jugak suami-suami yang gatal. Kadang-kadang si isteri dah buat macam-macam untuk memuaskan hati suami, malangnya, kegatalan dan kemiangan si suami dalam untuk test market adalah tinggi. setinggi gunung everest. nampak?

tapi pokok pangkal, jikalau kita mempunyai Iman yang cukup dan amal yang hebat, insyaaAllah, masalah merebut laki orang ni takkan ada, menggatal dengan janda ni takkan ada, kan?

so, itu je laaaa... perut saya rasa tak berapa selesa lah...

Assalamualaikum wbt

p/s: esok bangun pagi laggiiii

Homemade Hawaiian Pizza. Sedapp!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Hari ni baru dapat update blog selepas berminggu lamanyaaaa..

hari ni saya sedang belajar membuat roti. haaaa.. lebih tepat lagi, membuat pizza. Pizza apa? Alaaaa... macam Hawaiian Pizza yang maha gebu dan maha sedap tu.

camne nak buat? ha? awak tanya kita? Alaaaaa... kita baru je belajar, nanti, bila kita dah cuba buat, kita tunjuk kat awak eh... eh? tetiba cakap camtu plak...

anyway, resepi senang je, yang penting nak buat, kalau main-main payah lahhhh... gituuu kannn...

So, ini ada contoh pizza yang telah saya buat. alhamdulillah, balik nanti saya nak panaskan dan baru makannnnn...

Assalamualaikum wbt,

p/s: kenyang wehhh makan roti niii...

Friday, July 15, 2016

Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Ketua Kampung Daerah Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak?

haaaaaa... memandangkan saya ni pemandu kepada ayah saya, haha... Ketua Kampung Jenud, En. Razlan bin Rahmat.

Ini ada majlis mengambil surat lantikan ketua kampung, gituh. Apa-apa pun, saya mengikut je. Hehe.

Bak kata Dato' Shahiruddin, 'Pokoknya jangan ada dendam, berkerja dengan ikhlas'.

haaaaa..nampak tak??? nampak???

so...camtu lah...hehe

p/s: keep hungry, yes?

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Rayau.

Assalamualaikum wbt,

hari ni takde isu yang hendak diperkatakan sebab rata-rata sudah tau apa yang diberitakan oleh stesen tv dan blogger lain.

1.pemanduan gila
2.kekeringan paip air
3.kebodohan manusia

yang last tu, memang selalu ada, kan?

apa-apa pun, hari ni saya nak letak gambar raya je. haha..

Assalamualaikum wbt

p/s: masih rayaaaa..
p/p/s: memang rayau...takde typo.

Sunday, July 10, 2016

Be wise bila memandu.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa?

Hari ni dah raya ke 5 dan orang ramai sedang bergerak balik dari kampung masing-masing. Ramaii oiiii...ramai betul.

Saya tinggal di sebuah kampung di daerah Raub. Kampung Jenud, dekat dengan Benta. ya Allah, jammednya mengalahkan duduk di Bandar besar hari Jumaat. bayangkan...haha...kan.

lepastu, memang kereta banyak lahaiii...kesian dorang tapi tu la... nak buat camne kan??? terima je la...saya doakan anda penempuh jam semua, jangan ada yang cuba-cuba menggunakan emergency lane, sebab ia lebih bongok dari seekor lembu. got it?

now, saya sekarang berada di bandar raub, menghantar mak sedara saya dan saya pintas ikut jalan cheroh, alhamdulillah, lancar perjalanan. bagi yang tau jalan lembah klau, sila juga ikut sebab itu better dari menempuh bandar raub sebab sekarang ni memang sesak hamat. please, be wise.

itu je la untuk update raya ke 5...maaf la sebab tak dapat nak updata ootd raya..hahaha.. tak banyak bajuu... konsep tahun ni, bersederhana.

Assalamualaikum wbt

p/s: tak sabar nak keluar mini collectionnn...hehe #akmallrazlanatelier

Tuesday, July 5, 2016

KEBAHAGIAN RAUB TERCEMAR DEK PAIP???

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaa?

Sihat ke? kalau sihat alhamdulillah... baiklah... hari ni adalah hari terakhir untuk bulan Ramadhan.. maknanyaaaaaaaa... esok adalah hari Rayaaaaaaa...

Esok adalah hari raya pertama...tapi belum lagi...berbuka malam kang baru boleh fikir untuk raya. gituhhh..

bergembira-bergembira juga tapi jngan lupa bagi yang tiada. hmmmm... cakap mengenai bagi yang tiada ni... saya nak cakap fasal bekalan air. Umum tahu bahawa air adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan.

Tetapi, disebabkan beberapa masalah, sumber air bersih ini tidak dapat disalurkan kepada rakyat dengan sebaiknya.

Jadi, terlanjur menulis, saya hendak menulis tentang permasalahan bekalan air yang melanda antara Daerah 'Paling Bahagia' di Malaysia.
Masih bahagia ke?

Baik, jikalau hendak disebut satu persatu masalah yang melanda daerah Raub memang banyak tapii!!  masalah paling Bahagia yang melanda Daerah Raub adalah KETIADAAN BEKALAN AIR BERSIH.

Iyaaaa... kenapa? Entah, saya pun tak tau. Dikatakan Empangan Klau telah siap, loji Kuala Keloi juga susah hampir siap, NAMUN, mungkin itu hanyalah janji-janji mereka yang mempunyai kepentingan dalam bidang-bidang tertentu, kan.

siapa yang jadi mangsa? jika kita ajukan soalan seperti ini, mereka ada jawapan. sentiasa ada jawapan. apa jawapannya? 'Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan anda masa hadapan'.

masalahnyaaaaaa... jikalau masa hadapan samar-samar dalam pemerintahan umat tertentu, apakah cerah mentari untuk anak cucu?

berbalik kepada bekalan air dari PAIP tadi, memang ada mereka yang menghantar bekalan air tapi sudah dua hari person in charge ni tak hantar air. saya malas sebut nama sebab everybody here knows. Dan, my sister dah call this person tapi alasan dia, dia cakap dia cuti semalam, tapi hakikatnya, ada je saya tengok dia bawak lori. ke hantu yang bawak lori tu? hari ni akak saya call lagi, untuk mintak air tapi dia masukkan dalam aduan.

Tadi, saya called pejabat PAIP, saya tanya kenapa takde orang anta air, person in charge cakap, orang yang anta air tu anta air untuk orang yang memerlukan. jadi, kiranya di sini, akak saya tidak memerlukan air la, itu pemikiran mereka. huhuhu...

jadi, saya dah letih dengan PAIP, nak kata tak bayar bill, bayar sangat. Entah la... pelik. PAIP, PAIP,...

dulu masa zaman dedulu, takde masalah pun dengan bekalan air. masa tu zaman JBA, kalau ada masalah pun, cepat je selesai. ini sekarang, lambat bukan main. entah laaaa... pening... hawau..

dah laaaa...kurus pahala puasa.

ni, dah dua tiga kali lori bekalan air lalu. entah apa dorang buat. halal ke tidak gaji dorang... kan?

Assalamualaikum wb

p/s: salam lebaran.

Sunday, July 3, 2016

Semoga Berjumpa Lagi Ya Ramadhan.

Assalamualaikum wbt,

Meniti akhir Ramadhan 2016 ni terasa cepat sangat masa berlalu. Saya tahun ni menjadi tukang jahit sepenuh masa, alhamdulillah, seronok sangat.

Ni masih ada beberapa helai tinggal untuk disudahkan. Hewhewhew...

InsyaaAllah, dalam dua hari lagi siaplah semuanya. Amin.

Tahun ni adalah tahun kedua tetapi ia seperti tahun pertama sebab saya masih lagi mencari rentak dalam membuat pakaian.

Alhamdulillah, tempahan untuk selepas raya sudah ada. Amin, rezeki Allah bagi bila kita redha dengan takdirnya. Amin, Ya Allah.

Jadi, kepada yang nak tempah baju selepas raya, jangan memalu untuk mencuba hasil tangan saya k?

insyaaAllah,,saya selalu mencuba sebaiknya dalam merealisasikan idea pelanggan. hehe...

Assalamualaikum wbt

p/s: Akmall Razlan Atelier