Nuffnang Ads

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-59 tahun.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? sihat tak? kalau sihat alhamdulillah,

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Tahniah dan semoga apa yang kita kecapi sekarang dapat dikekalkan dan dapat ditingkatkan untuk menjadikan kita sebuah negara yang harmoni, zero bully zone, zero racist zone and negara Malaysia yang bebas dari Pendatang Asing, amin.

Pada pagi tadi, saya menyertai perarakan hari kebangsaan peringkat negeri Pahang di Padang Kemunting, Kuantan. Perarakan yang disertai oleh kontinjen dari pelbagai agensi itu adalah satu tanda aras kebersatuan kita Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Pahang dalam mencapai negara maju.

terdapat pelbagai agensi yang menyertai perbarisan tersebut. Seramai hampir 8000 orang menyertai acara itu. seronok dan amat menggembirakan.

tahniah saya ucapkan kepada yang menang dan kepada kontinjen yang tidak menang, persiapan awal seharusnya diberikan perhatian dan beberapa perubahan perlu jikalau inginkan kemenangan. insyaaAllah.

Jumpa tahun hadapan.

Assalamualaikum wbt

p/s: Sehati Sejiwa mampu dicapai dengan kefahaman antara kita.

Tuesday, August 30, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang ke 59.

Assalamualaikum wbt,

Siapa kata seseorang yang mempunyai pangkat tidak boleh duduk semeja dan bertanya khabar akan anak-anak buahnya???
Itu tidak menjadi sebarang masalah kepada Dato' Seri Shahiruddin bin Hj Abdul Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong juga merangkap Exco Keusahawanan, Koperasj dan Kepenggunaan Kerajaan Negeri Pahang. Dato' Seri adalah seorang yang amat disenangi oleh penduduk Raub.

Dan kami (Kontigen JKKK Raub) berada di Kuantan untuk Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat negeri Pahang yang ke-59 tahun. InsyaAllah, esok awal pagi, kami akan ber-arak di Padang Kemunting, Kuantan. hihuuu..
Assalamualaikum wbt

p/s: Disenangi dan menyenangi.

Saturday, August 27, 2016

Sesi Mengemas Bengkel Jahit Akmall Razlan Atelier

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaa?

alhamdulillah, tadi baru je kemas kedai jahit. letih oiii... berhabuk bagai... rasa nak lelah...

lepas kemas-kemas semua, pindah mesin bagai ke sana, ke sini. Letih gak la... tapi sebab nak nampak bersih dan cantik, kena la bersihkan...

ni ada di Hospital Bentong sebab mak sedara masuk hospital sebab komplikasi pernafasan.

Alhamdulillah, dah sedar dah tapi sekarang masih dalam bilik kecemasan.

Doakan yea.

Assalamualaikum wbt

p/s: mintak yang baik2 sahaja

Happy Birthday Akmall 22081988

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Sihat ke? Kalau sihat alhamdulillah,

Alhamdulillah, saya baru sahaja menyambut ulangtahun saya dan kembar yang ke 28 tahun. huwaaaaa... dah 28 tahun...awek takde lagikkk...eh? haha.

apa-apa, masih banyak perkara yang saya cuba capai dalam hidup ni. memintaklah saya dapat capainya dengan cara yang terbaik dan berhemah. amin.

dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun, ini, perkara-perkara remeh kadang-kadangnya menjadi penting dan perkara penting menjadi lebih penting. iya la... when we are getting older, things that we need to know are just things that we have to know,,which are everything. apabenda saya cakapkan nihh..

baiklah...sempena besday saya yang ke 28 ni...saya nak ucapkan kepada Akmal Bin Razlan, be brave dan insyaaAllah, banyakkan berdoa kepada Allah SWT  supaya dijinakkan hati dan dimurahkan rezeki dan jangan sekali-kali cuba untuk menyirikkan Allah. Amin

Assalamualaikum wbt

p/s: hidup ke tenang, tapi air tenang jangan sangka tiada kepala air.

haha

Sunday, August 21, 2016

JALAN-JALAN : GUA MUSANG, KELANTAN.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaaaa?

Lama nau tak ke udara ni haaaaaa... sorry yea...maaf, bila komitmen banyak, maka, macamni la... ke sana ke sini... huuuuuu...

sekarang saya berada di Gua Musang sebab ada hal keluarga. Hal keluarga tu lantak la...cuma saya nak tengok Bandar Gua Musang ni, tempat Ku Li ni...haaaa..jangan main-main, veteren UMNO...

Tadi lalu, ikut jalan baru tapi jalan tu berhenti dekat Kubang Rusa... ke apa tah... saya pun tak tau... hahaha... sumpah tak tau... huhuhu... now berada di Bandar Gua Musang ni, memang tak pernah pergi, last masa saya umur 9 tahun rasanyaaaa.. now? hahahahha...dah berapa puluh tahun dah...

Lepastu, ada banyak jugak pembangunan yang ada dibuat di sini..cuma, saya pergi hari Ahad kan, so, maybe laa sebab tu tak banyak kedai buka. maybe la... saya tak tau. huhuhu...

jadi, kang nak balik kang, nak berhenti jugak kat somewhere2, makan or what, tak kisah lah.. janji kenyang. hahahaha...

so, tu je buat masa ni, nanti nak cerita fasal pergi Janda Baik plakkk... hahaha.. saya pergi kebun my friend.

daaaaaaa...

p/s: love can be deceived. trust me.

Saturday, August 6, 2016

Banana Cinnamon Butter Cake with Choc Chips.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Lewat betul baru dapat update blog, maklumlah sibuk sikit, ke sana, ke sini. Hahaha..

Tadi malam sempat jugak membakar kek. Resepi sendiri... hahaha...

Banana Cinnamon Butter Cake with Choc Chips.

Resepi :

250g butter
200g self rising flour
20g flour
180g brown sugar
5 eggs
Banana flavour essence
Cinnamon powder
choc chips
cocoa powder
baking powder

cara membuat:

panaskan oven 180'c.

pukul butter, gula perang sehingga kembang. masukkan telur, pukul dan masukkan tepung naik sendiri, tepung gandum, baking powder, cocoa powder, cinnamon powder dan banana essence. pukul lagi.

masukkan choc chips dan kacau guna senduk. grease baking tray dengan lebihan butter dan sedikit tepung.

masak sehingga masak. dan agak-agak masak, cucuk guna pencucuk ditengah untuk check masak atau tidak. keluarkan dan kalau suka makan panas-panas, boleh lah.

Jadi, sapa nak cuba, boleh lah. the reason saya guna all brown sugar sebab bila kita bake cake tu, kat tepi-tepi dan bawah tu akan garing dan cam crunchy sikit. dan gabungan choc dan banana and cinnamon, memang sedap! kalau ada chocolate cinnamon ganache lagi sedap agaknya...hahaha..

try la.. mana tau kan..

luv...

Assalamualaikum wbt

p/s: try la weh...sedappp...hahaha..

Tuesday, August 2, 2016

New Bridal Dress by akmallrazlanatelier

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa?

Sihat ke?

Hari ni saya baru je siap satu dress with full corset. Susah jugak buat corset kalau tak betul buatnya.. salah jugak..hahaha..

Saya buat ada jugak la a few mistakes tapi, hehehe...

so...enjoy.

Jangan lupa follow saya di Instagram dan FB Page di akmallrazlanatelier dan dapatkan maklumat lanjut mengenai design terbaru, mostly pakaian wanita yang custome made. Hehe.

Assalamualaikum wbt

p/s: cari rezeki uolss...hee