Nuffnang Ads

Thursday, September 8, 2016

Stressing Out

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa... sihat ke?

Saya ni jenis orang yang jarang sangat stress. Hahaha, tapi last two days memang stressing betul.

Tak tau kenapa, tapi memang stress.

Tapi biasalah...hahahaha..

Assalamualaikum wbt

p/s: kenyang dahhhh...erk! baru lepas sarapan.

hahaha...

Tuesday, September 6, 2016

Kisah Selera Makan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? sihat ke?

Tahu tak bahawa nak mengawal selera makan itu adalah suatu perkara yang amat susah, Ya Allaahhh... susah sungguh.

Saya ni haaaa.. makan macam hape dah. Cuba kawal makan, tapi macam pagi tadi, short depression haa bagai. Pening, rasa gelisah dan nak muntah, bagai-bagai ada. Ya Ampon... memang, sampai rasa nak marah, tau dak. Memang nak marah, ohoiii!!!

Lepastu, makan la nasi goreng soon after my mum keluar dari klinik. Itu pun tak banyak, hahaha... selalunya makan banyak, kalau tak sepenuhnya pinggan memang tak sah oi. Lepastu, mengikut kata-kata ramai fitness guru, seeloknya makan banyak dipagi hari sebab kita akan menggunakan banyak tenaga. Makan banyak itu penting. hahaha...

Jadi, makanlah untuk kehidupan yang sihat...hahahaha..

Assalamualaikum wbt

p/s: ni tengah makan roti canaiii...

Islam agamaku.

Assalamualaikum wbt,

Sungguh dunia tanpa sempadan memberikan isi yang buruk jikalau kita tidak pandai dalam menggunakannya.

Namun, kadang-kala, yang buruk mampu dijadikan kelebihan dalam berbicara dan yang kelebihan mampu menjadi keburukan dapat berkata-kata.

Saya terkejut dengan beberapa insiden yang berlaku akhir-akhir ini, jutawan kosmetik kembali berubah menjadi pondan, artis berhijab kembali membuka hijab dan orang Islam mengaku dirinya Islam mempersoalkan hukum agama Islam. Nauzubillah.

Ingin saya jelaskan, perubahan adalah satu perkara yang amat sukar, amat sukar. Ini kerana, perubahan dari perkara yang kita sering dan selalu buat kepada perkara yang tidak seharusnya kita buat adalah sukar. Subhanalllah, sukar.

Ramai yang menyalahkan Allah, kononnya memberikan Hidayah kepada mereka dalam perjalanan kearah penghijrahan. Allah tidak pernah salah tetapi, kita sebagai hambaNya ini yang selalu berbuat kesilapan.

Teringat kata-kata seorang kawan, Islam itu senang tetapi terpaksa. Iya! memang Islam itu senang dan ia juga adalah memaksa. Kenapa senang? kenapa memaksa? Senang bila kita ikut ajarannya, terpaksa bila kita sambil lewa. Paksa lah diri tutup aurat, paksalah diri jauhkand dari maksiat, paksalah diri baca Al-Quran..paksalah.

Saya sendiri tidak seorang alim yan mampu mengekalkan nilai itu dalam diri namun, tidaklah saya ingin diri dimatikan dalam tidak Islam. Allah!!

Tidaklah saya ingin mengatakan saya baik, tetapi, masing-masing ada ajaran Islam dan masing-masing ada diberikan ilmu tentang agama untuk hidup dalam Islam.

Apakah kita lupa yang kita pernah berjanji di Luhmahfuz?

Assalamualaikum wbt

p/s: mencari agama perlukan kepekakkan, biar diri pekak dari luar jangan pekakkan hati mencari mati Islam.