Nuffnang Ads

Thursday, November 17, 2016

Bengkel Intensif Diagnostik Perniagaan "Persediaan Menangani Halatuju Perniagaan" 2017

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, hari ini saya berada dalam satu majlis ilmu iaitu, Bengkel Intensif Diagnostik Perniagaan.

Bengkel anjuran MARA Pahang dengan kerjasama MARA Daerah Raub ini adalah bertujuan untuk mendiagnostik hala tuju perniagaan dan membuat persediaan bagi menghadapi tahun mendatang yang dikatakan mencabar.

InsyaaAllah, bengkel ini akan menjadi penambah kekuatan kepada perniagaan saya. InsyaaAllah.

Masih mencari halatuju, dan insyaaAllah, once I can see it clearly, I will be able to drive it to the fullest.
Amin.

Semoga bengkel ini menjadi titik tolak kepada mereka yang menyertainya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: Majlis dirasmikan oleh YB Dato Sri Hj. Shahiruddin bin Ab. Moin. Tahniah atas anjuran.

Monday, November 7, 2016

Flaunt it with confidence.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? sihat ke?

Orang selalu tanya,

'cantiknya awak pakai ni, beli kt mana,'

'uish, bag ni mesti mahal kan?'

'waaahhhh...cantiknyaaaa...mesti barang berjenama kan?'

hahaha... apa yg saya selalu pakai, its either from bundle or kedai memurah je dek. takde berjenama, kita tak mampu.

my mantra is alway,

'flaunt yourself with confidence when you have nothing expensive about; your confidence is'.

hahahaha....

ni bag ni beli kt kedai eco rm2.12. haaaaa...bayangkan, itu pun orang cakap mahal. hahaha... faint.

Assalamualaikum wbt

p/s: makan!!! laparrrr

Sunday, November 6, 2016

Jom Western!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? sihat tak? Alhamdulillah, kalau sihat.

Now, saya berada di Jom Western AEON Big, Wangsa Maju.

Buat apa? Haaaaaa.. pergi beli kain la apa lagi....kan? Saya pergi dengan cikgu saya dari GIATMARA RAUB, dedikasi nau, kan?

tadi makan kat Jom Western, sedap!!! harga standard mall lah kan... hahaha...

apa-apa pun, ni masih mencari kain. wish me good luck!

Assalamualakum wbt

p/s: erkkk..kenyang

Wednesday, November 2, 2016

Masa Depan Anak-anak Kita?

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? sihat ke tidak? selamat pagiii....jarang benar saya menulis dan mengepost apa-apa tulisan pada waktu pagi, tapi kalau untuk buat perubahan, apa salahnya, kan?

Now, saya semalam ada dengar Suria FM, segmen Gebang Petang, kelolaan Tyzo dan apa lagi sorang tu, lupa, Linda ke apa ...tak ingat sungguh.

Dorang bergebang fasal umur anak yang paling sesuai untuk dimasukkan ke sekolah. Now, ini bergantung sepenuhnya kepada kewangan ibubapa, kalau mereka mempunyai kewangan yang kukuh, why not anta anak ke tempat yang lebih dikenali seperti Brainy Bunch and whatnot.

Tahukah anda, kita mampu mempengaruhi minda anak-anak seawal dalam perut lagi dan untuk anak-anak seawal 2 tahun kita sudah mampu untuk menerapkan pengajaran bahasa asing?

Yes, minda anak-anak adalah seperti span. Mereka akan menyerap semua ilmu yang diberikan, samada sengaja ataupun tidak oleh sesiapa sahaja. Jadi, bagi ibu bapa yang inginkan minda anak mereka berkembang secara kreatif, maka, jinakkanlah anak-anak anda dengan perkara yang kreatif seperti bermain piano, alatan muzik.

Tetapi, jika anda mahu anak-anak anda hebat dalam bahasa, maka jinakkanlah anak-anak anda dengan phonetics, phonology of words.

Jikalau ibubapa mampu untuk memberikan pelajaran sendiri untuk anak-anak, maka, sediakanlah. Tetapi, jikalau inginkan seperti orang lain, maka, berkorbanlah. Hehe...

Apa-apa pun, pilihan untuk anak ditangan ibubapa, bukan dimulut mereka yang berfikir. Luangkan masa untuk tengok potensi anak-anak, kita sekarang berada di zaman IT dan serba canggih, tetapi otak kita adalah elemen yang tercanggih pernah dicipta. No one could deny that.

Good luck and think the best to develop the potential.

Assalamualaikum wbt

p/s: The future of your kids depends on you (parents).