Nuffnang Ads

Monday, January 30, 2017

GOUT : CERITA SAYA.

Assalamualaikum WBT,

Orang selalu tanya bila saya cakap,

"Aah, saya ada gout".

"Kesian kan? memuda dah dapat gout. Mesti kena banyak control makan kan? Kesiannya".

Yes, memang sangat kesian bagi mereka yang ada gout ni. Bukan nak bangga, tapi mereka yang menghidap penyakit gout ni adalah mereka yang kesian. Kena control makan, itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Bergerak banyak pun tak boleh, bersukan, apatah lagi.


Tapi, what CAN I do is saya kena minum banyak air untuk menggalakkan proses perkumuhan. Disebabkan tak mampu untuk exercise, jadi, saya gunakan air serta beberapa lagi elemen seperti, makan sayuran, buahan untuk menggalakkan proses perkumuhan.

" Eh, awak tak makan ubat ke? Hospital kan ada ubat".

Yes, memang hospital ada menyediakan ubat tapi ia hanya painkiller. TIADA ubat untuk menyahkeluarkan asid uric dalam badan. Asid urid terbentuk disebabkan beberapa elemen seperti xanthine and hypoxanthine. Jangan tanya saya apabenda tu, saya tak tahu. 

Okay, selepas membuat a few light readings, daging, makan laut seperti sotong, kerang, ikan bilis, herring, tuna, mackerel, mussels dan beberapa lagi makanan adalah DILARANG bagi mereka yang mempunyai gout. Malangnya, baru beberapa hari lepas, saya makan ikan sardin, daging *kuantiti sedikit dan kembung. *Mampus betul lah.. banyak benda tak boleh makan. 

Untuk pengetahuan semua, GOUT adalah sejenis arthritis. Maksudnya, sakit orang tua jugak lah.

Jadi, untuk mengurangkan kehadiran uric acid dalam badan which semua ada uric acid ni. Cuma yang berbeza adalah bila seseorang memakan benda yang banyak elemen yang mampu menghasilkan uric acid. Untuk melawan kehadiran uric acid adalah memakan benda yang ada acid juga seperti limau, lemon dan lain-lain. *tapi bila saya makan, takde jugak. Hahaha, sakit juga.

Tu ada drugs dari UK, allopurinol, tak pernah cuba lagi, tapi akan cuba, insyaaAllah. Moga kurang. Sebenarnya, aritu ada Doktor cakap, 

"Awak kena kurangkan berat badan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap banyak makanan."

Sedang mencuba, memang. Saya kalau makan pun, laut tak banyak, cuma nasi tu lah... memang. hmmm.. sedihh.

Saya dapat macam-macam jenis ubat moden dan tradisional yang disuggestkan kepada saya. Iya lah, i appreciate my family and friends efforts to help me, but when you have tried many things and nothing worked, you akan rasa kecewa. Rasa macam , biarlah saya makan painkillers tu. Better. Yes. Mungkin sebab tak rasi, tak tau lah.

Dah lah, nak tido plak.

Assalamualaikum WBT

p/s: sedih woiii...gemok! FAT and SAD.

sumber bacaan :

RAUB !!!

Assalamualaikum WBT,

Okay, baiklah, hari ni saya kurang sikit membaca sebab tak berapa siat dek mengemas bilik yang penuh dengan habuk-habuk dan sawang. Takde la macam gua ke apa,... cuma bila dah lama kan, kena la kemas dan buang mana yang tidak perlu dan banyak yang tidak perlu dalam bilik saya, so, I am gladly throwing everything (THE SAMPAH PLEASE). Hahaha...

Now, saya sebenarnya terfikir macamni, memandangkan saya ni seorang blogger kampung, jadi, saya rasa, better saya menggalakkan diri saya untuk menulis apa yang ada di Bandar Raub dan sekitarnya.


Tapi, memandangkan followers dan rating saya agak rendah, jadi keyakinan saya juga rendah. Oleh yang demikian, saya agak malu untuk memperkenalkan diri saya kepada pemilik kedai untuk dijadikan subject tulisan. Kang, dikatanya kita hendak menjatuhkan perniagaan atau business mereka yang telah mereka bina selamanya, gituu haaa...


Jadi!

Saya akan cuba juga dengan menulis secara senyap-senyap untuk tempat-tempat menarik yang ada di Raub ni. Sebenarnya, ada banyak, kami ada Lata Lembik, Lata Jarum, Gua Kecil, Laman Pesona dan macam-macam lagi lah... CUMA!! saya kesuntukkan masa untuk menulis dan mengambil gambar.

Alhamdulillah, saya pandai la jugak ambil gambar tapi tu lah... masa. Masa takde. Haha..

Jadi, *berapa banyak jadi dahhhh...

Oleh itu, saya akan cuba mencari masa dan jikalau ada penduduk Raub yang ingin menjemput saya untuk membuatkan blog entry fasal produk or perniagaan anda, dipersilakan email atau Whatsapp saya di akmallralzan@gmail.com / 018-9807556.. kita sama-sama menjaya diri kita memasing. 

Bayaran? Heyyy.. boleh runding la dik...

Assalamualaikum WBT

p/s: janji ada produk dan barangan.

Random News 30012917

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua??? Januari 2017 dah nak habis, apa yang kita telah buat untuk satu bulan ni? 

Saya? Saya buat banyak benda dah... hahaha.. macam-macam benda buat. 

Baiklah untuk entry hari ni, saya mulakan dengan Random News.

1. Miss France memang Miss Universe 2016/2017

2. Miss Malaysa/Universe dapat top 12 best dress.

3. Remaja hilang di Broga Hill telah ditemui.

4. Some animals are humane then humans.

5. Riddle berusia 10 tahun telah diselesaikan di Jepun.

6. I still tak dapat hilangkan berat.


Hahahaha... 

Assalamualaikum WBT

p/s: nanti update lageeiihhh


Saturday, January 28, 2017

Happy Chinese New Year!!!

Assalamualaikum WBT,

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia khususnya masyarakat Tiong Hua.

Gong Xi Fa Cai,
Xi Nian Kuai Ler *tah betul ke tidak ejaan tu.

Semoga keharmonian diantara kaum dapat kita kekalkan dengan rasa saling hormat menghormati diantara kita.




Tahun ni adalah tahun Ayam Jantan. 

Gong Xi Fa Cai!!!

p/s: Suka makan limau mandarin... itu lah makanan wajib dalam dua minggu ni.. hohoho


Friday, January 27, 2017

Berubahlah Kerana Allah SWT.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat kan di hari Jumaat yang sungguh indah ini? *haaa.. puitis tak kita? Gituuhhh...

Baiklah, memandangkan hari ni hari Jumaat, saya rasa nak menulis perkara-perkara yang baik-baik je lah eh...

Korang tau tak apa itu Nikmat? Bukan nama orang eh, NIKMAT ni adalah sesuatu yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai orang Islam. Kita fokus dalam Islam dulu ye. Baiklah, saya bukanlah seorang alim ulama yang mampu mengeluarkan hadith-hadith sohih untuk backup segalanya, saya hanyalah seorang yang hendak berkongsi seterusnya berpesan kepada diri saya sendiri agar tidak kufur dengan nikmat Allah.

Nikmat Allah ini adalah pelbagai jenis. Boleh dikatakan semua yang baik itu adalah nikmat Allah dan yang buruk itu pilihan kita sebagai manusia yang lalai. Kita ni sebenarnya selalu lupa tentang nikmat Allah.

Pernah tak kita terfikir bahawa Kentut itu nikmat Allah? Cuba bayangkan kalau kita tidak kentut. Ye, memang nampak kecil, tapi impactnya kepada kehidupan seharian kita adalah besar. Subhanallah, memang siksa kalau tidak dapat kentut. Ibarat macam sakit gigi, sakit gigi adalah salah satu daripada sakit yang boleh dikatakan mempunyai tahap kesakitan yang agak tinggi. Itu adalah salah satu daripada nikmat Allah juga sebenarnya. 

Sakit adalah nikmat Allah. Sakit menyucikan dosa kecil. Berguguran seperti dedaunan jatuh ditiup angin. Tapi janganlah harapkan sakit sebab benda wajib tu memang wajib buat lah. Kan?

Sihat adalah nikmat Allah. Dapat makan adalah Nikmat Allah. Dapat tidur adalah nikmat Allah. Musibah dan dugaan adalah Nikmat Allah. Apa lagi kita dustakan?

Cuma, kita sebagai manusia ni, mudah lalai dan lali dengan kelalaian. Malu toksah cerita lah, memang malu kalau melakukan kesalahan tapi hamba ni, adalah hamba yang hina. 

Tapi, kita sebagai hamba-Nya seharusnya mencari jalan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Yes, kita jadikan apa keburukan yang kita ada sebagai sempadan dan kita perbiki diri kita supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa yang akan datang. 

Susah? memang susah tapi manisnya kita akan rasa apabila kita berjaya berubah. Allah ada, Dia sentiasa akan memberikan dugaan kepada hambaNya apabila hambaNya hendak berubah. InsyaaAllah, dugaan dan cabaran hanyalah bersifat sementara dan apa yang kekal? Zat Allah. 

Semoga kita mampu berubah dan berubahlah kerana Nya. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah.

Orang Asing.

Assalamualaikum WBT,

Dalam entry sebelumnya, saya ada bagitau nak cakap fasal Orang Asing kan?

Bukan makhluk asing eh, bukan. Hahaha...Ni macamni, pernah tak ada orang yang kononnya nak berkenalan dengan kita lah, yes. Pernah? Kalau pernah, bagus, you can relate to what I want to share with you.

Now, bukan lah nak cakap kita ni hebat sangat, no. Cuma, bila kita tak suka, meaning, kita tak suka, sebab kita buat macamtu jugak. Contoh, bila saya nampak someone yang kita kenal or kenal gitu-gitu je buat muka or start say something to indicate yang dorang tak suka about what we do, so! Saya takkan buat or ulang. Biarpun, it's a joke. Tapi, iya lah, proses orang membesar dan dibesarkan adalah berbeza. 

Maybe they kena cakap direct dan maybe ada orang faham kiasan. Kan? Anyhow, belajar lah common sense. Bila kita nampak something yang kita buat annoyed other people, berhentikanlah sebab maybe, bila that someone had enough, kena marah, baru nak berhenti, well, dah terlambat sebab maybe that that someone dah gone with hating you, like truly hating you.

It is not like there are people buat tu kat saya, no. I was just implying that we need to make ourselves better. Jangan terlampau terdesak. Jijik uols.

Apa-apa pun, jangan kita jadi macamtu. No No No.

Assalamualaikum WBT

p/s: Drafting entries.

Thursday, January 26, 2017

RANDOM NEWS 26012017

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari ni sering betul dengar berita berprofil tinggi di mana :

1. Eksekutif FELDA kena tangkap sebab kes ikan Sturgeon *btw, tak sesuai kot tempat kita ni, maybe tempat perairan sejuk. Sabah, maybe.

2. Anak syarikat Tabung Haji pecah amanah. *mampus betul...

3. Orang JKR ditahan sebab bagi projek kepada kroni. *ohohoiii...

Ni antaranya lah... banyak lagi berita yang sedemikian rupa dan mungkin lebih pelik... seperti :

1. Dato Jamal berhimpun dan protes di depan Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa katil, tilam serta memberi ais krim percuma kepada yang hadir. *bongok ke hape? Kalau bawak katil ke mangsa banjir kan bagus. Otak mana otak?

Apa-apa pun, saya tak nak menyempitkan dan mengecilkan pemikiran kita dengan isu-isu ini, tetapi kita kena amik tahu juga. Ok?


Saya nak mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Perak. InsyaaAllah, selepas hujan pasti ada pelangi. Semoga kita terus sabar dalam menghadapi dugaan Allah.

Bagi masyarakt Tiong Hua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina yang tak lama lagi ni, bagi yang terkesan dengan musibah banjir, saya mengucapkan takziah dan bawak banyak bersabar menghadapi dugaan ini.

Itu sahaja daripada saya untuk Random News *segmen baharu!!! ini. InsyaaAllah, akan saya update lagi berita-berita Random untuk anda pembaca tegar.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak tulis fasal tajuk Orang Asing. Tungguuuuu...

Monday, January 23, 2017

Juara AJL 31 - Lelaki Teragung .

Assalamualaikum WBT,


Tahniah diucapkan kepada lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik dari Iman Imran dendangan Dayang Nurfaizah, juga memenangi Vokal Terbaik AJL 31.



Semalam, semasa penganugerahan tersebut, Iman Imran ada menyebut betapa penting lirik lagu ini dalam hidupnya. Lirik ini ditulis dan ditujukan kepada arwah Abahnya.

Apabila saya tengok kembali liriknya pada hari ni, 


Ku sesali 
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini 
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa 
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan 
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan 
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga



Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza tetapi, alhamdulillah, setiap daripada kita mempunyai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya dengan acuan yang telah dibentuk.

Iya, kita adalah pemberontak. Kita pemberontak. Ibu bapa kata A, kita kata B. Mereka suruh kita solat, kita jawab 'nantilah'. Yes, pengalaman sendiri. Kita ni pendosa, tetapi, ibu bapa adalah mereka yang mendidik kita tanpa henti. Di hantarnya kita ke sekolah untuk ilmu, dijemput dari mengaji untuk ilmu agama. Dihantar ke Universiti untuk mengubah kehidupan kita supaya kita tidak susah seperti mereka. Mereka SENTIASA inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. 

Tapi kita?

Kita belajar tapi separuh hati. Kita mengaji tapi terpaksa. Kita ke universiti tapi kita ada agenda lain. Kita nak duit beli buku tapi kita pergi karaoke. Banyak! Tak terhingga dosa yang kita lakukan, tapi bila kita tahu betapa susahnya mencari duit, ketika itu lah terbit rasa berdosa, rasa bersalah. Rasa ingin kembali ke zaman itu untuk memperbetulkan kesalahan. Apakan daya, hidup cuma sekali, zaman itu sudah berlalu.

Begitu juga lah, bait lirik dari Iman Imran yang sungguh dekat dengan hati saya. Alhamdulillah, saya masih lagi ada insan untuk dipanggil ayah, untuk dihormati, untuk disayangi. Alhamdulillah. Masih dapat berbakti kepada mereka dengan hanya kudrat.

Ayah ini adalah seorang insan yang pelik. Pelik seorang ibu, pelik lagi seorang ayah. Mereka takde masa untuk tunjukkan emosi mereka, tapi bila menasihati, berderai air mata. Mak pulak, bila nasihat, marah-marah tapi ada masa marahnya sebab sayang. Tiada ibu bapa ingin kan anaknya menjadi bualan orang, tidak yang ingin anaknya menjadi bola dicampak ke sana ke sini. Tiada. Mereka sentiasa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup.

Hmmmm...maafkan adik sebab sentiasa menjadi insan yang ingkar dengan nasihat ayah dan mak. Adik akan lebih berusaha untuk menjadi seorang yang baik dan lebih mendengar nasihat ayah dan mak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Iman Imran, you memang hebat!!!

Sunday, January 22, 2017

UiTM Degree Fashion Show 2017.

Assalamualaikum wbt,

Hari ni saya menghadiri Degree UiTM Fashion Show 2017.

My cousin punya FS, dia final year.

So, we will enjoy this fashion show.

Assalamualaikum wbt

p/s: kami di Shah Alam lah ni..

Orang Gemuk Kena Wangi!

Assalamualaikum WBT,

Orang kata, 

"Lelaki takyah jaga penampilan sangat lah, cukup sekadar cantik dipandang".

Dekk... apakah kenyataan ini? Ini semua kata-kata nista. Hahaha...

Baiklah, sebenarnya, semua orang kena jaga penampilan. Penampilan bukan hanya kelihatan cantik dipandang tetapi badan juga kena wangi. Kalau kita cantik dan segak sahaja tanpa wangian mesti hauk jugak kan?

Nak-nak kalau badan kita sedikit besar. Kita dah memang gemuk, jadi kena jaga penampilan. Nak kurus tu memang ada cuma iya lah, ia makan masa. Jadi, seeloknya, dalam tempoh menguruskan badan, kita perlulah menjaga penampilan seperti pakaian, wangian. Yang penting, wangian lah. 


Untuk mandian, saya menggunakan, Shokubutsu Balinese Escape. Memang wangi dan bila kita pakai tu, rasa macam selesa. Wanginya memang tahan lama.


Lepastu, bila dah siap mandi semua, untuk keluar, saya akan pakai, AVON Musk For Men, Intense. Memula saya tak suka bau dia, sebab rasa macam keras sikit tapi bila dah lama, bau dia segar! 

Dan bila wangi Shokubutsu Balinese Escape tambah pula dengan AVON Musk Intense, terus berubah menjadi lelaki sejati! hahahaha.. 

Jadi, untuk Shokubutsu Balinese Escape, anda boleh dapatkan di mall-mall atau kedai runcit biasa and untuk AVON MUSK Intense, anda kena ke AVON outlet untuk dapatkannya. Wangi woiii.. try la... selalu saya pakai AVON Marine, tapi now tukar ke AVON Intense.

"Wangikan hari anda dengan wangian-wangian terpilih".

Gituh haaa.. tagline sendiri pulakkk... hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Try la.. who knows berkenan.

BWF : Malaysia Gold Prix 2017

Assalamualaikum WBT,

Baiklah, BWF Malaysia Gold Prix yang sedang berlangsung di Sibu, Sarawak bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Pada 21 Januari 2017, peringkat semi final telah menyaksikan banyak pemain yang saya kurang kenali bermain. Bagus, satu peningkatan yang amat memberangsangkan dalam arena Badminton dunia, khususnya Badminton Malaysia.

Baiklah, pada esok hari, para pemain akan masuk ke pusingan akhir iaitu Final. Siapakah yang menentang siapa? Mari kita saksikan maklumat di bawah,

1. MENS DOUBLE  

Hardianto Hardianto & Berry Angriawan (INA) VS Goh Sze Fei & Nur Izzuddin (MAS)

2. WOMENS DOUBLE

Tse Ying Suet & Poon Lok Yan (HKG)  VS Kititharak Jongkolpha & Prajongjai Rawinda (THA)

3. MIXED DOUBLE

Goh Soon Huat & Lai Jem Shevon (MAS) VS Kian Meng Tan & Lai Pei Jing (MAS)

4. WOMANS SINGLE

Sania Nehwal (IND) VS Chochuwong Pornpawee (THA)

5. MENS SINGLE

Lee Hyun Ill (KOR) VS Ng Kar Long An (HKG)


So, nantikan pertemuan Badminton FINAL Malaysia Gold Prix yang bertempat di Indoor Stadium, Sibu Sarawak.

Good luck team Malaysia!

Assalamualaikum WBT

p/s: Tadi sempat tengok Izzuddin dan Goh main, memang hebat! Pantas dan precise. Banyak perlu diperbaiki but it is promising! You two are amazing! Good luck!

Saturday, January 21, 2017

Sakitnya Gout - Ada ke penawarnya???

Assalamualaikum WBT,

Dua tahun yang lalu, saya diserang dengan penyakit GOUT dan penyakit ini adalah titik tolak kepada saya dalam kehidupan ini. Saya rasa pelbagai benda terbatas sebab iya lah, sakit kan.

Sakit yang memang sungguh sakit. Rasa sakit yang menyucuk-nyucuk. Ibarat ribuan jarum dicucuk di tempat yang sakit. Kalau tak percaya, bertanyalah kepada mereka yang ada sakit gout, mesti benda yang sama mereka katakan.

Alhamdulillah, selepas hampir 2 bulan aktif bermain badminton dan mengeluarkan peluh, sakit gout saya berkurangan. Saya juga mengawal makan saya. Saya memang tolak ke tepi makan seperti :

1. Ikan Bilis
2. Kobis
3. Belacan
4. Budu
5. Makan laut seperti udang, sotong, ketam
6. Kicap, sos tiram
7. Kekacang\

dan banyak lagi sebenarnya, tetapi, itu lah, kadang-kadang saya rasa macam boleh ke saya hidup sampai tua dengan penyakit ni sebab banyak perkara yang saya sendiri tak boleh nak makan dan buat.

Alhamdulillah, sudah hampir 4 bulan gout tidak menyerang. Bukan hendak bangga ataupun riak, saya hanya hendak berkongsi pengalaman. Saya memang berpantang dengan ketat tetapi bila terasa ingin makan beberapa benda yang tak boleh makan, saya akan makan tetapi dengan kadar yang sedikit. cukup hanya merasa.

Lagipun, taste buds kita hanya di lidah dan tidak sampai pun ke perut. Jadi, makanlah untuk merasa, bukan untuk sekenyangnya. Tambahan, makan kekenyang sangat memang akan memberikan kita rasa tidak seronok. Kita rasa macam, it was bloated kan? 

Untuk cerita permulaan saya terkena gout adalah, saya makan terlampau banyak nasi kerabu. yes, it was too much. Then, it hit me. Bam! kena gout. masa mula-mula kena tu, ya Allah, memang sakit gila. Sakit gila. Kaki saya macam dipam-pam dengan jarum. Yes, jarum. To me the pain was unbearable. it was too much. Too much.

Lepastu, it was given just painkiller and a few other ubat. Tak ingat dah ubat apa, but within the 1 year of gout, it was memang sakit dan kerap je berlaku. But now, alhamdulillah, semakin jarang dan maybe sebab saya berpantang.

Apa-apa pun, kepada pesakit gout di luar sana, berpantang la sebab penyakit ni memang susah untuk diubati. Bagi yang mencuba makan itu ini, cubalah, tapi nasihat saya, banyakkan minum air masa/mineral dan berpantang. Jangan itu sangat selera tu, control sikit, insyaaAllah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak semua kena gout ni orang gemuk. ada je yang kurus kena. *itu FAKTA.

Miss Peregrine's Home For Peculiar Children.

Assalamualaikum WBT,



Haaaa.. semalam saya beli cerita Miss Peregrine's Home of Peculiar Children di Astro Best 481.

To be honest, I was quite disappointed. 

Kenapa?

Sebab, I really thought yang jalan ceritanya akan seronok. Meaning, those children yang ada power tu guna power mereka untuk melawan musuh but it was just at the end of the story. Too bad.

Maybe sebab saya tak baca bukunya, but I will find those book one day. Its a trilogy, there are three books so, I need to read them all.

Tapi apa-apa pun, cerita ni memang family oriented pun dan it was good storyline cuma tak banyak scene lelawan, tu je. Maybe sebab its too family oriented, scene lelawan tu dikurangkan. Well, maybe.

Not sure bila the sequel of the movie akan dibuat, or langsung takde. Looking at the keuntungan yang didapat, directed by Tim Burton, it was quite good. Bayangkan kalau watak Miss Peregrine tu dibawa oleh Helena Bonham Carter, lagi best rasanya.

Anyhow, it was okay. Not that as good but it was okay.

4.5/10.

Sorry.

Assalamualaikum WBT

p/s: Dear Mr. Burton, if you wish to make a sequel, please have better composition. The visual is amazing but as the first movie, it was too slow. It crawls in a bad way. Too slow. 

Friday, January 20, 2017

TN 50! Aspirasi Orang Muda.

Assalamualaikum WBT,

Bicara tentang TN50 yang disampaikan secara santai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak bersama moderator, YB Khairy Jamaluddin, mengupas pandangan atau aspirasi anak muda tentang Transformasi Nasional 50 (tahun 2050).

Rata-rata pendapat anak muda menginginkan PENDIDIKAN yang lebih sempurna, fleksibel. Saya ingin menambah satu lagi iaitu, KEKAL. Kenapa kekal? Kekal bermaksud, tidak ada campurtangan politik. Ini kerana, sebagai negara yang menginginkan anak-anak didiknya berjaya, campurtangan politik dalam sistem pendidikan adalah amat-amat tidak diingin. 

Cuba lihat, berapa kali dasar pendidikan diubah sebegitu rupa dengan menjadikan anak murid sebagai tikus makmal. Ini amat tidak sempurna. Jadi, pada pendapat saya, adalah tidak wajar jikalau murid-murid dijadikan tikus makmal, yes, standard piawai akan diturunkan sedikit dalam skema pemarkahan untuk melihat keberkesanan sesebuah polisi. Please, stop! Apa yang ada sekarang ditambahbaik dan JANGAN DIUBAH. Deritanya kita tidak tahu. Sekarang, semakin banyak sekolah mengejar cita-cita untuk menjadi terbaik TANPA menjadikan fleksibility anak-anak murid dalam belajar dijadikan keutamaan. Stay with what we have and fix it if its broken; don't change it. 

Kedua, rata-rata anak muda menginginkan jurang antara Bandar dan Luar Bandar dirapatkan. Alhamdulillah, rata-rata di Semenanjung, jurang ini semakin rapat daripada sesetengah sudut, namun, masih ada dari beberapa sudut yang mana ia masih lagi mempunyai jurang yang agak jauh. Seperti contoh, keyakinan dalam membawa diri masing-masing. Keyakinan ini agak berbeza dengan mereka yang belajar di sekolah bandar. Mungkin penerapan nilai berbeza. Yes, we are living in the same country where we ate rice and fried chicken, but sometimes, education can be a little bit cruel. Anyhow, sebagai pendidik, kita seharusnya mendidik anak-anak supaya berani mencuba. salah jangan digelak dan dipijak, berjaya jangan dijulang setinggi awan. 

Ketiga, ada juga dalam kalangan anak muda yang menginginkan kesamarataan dalam pengagihan bajet. Ini kerana, masih terdapat eksklusitiviti dalam Kerajaan Pusat. Seperti yang disuarakan oleh seorang Doktor dari Sabah. Dia juga ingin melihat negerinya mempunyai kemudahan kewangan yang lebih, peluang pekerjaan, pusat pendidikan yang lebih hebat. Ada juga yang menginginkan pendidikan yang lebih bertaraf antarabangsa. *well, aren't all?

Seorang dari ramai menyatakan aspirasi tentang Nilai Bangsa itu sendiri. Nilai Malaysia atau rasa ingin melihat Bangsa Malaysia itu lebih terkehadapan berbanding Nilai Kaum. Aspirasi yang menarik, yet, it is quite hard to achieve looking at the political climate at present time.

Anyhow, it is told that Wawasan 2020 sudah berkubur dan Transfomasi Nasional 50 mula mengorak langkah pertamanya.

To be honest, do what ever YOU have to do, but please, do not destroy Malaysia and, I want to see Malaysia still have it togetherness spirit. I still hope for the best.

Assalamualaikum WBT

p/s: well, what do you think?

Kenapa MUET lagi?

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, bernafas lagi kita pada pagi Jumaat ini kan?

Ramai yang bertanyakan kepada saya, 

"Kenapa nak ambil MUET lagi, bukan awak dah ada Degree in English Language ke?"

Haaa.. ni saya nak jelaskan. Saya nak retake MUET sebab saya nak pertingkatkan diri. I want to proof to myself, that I still have it. That's it. Nothing more than that. Bukannya saya nak berbangga diri sebab result hebat ke apa, no!

Saya nak buktikan pada diri saya sendiri yang saya juga boleh dapat band yang tinggi even though I left English speaking environment quite a long time ago. Yes. I want to proof that. Lagi satu, MUET tu ada tempoh masa dia ye dik, sekarang ni, dorang bagi guna selama 5 tahun sahaja. Tak lebih daripada itu, kalau lebih, tak laku dek.

Not that I want to go somewhere, tapi as I said, I want to proof to myself that, I can do it. Lagipun, saya nak mengajar English language, better saya ada better MUET kan? Since I have my Degree already, better saya perbaiki my MUET, maybe dapat Band 6 ke... kan? Who knows. Hahaha..

So, sekarang ni saya tengah study MUET because I went to see my teacher and she said that the format has changed and saya perlukan guidance pun. So, she helped me and I managed to get a few insight of what MUET is all about.

Anyhow, kita kena sentiasa perbaiki diri sebab insyaaAllah, orang yang memperbaiki diri ini adalah orang yang lebih baik daripada dirinya semalam.

Sekian. harap jelas la yea... haha

Assalamualaikum WBT

p/s: Nadhirah, U cabar I kan? I will study hard to make that achievable. 

Thursday, January 19, 2017

Selamat Malam Sayang...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Malam dah haaaaaa.. dah pukul 11.35 malam dah. Ada yang masih makan ke? Uishhhh! jangan, no no no.. jangan makan waktu malam sangat ni. Seeloknya, makan pukul 7.00 malam sebab penghadaman mengambil masa selama 5 jam, at least. Ok?

Jangan makan malam!

Baiklah, sebenarnya, bila lama tak menaip ni kan, terasa blank pulak. Nak pulak jangan sangat membaca, haaaaaa... menjadi sangat lah haaa kan? Kalau tak menulis lagi takpe, ni jarang membaca ni memang satu penyakit yang memang letih lah.

Sebab tu, rakyat Malaysia ni kurang pintar. *termasuk lah saya... hahaha.. buku banyak, tapi membaca malas. Kononya, takde masa untuk membelek buku. Tak cakap ke orang lain, saya sendiri pun macamtu jugak...

Padahal ada je masa, tapi apa? MALAS. Kan?

Apa-apa pun, marilah kita berjanji kepada diri kita untuk tidak malas lagi!!

Dah lah, tu je la... malas dah nak menaip, mengantuk. EHH? hahahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: esok nak ke KL lagiii.. huwaa...letih...

HKL : Saya Maafkan Awak Nurse Puaka.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? Baiklah, hari ni saya nak cerita pengalaman saya berada sekejap di Hospital Kuala Lumpur.

Baik, pada pukul 12.45 petang tadi, saya dengan abang saya pergi ke HKL sebab nak melawat ibu saudara yang admitted sebab nak buat full health exam due to ovarian cyst yang ada pada dia. Now, yes, maybe salah saya cuba bertanyakan seorang nurse yang masuk ke dalam lift tu. Saya salah tingkat dan terlupa akan tingkat yang untuk Ward 15 tu.

"Cik, Ward 15 kat mana yea?"

"SAYA TAK TAU".

*saya terpinga, terdiam dan cuba bertenang. Saya cuba memikirkan mungkin nurse tu tengah overflow dan mungkin period dia terlalu banyak sampaikan dia tak boleh nak jawab secara elok. Mungkin pertanyaan saya salah, mungkin dia ada bone to pick with people from Ward 15. I don't know. I really don't know.

Apa-apa pun, setiap pekerjaan dalam dunia ni perlukan kesabaran. Yes, memang kita manusia, saya pun pernah marahkan orang sebab well, maybe dorang datang tak kena tempat dan masa. Mungkin kita rasa annoyed with them, maybe, who knows kan?

Nak pulak jadi nurse dan doktor.

Ni nak pesan lah, kalau saya nak marah sebab jawapan adik nurse yang mungkin mintak kaki tu, saya boleh, tapi saya sempat berfikir sebab saya tahu, saya seorang manusia dan maybe cik Nurse tu adalah seketul batu yang mungkin bermasalah. *tapi batu tak menjawab bila ditanya, sama jugak macam taik. Tapi, apa-apa pun, saya maafkan jawapan TAK TAU cik nurse tu, sebab mungkin benar dia tak tau. *DIA NAIK DARI TINGKAT 3. THE HECK?

Takpelah, saya jadikan pengalaman hari ni sebagai satu pengalaman manis yang pahit untuk ditelan. Hahaha... iya lah, saya jarang jumpa nurse puaka ni, selalu pun tengok Faiz Dickie punya Nurse Puaka tu je... tak penah jumpa real punya...

or mungkin nurse itu seekor hantu? hmmmm.. entah la dik. mohon awak bukan hantu.

Assalamualaikum WBT

P/s: Sabar jelahhhh..

Wednesday, January 18, 2017

Mend the Broken Minds.

Assalamualaikum WBT,

Selamat Petang? Yes, petang. Hehe...

Semalam saya sempat menghadiri satu program Ramah Mesra dan Isu-isu Semasa bersama YAB Menteri Besar Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob yang bertempat di UiTM Raub. Alhamdulillah, ramai yang hadir bagi menyambut kedatangan YAB MB Pahang.

Sebelum itu, majis dimulakan dengan ceramah mengenai DAESH yang disampaikan oleh YBHG. SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas PDRM Bukit Aman dan ceramah kedua disampaikan oleh YB. Senator Dato' Dr. Asraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Islam dengan tajuk ceramah beliau, Kedaulatan Syariah.

Kedua-dua penceramah menyampaikan ceramah dengan baik sekali dan penuh informasi dan relevan untuk zaman ini. Alhamdulillah.

Dan yang paling bestnya, hahaha, saya menang sebuah basikal sebab dapat cabutan bertuah. Nasib baik basikal tu agak besar, boleh lah saya bawak, kalau kecik, saya tak tau la nak buat apa dengannya.

Apa-apa pun, big congratulations to those who have involved in this programme. It was a great platform for your MPs and ADUNs to see how things going at the root or the rakyat's issues. Some said it was for the General Election, I could not deny that but we have to know what things done cannot make satisfied all, right? We do want we have to do and sometimes we have to do what we need to do. Not everyone likes cakes. Some loves breads.

Baiklah, program yang baik dan bagus. At least, mereka tau nilai mereka. Without the Rakyat, there not government, and without good government, there will be no good Rakyat.

Bring back the supports that you need and fix what can be fixed and mend what has broken.

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde gambar yuols, malas nak transfer gambar. hahaha...

Tuesday, January 17, 2017

DAESH is NOT ISLAM!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Tau tak DAESH ni adalah satu pergerakkan yang berbahaya. Amat berbahaya.

DAESH ni macam Jemaah Islamiah la.. menggunakan agama bagi menghalalkan perbuatan membunuh. Masalahnya, bila membunuh ni, adalah satu perkara yang berdosa.

Awak membunuh tanpa usul periksa dek oii...Kejadahnya kauuu... apahal? kan?

Kononnya, kau berjihad demi agama. Subhanallah, cari la jalan yang betul dek oiii... ni tak, mengikut jalan yang berdosa macam ikut kumpulan-kumpulan yang jelas bertentangan dengan ajaran agama. TIADA AGAMA MENYARANKAN perkara yang membawa kepada kemudaratan.

Kepada yang mempunyai Ideologi yang tebal dalam diri mengenai Islam melampau, kembali la kepada Islam yang sebenar, Al-Quran dan As-Sunnah. Cari la guru yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Islam bukanlah agama keganasan. Islam itu suci tetapi kebanyakan penganutnya kotor.

#islamispeace
#islamisapeacefulreligion

Assalamualaikum wbt

p/s: ramai orang Malaysia terlibat dengan DAESH ni. Bahaya.

Program Ramah Mesra MB Pahang dan Isu-isu Semasa, UiTM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar warga pembaca blog semua?
Aktiviti saya pada hari ini adalah menghadiri Program Ramah Mesra MB Pahang dan Isu- isu Semasa. Program yang bertempat di Dewan Titiwangsa UiTM Raub adalah satu program untuk membicarakan isu-isu semasa yang semakin menular di dalam Malaysia umumnya.

Hadirin adalah dalam kalangan pemimpin dari pelbagai jabatan dan kepimpinan masyarakat dari Daerah Raub.

InsyaaAllah, nanti saya akan update dari semasa ke semasa.

Assalamualaikum wbt

p/s: UiTM Raub yals.

Monday, January 16, 2017

Hantuuu!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa agaknya topik malam yea? Kalau malam-malam ni, saya suka merepek sebenarnya. Kadang-kadang merepek benda yang entah hape-hape. Ada satu malam aritu, saya nak tido, tapi biasalah, tengok IG dulu.

Duk scroll-scroll IG, tertengok la satu video antu tertangkap dalam kamera cctv kat sebuah pintu automatik. Bongok betul, sampai saya tak boleh nak tido tau dak! Hati nak tengok, tapi minda takut. Hahaha... sampai sekarang ingat lagi.


Bila kita cakap fasal antu, syaitan, jin, mereka ni memang ada dalam kalangan kita. Kalau kita tidak percaya, tidak sempurna lah iman kita, kan? Jadi, kita wajib percaya tetapi tidak lah taksub. Saya pun percaya, tapi kadang-kadang takut jugak tapi tu lah, beranikan diri jugak lah. Hehe...

Kalau nak diikutkan hati, memang la takut. Tapi nak buat camne, kita hidup dalam dunia ni, memang kena berkongsi, kadang-kadang perangai manusia lebih hantu daripada hantu itu sendiri. Bunuh sana sini, rogol sana sini, potong orang sana sini, takut tau dak! At least tak pernah lagi dengar hantu membunuh orang, tapi manusia membunuh manusia! memang ramai. fuhhh.. seram dengar. 

Apa-apa pun, kalau dalam FB tu, ramai sangat orang cerita fasal antu ni, macam Abang Mat Gebu, kak Azura Rahman, dorang lebih berpengalaman. Saya ada juga pengalaman sendiri, macam kena tegur, bunyi dia macam  "hoh!" masa senjakala. Time tu saya nak balik dari buang sampah, mak suruh. huhu... seram jugak tapi nak buat camne, saya nak buang sampah. Wajib la buat sebab mak suruh, kan? mana penting, hantu ke mak? Of kos la MAK! please lah.

Well, apa-apa pun, insyaaAllah, jikalau iman kita kuat, faith kita terhadap Allah akan lebih lagi. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik. Amin.

Assalamualaikum WBT.

p/s: Baca doa tidur sebelum tidur tau.

Jagalah Keselamatan Anda!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Dah petang kan?

Baiklah, hari ni saya nak komen sikit fasal keselamatan. Keselamatan ni memang satu topik yang amat general dan ia amat merangkumi ke semua aspek. Keselamatan di rumah, tempat kerja, awam, dan di tempat-tempat yang istimewa.

Namun, apa yang saya ingin kupas adalah keselamatan di tempat awam dan istimewa. Apa itu tempat awam? Tempat awam adalah tempat yang digunakan oleh orang ramai seperti mall, laluan pejalan kaki, lrt, stesen bas dan tempat istimewa adalah tempat-tempat seperti hutan simpan, taman-taman, wetlands dan bermacam lagi.

Kalau keselamatan di tempat awam, seperti yang berlaku baru-baru ini, di mana beberapa pelajar universiti telah memanjat dengan sewenang-wenangnya ke sebuah mercu tanda di sebuah negeri. Apa tujuan mereka? Apa yang mereka dapat ? Itu hanya mereka yang tahu. Biarpun sudah meminta maaf kepada khalayak.

Okay, baik, ini pendapat saya lah yea. Perbuatan mereka itu extreme tetapi jika hendak dikajikan dari segi Islam, berdosa lah sebab membahayakan keselamatan diri DAN jikalau JATUH, boleh dikira kecuaian dan berdosalah kan? Sama macam merempit. Tapi mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Memang salah perbuatan mereka dan ia menjadi satu pengaruh kepada anak muda lain untuk mencuba. Macam raver-ing. Bodoh dan ramai yang ingin mencuba menjadi seperti itu. Kesian kan? Menganggu ketenteraman orang lain.

Selepas itu adalah keselamatan di tempat istimewa. Tempat istimewa ini adalah tempat seperti dalam hutan, dalam air, udara, sebab langkah-langkah untuk keselamatan itu adalah lebih daripada tempat biasa, tempat awam. Jadi, jikalau kita hendak pergi ke tempat-tempat seperti ini, jadikanlah amat sibukkan dengan keselamatan satu amalan kerana ia amatlah mulia. Hehe... bukan apa, kalau masuk hutan, macam-macam benda dalam tu kan, haiwan lah, bukan haiwan lah, macam-macamlah. Tu sebab istimewa tu.

Okay, kalau dalam rumah pun kita kena jaga keselamatan. Senang? Susah weh, sebab dalam rumah la mempunyai macam-macam bahaya. Iya lah, kadang-kadang terhantuk lah, kaki kena meja lah, kaki kena kerusi batu lah... tapi bila kita dah jaga keselamatan, kalau nak kena jugak, tak boleh nak buat apa lah... hihu... at least kita cuba elakkan kan? Kalau nak jadi juga, itu adalah takdir Allah. Kita sebagai hamba-Nya, kenalah redha. Amin.

Baiklah, itu sahaja untuk petang ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Salam Maghrib!!

Saturday, January 14, 2017

Faiz Subri, Anugerah PUSKAS 2016

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar malam ni semua?

InsyaaAllah, seperti yang dijanjikan, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menulis dengan sebanyak mungkin. Untuk entry kedua ini, saya hendak mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan olehnya. Saya adalah insan yang bertuah kerana diberikan segalanya yang saya perlukan. Amin. Semoga Allah juga memberikan apa yang kamu perlukan.


Baik, saya hendak mengucapkan sekalung tahniah kepada Faiz Subri atas anugerah Puskas yang diperolehinya. Saya bukanlah seorang ahli fizik, mahupun seorang pemain bola sepak tetapi apabila anak Malaysia memberikan sesuatu untuk dibanggakan, saya turut berbangga dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Saya juga seronok apabila anak Malaysia berjaya di mata dunia, despite apa kontroversi lain yang famous yang melanda Malaysia.

Gol yang cantik tersebut dihasilkan ketika Pulau Pinang menentang Pahang. Gol yang dikatakan melanggar hukum fizik tercipta dengan penuh elegant. Hebat kaki Faiz Subri ni. Gol yang melencong tu satu hal, boleh pulak di melencong sekali lagi ke dalam gol. Nampak tak? Nampak tak? Saya pun tak boleh nak fikir betapa hebatnya gol tersebut.

Masakan tidak hebat kan? Ramai dari serata dunia mengata gol tersebut setaraf LEGEND. LEGEND eh!! LEGEND. Faiz Subri is one of the LEGENDS in producing great goals. Dia sebenarnya ada collection of goals yang baik, baik amik sepak penalti ataupun, sepakan depan goal biasa.

Tetapi, ada juga cakap-cakap kosong yang mungkin tidak kena dengan selera mereka, or goal yang mereka hasilkan lebih Puskas daripada sepakan Faiz Subri, mungkin. Tapi, sudahlah, apapun yang terjadi, dah terjadi. Be better dan better yourselves. ah, lagi satu, ucapan Faiz Subri, to be honest, I am proud of him. Yes, his English is not as good as an English teacher or english lecturer but hey! He tried his best. Tau tak yang iPhone moment itu the most talked about during his speech. Dik, dia berdiri depan ramai yang mempunyai reputasi tinggi dalam bola sepak, dan dia hanya dikenali SELEPAS terhasilnya gol tersebut. Bayangkan, berdepan dengan Ronaldo, Cristiano Ronaldo, President FIFA dan ramai lagi, kalau kau? Camne? Tak ke gagap? haha.. 

Kalau saya tu, entah ler. Mungkin kita hebat dalam bidang kita, tapi ada orang lain lebih hebat. Dalam kes Faiz Subri, yes, his English is not good, but his kick is. Yes, it still is. 

Dah lah, nanti saya tulis lain lagi eh.

Assalamualaikum WBT

p/s: Muah! Excited sebab dapat menulis kembali.