Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2017

RANDOM NEWS 27022017

Assalamualaikum WBT,


Selamat malam. Sekarang untuk RANDOM NEWS.

1. Sultan Salman dari Arab Saudi hadir ke Malaysia untuk lawatan kerja selama seminggu.

2. Kes pembunuhan Kim Jong Nam masih berjalan dan pelbagai info-info lain berkaitan dibongkar oleh pasukan penyiasat. *memintaklah selesai dengan cara yang baik. 

3. Tunku Mahkota Johor dikatakan akan bermain untuk pasukan bola sepak JDT. *berbakat TMJ ni, bagus, ni la baru pemimpin sebenar. Main dan tahu keperluan bola sepak.

4. Siti Sarah dan Shuib Sepahtu bersanding buat kali pertama selepas beberapa tahun berkahwin. *rezeki di mana-mana dik, ini baru contoh untuk relationship goal.

5. Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah selamat diijabkabulkan di dalam sebuah majlis tertutup beberapa hari lepas. *alhamdulillah, senang kan? Nak cakap, taknak cakap. Tahniah Jep, semoga murah rezeki lepas ni.

6. Skandal rasuah berjumlah RM15.5 juta melibatkan anak dan pegawai khas kepada pegawai kerajaan Johor antara enam yang ditahan oleh SPRM. *wow, gila betul.

7.Nabil Ahmad mengacarakan Red Carpet di Oscars pada acara yang berlangsung pagi tadi. Dia sempat menemubual Jackie Chan, dan ramai lagi artis Hollywood yang terkenal. *tahniah Nabil!!

8. Moonlight memenangi Best Picture di Oscars mengalahkan calon-calon filem yang lain. Pengarah La La Land adalah pengarah termuda menang anugerah Best Director di Oscars. *tahniah yang menang. 

9. Emma Stone dan Casey Afleck masing-masing memenangi Best Actress and Best Actor di Oscars 2017.

10. Tahukah anda bahawa LAUTAN kita sekarang semakin tercemar?? 71 % daripada permukaan Bumi adalah lautan dan sebanyak 96.5% daripada semua air di BUMI dan 100% sampah adalah perbuatan jijik MANUSIA. Jadi, selamatkan lautan dan jangan buang sampah.

Itu sahaja untuk RANDOM NEWS.

Salam.


Demam : Seram Sejuk.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 



Ni nak cerita perkara minggu lepas. Saya demam secara tiba-tiba last week. No kidding. Memang secara tiba-tiba. Sebaliknya saya daripada tempat gunting rambut, saya tiba-tiba je rasa sejuk, seram sejuk then demam. Saya tidur dalam bilik saya lepastu saya pegi dekat mak.

*Yes, saya anak mak. Sekian. Hahaha...

Saya pergi kat mak saya, lepastu mak saya picit badan saya sebab memang tak tahan sebab sejuk sangat. Lepastu, panas, lepastu, sejuk. Pelik woii...memang all of a sudden. Takut jugak sebab memang secara tiba-tiba berlaku benda tu. Entah lah.. memang pelik. 

Tapi takde la kejadian yang pelik ke apa, cuma saya demam je lepastu, malam tu baik jugak after makan ubat, mandi semua. Memang pelik, tak tipu punya pelik wehhh... hahaha...

Jadi, sebagai pesanan, bagi yang mungkin suka berjalan jejauh ke, suka pergi ke tempat-tempat yang mungkin ada penghuni lain ke, macam, hutan ke, jalan yang sunyi ke, kan. Sejurus sampai ke rumah basuhlah kaki dahulu, SEBAB itu orang lelama ada bekas besar di luar rumah untuk letak air buat basuh kaki.

Sebab kalau dah masuk rumah, tanpa bagi salam, orang kata, syaitan akan masuk sekali dalam rumah dan memporak-perandakan rumahtangga kita. Jadi! ingat pesanan tu, k? Jangan tak basuh kaki pulak, lepas basuh kaki, eloklah mandi terus sebab better, penat-penat jalan jauh, mandi untuk segarkan badan sebab syaitan suka masuk dalam badan kita kalau kita letih dan lesu. Masa tu badan kita lemah.

Lepas mandi tu, eloklah ambil wudu', lepastu sembahyang. Lagilah syaitan takut, ok?

Itu sahajalah buat pesanan bersama. Pengalaman tetap pengalaman.

Assalamualaikum WBT,

p/s: jangan main-main, kita bukan duduk sorang dalam dunia ni.

Coret-coret Hujung Mingu : Segmen Baru.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaflah la, lebih kurang seminggu jugak tak update blog ni, maklumlah, bila banyak hal, sana sini, kadang-kadang hal lain pun tak sempat nak update.

Hari Sabtu lepas, saya sempat pergi ke satu Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan yang bertempat di Pekan, Pahang. Kami pergi ke sana menaiki bas dan majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Baiklah, sesampai je di sana, hari hujan lebat, air bertakung sampai ke paras buku lali di sesetengah tempat.

Masa DS Najib berucapa merasmikan event tersebut, hujan berhenti untuk beberapa ketika, lepastu, bila siap je DS Najib berucap, hujan turun balik renyai-renyai. Tak tau la apa yang dorang lakukan, tapi itulah lumrah.

Baiklah, bercakap mengenai program tersebut, ia amatlah baik sebab bukan sebab ucapan tu, sebab kalau nak dengar ucapan, boleh buka TV3, setiap Buletin Utama ada. Cuma nak cakapnya, promosi barangan daripada Kawasan Rukun Tetangga serta persatuan-persatuan Komuniti yang amat memberangsangkan. Ini juga membangkitkan beberapa idea dalam diri saya untuk diketengahkan, tetapi, ia mugkin agak makan masa tetapi insyaaAllah, dengan perancangan yang tepat, saya mungkin akan dapat membantu beberapa penduduk Kampung saya dalam memajukan ekonomi mereka. InsyaaAllah.

Tapi, apa-apa pun, memang terdapat banyak program-program kerajaan yang dibawa ke kampung-kampung dan ada juga beberapa projek-projek yang dibawa ke kampung-kampung dengan niat memajukan ekonomi setempat. Alhamdulillah, bagi yang mengambil peluang, memang berjaya tetapi untuk berjaya, memerlukan komitmen, kewangan, kerjasama dan semangat bagi memastikan perusahaan yang dijalankan mendapat perhatian pihak yang berwajib.

Di dalam Raub ni, terdapat beberapa perusahaan Kampung yang menjadi perhatian seperti Dodol Gula Kabung Ulu Dong, Pusat Pelancongan Pamah Rawas, Chalet / Homestay Sungai Pasu serta pelbagai lagi contoh-contoh mereka yang berjaya, tetapi itu lah, mungkin disebabkan jenis perusahaan tersebut sudah diceburi, maka, terdapat rasa tidak ingin meniru dengan cuba untuk membuat perkara lain yang lebih kreatif, mungkin. 

Apa-apa pun pada saya, menginspirasikan orang lain dan mengambil inspirasi orang lain adalah tidak salah. Jikalau rezeki itu telah ditulis oleh Allah SWT, siapa kita sebagai hamba untuk menidakkannya? Kan?

Berusahalah untuk menjadi lebih baik di zaman ini. Mencabar sungguh zaman ini, ilmu agama dikotak-katikkan, dijual sana sini. Subhanallah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Politik,politik jugak, Islam jangan diketepikan.

Monday, February 20, 2017

Sayangi Haiwan Peliharaan Anda.

Assalamualaikum WBT,

Selamat petang semua? Hi, apa khabar?

Baiklah,  saya sebenarnya suka tengok Youtube. My latest favourite adalah menonton video anjing. Bukan anjing yang biasa-biasa, anjing yang di dera dan bila ada manusia baik hati yang kesiankan mereka, perubahan pun berlaku. Mereka diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Baik, kita sebagai orang Islam, menyentuh anjing untuk suka-suka adalah dilarang, ini kerana, anjing mempunyai jumlah kuman berbahaya yang banyak. Berbeza dengan kucing. Jadi, anjing juga mempunyai kuman berbahaya di dalam air liurnya, which berbeza dengan kucing yang tidak mempunyai kuman berbahaya. * correct me if i am wrong.

Saya bukan nak berceramah tentang kita boleh/tidak boleh pegang anjing ke tidak, NO. Saya nak cakap fasal, compassion, passionate dan kasih sayang. Tau tak kalau kita start berniat untuk memelihara haiwan, nyawa mereka adalah dalam tangan kita. KIta kena jaga mereka, bagi makan, bagi minum, sayang mereka. Itu adalah persetujuan secara tidak langsung kita buat dengan Yang Lebih Berkuasa.

Allah tidak menyuruh hamba-Nya memelihara binatang, tetapi, secara logiknya, jikalau kita hendak memelihara haiwan, seharusnya kita menjaga mereka seperti kita menjaga diri kita sendiri. Dimandikan, diberi makan, dijaga minum, tempat tinggal. 

Yes, kalau kucing, kita boleh biarkan mereka berkeliaran di merata tempat sebab kalau macam rumah saya yang berada di perkampungan, kawasan yang tidak mempunyai kejiranan yang terhad, alhamdulillah. Tetapi, perkampungan kami yang 100% Muslim, tiada mereka yang memelihara anjing.

Tetapi, bagi mereka yang boleh memelihara anjing atau kucing, atau apa sahaja, TOLONGLAH! PLEASE, saat kita terniat dalam hati yang kita hendak memelihara anjing, kucing atau apa sahaja haiwan peliharaan, JAGALAH MEREKA! JAGALAH MEREKA seperti kita menjaga diri kita sendiri! PLEASE.

Ini kerana, ada yang saya tengok manusia yang membuang ibu kucing bersama anak mereka (MASIH MENYUSU) di kawasan yang tidak sepatutnya. Ya Allah. Kenapa lah ada yang berfikiran sebegini?

Yea, saya ada kucing dan kadang-kadang apabila mereka berak di tempat yang tidak sepatutnya, muntah di tempat yang tidak sepatutnya, saya marah sebab itu lumrah. Marah apabila benda yang tidak betul dibuat. Tetapi, ingat! Mereka adalah haiwan! Haiwan yang tidak diciptakan minda. Tidak dianugerahkan akal fikiran. Tapi tidaklah kita sebagai yang mempunyai akal sewenang-wenangnya membuang mereka apabila mereka sudah tidak diperlukan! Itu bukan manusia, itu binatang. Even haiwan pun mempunyai perasaan sayang akan keluarga yang memelihara mereka.

Tengoklah Youtube, searchlah fasal Dog Rescued by Human, Dog Transformation, macam-macam ada. Even ada anjing yang menangis apabila tuannya meninggalkannya di shelters.

Kesian sungguh.

Apa-apa pun, please, jangan buang kucing, anjing, atau apa-apa haiwan. Dosa weh. Dosa lain tak tertanggung, fikirlah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nabi pun sayangkan haiwan.

Saturday, February 18, 2017

I ada accent? Please.

Assalamualaikum WBT,

Aritu saya ada posted a few videos on Instagram. Haha, just for fun, nothing much.

Tapi tu lah, some said that I have an accent. To be honest, saya memang takde accent, even if so, I might get that from watching movies. *Harry Potter movies will always be my favourite. 

*btw, semasa menulis entry ni, saya tengah dengar lagu Demi Lovato - Confident.

So, confident lah kan... hahaha...

Some commented,

"kalah Coco macamni".

Haha, takde niat langsung nak mengalahkan sesiapa. The thing is, in my village, I have no one to talk to, i mean in English. To me, I do not know about the others, to me, learning English language it good, plus, it will help you in examination of course, but most important is when you want to have a good, decent, conversation. You have to know about code switching and code mixing. Meaning, you have to know how to change your style of speaking. 

Kalau someone said that you have an accent. Thank them for most gratitude sebab for us Malaysians, to have an accent, is very impressive. Hihihi, thank you dear.

The thing is, saya memang suka Bahasa Inggeris sebab tu bila I have the opportunity to teach people, I am very thankful to Allah sebab gives me this talent.

Apa-apa pun, minat is penting. I have been scoring good marks in English subject since my early days. Kalau orang betulkan you when it comes to what you love doing, accept people's opinion sebab who knows you can learn something else other than the things yang you know, kan? Be humble, bila orang puji, cuba cakap terima kasih dan cubalah untuk tidak membangga diri sebab kalau kita hebat, ada orang lain lebih hebat dari kita, cuma kita je yang tak tau.

Jadi! do what you do best and do it with pride.

Assalamualaikum WBT

p/s: Jom, English!

"Orang mengata sebab kita famous"

Assalamualaikum WBT,

Tadi terbaca kat sebuah article dalam sebuah surat khabar yang mengatakan bahawa,

" Kalau orang bercakap fasal diri kita *baik atau buruk, itu bermaksud, kita famous".

Well, to me it is HALF TRUE, sebab we can be famous for both causes; bad or good, positive or negative.

Tapi biarlah kita famous for being good kan? For doing something positive. Iya lah, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu, OKAY di mata dan hati kita, tapi tidak semestinya OKAY di mata dan hati orang lain.

Sebagai contoh, artis-artis yang ada di Malaysia ni, gembira dengan, well, ada sesetengahnya gembira dengan cara hidup yang mungkin sedikit berbeza dengan mereka  yang berada di kampung-kampung yang masih mengamalkan cara hidup yang, hmmm.. tradisional. Mereka yang di bandar mungkin sudah 'lali' dengan cara hidup yang dipaparkan di kaca television, kan? Mungkinlah, mungkin masih ada yang masih mempunyai nilai-nilai baik yang lain.

Ada nilai-nilai Barat yang baik, bukan takde, tapi apa yang dipaparkan di dalam television, tidak lah semuanya baik. Rata-rata nilai-nilai kurang baik ini sudah menjadi kebiasaan dalam TV di Malaysia.

Adakah kita perlu menunjukkan nilai tersebut? Rasanya tidak sebab yang buruk kita simpan, yang baik je la kita paparkan. Sebab? Sebab bila kita famous, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Assalamualaikum 

p/s: Well, better kenali diri kita dahulu. Kan?

Friday, February 17, 2017

Bahagia kita berbeza - Mall Razlan

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sudah ramai kawan-kawan saya telah mendirikan rumahtangga. Rezeki masing-masing, siapalah kita nak menidakkanya kan?

Baik, bercakap mengenai rezeki. Rezeki ni Allah datangkan dalam pelbagai jenis bentuk. Ada yang dari segi kesihatan, rumahtangga, duit, makanan, minuman, ilmu pengetahuan, harta benda, ibu bapa, kawan-kawan, dan lain-lain lagi.

Tapi kita manusia ni selalu je rasa tidak mencukupi. Yes, sebab bila kita tengok orang lain lebih daripada kita, kita mula rasa cemburu. Kalau cemburu itu membuatkan kita lebih berusaha untuk menjadi lebih baik, takpe. Ini tidak, sesetengah daripada kita mempunyai cemburu yang lebih terarah kepada membenci dan mengadu domba untuk mendapatkan pendapat orang lain sama dengan pendapat kita. Cemburu yang lebih kepada mengeji. Jenis yang macamni, susahlah nak hidup senang dalam dunia, mungkin susahnya sampai ke akhirat.

Bagi yang mempunyai tahap redha yang tinggi, alhamdulillah, kita akan berasa lebih rendah diri dan cuba reflect diri kita tang mana yang kita kekurangan. Tapi itu lah, kadang-kadang kekurangan yang kita rasa diri kita ada membuatkan kita lebih rasa sedih berbanding gembira. Kadang-kadang kita sendiri rasa macam tidak disayangi, kita lebih tertanya-tanya sebab kita banyak kekurangan.

Kalau macam saya, saya ada apa orang lain ada, tetapi kenapa saya tidak dapat apa yang orang lain boleh capai? saya tertanya-tanya. Tetapi bila saya sendiri reflect diri saya sendiri, saya rasa, 

"hmmm.. Allah mempunyai perancangan yang lebih dari ini".

Adakah itu ayat untuk membuatkan saya rasa sedikit gembira?

Mungkin.

Adakah itu ayat untuk membuatkan saya rasa sedikit senang?

Mungkin.

Tapi apa yang pasti, bila kita berasa begitu, kita redha dengan apa yang akan terjadi. Bukan senang itu redha dan orang lain sekeliling kita akan berasa seperti kita tidak kisah dengan apa yang berlaku. Itu bukan niatnya. Itu adalah perkara yang amat berbeza.

Akan tetapi, pandangan orang lain mungkin berbeza, nak buat macamne kan?

Tapi itu lah, bahagia kita mungkin berbeza dengan bahagia orang lain, jadi, janganlah kit mencaci dan mencacai bahagia orang lain berbeza dengan bahagia kita. Dan begitu jugalah harapnya untuk orang lain.

Assalamualaikum WBT

p/s: Bahagia dicari, insyaaAllah berjumpa.

RANDOM NEWS 17022017

Assalamualaikum WBT,

It is for Random News.

click di gambar untuk maklumat lanjut.

1. Abang tiri Kim Jong Un, Kim Jong Nam dibunuh oleh dua suspect yang tidak dikenali di KLIA2. *gila wehhhh!!! Korea Utara tuhhh...

2. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diberikan secara berperingkat bermula 18 Februari 2017. Lebih 5juta permohonan diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib bin Tun Abdul Razak. *Tahniah siapa yang dapat!

3. Harga getah per kilo masih lagi di tahap yang tinggi untuk hampir 2 bulan. Penoreh mengharap agar harga ini dapat kekal sehingga ke akhirnya. *Tahniah penoreh dan pemilik ladang getah sekalian.

4. RuPaul Drag Race untuk Musim ke 9 akan disiarkan di LOGO TV di USA. *siapa yang tak tau, sila search. Haha, it's very artsy competition.

5. Jikalau anda terlepas ujian MUET 800/2 Speaking paper, anda boleh email dengan alasan yang kukuh ke Majlis Peperiksaan Malaysia untuk tukar tarikh. Alamat email tersebut adalah tukartarikh@mpm.edu.my *I did dah, nasib baik sempat.

6. Dato' Lee Chong Wei masih agak tawar hati dengan ketua Jurulatih Badminton Malaysia kerana mengatakannya untuk bersara awal. *DCLW kalau u boleh main sampai umur 40 tahun pun, takde masalah, Janji menang.

7. Kelas Al-Quran di awan oleh Ustazah Sharifah Kasif *betul eja ke dak, akan dikenakan caj sebanyak RM 33 ribu untuk sejam dan sepanjang kelas tersebut pelajar akan ditunjukkan pelbagai jenis bacaan Al-Quran. *wow. nasib baik saya belajar dengan aki-aki dan wan-wan je. Kalau dengann Syed Sharifah ni mahal kot. Maklumlah, waris kan.

8. Kolam Air Panas Bentong yang dikelolakan oleh Suria Resort dan Hotel Bentong menawarkan perkhidmatan yang sungguh best. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh berendam dalam kolam Air Panas dan mampu membuatkan badan anda rasa segar. *try la wehhh...best.


9. Terdapat satu kedai Bekam yang menawarkan bekam yang terbaik di Janda Baik iaitu SH Bekam *Siti Hawa Bekam 013-6185154 untuk maklumat lanjut. Pernah masuk dalam The House dengan Dato' Vida.

10. Tahniah diucapkan kepada Nadhirah Ahmad Shukri kerana telah diijabkabulkan dengan pasangannya *maaf, tak tau nama...haha... good nadhirah!!! *kawen dah budak tu.


Itu sahaja untuk Random New hari ni...

Assalamualaikum WBT

p/s: seronok je..lepas bekam tu. nanti nak g lagi...

Islam itu Sempurna, Tidak Penganutnya.

Assalamualaikum WBT,

Aritu saya ada tulis fasal Kes Maggi tu, haha... kelakar kan?

Untuk post ini, saya nak tulis fasal 'Jual Islam'. Sebenarnya, benda ni dah berlangsung secara berleluasa sejak zaman dedulu lagi, bukan lah dedulu sangat, cuma zaman Melayu lah... bukan nak kata laahh...

Siapa tahu air-air yang dijual atas nama Islam tu?
Makanan SUNNAH?
Air SUNNAH?
Apa lagi benda-benda yang dikaitkan dengan agama. 

Yes, mencari rezeki dan makanan halal adalah DIWAJIBKAN kepada setiap Muslim, tetapi bukan lah menjualnya secara mahal. Ni tidak, air yang patenkan diperdengarkan bacaan Al-Quran dijual secara mahal kepada umum. Wow, ibarat anugerah Ilahi lah kiranya...gituh?

Ni ada pulak doa yang distesenkan dan dikatakan CONFIRM makbul. ya Allah, ya tuhanku!!! Apa nak jadi ni??? Terkejut ada, rasa pelik ada. Macam-macam rasa. Kelas kau dik.. terkejut baca.

Lepastuu!!! ada lagih nihhh... yang belajar mengaji Al-Quran diawangan tu!! Ya Allah.. sejam RM33 ribu, kalau tak dapat hafal al-Quran lepas sejam tu, alamatnya, takyah lahhh!!! kalau RM33ribu tu, kalau kau buat masjid atau bagi ke kelas-kelas agama, abang, adik, makcik, dato, datin, tan sri, puan sri semua oiii.. dah sah-sah pahala kau bertali arus!! BERTALI ARUS tau!!!! ya Allah, kau ikhlaskan semua yang tetiba nak amik kelas tu, dan kau bukakanlah hati-hati suci mereka untuk fikirkan apa yang baik untuk diri mereka tatkala mereka sudah berada di akhirat. Mimpikanlah mereka yang buruk jikalau mereka RIAK, dan titipkanlah bau SYURGA Mu ya Allah, jikalau mereka bersedeqah jariah. Amin. Sesungguhnya lebih ramai mereka yang memerlukan wang ringgi mereka berbanding mereka sendiri. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sesama kita doakan mereka.


Wednesday, February 15, 2017

Iklan Maggi : Dina Dini.

Assalamualaikum WBT,

Iklan memainkan peranan penting dalam sesebuah pemasaran produk, international brands mahupun local brands.

Kalau international brands selalunya dorang main dengan sifat produk itu sendiri, tapi sekarangkan, social media advertising memang memainkan peranan yang cukup penting. To me, social media ni, two ways communication medium, manakala, TV dan Radio can be both, but written media adalah one way communication.

Now, banyak iklan di Malaysia yang boleh dikatakan funny dan maybe, interesting. Tetapi, dalam membuat iklan, kita kena fikir both connotation and denotation, tersirat dan tersurat. Tersurat kadang-kadang no problem, but tersirat adalah satu perkara yang bahaya.

Sebagai contoh, iklan Maggi. Iklan yang viral sebab ibu hanya memberikan anak-anaknya makan maggi.

Baiklah, mari kita cuba rungkai misteri iklan Maggi ini.

Maksud tersurat :

1. Maggi senang dimasak dan mudah disediakan.
2. No fussy business.
3. Cepat tanpa banyak benda remeh temeh.

Maksud tersirat :
1. Mak hanya pandai masak maggi.
2. Maggi baik untuk anak-anak yang sedang membesar.
3. Maggi hanya untuk mereka yang sibuk dengan kerja.
4. Maggi memberikan anak-anak khasiat yang hebat.


Banyak lagi sebenarnya, cuma saya malas nak tuliskan lagi sebab kalau anda baca dalam Twitter, ya tohan, banyak maksud-maksud tersirat yang boleh diberikan.

Tetapi, ini adalah contoh iklan yang baik. Kenapa? Feedback untuk perniagaan adalah terbaik, walaupun ada pandangan negative, tetapi orang tetap makan Maggi, cuma yang membezakan adalah pandangan atau perspektif seseorang.

Mengikut kajian, jualan mee Maggi meningkat setiap tahun, nak-nak time final year. So, do not worry, Maggi, you will always be the love of Malaysians. Trust me.

Assalamualaikum WBT

p/s: baru lepas makan maggi tadi. hohoho.. sedap!!! letak telurr...

Thank You Doktor HKL!!

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnyakan, ramai orang baik dalam dunia ni. Cuma kadang-kadang, kita je yang tak sedar.


Ceritanya macamni, petang tadi, saya pergi mengambil mak cik saya di Hospital Besar Kuala Lumpur dan bila kita parking dekat parking bertingkat tu kan? Of course la kena bayar, saya dah ready nak bayar tapi kebetulan takde duit kecik. Yang boleh masuk pun, duit RM 1, RM 5 dan RM 10. Jadinya, permasalahan timbul bila saya hanya ada duit RM1 x 3 keping dan RM 20 sebanyak sekeping.

Saya dah masukkan kad dalam mesin tu. 

Then saya berpaling ke belakang,

" I am sorry miss, do you have any change?" sambil menunjukkan duit RM20.

Iya!! saya tak tau nak buat apa dah.. lepastu dia cakap,

"I am sorry, I do not have it".

Okay, saya keluarkan kad parking dan cuba cari area untuk tukar duit kecik. Memang salah saya, saya mengaku dan OTW sedang menunggu di lift nak naik pergi ke kereta, ada lah balik miss tadi tu,

"hi sorry, there you go, u perlukan berapa?"

Saya ada duit RM3.00 dah, so saya perlukan hanya RM 2.00. Bukan saya tak nak bayar, cuma saya nak cari nak pecahkan duit. Lepastu, miss tu bagi I RM2.00.

"Thank you, thank you, thank you".

Yes, itu je yang saya boleh cakap. Thank you je laa.

To that miss, I do not know what is your position, but I think you are a Doctor. To you, thank you very much. You give me RM 2.00 dan you just trust me just like that. Yes, I was so in need. Thank you very much, may God blesses you with many great things.

There you go, cerita saya. Ramai manusia yang baik sebenarnya, saya pun kadang-kadang cuba menjadi baik. Kenapa tidak kan? Baik kita dengan manusia, pahalanya kerja Allah. Bukan kita yang mempahalakan diri kita sendiri. 

InsyaaAllah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak tidoooo.. mengantokkkk!!!
p/p/s: Gambar Google dik...

Saturday, February 11, 2017

Apa hobby awak???

Assalamualaikum WBT,




Apa khabar semua? Okay, setiap daripada kita ada hobi dan apa yang kita suka buat, kan?

Kalau saya, saya suka menulis blog, menjahit dan membaca. Saya juga suka mengemas. Bukan suka sangat tapi bila bosan, kita akan buat sesuatu kan? Ha...macamtu.

Jadi, banyak perkara yang suka kita buat. Apa yang anda suka buat?

Kalau time cuti pulak, saya suka memasak. Haaa... banyak betul kan apa yang suka buat, macamtu... hahaha...

So, apa yang anda suka buat? or, apa hobi anda?

Sounds off below, comment. Gituhhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Makan pun is one of my hobbies.


Hi, I'm Akmal, and you?

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua? Hari dah nak sampai ke penghujungnya dah.

Tapi saya nak post jugak sesuatu untuk hari ni.

Ramai yang bertanya kat saya, 

"Macamane awak boleh ada konfiden untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris?"

Dik, ni nak cakap sikit, last I did my presentation in English adalah like 3-4 years ago. Bayangkan. Tapi since I memang ada Degree in Art, English language with Communication, I memang kena pandai cakap dalam Bahasa Inggeris lah walaupun dah lama tak use that language directly. 

Anyway, since I nak ambil balik MUET for 2017 ni, I kena improve myself lah. Haha, 

So, kalau jejumpa I, then fefeling Mat Salleh gituhhh... ha... harap maklumlah...

That's All.

Assalamualaikum WBT

p/s: Islam weh... salam kena ada.

Wednesday, February 8, 2017

RANDOM NEWS 08022017

Assalamualaikum WBT,


Hyeee... sekarang tiba masanya untuk RANDOM NEWS.

1. Datuk Lee Chong Wei berang kerana beliau masih mahu bermain untuk negara. Bersara adalah hak dia, bukan hak orang lain. *bagus dia ni.

2. Perogol Selva Kumar dari Malaysia dihantar balik ke Malaysia. Sabah sudah mengharamkan Selva Kumar untuk ke negeri mereka. Yang lain? *mohon tidaklah wehhh...seram dengar ceritanya.

3. Semakin ramai Rakyat Malaysia prihatin dengan diri sendiri apabila sudah banyak produk kesihatan yang gagal dalam ujian merkuri dan bahan terlarang. *lama dah stop makan, pakai benda-benda ni. Tatut.

4. Pasukan Kelab Bolasepak JDT tidak dapat meneruskan momentum untuk ke Piala AFC apabila kalah kepada satu kelab bola sepak Japan dalam play-off kelmarin. *Mohon jangan berputus asa.

5. Neelofa kini bercinta dengan Kerabat Diraja? *wow.. apa jadi pada LoFattah? Fattah seribu ke hati semua Lofattah Fans? ciannyeww

6. Shuib dan Siti Sarah akan bersanding pada bulan ini *Februari. Tahniah! Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

7. Ramai memilih untuk menggunakan motorsikal kerana kenaikan harga petrol. *Kos hidup tinggi.

8. Hujan tahap kuning dijangka akan melanda 3 negeri Pantai Timur. *mohon berjaga-jaga semua.

9. Ada promosi sempena Tahun Baharu Cina di Kedai Kain 1Malaysia. *mohon pergi sebab kain memang betul-betul murah... please. Tolong.

10. Stok kain baju saya semakin banyak sebab proses membeli memang tidak terkawal. Shoot!

Sekian untuk Random News, kepada yang suka baca, terima kasih!!! 

Assalamualaikum WBT

p/s: #randomnews 

Terima Kasih atas Traffic.

Assalamualaikum WBT,

Selamat petang, bak kata orang Raub ni, Good Evening, haaaa...gituh.

Baiklah, saya ada sesuatu yang hendak dikongsikan. Sila tengok gambar dibawah ini.



Saya ni bukan nak berbangga ke apa, cuma!! saya nak share traffic tu, saya AMAT JARANG dapat traffic macamtu. Tak taulah kenapa untuk akhir tahun lepas saya dapat traffic tinggi macamtu. Terkejut jugak tapi tu lah, kalau setiap entry macamtu kan, bagus. Biarpun komen tak banyak.

Saya memang tak tau siapa yang bagi feed tu, tapi terima kasih banyak-banyak, anda tahu anda siapa, saya ucapkan jutaan terima kasih, saya tak tau nak balas budi macamne, tapi saya doakan kesejahteraan dalam kehidupan anda. I have lost words to say how appreciative I am on this matter. Thank you.

Saya sebenarnya, semenjak guna telefon untuk menulis blog, saya jarang amat blogwalking sebab agak susah, buka pun melalui FB. Itu pun kadang-kadang terbuka, kadang-kadang terlampau lama nak loading, terus tak jadi nak buka.

Jadi, terima kaish kerana membawa tulisan saya yang kadang-kadang ke Laut China Selatan, kadang-kadang tersinggah ke Pulau Batu Putih *Malaysia masih ada peluang reclaim Pulau Batu Putih yea... kadang-kadang terbang tinggi ke awan. Penulisan santai, idea santai, otang masuk air, hahahaha... jadilah entry-entry yang kadang-kadang... "apabenda laaa dia tulis ni"

Itu sahaja lah untuk petang ini. InsyaaAllah, Random News akan menyusul.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terima kasih pembaca sekalian.

Secret Recipe Raub. Yummm..

Assalamualaikum wbt,

As always, saya berada di Bandar Raub and to be exact, I am here at Secret Recipe Raub.

Buat apa kat Secret Recipe? Makan kek lah weh!!!!!! hahaha... of kos makan sorang sebab tak plan. Tadi gi Pejabat Daerah dan terus terfikir nak makan kek. soooo...terus pegi.

So...saya makan Chocolate Indulgence and Black Forest Cheese Cake. Two of my favourites. Seriously and minum Chocolate  caremel latte. Feeling? of course. hahaha...

Dah la... best sini...service cepat dan laju. Waiter pun best...cecantik  je. Nak enjoy makan niii...

Assalamualaikum wbt

p/s: makannnn

Monday, February 6, 2017

RANDOM NEWS 06022017

Assalamualaikum WBT,

RANDOM NEWS.

1. Seorang ibu mengelar leher anaknya yang berusia 2 bulan lebih kerana mengalami "ROYAN".

2. Sudah ramai sedar yang "ROYAN" kini bukanlah satu penyakit yang boleh diambil mudah.

3. Donald Trump masih tidak disukai di merata dunia khususnya di Amerika Syarikat.

4. Petrol dan Diesel dijangka naik lagi. Mohon bertenang.

5. Syamel dan Erni Zakri menang Duo Stars. Duo Stars adalah rancangan terbitan Astro dan mereka membawa pulang RM 100,000.00, baucar tunai Go Shop! dan trofi.

6. Harga getah per kilo kekal di tahap yang tinggi iaitu RM4.00 ++

7. Beberapa kanak-kanak maut terjatuh dalam takungan air di tapak Lombong Bauksit di Kuantan, Pahang.

8. Musim panas kini menjelma dan masalah air akan datang. Mohon persediaan semua.

9. Meja Bulat Sepahtu adalah rancangan bual bicara hot masa kini.

10. Hidup ini bukan mudah, jadi, live it!


Itu sahaja untuk RANDOM NEWS. Moga bermanfaat.

Assalamualaikum WBT

p/s: ingat senang ke nak ingat random news ni... ni main ingat je tau.. takde baca buku or buka website.hahaha

Sunday, February 5, 2017

Alhamdulillah, doakan yea.

Assalamualaikum WBT,

Salam Ahad *malam Isnin. 

Alhamdulillah, selepas 5 jam doktor-doktor di HKL membedah mak cik saya, ketumbuhan dalam abdomen mak cik saya telah dikeluarkan bersama-sama beberapa lagi organ dalaman lain yang tidak diperlukan oleh badan mak cik saya. 

Mak cik saya sudah berumur 58 tahun dan tidak berkahwin. Jadi, mak saya, kakak kepada mak cik sayalah yang menjaganya. Kami sebagai anak saudara hanya mampu untuk menyediakan hal yang lain-lainnya.

Alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh Allah untuk menempuh segala dugaan dan cabaran. Setiap manusia mempunyai cabaran mereka yang tersendiri. Ada yang getir, ada yang senang sedikit, semua itu mengikut kemampuan dan tahap iman masing-masing. 

Tapi takpe lah kan, setiap dugaan ada penghargaan diakhirnya.

Kawan-kawan, tolong doakan mak cik saya cepat sembuh yea,

Assalamualaikum WBT,

p/s: Amin.

Friday, February 3, 2017

Tolong doakan mak cik saya.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni saya nak mintak kepada semua pembaca blog saya agar mendoakan makcik saya yang akan masuk ke dalam dewan bedah di HKL bagi membuang cysts yang berada di dalam abdomennya.

Jadi, sama-sama la kita berdoa agar makcik saya dipermudahkan dan segala urusan hospital juga dipermudahkan bagi menyenangkan segala prosedur. 

Mak cik saya tidak berkahwin dan semuanya atas kami anak saudaranya, segala urusan kami yang uruskan, jadi, saya hanya minta rakan-rakan semua berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan dan agar makcik saya baik seperti sediakala. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s:InsyaaAllah. Amin.