Nuffnang Ads

Sunday, March 26, 2017

Kesibukan Melampaui Batas.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat wehhh... ni tengah stress sebab terlampau sihat. Adoiii.. pening.

Okay, ada yang bertanya,

"Mall, ko tak buka kedai ke? Selalu tengok tutup je"

Adoi... macamne nak jawab eh. 

Ada je sebenarnya, cuma ada masa-masa, saya ni seorang yang amat sibuk. Ni esok nak ke KL sebab bawak makcik pergi follow-up dengan Doc untuk Chemo treatment. Yes, mak cik ada Ovarian cancer, tapi dah buang dah. So, now adalah untuk chemo treatment. Mak cik saya makan jugak all those jus pegaga asli, segala jus sayuran lah... macam-macam. Gamat pun makan. InsyaaAllah, kita ikhtiar, Allah yang menentukan segalanya kan?

Okay, saya ni sebenarnya adalah seorang tukang jahit merangkap seorang AJK JKKK, seorang cikgu Bahasa Inggeris dan juga seorang anak kepada mak dan ayah saya. Tanggungjawab ni memang dipecah-pecahkan mengikut keperluan dan keutamaa. Haha, macamane tah nak cakap. Haha, tapi macamtu lah. 

Hari saya kekadang bermula awal, kekadang lambat, but lately macam lambat sikit sebab maybe tidur lambat kot. Lepastu, bangun je ada la benda kena buat, masa tu bilik dah tak kemas dah. Ni dekat dua minggu tak kemas bilik, so, macamtu lah. Sibuk weh, ni pun tadi sempat pergi menjahit baju customer, nasib baik alteration je. Kalau nak jahit full baju, memang kena cari masa untuk buat semua tu.

InsyaaAllah, dalam next week dah kena potong beberapa baju yang dah dihantar oleh customers. Bak kata kawan saya, kerja-kerja jugak, customer jangan lupa. Iya lah, bayangkan, kalau dorang dah hantar baju then percaya yang kita akan buat segala, tetiba, kita tak buat. Takke naya tu namanya kan?

Jadi, insyaaAllah, dalam masa terdekat ni, akan potong, jahit tepi dan cantum segala baju yang ada. Itu belum lagi baju yang hendak dibuat secara pukal tu... adoiii.. pening weeehhhh!!!

Dah-dah, ni rasa nak pitam sebab banyak kerja kena buat. Adoiii...

Assalamualaikum WBT

p/s: esok kena bangun awal...sebab nak HKL... jumpa di sanaaaa

Thursday, March 23, 2017

SSM oh SSM!!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, tahniah saya ucapakan kepada pasangan-pasangan yang telah mendirikan rumahtangga dan ucapan saya semoga perhubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Baiklah, hari ni hari Khamis. Tadi saya nak pergi hidupkan SSM *sebab dah mati.. or expired. Hahaha... tahukah anda kita boleh hidup SSM di kaunter Bank Simpanan Nasional??? Tahukah anda? Saya baru tahuuuu... kesiankan?

Malangnya, setelah saya pergi ke BSN Benta tadi, tak boleh sebab ada masalah dengan mesin. Dorang kata,

" Tak lepas la bang nak print sijil".

Well, saya pun balik dengan perasaan neutral. Iya lah, kalau salah mesin, nak buat macamne kan? Bukannya kalau saya menangis meraung kat situ boleh betulkan keadaan, kan?

So, maybe saya kan ke Temerloh or Kuala Lumpur untuk hidupkan SSM sebab saya sendiri tak tau jadual SSM datang ke Raub ni haaaa... nak berniaga pun susah.. kang deactivate je senang. Boleh dapat BR1M!!! haahaha.. nampak tak? *saya berjiwa Kerajaan Najib...

Nak pergi Temerloh macam jauh tapi tengok la macamne, kalau makin lamaaa, makin denda bertambah. Macamne tah saya boleh terlupa dengan tarikh tu!!! adoi... sedih betul.

Okay, itu saja untuk kali ni, maaflah, kurang berinformasi. 

Assalamualaikum WBT

p/s: nak fikir macamane nak selesaikan masalah ni haaaa...



Saturday, March 18, 2017

ISLAM : Kita ini pendosa.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Seperti yang dijanji kan tadi, saya ada satu perkara yang saya ingin kongsi dengan semua.

Baiklah, siapa pandai fasal agama? 

Bila kita bercakap fasal agama Islam ni kan, tak semua mampu menjawab melainkan seseorang yang mempunyai ilmu agama. Ingat! Ilmu agama Islam adalah berkaitan dengan FAITH dan bukan LOGIK. Kalau agama berkaitan dengan LOGIK, itu bukan agama.

Ingat tak satu maksud berkenaan dengan IMAN.

Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah:

تَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ.

“Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Ada tak dia cakap logik? Kalau logik macamni,

"Eh, kalau kita benarkan dengan hati, kenapa nak buktikan dengan lisan dan pergerakkan pulak? Dan benar kan?"

Itu adalah pure logik. Orang yang berfikiran logik akan selalu berfikiran seperti hendakkan bukti depan mata, kena ada bukti nampak dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang itu lah, LOGIK memang tak boleh dengan FAITH, KEPERCAYAAN.

Contoh FAITH adalah, kita tau oksigen itu ada, Kita hirup oksigen untuk hidup. Nampak tak oksigen? Tak nampak kan? Tapi kita percaya oksigen itu ada. Until Sains buktikan oksigen itu ada, barulah kita percaya. Itu mereka yang logik, kalau orang yang ada KEPERCAYAAN, dah tak payah penjelasan SAINS dah.

Nabi ada jelaskan tentang macam-macam, of course dengan bantuan Al-Quran dan Hadith. Tapi kita ni jenis konon tak percaya, nak jugak penjelasan Sains padahal dalam Al-Quran dah ada. Mengade.

Macam pengharam Khinzir. Uish, tak nak percaya kenapa khinzir tu haram. Ha.. bila sains cakap ada cacing yang tak boleh mati hidup dalam daging khinzir tu, mula gelabah. Ada sebab kenapa Allah haramkan Khinzir. Ada orang LOGIK tanya, 

"Kenapa Khinzir diciptakan sedangkan ia haram".

Haaaa... ni la permainan orang LOGIK yang sering kali seolah-olah cuba mencabar KEPERCAYAAN seseorang.

Ada sesetengah pendapat, Khinzir itu diciptakan sebagai perlambangan mereka yang degil. Degil dengan perintah Allah. Dah tau haram tapi buat juga.

Tapi apa-apa pun, fasal ada artis kita yang telah berhijrah dan EAGER to share her opinions on SocMed, well, go for it. TAPI! Berlapik lah, dakwah sentap ada masanya, dan ISLAM itu indah. Islam itu sempurna, yang cacat cela adalah penganutnya yang masih mencari-cari erti penghidupan.

Takde seketul manusia pun yang MEMAKSA orang lain berhijrah. HIJRAH dan HIDAYAH itu hak Allah. Kalau Allah nak bagi, Allah bagi. Sejahat-jahat manusia, akan menjadi sebaik-baik manusia apabila Allah bagi HIDAYAH. Tapi kalau kita meminta-minta HIDAYAH Allah, menunjuk-nunjuk ibadat kita, RIAK, TAKBUR, subhanAllah. Makin lamalah kita hidup di dunia ini. Menebus dosa.

Apa-apa pun, bukanlah nak kata setiap orang kena mind their own business, tidak. Tapi, ingat sekali lagi, ISLAM itu indah, ISLAM itu sempurna, ISLAM itu lembut sifatnya. Janganlah kita burukkan, cacatkan dan keraskan ia dengan sifat kita manusia, penganutnya yang jahil. 

Ingatlah, kita bercela. Cari jalan untuk diri kita dulu, sebelum tunjukkan orang jalan yang kita senangi. Mungkin jalan kita senangi, tak selicin jalan mereka yang lain. Ingat, tujuan kita satu, Allah SWT.

Assalamualaikum WBT

p/s: Hidayah Allah itu mahal. 


Selamat Memenuhi Jemputan...

Assalamualaikum WBT,

Salam weekend semua!! Semoga semua dapat berehat dan kepada yang hendak pergi ke kenduri kendara yang dijemput, pergi,pergi,pergi..penuhi jemputan orang mengajak adalah satu kewajipan.

Apa tunggu lagi, tapi sebelum tu, meh baca blog saya dulu k?

Sila clik di mana-mana tajuk yang anda suka dan bacaaaaa...

Hahaha...

Maaflah, entry pendek sebab terlambat sibuk untuk mengutarakan pendapat tentang beberapa perkara. InsyaaAllah, saya akan tulis bila ada masa senggang sikit.

Assalamualaikum WBT

p/s: laparrrr

Wednesday, March 15, 2017

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Saya sekarang berada di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Saya dengan rakan-rakan yang lain mengikuti lawatan sambil belajar ke Kota Bharu sempena dengan IKPK RISDA Bukit Sireh, Kelantan.

First time datang sini, tapi disebabkan dah lambat kan, now dah dekat pukul 5 petang, dah tak berapa ramai orang. Tapi bagus jugak tak ramai orang, haha..tak sesak.

Sekarang saya tengah minum di satu kedai Tingkat Satu, nombor kedai 833 dan mak cik yang jaga ni adalah bisu. So, memang rezeki dia la kami minum kat sini.

Kepada yang berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, pergilah kedai 833 dan tolong bantu mak cik ni.... k?

Dah, nak jalan lagi ni. tapi tak tau ke mana...haha

Assalamualaikum wbt

p/s: Laparrr lagiiir....hahaha


Selamat Pagi dari IKPK Bukit Sireh.

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi semua.... saya masih lagi di IKPK Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan. Yes, seronok program ni.

Saya sendiri baru tahu yang Institut Kemahiran Pekebun Kecil ni hanya ada 4 dk seluruh Malaysia.

1. IKPK Padang Rengas, Perak.
2. IKPK Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
3. IKPK Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan.
4. ?

Dan tinggal satu lagi IKPK, apa tah nama satu lagi. Lupa pun iya. Haha...

Apa-apa pun, hari ni saya sarapan Nasi Dagang dengan Kuah Gulai Ikan Tongkol. Sedap oiiii...

So, ni nak masuk kelas dulu.

Assalamualaikum wbt

p/s: looking forward nak makan apa jap lagi niiiiihhhh...


Tuesday, March 14, 2017

Laksa Kelantan di Kuala Krai, Kelantan.

Assalamualaikum wbt,

Masih lagi berkursus di IKPK Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan. InsyaaAllah, akan habis pada 16hb Mac 2017.

Masih seronok cuma banyak sedikit masa senggang. Nak keluat tak boleh, sebab, memang tak boleh lah...camtu. Jadi, saya duduk dalam bilik je, lagipun, kat luar tu panas. Cuaca sangat panas, biarpun dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau, tapi cuaca masih panas.

Jadi, saya beristirehat di dalam bilik. Hewhewhew... Sebab tadi dah kelas, esok ada kelas lagi. InsyaaAllah.

Dan esok juga ada aktiviti luar bagi meninjau pasaran di Kelantan. Saya follow the flow sebab dengar rakan-rakan kursus lain mempunyai pengalaman hebat, membuatkan saya rasa kecil. Hihihi..

Tadi baru je lepas makan laksa asam kelantan. Sedap!!! tu tengok gambar kayh!

Itu sahaja lah, ni nak tunggu makan malam pulaksss... daaaaa...

Assalamualaikum wbt

p/s: gemuk la kaass..


RISDA : Kursus How To Be A Wholeseller, Retailer and Distributor, IKPK Bukit Sireh, Kelantan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat ke?

Saya sekarang berada di Institut Kemahiran Pekebun Kecil (IKPK) RISDA Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan. Saya berada di sini untuk menghadiri satu kursus anjuran RISDA.

Tajuk kursus adalah How To Be  A Wholeseller, Retailer, and Distributor. Seronok jugak for my second day here. Hari pertama saya dah terlambat bangun. Sejuk sangat agaknya di sini. Kelilingnya penuh pokok. Memang menghijau wehhhh....

Seronok kursus ni sebab saya boleh kenal macam-macam jenis usahawan. Ni ada kengkawan dari Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Melaka.

Ada yang buat perniagaan kapas original kekabu, sos cili, dodol, macam-macam jenis wehhh.. semua hebat-hebat.

Saya rasa macam kerdil sebab saya sangat baru. Produk pun takde. Hoho... therefore, saya lebih banyak berdiam dan mendengar. Technically, yes, i have a lot of terms, tapi bila comes to experiences, memang sedikit. Seram tengok dorang berkongsi ilmu. saya rasa malu wehhh....huhu..

Jadi, insyaaAllah, saya akan cuba lebih menjadi aktif. Hoho..

Dah,

Assalamualaikum wbt

p/s: mengantuk wehhh....


Monday, March 13, 2017

Homemade Chicken Nuggets.

Assalamualaikum wbt,

Tadi saya terdengar Abang Brian di Suria FM bercerita macamne nak buat Homemade Nugget Ayam.

Kalau cara saya, lagi senang, beberapa bahan je.

Bahan-bahan :

3 keping dada ayam *amik yang sado-sado sebab boleh dalam banyak.
1 setengah cawan tepung Spicy Bestari
1 cawan serbuk roti Putih
2 biji telur
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

Basuh dan potong dada ayam sado tersebut dari kepada dadu dalam 1 inci dan letakkan setengah cawan tepung Spicy Bestari.

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dengan sedikit garam dan pukul.

Susunkan Tepung Spicy Bestari, Telur dan Serbuk Roti di dalam mangkuk yang berbeza.

Panaskan minyak di dalam periuk. *untuk memudahkan memasak nugget kita.

Coatkan ayam tadi dengan tepung Spicy Bestari sehingga kena semua tempat, dip kan dalam telur dan sekali lagi coatkan dengan serbuk roti dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi.

Masak sehingga kuning keemasan. Dalam 5-7 minit waktu memasak. Api jangan terlalu besar.

Sesudah masak, bolehlah makan dengan sos cili.

Selamat mencubaaa..

Assalamualaikum wbt

p/s: sedap oiii...


Sunday, March 12, 2017

Spicy Drumstick Chicken with Honey Glaze

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Salam Ahaddd. Baiklah, untuk entry kali ini, saya nak share dengan semua satu resipi yang saya cuba-cuba buat. Hahaha..

Spicy drumstick chicken with honey glaze.

Chicken drumstick 15 ketul
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 6 ulas
Kepingan cili *beli dalam plastik tu je jenama Meriah
Halia 2 cm
Garam
Gula Merah
Sos Chili Thai
Hoisin sos
Kicap manis
Kicap cair
Kicap pekat
Madu

Cara-cara membuat perapan:

Campurkan semua bahan dalam satu bekas besar dan kacaukan dan masukkan drumstick ayam. Perap untuk semalaman.

Esoknya, panaskan oven dan bakar.

Dalam 30 minit untuk suhu 250'C, ayam akan masak dengan jayanya.

Siap je, boleh makan.

Untuk bahan sos.

Ambil lebihan daripada perapan ayam tadi, masukkan dalam kuali dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan bahan yang seperti di atas untuk menambah perasa lagi. Sejukkan seketika dan kisarkan bahan. Masak dan masukkan air sedikit untuk banyakkan kuah. Masukkan sedikit black pepper kisar untuk kepedasan. Masak dan siap!

Senang weh masak benda-benda macamni. Sekejap je. Cecampak je, terus perap then masak lah...hahaha

so, kalau dah cuba, gitau ehhh.. kita kongsi resepi sesama.

Assalamualaikum wbt

p/s: nanti nak g resepi peria pulakkk ...hahaha


Thursday, March 9, 2017

The Hanif Barbershop Raub. Jom gunting rambut!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabarrrrr?

Baik untuk entry kali ini, saya ingin membawakan anda satu perusahaan yang diusahakan oleh seorang anak muda Bumiputera di Daerah Raub.

Sebuah kedai gunting rambut bersebelahan dengan Maybank Daerah Raub adalah kedai gunting rambut yang mula mendapat perhatian ramai di Daerah Raub.

The Hanif Barbershop adalah kedai gunting rambut anda. Untuk pengetahuan semua, di Raub ni memang agak susah untuk cari kedai gunting rambut yang diusahakan oleh lelaki Bumiputera. Jadi, The Hanif Barbershop adalah kedai gunting rambut anda.

Sebenarnya, saya masih belum berkesempatan untuk ke kedai ni, tapi insyaaAllah, saya akan ke sana untuk merasai sendiri guntingannya sebab saya diberitahu oleh sumber-sumber yang amat boleh dipercayai bahawa taukey mempunyai skill gunting yang bagus. I would love to see u cut my hair.

Jadi, kepada yang berminat untuk maybe cuci rambut, atau gunting rambut anda bolehlah berbuat demikian di The Hanif Barbershop di Bandar Raub. Sekali lagi, premis yang berdekatan dengan Maybank Daerah Raub, memang senang untuk parkibg tapi pergi la waktu malam sikit sebab iya la, senang kan. Waktu senggang senang nak rehat, parking semua. Sekarang ni siang, panas sangat.

Waktu perniagaannya adalah
Sabtu hingga Khamis 11.00 AM - 9.00 PM dan dia cuti pada hari Jumaat.

Harga yang berpatutan. Amat berpatutan, okay!!! Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi 0142166562.

Jadi, apa tunggu lagi, jom support produk dan perkhidmatan Bumiputera. Jom!!

Assalamualaikum wbt

p/s: Nak try petang ni lahh..


Monday, March 6, 2017

Farmasi Multicare Raub. Best!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaa? I am very impress with satu farmasi kat Daerah Raub ni. Once you jadi ahli kan, dorang akan ada sejarah yang ubat apa yang korang beli which to me is very good.

Bukan apa, buatlah kalau korang lupa nama ubat yang korang nak beli, korang boleh check dengan dorang. Senang wehhh...

Jadi, kepada yang nak cari ubat or apa-apa berkaitan dengan modern medicine, boleh lah pergi ke Farmasi Multicare yang terletak di Pusat Perniagaan Raub.

Premis tersebut adalah berhadapan dengan Watson Raub.

Saya dah jadi regular wehhh di Farmasi Multicare sebab saya kan selalu sakit kaki, so, i trust them to select the best medicine for me.

Layanan yang diberikan oleh staff pun bagus dan memang easy going. Kalau korang tak tau nama ubat, korang boleh tanya their staff, they will try their best to help u. Trust me.

So, apa lagi, jom ke Farmasi Multicare dan mendaftar jadi ahli untuk dapatkan kelebihan yang best. Check them out ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: hebat lahhh...


Saturday, March 4, 2017

Awiera Tomyam Raub

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Hari ni saya nak bawakan sath restoran yang menyajikan makanan yang sedap-sedap belaka.

Restoran yang terletak di Pusat Perniagaan Raub, bangunan bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Awiera Tomyam. Awiera Tomyam menyajikan makanan seperti Nasi Ayam *sedap gila, Sup Kaki Ayam, Masakan panas yang mempunyai pengaruh Thailand.

Makanan special mereka adalah Nasi Ayam dan kita boleh pilih kita nak bahagian mana. Sebagai contoh, saya suka makan bahagian dada, maka saya boleh minta Nasi Ayam Dada. Gituhhhh... senang kan?

Jadi, kepada mereka yang selalu berkunjung ke Daerah Raub atau lalu untuk ke Lipis, atau Kelantan, bolehlah singgah ke Awiera Tomyam. Perkhidmatannya pun cepat dan mesra pelanggan. Kawasannya yang agak luas membolehkan kita makan ramai-ramai.

So, jom Awiera Tomyam.

Assalamualaikum wbt

p/s: makan je kannnn?


Thursday, March 2, 2017

Makan Kat Mana eh???

Assalamualaikum wbt,

Makan kat mana yea???

saja post pendek sebab nak tau je makan kat mana...

Assalamualaikum wbt

p/s: makan manaaaa?