Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

MENCARI PUBLISITI MURAHAN!!!

Hi semua...

sekarang saya berada di salah sebuah kafe di UNISZA, 


terdapat beberapa pengunjung kat sini.. agak ramai arr...hahahaha....


ramainya pelanggan....hihu~~~



k lah tu je kot!!!!....for me, today is Speechless Monday!!!..hahahah


As-Salam.




p/s: jom makan!!!..kuang3!!!

SUDAH ELOK!!!...

Hi semua....


apa khabar? *kerap betul aku mengkhabarkannya kan?...alar, korang jawab je ok...bis citer kan? hahaha..

okay la... sehari ke dua hari lepas aku ada post fasal page view aku yang tak bley nak tengok kan?... Alhamdulillah, selepas beberapa 'feefbacks' aku hantarkan ke Google, *boleh ke aku sebut alhamdulillah ni?.. hihu~~ semuanya telah menjadi ok... okay la kan?

Entry lepas aku bercakap fasal Pertandingan Gamelan Melayu kat UNISZA... beribu page view aku..haaa...amik!!!..takut aku....hehehahaha....*gementar.

hari ini, takde pepe yang menarik dalam hidup..cuma hati ni da nak balik umah da... hati da menyanyi-nyanyi nak baliik rumah....hahahah... seronok? MESTILA!!!!... apa lah yang akan mak aku masak nanti...hihu~~ *asyik makan je..mana badan tak besar kan?

tapi nak balik ni nanti..mak aku suh aku beli keropok da..*pesan awal-awal tu...hehehe..nanti mak aku kirim duit... tapikan aku sem ni memang la broke...seyes... tak tau apa aku belanja pun la... bangang tak?...adoi..pening.... pening...pening!!!...memang pening lau pikir bab duit ni kan... tak pernah nak cukup!!!...

*yang hebatnya..sem-sem lepas..takde la pulak macam ni...hihu~~



As-Salam.



p/s: nak sudahkan kerja semua!!!!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU PERINGKAT KEBANGSSAN 2011, UNISZA

Hi semua..

Pertandingan GAMELAN Melayu Peringkat Kebangsaan 2011( 29 - 30 Oktober 2011) telah pun berlabuh tirainya...

Kami di pihak UNISZA berasa sungguh berbangga, walaupun hanya dipilih sebagai venue namun, rasa bangga tetap ada di dalam hati. Pelbagai lagi boleh diperbaiki. Namun, apa yang di tunjukkan sekarang adalah cukup memberangsangkan. Aku sebagai salah seorang daripada students UNISZA, berasa sungguh berbangga dan gembiar sekali kerana dapat melihat pertandingan ini. 



Sebanyak 17 kumpulan GAMELAN seluruh tanah air telah mengambil bahagian, mereka adalah,

1. Gamelan SaGa Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
2. Gamelan Sangar Kirana, Universiti Teknologi Petronas, Perak.
3. Gamelan Universiti Pertahanan Nasional, Kuala Lumpur.
4. Gamelan BAYU Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak.
5. Gamelan Sari UiTM, Terengganu.
6. Gamelan Kuala Lumpur.
7. Gamelan GEMA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
8. Gamelan Indera Kayangan, Perlis.
9. Gamelan MASEnidaya, Kuala Lumpur.
10. Gamelan Asuhan Seni 1, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
11. Gamelan Atika Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
12. Gamelan Simfoni Lokananta UiTM, Dungun, Terengganu.
13. Gamelan Citra Nusantara, Universiti Pertahanan Nasional, Kuala Lumpur.
14. Gamelan Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.
15. Gamelan Asuhan Seni II, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
16. Gamelan PELITA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
17. Gamelan ConGA, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Ini adalah kesemua yang telah mengambil bahagian. Hebat sungguh persembahan mereka. Aku as usual, suka sungguh dengar muzik gamelan. Tidak ramai anak muda yang melihat gamelan, pelbagai usaha perlu diperkukuh untuk menerapkan inti muzik gamelan ini kepada mereka. Walaupun, muzik ini adalah muzik Istana, namun, ia perlu diperluaskan untuk menarik minat anak muda dengan mengadakan bengkel-bengkel dan lain-lain, kerana jika tidak ada langkah yang drastik diambil, maka ia akan lenyap.

Okay la... sudah la berpuitis tu....tak mau aku jadi macam tu ...hgehehe..

korang mesti nak tau kan siapa para pemenangnya kan? baiklah...pemenangnya adalah..

Pemuzik Terbaik:

Kategori Alat Muzik Gamelan Melayu Tradisional adalah

Pemuzik dari UNISZA - Alat Muzik Bonang.

Kategori Alat Muzik Gamelan Melayu Kontemporari adalah

Pemuzik dari ASWARA - TENGKU UMAR - Alat Muzik Bonang.


Anugerah Khas Juri adalah

Kategori Gamelan Melayu Tradisional - Gamelan SaGa UNISZA

Kategori Gamelan Melayu Kontemporari - Gamelan Asuhan Seni II, Istana Budaya


Kumpulan Terbaik adalah

Kategori Gamelan Melayu Tradisional - Gamelan Asuhan Seni 1, Istana Budaya

Kategori Gamelan Melayu Kontemporari - Gamelan ConGA, UNISZA.

Itu adalah pemenang-pemenang dan hadiahnya adalah amat lumayan dan jumlah keseluruhan hadiah adalah RM 71,000.00


Hebat bukan, namun, liputan media amatlah kurang. Tidak ramai yang hadir bagi memeriahkan aktiviti ini. Aktiviti yang hebat sebegini perlukan sokongan daripada rakyatnya. 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan berjumpa lagi!!! 



As-Salam.



p/s: masih terngiang muzik gamelan di telinga aku ni....

Sunday, October 30, 2011

GAMBAR MEREKA YANG NAK KENA TUMBUK!!!

Hi semua...

aku ada sesuatu yang hendak ditunjukkan.... harap korang sediakan bag muntah di sebelah dan menahan perut untuk melihat benda yang aku ingin tunjukkan ini. Okay?



Sedia???







sila scroll kebawah!!!!


















ada tak?








ada kan?







jap...







scroll lagi...











ini adalah gambar lelaki gila yang bangang serta hampas gas betul!! sial!!! mencik aku!!!..budus!!!!!

mereka ini adalah insan-insan tak bersalah sebelumnya...tapi bila da amik ggambar macam ni!!!... aku rasa nak tumbuk je..yang dua bawah ni ok la ku tumbuk kot..yang atas tu.mcm takut sikit... badan ketul2... tumbuk lari boleh la kot....hahahah





~~speechless~~




p/s: korang rasa nak tinggalkan komen yang pedas2.sila la....hahha...aku rela!!! kuang3!!! aku amik kat sini. BLOG NI!!

ENTRY MERAPU!!!

Hi semua...

hari ni aku bangun awal..!!!..hahaha.... pukul 10.30 pagi. Awal kan? okay la tu....dulu2 aku bangun lagi lambat...hahaha...takde la...selalu je bangun awal sebab nak matikan jam..lepas tu..tido balik....*sila cakap bangang! terima kasih...hahaha..

okay2.. hari ni...tadi da update entry da... em...lepas ni nak pergi main pulak. hahaha..

korang mesti wondering kan..kenapa most aku punya entry tak banyak gambar.. aku bukannya tak nak update gambar..kadang-kadang, aku tak jumpa gambar yang betul-betul menyerlahkan apa yang aku ingin sampaikan...hehehe...

okay la..malam ni ada lagi PERTANDINGAN MUZIK GAMELAN MELAYU 2011, dan beberapa lagi universiti dan wakil2 pasukan muzik gamelan akan membuat persembahan!!!. maka!! apa tunggu lagi..mari kita beramai-ramai pergi dan menonton muzik Istana Melayu ini. Masuk adalah percuma!!!..jom!!!  malam ini adalah malam terakhir...mari kita ramaikan penyokong muzik gamelan!!!...

 
semalam berangan wartawan..best jugak....



As-Salam.




p/s:Iklan ni percuma je...tetiba rasa tanggungjawab nak promote!!!.hahaha

MAKANAN MAHAL?

Hi semua....

sekarang ini aku berada di Kafe Halimatus Saadiah untuk perbincangan Research Methodology... da hantar da email kat sir... heheheh... nanti dia balas dan confirm baru kami proceed dengan segala data collection method. Hehehe.. best2!!!

rancangan kami nak collect data kat Mydin Mall, Kuala Terengganu je. Kami akan ambil mungkin 5 orang kot... tapi okay la... yeay!!!!...

sekarang ni.. aku tengah tengok kawan-kawan aku makan, aku da kenyang!!! erk!!!...hahaha...

aku makan hari ni sebanyak RM 6.00,  banyak ke? tak banyak la...


As-Salam.



p/s: sekarang ni penuh dengan rakan sekelas kat sini..best2!!!...suka!!!
p/s: makanan mahal? hihu...

MASALAH DENGAN PAGE VIEW!!! TOLONG AKU!!!

Hi semua..

aku ada satu kekeliruan di sini... apa bendanya???

haaa... kan kalau kita guna blogspot.. dia akan ada 'page view/count' tu kan... malangnya!!! yang aku punya page view count tu.. tak dapat nak tengok!!!.. adoiyai...sakit hati tau tak!!!..
bukan la sakit hati sangat...cuma nak tengok la page view berapa kan... ni tidak...asyik "0" je... benci la!!!..

aku nak buat aduan kat siapa ha??..tolong la aku!!!



As-Salam.


p/s: tolong la aku!!!

Saturday, October 29, 2011

SAGA UNISZA!!!

Hi semua..

 Sekarang ini Pasukan UNISZA SAhabat GAmelan (SAGA) sedang membuat persembahan.

Asyiknya aku dengar... ~~~hihu~~~ suka betul aku....hahaha...

Diorang membawakan dua buah lagu iaitu Togok dan *satu lagi lagu aku tak ingat...hahaha.



As-Salam.



p/s: tak ramai lagi yang datang.... masih banyak tempat duduk yang kosong.. harap malam esok lebih ramai yang datang.

PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN.

Hi semua,

sekarang aku berada di Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pertandingan Gamelan Melayu 2011, Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan selama dua hari dari 29 - 30 Oktober 2011. Ia dimulakan dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. 

 
mari kita lihat, siapa yang best..hahha


Walaupun bola sepak Terengganu lawan Selangor tapi itu tidak menghalang untuk orang ramai datang ke UNISZA. Ramai pasukan yang menyertai pertandingan ini. 

Pertandingan ini adalah anjuran Muzium Terengganu. Siapa yang tak pernah tau apa itu muzik gamelan, maka silalah Google... Jangan lah malu-malu untuk mengenali muzik gamelan ini. OK?

Kalau korang dengar sekali muzik gamelan ini, korang akan asyik mendengarnya. Macam aku ...aku suka dengar muzik gamelan.Best tau. Pertandingan ini adalah salah satu cara untuk menaikkan muzik gamelan itu sendiri. 

Untuk dua malam ini, aku akan updatekan fasal GAMELAN sahaja. Maka kalau korang suka muzik gamelan... silalah baca blog aku dan blog kawan aku. kitaorang berdua akan update dari dalam DABS ini. okay?



As-Salam.



p/s: Best kan? tapi malangnya..ada orang pulak nak ulas kat belakang aku ni..!!! pening!!!

DO NOT ARGUE WITH A WOMAN!!!!

Hye-All!!!

I have this one joke about Do not argue with a woman. and it *to me so damn funny. hahahaha.... Why don't you read this joke!!!



One morning, there is a couple went to have a picnic at the lake somewhere in United States of America. But, the husband was too tired and he decided to take a nap in the tent. The wife then takes their boat and short distance, anchors and reads her book.

After a while, a Forest Garden comes and he pull his boat alongside the woman and says,

"Good morning ma'am,What are you doing?"

"Reading a book," she replies.

"You're in a Restricted Fishing Area," he informs her.

"I'm sorry Officer, I'm not fishing, I'm just reading a book".

"Yes, but you have all the equipments. For all I know, you could start any moment. I'll have to take you in and write you up".

"If you do that, I will have to charge you with sexual harassment", the woman says.

"But, I haven't even touched you," says the officer.

"That's true, but you have all the equipments and for all I know, you could start any moment.".

"Have a nice day ma'am", and he left.

 
See.... 


Now you could see how women argue, they will always win. Hahahaha... so.. do not argue with women when they want to have a little peace. God!!.hahahaha...



As-Salam.



p/s: I took this jokes and read about this thing in here. Click here.

1 TAHUN, 1 BULAN DAN 2 HARI USIA BLOG AKU!!!

Hi semua...

pejam celik, pejam celik..*ada yang pejam tak celik2...tidur kan...

Blog aku da masuk setahun lebih. Lebih spesifik,

1 tahun, 1 bulan dan 2 hari...

itu la usia blog aku...dan termasuk entry ini, entry post aku telah mencecah 568 entries. Hebat? aku tak tau... dan page view aku baru je 16036 kali

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi follow aku, baca blog aku dan segala writings aku. kadang-kadang aku tak tau nak balas dengan apa... Kadang-kadang aku ada je rasa fed-up nak tulis blog sebab takde apa yang hendak ditulis... tapi bila tulis...banyak pulak bendanya..macam tu la bila menulis....hehehe....

Alhamdulillah... itu yang aku mampu ucapkan...maybe aku tak feymes...macam blogger2 lain yang hebat lagi menyerlah..mungkin bukan time aku lagi kot....tapi aku akan tunggu time itu... dan aku juga akan buktikan bahawa segalanya mungkin!!!.. ye!!! SEGALANYA MUNGKIN untuk aku... *macam tajuk lagu je...hahahah...

okay la... untuk entry ini aku tak letak gambar sebab.... aku memang tak nak letak gambar... 


As-Salam.



p/s: masih tak percaya aku mampu survive untuk setahun ni.. hebat jugak aku ni kan?..hahahha

DILEMMA MENJADI SEORANG BLOGGER?

Hi semua...

aku tak tau la orang lain kan....tapi aku sekarang ni amat BLLUURRRR!!!!.. like I have nothing to write about. Like seriously.. BLANK!!! *not point blanc ok...

erm... nak tulis fasal apa ek? adoi...ini adalah dilemma menjadi seorang blogger *consider sendiri.. ada blog je..write blog je jadi da blogger..aku la..hahaha...takde la.. sesetengah orang..kata blogger ni lebih lagi... *tetibe idea datang... sesetengah kata blogger ni..lau ada blog je jadi da blogger (ini aku punya definisi)... suka la kan...

tapi aku ok je pun... aku pun suka baca blog kawan-kawan aku... macam
dan kawan-kawan yang lain. Bukan apa.. kadang-kadang... apabila kita mula menulis... jiwa kita akan lebih berbeza. *perbezaan kat mana? haaa..itu aku tak tau.. mungkin la..mungkin tidak kan? tapi apa yang penting... kita semua menulis.. best tau menulis blog ni.. kita tidak akan hiraukan orang baca ke tidak.. ye la..kalau entry macam aku ni...semua entry syok sendiri (ESS) memang la...sapa nak baca kan? tapi adakah itu akan menolak aku untuk tidak menulis? tak! tidak sama sekali. aku akan terus menulis.. walaupun sesetengah mungkin berfikiran apa yang aku tulis itu adalah NONSENSE tapi tetap...hahaha...blog kita kan..kita punya suka la...Boleh macamtu? boleh jeeerrr....hahahah..

okay2.. tengok..da mula menulis, tentu ada idea yang hendak di sampaikan..cuma olahan adalah berbeza.. betul tak semua?

 
apa olahan anda terhadap gambar kucing ni?
aku? KIUTNYA!!!!


As-Salam.




p/s: blogger lain pun kadang-kadang pening jugak cari idea. 

Friday, October 28, 2011

HAEL SANI ARTIST BARU LELAKI TERBAIK?

Hi semua..

korang semua mesti pernah tengok Mentor kan? Ala..rancangan realiti tv yang diterbitkan oleh TV3....alar takkan tak tau...adoi..lau tak tau ...memang sedih la...hahaha

okay...korang ingat tak Jaclyn Victor, dia pernah jadi Mentor kan? okay.., masa dia jadi mentor tu... dia amik Erul AF tu dengan Sani kan? jadi dia punya protege tapi tak menang. Dorang berdua digabungkan dalam kumpulan EVO lau tak silap.

Dan sekarang aku nak fokuskan kepada Hael Sani. Itu nama pentasnya sekarang. 

Hael Sani adalah artis bawah Wake The Baby, Ajai. Budak2 Ajai la ni. bagus...

"Hael Husaini bin Razmi, anak muda yang baru mencecah usia 23 tahun.  Mula berjinak-jinak dengan membabitkan diri menerusi program Mentor Musim 3, menjadi anak didik di bawah jagaan Jaclyn Victor.  Setelah tamat program tersebut, dia yang lebih mesra dengan panggilan Sani, tidak mahu berpaling lagi dalam meneruskan perjalanannya di dalam industri ini.  Mula berbincang dengan komposer Ajai sejak setahun yang lalu, Sani mengambil langkah nekad untuk merakamkan mini album yang memuatkan 4 buah lagu.  Single pertama Sani mula dimainkan oleh stesen-stesen radio bermula September yang lalu.  Lagu ‘Seandainya’ yang dicipta dan liriknya ditulis oleh Ajai merupakan sebuah lagu balada yang sememangnya menguji kekuatan vokal Sani." 

Ini adalah petikan yang diambil dari Facebook Wake The Baby. 

ni pulak adalah gambar-gambar promosi Hael Sani.

 
hael sani.

 
hael sani.

 
hael sani.

ni ada cerita ni..aku dulu 'like' FB dia..pastu aku post.. "Are you Malaysian?"... lepas beberapa ketika.. aku pun macam malu pulak...rupanya dia Protege Jac dalam MENTOR!!! adoh!!! malu seh...but then after I listened to his voice, he has a very big yet soothing voice. His high notes are great and just know I listened to his "Seandainya" song. It was not memorable enough. You need to choose real songs. I mean, the song that could bring you to this cruel mainstream. I am no big man in music but I am the listeners., one of the listeners in Malaysia. You need to be more selective or maybe start write new songs with good arrangement. WHo knows right?
apa ni cakap lam BI lak?..hahaha...

lau korang nak like FB dia pergi la kat sini. HAEL SANI.


korang pun boleh cari lagu My All nyanyian dia..best jugak la..kat situ korang boleh tengok kemampuan dia bawak lagu tu. OK?


As-Salam.



p/s: nak mandi lak...

BOLA JARING KARNIVAL RAKAN MUDA UNISZA 2011

 Hi semua.... \0/ !!!

seperti yang aku uar-uarkan dalam entry ini, Click Sini.

aku telah pergi tadi untuk melihat team-team yang ambil bahagian dalam acara Bola Jaring. 

ni aku tunjukkan beberapa keping gambar mereka.


 
TEAM UNISZA!!!!

 
ni TEAM UITM PAHANG dan UMP!!!...
aku orang Pahang jugak...tetiba!!!


okay? cmne? ada trigger korang nak pergi esok? lau nak datang sok>? pastikan datang awal sikit sebelum pukul 9 la... sebab game mula pukul 9am (pagi la)... ok? datang la ramai2 ke UNISZA!!!


As-Salam




p/s: malu~~~

MUSIM TENGKUJUH SUDAH TIBA!!!

Hi semua....

aku hari ni lambat sedikit update, ye la bukan apa...kadang-kadang aku rasa macam letih je nak update.. takde bahan yang nak diupdatekan....hhahahaha..


okay2.... memandangkan hari ni adalah hari Jumaat, makanya, aku nak buat entry simple2 je. Ye la.kang buat entry panjang2 kang susah lak.... aku pun macam orang lain jugak..buat ..agak tak suka lau entry panjang-panjang tadi takde isi....hahaha.... ibarat karipap, besar, kulit garing tapi inti..ciput je...korang makan sampai habis tak? alu aku tak da....hahahha



ni adalah senario yang biasa apabila musim tengkujuh sampai....hahha


As-Salam.



p/s: jom tengok KArnival Rakan Muda IPT Pantai TImur 2011 di UNISZA

Thursday, October 27, 2011

KARNIVAL RAKAN MUDA DAN PERTANDINGAN GAMELAN DI UNISZA!!! JOM!

Hi semua.....

adoiyai..terlambat sedikit hari ini aku HUPDATE....hehehe..

bukan apa, cari maklumat yang sesuai lagi bermakna untuk dikongsikan....hahaha *ye la tuh kan...

 
logo U aku....yes!!!!.. 

ha.... aku ada dua maklumat penting yang hendka dikongsikan bersama.

makluman pertama.

KARNIVAL RAKAN MUDA DI UNISZA.

korang mesti tau apa itu RAKAN MUDA kan? takkan la tak tau UNISZA tu apa.. ia adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu. Okay? cukup informasi? hahahah..

Karnival ini dijalankan di tapak depan pejabat asrama. Pelbagai aktivit menarik akan dijalankan  seperti pembukaan gerai-gerai dan juga aktiviti sukan yang melibatkan hampir kesemua institusi pengajian tinggi awam. Jadi!!! apa tunggu lagi.. sertainya la... dan buat kawan sekali... berkawan dengan ramai orang ni tak salah tau. OKay?.. datanglah ke Universiti Sultan Zainal Abidin.

Ia bermula dari 27 - 29 Oktober 2011. Datanglah beramai-ramai. bersama-sama kita memeriahkan aktiviti ini. okay?


makluman kedua.

PERTANDINGAN GAMELAN PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNISZA.


 
alatan untuk bermain GAMELAN!!!

pertandingan ini diadakah di DABS, Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah, UNISZA. Ia diadakah selama dua hari bermula dari Jumaat ini, 29 - 30 Oktober 2011.

Sila la datang beramai-rami bagi memeriahkan pertandingan ini. Marilah kita bersama-sama memeriahkan dan memartabatkan muzik GAMELAN.. asyik tau muzik gamelan ni...best!!!

jom!!!  masih di UNISZA....datang tau!!! 

aku pun akan pergi esok!!! siap bawak kamera lagi!!!.hihu!!! snap snap snap!!!




As-Salam


p/s: lau yang dekat dekat dengan Kuala Terengganu tu, per salahnya datang... boleh dengar muzik GAMELAN!!! best!!! ting ting ting!!!

WANITA DAN MASALAH BAU BADAN!!!

Hoih!!!! 

eh!!! salah2.. hi semua.. apa khabar!!!???


aku ni bukan lah pembaca setia majalah WANITA ni.. cuma biasa-biasa je... *aku pun baca majalah WANITA tau... jangan tak tau dan diskriminasi pulak... den lompang laju-laju kang..hahah takde la....

okay2... baca punya baca dalam majalah WANITA yang baru beli ni... *cover dia adalah Wardina dan Diana Amir.. comel dan ayu je...cuma aku tak berapa suka sangat perempuan pakai tudung yang lekat kat kepala tu.. aku suka yang pakai tudung bawal tu.. comel sikit...

okaylah...

pada muka surat 42... ada tips dan petua...

tipsnya adalah Elak Masalah Bau Badan.

Korang nak tau tak diaorang tulis apa?

1. Benzoyl peroxide dan penyegar
2. Teh hitam
3. Rajin mandi
4. Menjaga pola makanan
5. Hindari Stress

Ini adalah point yang dibagi oleh WANITA... korang rasa ia fasal apa ek?


lau korang nak tau... beli la isu WANITA yang terbaru.... nak tengok covernya? meh aku tunjuk!!!

tengok...cantek tak?..

 
ha..amacam? cantik tak? nak sila la beli di kedai-kedai buku berhampiran...confirm ada..lau takde..cari kat kedai lain....beli tau!!! ada temu bual dengan TUN MAHATHIR dan TUN SITI HASMAH!!! Susah nak jumpa tuh!!!.




As-Salam


p/s: hahha..baru lepas tengok video aku rakam...huh!!!...kelakar...benci2!!!

Wednesday, October 26, 2011

SUAMI ISTERI PERLU BERTOLERANSI!!!!

Hi semua....

tujuan aku menulis untuk kali ini adalah untuk reminder kepada semua laki-laki di luar sana.

 
laki jugak akan bersedih jika tidak bertoleransi... cuma tak tunjuk je...hahaha

 
yang ni selalunya perempuan kena bertoleransi...

 
langit pasti akan cerah!!!

okay... kita selalu dok tanya kan... pompuan tu pandai masak ke? pompuan tu boleh basuh baju ke? erm dia tu pandai buat air ke lau aku kawin dengan dia nanti? dia tu boleh je sapu lantai? dia tu boleh ke masak ciken chop nti? pompuan tu itu, pompuan tu ini.. *maaf guna pompuan.... sepatutnya aku guna wanita kan?...sorry.

cop! cop! kenapa kerja-kerja tu kena perempuan yang buat? *aku lelaki sebab tu aku post benda ni...

aku buat jugak menda tu semua dan ia takde apa-apa effect kat aku pun.. aku pun basuh baju guna tangan, aku masak, aku buat air... sebab apa? mak aku pada kecil lagi da dedahkan aku dengan semua ni, aku berterima kasih sangat la dengan mak dan ayah aku kerana dedahkan aku dengan semua ni, ye la... cuba korang bayangkan.. Anna kawin dengan Bujang, lepas tu.. Anna asyik buat kerja rumah semua... Bujang balik umah goyang kaki *sebab lepas balik kerja. itu aku rasa tak adil sebab memang la wanita duduk dirumah untuk buat kerja rumah lau tak kerja.. tapi takkan suami tak boleh nak tolong langsung. Sama-sama la kan.. baru la best..

sebagai contoh, lau memasak makan malam ke, lau isteri je masak sorang-sorang mesti sunyi kan? kan bagus lau suami tolong isteri masak, sambil tu boleh perbaiki hubungan atau merapatkan hubungan antara suami dan isteri. Tak gitu? Mesti la buat kerja sama-sama kan? takkan time malam pertama je nak buat kerja sama-sama kan? dan malam-malam pertama yang kedua, ketiga dan lain-lain malam. Adoi...tak ke susah macamtu.... kan?

Aku walaupun belum ada apa2.. aweks pun takde lagi...tapi bukan nak cakap lah... aku tau relationship is tough..tapi kita kena toleransi. kan? macamne nak toleransi? itu perkara agak susah... sebab salah satu pihak kenalah mengalah. Mengalah bukanlah sesuatu yang mudah sebab ia memerlukan segala kekuatan mental untuk mengalah. Tapi dalam rumahtangga mengalah adalah salah satu daripada cara untuk bertoleransi.. betul tak? *bagi yang berumahtangga la...

jangan pening2....cari jalan untuk berbincang dengan baik...


aku tengok melalui perbincangan, mak dan ayah aku.. tu je la sumber aku..hehehe...betul da rasanya.

 
Anak-anak akan gumbira melihat mak dan ayahnya bertoleransi 


As-Salam



p/s: masih mencari...

PLUTO BUKAN PLANET LAGI!!!

Hi semua...

kawan aku cakap fasal planet dalam dia punya blog.. tapi aku nak ulas lagi kot.. nak bagi penerangan yang memadai tentang apa yang cuba diperjelaskan...okay?

Lau korang nak jenguk blog is.. sila click sini.

Dia cakap sal satu planet yang tidak lagi dipanggil planet sebab planet itu MERAGUKAN para saintis. *maaf aku bukan saintis... dorang pun pening dengan planet ni.

 
ini adalah ilustrasi PLUTO.


Planet ini adalah PLUTO. Nama Pluto itu diberikan oleh seorang budak *masa tu la.. sekarang dia da takde da... nama budak itu adalah Venetia Burney ( 1918 - 2009). Budak perempuan. Dia minat dengan Greek Methology, so, dia terjumpa nama Pluto yang membawa maksud God of Underworld, yang mana dark dan cold. Jadi macam kebetulan je kan...Pluto tu jauh dengan Matahari jadinya SEJUK la kan..gelap... sama kan? Venetia bagi cadangan tu kepada datuknya dan pada March 24, 1930, planet X tu pun dinamakan Pluto. Hebat tak budak ni? hebat kan?

okay. kita masuk ke isi yang penting.

Sebab apa Pluto tidak menjadi PLANET dah?

Ini adalah penjelasan yang mengatakan Pluto bukan lagi satu planet.

"Astronomers estimate that there are at least 70,000 icy objects, with the same composition as Pluto, that measure 100 km across or more in the Kuiper Belt. And according to the new rules, Pluto is not a planet. It’s just another Kuiper Belt object."

Ini diambil dari UniversityToday.com

Itu hanyalah salah satu daripada pelbagai penjelasan yang mengatakan Pluto adalah bukan planet. Ini kerana, setelah beberapa tahun lamanya, pelbagai jenis bintang dan object yang menyerupai karakteristik sebuah planet ada di angkasa. Angkasa adalah satu tempat yang luas. Pelbagai jenis bintang, planet mendiami dan berlegar di angkasa. Cuma kita tidak tahu. 

"Even though Pluto is a dwarf planet, and no longer officially a planet, it’ll still be a fascinating target for study. And that’s why NASA has sent their New Horizons spacecraft off to visit it. New Horizons will reach Pluto in July 2015, and capture the first close-up images of the (dwarf) planet’s surface. 

Space enthusiasts will marvel at the beauty and remoteness of Pluto, and the painful deplaneting memories will fade. We’ll just be able to appreciate it as Pluto, and not worry how to categorize it. At least now you know why Pluto was demoted"

Ini pula bukit lain mengatakan bahawa Pluto adalah bukan planet. 

okay, ini pulak komen aku. 

Aku bukan tak nak amik tau fasal ini,. cuma mengikut pandangan aku yang agak cetek dalam bidang KAJI BINTANG ni,, aku rasa, Pluto masih lagi salah satu daripada planet dalam orbitnya. Cuma ia jauh, tapi aku tidak adalah segala alat untuk memastikan ia planet. Pemikiran kita di bentuk oleh mereka yang mengetahui. Kadang-kadang adalah bagus untuk lebih berfikir dan memikirkan apa yang perlu untuk memperbaiki diri. Dalam hal ini, cuba kita berbalik kepada Al-Quran, mungkin kita akan dapat jawapannya. Who knows kan?

 
Pluto di sisihkan...hihu~~~

Charon, Nix and Hydra adalah dalam Orbit yang sama dengan Pluto.
jauh dari matahari.


Link untuk rujukan.


As-Salam.



p/s: kena banyak lagi membaca aku nih!

SEGMENT : BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Hi semua...

Encik BEN ada buat segmen baru... mula-mula tadi terfikir tak nak buat /join segment ni....tapi fikr2 balik.. alah.... bukan rugi pun kan join...betul tak? 

Encik BEN kemukan beberapa syarat.. ala... senang je syaratnya.... 

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER , kemudian linkkan ke entri ini.
  3. Ceritakan serba sedikit mengenai blog anda dan kenapa anda berblog
  4. Siapakah idola di dunia blog ini ?
  5. Siap.. tinggalkan url entri anda di ruangan komen entri ini..

Lepas tu dia tanya fasal serba sedikit fasal dunia blog dan kenapa aku berblog....

menda ni aku da cerita lama dulu dah..tapi Encik BEN tnya....jawab je la kan..(macam cikgu da).. hehe... aku suka sebab aku suka menulis..dulu aku tak suka menulis...tapi sekarang ni aku suka menulis..blog da macam medium untuk aku melepaskan segalanya...* urm..tak jugak sebenarnya... kadang-kadang aku rasa benda yang patut aku simpan..aku simpan jugak...hehehe...lau tak patut tu...aku luahkanlah...hahahaha... 

aku mula blog ni tahun 2010.. da lama da... ada dah setahun da aku rasa... *cuma tu la....hahaha...masih mencari-cari identiti yang sebenar dalam berblog ni... ala aku rasa semua manusia dalam dunia ni masih lagi mencari identiti memasing... untuk yang da berjumpa tu okay la..bagus la... yang belum macam aku ni... ~~~hihu~~~

macam aku tulis kat atas tu aku berblog sebab aku suka menulis...lagi satu sebab aku berblog adalah, aku suka baca blog orang lain.. tu je la..heeh

ditanya pulak sal idola.. aku sejujurnya... ada ramai idola... cuma malu la nak sebut takut nanti kata aku kipas-kipas pulak..urm...malas la...hehehe...*boleh kan?

okay...tu je la....



As-Salam.



p/s: follow la blog aku ek - ayat selalu guna masa dulu-dulu....hahah.sekarang jarang da guna...

BLOG PILIHAN AKU...

Hi semua....

tadi aku try update.. tetapi tak tau kenapa tak kuar..pedulik la....buat yang lain...

entry tadi nak promote satu blog keinsafan ni.. best lau baca....korang try click.

ni nama dia...korang click je kat nama tu...



best tau....jangan tak baca pulak....rugi..


As-Salam


p/s: aku banyak baca jugak artikel dalam tu....

MARI DENGAR AKU PUNYA SUARA!!!

Hi semua.....

aku ada buat satu project ni...hahaha...

project record suara...suara nyanyian la...huahuhauha...

nti korang try dengar ek...kot2 la ada bakat ne tau kan....haha...tapi suara ni tanpa music...hahaha...

*banyaknya aku ketawa...adoi..pening!!!
ni lagu yang aku nyanyikan!!! dengar tau!!!






"Someone Like You"

I heard that you settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead." 

hehehe....
lau sedap post kat komen..
lau tak sedap pun post kat komen...

thanks....hahaha



As-Salam

lagi satu...gambar-gambar yang aku letak tu....gambar kawan-kawan aku..ada je yang aku tak letak sebab aku pun main letak je gambar yang ada...huahuha... lagi satu... aku memang nak cepat upload..so...sorry ek lau takde tu..nanti aku buat lain...dengan lagu yang lain...hahahah


p/s:  di penghujung lagu tu macam menangis kan? tu teknik tuh....hahah...cying in singing the song...hahaha

p/s: lagu ni memang takde mengena dengan gambar..kawan aku kawan yang baik..takde gantinya...setiap kawan mempunyai ciri dan karakteristik yang tersendiri....love you all.

p/s: ada mumble tu sikit..sebab tak pandai nak sebut..hahaha

HURU HARA KEHIDUPAN AKU!!!

Hi semua...

weh..!!! agak lama betul aku tak update entry....sek bek tak bersawang blog aku nih....hahaha...

okay2... aku nak cakap fasal sensitive hari ni..boleh tak? sensitive tak korang nak baca blog aku ni? tengok tuh...adoi...jangan la macam tuh.. okay? baca la dulu.... 

 
comel tak kucen ngn mak dia....comel kan? jeles!!!


okay..lau cakap bab sensitive ni sebenarnya..aku la orang yang PALING sensitive sekali ye la bukan apa... kengkadang kita maaf, aku ni bukan nak dengar cakap orang..kadang-kadang aku ni cakap main cakap je? adoi? apa kena mengena ni AKMAL WEH!!!.... okay.. balik2 ... aku ni yang paling sensitive sekali... ye la kadang-kadang orang cakap je padahal, ingat cakap sal aku? boleh? sengal kot..aku ni...hahah..

tapi sengal-sengal pun ada jugak la kot baiknya..hahah...itu pendapat masing-masing la nak cakap aku baik ke, jahat ke..lau aku baik. baiklah....lau jahat aku..jahat la...aku bukan tak kisah cuma...dalam hati kan..takkan nak tunjuk sangat... aku pun tau jugak malu.. *sensitive..tengok? sensitive tak aku? adoi..cuma tu la... aku harap aku nanti bila da kawin... kahwin? adoi..bila tah.. mak aku macam bagi hint je..suh aku kawin..haha.. biar lantak... malas lagi aku nak fikir.. kuang! kuang! kuang!... cuba buang K tu.. jadi apa? uang! uang! uang! kan?  wang!!! duit!!! mana ada duit lagi aku ni...walau calon da ada *ada ke?.. sudah!!! jangan ditanya!!!...kang makan mouse lak...

tengok!!!? ni disebabkan oleh lama sangat tak update ni...jadi macam bangang je aturan idea... tulis je apa yang difikirkan.. ibarat kata apa yang aku pikir terus aku salurkan ke blog la.. *ya Allah..bercelarunya pemikiran aku....pening!!!...hahaha....


kalau-kalau korang rasa tajuk mula-mula tadi tu tak dijelaskan dengan baik, sila la maafkan aku...sebab aku memang macamtu...selalu je distract dengan sekeliling....sengal!!!



As-Salam.


p/s: dengar lagu Yuna... *salahkan Yuna...hahahah