Nuffnang Ads

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT DATANG TAHUN 2012

hi semua...

aku rasa baru semalam aku update entry tahun baru untuk tahun 2011.. sekejap je kan masa berlalu...

amboih... semua pakat hapdet fasal tahun baru!!! aku pun nak jugak la...

2011.

Em banyak perkara yang berlaku pada tahun 2011. malas nak cerita... yang lepas jadikan sempadan.. *bukan dapur tanda sempadan..hehehe...*ni blog masak2..

2012.

Wah!!!!!!!!!! lagi banyak menanti weh!!!

antaranya:

- aku tahun depan graduate.. InsyaAllah...      amin..
- tahun depan aku kurus.. InsyaAllah.... amin *kenapa korang gelak??
- aku nak kahwin da.. hehehe..*kenapa gelak lagi??

kawan aku ada je buat azam baru... aku bukan tak nak buat.. cuma.. biar la aku sorang je yang tahu... malu nak cakap... sangat malu.

kawan aku punya blog ni dasat.. kamu semua nak tengok? Mari... BLOG DIA.

korang click kat Blog Dia tu... bukan tentang Dhia.. yang ni tentang Dia.. hahahaha...

ok2.. aku nak study dulu ni..sebab sok adalah hari Exam aku dan kawan-kawan yang pertama.. Selamat Berjaya Semua.. semoga lulus dengan warna yang terbang.. *cuba translate..mesti betul..hehehe.. English la.... adoi...

Berdoalah kepada-Nya supaya hidup kita diberkati..amin.


aku juga ingin berubah.. moga2 perubahan aku berkekalan. Amin.



Assalamualaikum WBT.


p/s: aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit.

Friday, December 30, 2011

KUKUHKAN AKIDAH KITA, JAUHI AGENDA YAHUDI!

Hi semua...

Alhamdulillah, Syukur kepada Alah S.W.T. kerana dengan limpah nikmatnya aku hari ni dapat lagi bernafas udara-Nya yang memang tak payah bayar. 

Hari aku nak buat entry muhasabah diri hari ni. Boleh? *mesti la kan.. kadang-kadang kita kena muhasabah diri kita yang hina dina disisi Allah ni kan? bukan senang nak muhasabah diri... Alhamdulillah.

aku suka gambar ni.. aku amik guna VGA cam je...hehehe


Okay, tadi aku pergi masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah, hari kitaorang pergi agak awal lah... *awal la sikit daripada  selalu-selalu... hehehe... okay.. hari ni.. Imam berkhutbah fasal Lalai *aku amik gist khutbah tu la eh?  Imam cakap tadi, kita jangan lalai. Sebagai umat Islam, hendaklah kita berusaha untuk menunaikan segala ajaran Islam. Kenapa pak Imam cakap macamtu kan? sebab, dalam dunia ni kita bukan seorang, ada satu kaum yang menjadi musuh Islam iaitu Yahudi. Mereka memang selalu mencari jalan untuk memusnahkan SELURUH agama di dunia ini kerana mereka memang kaum yang angkuh dan mereka mengaku sendiri bahawa mereka adalah kaum yang cerdik, bijak, pandai. Aku pun akui mereka memang bijak..pandai cerdik.. DALAM MEMUSNAHKAN DUNIA INI. Mereka mempunyai pelbagai agenda dan salah satunya adalah untuk melihat dunia (umat manusia) ini TUNDUK kepada mereka dan bernaung dibawah satu agama, Iaitu agama mereka. Inikah yang kita mahukan? tidak bukan. Jadi, tadi mimbar masjid UNISZA menyeru kepada semua Muslimin yang ada supaya tidak mengikut apa yang disarankan oleh Television kerana, television adalah salah satu daripada alat untuk menyebarkan agenda mereka. Begitu juga dengan internet. Alhamdulillah, jikalau anda semua memang tahu untuk bezakan antara yang baik dan buruk, alhamdulillah aku ucapkan kepada semua. 

Namun, mungkin ada yang tidak sedar akan agenda Yahudi ini, ok.. aku nak tanya, Sapa minat lady gaga? aku juga minat semua lagunya. Aku faham maksud lagunya. Setiap liriknya mempunyai maksud yang terus menjurus kepada Keserataan, Agama Yahudi dan perkara yang melalaikan. Tapi ini tidak bermakna kita kena ikut apa yang tertulis di dalam lagu tersebut. Lagi satu, Lady Gaga? Dia naik mendadak dan mempunyai rangkaian lagu yang banyak. Menjadi siulan anak-anak muda kan? korang tak pelik ke melihat akan perkara itu? aku pun sering kali terfikir. kenapa setiap lagunya, MESTI akan naik carta dan POPULAR? adakah Lady Gaga juga salah satu daripada alat yang digunakan oleh Yahudi dalam menyebarkan agendanya? mungkin ye, dan mungkin juga tidak.

Terdapat pelbagai simbol, lakaran dan lain-lain terdapat di dunia ini yang menjurus kepada agama Yahudi. Dakyah mereka. Dusta. Jadi, kita perlulah kuat untuk menolak segala dakyah Yahudi yang sesat itu. Kita hendaklah sentiasa cuab untuk mengukuhkan pegangan dan akidah kita. Jangan terpesong dan mudah terpedaya dengan segalanya yang disebarkan Yahudi. 

Alhamdulillah, aku sudah sampaikan apa yang terbuku dalam hati aku. Aku juga sedang mencuba untuk memperbaiki diri aku sendiri. Tolong ingatkan aku?



Assalamualaikum WBT




p/s: aku masih mendengar lagu-lagu barat, tapi imam tu kata tadi, dengar takpe.. jangan terlalu mengikut. Ingat Islam.

Thursday, December 29, 2011

TUNAIKAN AZAM TAHUN LAMA KORANG TUH!!!

Hi semua...

wah!!!! tak lama lagi tahun baru Inggeris dan datang... Tahun baru dalam Islam dah lepas da ritu.. kan? okay? tahun baru? kalau cakap sal tahun baru ni kan... macam2 korang boleh terjemahkan... tapi ada satu yang memang semua pakat bersepakat nak setuju.. apa itu?? haaa... AZAM. 

AZAM. Maaf bukan kawan korang nama AZAM ke.. or.. sapa2 la.. maaf MEMANG bukan nama orang ok.. hehehe... bila ask sal AZAM mesti ada yang gelabah la... hahahaha...  ye la.. sebab pikir apa azam yang tak tercapai tahun-tahun yang lepas!!!..jhahahaha.. *maaf.. ini berdasarkan pengalaman.. hahahah.. kwang2.. korang nak buat azam apa pulak tahun ni? baik korang pikir balik azam korang untuk tahun yang lepas2 tu.. tunai kan.. okay? lagi best serta bagus.. hehehehe...

okay2.. aku nak sambung baca buku ni.. jadi? korang Goodluck study okay? sebab ni da nak final exam da.. okay?



Assalamualaikum WBT.


P/s: nak makan Bihun Sup lak!!

Wednesday, December 28, 2011

CARA-CARA NAK SCHEDULE-KAN ENTRY.

Hi semua....


kadang-kadang.. aku ni memang malas nak update sebenarnya... jadi!! jalan penyelesaiannya adalah!!!


aku tulis dulu.. lepas tu baru publish.. boleh? korang nak tau macamne?..okay.. lau nak tau.. sila ikut steps bawah ni.. okay?


Step 1.

Tulis la dulu kan. tulis la bebanyak dulu ke.. macam buat research sikit ke.. kan? okay? da tulis?.. lepas tu... korang tengok kat tepi korang tu.. belah kanan tuh.. ada tak "Schedule"... lau ada.. *mustahil takde kan...hehehe..


Step 2.

Korang klik kat "Schedule" ... lepas tu.. pilih kat situ macam gambar ni...





Step 3.

Korang boleh pilih msa yang korang nak publish tu... dan kat bawah tu jugakk..korang buleh pilih haribulan yang korang nak publish hasil kerja korang tuh... okay? 



 
Step 4.

Lepas korang da buat benda tu semua.. korang boleh la Click "Done"


Step 5.

Da pilih.. korang click "Publish".. memang dia publish.. tapi di"scheduled"kan da.. so.. korang tak yah risau la. Korang publish je la korang punya hasil karya tu.



Pesanan: kalau tak menjadi.. korang try la lagi. kan boleh edit entry kan? so... manfaatkannya... lau tak paham.. buleh antarkan email kepada aku.. akmall_kiut@yahoo.com okay? aku akan layan email korang... *bajet blogger feymess!!...



Assalamualaikum WBT.


p/s: suka dapat tolong orang kan?

JALA MAS! MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN!!!

Hi semua.... 

korang pernah makan tak kuih JALA MAS? haa.... sebelum pepe.. biar aku tunjuk gambar kuih ni dulu... okay?

Jala Mas

Jala Mas
ni kawan aku yang belikan masa dia bali ke Kelantan.. memang Kelantan je ada benda ni.. jadinya.. kepada sesiapa yang mengidam dan nak makan benda ni.. kena la pegi Kelantan.. baru best sikit.. 

Mengikut cerita yang dipersetujui ramai, kuih Jala Mas ni dulu adalah makanan Kerabat Diraja.. memang untuk makan Orang2 Istana je... tapi sekarang.. okay je.. aku rasa kuih ni agak mahal.. sebab banyak lak tu.. thanks WZ Fadhlan... muah2!!! lau tak silap aku ia diperbuat daripada Kuning Telur Itik.. ni la baru first time aku makan.. dulu aku ingat kuih ni hanyir.. *macam bau telur la kiranya.. tapi bila da makan!!! hambek kau!!! sedap pulak!!!! adoi.. hahaha...


okay la... aku nak cari maklumat ni sikit.. untuk buat entry lain.. okay?

*sapa cakap blogger tak perlu buat research?




Assalamualaikum WBT.


p/s: hihu~~~ nantikan entry terhangat aku!!!

REVIEW FILM : AKU BUKAN TOMBOY.

Hi semua...

semalam aku berpeluang untuk menonton cerita Melayu 'AKU BUKAN TOMBOY'... lakonan Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, Zarina AF, Salina Saibi, Shamsul Yusoff dan lain-lain pelakon lagi...

Well2.. korang baca tajuk pun da tau kan apa sebenarnya cerita ini berkisar? kan? fasal kehidupan tomboy dan pengkid la.... cerita ni diklasifikasikan sebagai certia Komedi.... jadi ceritanya tidak la berat dan memang best.. la... 3/5 bintang aku bagi... mana lagi dua bintang tu? 

dua bintang lagi hilang kat lesson yang patut diselitkan dalam cerita ni.. memang ada lesson tu.. cuma tak kuat.. itu je yang aku boleh katakan... lagi satu.... kelemahan film ni.. *aku tengok ni sebagai penonton... bukan sebagai pengarah ke hapa... sila note that.. okay?  lagi satu.. cerita ni... tak ada ending yang agak best.. dia biarkan ia tergantung je.. aku lebih suka kalau ada ending yang kukuh dan tidak membiarkan penonton tertanya-tanya... *watak Harun Salim Bachik.. memang menjadi!! best! 

ini aku ada selitkan gambar untuk korang tengok.

suka tengok Scha... versatil!!!


okay... cerita ni ada jalan ceritanya yang tersendiri.. aku agak suka.. dan lakonan para pelakon semua memang berkesan dan bagus.. aku suka..tapi setahu aku.. cerita ni tak se-hot cerita Shamsul Yusoff yang lain.. bagus jugak kan mencuba.. at least dia boleh variasikan filem arahan dia sendiri kan? cari pengalaman... *tu menang banyak anugerah tuh!!!..hahaha.bagus2..

ini pulak beberapa gambar yang DIKATAKAN AMY AF3 menjadi pengkid dan bercinta dengan wanita shantekk!!! adoi...sedih!!!

memang ada iras muka Amy pun..tah ler...





yang ni memang.. memang AMY senyum macamni.. perrggghh~~



Assalamualaikum WBT.



p/s: lau korang nak? datang kat aku bawak pendrive korang.. aku bagi free je kat korang..hehehe..

MAMPUSLAH KAMU! BONGOK!

Hi semua...


tadi aku go through beberapa buah blog.. aku sebenarnya suka je baca blog orang lain... lagi-lagi blog yang feymes..hahah *baca blog feymes jew..kwang2...hahahah... takde la..tipu je..hehehe

sambil2 belog walking tuh... jumpa lak gambar durjana ni!!!




macam celaka je mamat tiga ekor ni!!


ni lagi la.... buduh!!!



bodohkan? aku rasa nak bunuh je mereka2 yang buat macam ni...

aku terlupa lak nak letak link.. sebab aku download.. lepas tu aku lupa nak savekan nama blognya.. tapi lau korang nak g tengok.. cuba taip AKUSTRESSGILER. lau ada link blog kat situ... haaa.. tu la.. memang blog tu macam-macam ada... macam-macam...

banyak info blog tu.. mostly on pictures la.. aku suka tengok pictures macam-macam.. huahuahuah....



Salam.


p/s: korang jangan buat kerja macam ni.. lau tak.. aku pancung korang...hehehe..

CHEN LONG THE BADMINTON PLAYER!!!

Hi semua...

ini entry ni sal seseorang... korang nak kenal tak seseorang ni? kalau aku cakap perkataan Badminton.. korang mesti buat banyak tekaan kan? hihu~~ tapi macam tu la... korang mesti suka nak teka-teka ni kan? hahaha...

chen long with Bao Chun Lai...


chen long....in action.

Chen Long shirtless...

Winning Chen Long..

CHen Long in Action...


baiklah.... tanpa aku berselindung lagi... aku ada adik sebenarnya.... malu la nak cakap... sebab adik aku ni feymes sungguh.... namanya... ehem-ehem!! CHEN LONG!! haa... tengok!! aku tahu korang mesti kata aku perasan.. aku tak tipu.. memang betul pun...hihu~~ dia pemain badminton yang agak terkenal sekarang ni... memang baru meningkat naik dalam arena badminton..


al-kisahnya macam ni... dulu masa parents aku bawa aku melancong ke China *pergi pun tak pernah!! berangan!! hahahah  Chen Long telah manjadi adik angkat aku... CHoi!! tak pernah pun Chen Long tu kenal aku... aku ni? cakap Mandarin pun tak pandai... hahahaha.. sengal je kan?
tak pe lah.. nak buat macamne kan? kami telah terpisah lama.. dia handal main badminton.. aku lak? pandai juga la... boleh la sikit2...hahahah...sengal!!




Assalamualaikum WBT.



p/s: Saje je ek gurau2... jangan marah...hihu~~

SELAMAT EXAM SEMUA!!! BEN 1,3,5 DAN 7!!! GOOD LUCK!!!

Hi semua....

aku ni memang suka update pukul 2 -3 pagi ni...adoi...sengal je... macamlah ada orang nak baca kan? hahahha...sedih betul aku..kwang2...

hurm... aku ni sekarang sebenarnya dalam tempoh study week. cuti la kiranya.. dan dengan objektif cuti tu di manfaatkan dengan membaca buku serta membuat ulang kaji dan juga menyiapkan kerja yang tak siap... malangnya.. kawan-kawan aku semua.. *erm.. tak semua.. 5 orang ni.. main CS... kalau korang tak tau CS tu hapa? mari aku detailkan.. CS tu adalah permainan game yang memang Feymes.. nama penuhnya.. Counter Strike... kwang2.. 
aku dulu main jugak.. lepas tu.. bila aku main..macam okay la kan.. masuk masuk je dalam game tu *masa tu mula-mula main.. tak tau pepe.. aku masuk je kena bunuh.. masuk je kena bunuh.. adoiyai.. sengal je.. aku pun amik keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan aku yang memang sia-sia.. hahahha.. padahal memang aku tak pandai main pun..hahahaha...sengal je.. 

baiklah.. kumpulan yang main CS ni ada beberapa orang..

nama pemainnya adalah

PZ,
NAED,
Babi-Hunter,
Ayie-Hugo,
Qalim-Astria,

dan sorang lagi...
Ralf *tak dapat hadir... atas sebab yang concrete..hahaha..aku pun tak tau sebabnya apa.. kwang3..


dorang ni semuanya classmates aku... aku? aku main apa? aku main Plants VS Zombie je..hahahaha... dan Angry Bird.. itu pun tak habis.. hahahha...


Kerja? tinggal lagi satu je... Research Methodology (RM)... hihu~~ akan aku siapkan tepat pada masa yang ditetapkan..hahaha.... *nak baca journals ni...hehehe...


Selamat menghadapi peperiksaan wahai BEN 7 dan juga BACHELOR OF ENGLISH (BEN 1, BEN 3, BEN 5)... Good Luck!!!

classmates ku dengan madam Azizah Yusoff...suka.. cari la aku kalau jumpa...hahahahha...





Assalamualaikum WBT.


p/s: hihu~~ sakit perut lak sebab minum air water cooler tadi...hehehe...

Monday, December 26, 2011

MCD'S PROPERITY BURGER. YUMMY!!!

Hi semua...


apa khabar?.. mesti kamu semua sihat kan? Alhamdulillah..aku pun sihat jugak.. cuma.. tadi luka terkena tingkap sebab aku bersihkan tingkap...hihu~~ lukanya agak dalam.. malas nak tunjukkan kat sini.. takut makin ramai lak yang tak datang jenguk blog aku ni nanti...hahaha..

okay la..

aku ni baru je balik dari bandar.. amik kawan aku... hihu~~ 

malam ni sangat suram..  erm...tah la..

sedap... aku makan...hahaha



Perut da kenyang... Thanks Belle for the treat.. nanti sem depan aku lak belanja mu...hahaha..buleh? sebab sem ni..memang takde ongkos da..hahahah...  erm... dari makan prosperity burger je.. lama tak makan.. aku ada alahan la kat burger..aku tak pandai nak makan burger2 yang besar2 ni.. tak pandai nak masuk mulut.. hahaha... mana2 buger la.. memang aku tak pandai.. aku selalunya makan burger satu demi satu. MEANING, aku makan roti atas dulu.. lepas tu.. roti bawah... then, sayur , lepas tu.. barulah makan daging... baru nyaman... hahaha

best?? sangat!!

korang lak cmne>? ke korang sumbat satu semua keseluruhan burger tu? pergghh.. hebat!!! kagum ku... ku kagum...


Da la.. aku nak buat kerja ni..

Assalamualaikum WBT.



p/s: kenyang peyut tetibe je gantuk..hahahah

SEMOGA SI KECIL DAPAT MELIHAT DUNIA INI. AMIN

Hi semua..

apa khabar? baru semalam aku update sal aku dapat anak sedara baru... dan hari ini aku dapat panggilan dari Akak Cik (kakak aku) yang anak sedara aku (anak Akak De) ada masalah dengan jantung dan akan diproceed ke Institut Jantung Negara. 

bayi akak aku yang barusia 2 hari...

Aku remind diri aku yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bayi yang baru berusia satu hari didapati sukar bernafas dan sekarang seluruh badannya dipenuhi dengan wayar dan juga alat bantuan pernafasan. Hurm... dugaan bagi keluarga kami semua. 

Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah berdoa kepada Allah supaya semoga dipermudahkan segala urusannya. Semoga si kecil dapat melihat dunia ni. Amin.

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan si kecil ini.. terima kasih.


Assalamualaikum WBT.


P/s: semoga bayi kakak aku selamat . Amin.

ANTM CYCLE 16 HANNAH JONES

Hi semua...

apa khabar?? adoiyai.. lama betul aku tk update blog... *padahal beberapa hari lepas baru je aku update..hahahha..kelas!!

well2... erm.. aku nak update sal seorang model ni.. pergghhh!!! memang shanteekk!!! perrgghhh!! meleleh air liur.. hahahha... she was coming from a Reality Television. famous one in America.... called America's Next Top Model ... dia memang cantik.. *pada mata aku la.. korang aku tak tau... hahahaha...

nama empunya badan adalah Hannah Jones..  America's Next Top Model Cycle 16... she was the Second Runner-Up., plus.. she was a gymnast before.. that is why she got pretty body there..

she is is the middle...

Long legs...hahaah..nice..

Good angle..hihu..

Winter princes...love..
 
Tengok..lau dia ni jadi aweks aku...pergghhh!!! memang la.. memang korang akan jatuh la dagu la..hahaha... suka2!!! 




*Takde salam...hehehe



p/s: love her very damn much....

Sunday, December 25, 2011

WHO IS THE FAT GIRL NOW???

Hye everyone!!!

If I mention this one name to you, you would be very pleased because you know this person. She is a singer and well.. she is she (obviously) not he. She has incredible voice and LONG TIME AGO she was on the top and she was also named the Blue Eyed Soul Singer. What a enormous title given by people to her. She hits the highest notes. She had a very good image but then in the middle of her top years.. she became a little *not a lil bit.. but she became a DIRTY big momma..!!  well... she is BIG now. Yet, I am a big fan. I do have her album especially the Burlesques Album. She sang in there.

Let me show you her picture then and NOW!! hahahah

She is total slim here...haha

but then..in here.. GOSH! she is getting bigger
Well2.. this is the WORSE!!!

Well2.. PICTURES DO SPEAK A MILLION WORDS!!!!.. hahahaha...



p/s: speechless!!! btw.. Christina Aguilera did had a bad mouth on a celebrity... Kelly Osbourne.. she said that Kelly is FAT... hey!! look who is FAT right now..hahaha

Saturday, December 24, 2011

TAKDE IDEA NAK UPDATE? SILA BUAT INI!!!

Hi semua...

roti canai? apa kaitannya?

lama jugak aku tak update. Kadang-kadang takde idea nak update apa... kan? korang pernah tak rasa sebegitu? pelikkan... time bercakap, banyak je idea yang keluar melimpah ... tapi bila nak tulis tu... Ya Allah.... kemain susahnya... hahahah...

okay2.... aku ada je dapat pesanan dari kawan-kawan blogger yang lain. Diaorang cakap "Lau takde idea nak tulih, try blog-walking".  Aku pun, hmm, Good idea tu.. lagipun objective berblog-walking tu bukannya nak ciplak idea orang lain cuma nak adakan idea je. Itu je. Bukan nak copy semua. Macam dulu ada lecturer aku cakap :"Saya nak tengok IDEA kamu je, takde betul,takde salah". Bengongkan? bangang! 

Okay, istilah blog-walking ni sebenarnya aku tau masa 2-3 bulan aku buat blog ni. Maklumlah. masa tu aku sungguh naif dan memang tak tau apa-apa sal blog ni... main tulis je.... *tulis pun.. bermacam-macam stail... macam bengong... aku rasa macam aku nak delete je aku punya post yang terDAHULU tu.. buat malu je..~~ adoiyai~~ tapi, itu adalah aku punya entry-entry yang berharga sebab itu adalah entry untuk dikenangkan dan entry kenangan sebagai tulisan blog yang mula-mula. Itu je la. 

Aku ni kan sebenarnya agak kurang pandai nak relate antara satu paragraph dengan paragraph yang lain. Ye la..kadang-kadang Paragraph A cakap dan bercerita sal itik, tetiba Paragraph B cerita sal kereta. Buleh? mungkin ada yang boleh kaitkan itik dengan kereta. tapi tak ke macam pelik je.. kan?

Weh2...kawan aku makan ni pagi tadi.. best je nampak.. hihu~~  cuba click kat situ...hihu~~

Okay la semua... Study Week da sampai, maka.. hendaklah kita semua study untuk final exam. Mari kita study? nak? kat library,,, ghahahaahahah...


Assalamualaikum WBT.


p/s: pepagi perut lapar... rasa macam nak makan roti canai je... hahahaah

Friday, December 23, 2011

KARNIVAL HIJRAH DI KUALA TERENGGANU!!!


Hi semua...

okay.. memandangkan aku berada di Terengganu ni.. apa kata aku bawakan anda aktiviti terbaru untuk anda... walaupun malam ini telah berlalu.. namun malam esok dan malam-malam yang lain masih ada kan? korang tau tau apa itu TV Al-Hijrah? korang tak tau? lau korang tak tau.. cuba korang baca apa isi kandungan ini.. 






Karnival Hijrah 2011 anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan TV AlHijrah buat pertama kalinya akan menemui rakyat Pantai Timur khususnya rakyat negeri Terengganu Darul Iman dan negeri-negeri berdekatan pada 22 – 24 Disember 2011 nanti. Karnival Hijrah yang akan diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama tiga hari ini akan dilancarkan pada hari Khamis 22 Disember 2011 jam 3 petang. Dengan tema “HIJRAH 1 TRANSFORMASI”, Karnival yang menggabungkan 44 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Terengganu ini menjangkakan satu fenomena baru di dalam penglibatan agensi-agensi Kerajaan Malaysia untuk membawa kepada rakyat pelbagai inovasi dan kemajuan yang telah diperkenalkan oleh agensi masing-masing.

Tema HIJRAH 1 TRANSFORMASI bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai kecemerlangan melalui perubahan yang menyeluruh dalam pentadbiran Islam yang akan memberi kebaikan kepada rakyat serta membawa negara ini mencapai kemajuan khususnya dalam bidang keislaman di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom ,“Karnival Hijrah 2011 ini bertujuan untuk memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia memahami dan mendapat pendedahan mengenai pencapaian pembangunan Islam di Malaysia dan peranan yang telah dan sedang giat dimainkan oleh Kerajaan serta semua pihak termasuk Kerajaan Negeri. “

Antara empat belas Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan terlibat secara menyeluruh bagi menjayakan Karnival Hijrah ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Tabung Haji Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia, International Zakat Organization (IZO), Yayasan Taqwa dan TV AlHijrah sebagai penganjur bersama. Selain daripada agensi-agensi tersenarai, Karnival yang bersifat terbuka dan secara langsung ini turut melibatkan penyertaan badan-badan penyiaran seperti TV Alhijrah dan IKIMfm bersama Salamfm dan Manisfm.

FAMA juga akan turut serta dengan mini MAHA dengan membawa hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan dan produk-produk makanan yang dihasilkan dari tanaman tempatan. Menyentuh lebih lanjut tentang aktiviti yang bakal disediakan kepada tetamu-tetamu yang hadir, Dato’ Seri Jamil Khir mengulas, “Pelbagai aktiviti termasuk pameran yang akan berjalan di sana nanti. Antaranya ialah PAMERAN DETIK-DETIK KEGEMILANGAN ISLAM yang julung kalinya akan membawa beberapa artifak & replika kegemilangan Islam seperti Lampu Masjid Mamluk, Astrolab, Sfera Bintang, dan Papan Lapis yang tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” . Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula akan mempamerkan kepada pengunjung Alatan Penentu Tarikh Lahir Islam manakala JAKIM pula akan menganjurkan KLINIK AL-QURAN dan juga pameran tentang HALAL HUB.” kata beliau. Pengunjung ke Karnival Hijrah juga akan dapat melihat sendiri alat menguji emas di khemah pameran YAPEIM dan Tabung Haji pula akan menyediakan perkhidmatan dan urusan haji yang menjadi tanggungjawab utama agensi tersebut. Sebagai tambahan, TV AlHijrah yang bertindak sebagai penganjur bersama Karnival Hijrah ini diamanahkan untuk membawa siaran secara langsung dari Dataran Shahbandar Kuala Terengganu program seperti bual bicara ASSALAMUALAIKUM dan KONSERT ULANGTAHUN TV ALHIJRAH yang membariskan artis terkemuka seperti Yasin,Nora, Opick, Rabbani, Aishah, Badri dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, rakaman program 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON, TERENGGANU BERSELAWAT dan DIALOG HARMONI akan turut diadakan.

Sesi perkenalan dengan penyampai-penyampai TV AlHijrah seperti Amin Idris, Ustaz Don Danial, Irma Hasmie dan Munif Isa juga akan diadakan. Karnival yang menganggarkan kunjungan seramai 200,000 pengunjung ini turut tidak ketinggalan menyiarkan program Forum Perdana bertajuk “Hijrah Satu Transformasi ” serta program Adik-Adik ku terbitan RTM. IKIMfm, Manis FM serta Salam FM akan turut memeriahkan Karnival besar-besaran ini dengan menyiarkan siaran lintas langsung melalui frekuensi radio masing-masing. Dengan adanya karnival ini juga kesempatan terbaik untuk rakyat negeri Terengganu datang beramai-ramai bersama keluarga sempena musim cuti sekolah untuk berada di khemah pameran agensi-agensi yang menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti sesuai untuk seisi keluarga. Sumber Al-Hijrah.com

Ha.. tengok... Ini adalah aktiviti untuk minggu ini.. kalau korang nak pergi.. korang buleh la datang ke Dataran Shahbandar untuk menyertai pelbagai aktivit yang akan dijalankan disetiap booth yang ada. Banyak booth yang ada
Assalamualaikum WBT.


p/s: masa jalan-jalan tadi... ternampak Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.. mukanya bersih... sumpah!!! memang penuh Iman aku tengok. sejuk mata memandang.

P/s: korang click kat banner lau nak tau lebih lanjut.

Thursday, December 22, 2011

BAKAL DATUK DAN DATIN??

Hi semua....

apa khabar?? hari ini adalah hari yang terakhir untuk kelas *BACHELOR OF ENGLISH SEMESTER 7.. aku dan kawan-kawan la tu...

LEGA??? Tak hade maknanya.. takde istilah LEGA dalam hidup kami BEN 7 ni... walaupun lepas kelas pun.. masih lagi banyak kerja yang perlu disudahkan... campur2.. adalah dalam 60ribu lagi kerja yang perlu disiapkan... *nampak sangat menipunya kan? hahahaha... 

okay... tadi aku ada je baca satu artikel sal bagi-bagi Darjat Kebesaran Datuk. Tahniah kepada yang dapat. Aku takde la nak komen sal institusi Beraja Pahang kan. *nak aku mampus ke? hihu~~ 

My daddy and my mummy... hihu~~



tapi Ayah aku dah lebih 30 tahun jadi Ketua Kampung, memberi jasa kepada kampung dan segala.. ayah aku jugak la orang kuat UMNO, ayah aku jugak pernah di hentam oleh orang ramai, dikatakan menyalahgunakan kuasa.. Tapi apa yang ayah aku dapat? Datuk? Mungkin ayah aku tak mahu such pangkat...tapi aku sebagai anaknya merasakan itu adalah Anugerah dalam Dunia yang patut diserahkan kepada ayah aku. Segala pahit manis kehidupan yang ayah dan mak aku lalui memang tak sama dengan orang lain. Namun, segala rintangan yang dilalui, pahit ranjau, kutukan orang ramai, orang bermuka-muka.. memang ayah aku dah lalui. Cuma, ayah aku ni sebenarnya seorang yang amat penyabar. Memang sabar tahap gaban. 

Aku memang respect dia. Tapi apalah sangat anugerah dunia kan? kalau hendak dibandingakan dengan kejayaan di Akhirat. Kan? Bonus untuk mendapat anugerah Datuk di dunia ni. Sebab kalau di Padang Masyar, segalanya adalah sama. Semuanya bergantung kepada Iman dan Amal masing-masing.

BTW, nama ayah aku adalah RAZLAN BIN RAHMAT, seorang penduduk tetap Kampung Jenud. Berkahwin kepada Aminah Binti Ishak. Mereka adalah insan yang amat aku sayangi. Anak-anak mereka adalah Safwan Razlan (sudah tiada), Ilyana Razlan, Nor Irefah Razlan, Saufi Razlan dan Akmal Razlan (aku lah tu). Kami amat berbangga menjadi anak BONDA DAN AYAHANDA. Terima kasih kerana membesarkan kami. Alhamdulillah. 


Assalamualaikum WBT.



p/s : erm... nak study ke nak buat kerja academik? hihu~

DUIT KERTAS BARU!!!

Hi semua...

cantek tak duit baru? bila nak kuar untuk public ek?..hihu~~

haaaa... hari dan malam ini adalah untuk berhempas pulas untuk segala presentation esok!! Presentation apa? Statistics la... da la esok jugak hari untuk test... *btw.. we have to attend 6 hours class for tomorrow. 3 hours in the morning adn 3 hours more in the afternoon. Anda mampooo???... kami? BEN 7 MAMPPPOOOOSSS!!!! memang.. adoyai.... *exaggeration element was used here. *melampau lak tuh...

erm.. ni sekarang ni tengah buat literature review.. hahahah... memang nak mampoooss kan? sok present.. malam ni nak buat literature review.. nampak sangat laaahhhnya kan..hahahaha.... ni pun masih main blog... apakah masalahnya kan? adoi...*eh!!! wajib ke update.. hahahaha...

Da ada duit baru da... urm.. jadi duit lama akan hapus ke? macamne? nak pakai duit baru!!! tapi macam sayang pulak... mesti buat guna plastik kan? mak aku tak suka duit guna plastik.. licin, susah nak pegang..mak aku cakap la.. dulu duiit RM20 tu..warna coklat.. sekarang warna kuning... hihu~~

erm... pepe pun.. nanti aku update lagi... segalanya..



Assalamualaikum WBT.


p/s: ada plan da untuk cuti Study Week???

Wednesday, December 21, 2011

MARI BACA CERITA BEST!!!!

Hi semua...




lau korang memang followers yang best!!


cuba baca ini...







then, lepas korang baca cerita ni... korang komen..ok?


Assalamualaikum WBT.


p/s: Best tau!!!

STATISTIK OH! STATISTIK!!!

Hi semua...

muntah macamni..sebab banyak kerja..


apa khabar?? letih? well.. biasa la tuh...hahaha .. hidup ni kena lah letih.. lau tak letih... bukan hidup namanya... hahahahaha.. Statistik oh Statistik!!

hari ni dan esok adalah hari yang agak letih.. *konfom2 je kan.. hahah.. tadi baru je lepas TEST Critical Thinking. Hihu ~~ Alhamdulillah ~~

Ermm... apalah yang nak jadi dengan aku ni kan? semua malas.. memang malas..aku pun tak tahu kenapa.. adoiyai.. sapa nak tolong aku jadi rajin sikit? please?



Assalamualaikum WBT.



p/s: mencari ketenangan di akhir2 semester ni.

"PERGILAH AIR MATA" NOVEL TERHANGAT!!!

Hi semua...

tadi baru je selesai kelas terakhir Public Relations and Media Writings. Best kelas ni.. aku suka... tapi sebenarnya... pada mula2 kelas dulu aku tak berapa suka sangat.. sebab dia strict.. tapi lama-lama... aku seronok pulak masuk kelas dia. *syiok...

tapi tulah kan.... apa-apa pun dia tetap lecturer aku...  tadi dalam kelas.. sempat lagi kitaorang belajar last chapter.. dan masa habis kelas dia belanja kami makanan.. Suka2!!! 

Lepas tu.. aku dapat hadiah sebab dapat markah tinggi. Aku dengan Belle.. hihu ~~~ Alhamdulillah~~ 

korang nak tau apa hadiah yang Madam Azizah Yusoff bagi kat aku?.. Hihu~~~ ni dia!!!

jadi... ini adalah hadiahnya... hihu~~
nanti aku baca la.. sekarang ni kena baca buku Critical Thinking dulu... sok ada test... hihu~~~




Assalamualaikum WBT.



p/s: aku bangga jadi one of your students Madam Azizah Yusoff. Thank you.

Tuesday, December 20, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN COUSIN AKU!!! ZUL DAN MAS.

Hi semua...

apa khabar? masih ada masa lagikan untuk update blog. *walaupun kerja Statistic tak siap lagi.. BEN 7 je la yang tahu.. adoiyai... sengall!!!

hurm... as promised.. I went for my Cousin's engagement ceremony on last Saturday. It was a simple and elegant ceremony. It was not that small for normal engagement ceremony but then since Mas Angelina (the Bride-to-be) is the ONLY daughter in her family, well... it is not a wrong thing isn't? Never mind, it is not like they are going to engage EVERY YEAR. Hahahha.. no no no... 

BTW, sebelum aku terlupa, nama sepupu aku tu adalah, Azrul Mazrie Sabri dan pasangannya adalah Mas Angelin Mokhtar.

I want to share with you all (my followers and readers) the pictures taken by my with my camera. Hihu~~~ Here are they. Okay? enjoy.

ha...makan pulakk.. hahahah

ni pun makan jugak.. tu mak aku..

ni pelaminnya... cantitak?

kekwa putih ni sangat santik!!!

bakal kahwin tak lama lagi...

The Family.

ni papan tanda mereka...

ha.....itu sahajalah yang dapat aku letakkan...pengalaman sabtu lepas.. btw... driving dari Kampung Jenud ke Seremban adalah memakan masa 4 jam *jalan jam pulak...sengal je.... lepas tu g PD (Port Dickson)... g jalan2 je.. bawak anak2 sedara pergi mandi laut. *sangat berbeza dengan pantai yang ada di Kuala TErengganu, PD elok lagi... kat KUala Terengganu da terhakis da... takut aku tengok.

okaylah... nak pergi kelas ni...


Assalamualikum WBT.



p/s: makan banyak jadi gemuk!!...