Nuffnang Ads

Sunday, January 22, 2012

HAPPY BIRTHDAY MAK!!!

Hi semua...

hari ni hari apa?? haaa.. hari ini adalah hari Ahad dan berharibulan 22 Januari 2012... korang nak tau hari ini sebenarnya hari apa???

ayah ngn mak aku..
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran mak aku. Aminah binti Ishak yang ke-57 tahun. Hehehe... mak aku lah yang membesarkan aku dan adik-beradik aku yang lain. Jadi, kami mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 57 mak!! Happy birthday. 

Yesterday, it was my niece's birthday, and today is my mummy's birthday. Well, I have nothing to say actually for today, but i will write more because I think without bloging I do not know what else to do. Hihu~ Btw, I have a few things to do in this upcoming days. Today, my family has a feast *kenduri and we invited quite a number of people. The purpose of the feast is because we want to thank Allah for making things easier to Nadim and our family as well. 

Well, next week I need to go to KL because I have this voucher *the RM200 voucher that need to redeem. So, it is either MPH or Kinokuniya.. I do not know yet. Hihu~~ *mood excited 

Well,,, tu je la kot.. lagipun aku nak kemas rumah because tonight is the feast, so, kemas rumah is a must. Whatever it is. Hahaha.. and again, It me and mak de *my aunt.


Assalamualaikum WBT


p/s: baru je lepas sarapan mee *niat untuk kurus ada.. tapi macam susah je.. bila balik rumah.

Saturday, January 21, 2012

AKU DAH SAMPAI KAMPUNG JENUD YANG KUSAYANGI!!!

Hi semua...

apa khabar? Letih kemain aku drive semalam.. pergh... memang letih.. aku bertolak semalam dari Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi.. dan sampai di rumah pada pukul 5.30 petang. Lambat sebab aku terperangkap dalam jam sepanjang jalan di Kuantan *sungai Ular.. aku tak tau kenapa kat situ.. selalunya takde pepe pun.. tetiba lak semalam. Lepas tu... jalan kat Bentong pulak.. lama gak aku dalam jam tu... lebih kurang 30 minit gak la.. adoiyai. memang letih.. sesampai je aku kat rumah... aku makan dan tak sempat mandi-mandi pun. aku terus tidur. Alhamdulillah, aku sampai dengan selamat. Hihu~~

Hari ni, birthday anak sedara aku, Khairin Nadia dan esok la besday mak aku. Sok la besday kawan aku masa kat Skool dulu, Azizi... well.. tiap-tiap tahun kan setiap orang akan menyambut ulangtahun kelahiran. Aku dengan kembar aku akan sambut pulak pada 22 August. Hihu~~ macamtu la..~~

Cuti kali ni agak sekejap berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Dan cuti tahun ni, aku agak sibuk sebab semester depan nak menyiapkan thesis pulak, nak grad kenalah buat, lepas tu aku balik pun awal jugak ke U.. sebab nak amik MUET. *nak beli buku la.. hihu~~ I just want to perform well in my MUET test...

Btw, aku balik semalam kan, hari ni aku dah kemas bilik dan rumah.. perghh. memang berhabuk.. tapi nak buat macamne... tetap kena kemaskan..  cuaca kat kampung aku ni agak panas la.. memang panas, macam da duduk kat Langkawi da.. *baru balik daripada Langkawi.. hihu~~ tapi seriously.. memang panas, aku sejukkan badan guna kipas sekarang ni... *memang panas

Anak sedara aku da keluar dari IJN da... sekarang ada kat rumah aku.. Nadim, ingat lagi tak? yang sakit tu... ingat kan? dia da keluar la... kurus sikit sebab sakit. Nak buat cmne kan? hihu~~

Weh.. aku nak mandi ni.. nanti aku update lagi.. kali ni aku nak update sal kampung aku,. KAMPUNG JENUD.. biar semua orang tau, potensi kampung aku... hihu~


Assalamualaikum WBT


p/s: ayah aku masih lagi ketua kampung jenud. hahaha
p/s: no pictures... susah sikit.. lambat..hehehe

Friday, January 20, 2012

PERJALANAN PULANG!!!

Hi semua...

esok adalah hari aku ingin pulang ke pangkuan keluarga aku.. hihu~ ngada tak? takde la.. esok hari Jumaat.. dan esok jugaklah aku akan bertolak balik ke Kampung Jenud yang dicintai dan tempat aku membesar.. dan menerima segala pengajaran sehingga aku menapak ke Universiti *sekolah dulu kat Sekolah Kebangsaan Kuala Atok.  Hehehe..

Erm... cuma esok.. aku kena check angin je.. tambah angin sikit..dan isi minyak penuh!! tu je la.. check air. urm... tu je la. dan aku akan lakukannya seawal yang mungkin la aka Pagi esok.. hihu~~

tu je la weh.. aku nak rehat sekarang ni.. baru pas mandi-mando.. sok nak jalan.. malam ni kena rehat sehebat mungkin... okay?

Assalamualaikum WBT


p/s: doakan keselamatan aku esok dijalanan..okay?

Thursday, January 19, 2012

NEW MALE MODEL !!

Hi semua..

korang nak tengok seorang budak ni pakai baju warna PINK.. pergghh!!! memang comel ler wa cakap lu.. cair gua tengok!! hahahah... saksikanlah dengan mata kepala anda sendiri kerana ini adalah gambar asli.. tiada sebarang unsur tokok tambah dari pihak admin sendiri...,,, hihu~~ 

Model : Akmal Razlan
Lokasi : Underwater World Langkawi
Tinggi : 180 cm (hihu)
Berat : 79 kg (hihu juga)
Photographer : Miss E Izabelle Bijoux-Yee
Camera : Bukan DSLR...

 
handsome tak mamat ni?

Pakai pink lak tuh..~~

Hahaha...

Siap berdiri lagi...sedey!!

Perghh!! nampak kurus!!
OKay la tu kan.. ada la jugak presis model..walaupun yang hado!!! hahaha.. 

Ni masa kitaorang kat Underwater World kat Pulau Langkawi... best la.. suka sebab dalam tu banyak binatang dan sangat entertaining la.. aku suka masuk sebab aku tak pernah la lagi masuk Aquaria KLCC.. dengar kata Aquaria KLCC lagi best.. tah. aku pun tak tau.... memang tak pernah pergi lagi Aquaria walaupun pernah praktikal kat MaTiC agak lama.. 3 bulan woo... MaTiC dekat dengan Aquaria KLCC tapi malangnya aku tak pernah pergi.. hahaha... sengal je kan?

Tu je la... ni nak rehat lagi untuk perjalanan esok.. Kuala Terengganu - Kampung Jenud memakan masa *selalunya lah... 7-8 jam.. tapi tak tau esok macamne.. sebab esok adalah hari yang dekat2 dengan CNY... hihu~~


Assalamualaikum WBT



p/s: nak rehat dulu...


SEDIKIT MENENGAI PULAI LANGKAWI

Hi semua...


Pagi tadi.. kitaorang BEN 7 *sebahagian daripada kami la..yang pergi... baru je sampai *pukul 4 pagi tadi dari Pulau Langkawi.. Letih+Best+Seronok+Kelam Kabut = Suka sangat2!!! ni kali ketiga aku pergi ke Pulau Langkawi.. dan kali PERTAMA pergi ke Pulau Langkawi dengan my dearest friendss!!! They are the best!! aku teramat-lampau-paling suka all the moments we were together in Pulau Langkawi...

Dan kami menginap di sebuah Resort di Pantai Chenang... btw, resort tu mempunyai bilik yang ok lar.. best pun best.. takde la macam sesak sangat.. dan yang paling best!!! ia menghadap pantai.. ada banyak lagi resort lain yang menghadap pantai... korang boleh pilih je sebenarnya.. okay?

Kat Pantai Chenang adalah seperti Phuket di Thailand, di mana, di situ lah pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan dan disitu jugalah pelbagai jenis Pelancong boleh kita tengok.. and WE SAW MANY!! hihu~~ from all the parts of this small world. Btw, the pengalaman yang kami kutip sepanjang tiga hari kami disitu adalah pengalaman yang cukup bermakna dan mempunyai pelbagai kenangan pahit manisnya. Seronok. Sangat seronok pergi dengan kawan-kawan dan aku rasa.. VAN yang aku,belle,pz, tony, anas, ayie, wan mazrina, aisyah, bob, pok you, pok lang, amirul dan pemandu Izzat adalah van yang paling vogue serta kecoh di atas muka bumi ini. Aku rasa memang betul. tapi pepe pun.. all the moments tu memang best!! segunung mat chincang kami semua ucapkan kepada Nazirah Fathil kerana berjaya menganjurkan aktiviti sedemikian rupa!!! aku serta kawan-kawan lain mengucapkan terima kasih.





Antara pengalaman yang memang aku tak boleh nak lupakan adalah apabila kami naik Cable Car. Ya Allah ya tuhanku!! memang sangat menakutkan. aku seram sejuk. aku da la gayat!!!  tapi gagahkan jugak hati ni.. walaupun takut tetap aku gagahkan sebab nak conquer ketakutan itu, kegayatan itu.. memang kena naik jugak...and memang aku berniat nak naik pun Cable car tu.. tapi kan masa kat situ. keadaannya agak panas dan berangin agak kuat. Nasib baik tak berhenti si cable car tu.. lau tak.. menangis da aku... hihu~~ hahahaha...seram woooo~~ btw Tiket untuk naik bagi yang ada MyKad bayarannya adalah RM15 dan untuk kanak yang ada MyKad adalah RM10... best sangat... so, kalau korang pergi ke Langkawi.. korang naiklah Cable Car.. memang seronok yang amat sangat!!! seyes!!!

So, memang berbaloi kalau pergi ke Langkawi.. lagipun... buat apa pergi ke luar negara. jauh, kena tukar currency.. melanconglah dalam Malaysia... apa kurangnya kan? ada pantai cantik, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan banyak lagi. ok? Sayangilah warisan Malaysia.


Assalamualaikum WBT


p/s: masih mengantuk!!

HOLIDAY IN LANGKAWI!!! WE LOVE IT!!

Hi semua...

baru dapat update.. kat Pulau Langkawi.. tak sempat nak update gambar. sibuk dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.. perrggghhh!!! memang best dan sangat letih!!! tapi SERONOK!!!.. mari tengok beberapa seleksi gambar yang sempat aku tangkap di Pulau Langkawi.. mari2!!!

mula-mula sampai di Jetty Point Langkawi...

Mesti amik gambar dulu!! hahaha

di Mangrove Tours.. best!!!

ni masa hari pertama kat Dataran Helang...

aku pun tak tau sapa amik yg ni!!.haha

Sunset di Datarang Helang...pergghhh!!

ni dalam Under Water World Langkawi...

Obor2... cantik wooo

Ni kat Gunung Mat Chincang... Tinggii!!! naik cable car...

ni di hanging bridge...pergghh.. seriau!!

pagi masa nak balik.. tengok laut.. tangkap gambar ni..

Memang seronok pergi langkawi... Ditemani oleh Madam Mahani dan Dua orang drivers.. memang sangat best!! Pok You dengan Pok Lang... memang best!!! Sporting habeesss wa cakap luu~~ 

Pengalaman cukup bermakna ini tidak lengkap tanpa ucapan terima kasih kepada committee yang menjayakan trip ke langkawi ni. walaupun tak ramai yang pergi. namun, keseronokan ini telah cukup untuk membuatkan segalanya menjadi salah satu daripada kenangan kita bersama *yang pergi la... hihu~~

Nanti aku cerita lagi serta aku akan bubuh gambar2 yang menarik untuk tatapan umum.. okay?

Assalamualaikum WBT



p/s: gantuk lagi neh... baru pas antar Tony.. sok aku lak nak balik Kampung Jenud.

Monday, January 16, 2012

G LANGKAWI NAK JUMPA YUYU ZULAIKHA!!!

Hi semua...

da sampai Pulau Langkawi... kami duduk di Tanjung Mali Beach Resort... hihu~

Seriously best.. sebab kami duduk tepi pantai.. plus.. this place is the tourist attraction... one of the tourist attractions in Pulau Langkawi.. I did not have the chance to post any pictures yet but after this, i will make sure you will be jealous because of the pictures.. BTW, aku datang sini sebenarnya nak jumpa blogger terkenal.. Yuyu Zulaikha.. tapi aku rasa dia masih di KUIS kot.. hihu~~

Nanti aku hapdate lagi eh... sebab jap lagi aku dan kawan-kawan akan pergi ke tempat-tempat yang boleh dilawati di sini. Jadi? doakan kami supaya selamat sampai ok?


Assalamualaikum WBT


p/s: kenyang makan limau CNY.. kawan bawak.. Thanks Tony.
p/s: nanti aku sertakan gambar dan nama mereka yang menyertai trip ini. ok?

Sunday, January 15, 2012

ONE HOUR BEFORE THE JOURNEY!!!

Hi semua...

ni entry SEBELUM kami berangkat ke Pulau Langkawi. Sebenarnya, trip ini dibuat khas untuk Bachelor Of English Semester 7 yang rata-rata ingin pergi bercuti sambil belajar. Jadi, terhasillah trip ke Pulau Langkawi ini. Sedikit mengenai sejarah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi adalah antara ratusan pulau yang terdapat di Malaysia. Pulau Langkawi actually is under the State of Kedah. There are three jetty when we can catch boats to go to Pulau Langkawi, from Kuala Kedah Jetty, Kuala Perlis Jetty and also Penang. From Kuala Kedah Jetty and Kuala Perlis Jetty, the journey only took about 1 - 2 hours, compared from Penang, the journey would be around 3 - 4 hours. 

Well,, Pulau Langkawi is actually famous with the folklore story which is the Legend, Mahsuri. The old folks said that Mahsuri was killed because of the slander and during the ritual, Mahsuri cursed the Pulau Langkawi that the island will be like dessert. It means here, the Island will not have any development or the people there will suffer from a lot of problems for 7 generations. Surprisingly, the curse was true, they said that for 7 generations, Pulau Langkawi had a rough years and they suffered from the curse cursed. 

Aaaa... tu je la kot.. malas rasanya nak update banyak-banyak. Nanti aku update lagi sesampainya kami di sana okay? hihu~~


Assalamualaikum WBT


p/s: lapar lak..

SUPERMODEL KAROLINA KURKOVA

Hye-All!!

I want to post about another model, she is also one of the supermodel of the world of modelling. her works, her walk were all over the fashion cities in the world, form Milan to Paris to New York, she is damn famous. Love her too. She formerly known as Victoria Secret's Angel too. Who is she? She is Karolina Kurkova. She was also $5 million model in year 2007. She also acted in G.I.Joe. Hihu~~

Well, now, you enjoy the her amazing pictures.






Gorgeus isn't she? hahaha..



Love her.


Toodles!!


p/s:off to gym!


NEXT SUPERMODEL : KARLIE KLOSS

Hye-all!!!

I would always want to post about this one. Well,, obviously, this post is about an upcoming will be famous fashion model.. *in fact, she is famous already, she signed a THREE season a row contract with an famous fashion house, Christian Dior. Gosh, imagine that!!! hihu~~ love her very much.
To me, she has this unique look. It no more with typical American model face look, but now, the present time, its more to the uniqueness when everyone is looking for that X-Factor... and Karlie Kloss Has IT!!

Karlie Kloss the model that I was talking about. She has been in modelling industry for about 4 years and she is going stronger and stronger. She loves to be on the runway and most important she enjoys every second of it. Love her. She also has this amazing cheek bone structure which makes the extra special. She also has a good reputation with her fellow model friends. According to trusted news, her model friends are, Coco Rocha, Chanel Iman, and so many more. Her life is getting better. In 2011, she had an amazing "panther-walk" walk which she showed it on Victoria Secret's Runway on Aquatic Angels slot. Love!!! XOXO...

Now, I inserted her amazing pictures for you to see. Enjoy.





Well, that is all from me. Muah!!


Toodles!!!


p/s: keep looking for new amazing girl to be featured in my blog. hihu~~

PULAU LANGKAWI!!! HERE WE COME!!

Hi semua...

aku tak pernah rasa sebedebar ini... sebab apa? ok.. let me tell you from the beginning...

nak tengok helang...hihu~~

the map of langkawi...
once upon a time, there was a ugly duckling that loves to sing. Hey!!! bukan2.. bukan cerita ni... hihu~~ sebenarnya, kami dan kawan-kawan akan pergi ke Pulau Langkawi dan kami sekarang sentiasa berdoa untuk segalanya berjalan dengan lancar. Hihu~~

Bukan apa, perkara ini telah dirancang sejak lama lagi, so, sepatutnya takde la masalah tapi nak buat macamne kan.. Allah SWT akan selalu menurunkan ujian untuk hamba-Nya supaya semua hamba-Nya bersyukur...

Eh, btw... InsyaAllah, jikalau kami diberikan peluang untuk pergi ke Pulau Langkawi, aku akan update apa yang kami buat kat sana, okay? dengan gambar-gambarnya sekali okay... janganlah anda risau ..insyaAllah, aku akan updatenya...hihu~~

Assalamualaikum WBT


p/s: erk.. kekenyangan makan nasi kat Kedai Kak Sa di Medan Makan di Gong Badak. Fuuuh~~ sedap wooo... ikan keli lak tuh...hihu~~


TREND DAN TEMA.

Hi semua...

tadi ada je baru baca fasal artis cakap sal Trend dan Tema. Perrgghhh... kau.. hebat retis ni.. dia kata, kalau pakai yang sexy-sexy tu.. adalah Trend dan Tema... lau camtu.. kenapa kau tak pakai tudung sebab sekarangkan jadi Trend.. lau kau ikut Trend tu.. mana tau.... kekal kan? dapat gak pahala. hihu~~


Assalamualaikum WBT


p/s: nak g makan!!!

Saturday, January 14, 2012

THE DEVIL WEARS PRADA!!!

Hi semua...

ini entry sebelum aku pergi makan. BTW, aku semalam makan nasi DUA BUNGKUS ok.. dalam polestrin. Aku da makan baru teringat yang "Why on earth did I eat SO DAMN MUCH?" .. well.. malangnya dah makan.. so, tak ley nak mengada-ngada. Hahahaha.. *ayat bengong. tapi memangn seriously, after the eating process finished, I felt like, I was too damn full. The small *small? stomach was filled with too much rice but thank God, my friends and I were walking around the uni to take a breath. We agreed that last night was the longest night ever. Like.. hello... longest.. hehehe. back to my stomach, aku rasa macam nak meletup je semalam la.. tapi after berjalan tuh, my perut was okay and I can sleep. Some people *like my mom could not sleep IF she's hungry but not me.. I still can sleep even my stomach is hungry. 

Okay, and now, I am going to kedai makan to take my lunch with my friend. BTW, last night, I watched the year 2006 movie; The Devil Wears Prada. Anne Hathaway and Meryl Streep. They were awesome. The movie is still the best * to me. To be honest, whenever I think that I need a boost up energy, I watch that movie. Love it very much. hihu~~

Aku suka tengok Andrea Sachs yang berubah dari ugly duckling to beautiful swan. Love to see that happen. I wish that it would happen to me too, but unfortunately, I am no model look figure.. hahaha.. 

love Anne Hathaway very much!!

W Covers..

The moment of revealing..

White Princess...

Eh!!! aku nak berkemas pulak ni, sebab malam sok nak pergi ke Langkawi.. then takkan nak tinggalkan barang-barang yang ada ni tak berkemas kan? dalam bilik I mean. Hihu~~

Assalamualaikum WBT


p/s: nak kemas dulu. ~harap jumpa that person today, tengok muka pun jadilah~

KHAS UNTUK NADHIRAH!! HIHU~~ :)

Hi semua...

atas permintaan kawan aku... Nadhirah... dengan ini.. aku memutuskan untuk post sesuatu yang aku dapat di bundle tadi.. memang cantik!!! murah dan berbaloi-baloi.. hahahha...

Nadhirah.. ini khas untuk anda... muah2!!!

piNk!!

me in pInk nanti..

Pink is the new BLACK!!

Peace y'all!!!


Assalamualaikum WBT


p/s: murah je..hahaha

AKU PENCABAR ENCIK MAT GEBU?

Hi semua...

aku bukan la nak cabar seorang Chef hebat di alam maya ni... sapa? haaa.. ni dia. ce korang click kt sini... DTS-MAT GEBU..

ni tempoyak!! sedap woo...

ikan kembung goreng...

angle lain..hehehe




sambal ikan bilis tumbuk..

kacang panjang goreng kicap..sedap jugak..
Semua ni dimasak oleh mak aku.. Aminah binti Ishak.. tarikhnya adalah 28/1/2011 hhhh.. kira nak setahun gak la.. hihu~~ saje je post.. sebab rindu nak makan masakan mak aku... sebab apa aku post kat sini.. lau nanti aku post kat FB... kakak-kakak aku baca nanti balik nanti.. haaa.. hamek kaw.. masak banyak. sapa nak makan? hihu~~ ada sekali ritu aku post nak makan "Gulai Pucuk Rebung dengan Belulang", balik-balik je.. mak aku nak buat da.. sama gak dengan "Gulai Lemak Nanas dengan Ikan Masin" post je.. atau pun cakap je depan dorang.. terus nak masak... tu yang malas tu.. bukan tak nak makan.. cuma nanti... tak menyusahkan je *ayat tak bley blah.. hahaha.. sengal je kan.. tapi pepe pun, masakan emak adalah yang terbaik kan? sebab kita membesar dengan masakannya.. jadi, bila balik nanti.. jangan nak merungut ke apa.. makan je.. lau tak sedap.. korang lak masak, try sekali.. sedap ke tak? hahahaha.. *btw. aku pandai masak jugak.. hihu~~


Assalamualaikum WBT


p/s: tetiba rasa malam ni panjang je... *sebab takde benda buat sebenarnya.. hihu~~

THE MAN I LOVE.. HAR HAR HAR~~

Hi semua...

korang pernah tak tetiba jatuh hati dengan seseorang? hihu~~ aku merasainya sekarang ni.. hihu~~~ nak tengok tak gambar orang yang aku maksudkan tuh? hahahha.. sila2!! ni dia!!


ni masa kat teluk lipat.. masa tu tak terhakis lagi

hihu~~ handsome tak budak ni? hahahaha... kwang2...


Assalamualaikum WBT



P/s: saje je nak buat korang mara..hehehe.
p/s: btw, this is my post, not related to any negative thinking of yours. thank you...
p/s: myself..harharhar

Friday, January 13, 2012

BUNDLE TIME!!!!!

Hi semua,

sekarang ni aku tengah duduk-duduk je, sebab, jap lagi aku, mila dan belle akan pergi ke suatu tempat yang best. "Bundle Market" kat Pantai Teluk Ketapang. Kesian betul pantai-pantai kat Terengganu ni sekarang, sebab apa? sebab hampir kesemuanya telah terhakis teruk. Memang terhakis teruk. 

Sebab apa terhakis teruk? korang pikirlah sendiri kenapa.. lau aku state banyak-banyak kat sini kang susah pulak. The reason why I said this because I do not know who might be my readers, maybe a government people, maybe those who work in the SUK of Terengganu, who knows right? If I put something that might offend those people, it will cost me a lot. because, there are STALKERS you know. People like to read and they LOVE EVEN MORE to misunderstand things. Screw those people. *BTW, this is my blog, and without mentioning any names, I just could right almost anything. DOE!

Well, I do not know what to buy at the Bundle Market but I must find something for myself too. Bag maybe, hihu~~  I just love bags. Hahaha.. well.. as y'all know bundle is the place where we could find good items and the affordable price. So, it would be so much better for me to buy those items at bundle place. That would be the best thing ever. 

Okay, I want to perform my solat first *macam retis da aku.. hahaha... then off to the market!!! 


Assalamualaikum WBT


p/s: looking forward to see that person this evening. Hihu~~

Thursday, January 12, 2012

TRAUMA- WARDINA SAFFIYAH

Hi semua...

Adoiyai...  tadi baca catatan "Trauma" dari Wardina Saffiyah... kesian dia.. sungguh kesian dek kerana beberapa orang penyamun masuk ke dalam rumahnya dan menyamun rumahnya. Kalau korang nak baca respon orang lain terhadap apa yang berlaku kepada Wardina, korang boleh click sini. CLICK SINI. kat sini, ada banyak cerita lain. Tapi buat masa sekarang ni, Sabarlah kak Wardina. Akak diuji sedemikian rupa dan alhamdulillah, masih lagi mampu meneruskan kehidupan ini. Moga akak terus tabah dalam menjalani kehidupan ini.

Baiklah, kita ni sebenarnya memang banyak diuji oleh Allah sebab Dia ingin melihat sejauh mana keimanan yang kita ada dalam menempuhi ujian, cabaran-Nya. Jadi, kita sebagai manusia biasa haruslah bersabar kerana kita tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu selain Dia (Allah). Dia lah yang memberikan Ujian dan kepada Dia jugalah kita mengadu nasib. Dia Maha Mengetahui. Percayalah. 

Kami juga diberikan ujian oleh Allah SWT kerana Dia ingin melihat sejauh mana tahap keimanan kami terhadap apa yang diujinya. 

Mungkin ada yang berkata, "Kenapa Allah bagi ujian sedangkan kita kan Islam?" Jika adalah yang bertanya sedemikian rupa, ingatlah, kewujudan kita didunia ini bukan kerja sia-sia. Bukan semata-mata untuk bernafas udara free, bukan hanya untuk makan nasi putih panas, bukan sahaja untuk berjalan di atas muka bumi Allah ni, bukan hanya untuk menikmati segala nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Kewujudan kita di muka bumi Allah ini adalah untuk memuja keagungan-Nya, untuk beribadat kepada-Nya.

Mungkin ada yang berkata, "Eleh, pandainya bercakap budak ni.. baru umur setahun jagung dah nak berdakwah". Aku mengaku, aku tidak perfect. Sangat jauh untuk pergi kearah perfect itu. Setidaknya, sokonglah aku untuk berubah kepada yang lebih baik. 

Aku juga akan masih post something untuk hiburan aku sendiri dan sekali-sekala kita perlu amik sedikit masa untuk mengenang kembali apa yang telah berlaku dan juga amik masa untuk merancang akan masa hadapan. Sebab tu tulis merancang, kalau tulis menilik, itu bukan merancang, itu memusnahkan diri sendiri. Bahaya. Jangan buat ok.


Assalamualaikum WBT


p/s: Nak kemas bilik pulak.. tapi rasa macam mengantuk pulak!!

NASKHAH AGUNG YANG PALING AGUNG!!!

Hi semua... 

 apa khabar?  korang tau tak apa naskhah yang paling agung yang pernah wujud dalam dunia ni? Ya... korang mesti tau kan? Iaitu.. AL-QURAN.

 AL-Quran adalah naskhah yang paling agung yang pernah wujud dalam dunia yang Allah ciptakan. 




Alhamdulillah, aku masih boleh membaca Al-Quran. *mak aku selalu pesan untuk selalu baca Al-Quran, esok aku nak beli Al-Quran yang kecil tu.. supaya senang nak bawak ke mana-mana. Alhamdulillah~~

Assalamualaikum WBT


p/s: ni roomate ajak makan meggi pulak.. adoiyai.. hahaha

MARI MAKAN MALAM!!! HAHAHA

Hi semua...

this is like the first time in this semester that I felt too damn tired because of playing too much. Like, very, very too damn much but, I enjoyed playing just now. Well... this is like the final year *again talking about this with my friends. Who wants to miss the time together because after this for sure, we will be scatter around this amazing world doing many things, Well.. it means jobs/occupations. hihu~~

Well...  aku sebenarnya dah beberapa hari ni aku makan nasi sekali sehari je. Makan jugak la makanan yang lain macam roti... kuih-muih *dalam kuantiti yang sedikit lar.. baru aku tahu betapa seronoknya apabila perut kosong..erm..salah2.. maksudnya.. seronok apabila perut berehat.. tak banyak nasi la maksudnya.. hehehe...

mighty white bun Spic Chicken Floss Bun.. sedap!!

ini pun sama... lighting dia je berbeza...


Memang la aku orang Melayu, memang nasi sinonim dengan orang Melayu kan? tapi kan. bila kita ni makin lama makin dewasa, kita merasakan nasi tu da tak berapa penting da. sebab apa? memang la carbs diperlukan untuk membantu proses tumbesaran, cuma, bila kita dan umur 23 dan keatas.. memang takde nak tumbesaran dah. memang nonsense la lau cakap makan banyak untuk tumbesaran pada usia yang ditulis diatas. Hihu~~

Jadinya!!! untuk memendekkan cerita aku ni.. aku makan roti je sekarang ni.. hihu~~~ alhamdulillah..  bukan tak nak makan nasi cuma aku nak kurus kan.. jadi.. kenalah makan yang bukan nasi. hahaha.. *voleh?

Assalamualaikum WBT


p/s: hihu~~ nak g basuh baju pulak!!!

Wednesday, January 11, 2012

MENU MINUM PETANG AKU!!

Hi semua ...

Ya Allah.. kalau hujan kat sini which is Kuala Terengganu, semua orang akan menjadi sakit serta demam. Seriously!!! memang semua demam... ni roomate aku da demam selesema. Kesian betul. Urmm...

tapi pepe pun.. ni kitaorang tengah minum petang.. menu? TEA O panas dengan BISKUT KERING Cap Ping Pong. Hahaha.. best woooo.. hihu~~ 

tea o...

biskut cap ping pong... best!!

ni aku ada sediakan gambar.. korang sila la nikmati gambar yang tertera kat sini.. hihu~~~



aku malas nak taip banyak-banyak kali ni sebab agak letih.. hahaha...



Assalamualaikum WBT


p/s: erk!!! kenyang pulak.. malam kang tak yah makan da!!! yeay!!!