Nuffnang Ads

Saturday, March 31, 2012

SAJAK PERPISAHAN BY SITI AMINAH

Hi semua...

hari ni, my coursemate posted something yang sungguh sebakkan hati aku. Sumpah, sebak. Perjalanan 4 tahun digarap indah dalam satu sajak yang sungguh puitis.

Ini dia.


Kisah Kita, Kenangan Kita.
Kisah Bermula Pada Tahun 2008,
Detik Perkenalan Mulai Terjalin,
Ku Lihat, Ku Pandang & Ku Renung,
Hanya Muka-Muka Baru Yang Ku Temui.

Ku Lebarkan Senyuman,
Ku Hulurkan Tangan Tanda Perkenalan,
Dan Saat Itu Juga,
Aku Titipkan Pesan
Agar Aku Tidak Dilupakan.

Saban Hari Kita Bertemu,
Menimba Ilmu Dengan Gigihnya,
Ada Yang Mudah & Ada Yang Susah,
Tapi Semua Itu Mendewasakan Kita.

Ku Kira Kini Kau Telah Mengenaliku,
Kenal Akan Namaku,
Tahu Akan Asal Usulku,
Dan Yang Penting
Tahu Akan No.Hp Ku.

Kita Bertemu Walau Dimana Jua
Kafe, Itulah Tempat Pertemuan Kita,
You Say Hi & I Say Hi Too,
Indahnya Pertemuan Membuahkan Persahabatan.

Kita Ke Sana & Ke Mari Bersama,
Suka Duka Kita Kongsi Bersama
Itulah Jalinan Yang Kita Ukir Bersama.

Sekian Lama Kita Tertawa,
Kini Ku Sedar Masa Telah Berlalu,
Ku Kata 4 Tahun itu Terlalu Lama,
Tapi Bila Dah Semester Akhir,
Rupanya Ia Tidaklah Selama Yang Ku Fikirkan.

Sebelum Tidur Aku Berfikir Dan
Aku Mengimbas Kembali
Segala Kenangan Yang Kita Lukis Bersama
Airmata mengalir Bukan Kerna Pertemuan
Tapi Kerna Perpisahan Yang Bakal Kunjung Tiba.

Betapa Aku Menghargai Semua Kenangan Kita
Setiap Detik Yang Kita Luangkan Bersama
Dan Kebaikan Yang Kau Hulurkan Padaku
Tak Mungkin Dapatku Balas Sampai Bila-Bila.

Walau Perpisahan Terjadi
Pastikan Namaku Terukir Dihatimu
Baik Buruk Perkenalan Kita
Ku Anggap Semua Itu
Adalah Kenangan Terindah.

Ku Susun 10 Jari (Tangan & Kaki)
Atas Segala
Renungan Mata Yang Membuatkan
Kau Salah Sangka
Kata-Kata Yang Membuatkan Kau Terasa
Perilaku Yang menyakitimu
Dan Ku Mohon Halalkan Segala Makan & Minumku.

Ku Harap Kau Sudi
Untuk Mengukir Namaku Dalam Hatimu
Bajai Mindamu Dengan Kenangan Kita
Agar Ia Sentiasa Subur Dan mekar
Yang Akan Kau Ingati
Hingga Ke Hari Tuamu.

Ingatlah Walaupun Kita Terpisah
Dek Jarak Yang Jauh
Dan Kita Berdiri Di Tempat yang Berlainan
Percayalah Kita Memandang
Langit & Bulan Yang Sama
Dan Yang Pasti Aku
Akan Selalu Mengingati
Dan merinduimu Sahabatku.

Andai Wajahku Tak Lagi Jelas
Di Kotak Kenanganmu
Titipkanlah Doa & Pohon
Kepada Tuhan Agar
Kita Dimurahkan Rezeki
Dan Dipanjangkan Usia
Untuk Bertemu Lagi.

Salam Perkenalan &
Salam Perpisahan...
Pada aku, sajak ini sungguh sedih kerana selepas ini, masing2 mempunyai haluan masing-masing...



Assalamualaikum WBT


p/s: ini blog dia. CT AMINAH

KISAH KEHIDUPAN!

Hi semua...

Apa khabar? Mungkin apa yang aku nak cakap dalam entry ni sedikit emosi sebab apa ia ada kena-mengena dengan orang lain. Aku minta maaf awal-awal.

Baik, korang pernah tak dengar orang kata, "Ala... janda tu.. memang macamtu... nak mengorat laki orang lah tu", "alar.. mak janda berhias"dan  blah blah.

Apa korang rasa jika segala kejian ini berlaku kepada ahli keluarga korang sendiri? Baik, biar aku mula semula, istilah janda adalah panggilan untuk wanita yang kematian suami (cerai mati)  ataupun diceraikan dengan talak. Ada panggilan yang lebih baik itu, balu. Namun, jika sesuatu panggilan itu sudah menjadi sebati, secara tidak langsung ia diterima ramai dan ia menjadi perkara biasa untuk disebut. 

Secara jujurnya, aku mempunyai seorang kakak yang telah menjadi balu (janda) dan suaminya meninggal dunia pada tahun 2008 akibat septicaemia. Satu penyakit yang berkaitan dengan kuman dalam darah. Kakak aku mempunyai 3 orang anak lelaki, Abang (15), Akim (8) dan Fitri (5). Semasa arwah abang ipar aku meninggal, Fitri berumur 10 bulan (tidak silap aku). Masih kecil untuk memahami semuanya. Anak-anak kakak aku dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah. Namun, alhamdulillah, kakak aku seorang yang tabah. Dia berkorban masanya untuk anak-anak. Dia masih lagi muda tatkala kehilangan suaminya, pada umur 28 tahun. Iya, dia berkahwin muda. Sekarang dia berumur 32 tahun. Alhamdulillah, everything goes well.

Namun, pada tahun 2010 dulu, ada seorang lelaki warga Indonesia duduk di rumah sebelah kami, sumpah, Indonesi itu sering kali mencurigakan. Memang persekitaran rumah itu bersih tetapi tatkala malam, adalah orang lain yang datang ke rumah itu, perempuan Melayu dan sehinggakan TIDUR di rumah itu yang mana lelaki Indoesia itu sekali duduk di situ. Kami sebagai jirang sebelah, bukan nak menyibuk, namun, satu kampung sudah tahu akan perihal lelaki itu. *Kampung aku kecil je. 

Dan sehingga lah Indonesia itu berpindah dan duduk di kampung sebelah. *kami ingat segalanya telah settle, namun, hinggalah satu berita sampai ke telinga kakak aku dengan mengatakan kakak aku suka mengintai lelaki Indonesia itu, dan timbullah segala prasangka buruk terhadap kakak aku yang mana orang lain jugak tahu bahawa kakak aku adalah seorang balu (janda). 

Abang kembar aku dan beberapa pemuda kampung pergi ke rumah sewa Indonesia itu dan bersemuka dengannya. Hasil daripada event itu, segala sudah selesai.

Tapi, apa yang aku kesalkan, adalah apabila orang membuat firnah, orang lain PERCAYA bulat-bulat. Ibarat tiada penapisan kebaikkan berlaku. Shame on you. Thank God, I was not there with my twin brother, if I was there, I am pretty sure that the Indonesian's face hancur la. Kurang hajar sangat,. Macam sial! Nak fitnah-fitnah orang. Duduk negara orang buat sial! Bukan orang Indonesia je, orang-orang lain tu juga. Tapi tak dinafikan, ada jugak yang baik, yang baik, baik sungguh tapi kalau jahat.. memang macam sial la jahatnya. 

Tapi kan, pesanan untuk diri sendiri dan orang lain jugak. tolong lah, janganlah kita cuba mendiskriminasikan RAKYAT kita sendiri. Bukan apa, jika tidak dorang, siapa yang kita nak bergantung, saling bergantung kepada orang lain. Hidup kita bukan seorang, hidup kita dalam komuniti. Masyarakat, Biar banyak pun masyarakt tapi jangan lupa yang kita ni Melayu, siapa lagi lau tidak Melayu tolong Melayu. Betul tak?


Assalamualaikum WBT



p/s: maaf, bukan niat aku nak menceritakan tentang perihal keluarga.

Friday, March 30, 2012

WISHING YOU WERE SOMEHOW HERE AGAIN.

Hi All!!  

Now, I need to introduce you to one song which like no other. This is very sad and beautiful song. People love this song and most of all, I love this song very much. This song called, Wishing You Were Somehow Here Again. This particular song was written by the Charles Hart, R. Stilgoes and Andrew Lloyd-Webber.

You were once my one companion
You were all that mattered
You were once a friend and father
Then my world was shattered
Wishing you were somehow here again
Wishing you were somehow near
Sometimes it seemed if I just dreamed
Somehow you would be here

Wishing I could hear your voice again
Knowing that I never would
Dreaming of you won't help me to do
All that you dreamed I could
Passing bells and sculpted angels
Cold and monumental seem, for you the wrong companions
You were warm and gentle

Too many years fighting back tears
Why can't the past just die?
Wishing you were somehow here again
Knowing we must say, "Goodbye"
Try to forgive, teach me to live
Give me the strength to try
No more memories, no more silent tears
No more gazing across the wasted years
Help me say, "Goodbye"
Help me say, "Goodbye"

This is the song. Actually, this song has its own deep meaning. Its about how Christine Daae (in the Phantom of The Opera) missed her dad and this background of the song, it was sung in the cemetery when Christine wants to see her dad's grave. It was unique and also very much scary at the same time. But, it just a story but I love it very much. It was a wonderful, sad story.

Well, you just can find the song sang by Emmy Rossum in the movie Phantom of The Opera (2004) in the Youtube. And also, there is also a version by Hollie Steel from Britain's Got Talents. 

You just can choose which one to listen to. Both have their own version. Both are good, and they have good pipe.


Toodles!!


p/s: Listening to it, hard!

SEGMEN SUPERBLOG 5.

Hi semua...

lama betul aku tak sertai segmen2 ni..last segmen pun aku tak ingat.

Ini ada satu segmen dari... tada!! ini banner yang perlu aku letak dalam blog untuk sertai segmen ini.


ERM.. ini je la yang perlu aku buat.. sebab cik Tihara tak bagitau pepe lagi.. mungkin dia akan message aku.*perasan..hahahah..sengalan tak?

Eh!!! btw.. cik Tihara, saya followers akak yang ke 1600... cantik tak number tu? hehehe


Assalamualaikum WBT



p/s: malu lak cakap banyak2...hehehe

LANA DEL REY - VIDEO GAMES

Hye-All!!!

I have new interesting artist that I feel that she needs real introduction now. Present time.

She is Lana Del Rey. She has beautiful voice. I love her. Lover her very much. Love her song.

This is her look and her information.





This is a little bit on her personal background.



Elizabeth Woolridge Grant (born June 21, 1986), better known by her stage name Lana Del Rey, is an American singer and songwriter. She has been described as a "self-styled gangsta Nancy Sinatra",and cites Britney Spears, Eminem and Antony and the Johnsons amongst her musical influences.
Del Rey's major-label debut album, Born to Die, debuted at number one in seven countries, including the United Kingdom and Australia. The album has spawned two worldwide top 10 hits: "Video Games" and "Born to Die".

Read more, HERE.


Toodles!!!


p/s: love Video Games.

SATU KEMUSYKILAN!!!

Hi semua...

aku ada satu kemusykilan... tadi aku pergi Solat Jumaat *sorry eh!! tade niat nak berbangga diri.

Aku naik kereta then aku nampak orang jalan kaki. dan timbul persoalan, "Salahkah aku jika aku berhenti dan bertanya "adakah dia ingin naik dengan aku" atau adakah mereka memang sengaja hendak berjalan kaki ke masjid?" itu dua persoalan yang aku musykil. 

Masjid Terapung Kuala Perlis!!! Cantik wooo

Masjid Terapung Jeti Kuala Perlis.. Cantik!!!


Tapi kan, aku dulu pernah jugak jalan kaki, dan aku merasainya..tetapi aku TIDAK BERJALAN kaki 10 minit sebelum sembahyang.. selalunya, kami akan berjalan lebih awal. Supaya sesampai di masjid tidaklah terlalu lambat. Bukan henda berbangga diri, cuma hanya ingin menceritakan

Dan dalam hati aku berkata, "salahkah aku? atau salahkah mereka?"

Assalamualaikum WBT



p/s: Baru lepas basuh baju dan hari da nak hujan.
p/s: Photos credit to Google Images.

ONE DIRECTION!!! AAAAHHHH!!!!

Hye All!!!

Today, I will like to post an entry about one big boy band in the UK, ONE DIRECTION!! 

Well.. i just want to post their pictures..hahahaha..





Well.. they have an album already which call UP ALL NIGHT.
So, what do you think about this boy band? Do they look good to you? well.. I think they have good voices. well.. hahahha...


Toodles!!!

p/s: THey DO LOOK good.

BLOGWALKING!!! MUNNAFENDY!!

Hi semua...

Apa khabar pepagi ni? mesti sihat kan?

aku baru je baca satu entry ni dari munnafendy.com memang syok habes. FAsal apa? Gurauan. MEmang best. KOrang mesti baca infact, its wajib baca!!!



Korang kena baca tau. ini Link dia. munnafendy 

Satu hari, Rasulullah SAW tengah duduk berbual dengan isterinya Aisyah dan didatangi seorang lagi isteri nabi yang datang melawat iaitu Sawda (Saudah). Aisyah menyambut baik kedatangan Sawda dan mempersilakan Sawda duduk. Rasulullah SAW pula duduk ditengah-tengah antara kedua isterinya dan mula bertanya khabar.

Aisyah menghidangkan Harira (sejenis makanan daripada gandum) dan menjemput Sawda makan tapi Sawda menolak.

"Aku tidak mahu", kata Sawda.
"Makanlah", pujuk Aisyah.

"Aku taknak!" balas Sawda.
 
 
tak habis cerita ni lagi, lau korang nak baca pengakhirannya, korang click kat link kat atas tu. dia banyak tulis. best!!!
 
 
 
Assalamualaikum WBT
 
 
 
p/s: Alhamdulillah.

KAWAN BAIK AKU!!!

Hi semua...

Aku nak update satu entry pagi ni. Entry ni nama KAWAN. Baik, dalam dunia ni, ada banyak jenis kawan kan? Kawan baik, kawan biasa, kawan, kawan tak berapa baik, dan kawan sejati which we all know (SAHABAT).

Aku pulak, ada beberapa kawan, aku kawan semua orang but untuk kawan perempuan kat universiti ni, aku ada dua orang. Dua orang ini adalah kawan pertama aku dalam u ini, siapa? meh aku tunjukkan gambar, 

Ini dia, Wannor dengan Siti Ammarah. Jujurnya, dorang berdua adalah kawan perempuan aku pertama di UNISZA ni. Bukan aku tak baiik dengan orang lain, cuma mereka memahami aku. Aku suka berkawan dengan orang yang memahami aku. Mngkin orang lain takde cakap sapa kawan baik dorang itu terpulang sebab itu hak individu. Aku pun tak ley sentuh yang itu.

Dan kawan baik aku pulak adalah, 

ini dia. Dia adalah kawan baik aku sebab dia memahami aku dan secara jujurnya, aku jugak memahami dia. Orang cakap dia lain, memang dia lain tetapi lain dia tak semestinya dia bukan manusia. Dia juga manusia biasa. Macam kita jugak. Jadinya, marilah kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Baik. ini baru nak masuk ke isu ni. Aku da seorang kawan (kawan biasa), semenjak dua menjak ni, bukan main lagi menyalahkan aku sebab tak bawak kawan ni pergi sana, pergi sini, Hem!!! hello.. aku secara jujurnya, memang tak ingat pun sebab apa? compare dengan dua orang lain orang yang aku bawak pergi pesta tu sebelum ni, mereka lebih rapat dengan aku. Kalau kau kata satu orang lain tu tak rapat dengan aku, boleh message dia ajak pergi, Kau buat silap besar, aku message dia almost everyday dulu, dan aku rapat dengan dia, Dan dengan lagi sorang tu lagi la, main sama2,, tak rapat apanya. Keluar sama2. 

Dan engkau duk cakap benda sama setiap kali jumpa kan BTW *sekali dua aku memang tak kisah but everytime kau tempah benda yang tak seaptutnya la kan? hahaha.. tapi aku rasa semuanya da settle kot, dengan segala penjelasan bergambar diatas. Alhamdulillah, aku semakin mengenali kawan-kawan aku, mungkin dengan segalanya ini Allah nak tunjukkan segalanya. Dan Allah nak menguji kesabaran aku. Amin.

Assalamualaikum WBT


p/s: tempoh perkenalan TIDAK bermakna kita mengenali kawan kita, tetapi tempoh kita faham kawan kita walaupun ia seketika, itu LEBIH bermakna.

Thursday, March 29, 2012

KLCC IS ON FIRE???

Hye All!!!

this a news, they said KLCC is on fire.

This is from MalaysiaKini.com. THis is the prove. MAlaysia Kini.



Hope everything would be okay.


Assalamulaikum WBT.



p/s: pray for the safety.

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA.

Hi semua....

apa khabar? aku ni sebenarnya ketandusan idea nak update. Adoiyai.. aku rasa aku kena tulis dulu untuk mendatangkan dia itu.

Baik!! ada da... tadi aku tengok video clip Wonder Girl - So Hot dan Nobody. Jujurnya memang dorang tu cantik dan pandai nyanyi. CUMANYA, apa yang ditayangkan dalah FAKE semata-mata. Sebab apa? most of those Koreans buat plastic surgery tau. Aku takde la statistics or proof yang boleh dijadikan black and white but the thing is, they reassign their faces. FInal. hahahha...



Tapi aku nak cakap fasal KEPURA-PURAAN. maksudnya, sepatutnya kita tidak pura-pura dihadapan orang lain. Jadi diri kita yang sebenar sebab takut nanti bila orang lain tahu diri kita yang SEBENARNYA lain daripada apa yang mereka harapkan, takut nanti susah pulak. Terkejut Maimon, haaa.. time tu memang takde pepe boleh diperbetulkan da. Sebab nasi da jadi bubur. Lau bubur tu boleh makan takpe,, lau tak bley? susah kan? kena makan guna straw..sikit sikit masuk dalam mulut,. 

Sebab tu, kawan2 aku cakap, jadi diri sendiri but ada perkara-perkara yang perlu dipatuhi sebab menjadi diri sendiri dalam kalangan orang yang mengenali diri kita dan menjadi diri sendiri dalam kalangan orang yang tidak mengenali kita adalah FAUX!! hahaha.. kesalahan yang amat besar sebab tu ada saying cakap,  "tak kenal maka tak cinta". OKay.. itu kalau tak kenal, kalau kenal dan terus benci, cmne lak tuh? hahha.. memang sedih la kan? kwang2... 

eh!!! melalut lak. takpe2.. korang lau nak jadi diri sendir pun takpe *pesanan untuk diri sendiri jugak. Tapi korang kena ikut tips ni. Tipsnya adalah!!!

  1. Kena sesuaikan word choice dengan situasi. Sebagai contoh, jangan cakap yang pelik-pelik dengan orang tua.
  2. Cakap slow. Tapi jangan lah slow sangat sampai orang tak dengar langsung. Payah pulaks.
  3. Jaga intonasi *aku kalah dengan yg ni..memang aku takley nak ubah da..hahaha
itu je la tiga kot dulu.. lau ada pepe lagi, nanti aku update Sebab kadang-kadang mudah lupa, Manusia kan.. mesti la. Tapi aku tak menyalahkan yang aku ni lahir sebagai manusia, cuma aku nak statekan kepayahan manusia ni. Banyak benda yang mudah lupa, manusia kan. Hihu~~ 

weh!!! da lambat da ni. aku nak bangun awal lagi sok. 


Assalamualaikum WBT


p/s: tapi tak mengantuk lagi! adoiyai!!

Wednesday, March 28, 2012

HASIL KELAS PHOTOSHOP!!!

Hi semua...

tadi aku serta group Desktop Publishing telah berjaya menghasilkan beberapa keping gambar pun yadoi. *baca dalam nada Johan boleh tak? aku try tulis (Kin Cin).

Petang tadi pun yadoi, menyaksikannya kelas menjalani dalam kelas pun. Kami telah berzaya menghasilkannya beberapa kepingan gambaran daripun Photoshop pun. *pening aku baca. 

Malas la aku tulis banyak... sebab nak baca dalam nada si Johan tu bukan senang.. bangang *postive bangang ni.. bangangkan Jozan tu....kelakar giler...hahaha..

Dialog yg aku tak lupa dalam Lawak Ke Der?

"Pak cik!! Takyah nak buat laka-laka la pak cik".

Sengal.

ni memang hasil kerja aku n ammarah n belle...


Assalamualaikum WBT


p/s: Nak tunjuk gambar je sebenarnya.. mengada tak?

MALU-MALU KUCING.

Hi semua...

apa khabar? hari ini..aku ada bebuat baik sedikit. Alhamdulillah.. tak salah berbuat baik. Hehehe... at least it can heal the world kan? hahaha..make the world a better place. *macam lagi Heal the world lak da...hehahaha... 

comel tak??? hahahha

okay la...ini adalah kejadian masa aku balik dari kedai. Aku dan belle, aku ada makanan dan ada lah seekor kucing ni, mengiau untuk makan. Okay, aku ada makanan, (buntut dan hati ayam), daripada membazir, aku bagi je la kat kucing tu. Memula, nak dijadikan cerita, kucing tu macam malu-malu nak makan pemberian kitaorang. Memanglah ia hanya BUNTUT AYAM dan HATI AYAM tapi itu pun malu. Haaa...haiwan kan..nak buat cmne...

Lepastu, selepas beberapa langkah kami amik, aku tengok kucing tu siap tunduk lagi makan. hahaha.. memang betul MALU-MALU KUCING. Memang malu. So, betul la kata orang tua-tua,  malu-malu kucing, so, aku nampak da situsi sebenar malu-malu kucing tersebut. Hihu~~

Ada jugak ke manusia yang malu-malu kucing?

Assalamualaikum WBT


p/s: mengantuk, but I need to wake up early tomorrow. I have too.

Tuesday, March 27, 2012

SESI KAUNSELING DIRI!

Hi semua...

selamat pagi dan hurrmmm...memang pagi da pun...jam menunjukkan pukul 3.08 pagi. Kenapa aku tidur lambat? sebab tadi petang aku da tidur dan sekarang aku rasa SANGAT LAPAR!! Like memang lapar sungguh. huh! hahahha...

Hurm...tadi aku baca sikit fasal Language, Ideology and Power. Hihu~~ aka L.I.P. hehehe...

hurm..aku sebenarnya masih terawang-awangan dengan diri sendiri. Nada yang aku keluarkan dalam percakapan aku membawa seribu makna yang mana aku sendiri sebenarnya tidak bermakna untuk membawa makna tersebut, Makna itu adalah menyindir. Susah betul kan? tapi tadi kawan aku bagi nasihat supaya try to be nice and try to talk slowly and mind the choice of words. That is all. 

And one more, I must talk quitely and be nice to other people IF I want them to accept me. Biarlah berlakon pun,janji orang suka. Biarlah diri merana pun, janji aku tak sakitkan hati orang. Dan aku akan pergi juga berjumpa dengan counselor, seek advice on myself. huuuu...

Assalamualaikum WBT


p/s: sorry, sesi kaunseling itu adalah atas request aku.

Monday, March 26, 2012

SEMUA KAU NAK CURI?? MEMANG SIAL!

Hi semua...

hari dan beberapa hari seterusnya, aku akan berkabung untuk diri aku sendiri. Rupanya jiwa aku sudah mati. Mati.

Hurm...tadi aku terdengar dari kawan aku bahawa beberapa pasang kasut telah HILANG dari rak. Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Beberapa pelajar mengesyaki ini adalah perbuatan cleaner2 yang ada di sini, namun, ia masih samar-samar. Ia masih  dalam penyiasatan para pelajar disini. Tapi apa yang memang menyakitkan hati aku lah, kalau takde.. takyah la sampai nak mencuri.Sengal betul!!! adoiyai..memang menyakitkan hati jeeee....huh~!

korang tau tak dosa tau mencuri tu. DOSA BESAR. ini adalah rentetan kisah pencurian berlaku yang aku dengar dari kawan aku aka roomate.

Kes Satu

"Bang, nampak tak telefon saya? Saya letakkan dekat atas kerusi ni tadi." Tatkala berada di dewan gymnasium dan semasa ramai orang, selalunya pemain-pemain hanya akan meletakkan hp didalam beg dan diletakkan ditepi court permainan. Itu memang ada orang amik la. Sial kan? nak sangat pakai hp mahal tpi nak mencuri. Nak jalan mudah je. Sial!!! huh!!! korang ingat senang ke nak beli hp. Susah tau!! susah!!! senang ke nak dapat duit? susah tau. Susah!!!!

Kes Dua

"Eh!!! mana kasut sneaker aku? Aku letak kat rak ni, takkan hilang pulak" "Eh. kasut aku pun hilang jugak" Ni yang berlaku dalam rumah aku. Apartment. Kat depan pintu (kat dalam rumah ada rak kasut dan kami letakkan kasut dalam je la, dan beberapa hari ni, disyaki cleaner itu memerhatikan kasut2 yang berada di atas rak itu. Dan beberapa kasut sudah hilang. Memang sukar untuk dipercayai. Memang sukar. Sukar dipercaya sebab ia seolah-olah berlaku didepan mata. haruskah kami untuk mengunci rumah setiap kali ingin keluar? adoyai... jika itu jalan penyelesaiannya. Mungkin kami akan cuba melakukannya. 

Kes Tiga

Aku mengalaminya sendiri. Haritu aku pinjam raket kawan aku. Dan aku letakkan di dalam bag kami bermain. dan lepas tu aku tengok beberapa hari selepas tu, Raket tu HILANG!!! pelik betul sebab aku memang PASTI aku letakkan raket tu dalam bag. Memang sial betul siapa yang curi!!! HUH!!! benci sungguh aku dengan perangai orang macamni, Nak benda tak nak usaha sendiri lepas tu main curi2 je. Sengal!

Aku rasa cukup 3 cases yang aku bawak ni. itu pun sudah cukup untuk dijadikan bukti dalam mahkamah kot, huuurrrmmm...

Assalamualaikum WBT


p/s: TOLONGLAH!! PLEASE, JANGAN MENCURI.

Sunday, March 25, 2012

SUDAHLAH!

hi semua...

Hidup aku ni hanya sekadar penambah rencah dalam kehidupan kawan-kawan aku (dunia). Ada aku takpe, takde aku pun takpe. Setelah, sesi refleksi diri tadi, aku mendapati bahawa, SANGAT RAMAI kawan-kawan yang terasa hati dengan kata-kata aku. Mungkin sudah terlambat untuk aku berubah secara keseluruhannya, jadinya, lebih aku berdiam sahaja. kepada yang bersama aku hari ini, itu mungkin Akmal Razlan yang banyak cakap terakhir yang korang pernah jumpa. Mungkin dengan aku kurang atau langsung tidak bercakap, itu akan lebih membuatkan kehidupan kawan-kawan sekeliling aku lebih gembira dan harmoni. Oleh itu aku minta maaf kepada semua.

Assalamualaikum WBT


p/s: ramai sangat yang terasa hati dengan aku. Maaf.

PHANTOM OF TH OPERA (2004), SUCKS?

Hye-All!!

Last night, I watched a film called "Phantom of the Opera (2004)". The movie was a remake movie which I felt a little bit disappointed  with the flow of the movie, To be honest, too much singing. My head went round. Hahahah... but the "Think of me, song", "Companion (at the grave), song" were good songs. I love it. 

WHat a nice poster....hahaha
This movie actually want to show the ability of the singers. For example, Emma Rossum, to be honest, she has everything, look, voice, acting career and she is beautiful. BTW, she is Jewish.  But we are not talking about race of Emma Rossum but we want to talk about the story itself. 

THe story actuall can be considered as flashback film because Meg, Daughter of Mdame Giry. She actually the one who tell the story. Hihu~~ spoiler? hahahha...no no no..

I lovethe movie BEFORE watching it... but after I watched the movie... my heart turned.... turn into something that urm...hahaha...not that good. Which I not-so-like the movie. Too much singing where the actors should talk, they sing. Spoil the mood of killing..hahaha..it killed the killing mood. Well.. you all should watch the movie too and give review.

Out of 10, I would easily give 6 stars. Sorry the production. It is not the fault of Andrew Lloyd Webber. hahaha.... no no no, not his fault. at all.


Toodles!


p/s: no more second time.

AKU MINTA MAAF. SORRY.

Hi semua...

lambat lagi aku update kan? biarlah kan? hihu~~

baiklah..entry pendek.

Dengan ini, aku nak mintak maaf dengan sesiapa yang terasa hati dengan percakapan, perbuatan, segalanya, kerana ianya semua datang dari khilaf aku. memang aku yang silap pun. Takde orang lain. Okay? aku mintak maaf.


Assalamualaikum WBT


p/s: Aku minta maaf.

Saturday, March 24, 2012

MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI KAMU. AMIN.

Hi semua...

Selamat pagi dan apa khabar? uiiissshhh!!! hidup pagi Sabtu ni mestilah kena sihat kan? hahaha... Mesti ramai yang kuak lentang sampai petang je kan? hahahha..

Baik, aku nak cerita fasal satu cerita boleh? mestilah kan?

Last night kami berpeluang untuk pergi SEKALI LAGI makan maggi ketam di Tok Bali, uiissshh!!! orang punyalah ramai dan kami jugak ramai. Alhamdulillah, kami pergi 2+1 buah kereta. Sebab apa 2+1 tu? Sebab.. dua buah kereta dari UNISZA dan 1 buah lagi dari Besut. EH? sebab apa ada sebuah kereta dari Besut pulak kan? Haaa... ini nak cerita ni. Idea makan malam disana ini telah di ilhamkan oleh, Madam Salina yang berpangkalan di Besut. Seronok betul, kami sampai di sana pada pukul 9.20 malam *lau aku tak silap la, then kami cari tempat duduk semua, tunggu ada sekumpulan ini bangun then kami pun duduk. Rombongan dari UNISZA adalah aku, belle, pz, ayie, ct aminah, fiona, ct ammarah and wan mazrina. Dan rombongan dari Besut adalah Madam Salina, Adam, Idris, Yusof, Ain, Hakimie dan Harith. So, kira berapa orang? 15 orang..haaaa?? korang mampooo?? tak mampooo kan? kwang2...hahaha... 

Memula sampai..

Madam da blik da masa ni...

ini adalah detail bagi tempat ni..call okay?
tepi jalan je..


okay, baik..itu baru je permulaan untuk malam yang sungguh gumbira. Mari aku cerita lagi, semalam kami semua telah order sebanyak 12 maggi ketam, 6 pulut ikan bakar, 15 air. Dan..alhamdulillah, kenyang sekenyang-kenyangnya.. hahaha..

"Ya Allah, mudahkanlah hidup mereka yang membelanja kami dan murahkanlah rezeki mereka, semoga segalnya dipermudahkan, Amin"

Segala pengalaman yang aku dan rakan-rakan kutip akan menjad kenangan sehingga akhir hayat kami. Berjumpa dengan seseorang yang sungguh pemurah, benar, segalanya datang dari Allah, tetapi untuk menggerakkan hati insan untuk membelanja kami dengan memberikan sedikit rezeki anda, adalah perkara yang tidak terhingga baiknya. Alhamdulillah dan InsyaAllah, segalanya tidak akan kami lupakan.

Terima kasih, Madam Salina. Terima kasih, semoga rezeki Madam dimurahkan.


Assalamualaikum WBT


p/s: Alhamdulillah.

KALAU SALAH, SALAH LA...!! ADOIYAI!!

Hi semua.. 

apa khabar? tatkala orang lain ingin melabuhkan bontot dan meletakkan kepala di atas bantal yang empuk lagi best, aku baru nak update blog kan? *ada orang nak baca ke agaknya kan? takpe la.. ikut rezeki la.. ada orang nak baca, kira alhamdulillah la.. kalau takde orang nak baca, nak buat macamne... ini je time aku ada idea. Hihu~~

Baiklah, aku nak bercakap fasal "MENGAKU SALAH".  Korang pernah tak mengaku salah terhadap apa yang korang buat? Kalau pernah, alhamdulillah lah sebab bukan apa, sesetengah orang TIDAK AKAN mengaku salah yang dibuat. Bukan apa, kalau sekali dua takpe... ini through out your life tak mengaku salah, memang SUSAH la. Hahhaha... 

Adoiyai. takde la... mengaku salah ada perkara yang CUKUP sukar untuk kita buat sebab apa? pada pandangan orang lain, kita seperti menjatuhkan maruah diri sendiri, tetapi sebenarnya kita adalah menguatkan diri kita sendiri. Adoiyai..maaflah ye semua, ini entry waktu mengantuk. hihu~~

Aku minta diri dulu la. sebab mengantuk sangat. Ini pun cuba jugak untuk mengupdatekan entry.


Assalamualaikum WBT


p/s: nak tidur, sok nak bangun awal, nak kemas bilik ..daaa

Friday, March 23, 2012

JANGAN LARI LEPAS SEMBAHYANG! OKAY?

Hi semua...

apa khabar? Sekali lagi.. hari ni Hari Jumaat, jadi alhamdulillah, tadi aku telah mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Sultan Zainal Abidin. Aku tak tau kenapa, tadi aku rasa sungguh best dan tenang je.. aku rasa macam nak duduk je kat masjid tu, dah la sejuk, tenang..sunyi.. memang best la. Aku suka je. Iya, la.. masjid mana tak sejuk, tenang kan? sepanas mana pun kat luar masjid tu.. kat dalam dia mesti sejuk. Aku suka betul. Sejuk.

BTW, semasa aku berada dalam masjid tadi, aku berpeluang untuk duduk dibawah *masjid ada dua tingkat. Aku duduk bawah yang berlantaikan marmar. Memang sejuk sangat best! aku suka. Dah la surrounding masjid tu memang best. Tak tau kenapa, memang best la. Semasa sesudah sembahyang, aku tak terus balik, aku duduk kejap then aku terpikir sesuatu, kenapa ramai betul yang nak balik cepat dan keluar dari masjid? sedangkan hari ni adalah hari Jumaat? Jumaatkan cuti. Aku bukanlah kata yang kepada mereka yang menadah doa sekali, yang keluar "lari" sebaik sahaja tok imam cakap "Assalamualaikum WBT", yang tu la. Tunggu la kejap lain kali, tok imam nak berdoa, Berdoa la,, bukan apa2 pun, cuma tadah tangan je, itu pun susah ke? Aku ni bukan la the right person to give advice sebab aku pun tak la taraf pak imam ke apa, aku orang biasa jugak. Cuma, kadang-kadang terlihat akan kejadian itu di depan mata banyak kali, Makanya, kalau terlihat benda ni banyak kali rasa macam tak best je kan? makanya lebih baik aku tulis, at least ada jugak yang baca dan ikut tunggu untuk berdoa sekali, apa salahnya kan? Alhamdulillah.

Baiklah, aku pun berpesan kepada diri aku jugak.


Assalamualaikum WBT


p/s: Berdoa dulu eh, jangan terus lari. Okay?

YANG KAYA DUDUK SAF DEPAN DALAM MASJID?

Hi semua....

apa khabar di waktu-waktu puncak untuk hari Jumaat ni. Waktu puncak? mesti ada yang tertanya2 kan... takde la.. waktu-waktu macamni la kaum lelaki akan pergi sembahyang Jumaat dan maka berpusu-pusulah segala jenis kenderaan menuju ke masjid. Ada Viva, ada Saga, Kancil, Kelisa, Storm, Mercedes, BMW, dan lain-lain.

Tapi korang pernah tak terfikir akan sesuatu ini, sebesar mana pun kereta (kenderaan) yang dibawa menuju ke masjid, tetap korang duduk dalam saf. Iya la.. ada tak masjid yang tulis, 

"Yang kaya duduk saf depan, yang pendapatan sederhana duduk saf tengah dan yang miskin duduk saf belakang"  

ada? Kalau ada masjid yang buat macamtu, bagitahu aku. Tengok, setinggi mana pun kita, ke agama (ISLAM) jugaklah kita perlu pandang. Aku bukan apa, peringatan untuk aku jugak, selalunya kita akan selalu mengingatkan orang, tapi kadang-kadang kita lupa akan diri kita kan.

Aku ni, kadang-kadang terlupa jugak. Banyak makan semut kot. Semut tu buat snack. Hahaha.. takde la.. jap lagi nak pergi sembahyang Jumaat, ada baiknya juga aku menginsafi diri aku kan daripada berbuat perkara yang kurang berfaedah *aku tak buat pepe pun sekarang. Hehehe...

Tapi aku ni sebenarnya baru je lepas makan, dan maksudnya pabila aku lepas makan, dengan segala hormatnya, aku ni mengantuk.. makanya aku cuba untuk rasa mengantuk dengan berat. Itu adalah yang paling sihat sekali. Okies? hihu... payah jugak la nak mengekang rasa mengantuk ni, aku rasa sebab ianya salah aku , aku tidur lama sangat kot. Adoiyai.. letih sangat kot sebab semalam merendek kemain lagi. kan?

Okay la... aku nak rehat sebentar, lepas tu nak bersiap untuk sembahyang Jumaat pulak. 


Assalamualaikum WBT


p/s: lau mengantuk kenalah basuh muka kan?

SILENCE WITH STRONG VOICE.

Hi semua...

aku ada baca blog kawan aku, She wrote it in English, she has good command in English. Brava!

Tapi pepe pun, blog dia memang penuh isi, Segalanya memang berkaitan dengan kehidupan seharian. Memang la kan, hidup kalau tak enjoy memang tak sah cuma betul apa yang diperkatakan, terlampau enjoy akan membawa kepada ketidakselesaan kepada kawan-kawan yang lain. Aku dulu2 cakap, aku okay je sebab aku ni jenis yang kalau tak ingat..memang tak ingat dan kalau ingat memang ingat, Macamtu la.

Tapi apa yang ditulis dalam blognya memang sangat masuk akal. Bagus dia cakap, at least we know kan. At least we know what she feels, lagipun nanti kalau tak tahu susah lak kan. But then, as we all talk, it is all about habit, which could be changed and could not be changed OR can be changed but gradually. Eventually. But not to offense her, as I read through her writings, she did express her thoughts and POV clearly. Note that.

But, most of all, thank you for make me (us) realised of this matter. If its not for your writings, me could also drifted away kan? Thanks Nazirah.

Assalamulaikum WBT



p/s: Silent does not mean silent, Silent with voice is the best way of describing you.

MERENDEK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU!!!

Hi semua...

Apa khabar? aku ni kan asyik update waktu malam pagi je kan? hahaha.... bermula dari petang tadi, aku serta beberapa kawan telah menjalankan aktivit yang sangat berfaedah untuk memenuhi masa lapang kami. *sebab hari Khamis adalah hari cuti makanya kami telah melakukan beberapa aktiviti dan memandangkan ini adalah semester last, kami ingin memaksimakan segalanya. Makanya kami telah keluar ke Kuala Terengganu disamping meneman Belle untuk berbuka puasa, makanya kami pun makan steamboat di D'Ganu Seafood. Sedap weh!! cuma kuah tu tak berapa tomyam sikit. *memang tak rasa tomyam pun...hihu~~

Mari aku tunjukkan gambar dan aku akan explain apa yang kami buat tatkala kamu sekalian melihat gambar2 itu okay?

Mula-mula sampai... semua lapar...hehehe

Belle puasa...

Dah habis..semua kenyang!!

Serious kenyang..

Takke aku nampak kurus sikit.

ni nampak gemuk sikit.

Group photo time!!
panjang tangan aku yadoi..

ni angah tangkap..lawa jugak..
teman2 yang tadi pergi bersama adalah aku, belle, pz, ayie, angah, fiona, mila, ct aminah... hihu~~ kepada yang lain... kalau nak pergi lagi..spare la masa dengan kitaorang..hihu~~


Assalamualaikum WBT


p/s: tempat makan tu berdepanan dengan Water Front City.. memang serious cantik waktu malam!!! memang cantik sangat...sangat...adoiyai..kenyang!! hahahaha

PROMOTION!!! PAKEJ HANTARAN FROM RATIO DESIGN!!

Hye-All!!!

What do you think first when it comes to WEDDING? Food? Wedding Ceremony? Gowns? Bridal Equipments? PA System? Well2!!! You should think about having a wedding planner in arranging your event. The best way is to hiring one trusted company to conduct all the event that you (bride and groom) on your big day. That is the best way right? 

That is the reason why I wrote this entry. Ratio Design has launched a promotion on Wedding Package. This is all the details. 

Click here.
Hantaran for Weeding is one of the most important elements in wedding ceremony. That is the reason why Ratio Design does this promotion, The Team wants you to feel what other people felt during their weddings. Well... let see their artworks. I would consider their works as art because their are meticulous and they just want the PERFECT ELEMENT in their works. Their say, their do and their executed it very well. 






These are their artwork. Amazing aren't they? They would always *again the best for their client. Got to love that part, for sure.

 Okay, if you are to make any reservation or any consultation, just go to their blog, which is RATIO DESIGN. or you just can message them ratiodesign@yahoo.com and after that you just can tell them that Akmall Razlan from New Interesting Manuscript recommend this. Well..just the procedure and DO NOT forget to give them this voucher, you may get more discount the voucher number is RD-AR . Okay?

Bubbye..


p/s: I want to get their services for my wedding too...hihu~~

Thursday, March 22, 2012

AVAIL CAPPUCINO TONGKAT ALI!!! SEDAP!!!

Hi semua!!!

Apa khabar? Jam da menunjukkan pukul 10 pagi.. korang kerja tak hari ni? heheh... haruslah kan? hahaha...

okay.. baik!! korang mesti kerja lama2 lepas tu letih kan? korang nak tak minuman untuk menambahkan tenaga korang? disamping itu juga, korang boleh menikmati minuman yang segar dan bertenaga. Dan yang paling penting!! SEDAP DAN BERPATUTAN. Korang nak tak minum ni? lau korang nak.. tengok gambar ni dulu okay?

Cappucino Tongkat Ali AVAIL!!

Cappucino Tongkat Ali AVAIL.

Cappucino Tongkat Ali AVAIL.
Aku da minum untuk dua kali.. aku tak pernah rasa minuman yang sesedap ini tau. Aku jarang percaya terhadap barang yang macamni.. nak2 yang sachet ni *jujur aku cerita. Tapi setelah minum Cappucino Tongkat Ali AVAIL, aku rasa sungguh bertenaga. Sedap sungguh. Cuma letakkan satu sachet dalam gelas  yang berkandungan 180ml *air panas la... lepas tu kacau dan minum. Memang best... ada satu trick..letakkan sedikit creamer or susu pekat. Bukan kandungan tu takde susu cuma nak lebih sedap, creative la sikit kan? hehehe...hidup kena creative. Hihu~~

Untuk maklumat lanjut korang boleh hantarkan email kepada akmall_kiut@yahoo.com okay?


Assalamualaikum WBT


p/s: memang best!! rugi kalau korang tak rasa. Sedap!!