Nuffnang Ads

Wednesday, October 31, 2012

Ikan Lampam Jawa Bakar Dengan Daun Kunyit.

Salam, Hi...

Sekali lagi kita bertemu, so, sekarang seperti yang telah saya janjikan, saya akan memaparkan gambar yang saya tangkap sebaik sahaja Ikan Lampam Jawa Bakar Dengan Daun Kunyit itu masak. Hehe..
Anda mahu tengok? Ini dia.



Resepi :

Dua ekor Ikan Lampam Jawa
Kunyit hidup (di tumbuk hancur)
Garam
Daun Kunyit
3 asam keping

Cara-cara:

Lumurkan ikan lampam jawa dengan kunyit yang telah ditumbuk berserta garam. Lumur sehingga semua badan ikan kena kunyit. Isikan perut ikan dalam asam keping. Bungkuskan ikan dengan daun kunyit dan bakarnya sehingga masak.

*boleh bakar dalam pan. Lebih senang nak masak. Hehe..

See, tengok tu? hehe.. seronok kan? Memang sedap pun, nak2 pulak kalau makan dengan nasi panas dan time hujan. Memang best! saya suka. Hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: When I am bored, I watched "Yale Gets Better"

Menu Kegemaran Saya.

Salam, salam 1 Malaysia.. hehe. *nampak tak saya patriotik.

Okay, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan kata nama saya sebagai pengganti diri dan dengan harapan orang lain yang membaca dapat menyulami apa yang saya tulis dan segala coretan saya mungkin sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada semua pembaca.

Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah. InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjadi salah seorang daripada guru tuition Bahasa Inggeris di salah sebuah pusat tuition di Bentong. Doakan kejayaan saya ye?

Eh, malam ini, saya telah menyediakan lauk kegemaran saya. Apa dia? nak tau? hehe.. selain Gulai Nanas Ikan Masin, Kailan Ikan Masin, saya amat meminati dan menggemari Ikan Lampam Jawa Bakar Dengan Daun Kunyit. Lagi sedap kalau guna kunyit hidup sebagai perasa. Seriously, memang sedap! Saya suka sangat! 

InsyaAllah, nanti saya cuba postkan gambar ikan lampam tersebut bersama resepinya ya?

Assalamualaikum WBT

p/s: nampak sopan kan gunakan saya? hehe

Tuesday, October 30, 2012

Dia, Wanita Itu.

Selamat Malam...

Apa khabar? Pembaca-pembaca ku yang setia menanti coretan hidup aku di atas layar nota maya ini. *wah.. penuh puitis. Aku beberapa hari lepas ada hantar coretan puisi ke buku Wanita, hehe,, tajuk puisi tersebut adalah Dia, Wanita itu. Best puisi tu, insyaAllah, mungkin akan di publish.. *jenis tak sedar diri, ramai lagi orang lain yang lebih berbakat, namun, apa2 pun, aku nak tunjuk jugak kat sini. Puisi ni aku suka, suka sangat, aku buat puisi ni dalam masa beberapa minit je, tapi ia cukup menceritakan kesemuanya. Alhamdulillah. ini dia. lihatlah..


Dia, wanita itu
Mengandungkan, melahirkan

Dia, wanita itu
Menghayun buaian

Dia, wanita itu
Menyayangi, mengasihi

Dia, wanita itu
Membelai, menaungi

Dia, wanita itu
Menggembirakan, kegirangan

Dia, wanita itu
Membesarkan, tanpa keluhan

Dia, wanita itu
Akan ditangisi pemergian

Dia, wanita itu
Aminah binti Ishak
Ibu ku, yang tercinta.


Ni puisi yang aku buat untuk Mak aku. Hehe dan aku dah hantarkan ke majalah Wanita. Hehe.. InsyaAllah.. amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: terkenyang pulak, makan banyak.

Monday, October 29, 2012

Menu Cerita Pilihan Malam ini.

Salam,

payah sungguh aku nak update blog, line Celcom macam sial je. *sorry la terkasar tapi itu lah hakikatnya. Aku dah letak like 10 feet ke atas dan aku guna wire yang panjang untuk mendapatkan connection but still, ia terputus-putus dan membuatkan aku sakit hati serta ingin menangis. HAhaha.. melampau tak?

Eh! sapa tengok cerita Julia kat TV 3 tadi? Seronok kan? sama lah, aku pun suka juga dan my parents pun tengok jugak tadi, Eh! bukan2.. mak ngn kakak aku je. Hebatkan lakonan Nabila Huda aka Julia. Kesian Julia, dah la mak,ayah dan ayong meninggal dunia dalam nahas kemalangan dan Julia juga telah diberhentikan kerja oleh Datuk. Apa lah yang menimpa Julia. Amir pulak kena buat apa tah dengan si Sofea gila tu, macam2 betul si gila tu. Tak takut azab ke. haha.. iya lah, rumahtangga orang nak di runtuhkan, mak dengan ayah si Sofea tu macam tunggul je, macam lembu, ikut sangat kehendak anak. Please la, ada ke mak dan ayah yang sanggup ikut kehendak anakanya sampai macamtu sekali? Tolonglah. Gila. Eh! sorry, ter-emo pulak. Hahaha...

Apa2 pun, macam boleh berlaku kan? Takpe, malam ni, aku nak tengok cerita Mimpi Cinderella pulak!!! hahaha... cerita ini pun sedah jugak, aku nak tengok jap lagi, geram tengok di Saleha tu, macam bongok2 cmtu, tapi kelakar. Lorna tu pulak lebih kurang Sofea cuma tak la gila macam Sofea sangat, tapi tetap gila lah. hihihi..

Nanti pukul 10 pulak, keluarga aku akan tengok cerita, Adam dan Hawa, itu memang cerita tak boleh miss, mementang lah 80 episod, kena tengok tiap2 malam, takut terlepas. Hahaha.. seriously, semua tengok, lepas tengok, kena la tidur. HAha..

Tapi selalunya, aku stay kejap, sebab nak tengok GLEE, kat StarWorld. GLEE pukul 10.30 pm. so selepas cerita tu, aku pun tengok lah. Hehe..itupun kalau abang aku tak tengok cerita lain kalau tak, menunggu dengan penuh geram je la aku. Sengal!

Dah2 lah,, aku sakit perut ni, tah kenapa, mungkin aku makan caviar beluga semalam kot. *verangan...

Assaalamualaikum WBT

p/s: makin laju je taip kalau ada idea, kalau takde, slow nak mampus, buka pun tak.

Nasi Lemak Kampung Jenud.

Selamat tengahari semua...

sepertimana yang telah di janjikan pada semalam, aku akan memaparkan gambar Nasi Lemak yang telah di masak. Sorry lah sebab lewat sedikit, ada kerja tadi.

Ini dia,


 ni dia, ha? apa? nak resepi nasi lemak? alar.. senang je ni.. korang search dalam internet tu, banyak. Hehe... Bukan tak nak bagi, cuma ni memang resepi biasa aje. Takde yang fancy2 pun, cuma as mentioned in the previous entry, aku letak ikan tongkol dalam sambal, tapi aku buat dua sambal, satu yang biasa, satu lagi yang ada ikan. Hehehe...

Nasi tu mak aku yang masakkan, mak aku letak, halia, dan halba sebagai bahan tambahan, no daun pandan, saje je, mak aku kata, malas nak letak daun pandan. Hehe,, aku pun, okay je. Hehe.. lagisatu, jangan letak santan banyak-banyak tau, sebab takut nanti mengantuk.

Dah la, ni nak masak untuk tengahari pulak, Eh! dah pukul 1 ptg? aarrghh!!! lewat dah...

Assalamualaikum WBT

p/s: enjoy.

Sunday, October 28, 2012

Nasi Lemak for tomorrow morning.

Malam...

Its almost 10.30 pm and I am already in my bed preparing to sleep. Funny eyh? I could barely remember during my uni life, I usually sleep at 12 am and above and there was one time, I slept at 5.00 am. I do not recall why but surely that longest night ever. Hahaha..

Well, whatever it is, life must go on. Tonight was a wonderful night, reason? I managed to make the sambal for nasi lemak. Hehe.. I made sambal two ways. One would be the normal usual sambal which just blended dried chillies  and blended big onions, cooked together until its cooked and for tasting, put salt and also sugar. The other sambal would be, same ingredients but I put ikan tongkol in it. I missed the way of nasi lemak was cooked in Terengganu. They put ikan tongkol in the sambal nasi lemak, so, I try to make it happens here. Hehehe... I do not know whether its good or not, but it better be good, if not, hahahaha...

As for the rice, I will make it tomorrow. Early in the morning, I have to wake up to make it happens, OR! there will be no nasi lemak for tomorrow. Need to wake up early, so, in order for me to wake up early tomorrow, I'd better start sleeping. Hahaha.. no a chance. My stomach is not on my side right now, she makes a little party inside. So not great at all. 

Well, since I have three main social networking site (Twitter, Blog and Facebook) so, all of them would be all about Nasi Lemak. hashtag nasi lemak! hahahaha...

As for tomorrow, I will be taking pictures of nasi lemak and put it here. Okay? In my blog. So wait for it tomorrow will ya?

Assalamualaikum WBT

p/s: Really sleepy. Really.

Saturday, October 27, 2012

Pengganti AKU?

Malam semua...

Aku sebenarnya di dalam dilemma. Selalu je pergi berblog-walking namun terlihat akan satu kemestian, dimana penulis blog menggunakan nama pena, nama manja, nick name namun tidak seorang yang aku baca menggunakan 'AKU' sebagai pengganti nama.

Mula aku terasa lain macam. Adakah aku patut tukar kata pengganti nama aku? Aku dah tukar dulu sebenarnya, dari Saya-Adik-I-Saya dan sekarang, AKU. Aduh... banyak yang kena fikir sebenarnya kalau nak tukar. Iya la, takut nanti orang kata, aku ni tak consistent lah, apa lah. Tapi bila fikir balik, kata nama AKU tu rasanya dah okay da. Tapi nantilah, aku fikirkan apa kata ganti nama yang mampu membuatkan orang lain merasai apa yang aku rasa. :)

Eh, tadi aku makan bakso. Sedap, mak sedara aku buat. Hua hua hua ... *daging lagi... uurrgghh... hahaha.. tapi aku tak makan daging sangat pun tapi ni duk pening ni. Aduh.. tapi gagahkan diri tulis blog dan buat apa yang patut, kena tidur awal sebab nak biarkan otak dan minda berehat. Banyak sangat makan daging jadi pening, kang tak fasal-fasal aku strok. Payah kan.

Dah lah, 

Assalamualaikum WBT

p/s: jangan makan daging banyak sangat! please.

Songkok dan Kopiah.

Selamat petang...

Seperti yang dijanjikan tadi, tajuk untuk entry ini adalah "Songkok dan Kopiah". Mesti ramai yang telah menjangkakan apa yang hendak aku perkatakan kan?  iya, tepat sekali apa yang korang semua fikirkan. Ia memang mengenai "Songkok dan Kopiah". Apa lagi kan? 

Tetapi, bagi sesetengah orang, Songkok dan Kopiah memberikan dua simbol yang amat berbeza. Sangat berbeza. Berbeza dari segi apa? Cuba anda tengok sekeliling. Ini daripada pemerhatian aku juga sebenarnya cuma mungkin pemerhatian aku ini adalah secara rawak dan ia mungkin juga tidak betul. Harap maklum. Tapi aku nak tulis juga. :)

Okay baiklah, kita mula yer? Songkok dan Kopiah. Siapa yang selalu pakai Songkok? Siapa yang selalu pakai Kopiah?NAMUN! harus aku nyatakan disini, TIDAK SEMUA daripada mereka membayangkan KOPIAH DAN SONGKOK sebagai pandangan politik mereka. Itu adalah apa yang aku lihat dan aku bukan pengkritik politik ataupun sesiapa. Aku hanyalah orang biasa yang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sesuatu.

Aku menyokong parti yang aku sokong. *Maaf, tidak boleh didedahkan kalau berkawan dengan aku, taulah aku sokong siapa. Tapi, sekali lagi, jikalau sesebuah parti melakukan kesalahan, maka salah lah, tidak akan ia menjadi betul, namun, jika ia betul dari pandangan aku, maka ianya betul walaupun ia daripada parti selain parti yang aku sokong. Pullstop!

Berbalik kepada Songkok dan Kopiah. Pandangan berbeza dan kadang-kadang dari segi percakapan dan pakaian, kita mampu mengenali siapa Songkok dan siapa Kopiah kan? Ianya ibarat satu simbol yang tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat satu identiti yang telah wujud di dalam kedua-dua parti tersebut.

Tetapi, apa yang hendak aku highlight kan di sini adalah, kadang-kadang, Songkok dan Kopiah ini bersatu dan mereka mampu berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti majlis qurban, majlis kahwin dan majlis2 yang melibatkan mereka untuk bergabung. Akan tetapi, ini adalah apa yang aku lihat di kampung-kampung, tetapi tidak di bandar. Maaf, aku tidak dapat komen keadaan di bandar sebab aku tidak duduk di bandar. Mereka yang dibandar lebih mengetahui apa yang mereka lakukan disana., kan? Hehehe...

Dah la,, entry aku ini sebenarnya BUKAN untuk mencemarkan atau memprovokasi mana-mana pihak cuma, there is a fine line between POLITICKING and SOCIALISING. Kalau berpolitik, berpolitik lah, dan apabila sampai waktu untuk bersosial dan berkomuniti, maka, berkomunitilah. Ingatlah, dalam berpolitik, ia tidak membawa sampai ke mati, tidak ada mereka yang bergelar Datuk Seri dan seangkatan datang untuk menggali kubur, yang ada hanyalah orang-orang kampung, anak-anak, saudara-mara, maka, be wise and be nice. Itu sahaja. Maaf jikalau ada yang terasa, namun setuju ataupun tidak, itu adalah hakikat yang perlu ditelan. Memang pahit namun ia adalah kebenaran. Kan?

Terlalu panjang aku menulis.

Assalamualaikum WBT

p/s: sama-sama kita fikirkan bersama. Masih tidak terlewat. Benar.

Banyak Makan, Banyak Lemak?

Waahhh...

Kenyang aku makan nasi tadi. Makan kenduri kat rumah bapa saudara aku kat Bentong. Kenyang wehh!!! Hahahaha... Nak tau aku makan apa tadi? Wahahaha, Nasi putih+ikan patin masak tempoyak+ikan masin+kari daging+sambal perut dan air sunquick. Sedap woooo.. Memang sedap.

Kami keluarga yang besar, so bila time kenduri memang penuh la. Semalam, kat rumah aku pun ramai. Best! Aku suka, semalam, ayah njang, mak njang, along, angah, iwan, apin, kak mas, adik kak mas, mak andak, achik, ayah tam, mak tam, anak2 mak achik, anak mak andak, anak kakak2 aku, semua la. Aku suka, reramai. Tadi pun sama, ramai2, makan ramai2, makan mangga reramai. Suka aku. Lagi ramai, lagi best. *bukan kereta je lagi best tau, keluarga pun lagi best tau? Hahaha...

Ni sekarang ni aku kat klinik, ayah aku sakit perut. Tadi dah kat Bentong tadi dia tak nak pergi, so sekarang dah balik Raub dah dia nak pergi lah. Hehe, so sekarang kat klinik la ni. Hehehe, tak tau la nak baik ke tak, at least ikhtiar kan? Hehehe..

Eyh, dah la, ni nak balik dah, aku ada cerita ni nak buat, Songkok dan Kopiah. Suka dengar tak tajuk tu? Tunggu cerita lanjut nanti!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: perut kenyang, banyak lemak! Haahahah

Nasi Goreng Akmall Razlan

Morning...

Seperti aku beritahu di entry lepas, aku nak masak nasi goreng kan? So... this is the nasi goreng. Have a look. Well, I wish I could say, have a taste but... sorry, me can only taste it. Hehehe...




Well, nasi goreng ni senang je, Nak resepi?

Okay, ini dia.

Bahan-bahan (1 hidangan 2 orang)

2 cawan nasi putih
2 biji bawang merah
8 biji cili padi
ikan bilis yang telah dibuang isi dalamnya
3 cm halia (sedikit sahaja)
sedikit kobis bulat
1 biji telur ayam
Minyak
 Garam
Ajinomoto

Cara-cara:

1. Tumbuk (bawang merah, cili, ikan bilis, halia bersama sedikit garam kasar) sehingga lumat.
2. Panas kuali dan tuangkan minyak ke dalam.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan letakan api kepada sederhana. Masak sehingga naik bau. Biarkan seketika sehingga ia kelihatan sedikit keperang-perangan.
4. Masukkan nasi dan gaulkan sehingga ianya sebati di dalam kuali.
5. Masukkan kobis. Gaul lagi.
6. Masukkan garam, ajinomoto. Rasa dan gaul lagi.
7. Buatkan lubang ditengah2 nasi dan pecahkan telur ayam ke dalam. Kacau telur ayam dan gaulkan nasi.
8. Biarkan nasi garing sebentar. Rasa lagi, jikalau tidak menepati rasa anda, tambahkan garam atau ajinomoto sehingga berasa.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Haa.. senang tak? Resepi tu mak aku selalu buat cuma dia buat lagi sedap, apa yang diletakkan dalam tu aku pun tau tau, cuma maybe dia letak kasih sayang dia dalam setiap makanan, so sebab tu sedap kemain. HEhehe...

Okay, nak pergi bapa saudara kenduri pulak ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Harap korang cuba resepi ini. Aku suka letak halia dalam nasi goreng, ia menambah kesedapan nasi goreng itu sendiri.

Lemon Diet di Hari Raya.

Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka terus mandi...

Korang mesti nyanyikan verse kat atas tu kan? Jangan tipu... hahaha.. mesti punyalah.. aku pun sama, sambil taip, sambil nyanyi...

Sebelum tu, Selamat pagi dan salam AidilAdha ke-2 aku ucapkan kepada semua.. sihat tak? Mesti ada semua sihat kan? Makan daging banyak tak semalam? Kalau banyak, no no no... jangan makan banyak sangat, banyakkan minum air masak dan kalau boleh do the lemon diet, di mana, sebelum, semasa dan selepas makan, minum air lemon dan makanan yang berasaskan lemon. Lemon boleh membantu mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan. Tetiba lah kan. "Eeeeiii,, lemon mahal lah", makanya haruslah kita menjadi creative dan bijak, gantikan lemon dengan limau nipis. Kesannya lebih kurang sama namun, limau nipis sebenarnya mempunyai rasa yang sedikit berbeza dengan lemon, ia lebih manis. Hehehe.. seriously, ia ada rasa manis. tak percaya? Cuba, aku pun telah cuba jugak, cuma, ada lah kesan sampingan, iaitu, perut akan meragam dan kita akan mendapat cirit birit. Namun, ia bukanlah cirit birit sampai habis hilang air dalam badan, cuma, ia membuang lemak2 yang berada di dalam badan. Okay? kalau nak kesan lebih, buat air perahan limau dan campurkan dengan air suam, memang tiptop kesannya. Nak lagi berkesan? Sebelum melakukan kerja2 berat atau senaman, minum air ini, memang ia memberikan kesan yang cepat dan badan anda tidak akan menggelebar.

Eyh! tetiba jadi pakar kesihatan. Tapi cuba lah, aku pun telah mencubanya cuma aritu berhenti seketika, so, ni nak mula balik. Hehehe...

Hari ni, hari raya kedua,
Raya kedua masih ada Qurban,
Weh, makan daging tu berpada-pada,
Takut nanti kita terkorban.

Itu pantun nasihat, sapa2 nak beli, beli lah... heheh.. tak payah bayar pun. Ni nak pergi masak sarapan ni, nasi goreng. 

Assalamualaikum WBT

p/s: lapar.

Friday, October 26, 2012

Pengalaman Di Hari Raya AidilAdha.

Selamat petang semua!!!

Ya Allah... sedar tak sedar dah petang dah. Petang di hari Raya Haji yang pertama. Mengikut kalendar, ramai yang dari Bandar besar akan balik ke kampung masing-masing. Sebab? Okay, hari raya tahun ni juga jatuh pada hari Jumaat dan banyak masjid di ibu negara mengambil keputusan untuk melakukan ibadah Qurban pada esok hari iaitu pada hari raya kedua. Sebab, kalau kat bandar2 besar, haiwan yang hendak diqurbankan adalah banyak, so, dorang takut tak sempat makanya mereka mengambil keputusan untuk melakukannya pada esok hari. 

Cara ini juga ada dilakukan di kampung-kampung, bagi kampung yang banyak penduduk melakukan ibadah qurbah, mereka juga memilih untuk membahagikannya kepada sedikit pada hari ini, dan sedikit lagi pada hari esok. So, fair and square, right? 

Tapi, tadi kat kampung aku, kami telah menumbangkan sebanyak 5 ekor lembu. Alhamdulillah, aku juga terlibat dalam proses tersebut dan aku tadi duduk di bahagian pembahagian dagingnnya. Banyak giler aku timbang tadi, dan kami dapat sebanyak 130++ kampit daging. 1 kg = 1 kampit. *maaf takde satu Malaysia. hahahha... *selingan.

Kami sembelih, kami lapah, kami potong, dan kami bahagikan untuk setiap rumah di kampung kami. *Kampung Jenud. Alhamdulillah, semua dapat merasa daging haiwan qurban yang disedekahkan oleh mereka yang melakukan ibadah Qurban tersebut dan setiap rumah dapat lebih kurang 2 kg. Banyak tuh. Kalau beli tu lebih kurang RM40+ tuh, banyak kan? 

Aku pada tahun ini, terlibat dalam pembahagian daging dari mula hingga akhirnya. Aku adalah antara orang yang terakhir balik ke rumah. Hehehe.... dan menjadi antara orang yang terakhir balik ke rumah adalah perkara yang baik, aku dapat bawak balik daging banyak. Ayah aku banyak lagi banyak, so, kalau combine, mungkin sampai tahun depan kami makan daging, HAhaha... *melampau tak hahaha. tipu je... heheh...

Okay, pagi tadi aku dan kakak aku masak nasi ayam untuk makan tengahari sebenarnya, banyak dan alhamdulillah, kalau kami berdua buat nasi ayam, memang tiptop! hahaha. memang sedap. Aku pandai masak. *puji diri sendiri lagi.. hahahha...

Ni nak pegi tempat orang kenduri lagi nih, banyak lagi rumah orang kenduri, hihu... 

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang makan nasi ayam, sok lusa, berterusanlah makan daging.

Thursday, October 25, 2012

Kalau lah aku dapat pergi ke masa lampau...

Salam Aidil Adha dan Selamat Hari Raya.

Semua mesti pernah terfikir kan "Kalau lah aku dapat pergi ke masa lampau, aku akan...." mesti kan? Mesti pernah terfikir akan perkara ini. Mungkin ini perkar yang simple tapi sebenarnya jikalau kita dapat pergi ke masa lampau, banyak perkara yang mungkin kita boleh ubah. Namun, ia bagai mengubah takdir Allah SWT kan? namun, memang banyak perkara yang kita boleh ubah. Memang banyak, kan?

Tapi apakan daya, sejauh mana pun ciptaan manusia, tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah SWT. So, memang tidak akan ada mesin waktu yang membolehkan kita pergi ke masa lampau MELAINKAN dalam mimpi. Jikalau kita memang ingin dan memang berhasrat untuk pergi ke masa lampau, insyaAllah, kita akan dapat pergi ke masa lampau, cuma, mungkin apa yang kita akan mimpikan itu adalah berbeza dengan apa yang kita mahukan. Jadi, ia mainan tidur. 

Tidur tanpa doa tidur akan membuatkan Syaitan senang masuk. Tidur tanpa basuh kaki membuatkan Syaitan senang masuk jadi, untuk mendapatkan tidur yang lena dan smooth, basuhlah kaki, dan bacalah doa dan adalah sebaik-baiknya kita ambil wudhu' sebelum kita tidur. 

Berbalik kepada cerita awal tadi, waktu yang kita mungkin hargai adalah apabila kita diilhamkan oleh Allah SWT untuk memimpikan Rasulullah SAW yang mana mungkin Syaitan dapat menjelma sebagai Baginda. Ya Allah, itu adalah impian setiap umat Islam dalam dunia ini. Sesungguhnya kami tidak akan dapat menatap wajah Baginda selain hari Akhirat. Dan diilhamkan untuk bermimpikan Baginda adalah satu perkara yang amat istimewa. Allahuakbar!

Namun, adakah cukup amalan kita untuk Allah SWT mengilhamkan untuk kita bermimpikan Rasulullah SAW? Itu adalah pertanyaan untuk diri kita sendiri dan untuk diri kita sendiri menjawab akan soalan itu.

Waktu sekarang, ramai jemaah Haji seluruh dunia menjejak kaki ke Tanah Haram, Mekah dan mengerjakan ibadah Haji yang menjadi impian setiap daripada Umat Islam di dunia ini. Sekali sahaja adalah cukup untuk kita mengerjakan ibadah Haji. Namun, bagi mereka yang berkemampuan, untuk mereka mengerjakan ibadah haji hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Amin.

Aku mungkin tidak mempunyai iman setebal insan-insan lain, namun, aku sentiasa cuba untuk berubah dan cuba menjadi hamba-Nya yang terbaik. Sesungguhnya, tidak ada orang lain akan dapat mengubah diri kita sendiri melainkan diri kita sendiri. Amin.

Maafkan aku jikalau entry aku kali ini lebih berkisar akan Agama Islam, aku tau, bagi mereka yang mengenali diri aku, aku bukan orang yang sesuai untuk menulis sedemikian rupa, namun, ia bukanlah untuk aku berbangga tetapi aku menulis sekadar ingin berkongsi dengan pembaca akan apa yang ada dalam diri aku. Doakan aku ye.

Assalamualaikum WBT

p/s: will prepare for tomorrow's updates.

Lemang!!!

Good evening everybody!

How are you doing at this very time? Must be very busy right? Executing many things and why? Tomorrow is Hari Raya. Hehehe.. good! Loike it.

My mum cooks lemang.. wanna see it? Lemme share the moments with you. hehehe

see, the lemang. Love it? hehe
This is at very beginning of the burning (bakar) process.
Nowadays, my mum also take orders from other people. Well, those who want fresh, kampung lemang and my mum is among the people who make lemang for orders too. Hehehe.. my mum is like still new but there is also this one mak cik that always make lemang for orders. Like most of the time. Seriously. She makes a lot, like really a lot. Her name is Siti Rokiah and we call her, Mak Teh Kiah. People too love her lemang. If you want to know more, you can email me. akmall_kiut@yahoo.com , I will give you her details.

Well, that is amazing eyh. Hehehe.. at least I help. :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Assalamualaikum WBT

p/s: Thank you.

Kulat Sisir and Terung Anggur.

Morning!!

Today is the day before Hari Raya Aidil Adha and today is also the Wukuf Day for the hajj.

So, as usual, the day before hari raya my mum would gladly make lemang and so many other things. And, as for now, she took the bamboo to make lemang and she already dried the glutinous rice for lemang. :)

This very morning, my mum and I went to our Kebun Getah to pick up something. What are the things? See these amazing pictures, hehehe...












Kulat sisi and Terung Anggur (sorry, I do not what to call them in English). So, these are the raw ingredients that my mum going to cook today. The day before Hari Raya Aidil Adha.

I would like to wish all my friends and those who know me, Selamat Hari Raya Aidil Adha and do not too much meat eyh?

Assalamualaikum WBT

p/s: kemas rumah.



Wednesday, October 24, 2012

Menu Minum Petang : Bubur Jagung Manis

Selamat petang semua!!!

Makan apa petang ini? Mesti korang ada buat makanan yang sedap2 untuk minum petang kan?
Okay lah, nak dijadikan cerita, semalam aku dan ayah aku beli jagung kat tepi jalan area kampung aku ni dan petang ni mak aku telah berbesar hati dan mencemar duli untuk membuat Bubur Jagung Manis. Sedap? Memang sangat sedap dan memang umpph! aku suka. Memang aku suka makan jagung, tapi haritu hajat hati nak suruh mak aku buat macam agar2 jagung tu, cuma kami sini panggil "Hatipari Jagung" pun memang sedap! aku suka. Hehehe.. tak sempat lagi nak belajar masak benda2 ni dengan mak aku. Hihu.

Eh! kebetulan dah ada Canon ni, aku snap lah gambar Bubur Jagung Manis tu.. nak tengok? Mari.

Bubur Jagung Manis.

tengok tu, biji2 jagung yang sedap dan manis.

ni pun sama.. cantik kan?
Waahhh.. nak pulak tadi tempat aku ni hujan dan makan pulak bubur jagung manis ni, memang perfect fit. Hehehe.. nak resepi? Yahoo me at akmall_kiut@yahoo.com.my , I will give you the recipe. :) this is one of my mum's recipe.

Assalamualaikum WBT

p/s: ada kilat pulak.

Kena Kurus Kalau Nak Ke Jepun???

Hi semua..

*hari ini, aku tulis dalam Malay lah eyh tapi campur2 sikit.

Okay, aku baru je lepas makan dan tetiba aku terbaca entry ini. LULU PAGES. Tersentak menkarung aku sekejap. Cuba korang baca betul2, saiz pinggang untuk lelaki dan perempuan tu, itu maksimum tuh, agaknya kalau boleh nak sekecil yang mungkin! Shoot! Kalau aku nak duduk situ, mampus la aku kena kaunseling tiap2 masa, silap2 boleh mati sebab terlalu banyak kaunseling. Hahaha...

Kalau nak ikutkan, nak kata aku ni gemuk, tak lah gemuk mana., *hahaha.. sapa lagi nak puji dan comfort melainkan diri sendiri kan? hahahaha... Eyh, bayangkan kalau semua rakyat Malaysia ni kurus kering dan pinggang semuanya 30 inci kebawah. *tak dapat bayangkan? Sama lah ngn aku pun, aku tak dapat bayangkan aku pinggang 30 inci kebawah. HAhaha.. SERIOUSLY! agaknya kalau aku pinggang 30 inci dan kebawah mesti aku dah lama da tak balance. Kepala besar sangat. Mesti aku macam nak jatuh2 gitu kan? hahaha.. *bodohnya bayangan. 

Dah mengarut dah aku ni. Kenyang sangat kot. HUahuahua...

Dah la, ada kerja aku kena buat ni. taaa...

Assalamualaikum WBT

p/s: Listening to Imagine by John Lennon, ugh, memang best!

Tuesday, October 23, 2012

These Two Little Monsters.

Hi and very good evening to all.

Since I bought the Canon Powershot A3400 SI this afternoon, my beloved nephews have become full time photographers. I was like, what are you doing with MY camera? hahaha.. well, actually, it is not just my camera, it is a the family's camera, reason? I usually take their pictures and most of the time, me is not in every picture. Hahaha..

I have my own mission that I need to accomplish which is to take the pictures of my village and put it in my blog. I want to do it for so long already but hehehe... now, I have my camera, I can do it and also, I have the internet connection. It's on!!!




These two little monsters are my nephews and the one who took this photos is also my nephew, Abang Fahim  *he will be Standard 6 next year. See that expressions with these two, huh! hahahha... btw, this is not EDITED or what, it is like it is. They built it just like that. The upper one is Vivid and the down there is Monochrome.  Amazing isn't?

Well.. that is all.

Assalamualaikum WBT

p/s; GLEEK!

Canon PowerShot A3400 IS is mine!!!!

Hi,

Today was the best day ever. Reason? I bought another camera. Digital camera and this one is Canon PowerShot A3400 IS and I am really glad because having bought this camera I do not need any LOMO camera. The function in this model has everything that LOMO camera has. Hehe. Wanna see my first picture with this amazing camera? behold!!


tada!

this is the Cartoon Mode. hehe

Alhamdulillah...


This is way better than my previous lost camera.

Assalamualaikum WBT

p/s: need to catch the moments.. hehe

Monday, October 22, 2012

Thru Blackberry.

Hi..

OMG! This is the first time ever I compose an entry through BlackBerry. This is amazing, I do not what to write because, I felt a little bit awkward cause usually I compose an entry using like keyboard, laptop and this new for me. I will try my very best to use this advantage on telling you stories and my experiences. :)

Okay, what to write? Okay.. I started to plant some seeds and I am very happy because in several weeks, we will going to harvest the plants. I planted kailan, ladies fingers and many others. Hehehe...

Hope you'll find some times too to plant plants because the planted plants would be the best ever. Hehe, and its healthy too.

Assalamualaikum wbt

P/s: you gonna see more from moi.

Midnight.

Poem-ing.

Midnight

Night is getting late,
3 minutes to midnight,
Sleeping is not the choice now,
Sitting around, doing nothing,
All I can hear is crickets cricketing outside,
Rain pours heavily,
Yet, just imagination.
My imagination.

Night is getting late,
2 minutes to midnight,
I want to sleep,
Still, my eyes would shut for just 6 hours sleep,
Crickets are still cricketing outside,
No rain, No rain at all,
Wondering, will moon be shone?
Wondering, will sun be bright tomorrow?

Night is getting late,
1 minute to midnight,
I need to sleep,
My eyes are closing for me,
Still crickets cricketing outside,
Cold, cold, cold,
No, its not winter but surely its cold outside,
Will sun be bright tomorrow?

Its midnight.
Today became yesterday,
Tomorrow became today,
and tomorrow would never be here.

by Akmall Razlan

Sunday, October 21, 2012

Maroon 5 - One More Night.

Good evening!!!

I have this one amazing song from Maroon 5 entitled "One More Night". I personally think that you'd better look for this song, it is a good and catchy song. I love it very much from the moment I listened to it on the radio. Then, i said "I need have to have this song.." and voila! I have it, I downloaded it from the internet (paid)..heeee.... So, without any further ado, I present you the lyrics of this song. Here!!





"One More Night"
You and I go hard at each other like we're going to war.
You and I go rough, we keep throwing things and slamming the door.
You and I get so damn dysfunctional, we stopped keeping score.
You and I get sick, yeah, I know that we can't do this no more.

Yeah, but baby there you go again, there you go again, making me love you.
Yeah, I stopped using my head, using my head, let it all go oouu.
Got you stuck on my body, on my body, like a tattoo oouu.
And now I'm feeling stupid, feeling stupid, crawling back to you.

So I cross my heart and I hope to die
That I'll only stay with you one more night
And I know I said it a million times
But I'll only stay with you one more night

Try to tell you "no" but my body keeps on telling you "yes".
Try to tell you to "stop", but your lipstick got me so out of breath.
I'll be waking up in the morning, probably hating myself.
And I'll be waking up, feeling satisfied but guilty as hell.

Yeah, but baby there you go again, there you go again, making me love you.
(Making me love)
Yeah, I stopped using my head, using my head, let it all go.
(I let it all go)
Got you stuck on my body, on my body, like a tattoo.
(Like a tattoo, yeah)
And now I'm feeling stupid, feeling stupid, crawling back to you.

So I cross my heart and I hope to die
(Yeah)
That I'll only stay with you one more night
(Ohh)
And I know I said it a million times
(Yeah)
But I'll only stay with you one more night
(Yeah)

Yeah, baby give me one more night [x3]

Yeah, but baby there you go again, there you go again making me love you.
Yeah, I stopped using my head, using my head, let it all go.
Got you stuck on my body, on my body like a tattoo.
Yeah, yeah, yeah, yeah


So I cross my heart and I hope to die
(Oh oh oh oh, oh oh oh oh)
That I'll only stay with you one more night
(Oh oh oh oh oh oh)
And I know I said it a million times
(Oh, I said it a million times)
But I'll only stay with you one more night
(Yeah, baby give me one more night)

So I cross my heart and I hope to die (yeah, yeah)
That I'll only stay with you one more night (yeah, yeah)
And I know I said it a million times (yeah, yeah)
But I'll only stay with you one more night (yeah, yeah)

I don't know, whatever.

Look at the lyrics, clearly, Adam Levine has been influenced by my ex-girlfriend, Taylor Swift. Hahaha.. I do not know whether you know or not but Adam Levine broke-up with his girlfriend, Victoria's Secret Model, Anne V and heard that he has found a new girl, too, Victoria's Secret Model and also a friend to Anne V, Behati. Do not know whether this is valid but hey, there, in Hollywood, anything can happen. Seriously!

Follow this  steps:

1. Open New Tab.
2. Type www.beemp3.com
3. Type Marroon 5 -One More Night at SEARCH column
4. Follow the instructions

The link that I gave to you is the one of the way to look for songs. Almost any song. Hehehe.. I hope I do justice. :)

Toodle!

p/s: still listening to it.

Keep On Smiling Eyh?

Good evening all!!

Must you have performed you solah right? Maghrib? If that is so, good, if not, well.. you'd better perform it now, okay?

Okay, those days and these days, people usually misunderstood me. I get this a lot. "Eh, you have the meanest face ever", "Look at your face, put a smile on your face" etc. When I looked in the mirror, I usually see a happy person but I do not really know what happen when I am not smiling. I just do not know. Maybe, people see a different person, a person who have problem with his face and unable to smile. I do not know but one of my friend said, I have the face that can make people see negative things. Hahaha.. but there was one occasion when I was smiling all the way from morning to night and one morning, in the class, there was one friend of mine telling me this *I wrote it in Malay language, "Jangan senyum banyak sangat, nampak macam kerang busuk". I was stunned and I really do not know what to do. But hey, as for now, people can tell me what to do but do they know how? Like, people were born with different faces and different face muscles. 

And since that, I choose to smile when I have to smile. Whatever right? Like people care about it very much. Hahaha.. I wrote this introduction to this entry is because I saw this entry from a friend of mine. CLICK HERE. Interesting actually. How the world love different thing. This subject have hard time to smile but people love it. I love it too but when I smile and not smiling, people do not like me? Because I am a human? Not a cat? hahaha..

Well, hope you will be smiling from morning to night and have a better life. Eyh?

Assalamualaikum WBT

p/s: once a while, I need to write an entry in English. :)

Saturday, October 20, 2012

3 Quote Yang Buat Anda Berfikir.

Selamat Malam semua... *Dalam bahasa Inggeris takde selamat malam, adanya hanyalah Good Evening.. hehehe.. apa2 pun.. dapatlah kan tujuan aku tu kan? hehehe...

Okay, tadi aku pergi menghantar mak sedara aku pergi ke Hospital sebab dia mendapat strok kecil yang disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi dan nasib baik pergi hospital cepat, lau tak, no one knows what would happen kan? 

Sementara aku berada di situ, aku tak buat apa-apa pun cuma aku berbaring di atas kerusi di hospital tu, siap nyanyi lagi, punya la bosan kan? lepas periksa bagai, takde apa-apa. Alhamdulillah dan mak cik aku tidak dimasukkan ke dalam ward lah. Alhamdulillah.

Cuma tadi aku balik, aku dapat beberapa inspirasi untuk menulis blog malam ni. Hayati tiga quote ini.

1. "Orang kerajaan tu memang suka bagi kat orang-orang dorang, payah sangat ke nak bagitau kita kat kampung ni?"

2. "Kita ni kerja bukan nak kaya, kita kerja nak senang je, sebab kalau nak kaya, susah dik"

3. "Kita berniaga kedai makan ni adik, kita kena buat sedap-sedap dan apa yang kita suka makan, itulah yang akan kita masak dan bagi orang makan"

Apa pandangan korang? 

Untuk yang pertama "Orang kerajaan tu memang suka bagi kat orang-orang dorang, payah sangat ke nak bagitau kita kat kampung ni?" tu memang lah, sudah jelas lagi bersuluh kan? Memang ia untuk kerajaan sekarang. Bukan apa, cuma tadi mak cik2 aku cakap fasal 1 Azam yang duk sibuk sekarang ni. 1 Azam kat sini, 1 Azam kat situ. Aku secara jujurnya, memang gembira dengan hal yang dilakukan oleh kerajaan ini, dengan memberikan bantuan perniagaan kepada masyarakat yang ingin berniaga kan? bagus, aku suka CUMA! sedikit yang aku kesal, terdengar cakap2 *yang mungkin benar, ada sesetengah penduduk kampung yang ingin membangunkan diri TERTINGGAL disebabkan KETIDAKCAKNAAN sesetengah pihak. Aku tidak menyalahkan sesiapa, cuma dengan adanya isu ini, harapan aku, tidak ada lagi perkara sedemikian berlaku. Setahu aku, selalunya, mungkin setiap kampung ada kuoata yang telah dipersetujui oleh orang atasan, pemimpin. Iyalah, setiap daripada kami faham akan kemampuan kerajaan, takkanlah nak bagi semua kan? takkan nak bagi semua penduduk dalam Malaysia semua bantuan 1 Azam tu, CUMA, janganlah tinggalkan penduduk yang mungkin berharap dengan bantuan ini. Kalau tak dapat semua, mungkin 3-5 permohonan dapat ditunaikan oleh kerajaan. Jangan cuai.

Ayat yang kedua, "Kita ni kerja bukan nak kaya, kita kerja nak senang je, sebab kalau nak kaya, susah dik" Terkesan jugak la apa yang dikatakan oleh mak cik ni. Mak cik ada kedai makan dan alhamdulillah, aku tengok dia senang lah, senang hati bagi orang makan makanan yang best2. *maaf, mak cik ni bukan mak cik aku, cuma kenalan kami sebab selalu makan kat kedai dia. Hehehe.. Mungkin pada sesetengah orang, mesti la kita kerja nak kaya kan tapi apa yang mak cik ni cakap, membuatkan aku tersedar, kerja untuk senang bukan untuk kaya. Kaya memang lah banyak duit, tapi banyak duit sangat pun, susah nak tidur malam kan? sentiasa berjaga2, tapi kalau memang kaya, mesti upah guard kan? hehehe.. berbalik kepada tajuk kecil tu tadi, kelau senang, maksudnya makan pakai ada. Rumah ada, kerja ada, hidup tak berhutang, itu mungkin definisi senang bagi mak cik tadi tu kan? aku tak tanyalah pulak mak cik tu tadi. Cuma, dia nampak optimistik je dan dia memang suka bercakap. Cayalah mak cik! btw, aku makan sup kaki lembu dan nasi goreng ikan masin tadi. :p

Ayat yang ketiga "Kita berniaga kedai makan ni adik, kita kena buat sedap-sedap dan apa yang kita suka makan, itulah yang akan kita masak dan bagi orang makan". Ini pun sebenarnya daripada mulut mak cik tu, hihu. Memandangkan dia suka bercakap maka dia memang banyak la fakta dan auta yang keluar. Aku amik fakta je, auta tu aku tinggalkan. :) Apa yang mak cik tu cakap sebenarnya memang benar. Nak buat makan untuk dijual, buatlah dengan baik dan sesedap mungkin. Tapi janganlah untuk kali pertama je buat sesedap then orang dah ramai datang, pastu buat ala kadar je. Susah camtu weh, kena konsisten bukankah dalam agama kena buat semuanya secara konsisten, kan?

Wah, banyak pulak aku terbebel untuk post ini. Sorry lah eh, tak sengaja, niat nak berkongsi, Sudi-sudikan lah membaca coretan aku ini yer?

Assalamualaikum WBT

p/s: Listening to Maroon 5 - One More Night and Rihanna - Diamonds (love these two songs very damn much, if you have time, try to look for these songs, very catchy and love it very much!!)

Friday, October 19, 2012

Menu Minum Petang : BAKWAN

Selamat petang semua...

Harap semua gembira baca post aku pagi tadi kan? hehehe... Apa-apa pun korang makan apa petang ni? Hehehe... korang tau aku makan apa? aku makan, Bakwan. Korang tau tak Bakwan tu apa? Haaa... ini resepi yang aku belajar dari seorang mak cik yang berwarganegara Indonesia yang berasal dari Bandung tapi dia dah duduk Malaysia lama dah dan dia bekerja sebagai buruh di kampung aku ni. 

Kami aritu makan kat 'kongsi', 'kongsi' itu adalah sebuah penempatan sementara untuk pekerja balak. Biasanya, mereka duduk ramai-ramai dan mempunyai seorang tukang masak untuk memasak meals untuk mereka. Ha.. jelas? okay, move on. 

Dengan itu, aku nak kongsi resepi Bakwan ini dengan semua. Hehehe.. Mari kita tengok bahan-bahannya.

Bahan :

500 gram tepung gandum
satu sudu teh serbuk penaik
2 cawan air
sedikit garam
sebatang carrot (dipotong panjang dan nipis)
sedikit kobis (dicincang nipis)
taugeh halus
daun kucai (dicincang halus)
daun bawang (dicincang halus)
3 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk)

Cara-cara :

Tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air dicampurkan sekali dan kacau sehingga sebati. Masukkan carrot, kobis, taugeh halus, daun kucai, daun bawang, bawang putih dan bawang merah kecil sekali. Kacau sehingga sebati dan jikalau terkurang air, tambahkan sedikit air supaya sebatian menjadi seperti sebatian cucur. Selepas sebati, biarkan ia seketika supaya serbuk penaik menjalankan tugasnya.

Panaskan minyak di dalam kuali dan masakan Bakwan sehingga menjadi kuning keperang-perangan. Hidangkan bersama sos cili dan air tea o. Petang anda akan menjadi lebih bermakna.

the Bakwan mixture

Bakwan in action...

Ready to be served!

Wah! macam iklan tv dah aku ni. hahaha..


yeay!!! semoga korang cuba resepi mudah dan amat sedap ini. Selamat mencuba!!

Assalamualaikum WBT

p/s: fikir nak masak apa pulak nanti.

Aktiviti Aku Selama Di Rumah.

Selamat Pagi Malaysia!!!

Apa khabar? Ke udara lagi aku untuk ke sekian kalinya... as mentioned last night, I have got many things to share with you all readers and followers. Not too fancy about that right but sharing is incredibly great actually so, I have decided to share all my experiences here. Hehe..

Okay, being home is good actually. Home is where our heart is right? Kalau tidak, masakan ada saying in English, Home Sweet Home. Apa-apa pun yang berlaku, rumah kita adalah rumah kita, dan dalam budaya Melayu pulak, Rumahku Syurgaku. Kan? Semua itu berkaitan dengan rumah/home. Tapi ini hanyalah intro untuk apa yang aku nak cerita.

Baliknya aku dirumah merupakan pengalaman yang best *macamlah aku ni duduk jauh kan? hahaha.. Seolah2.. hahahaha.. aku balik kerumah, aku memasak macam MasterChef Malaysia da, aku mempertajamkan skill memasak aku. Alhamdulillah, aku masak ringkas tapi sedap. *puji diri sendiri.. hahaha.. skill2 ni sebenarnya aku kutip sementara berada di rumah mak sedara aku kat Bentong aritu, iyalah, dia masaka cepat dan sedap, so, aku adapt apa yang aku tengok dan belajar ke dalam rumah aku, generally and ke dalam diri aku, specifically lah. Aku masak Nasi Ayam, Sotong masak sambal, singsang ikan tongkol, gulai masam tempoyak ikan patin, sambal buah getah, sambal buah perah, sotong dalam tin masak sambal, telur dada bermayonese, dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab ada guru-guru yang memang suka memasak dan suka makan. Aku suka makan. Hehehe... Berbalik kepada MasterChef Malaysia Musim ke 2, aritu aku tengok sekejap, then apa yang mengejutkan aku, dalam satu Ujian Masakan kot, yang diorang kena teka2 bijian tu kan, ada yang tak kenal biji soya putih dengan biji sagu besar. I'm like, hello, what is the point of participating in MasterChef Malaysia 2, dan aku compare kan dengan MasterChef US kat StarWorld tu, jauh beza dek non. Jauh sangat! Sangat2 jauh. Yang aku paling kagum dengan salah seorang pesertanya, Christine yang for the past 10 years she lost her sight, gradually. Kesian kan? tapi she made a lot of amazing things on MasterChef US. I am so really impressed by her ability to make such things. Go Christine! 

Itu bab masakan, lepas masak, aku duduk je selalunya, then, petang sikit aku mula potong baju. Sepanjang aku ingat lah, aku dah buat 2 baju Melayu Teluk Belanga, 1 baju kurung untuk mak aku, satu seluar baju Melayu, satu blouse. Not bad for a beginner eyh? Alhamdulillah, aku pandai memotong baju dan menjahit ini adalah kurniaan Allah SWT, aku nak kongsi tak dapat, takkan nak bagi sikit sorang bakat aku kan? hahaha.. tapi kalau ikut kehendak aku, nak je aku amik kelas menjahit tapi huhuhu... *biarlah aku je yang tahu sebabnya... Aku memang takde formal education on sewing ke potong kain ke, aku belajar sendiri. Aku tengok bebaju dalam surat khabar ke, buku ke, fashion mag ke, aku cuba fikir dan lukis balik then aku dapat the clear picture about garment lah. Alhamdulillah... bukan nak riak atau bangga, cuma sekadar berkongsi, kat mana lagi nak berkongsi selain kat blog ni kan? hehehe... Itu pulak bab menjahit, hehehe...dan untuk Hari Raya Qurban ni, aku da siapkan baju aku, warna hijau lagi. Hehehe...

Kat rumah pun aku ada jugak belajar and refresh on English language. I usually buy English newspapers and recently, I bought a English Grammar Book, just to refresh my memories on English language. Kalau aku tak buat macamtu, aku takut aku lupa about English language. Payah lak nanti kan, hehehe... berhabuk/bersawang pulak English aku nanti...

Then aku ada jugak berkebun dekat depan rumah aku, banyak jugaklah hasilnya.. tapi takde la aku komersialkan pertanian aku, hehehe.. aritu aku tanam sawi, bendi. Bendi tu pun dah di hujung-hujung nyawa dah, buahnya dah tak elok dah. Kami kena harverst bendi tu tiap-tiap hari sebab ia memang berbuah tiap-tiap hari. Hehehe.. ada jugak aku tanam kangkung, kacang botol, dan di dalam kacang botol tu mak aku dengan hebatnya menanam bunga keembung ala bunga inai pancur tu. Hebat tak? hahahah.. so, sekarang, bunga tu bercampur molek dengan kangkung dan sayur-sayuran lain. Alhamdulillah...

Eh, terbanyak sangat pulak aku berkongsi ini kan? tak banyak sangat ke? adoiyai.. hehehe..dah lah eyh? Kerja? mesti ada yang tanya kan? Rezeki masih takde lagi, aku ada jugak isi pelbagai related areas jawatan kosong cuma mungkin aku masih takde rezeki. Kalau nak bercakap fasal rezeki ni memang luas, macam-macam jenis rezeki dan baik buruk itu semua rezeki dan rezeki itu jugalah ujian Allah untuk hambanya, kan? Hehehe... *macam ustaz lah aku ni.. hehe

Dah lah, takut nanti korang bosan pulak baca tulisan aku ni yang tak seberapa ni. Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: maaf takde gambar.

Thursday, October 18, 2012

Kita Berjumpa Lagi!!!!

Alhamdulillah, bersua lagi kita selepas lebih kurang sebulan tidak keudara. Bukan apa, aku takde line CELCOM Broadband kat rumah ni, MAXIS pun sama, memang takde. Ini pun kena angkat beberapa kaki ke atas, lebih kurang 10 kaki ke atas lah. Macamtu, nak tengok gambar situasi tersebut? mari...


Haaa.. anda lihat sendiri betapa tingginya aku letak modem broadband tu, bukan senang nak invent benda macamtu. kan? Ini pun slow-slow guna EDGE/GPRS cmtu... alhamdulillah, masih boleh la buka blog ni, tapi Yahoo slow sikit, mungkin berat kot, takpe aku akan cuba lagi dan teruskan mencuba sampai aku boleh. :)

Eh, seriously, banyak betul benda yang aku nak kongsikan, iyala.. selama lebih kurang sebulan tak tulis blog ni, rasa macam hilang sikit nak bina ayat tu, tapi bila dah dapat keyboard, alhamdulillah, ayat macam biasa lah mencurah-curah. Hehehe.. aku banyak benda nak cerita, tapi aku akan buat dalam entry yang akan datang lah, sebab biar aku organise dulu benda yang hendak diceritakan eyh? hehehehehe...

Apa-apa pun, untuk entry ini, ibarat kata entry pengenalan semula kan? Tapi takde la macam penjenamaan semula. Hehehe.. aku harap semua akan terus membaca blog aku dan segala tulisan aku dan bersabar dalam menanti setiap tulisan aku. Thanks aku ucapkan kepada semua yang menyokong aku. Alhamdulillah, terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: insyaAllah, :)