Nuffnang Ads

Tuesday, April 30, 2013

Majlis Penutup Program Seminar Groom Big Usahawan GiatMARA Pahang.

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Sekarang saya berada di Dewan Belia Dong dan sekarang saya sedang menghadiri satu program Majlis Penutup Program Groom Big Usahawan GiatMara Pahang. Tujuan utama Program Groom Big Usahawan GiatMara ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta kepada alam perniagaan.

Alhamdulillah, majlis penutup untuk event ini akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Shaharuddin bin Haji Abd Moin, Pengerusi GIATMARA Malaysia. Turut hadir, Yang Berhormat Datuk Aziz bin Mat Kiram, ADUN Batu Talam, CEO GIATMARA Malaysia, Puan Meriam binti Majid serta para Pengurus GIATMARA Pahang.

Baik... alhamdulillah, walaupun perit jerih telah dilalui, rancangan yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt

p/s: siap event.. saya nak balik.

Monday, April 29, 2013

Seminar Usahawan Groom Big Usahawan GIATMARA Pahang.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Sihat tak semua? Saya tak berapa sihat sebab sibuk dengan event giat di Dong esok. Persiapannya memang perrgghh... sangat letih. Banyak lagi perkara yang tak siap. To date.. ni dah dekat pukul 5 dan... masih banyak barang yang kena cari. Huhuhu.. keletihan yang melampau.

Ada benda nak diceritakan.. jangan kerana terlampau ingin dikenali kita terpaksa mencaras rezeki orang lain, namun.. ingatlah. Istidraj yang Allah bagi untuk kita adalah untuk menguji sejauh mana keteguhan dan kekukuhan iman kita. Ingatlah... segala yang diberiNya adalah pinjaman. Earn it by yourself, ur efforts. Okay?

InsyaAllah... segalanya akan berjalan dengan lancar esok. Amin. Segala susah payah akan terbalas esok. Amin....

Assalamualaikum wbt...

p/s: keletihan adalah satu ujian.

Sunday, April 28, 2013

Plaza GM, Nilai dan Business!!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sampai sudah saya dirumah yang tercinta yang berada di Kampung Jenud. Letih yang teramat sebab tadi baru je balik dari Nilai, Negeri Sembilan bermisi mencari barangan cenderahati untuk event 30 April 2013 di Dewan Belia Dong.

Dan alhamdulillah juga sebab segala barangan yang dicari tersebut telah berjumpa dan ready untuk dihiasi. Dan barangan perhiasannya juga telah dibeli. Settled!!!

Sekarang, hanya tinggal persiapan dewan, menghias dewan, packing cenderahati (souvenirs). So, sekarang, bekemungkinan saya akan balik lambat jugak lah, seperti pelatih dan tenaga pengajar yang lain. 

Alhamdulillah, selepas dua hari mengikut cikgu Izam ke tempat mencari barang, saya dapat berjumpa dengan tempat yang sungguh murah dan kalau hendak berniaga, boleh sangat!! hahaha.. insyaAllah, kalau saya ada modal nanti, saya nak buka perniagaan, at least ada side income kan. hehe. InsyaAllah...

Sekarang? saya sangat letih dan hendak tidur sudah, tapi saya kena sudahkan kerja yang ditinggalkan. Bilik dah siap kemas sikit dan sekarang tinggal buat report sikit untuk minggu lepas. So, mungkin esok saya akan print dan bagi kepada mereka yang berkenaan untuk dicop dan ditandatangan. 

So, see you tomorrow. Mengantuk sudah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Plaza GM, saya akan bertemu anda lagi nanti.

Off to Nilai.

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar? Semalam saya ke KL dan hari ni pulak, saya ke Nilai, masih misi yang sama.. mencari cenderahati untuk event 30 April 2013 di Kompleks Belia Dong ni.

Saya pun sebenarnya membina reputasi dala GiatMARA ni, seriously... bukan senang nak bina reputasi... segalanya perlu perancangan khusus... masa 6 bulan di giatmara perlu dimanfaatkan dengan baik...

Apa-apa pun... sekarang kami sedang menuju ke Nilai untuk mencari barang. Alhamdulillah.. Isnin ni saya diminta untuk menolong AJK Pelaksana untuk melancarkan persediaan di Dewan Belia Dong. InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar.. amin.

Assalamualaikum wbt

P/s: letih tapi seronok.. mendedahkan saya tentang cara kerja dan alam pekerjaan.

Saturday, April 27, 2013

KARIZA MAKMUR ENT.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang saya berada di kedai cikgu izam..sementara menunggu nak beli barang ke kl...hahha

Kepada sesiapa yang hendak menempah baju, langsir... boleh lah... murah2 je.. tak la mahal sangat... berpatutan lah...

Apa-apa tengok contact number ni..

Assalamualaikum wbt.

p/s: hubungi num ni tau...

Friday, April 26, 2013

The English Journey.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, saya pun sihat jugak, walaupun cuaca agak tidak mengizinkan, sejuk, berair, hujan. Sejuk wooo...hihu...

Mungkin tak ramai yang tahu, saya ada buat lagi satu blog. Blog ini sebenarnya bertujuan untuk mengimbau kembali kenangan lama dan refresh all those I would say, forgotten knowledge and terms yang kitaorang belajar dahulu. It has been a while kan. hahaha. tapi takpe, as long as I have the references *my books, then takpe lah rasanya untuk saya menulis lagi kan? At least, apa yang saya belajar dahulu, tidak akan dilupakan dan akan terus berkembang.

Tujuan lain saya menulis blog tu adalah untuk berkongsi ilmu fasal Bahasa Inggeris, plus, at least, saya ada letakkan ilmu di blog dan English language students boleh baca kan? gitu.. okay tak?


Korang tetiba baik hati kan, then rasa nak membaca tulisan mengenai English language, boleh lah click banner yang simple kat atas tu, senang je kan. Apa lagi tunggu? click lah..hahhaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: seeing the past from the bottomest of my heart.

Calon Tak Best, SO aku buat undi rosak???

Assalamualaikum WBT,

Entry terakhir sebelum saya tidur, Dah dekat pukul 1 pagi dah ni.. adoiyai..

Tadi saya terjumpa kawan lama, well, tak lah kawan sangat, but I know her lah kan.. saya tanya dia, "Eh, boleh mengundi dah kan?"

Dia jawab,

"A'ah, dah boleh dah, tapi memandangkan aku ni petugas Peti Undi, aku kena mengundi pos lah".

aku,

"Oh,, camtu... bagus lah"

Dia cakap lak

"aku mengundi DUN Dong, ko DUN Batu Talam kan?"

Aku jawab,

"A'ah".

Dia sambung lagi,

"Aku ni tak tau nak pilih siapa sebagai wakil aku, maksudnya, kalau kita mengundi yang salah, kita bersubahat dan berdosa, sebab tabligh tak mengundi, baik aku buat undi rosak daripada mengundi wakil yang tak dapat mewakili aku dari pelbagai sudut".

Aku jawab,

"haa? undi rosak? kalau macamtu, baik tak payah mengundi, duduk je kat rumah".

Dia jawab,

"Kira aku mengundi jugak lah, tapi aku buat undi rosak sebab calon-calon yang ada tak aku tak bersetuju langsung".

Well.. whatever lah, pilih lah calon ko dengan betul, takpun ko kumpul duit sendiri, bertanding atas tiket bebas, nak tengok, ada tak yang 'bodoh' mengundi kau.

Assalamualaikum WBT

p/s: Muda lagi budak tu, anak muda? kepala pening.

Thursday, April 25, 2013

Kerja Banyak, Tak Terkejar!!!

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah,, tak cukupnya 24 jam yang diberikan, sumpah tak cukup. Sebab apa? Sebab, kerja yang banyak, seriously, banyak giler.

Ini esok ada kerja lagi yang perlu disudahkan, dan esok ada exam lak untuk progress Baju Kurung Modern. Huahuahua.. penat laahh!! hahaha.. *selalu budak-budak dalam kelas cakap camtu. Penat memang penat, tapi nak buat macamne, selagi mana saya belajar di GIATMARA Raub, selagi itu lah saya kena ikut arahan GIATMARA Raub. *kalau tak dapat kerja dengan GIATMARA Raub, tak tau lah...hahaha.. 

Ni sekarang baru dapat update blog, kalau selalu, awal-awal lagi dah update blog kan, ini tidak.. saya pukul 11.40 PM!! baru update blog, dok molek fikiran fresh je... nak boleh ke update tu, layu-lisut dulu idea tu, huhuhu.. pening2.. ditambah kerja yang agak banyak.. hahaha.. lagi lah pening... BPP lagi... huahua.. buat mata lalat lagi.. *btw, mata lalat tu yang jahit kat leher tu eyh.. jangan tertukar lak... Dengan pilihanraya lagi!! waaaaa.. lama dah tak pergi bilik Gerakan BN.. ups! .. iya.. saya undi BN. ada tak puas hati? Nak fight? jom! *tumbuk tumbuk.. hehehe.. saje je..bukan itu caranya kan?

Saya mengundi BN cuma I want better BN, bukan yang hanya tangkap muat. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Biar kritik BN kerana kebaikan, bukan dek  kerana puji, Jangan luar Biru, dalam Hijau SUDAH!!

Wednesday, April 24, 2013

Laman Pesona, Ming He Yuan, Cheroh.

Assalamualaikum WBT,

Saya dah lama duduk dalam Raub ni, tapi baru sekarang saya jumpa tempat yang agak nyaman dan mempersonakan ini. Petang tadi saya masuk tempat ni. cantik!! Dalam bahasa Cinanya, ia di panggil Ming He Yuan atau dalam bahasa Melayunya Laman Persona. Memang terpesona saya melihat tempat ni, saya tidak sangka, di tepi lereng bukit, mereka mampu untuk menghasilkan tempat *resort & spa yang begitu indah. 



Lokasinya yang agak strategik telah membuatkan tempat ini menjadi salah satu daripada perniagaan yang berpotensi tinggi. Tambahan pula, perniagaan yang berasakan services ini amat menguntungkan. Bertempat di Cheroh, Raub, Laman Pesona memberikan satu dimensi baru dalam percutian. Laman Pesona menawarkan banyak aktiviti sampingan selain memberikan satu pandangan yang nyaman dari atas bukit. Semestinya, cantik tatkala fajar subuh dan terbenam matahari.

Dengan beberapa tempat tarikan yang berdekatan Laman Pesona ini, seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill, Lata Berembun, Lata Lembik, Jeram Besu dan banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan penduduk setempat dan luar negara dalam menikmati keindahan alam semulajadi yang tercipta indah ini. 

Di Ming He Yuan, terdapat dua restaurant yang amat berpatutan iaitu Song Huang Ge Chinese Restaurant dan D'terrace Wastern Food yang menawarkan variasi makan halal Cina dan Barat. Laman Pesona juga menyediakan juadah yang segar-segar belaka. Bekalan ikan air tawar segar diambil dari Cheroh juga dan sayur-sayuran diambil dari Cameron Highlands. Apa lagi yang kita mahu? 

Ming He Yuan ini mempunyai 14 chalets dengan perkhidmatan restaurant sendiri yang menyediakan makanan Cina dan Barat. Rate untuk Chalet adalah RM150/room/night dan penginap bolehlah menyewa khemah untuk lebih adventure dan jimat ialah RM 50/tent/night.

Sambil menikmati udara nyaman dan segar, kita dalam merehatkan tubuh badan kita dan melepaskan segala tekanan dengan duduk di kawasan yang agak hutan. Cubalah!

Kepada sesiapa yang mahukan lebih maklumat, mungkin ada kemusykilan, bolehlah melayari atau telefon maklumat ini.

Laman Pesona Resort & Spa
Lot 3 & 4, Seksyen 4,
Kampung Baru Cheroh,
27620 Raub,
Pahang Darul Makmur
Email: admin@lamanpesona.com.my
Tel: +609 3697892 / +6019 6697604 / +6012 2802892

Assalamualaikum WBT

p/s: banyak kerja lah!!!

Laman Pesona, Cheroh.

Asslamualaikum wbt,

Tadi saya pergi ada satu tempat ni di Cheroh, Raub. Cantik.. tempat ni cam resort and spa lah.. bagus tau tempat ni, dah la dekat dengan cameron highland, Lata Lembik dan banyak lagi tempat menarik di Raub dan kawasan berdekatan. Gambar ini diambil di Laman Pesona di Cheroh. Nak tengok gambar?

Assalamualaikum wbt

p/s: agak cantik pemandangannya.

Tuesday, April 23, 2013

REVIEW : Samsung Galaxy Grand DUOS

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua? Sihat tak? 

Memandangkan saya pengguna Samsung Galaxy Grand DUOS yang amat berjaya. Hahhaa.. takde lah, setelah sebulan lebih rasanya menggunakan Samsung Galaxy Grand DUOS ni, adalah baik jikalau saya mengupdate, mereview dan memberikan komen terhadap performance Samsung Galaxy Grand DUOS ni.

Seperti mana yang kita semua maklum, Samsung Galaxy Grand DUOS ni merupakan satu telephone pintar yang mempunyai dua sim. Secara jujurnya, saya pada mulanya agak risau dengan dua sim card ni, iya lah, kebanyakkan telephone yang mempunyai dua sim card ni agak payah nak memberikan performance yang baik. TETAPI! Samsung Galaxy Grand DUOS ni, pada saya, amat baik dan kita boleh pilih mana satu sim yang hendak diaktfikan tanpa mematikan satu lagi sim card. Hebat bukan? MEmang!!! wwwooohhhooo..

Selepas itu, screen 5.0 inci yang merupakan satu daya penarik kepada Samsung Galaxy Grand DUOS ini amatlah bijak sekali. Kecil sedikit dari Samsung Galaxy Note, tetapi sekali imbas ia seperti Samsung Galaxy Note, hebat bukan? 

Saya adalah pengguna Samsung buat kali pertama dan saya amat berpuas hati dengan apa yang saya miliki. I couldn't ask for more. hehehe..

Namun, screen Samsung Galaxy Grand DUOS bukanlah seperti Samsung S2, S3 yang ada screen Amoled tetapi, screen biasa ini pun sungguh cantik dengan kamera belakang 8MP dan kamera depan 2 MP cukup untuk saya berkongsi gambar dengan orang lain. Tetapi, setelah saya check, built-in memorinya bukanlah 8GB tetapi ia hanyalah 4 GB. Itu lah sedikit flaw nya, tetapi memori boleh ditambah lagi dengan memori microSD up to 64GB. Nak letak apa kan sampai 64 GB, nanti berat lak, ingat makin berat isi, makin banyak makan batery. Sama cam kereta gak kan? Makin berat muatan, makin banyak kali kena isi minyak, betul tak?

Mak cik suko!!! gagahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Sekali sekala buat review.
p/s: nak upload gambar, tapi line cam hampeh!

Helicopter turun terbangkan perhiasan di Bandar Raub.

Assalamualaikum wbt,

Sekarang ada di GiatMara Raub.. belajar membuat leher baju... hahah..

Eh..tadi ada helicopter turun ke padang Raub ni.. nak tengok? Kelakar ni...

Assalamualaikum wbt

p/s: leher baju kurung moden dah siap!!!

Monday, April 22, 2013

Panduan Mengundi oleh SPR.

Assalamualaikum WBT,

Pilihanraya umum sudah dekat!! PRU13, mesti ramai yang sudah berdaftar dan masih ramai jugak yang TIDAK berdaftar. Cakap pong pang pong pang, tapi nak ubah kepimpinan lah, apa lah, daftar pun tak, nak ubat camne? please. 

Tapi takpe, saya di sini bukan nak berbicara tentang siapa betul, siapa salah, tetapi, saya nak membawakan maklumat dari SPR, apa itu SPR? Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 

Pengenalan

Ciri utama bagi negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen ialah mengadakan pilihan raya yang BEBAS. Dalam hal ini, tujuan diadakan pilihan raya ialah agak rakyat dapat menggunakan hak mengundi dan dapat memilih kerajaan yang dapat memenuhi kehendak RAKYAT-majoriti undi. Maksud majoriti undi adalah 2/3 daripada kerusi Parlimen. Oleh itu, parti yang paling banyak mendapat kepercayaan RAKYAT adalah berhak menggunakan mandat itu selama lima tahun sehingga pilihan raya yang baru diadakan.

Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Demokrasi dan Perlembagaan adalah dua konsep yang sangat besar ertinya bagi kita RAKYAT Malaysia. Pegangan kita kepada kedua-dua konsep inilah yang menentukan corak kerajaan kita di samping segala kebebasan dan kemakmuran yang dinikmati sehingga hari ini.

Secara amnya, demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara mutlak di dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Sejak negara mencapai kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah ditentukan melalui sistem pilihan raya yang BEBAS. Pada kebiasaannya, tiap-tiap lima (5) tahun, kita sebagai rakyat Malaysia adalah BERHAK memilih wakil-wakil kita dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Seri Paduk Baginda Yang di-Pertua Agong dan Dewan-dewan Udangan Negeri pula melantik Ahli-ahli Dewan Negara bagi mewakili kepentingan-kepentingan tertentu. 

MENGUNDI ADALAH HAK ANDA

Syarat-syarat mendaftar

1.  Warganegara Malaysia
2.  Berumur 21 tahun ke atas.
3.  Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (mengikut alamat dalam kad pengenalan)
4.  Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang.

Panduan Mengundi Masa Pilihanraya.

1. Memeriksa nama anda terlebih dahulu dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi atau membuat semakan di Lawan Web SPR http://www.spr.gov.my

2. Datang awal ke tempat membuang undi. Bawa salah satu dokumen ini, kad pengenalan atau pasport antarabangsa, Lesen memandu bergambar, Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9), Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar ( JPN 1/11), Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.

3. Mengundi adalah hak anda. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi. Jadi, jikalau ada sesiapa dari mana-mana parti atau orang perseorangan yang menghalang anda daripada membuang undi, laporkan perihal mereka ke pihak polis atau SPR, mereka akan mengambil tindakan keatas perilaku ini. Jikalau ia tidak mendapat perhatian, letakkan di internet, sudah pasti ia akan mendapat perhatian, trust me!

4. Apabila sampai ke pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih di Barung SPR dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.

5. Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siti daftar pemilih dan saluran mengundi anda.

6. Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan anda meneriakkan nombor siri pemilih anda, nama dan nombor Kad Pengenalan anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut. Kerani ketiga juga akan melipat kertas undi dan menyerahkan kepada anda. 

7. Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan tandakan dengan tanda "X" pada petak kosong yang disediakan atas kertas undi anda bersebelahan dengan nama dan simbol calon yang anda pilih.

8. Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.

9. Keluarlah melalui pintu yang telah disediakan. 

PERKARA YANG TIDAK HARUS DILAKUKAN PENGUNDI

1. Jangan menerima sebarang imbuhan (rasuah).
2. Jangan mauk ke pusat mengundi dengan memakai sebarang lencana atau simbol MANA-MANA PARTI!
3. Jangan berbual-bual atau bertanya dengan/kepada orang lain. Dapatkan bantuan daripada petugas SPR yang bertugas jika anda perlukan bantuan.
4. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi. 
5. Jangan membazirkan kertas undi anda.
6. Jangan tunjukkan kertas undi anda kepada sesiapa pun.
7. JANGAN BAWA KELUAR KERTAS UNDI.
8. Jangan berlegar-legar  dalam pusat mengundi setelah anda mengundi. 
9. SILA PATUHI ARAHAN SPR!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SPR di http://www.spr.com.my atau hubungi

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA,
ARAS 4 -5 BLOK C7,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62690 PUTRAJAYA

TEL : 03-8885 6500

Assalamualaikum WBT

p/s: Sekian, maklumat disampaikan. Letakkan kepercayaan kepada SPR.

Jentera telah dilancarkan...

Assalamualaikum wbt..

Jentera setiap parti telah dilancarkan dan dijalankan.

Banyak kata2 nista dan jahat telah dilancarkan dan ada juga yang beranggapan bahawa ia hanyalah satu strategi. Ada juga kata2 baik yang diucapkan..tak semua jahat...

Biarlah mereka, dosa tanggung sendiri dan dosa tak boleh ditransfer.. kan?

Banyak dah bendera dipasang di rumah-rumah gerakan... sebagai contoh... tengok bawah.

Assalamualaikum wbt

p/s: siapkan baju...

Sunday, April 21, 2013

Pilihanraya dan Char Kuey Teow

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Adakah semua sihat? Kalau semua sihat, alhamdulillah lah saya ucapkan... syukur kepada Allah SWT...

Baik, demam pilihanraya telah menjelma... saya sebenarnya boleh mengundi dah... hehehe... saya mengundi siapa? Ada yang bertanya ke??? Hahaa..

Undi adalah rahsia.

Assalamualaikum wbt

p/s: char kuey teow..

STEP UP REVOLUTION.

Assalamualaikum wbt,

sekarang saya berada di Bentong.. menghantar anak sepupu saya ke rumah mak sedara sebab sepupu saya nak balik kuantan, so, sepupu saya ada dua lah nak balik kuantan.

Haaa.. sekarang saya dah balik dah... hehehe... ni sebenarnya entry terhenti ni tadi... terlupa nak publish, so, saya teruskan menulis lah...

Sekarangkan saya punya keyboard menulis kan, da macam iphone dah!! Cantik woooo... hahahaha

Assalamualaikum wbt

p/s: watching step up revolution.

Saturday, April 20, 2013

Sayang seribu kali sayang.

Assalamualaikum wbt,

sebenarnya kan, langkah Kerajaan melancarkan kempen sayangkan negara Malaysia adalah bagus, tetapi sedikit sebanyak ada unsur kepentingan politik disuntik ke dalam program tersebut, so, musnahlah tujuan utama program tersebut. sayang.

Assalamualaikum wbt

p/s: tetibe emo.

Produk HerbaLife?? No Thanks!

Assalamualaikum wbt,

sepertimana yang saya sendiri tau, saya tak tau lah anda tau ke tidak, tetapi, saya ni seorang yang memang agak payah untuk dipengaruhi, kenapa? mungkin saya payah untuk menerima pandangan orang kot, mungkin lah.

sedang saya seronok-seronok berjalan2, bersiar2 di bandar Raub yang indah ini, tetibe! saya diberhentikan oleh seorang pak cik ni, 'adik, adik nak tau tak cara untuk kuruskan badan?', haaa? memang saya tahu badan saya besar, so saya ikut je laaa kan.

Masuk dalam kedai, Jenny diberi nama telah cuba untuk menjual produk HerbaLife kepada ku! saya tadah telinga, bagi response yang banyak dan seolah2 berminat dengan apa yang diperkatakan. well, budak komunikasi kan... response is a must, biarpun tak minat, response tetap response! hahahahah.. berialah dia memujuk saya untuk membeli produk HerbaLife tadi tu, dia cakap boleh turun dalam 10kg sebulan, tanpa exercise, what the heck, pastu ada share partner dia yang makan produk tu jugak, wadefak? badan menggeleber... memang tak lah saya!!! hahaha

banyaklah benda mega negative dia cakapkan tadi, tetapi malas saya. kalau setakat macamtu,berlambak orang ajak saya makan produk dorang, cuba produk tu, cuba produk ni, makan produk tu, telan produk ni.ohhh... please lah okay..

baik saya berniat untuk exercise je dari makan benda2 yang bersifat kebergantungan terhadap wang dan ringgit ni.

gemukkan anak ayam saya tu lagi best!! hahaaha

Assalamualaikum wbt

p/s: dia bagi contoh omputih yang mmg tough badannya, apahal?

Kedai Makan Teh Halia Raub.

Assalamualaikum wbt,

apa khabar? erk... kenyang sudah... pepagi Sabtu ni, cam biasa lah... makan di kedai dan pergi ke Masjid Raub untuk menghadiri kursus haji. saya sebenarnya bawak mak saya dengan mak sedara saya ke kursus... saya karang rehat karang baru keluar.. hehehe..

kalau kat Raub ni sebenarnya bawak kedai makan, tetapi ada satu kedai makan yang sedap kalau untuk sarapan. nak tengok kedai makan tu tak? tengok eyh gambar ni nanti... abaikan muka senyum tu.. itu mak saya!! hahahaha.. kenyang sangat kot..

Assalamualaikum wbt

p/s: seri muka kedai ni sedap wooo...

Friday, April 19, 2013

Taksub Politik Membawa Maut???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sebelum saya merebahkan diri untuk berehat, saya nak buat satu entry yang agak daring ni. Takpe rasanya. Rasanya lah.. tapi biarlah.

Baik, seperti mana yang kita semua maklum, esok adalah hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya ke-13. General Election 13. How's that? Mesti semua sudah tau kan calon di kawasan masing-masing kan? Takpe itu, boleh diselesaikan esok, cumanya, seiringan dengan kehebatan setiap orang dalam Malaysia ni berpolitik, 'bangsa' artis juga semakin rancak mengutarakan pendapat mereka, kadang-kadang ada yang bernas tapi banyak juga pendapat yang hampeh. Tak boleh pakai.

Semalam, saya menerima sepucuk surat daripada YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan message halus, 'Undilah Barisan Nasional'. Tidak saya terkejut sebab memang sudah saya jangkakan, memang perkara ini akan berlaku kepada semua pengundi pun. Biasalah tu. 

Pelbagai risalah berunsur 'hasutan' dihantar kepada semua bakal pengundi, tidak kira mana parti, Barisan Nasional, PAS, DAP, PKR, semua menghantar risalah yang sedemikian SEMATA-MATA untuk meraih undi.

Ada juga artis Malaysia, kononnya, DIVA seantero DUNIA, ingin bertanding di kawasan PANAS di dalam Pahang. Siapakah artis tekanan tersebut? Carilah sendiri, saya hanya memberikan klu klu yang boleh membantu anda, takpun anda search je di Twitter untuk maklumat lanjut, berlambak tweet-tweet kurang sihat artis tersebut, mungkin umur sudah meningkat, pemikiran pun semakin lemah, mungkin. Banyakkan bertaubat.

Kalau bilik gerakan pula, semua bilik gerakan yang dibuat, ditampal bendera, ditulis besar, UNDILAH PARTI X, contoh, dan ada juga yang memainkan vcd penceramah-penceramah pilihan untuk menarik minat anak muda seterusnya meraih undi, sekali lagi, SEMUA PARTI BUAT MACAMNI!

Untuk pengetahuan semua, bilik gerakan dibuat untuk bakal pengundi untuk mencari dan menerima maklumat daripada pihak atasan, tetapi ada juga yang membuat bilik gerakan sebagai bilik hiburan, seperti mana? Anda sendiri tahu bagaimana keadaan tersebut. Please lah.

dah lah, cakap-cakap politik ni tak ke mana sebenarnya. Mengantuklah. Letih.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga roh mak cik saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

Thursday, April 18, 2013

Jangan nak sinis terhadap GIATMARA, OK??

Assalamualaikum wbt,

ada nurse yang berumur agak tua bertanya saya tentang GiatMARA dengan baik kepada saya,

'amik apa dik kat GIATMARA?'

saya jawab, 'jahitan..kursus jahitan'.

mak cik tu senyum, tetapi, kat belakang mak cik tu ada seorang lagi pekerja lelaki tua yang memang bongok, dan bila saya jawab, dia senyum sinis. what the hell? ni nak marah ni... maaf eyh cakap, awak tu pun keja lama dah agaknha dengan hospital Raub ni kan? mungkin awak dah bosan kot, iyalah, rumah kata pergi... kubur kata mari kan? well... memandangkan encik tua terlalu tua untuk memahami apa yang saya faham jadi, kalau encik tua sinis dengan saya, saya boleh menjadi lebih sinia tetapi memandangkan saya pakai baju giat hari ni dan jelaa sekali saya membawa imej giat, maka, biarlah saya berdiam. okay? but when i see you next time, it wont be the same, trust me!!

Assalamualaikum wbt

p/s: btw encik tua, saya ada samsung grand... awak ada?? btw, dekat hospital raub perkara ni berlaku. imej memang rosak disebabkab kakitangan mereka.

Saya ke Hospital Raub???

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mesti anda sihat kan? dah jadi macam trademark saya da kan? hahaha..

hari ni saya membawa kawan saya ke hospital sebab dia sakit gatal-gatal kulit yang teruk. tapi insyaAllah, lepaa doktor check dan bagi ubat karang, baiklah mudah-mudahan. Amin.

ni tulisan yang saya dapat di hospital raub ni... tengok gambar di bawah.

Assalamualaikum wbt

p/s: laparrr....

Wednesday, April 17, 2013

Majlis Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA 2013, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? saya masih berada di sekolah menengah kebangsaan dong untuk event MARA ni...

event ni dah nak habis dah... gambar tu, gambar cikgu ina sebagai wakil GIATMARA Raub amik cenderahati.

Assalamualaikum wbt

p/s: jom balik giat..

Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA 2013 di SMK DONG.

Assalamualaikum wbt,

apa khabar semua? mesti sihat kan? hari ni saya keluar lagi!!! hahaha... hari saya menghadiri program Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA. seronok..

last week saya dah sertai program yang serupa, tetapi kali target pelajarnya adalah lebih fokus dan khusus. saya suka pergi keluar nj, memandangkan saya punya pola baju dah siap, so...hehehe..

nak tengok gambar dorang tak?  lokasinya adalah di sekolah menengah kebangsaan dong. hehe sekolah lama ku..huahhahua

Assalamualaikum wbt

p/s: jadi exhibitor saya..haha

Tuesday, April 16, 2013

Terasa Diri Menjadi Penting lak.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua??? Minggu ini adalah minggu yang sungguh sibuk. Seriously. 

Okay, buat sekian kalinya, saya berasa sangat lemah sebab apa? Saya demam sebenarnya, ni pun rasa susah nak bernafas dan rasa nak selesema dan batuk. Nak muntah pun ada, pening pun ada, Semua ada lah, tapi demi kelas saya tetapkan hati untuk pergi ke GiatMara. Minggu ni kami belajar buat modul baru, Baju Kurung Moden. 

Tadi saya dan buat pola baju dan ukur semua lah dan saya guna badan Eton untuk baju kurung moden tu, Ukuran dia agak payah lah tapi, alhamdulillah, saya tetap boleh buat. Esok, Pengurus GiatMARA dah call saya untuk pergi ke satu event esok di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, kalau tak silap saya, event tersebut adalah under MARA, so, memandangkan GiatMARA adalah anak MARA, jadinya, GiatMARA Raub kena pergi lah DAN, saya diajak sekali oleh pengurus untuk pergi esok. Hehehe... hebat tak saya? hahaha.. *rasa penting lak, gitu.

So, esok, saya akan pergi ke SMKD untuk menerangkan faedah-faedah yang didapati kalau belajar di GiatMara dan saya mugkin akan menjadi penggalak kepada mereka untuk belajar di GiatMara, ubah persepsi bahawa GiatMARA bukan hanya untuk mereka yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian pelajaran. Hehehe... lebih kurang laahh...

Bukan apa, ramai sangat yang mempunyai persepsi negative terhadap GiatMARA. Sekali lagi saya TEGASKAN, GIATMARA bukan hanya untuk mereka yang kurang bernasib baik, malah, ia adalah untuk mereka yang berminat untuk belajar. Pokok pangkal, ia semua berkenaan dengan MINAT.

Lagipun, kemahiran adalah amat diperlukan pada zaman sekarang ni. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, so, kemahiran adalah satu keperluan.

Dah lah, saya nak buat kerja lak..

Assalamualaikum WBT

p/s: Lapar.

Tackling Tuesday.

Assalamualaikum wbt,

apa khabar? sihat tak? mesti sihat kan? alhamdulillah... apa2 pun, saya takde benda sangat nak update melainkan gambar ini... hahaaha..

handsome kan? cam whore sangat!!!

Assalamualaikum wbt

p/s: siap dah baju melayu ku!!

Monday, April 15, 2013

Demam di Giat Mara Raub.

Assalamualaikum wbt,

sihat tak? saya rasa saya tak berapa sihat lah... sebab mungkin berjangkit dengan kucing kot. sebab aritu saya pergi ke rumah mak dan pak sedara saya, ada kucing kt situ, lepas tu kucing tu cam selesema, rasanya selesema tu dah berjangkit kat saya. sebab kucing tu cam ada runny nose, then, kucing tu cam tebersin dan ada hingus... huhuhu...

so, sekarang saya rasa cam nak demam, batuk2, sakit tekak,letih... semua perasaan ada..

btw, kepada sesiapa yang ingin membaca mengenai English language, bolehlah sama kita follow blog http://theenglishjourney.blogspot.com feel free to drop by okay?

Assalamualaikum wbt

p/s: panas campur letih.
p/s: gambar dalam kelas ni..hihu

Sunday, April 14, 2013

I am oficially a FATHER!!!

Assalamualaikum WBT,

I have great news to tell you all my dearie readers and followers, I am now officially A FATHER!!! yes, not feather, but a FATHER!!! I am, I am so glad to be great father and I am looking forward to be such a responsible father. Indeed. I am so excited!

What? I can't hear you, "Don't know that I'm married?" Well, nowadays, we do not have to be married to have 'kids'. *there will be someone would love to scold me for this statement. hahaha.. whatever.

No lah, I am a father to my 5 little chicken. My 5 little beautiful chicks. yup, there are so beautiful, I bought them just now and I am going to start my agro-entrepreneur spirit with this FIVE beautiful little chicks. I am so excited, I am going to actually start a simple but yet wonderful journey of business with this small little chicks. I am so boost up and next? I am going to buy like 5 or 10 of ducklings and insyaAllah, will Allah's willing, I will be able to harvest in like 12 months? I do not know, but I will keep them safe, InsyaAllah.





I do not have the picture with me yet but I will, because I need to clean up the 'little' garbage around the reban *I do not remember the word reban in English, please help me. hehehe.. Really, I do not remember.  I know now!!! Its coop! hahahah

I will start second day tomorrow and I will make things clean as there will not rubbish around the reban. *what the heck am I writing? hahhaa.

Assalamualaikum WBT

p/s: I am so excited, my mum so excited too.

Godaan mu, aku tewas?

Assalamualaikum WBT,

Redupnya hari Ahad ni, rasa katil dan selimut serta bantal peluk memanggil-manggil diri ini untuk digauli mereka. ohh! Sungguh godaan yang amat berat. *cool..cool..

Takpe, nanti akan ku penuhi impian mu itu wahai selimut,bantal peluk dan katil. Tengok lah!!!

Eh, tadi saya dah lunch dah, korang tau tak apa itu BELULANG? Tak tau? Bukan tulang belulang, bukan kata ganda, tetapi ia adalah sejenis makanan orang lama-lama. Sedap. Tadi mak saya masak belulang yang digulaikan dengan asamrong. Tau tak asamrong tu apa? Tak tau juga? Eih, kena banyak membaca buku-buku tradisi ni. Asamrong itu adalah buah perah yang telah diasamkan. Prosesnya agak lama tapi boleh dilakukan dan hasilnya sangat sedap.

Baik, berbalik kepada belulang tadi, belulang adalah kulit lembu atau kerbau yang dibakar sehingga kehitaman dan dikembangkan. Sedap! Sangat sedap. Selalunya, belulang dimasak dengan rebung tetapi in this particular case, my mum  masak belulang dengan asamrong bersama terung bulat. Ya Tuhan Ku... SEDAPNYA!!! seyes, kepada sesiapa yang inginkan resepinya, bolehlah komen dan saya akan publishkan resepinya, okay?

Dengan itu, *macam speech pulak. hahaha.. saya sudahi entry saya dengan wabillahitaufik walhidayah, wassamualaikum waramatullahi wabarakatuh. panjangkan? pendeknya? WBT.

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe...

Ask Akmall..

Assalamualaikum wbt,

ramai yang tanya saya. 'macamne awak update blog? maksud saya, takde laptop kan?'

saya tersenyum dan menjawab, *sila fikirkan gaya tersendiri ye..

'Dek non, kita ni sekarang dah ada tepon besar dabak ni, so sekarang senang lah nak update blog, nak bervlog pun boleh tapi kita tak pandai sangat nak bercakap sorang2 ni. keek pun tak aktif sangat...'...

hahaha.. kalau ada orang jawab kat saya camtu, memang stailista sangat! hahaha.. sekarang tempat saya ni hujan lebat. seyes lebat, lama tak rasa hujan pagi. cuaca gelap aje... kalau tidur di pagi ahad yang hening ni, mesti seronok kan?

dah la... rasa cam pening lak update sambil naik kereta ni.. daaa...

Assalamualaikum wbt,

p/s: sejukk....

Saturday, April 13, 2013

I was here, UPM.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Mesti anda semua sihat kan? saya? saya mestilah sihat....hahaha... ni terlampau sihat dah rasanya... bukan sekarang je rasa terlampau sihat... hari-hari rasa terlampau sihat sebenarnya, malangnya... yang ada cumalah motivasi sementara dan selera makan yang berpanjangan... hahaaaa.. so.. Kita makan!!!

ni saya dah otw balik ke rumah bapak saudara saya... tadi pergi KL jap sebab ada hal, so, hehee..

Assalamualaikum wbt

p/d: kita tunggu 17 may lak...

Friday, April 12, 2013

Baju GIATMARA Raub.

Assalamualaikum wbt,

apa khabar? mesti semua sihat kan? apa-apa pun, kena tidur awal kot sebab esok kena bangun awal... hihu...

ada hal sikit esok, pagi-pagi kena keluar untuk hal tersebut. tak ley nak kongsi sangat sebab kalau dapat baru boleh kongsi. apa yang kongsi? nanti lah eyh? hehehe...

ada dah baju giat mara... tadi dah pakai... lama tunggu... 4 bulan wooo...

assalamualaikum wbt

p/s: mengantuk sungguh... letih sungguh...

Thursday, April 11, 2013

Kalau saya dah benci,...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, sampai sudah saya ke rumah, tadi saya pergi ke Temerloh, *ejaan di Temerloh eh, bukan Termeloh, kalau nak tengok ejaan salah ni, tengok kat Tol No 1, dan tengok kat bawah tingkap yang tol tu, ada dia eja kat situ. Dorang eja Termeloh. Tak caya? Sesiapa yang baca ni lain kali tengok eh, pastikan tengok yang kat otw nak g KL, bukan nak ke Kuantan tu, okay? hehehe...

Okay, baiklah, sebenarnya, memandangkan saya tak pergi Giat hari ni, malam ni nanti, saya nak guna mesin mak cik saya untuk siapkan baju tu, at least, saya siapkan kocek dulu kan. Bercakap fasal mesin ni, semalam, kami guna mesin bawah, mesin jahit, tapi tengah-tengah guna, adalah seorang bodoh ni, guna mesin dari mula rehat sampai lah habis, dia sorang guna satu mesin, lepas tu, orang lain duduk nganga? Itu lah, saya dah cakap dari dulu dah, budak ni memang tak boleh pakai otaknya. Bertambah bencilah saya dengan dia. Hahaha... memang benci, dari incident aritu, terus saya tak bercakap dengan budak. Iya lah, sesuka hati panggil saya 'pantat', kau ingat, kau semayang bang bagai, carut dekat orang tu bagus lah, lantak kau lah budak, saya memang tak nak dah mengaku kau kawan saya, lagipun, ramai lagi kawan lain yang ada. Kau? apalah sangat. budak kampung je...

By the way, saya memang tak boleh sebenarnya, kalau marah, takde air yang mampu memadam api kemarahan tersebut. Betul, biar ia padam dengan sendirinya, lama? Sangat lama nak padam. Dulu saya ada incident yang lebih kurang sama berlaku kat saya, ia mengambil masa 1 tahun untuk padam. Well, ini pulak ada 6 bulan je, hahhaa. memang saya tak padam lah...lagipun, you are not my friend ANYMORE. Please, stay away.

Kadang-kadang kan, kalau dia bercakap je saya rasa nak marah dah, iya lah, entah hape-hape, bising-bising, cakap kuat-kuat, aritu orang buat jadual, tak nak ikut, apahal kau? Benci lah, BENCI SANGAT2!! Kalau dengar dia cakap, mesti rasa nak muntah je, tau kenapa, mungkin apa yang di cakapkan tu semuanya SHIT kot.. busuk. hahaha..

Dah lah, cakap sal budak tu bukan tambahkan pahala saya pun, so, dalam kelas FND sekarang ada 18 orang je lah, a'ah, 18 kawan, yang sorang lagi tu bukan kawan I, dia lawan I. sorry ehh..

Assalamualaikum WBT

p/s: tebabom!!

Ikan Patin Tempoyak di tepi Sungai Pahang, Temerloh.

Assalamualaikum wbt,

kenyang sudah saya makan hari ni. makan apa? kebetulan sudah ke Temerloh, adalah baik jikalau terus ke kedai di temerloh yang menjual ikan patin tempoyak. Berhadapan dengan Sungai Pahang, terdapat deretan kedai yang ada menjual makanan tengahari. Banyak menawarkan lauk yang best, memang tak sah kalau ke Temerloh kalau tak makan ikan patin tempoyak. macam kalau ke Melaka, kalau tak beli cencaluk or belacan, kan?

nak tengok gambar kedai tersebut?

silakanlah ke kedai kak mek yang menawarkan ikan patin tempoyak. makanan tradisi rakyat pahang. moh lah wehh...

p/s: kembung perut.

Janjitemu di Hospital Temerloh.

Assalamualaikum wbt,

apa khabar di pagi khamis yang sejuk ini.saya tak pergi giat hari ni sebab saya kena bawak ayah saya ada janjitemu dengan doktor. mesti ada yang tanya... 'eh.. kenapa janjitemu? bukan temujanji ke?' well... kita buat yang mana dlu? kita temu dulu baru janji ke or kita janji dulu baru bertemu? yang mana satu? okay?

so,sekarang saya sedang menunggu ayah saya lah... di hospital temerloh. lebih kurang 2 jam dari tempat saya, Raub.

ada gambar tu kan... dekat dengan taman permainan... hahaaha... duduk dalam hospital tu sejuk sangat...

Assalamualaikum wbt,

p/s: kenyang lak...

Wednesday, April 10, 2013

Karnival Pendidikan dan Kerjaya Anak-anak Yatim,Daerah Raub.

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, masih bernafas kita pagi ini. saya sebut pagi je sebab kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada tengahari or petang nanti kan?

Baik, saya sekarang menghadiri Karnival Pendidikan dan Kerjaya Anak-anak Yatim anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Raub bersama Guru Kaunseling Daerah Raub.

ada gambar tu.enjoy, nanti saya update lagi.

Assalamualaikum wbt.

p/s: motip???

Tuesday, April 9, 2013

Peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua.

Assalamualaikum WBT,

Rancangan Masak-masak di Astro akan bermula pada 20 April 2013. Tak berapa lama sahaja lagi. Adakah anda masih teruja dengan apa yang terjadi pada musim lepas? Masih?

Muka baru, perangai baru, kontroversi baru, DIVA baru, rasa masakan yang baru, seramai 19 orang selebriti top Malaysia akan memasak untuk juri-juri yang ada. Nak tengok calon-calon pemenang MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua? Mari, kita saksikan!!


Apakah pandangan anda? Apakah percaturan Astro tepat dengan selera anda? Adakah barisan selebriti yang diperkenalkan adalah tangkap muat? Siapakah yang mungkin menjadi pemenang?
 
Assalamualaikum WBT

p/s: Saya rasa Syanie!!



Jangan Belakangkan Mak dan Ayah kita!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaflah, saya hanya dapat mengupdate blog sekali sehari, sebab utama adalah, saya terlampau sibuk dengan jadual harian yang sememangnya sungguh sibuk, seriously. Sangat sibuk. 

Hari ni, saya nak tulis sikit fasal hubungan. Iya, hubungan. Sekarang, budak-budak sekarang kan, sememangnya berani belaka dan rata-rata remaja di Malaysia ini mempunyai teman lelaki, teman wanita yang kononnya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. WHAT THE FISH? Okay. sebelum saya marah-marah, mari saya taarifkan umur remaja yer. Mengikut apa yang saya sendiri tahu, umur remaja adalah dari 12 tahun sehingga 19 tahun, Lebih daripada 19 tahun tu adalah young adult. *maaf, saya tak tau apa yang hendak di panggil dalam bahasa Melayu. hahaha...

Okay, kembali kepada kita punya tajuk utama, remaja ramai yang ada teman istimewa, teman istimewa lah senang kan? Kita tak tau, mungkin ada yang bernaluri yang lain sikit, itu pun teman istimewa jugak kan? Tak nafikan. Baik, kepada yang ada teman istimewa ni, baguslah, kalau untuk berteman, tapi kalau cemburu mengalahkan orang dah berkahwin, which kadang-kadang, orang dah kahwin pun tak secemburu korang, there's something wrong with that particular relationship. Nilai balik perhubungan korang tuh. Nak nilai guna apa? Baik, korang guna lah apa-apa pun yang korang rasa baik untu menilai perhubungan tersebut. Jangan kira guna kalkulator sudah, takut nanti orang kata berkira. okay? 

Semakin lama perhubungan, semakin hebat cabaran kan? KATANYA!!! Mana tak hebat cabarannya, perangai setiap seorang penuh syakwasangka. Please lah. Kata hidup berteraskan Islam? Memang lah, jeles tu bagus, tapi kalau jeles tahap gaban, apahal lak kau? Belum kahwin nak jeles tahap gaban giler? Please lah, macamlah takde mak ayah. kan?

Bercakap fasal mak ayah pulak, tolonglah, janganlah belakangkan mak ayah korang, bukan apa, once they know apa yang korang buat belakang mak ayah korang, nescaya, mak ayah korang akan terasa dengan korang dan tau tak balasan Allah SWT fasal menda ni? Baik, korang mesti tau banyak ustaz kan? Pergilah tanya mereka yang lebih mengetahui. Kita amik yang paling senang je, kita cakap 'heemm' kat mak kita pun, Allah tak redha selagi kita tak mintak maaf dengan mak kita kan? So, fikir-fikirkanlah apa yang benda lain tu, lebih dari berdehem kan? pleaselah, nak bercinta boleh, tapi janganlah belakangkan mak ayah kita. Okay?

Dah lah, nak bertahlil ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Makan sedap malam ni.

Monday, April 8, 2013

Air Terjun Celai, Ulu Slim, Perak. Cantik!

Assalamualaikum WBT, 

Apa khabar semua? Minggu baru, semangat baru, hati baru tetapi masih orang yang sama dengan perasaan yang sama. Hehehe..

Eh, minggu ni kami dah mula membuat pola untuk baju melayu tradisional dan ada diantara kami yang sudah memotong fabrik untuk dibuat baju. Salah seorang daripada mereka adalah SAYA!!! hahahah.. saya memang agak laju sebenarnya, tapi banyak lagi perlu saya belajar untuk memasterkan diri dengan bidang jahitan ni. Walaupun saya agak laju, hehehe..tapi teringat saya kata-kata Zang Toi,

"When I started at Parsons, unlike my classmates, I had no idea how to sew and stitch... But I knew that if i wanted to do well, I needed to master it, and fast, so I did" - Zang Toi.

Tengok! Even Zang Toi pun mula-mula dulu takde asas dalam jahitan, sebenarnya, tiada asas tetapi ada minat adalah lebih baik daripada ada asas tetapi terpaksa. Betul! Saya amat setuju dengan kenyataan itu. Apa-apa pun, saya tak boleh online lama ni, sebab jap lagi kami akan adakan bacaan Yassin sebagai penawar kepada mak cik kami yang sedang sakit di rumah saya ni. Memandangkan ayah saya adalah abang yang paling tua, makanya, kami lebih bertanggungjawab untuk mengadakan bacaan Yassin. It is more convenience.

Haritu my abang, sepupu dan lebih 10 orang remaja Kampung Jenud telah pergi ke Ulu Slim di Perak. Tetapi sebelum sampai di Ulu Slim ada air terjun yang masih tidak diusik oleh orang ramai, hanya orang tertentu sahaja yang tahu fasal air terjun yang cantik dan sungguh hijau ini. Kawasannya sejuk. Cantik. Nak tengok? Ini dia.



cantik tak? cantik? Nak tau tak tempatnya dimana? Kalau nak tau, email me. hahahah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Terasa nak pergi pulak! Mesti airnya sejuk sangat!

Sunday, April 7, 2013

ABPBH 2012 Kurang Menyengat?? Berterabur?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Tengok tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang sedang ditayangkan di TV3?? *banyak tanda tanya tu sebab curious!

Saya tak faham lah kenapa kualiti penganjuran semakin lama semakin kurang, semakin rendah kualitinya. Saya memang pelik sungguh! Sepatutnya, semakin lama, semakin pandai, dan semakin cantik penganjurannya, tapi ini tidak.

Siapa tengok persembahan pembukaan yang memang rendah kualitinya? Siapa tengok? Saya juga ternanti-nanti akan persembahan yang teratur tetapi lebih dramatik dan mengikut tema, dan sejujurnya, memang muzik amat mengikut tema, TERABUR! Memang Ledakan Geometri sangat! Tersangat terledak dek geometri yang terlampau.


saya lebih sukakan versi Apo Kono Eh Jang yang dilantunkan oleh Mastura dan Elly Noor yang mengimbau kembali kenangan lama. Lepas masuk je Fida, Stellar dan Datuk AC Mizal, muzik termasuk pula elemen geometri terabur, habis! Hancus. Mungkin saya tidak pandai menilai muzik dari segi kehebatan tapi saya tahu apa yang saya dengar. Memang saya tahu, saya mendengar banyak muzik, tetapi, muzik arrangement yang dilakukan pada pembukaan adalah amat luar jangkaan saya. Maaf.

Pertukaran pengacara majlis juga sedikit memberikan kesan, jika dahulunya Raja Azura dan Sharifah Shahira membawakan sesuatu ke dalam majlis, dengan penuh tawa dan kadang-kadang sedikit overrun, tetapi masih mengekalkan nilai-nilai yang dibawa sejak sekian lama.

Tetapi untuk kali ini, Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan diberikan peluang untuk mengacarakan majlis, terdapat agak banyak kesilapan yang dilakukan, saya tidak berpuashati. Keserasian Zizan Razak dengan Johan memang tidak dapat dinafikan, tetapi, Zizan dengan Fara Fauzana, dan Johan dan Fara Fauzana, agak kurang. maaf. Kembalikan Raja Azura dan Sharifah Shahira yang membawakan 'flare' kepada ABPBH.

Lagi satu, kenapa majlis kali ini kelihatan lebih tidak teratur daripada majlis-majlis ABPBH yang terdahulu? Kesilapan dimana ye?

Tetapi apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bakal pemenang yang akan menerima ABPBH 2012 okay? Penerima trofi perlulah lebih banyak melakukan tugas pada tahun ini untuk mengekalkan kedudukan anda.

Kepada, Datuk Aznil Haji Nawawi, Wawa Zainal, Fara Fauzana, Black dan Malque, Faizal Ismail, Didie Alias, Aaron Aziz, Nabila Huda, Zizan Razak , tahniah kepada anda semua kerana masih dipilih untuk dijadikan favourite untuk menang dan mendapat tempat di dalam hati peminat. Tahniah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Kurang bersemangat untuk menyaksikannya.

3 Juta orang pengundi baru!

Assalamualaikum WBT,

Sihat tak hari ni? Mesti semua sihat kan? Hari ni adalah hari Ahad, jadinya, mesti ramai yang berehat dan bermalas-malasan di rumah kan? Alhamdulillah, bersyukur kita kepada rezeki yang Allah SWT bagikan.

Okay, Demam Pilihanraya sudah bermula, *sebenarnya dah mula lama dah kan? hehehe, cuma selepas Manifesto BN di umumkan pada malam semalam, semakin banyak kata-kata dan pendapat-pendapat yang diberikan oleh ramai orang, di Facebook, Twitter, Blog, Tumblr dan lain-lain lagi media sosial yang sering kali menjadi pilihan untuk menyuarakan pendapat dan ia juga termasuk la saya, saya juga menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat murni saya ini. *pembaca? Entah, baca je lah eyh?

Saya sebenarnya mahukan negara yang aman dari segi pentadbiran ekonomi, politik, pendidikan dan sektor pekerjaan. Bagaimana? Saya tidak tahu, sebab itu sebagai pengundi, kita kena mengundi dengan bijak. Bercakap mengenai pengundi, masih ramai orang diluar sana yang boleh mengundi tetapi tidak mengundi. Apabila ditanya mengenai daftar pemilih, ini antara jawapan yang diberikan,

"Malaslah nak daftar, takde beza pun undi aku"

"Biarlah, nanti-nanti lah aku daftar, lagipun mesti menang punya"

"Apahal pulak aku, ramai lagi orang lain tak daftar, kenapa asyik aku je"

"Aku sokong pembangkang, kalau aku undi pun, pembangkang tetap tak menang"

"Aku tak terlibat dalam pembentukan sesebuah negara, biarlah dorang je"

Ini adalah jawapan-jawapan yang bongok serta tidak masuk akal LANGSUNG! Ada bunyinya, kita rakyat tidak masuk dalam pembentukkan sesebuah negara. Jawapan anda SALAH! Kita rakyat dan kita mengundi dan memang kita semua terlibat SECARA LANGSUNG dalam pembentukan sesebuah negara. Jangan fikir kita hanya rakyat, tidak mempunyai apa-apa jawatan, tidak terlibat dalam pembentukan sesebuah negara? Jangan! 

Pada masa sekarang, seramai 3 juta pengundi baru yang terdiri daripada golongan muda yang telah berdaftar. Mungkin adalah lebih dari 1 juta lagi pengundi yang tidak berdaftar. Jangan nanti, kamu menyokong parti lain tiba-tiba, parti yang anda sokong, tidak menang, Wajiblah anda salahkan diri anda sendiri diatas kekalahan tersebut, sebab apa? Sebab anda tidak berdaftar mengundi!

Contoh, BN menang lagi dan diberi mandat oleh rakyat, tetapi anda menyokong parti lain, janganlah ada diantara mereka membuat undi tidak percaya, sebab apa? Sebab mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak berdaftar. Kalau cukup umur sekali pun, tetapi tidak berdaftar, tidak ada gunanya. Tetap tidak boleh mengundi.

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya pertama kali Mengundi! Excited!

Saturday, April 6, 2013

Little Black Dress.

Assalamualaikum WBT,

Tonight, I want to post something about fashion and the topic is, Little Black Dress. Do you know that little black dress (LDB) is believed that origins is from Coco Chanel and Jean Patou. But, it is made famous by Hubert de Givenchy, he designed it for Audrey Hepburn in Breakfast at Tiffany's.

The "little black dress" is considered essential to a complete wardrobe by many women and fashion observers, who believe it a "rule of fashion" that every woman should own a simple, elegant black dress that can be dressed up or down depending on the occasion: for example, worn with a jacket and pumps for daytime business wear or with more ornate jewelry and accessories for evening. Because it is meant to be a staple of the wardrobe for a number of years, the style of the little black dress ideally should be as simple as possible: a short black dress that is too clearly part of a trend would not qualify because it would soon appear dated.
To be honest, little black dress is one amazing idea ever invented. I considered it invented because, designing is inventing. For sure. Love seeing little black dress but it is not really suitable if wear it in Malaysia. It is too hot and to me, being fashionable is all about the climate. Here is hot and dry, we need something that flowy and really airy. Okay? hehhee..

Well, let us see the pretty LDB..





So? How were the pictures? Amazing huh? The cutting is basic but less is more.

Assalamualaikum WBT

p/s: Being fashionable is good, but you need to know the value of community, okay?

Ducks and Geese Breeding.

Assalamualaikum WBT,

My mum and I have a  very good idea. What is the idea?? Hahahha.. We want to raise ducks and geese. The geese usually the Chinese Geese, why? I don't really know. But usually we raise that species. 

I do really love ducks and geese. Well, if you watch Top Chef or Top Chef Masters and any other cooking competition, they usually use foie gras which is duck or goose liver which during the raising period, the farmers forced the geese and ducks to eat the feed. That is cruel and in some part in America, they made foie gras illegal for public consumption. Scary and cruel. Indeed.

Now, see these amazing pictures, geese and ducks. Love them, they are so cute!!






But, know what, little geese actually really expensive in Malaysia, the little ones usually at the price of RM100 + for one little goose, *sorry, I do not know the name of little ones, hehehe.. One for RM100, if two? RM200? Well, we need two geese to start a family right?

But ducklings are not that expensive, haven't check the price yet, but I will tomorrow. Hahaha.. With the money that GIATMARA give, the allowance, I will start this. Yes, I will.

Assalamualaikum WBT

p/s: Manifesto BN is airing, right now. 

Quite Saturday? Naaaa...

Assalamualaikum WBT,

Good Morning? hahaha.. I woke up quite early today, hehehe.. Well, at 9 o'clock, but I just updated my blog at 11.56 am in the morning, technically, its still morning. Hahaha.. right?

Feels like putting this picture..hehehe
Well, today is Saturday, I actually need to tidy up my bed just because today is Saturday, yup, yes. Not only my bed, I need to tidy up, sweep and clean up my room. There are too many spider webs, I do not know why the spiders loves to webbing in my room, it is not like, my room is their lair or something. These spiders need killing, ASAP! hahaha...

I bought news papers today, Sinar Harian, The Star and also Berita Harian. They were talking about General Election, well, who doesn't right? Even the pak cik-pak cik at the stall were talking about General Election. What I have learned, during the period of the transition to form the new government, the Army will take over and they will manage everything in terms of safety of the country. So, now, there is not government, but the vulnerability is always there, am I right?

People were talking about General Election, the 13th General Election, if its according to the Japanese Feng Shui or whatever thingy on numbers, the number 13 is a bad number and people usually avoid any contact with this number. But, it is just a number, right? Nothing wrong with it, right? 

Looking at the news, *which I find very hard to believe, because, it is toooo, waaayyy ttooo bias. I think, there will something that really shocking going to happen to the new government. I do not know, but it seems like the Opponent parties are really aggressive and they are like, will do anything for the sake of forming the government. Well, we always eat rice right? We don't event know whether spaghetti is good for us or not. Well, just an analogy. Hahhaa.. biased? You were just over thinking things. hahaha..

I am going to find great issues right now, since that the news papers are in, so, see you later kittens! Luv you, always luv you.

Assalamualaikum WBT

p/s: Heard of Entertainment Blog called Tom and Lorenzo? Better search for it, they right amazing ideas and love the way they describe things, I just want to be like them. heheh

Friday, April 5, 2013

Analisis Dan Pertanyaan Parlimen BUBAR.

Assalamualaikum WBT, 

Apa khabar? Kali ini, saya hendak menulis dalam bahasa Melayu la pulak, walaupun pensyarah saya menyuruh saya menulis dalam English, secara berterusan. Hehehe.. Madam, I have readers to entertain.hehehe..

Ehem, memandangkan hari ni adalah hari Jumaat, penghulu segala hari dan esok adalah cuti, makanya, saya amat ingin mengucapkan kepada semua, selamat berhujung minggu.

Seperti mana yang kita semua maklum, Parlimen sudah dibubarkan oleh Dato' Seri Najib setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Amat Mulia Sultan Abdul Halim, pada 3 April 2013. Ditanyakan media kepada Dato' Seri Najib, kenapa 3 April? Apa yang istimewanya, DS Najib menjawab, "Feel like its The Day". Semasa mengumumkan, pembubaran Parlimen, jelas kelihatan riak air muka DS Najib yang kelihatan agak risau dan memang beliau risau. Tau tak kerana apa?

Saya bertanyakan kepada ayah saya, 

"Ayah, tengok air muka DS Najib tu, nampak risau je.." 

Ayah menjawab, 

"Memanglah dia risau, sebab dia sebenarnya takut, nanti kalau menang, pihak pembangkang akan charge dia bersekongkol dengan SPRM mengenai undi, kacau bilau pulak negara nanti".

Ada betulnya, memang ada betulnya. Secara jujurnya, mungkin dirisaukan keadaan politk sekarang yang rata-rata mendapati bahawa, keputusan dikatakan akan sengit. Sesengit mana? Kita lihat nanti. Pelbagai bendera parti telah dinaikkan dan pelbagai isu telah dibangkitkan DAN talking trash about others makes things worst. Tolonglah, kepada semua politicians, nak cakap buruk pun, tengok-tengoklah dulu, jangan buat dosa, fikir-fikir jugaklah.. okay?

Publisiti memang diberikan kepada politik sekarang, ramai artis telah menyatakan sokongan mereka kepada parti pilihan masing-masing. Hebat artis sekarang, memang sudah berubah senario politik di Malaysia, adakah ia semakin baik? atau ia semakin buruk?

Adakah janji ditepati?
Adakah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
Adakah benar Manifesto bukan janji?
Adakah terbentuk sebuah negeri kebajikan?

sama-sama kita lihat sekeliling, lihat diri sendiri dan lihat orang lain. Tanya pada diri sendiri, apakah yang diinginkan? Apakah ini yang aku mahukan? Tanya pada diri.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedap lak menulis.