Nuffnang Ads

Friday, May 31, 2013

Tudung labuh, mulut tak boleh blah?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Malam ni memang nak buat entry pendek je memandangkan nak pergi majlis orang kahwin jap lagi, bukanlah, majlis kenduri lah, malam kan.

Okay, ada satu dialog dari kawan saya.

"Tak guna kalau tudung labuh, mulut pun labuh".

Saya dulu pernah 5 tahun sekolah agama, and to be honest, kelabuhan tudung TIDAK melambangkan kesuciaan AGAMANYA. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak pergi orang kenduri.

Thursday, May 30, 2013

Strong words from Thomas Jefferson. Kena baca ni!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya ada satu powerful passage from Declaration of Independence by Thomas Jefferson. OMG!! the words kan, memang powerful giler. Like, seriously, powerful. I have no words to actually describe how powerful the words were. Bila saya baca the passage kan, my heart like, stopped for two freaking second dan saya fikir tentang negara Malaysia yang tercinta ini. 

Nak tengok the full speech, klik kat link yang saya bagi kat atas tu, tapi saya nak tulis sikit ni. Memang agak meremang lah bulu roma saya baca this particular passage. 

"We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal, that they are endowed by their creator with certain inalienable rights, that among these are life, liberty, and the pursuit of happiness. That to secure there rights, Governments are instituted among men, deriving their powers from the consent of the governed. That whatever any form of Government becomes destructive of those ends, it is the right of the People to alter or abolish it, and to institute new Government..."

Baca dan hayati. Strong words choice. I was and still am impressed with this amazing passage. Wow.

Assalamualaikum WBT

p/s: How's the Government now?

My heart would always be with you Balaga, Sarawak.

Assalamualaikum wbt,

Tadi saya da terbaca satu artikel dalam FB yang mengatakan dan bertanyakan, 

"Kenapa tidak dibina jalan di Sabah dan Sarawak dengan baik?"

Saya tertanya juga, dan tertanya dan tertanya. Bukan hendak membangkita hal politik tetapi ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat serta kerajaan Negeri dalam membangunkan prasarana dan infrastruktur yang baik dan boleh mendatangkan faedah.

Kalau ditanyakan, "Kenapa tidak dibina jalan or jambatan di Sarawak, di tempat yang bot karam tersebut?", Mungkin banyak jawapan yang boleh diberikan oleh mereka, mungkin, tapi satu comparison yang memang bagus, kenapa Pulau Pinang ada dua jambatan, sedangkan di tempat yang berlakunya bencana tersebut, tidak didirikan jambatan? Maaf, mungkin saya tidak pernah lepas ke Sarawak, tapi, please lah, janganlah macamni, kalau hendak betul-betul mentadbir kerajaan, janganlah hanya utamakan mereka yang di Semenanjung. Buat kerja secara adil. Okay? 

Sekarang isu bot katam di Balaga, Sarawak telah mendapat perhatian ramai pihak. Jangan cakap isu ini tidak boleh dipolitikkan, jangan! sebab apa? Sebab, rakyat mengundi. Saya cakap ini tadi dalam keluarga saya,

"Kesian orang Sabah Sarawak, dorang dah lah jauh, apalah salahnya jikalau dibuat jalan or jambatan kat sana, susah sangat ke? Sayang sangat ke nak keluar duit untuk rakyat? Sedangkan duit yang didapatkan itu adalah juga duit rakyat."

Dan mak saya cakap,

"Entah lah dorang ni, sedangkan Sabah Sarawaklah yang membantu BN menang aritu".

Tak dipolitikkan? Hello, maaf, rakyat sekarang bukan lah tertutup mindanya. Kami membaca, kami mendengar. Bukan hendak menyokong pembangkang, tidak, saya mengundi Kerajaan sekarang, cuma, setelah diberkan MANDAT, LAKSANAKAN segala manifesto anda, dan sekaranglah MASA untuk ada BUKTIKAN! Jangan tunggu lagi. Kami mahukan bukti untuk 5 tahun lagi. Adakah relevan untuk kami undi anda lagi? Itu adalah pertanyaan yang perlu dijawab dan dibuktikan. Buktikan!!

Kepada masyarakat di Balaga, Sarawak, tabahkan hati, segala perhatian telah diberikan kepada kamu sekalian. Kami sentiasa bersama anda. My heart would always be with you.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sila berikan perhatian kepada mereka. Please.

Wednesday, May 29, 2013

Result Perlawanan Bola Sepak di antara Johor dan Pahang.

Assalamualaikum wbt ...

Apa khabar9 semua? Selamat pagi. Seperti mana yang kita semua tahu... semalam adalah sepatutnya malam perlawanan bola sepak diantara pasukan Pahang dan Johor. Hebat sungguh penyokong kedua-dua pasukan. Kehebatan mereka telah memaksa pihak pengurusan untuk membatalkan permainan.

Okay? Ingat tak aritu, Kelantan dikenakan tindakan sebab penyokong merusuh. So, sekarang ada lagi tak tindakan camtu? Ada tak? Ada tak?

Saya orang Pahang tapi saya tidak LANGSUNG menyokong perilaku yang macamini. Please, behave lah. Nak jadi ke cam perlawanan Malaysia dengan Indonesia yang dibuat di stadium tertutup di Indonesia tanpa kehadiran para penyokong yang ramai kan? Nak camtu?

Perilaku camni yang membunuh semangat bola sepak itu sendiri. Bersemangat boleh.. tapi janganlah sampai keterlaluan. Please. Okay? Mungkin pendapat saya hanya pendapat blogger kecil  tapi banyakkan berfikir dan cuba amik jalan penyelesaian, okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: so result mereka adalah 0-0 kan?hahahahaha

Tuesday, May 28, 2013

Sudah 100 000 pageviews!!! Terima kasih!!!

Assalamualaikum WBT

Excited sangat!!!! hahahha sebab apa? Sila tengok gambar di bawah ini...


Hahaha.. alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT, mungkin seratus ribu views untuk 3 tahun setengah adalah ciput bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi saya. Tidak bagi saya. Tetap saya berbangga dengan apa yang saya tulis. Alhamdulillah. Amin, syukur kepada Allah.

Ucapan ribuan terima kasih kepada orang yang memperkenalkan blogging world kepada saya, siapa? my lecturer sendiri, hahaha... Sir Nor Azizi Borhan, memang dia yang memperkenalkan saya sebab dia suruh saya serta beberapa kawan lain buat blog untuk Public Relations. But, now, saya dah tukar kepada personal blog, tapi at least dia bagi assignment tu berkenaan dengan social media. So, yang sudah tu sudah lah kan? hehehe..

Terima kasih juga kepada kawan-kawan sekelas saya dahulu, Bachelor of English Batch 08/12 sebab memberikan saya semangat untuk menulis dan membaca blog saya. *saya tahu. hahaha. sebab korang nak update saya kan? 

Kepada Belle, thanks sebab memang beri semangat lebih untuk menulis blog ni. 

Apa-apa pun, terima kasih semua.

Aksi bola sepak tercemar dek entah hape2 isu. Pening.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kalau camni semangat bola sepak? Baik tak payah saya. biar tengok kat tv je. Semangat tetap ada, tapi tak semangat sangat cam korang lah.

Kuatkan semangat untuk Keluarga!!

Asaalamualaikum WBT,

Misi berjaya!!! Hahahaha.. kan tadi saya cakap saya nak pergi beli jering sebab mak saya cakap "Mak kalau ada jering, makan banyak sikit, laju sikit mak makan." Terus!!! haa... saya memang terus pergi beli, takde kata lebih-lebih. Hahaha... Macam semalam jugak... Ayah saya tanya, "Adik letih ke tidak?" Saya jawab, "Tak". "Kalau macamtu, boleh lah tolong pergi beli makanan lembu ayah kejap". Saya pun pergi tanpa banyak cakap.. Hehehehe..
Dia pun tabik.. so? hahaha
Bukan nak bercerita kebaikkan saya, cuma, kalau dengan ibu serta bapa, kedua orang tua kita, kalau boleh janganlah berkata tidak, tapi yang hebatnya kan, seletih mana pun kita, kita akan buat apa yang mak dan ayah kita suruh. Itu yang paling hebat, tak tau datang mana kekuatan untuk buat semua itu walaupun badan kita letih, Maha Suci Allah, semua itu kuasa Allah. Percayalah, nescaya, Allah akan membantu kita, hamba-Nya. Amin.

So, sekarang ni hujan, tapi insyaAllah, segala kerja yang perlu saya sudahi akan saya sudahi, so, esok akan saya print je lah. Alhamdulillah, Baju Kurung Tradisional saya sudah siap!!! Sumpah senang wa cakap lu. Hahahaha.. sapa nak kahwin dengan saya nanti, senang lah, baju saya tolong buatkan, design bagai pastu terus, free je bagi. hahaha.. Masak? jangan risau, saya boleh masak wooo.. sedap lak tu. *Riak pulak??> hahahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: Tengok bola Pahang lawan Johor, mula-mula dah drama!! hahahah

Hectic Schedule!! *view ke 100 000

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar di petang Selasa yang hening ini? Hahaha.. Harap semua dalam keadaan yang sihat lagi sempurna hendaknya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, saya pun sebenarnya amat sihat sehinggakan mampu menelan satu pinggan nasi ayam buatan rumah *homemade.. direct translation. hahahha.. who cares darling, as long as we understand the meaning kan. hahaha.. Sebenarnya, jujur saya mengaku, saya letih juga dengan schedule GIATMARA dan balancing life kat rumah, yang sungguh hectic, memang letih. Tapi kan? Di dalam keletihan yang saya dapat tu, saya mendapat seronok sebab keletihan tersebut mengajar kita erti sabar dan bekerja di bawah tekanan *another direct translation, working under pressure. hahahaha...

Tapi itu lah pressure, bagus working under pressure ni sebenarnya sebab apa? Dalam working environment yang betul-betul punya, lagi best! hahaha.. takde lah, lagi banyak pressure, so, berlatih dari sekarang untuk tangani pressure dan apa salahnya kalau jadikan tempat kita belajar sebagai satu medan latihan untuk menghadapi masa akan datang kan? Kalau dalam bekerja lagi lah, dateline kita kena kerja, betul. Tak percaya, cuba tanya orang yang betul-betul bekerja. Mesti jawapannya sama jugak.

Okay lah, cadangannya nak pergi Pasar Malam tapi entah lah, kalau malam sangat nanti, takde benda yang tinggal kan. SO.. saya pergi je lah. Toodles!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Balancing lives.
p/s: sikit lagi nak view 100 000.

Monday, May 27, 2013

GIATMARA sentiasa di hati.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Minggu baru, hati baru, semangat baru dan fikiran baru!!!

Jangan diisi fikiran dan semangat baru dengan perkara-perkara yang negative!!! Build yourself and take your efforts as the best things that you might give, yeah!!!

Apa-apa pun, saya masih keletihan sebab hari ini adalah hari Isnin dan di GiatMARA Raub, saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, sebenarnya, kebanyakkan kerja tersebut adalah kerja mudah. Memandangkan sekarang sudah ada komputer, kerja senang je. Kalau dulu memanglah, guna typewriter, payah woo.. dulu ayah saya buat surat guna typewriter, memang payah sungguh lah. Tapi alhamdulillah, sekarang, laptop dah ada, PC pun berlambak, makanya tiada alasan untuk tidak membuat kerja. Kalau yang tidak membuat kerja itu adalah orang yang mungkin ada masalah memahami cara kerja. Mungkin lah, sebab satu kita kena tahu, keupayaan setiap orang adalah berbeza, jadi, janganlah dijadikan satu isu okay?


Baiklah, tidak lama lagi saya akan graduate dari GIATMARA Raub dengan memegang sijil asas pembuatan pakaian. Alhamdulillah, insyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Habis bulan 5 ni nanti, kami tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi untuk berada di GIATMARA Raub. Walaupun hanya 6 bulan, namun, semakin hampir kami ke tarikh itu, semakin lambat pulak rasanya. Hahahaha,... kepada sesiapa yang mungkin ada masa lebih, bolehlah masuk ke GIATMARA Raub dan di GIATMARA Raub ada 3 kursus, tetapi untuk pengambilan bulan 7 ini, hanya terdapat dua kursus, iaitu, Kursus Fashion and Dressmaking dan Kursus Confectionery and Bakery. Dua-dua kursus ini hanya 6 bulan tetapi, ada lagi satu kursus iaitu, Pendawai Elektrik, yang mana kursus ini mengambil masa selama 2 tahun (1 tahun di GIATMARA Raub, 1 tahun lagi praktikal).

Jadi, jangan malu-malu kerana GIATMARA bukan untuk mereka yang bernasib kurang baik, tetapi GIATMARA adalah bagi mereka yang ingin mencari kemahiran. Tukar persepsi anda, rendahkan hati dan tukar persepsi. GIATMARA bukanlah untuk mereka yang kurang dari segi akademik, tetapi, sesiapa sahaja boleh belajar di GIATMARA selagi mana minat ada. Kalau takde minat, kirim salam. Sila masuk kolej or institusi yang membolehkan anda membayar mahal. GIATMARA memfokuskan kepada kemahiran. Okay?

Rasanya dah banyak bercerita dalam takde-takde idea pun kan? hahaha..

Okay, I have lots of things need to be done and I need to submit a few things tomorrow to my Pengerusi. So, wish me luck!!

Assalamualaikum WBT

p/s: GIATMARA sentiasa di hati.

Sunday, May 26, 2013

Perasaan.

Assalamualaikum WBT,

Bila kita bercakap bab perasaan, memang satu perkara yang amat payah. kan?

Memang payah, ia memerlukan keberanian. Well, just saying. Nothing much happen in my life. hahaha..

I found this from Wade "Unique" Adam from the popular tv programme, GLEE. Somewhat, the saying is too deep. Too deep.

Assalamualaikum WBT

p/s: I wish I knew.

Happy Sunday!!!

Assalamualaikum WBT,

Happy Sunday!!! Apa khabar semua? Selamat menghabiskan hari Ahad yang dah sampai separuh hari dah kan? Kepada yang berkerja esok, selamat bekerja dan kepada yang cuti sekolah esok sampai dua minggu tu, selamat bercuti sekolah.

Saya pun esok kena pergi GIAT juga. Ehem, GIAT tak cuti okay, yang cuti hanyalah sekolah. Saya pun tak sabar nak habiskan GIAT, saya nak cari kerja pulak, InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Eyh, dah lah, sekarang ni saya nak buat kerja sikit, ada sikit kerja tertunggak dari minggu lepas, so, selamat menghabiskan hujung minggu anda!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: mak cakap, "Jangan masuk campur hal orang, belajar je"

Saturday, May 25, 2013

Berhati-hati kalau menulis.

Assalamualaikum WBT,

Adakah mimpi ku menjadi kenyataan? 

Jawapannya, IYA, kenapa? Sekarang, Kementerian Dalam Negeri bersama SKMM akan meluangkan masa mereka untuk memeriksa social media yang menulis fasal auta yang jelas tidak benar dan yang mungkin mampu untuk mengganggu gugat keharmonian negara. 

KDN yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tindakan pantas mengenai maklumat yang diterbitkan oleh individu ataupun kumpulan menerusi laman media sosial yang banyak ada di internet sekarang seperti Facebook, blog, Twitter dan banyak lagi. Namun, jikalau maklumat tersebut telus dan betul, maka, KDN dan SKMM tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya. 

Maklumat dan tulisan yang berbentuk Hasutan juga akan diambil tindakan. Tindakan apa? Entahlah, saya pun tak tau, mungkin akan menjadi seperti Adam Adli tu. Kot. Entah.
 
ups!
Ups lagi sekali!


So, kepada semua blogger-blogger yang ku sayangi, marilah kita berhati-hati dan tulis lah dengan perkara yang betul sahaja, dan kalau ada berita betul tu, terus tag kat situ linknya, senang, ada alibi, kan? hehehe..


Assalamualaikum WBT

p/s: cakap sal Hasutan ni, ingat tak headline Utusan aritu yang menyalah kaum Cina? Itu bukan berbaur Hasutan ke? Dan akhbar Sin Chew keluarkan kartun ni, tak berbaur Hasutan ke? aduh...subjektif benar benda hasutan-hasutan ni..

Eton boys taught to think like Prime Minister!!

Assalamualaikum WBT,

Memang banyak perkara boleh dilakukan kalau menginginkan sesuatu berjalan di atas landasan yang bagus.

Seperti yang dilakukan di England, para pelajar mereka didedahkan dengan apa yang dipanggil di Malaysia *mungkin, Cara Pendidikan Extreme. Mungkin, mungkin extreme bagi kita di Malaysia, tapi tidak bagi mereka di England.

You may click this picture.

you may click this picture.
Sebagai contoh, Sekolah Budak Lelaki Eton or also known as  Eton Schoolboys melatih pelajar mereka berfikir secara kreatif. Kebanyakan pelajar mereka berjaya mencipta nama dalam Kerajaan Britain sebagai contoh, Perdana Menteri England, David Cameron dan Datuk Bandar London, Boris Johnson. Kedua-dua mereka dikenali sebagai Oldboys dan mereka pernah belajar di Eton. Apakah rahsia mereka di Eton?

Mereka dididik dengan penuh disiplin dan cara mereka berfikir telah dibentuk sejak dari mula lagi.Seperti, satu soalan di dalam King's Scholarship Examination yang diduduki oleh pelajar yang berumur 12 tahun pada tahun 2011 bertanyakan soalan bagaimana jikalau mereka mentadbir negara dan menjadi seorang Perdana Menteri.

Banyak jawapan yang mereka berikan seperti,
'The year is 2040. There have been riots in the streets of London after Britain has run out of petrol because of an oil crisis in the Middle East.'
Untuk pelajar yang berusia 12 tahun, jawapan ini adalah melangkau minda saya ketika saya berumur 12 tahun. Hehehe... *saya masih bermain konda-kondi ketika itu.
 
Ada juga soalan yang meminta pelajar untuk membayangkan jikalau ada penunjuk perasaan telah menyerang bangunan awam dan ada pegawai pois yang telah mati. Dan jawapan mereka?
 
'Consequently, the Government has deployed the Army to curb the protests... 25 protesters have been killed by the Army,'.
Amacam? kalau saya lah, saya tak tahu lah. hahaha.. mungkin jawapan saya mungkin sungguh lain dari apa yang ditunjukkan oleh the Eton boys. Mereka juga diminta untuk membuat teks ucapan bagi seorang Perdana Menteri dan mereka juga bertindak sebagai Perdana Menteri. Amazing!!

Kita? Banyak lagi perkara perlu dibuat untuk mencapai tahap ini. Tapi bolehlah mula dari sekarang. Terapkan nilai-nilai murni dan cara berfikir yang waras dan kritikal untuk pelajar sekolah rendah sekarang.

Assalamualaikum WBT

p/s: hebat!!

Citrawarna 2013 dan Hari Belia Malaysia 2013???

Assalalamualaikum WBT,

Baik, seperti mana yang kita tahu, Sambutan Citrawarna 2013 dan Hari *Minggu Belia Malaysia sedang berlangsung di DUA TEMPAT yang berbeza. Satu je yang saya pandang dan saya tanya, 

"Kenapa tak disambut di satu tempat sahaja?" 

Kenapa ye? Kenapa tidak Kementerian Pelancongan yang dipimpin sekarang dibawah YB Dato' Nazri Aziz dan juga, Kementerian Belia dan Sukan yang sekarang dipimpin oleh YB Dato' Khairy Jamaluddin, duduk berbincang dan bawa sambutan ini ke satu tempat sahaja, seperti di Putrajaya! Kan senang. 

Mungkin saya bercakap dari pandangan orang awam yang tidak mempunyai apa-apa qualification, tetapi, alangkah eloknya kalau dibawa ke Putrajaya je terus. Okay fine, kalau dikatakan ada yang bertanya, 'Payahlah, transportation susah lah, sebab Putrajaya tu jauh sikit". Oh ye? Bus kan ada, kenapa? tak nak naik bus eyh?

Takpelah, mungkin telah menjadi adat selamat beberapa puluh tahun sambutan Citrawarna di Datarang Merdeka, bukan apa, saya pernah pergi Citrawarna di 2011 dulu, mak aigh!!! sesak nak mampus! Manusia ramai, payah nak jalan, Tuhan sahaja yang tahu kesusahan nak jalan tuuu...

Tapi apa-apa pun, mungkin bajet telah dikeluarkan kan? Mungkin. Siapa tahu.

Assalamualaikum WBT

p/s: hanyalah pandangan seorang yang jahil.

TM Mencari Ramli Musim ke-2.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaf, saya sepatutnya buat entry fasal benda ni awal-awal dahulu, namun, dek kesibukan diri, terasa nak KIV dulu, tapi sekarang dah ada kitnya, makanya, saya nak tulis lah. 

Baik, siapa tahu Ramli? Kenal tak budak nama Ramli? Kalau tak kenal, baik, biar saya ceritakan sedikit fasal dia. Ramli ada seorang budak yang baik dan dia pandai main bola. Hehhe,, takde lah, Mencari Ramli adalah satu pertandingan pencarian bakat sukan bola sepak dimana ia bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu dan standard sukan bola sepak di Malaysia. Dengan adanya peminat bola sepak Malaysia yang semakin meningkat, Ramli mampu untuk membuatkan bakat baru lebih bersemangat untuk menyerlah!!







Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 seramai 20 orang bakat sukan bola sepak baru telah dilatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk memperlihatkan bakat mereka dan DUA orang pemenang ( Ramli 1 dan Ramli 2, hehehe) telah diserap masuk ke dalam Harimau Muda Bawah 21 tahun dan seorang lagi telah menjadi penyerang di kelab bolasepak U.S. Arezzo di Italy.

Mencari Ramli Musim Ke-2 adalah penyambung surival musim pertama, bagi musim kedua ini, pencarian Ramli telah diluaskan ke seluruh Malaysia. Sebanyak 12 lokasi pencarian telah ditetapkan. 30 orang bakat baru yang menyerlah akan pilih dan seramai 2 orang RAMLI, seorang akan dipilih oleh juri-juri dan seorang lagi akan dipilih melalui undian ramai. Ganjaran kepada mereka yang menang adalah satu percutian ke Manchester United Soccer School dan juga melawat Old Trafford serta biasiswa selama tiga tahun untuk menuntut ilmu di Frenz United Football Academy. Pencarian Satu Malaysia adalah dari February hingga May 2013.

Konsep : Satu siri docu-reality yang bertujuan mencari Pemain Bola Sepak Malaysia yang terulung bawah 16 tahun, pemenang akan dihantar ke Manchester United Soccer School (BESTWOOO!!!), dia akan dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi "Ramli", Pemain Bola Sepak Malaysia Terulung.

Objektif : 
  • menyediakan platform untuk bakat-bakat muda bolasepak untuk mengejar impian bola sepak mereka.
  • membantu menaikkan mutu bola sepak Malaysia.
  • membantu ibu bapa untuk menyedari potensi yang anak mereka ada dan menyediakan sistem sokongan yang kuat.
  • untuk menggalakkan  semangat Team Malaysia menerusi program realiti ini.
Siapakah Ramli???

Ramli adalah seorang budak Malaysia yang berumur bawah 16 tahun yang mempunyai skill dan bakat dalam bermain bola sepak. Seorang tunggak dan pemimpin yang selalu memberi inspirasi dengan sifat yang baik serta minat yang mendalam terhadap bola sepak. Ramli mungkin seorang penjaga gol yang hebat, mungkin seorang pemain pertahanan yang disegani atau mungkin juga seorang penyerang yang mampu melepasi ramai pemain pertahanan pihak lawan tapi apa yang penting, Mencari Ramli akan mencari seorang pemain yang mempunyai bakat yang melebihi apa yang kita ada sekarang...ingat hadiahnya!! memang berbaloi wooo.. wwwiiii.....

Venue ujibakat!!!


State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May
 
Terlepas? Tidak mengapa, saksikan program Mencari Ramli 2 di TV 3 setiap Hari Jumaat 7.30 petang hingga 8.00 malam. saksikan kehebatan pemain-pemain yang berbakat okay? Mereka pastinya hebat!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: dah tengok banyak episode dah!!!