Friday, December 31, 2021

Selamat Tinggal 2021, Salam 2022.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tahun 2020-2021 adalah dua tahun yang begitu mencabar dalam hidup kita semua. Virus COVID19 yang menyerang pada akhir tahun 2019 adalah satu peristiwa yang begitu mencabar jiwa dan raga kita. 

Ramai yang kehilangan segalanya dan ada juga yang terpaksa bertukar kerja untuk mengekalkan ketakatan hidup. Ada yang hanya untuk hidup. Semuanya begitu mencabar dan ada juga terpaksa menukar kerja kepada berniaga. 

Pada saya ini semua adalah sesi pembelajaran untuk membentuk kita menjadi lebih kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan. Pelbagai perkara kita tempuh pada tahun 2021 ini, kes peningkat kes COVID, bencana banjir yang menyebabkan ratusan ribu terkesan di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lainnya.

Kesan banjir yang membongkar pelbagai benda. Begitu mencabar dan sungguh membuatkan kita semua buka mata akan banyak perkara. Saya harap tahun 2022 ini memberikan sinar baharu kepada kita semua.

Untuk tahun 2022 ini, saya berazam untuk manage social media dengan lebih baik dan lebih teratur. Saya juga ingin menjadikan semua sosial media saya lebih beretika serta memaksimumkannya sebagai tool untuk saya mempromosikan Youtube channel saya. Anda anda boleh click link tertera untuk jenguk apa yang saya buat di YouTube. 

https://www.youtube.com/c/AkmallRazlan

Jadi, doakan saya lebih konsisten dengan create content untuk social media saya.

Selamat tahun baru 2022 dan 

Assalamualaikum WBT.

Tuesday, October 5, 2021

Bermula semula.


 

Assalamualaikum wbt,


Saya akan bermula semula. Menulis semula dengan kosong. Saya nak menulis dengan penuh etika dan menulis untuk menyebarluaskan maklumat serta ilmu.

InshaaAllah.

No more gossips, no more trash talks, no more unwanted news.

Saya akan cuba menulis dengan penuh jiwa raga dan emosi untuk memastikan penyampaian serta niat saya dapat dibaca serta dirasai oleh pembaca.


Assalamualaikum wbt, saya Akmal dan this is my blog! 


Semoga anda dapat menyokong saya dengan terus menerus.

SUCH A DISSAPOINMENT!

 Assalamualaikum wbt, Apa khabar semuanya? Lama sungguh tak mencoretkan pengalaman di atas lembaran kertas maya penuh dengan corak yang meng...