Showing posts with label YOUTUBE. Show all posts
Showing posts with label YOUTUBE. Show all posts

Wednesday, February 16, 2022

YOUTUBE CHANNEL SAYA! PLEASE SUBSCRIBE YA!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat ke? 


Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang masih setia melawat blog saya biarpun saya telah bermula semula. 


Keduanya, saya ada buat video di YouTube dan mungkin para pembaca berminat untuk menonton video saya, anda boleh click pada AKMALL RAZLAN ini. Anda boleh click pada nama saya tu ya, thank you.


Ketiganya, saya masih lagi   untuk mencari perkara yang ingin saya tulis semula sebab sekarang ni kan, nak menulis bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang ada idea tapi terlupa nak tulis then hilang terus. Tapi tu lah, kadang-kadang ia bergantung pada mood juga kan. Rasa nak menulis tu sentiasa ada, tapi tu lah. HAHA...


Keempatnya, tak lama kita nak menyambut bulan Ramadhan, mungkin itu boleh saya jadikan niche untuk menulis kembali secara konsisten? Who knows kan?


Anyway, terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca, I will be back! HAHA

Friday, December 31, 2021

Selamat Tinggal 2021, Salam 2022.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tahun 2020-2021 adalah dua tahun yang begitu mencabar dalam hidup kita semua. Virus COVID19 yang menyerang pada akhir tahun 2019 adalah satu peristiwa yang begitu mencabar jiwa dan raga kita. 

Ramai yang kehilangan segalanya dan ada juga yang terpaksa bertukar kerja untuk mengekalkan ketakatan hidup. Ada yang hanya untuk hidup. Semuanya begitu mencabar dan ada juga terpaksa menukar kerja kepada berniaga. 

Pada saya ini semua adalah sesi pembelajaran untuk membentuk kita menjadi lebih kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan. Pelbagai perkara kita tempuh pada tahun 2021 ini, kes peningkat kes COVID, bencana banjir yang menyebabkan ratusan ribu terkesan di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lainnya.

Kesan banjir yang membongkar pelbagai benda. Begitu mencabar dan sungguh membuatkan kita semua buka mata akan banyak perkara. Saya harap tahun 2022 ini memberikan sinar baharu kepada kita semua.

Untuk tahun 2022 ini, saya berazam untuk manage social media dengan lebih baik dan lebih teratur. Saya juga ingin menjadikan semua sosial media saya lebih beretika serta memaksimumkannya sebagai tool untuk saya mempromosikan Youtube channel saya. Anda anda boleh click link tertera untuk jenguk apa yang saya buat di YouTube. 

https://www.youtube.com/c/AkmallRazlan

Jadi, doakan saya lebih konsisten dengan create content untuk social media saya.

Selamat tahun baru 2022 dan 

Assalamualaikum WBT.

Boredom and How to Navigate it.

Boredom is actually a very interesting state of mind. Instead of seeing it as a problem to be fixed, you can think of it as your brain’s way...