Wednesday, January 5, 2022

REDHA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,


Ada tak rasa kehidupan sekarang ni agak susah? Maksud saya, kita sentiasa berasa tertekan dan berasa sedikit sesak? Dan rasa ingin "give up" sentiasa berlegar-legar di dalam kepala, tak kisahlah anda siapa pun, kan?

Kita semua kekadang mempunyai nasib yang hampir sama namun mungkin keadaannya sahaja yang berbeza. Ada yang hampir mempunyai segalanya, tetapi ada satu dua perkara yang dia tiada, or mungkin ada yang tidak mempunyai apa-apa yang signifikan tetapi mempunyai kegembiraan yang tiada pada orang lain.

Kehidupan yang diberikan-Nya ini tidak sempurna dari mata kita tetapi mencukupi dari lensa-Nya.

Saya sendiri pernah sentiasa berasa begitu dan bila fikirkan semula, saya ada apa yang orang lain tak ada dan orang ada apa yang saya tiada. Semua itu mengajar kita untuk sentiasa bersyukur DAN sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hendakkan.

Mungkin ada yang bersyukur dengan apa yang ada dan redha dengan ketentuan-Nya, ada juga yang masih belum boleh menerima ketentuan-Nya dan terus berusaha tanpa lelah untuk mendapatkan apa yang diingini.

Rasa dalam jiwa kita ni hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.

Tetapi kadang-kadang kita lupa yang Allah SWT itu ada. Kita lupa yang Dia sentiasa ada jalan buat kita dalam mencapai sesuatu. Kita hanya perlu  mohon dan tawakal kepada-Nya berserta usaha gigih, InshaaAllah, dengan berkat doa apa yang kita inginkan, Dia akan qabulkan doa-doa kita.

Jikalau doa kita tidak dimaqbulkan, janganlah kita bersangka buruk kepada Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan semesta dalam dan Dia tahu apa yang kita tidak mengetahui serta Dia sentiasa nampak apa yang kita tidak nampak.

P/s: Easier said then done. Easy to see but difficult to do.

Saturday, January 1, 2022

FRESH START | Bermula Semula

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca blog saya yang masih tersisa.



Siapa je kan baca blog dah sekarang, entahlah. Everyone is transferring from blogger ke other microblogings. Kekadang rasa nak fed up juga menulis tapi memandangkan kita blogger yang ada dekat Malaysia ni ramai yang suka menulis, jadi, takde masalah lah. Kita teruskan sahaja menulis dan teruskanlah!

Kekadang terfikir jugak nak follow every single update dekat dalam news to catch up dengan views kan sebab nowadays, sedar ataupun tidak, ramai juga yang masih memilih blogs atau websites untuk dibaca bagi mencari maklumat. Jadi, atas dasar itu, saya juga ada plan untuk kembali aktif di persada blog dan menulis sebanyak mana maklumat, updates yang betul-betul updates aka terkini dalam Malaysia.


Saya juga nak cover almost every segment dalam industri, pelancongan, politik, peristiwa bersejarah, sejarah itu sendiri, makanan, minuman dan banyak lagi yang dirasakan menarik untuk dibaca orang ramai.


I really want to start again. Sekarang saya semakin banyak membuat kajian berkenaan pelbagai jenis tempat dan isu yang ingin ditulis. Saya kena banyak membaca bagi mendapatkan hasil dan kualiti tulisan yang boleh dibaca ramai dan dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai.


Insha Allah. Amin.


Assalamualaikum WBT.

SUCH A DISSAPOINMENT!

 Assalamualaikum wbt, Apa khabar semuanya? Lama sungguh tak mencoretkan pengalaman di atas lembaran kertas maya penuh dengan corak yang meng...