Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ada tak rasa kehidupan sekarang ni agak susah? Maksud saya, kita sentiasa berasa tertekan dan berasa sedikit sesak? Dan rasa ingin "give up" sentiasa berlegar-legar di dalam kepala, tak kisahlah anda siapa pun, kan?
Kita semua kekadang mempunyai nasib yang hampir sama namun mungkin keadaannya sahaja yang berbeza. Ada yang hampir mempunyai segalanya, tetapi ada satu dua perkara yang dia tiada, or mungkin ada yang tidak mempunyai apa-apa yang signifikan tetapi mempunyai kegembiraan yang tiada pada orang lain.
Kehidupan yang diberikan-Nya ini tidak sempurna dari mata kita tetapi mencukupi dari lensa-Nya.
Saya sendiri pernah sentiasa berasa begitu dan bila fikirkan semula, saya ada apa yang orang lain tak ada dan orang ada apa yang saya tiada. Semua itu mengajar kita untuk sentiasa bersyukur DAN sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hendakkan.
Mungkin ada yang bersyukur dengan apa yang ada dan redha dengan ketentuan-Nya, ada juga yang masih belum boleh menerima ketentuan-Nya dan terus berusaha tanpa lelah untuk mendapatkan apa yang diingini.
Rasa dalam jiwa kita ni hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
Tetapi kadang-kadang kita lupa yang Allah SWT itu ada. Kita lupa yang Dia sentiasa ada jalan buat kita dalam mencapai sesuatu. Kita hanya perlu mohon dan tawakal kepada-Nya berserta usaha gigih, InshaaAllah, dengan berkat doa apa yang kita inginkan, Dia akan qabulkan doa-doa kita.
Jikalau doa kita tidak dimaqbulkan, janganlah kita bersangka buruk kepada Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan semesta dalam dan Dia tahu apa yang kita tidak mengetahui serta Dia sentiasa nampak apa yang kita tidak nampak.
P/s: Easier said then done. Easy to see but difficult to do.
No comments:
Post a Comment